taklimat dan latihan persediaan menghadapi krisis...

40
TAKLIMAT DAN LATIHAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KRISIS BENCANA (BENCANA ALAM) 4 DISEMBER 2014 (KHAMIS) | 8:30 PAGI – 1:00 PETANG DEWAN ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG Dengan Kerjasama : JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA, NEGERI PAHANG

Upload: dangliem

Post on 02-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAKLIMAT DAN LATIHAN

PERSEDIAAN MENGHADAPI

KRISIS BENCANA (BENCANA ALAM)

4 DISEMBER 2014 (KHAMIS) | 8:30 PAGI – 1:00 PETANG

DEWAN ASTAKA, UMP KAMPUS GAMBANG

Dengan Kerjasama :

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA, NEGERI PAHANG

ATUR CARA PROGRAM

08:30 Pagi - Pendaftaran

09:00 Pagi - Taklimat Persediaan Menghadapi Krisis Bencana

Slot 1 :- Pengenalan, Fungsi & Bidang Tugas Jawatankuasa

Oleh : Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana UMP

Slot 2 :- Sukarelawan

Oleh : Ketua Jawatankuasa Sukarelawan

10:00 Pagi - Rehat & Minum Pagi

10:30 Pagi - Latihan Asas Menghadapi Krisis Bencana & Asas Menyelamat

(Teori & Praktikal)

Oleh : Lt. (PA) Nasrul bin Ishak@Mohd Yamin

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan,

Jabatan Pertahanan Awam Negeri Pahang

01:00 Ptg - Makan T/hari & Bersurai

PENGENALAN, FUNGSI &

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BERTINDAK BENCANA (JKBB)

PERINGKAT UMP

Disampaikan Oleh:

ABD RAZAK BIN JA’AFAR

PENOLONG PENDAFTAR

(SETIAUSAHA JAWATANKUASA BERTINDAK BENCANA PERINGKAT UMP)

PENGENALAN

JAWATANKUASA

BERTINDAK BENCANA

PERINGKAT UMP

Pada tahun 2010, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) Kali Ke-48 Bilangan 12/2010 telah mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP rentetan daripada surat oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang meminta supaya setiap IPTA menyalurkan maklumat terkini bagi kawasan yang terlibat dengan bencana banjir bagi tujuan penyelarasan laporan-laporan yang diperlukan kementerian.

Sejak daripada itu, Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP yang telah dibentuk menjalankan peranan dan gerak kerja bagi membuat persiapan menghadapi bencana banjir apabila tiba musim tengkujuh pada setiap tahun.

Setelah mengambil kira pengalaman menghadapi bencana banjir pada tahun 2013 yang lalu, Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat UMP UMP Bil. 1/2014 pada 13 Oktober 2014 telah membuat keputusan untuk menstrukturkan semula jawatankuasa sedia ada dengan menamakan semula jawatankuasa ini sebagai JAWATANKUASA BERTINDAK BENCANA PERINGKAT UMP.

PENGENALAN

PENGENALAN

STRUKTUR JAWATANKUASA BERTINDAK BENCANA

PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KEBAJIKAN PELAJAR

HALIZAN MOHMOOD

KESIHATAN

DR. KHAIRUL SALLEH ABDUL BASIT

LOGISTIK

HJ. GHAZALI HASAN

KOORDINATOR KESELAMATAN

MUHAMMAD HAIRYNIZAM MUHD TAIB

BEKALAN (UMP KAMPUS GAMBANG)

SULAIMAN BANIYAMIN

BEKALAN (UMP PEKAN)

SAPRI ABDUL KASSIM @ HASAN

PENGURUSAN AKADEMIK

HAZMIN ARIS

KETUA JAWATANKUASA

KETUA BILIK GERAKAN

(UMP PEKAN)

RAMLE ABID

KETUA BILIK GERAKAN

(UMP KAMPUS GAMBANG)

SAIFUL BAHRI AHMAD BAKARIN

TIMBALAN PENGERUSI

WAN ABDUL RASHID WAN ABDUL RAHMAN

SUKARELAWAN (STAF & PELAJAR)

MOHD RAIZALHILMY MOHD RAIS

PENGARAH OPERASI

ABD RAHMAN HJ SAFIE

SETIAUSAHA

ABD RAZAK JA’AFAR

KESELAMATAN

MOHD SAMSUDDIN AB KARIM

KEBAJIKAN STAF

HARYANI ABDULLAH

PERHUBUNGAN LUAR &

INFORMASI

MIMI RABITA ABD WAHIT

TEKNIKAL & INFRASTRUKTUR

MARZUKI MOKHTAR

S/U BILIK GERAKAN

ABD RAHMAN AHMAD

S/U BILIK GERAKAN

ZAINUDDIN MAT HUSIN

Nota :

Struktur Jawatankuasa ini telah

dipersetujui semasa Bengkel

Penyelarasan Skop Tugas Jawatankuasa

Bertindak Bencana Peringkat UMP

berkuatkuasa mulai 16 Oktober 2014.

BILIK KAWALAN

& OPERASI BENCANA (BKOB)

UMP KAMPUS GAMBANG

SAIFUL BAHRI AHMAD BAKARIM Ketua BKOB

ABD RAHMAN AHMAD Setiausaha BKOB

HALIZAN MOHMOOD JK Kebajikan Pelajar

MIMI RABITA ABD WAHIT JK Perhubungan Luar & Informasi

HARYANI ABDULLAH JK Kebajikan Staf

MOHD SAMSUDDIN AB KARIM JK Keselamatan

DR. KHAIRUL SALLEH ABDUL BASIT JK Kesihatan

HJ. GHAZALI HASAN JK Logistik

MARZUKI MOKHTAR JK Teknikal & Infrastruktur

MOHD RAIZALHILMY MOHD RAIS JK Sukarelawan

SULAIMAN BANIYAMIN JK Bekalan

HAZMIN ARIS JK Pengurusan Akademik

PENGENALAN

BILIK KAWALAN

& OPERASI BENCANA (BKOB)

UMP PEKAN

RAMLE ABID Ketua BKOB

ZAINUDDIN MAT HUSIN Setiausaha BKOB

KHAIROL NIZAM NAZERI JK Kebajikan Pelajar

MOHAMMAD NAJID HJ. SAAT JK Perhubungan Luar & Informasi

HAZMAN ABDUL JK Kebajikan Staf

HJ. HAMDAN AHMAD JK Keselamatan

HASLIZA ISMAIL @ MAT ZIN JK Kesihatan

MOHAMAD AZHARI GHAZALI JK Logistik

NOR FARIZAN MOHD DAUD JK Teknikal & Infrastruktur

HJH. KAMARIAH GONO JK Sukarelawan

SAPRI ABDUL KASSIM JK Bekalan

MUHAMMAD HAFIZ ASWAD AHMAD KAMAL JK Pengurusan Akademik

PENGENALAN

FUNGSI UMUM

JKBB

PENGHINDARAN

PERSEDIAAN

RESPON

PEMULIHAN

Penghindaran

Mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian bencana atau sekurang-kurangnya mengambil langkah untuk mengurangkan

kesan bencana sekiranya tidak dapat dielakkan.

Persediaan

Merancang dan menyediakan Pelan Bencana atau Emergency Respon Plan atau Prosedur Tetap Operasi (SOP) melibatkan

semua pihak yang terbabit secara total dalam respons terhadap bencana.

Respon

Bertindak dengan sewajarnya untuk menangani situasi bencana yang berlaku.

Pemulihan

Mengambil tindakan susulan atau usaha-usaha yang dilakukan bagi mengembalikan semula semua kerosakan

kepada keadaan asal.

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

SEBELUM

SEMASA

SELEPAS

• Berhubung dengan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat berkaitan bencana

• Menghebah dan mengwar-warkan maklumat berkaitan bencana kepada staf dan pelajar dari masa ke semasa.

• Mengumpul data staf dan pelajar

• Merancang persiapan bagi urusan kebajikan staf dan pelajar yang berkemungkinan menjadi mangsa bencana

• Mengenalpasti dan menghubungi staf dan pelajar yang menjadi mangsa bencana

• Menyediakan bantuan asas (pusat pemindahan/ keperluan asas/ perubatan) kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa

• Memberi sokongan emosi dan kaunseling kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa

• Menyediakan khidmat sukarelawan untuk tujuan pembersihan di rumah kediaman staf dan pelajar yang menjadi mangsa bencana

BIDANG

TUGAS

JAWATANKUASA

BERTINDAK

BENCANA

UMP

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

LOKASI BKOB UMP KAMPUS GAMBANG

:: BILIK GERAKAN SAFFAD ::

HUBUNGI : 09- 549 2752 /

09- 549 2277

LOKASI BKOB UMP PEKAN

:: PUSAT AKTIVITI PELAJAR ::

HUBUNGI : 09- 424 6398

Merupakan sebuah Pusat yang diaktifkan semasa

sesuatu bencana diisytiharkan untuk jawatankuasa

berkumpul bagi mengurus, menyelaras, mengawasi

dan memantau situasi bencana serta menjalankan

fungsinya dalam memastikan hal ehwal kebajikan staf

dan pelajar terpelihara.

ANTARA SKOP TUGAS :-

Merekod data mangsa banjir (staf dan pelajar)

-Merekod penempatan mangsa banjir

-Merekod pergerakan sukarelawan

-Menyediakan jadual bertugas petugas di Bilik Gerakan

-Menyusun pergerakan sukarelawan

-Menyelaras keperluan dengan semua JK Bertindak yang lain. Dan

lain-lain lagi.

BILIK KAWALAN & OPERASI BENCANA

(BKOB)

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

Pemantauan lokasi selamat untuk penempatan/

pemindahan harta modal

Memastikan keselamatan harta dan aset Universiti

Menyediakan dan menyenggara sistem amaran awal bencana

Menjalankan siasatan dan menyediakan

laporan kehilangan harta dan aset

Universiti

KESELAMATAN

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

Mengenalpasti kaedah alternatif operasi penyampaian maklumat dan

sistem aplikasi berkomputer.

Mengemaskini data maklumat perhubungan media.

Mengumpul dan menyediakan laporan

Membuat hebahan maklumat.

Berhubung dengan Ketua Perhubungan Luar dan BKOB bagi mendapat berita semasa dari agensi luar,swasta,kerajaan dan persendirian

berkaitan bencana banjir.

Menyalurkan maklumat dan berita semasa berkaitan Universiti kepada pihak media

melalui Pejabat Naib Canselor.

Menyelaras maklumat semasa dengan BKOB bagi mendapatkan maklumat terkini.

Mendapatkan maklumat daripada agensi yang terlibat.

Menerima pelawat media atau kenamaan dan menyelaraskan

taklimat.

Menyalurkan maklumat kepada BKOB.

Memantau, memerhati dan melaporkan keadaan semasa

bencana.

PERHUBUNGAN LUAR & INFORMASI

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

TEKNIKAL &

INFRASTRUKTUR

• Mengenalpasti kawasan dan bangunan yang sesuai untuk dijadikan pusat pemindahan dan ruang lain yang terlibat

• Bekerjasama menentukan lokasi bilik gerakan, pusat penempatan sementara dan stor simpanan

• Menyediakan keperluan dan peralatan di bilik gerakan, pusat penempatan sementara dan stor simpanan

LOGISTIK

• Menyenaraikan pengangkutan dan kelengkapan keselamatan yang diperlukan

• Menyelaras peminjaman/ penggunaan keperluan dan peralatan serta penggunaan kenderaan

• Mengatur jadual pemandu kenderaan mengikut keperluan operasi

• Bekerjasama menentukan lokasi Bilik Gerakan, Pusat Penempatan Sementara dan Stor Simpanan.

• Menyediakan keperluan dan peralatan di Bilik Gerakan, Pusat Penempatan Sementara dan Stor Simpanan.

• Menyelaras peminjaman atau membuat perolehan peralatan.

BEKALAN

• Merancang dan menguruskan hal ehwal kewangan

• Merancang dan menyediakan serta mengagihkan bantuan asas kepada mangsa

• Menyediakan pasukan dan peralatan memasak

• Penyediaan menu makanan bersesuaian

• Membantu menyalurkan bantuan asas kepada staf dan pelajar yang menjadi mangsa

• Bekerjasama untuk mengagihkan makanan, bekalan asas dan perubatan

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

KEBAJIKAN STAF

• Merancang penyediaan dan pengumpulan data-data asas bagi persediaan bencana

• Mendapatkan data staf yang berpotensi dilanda bencana banjir berdasarkan rekod-rekod sebelum.

• Mendapatkan data semua staf UMP bagi persediaan dilanda banjir.

• Mendapatkan data penaja (badan-badan amal, NGO, orang perseorangan, IPTA@IPTS, Syarikat Swasta/Awam, dll)

• Mewujudkan Bilik Gerakan dan Help Desk serta talian kecemasan berserta Person In charge mengikut skop bantuan

• Memastikan kebajikan staf yang ditimpa bencana terpelihara dengan sumbangan dan bantuan yang disalurkan

• Bantuan keperluan asas – kerjasama bersama JK Penyelarasan Bilik Gerakan

• Bantuan keperluan kewangan (akaun Tabung Bencana) – kerjasama bersama JK Penyelarasan Bilik Gerakan

• Bantuan sokongan emosi & kaunseling

• Bantuan perubatan dan kecemasan

• Mewujudkan stok simpanan barang-barang bantuan / sumbangan

• Stok simpanan barang-barang akan ditempatkan di Astaka.

• Mewujudkan Emergency Kit

• Info talian bantuan/ PIC untuk dihubungi

• Penduan keselamatan semasa bencana

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

KEBAJIKAN PELAJAR

•Menyediakan penempatan sementara yang bersesuaian kepada mangsa

•Menyediakan khidmat kaunseling

•Menyalurkan maklumat keadaan semasa status pelajar kepada ibu bapa pelajar

•Mengenal pasti keperluan asas pelajar yang terlibat dengan bencana

•Menyediakan data-data pelajar yang menginap di luar kampus

•Mengenalpasti mangsa dan lokasi bencana

•Menyelaraskan tugas-tugas sebelum dan selepas menyelamat mangsa bencana (dari segi pengangkutan, bekalan dan penginapan)

•Mengemaskini data check in dan check out penginapan

•Mengenalpasti bilik penginapan yang boleh digunakan untuk mangsa bencana.

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BIDANG TUGAS KHUSUS JAWATANKUASA

Membantu melancarkan tugasan dan operasi jawatankuasa .

Menyumbang keringat untuk membantu semasa dan selepas bencana .

Menyediakan pasukan untuk aktiviti kebersihan dan kekemasan.

Membantu memindah dan menyelamat peralatan dan harta Universiti.

Membantu memindah dan menyelamat staf dan pelajar jika terperangkap dalam bencana .

Bekerjasama untuk mengagihkan makanan, bekalan asas dan perubatan.

Mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan dan bangunan yang diduduki.

SUKARELAWAN

Menyediakan jadual kuliah alternatif.

Hebahan tangguh kuliah.

Pelaksanaan jadual kuliah alternatif.

Pelaksanaan lokasi alternatif.

Draf jadual akademik baru.

Hebahan kuliah gantian.

Hebahan jadual baru peperiksaan.

PENGURUSAN AKADEMIK

Melaporkan aktiviti kesihatan kepada Bilik Gerakan.

Edaran risalah kesihatan.

Rawatan perubatan asas.

Kempen kesihatan penyakit berjangkit.

Kawalan berjangkit penyakit.

Bekerjasama untuk memberi dan mengagihkan perkhidmatan rawatan/ perubatan.

KESIHATAN

FUNGSI & BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

INFO BENCANA

TAKRIF BENCANA

Suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

Gangguan emosi/ Kecederaan/ kematian/ kerosakan harta benda/

kemusnahan alam sekitar

Aktiviti harian individu/ institusi/ masyarakat

terjejas

Memerlukan tenaga kerja/ kos yang banyak serta jangka masa yang lama untuk pemulihan

KESAN BENCANA SECARA LANGSUNG…

INFO BENCANA

JENIS-JENIS BENCANA

BENCANA ALAM

Cth : Banjir/ Tsunami/ Ribut Taufan/ Tanah

Runtuh/ Gempa Bumi/ Gunung Berapi

KEMALANGAN

Cth: Kemalangan Pengangkutan Awam / Bangunan Runtuh

BENCANA INDUSTRI

Cth : Kebocoran Gas Beracun/ Kesan

Radioaktif & Nuklear

PANDEMIK PENYAKIT

BERJANGKIT

Cth: H1N1/ EBOLA/ Taun/

LAIN-LAIN BENCANA :-

Spt. Dinyatakan dlm Arahan 20.

MKN

INFO BENCANA

PENGENALAN

AMARAN ARAS AIR SUNGAI

AMARAN HUJAN LEBAT

RAMALAN BANJIR BERDASARKAN KEPADA ;

STAF DAN PELAJAR

HARUSLAH SENTIASA

PEKA DAN WASPADA

KEPADA HEBAHAN

MAKLUMAT AMARAN

AWAL BANJIR YANG

DIKELUARKAN !!!

INFO BENCANA

<<MULA>>

AMARAN AWAL BANJIR

Sentiasa dapatkan maklumat info banjir :-

Portal Info Banjir JPS Facebook Rasmi JPS

Malaysia Twitter JPS

Laman Info Banjir Pahang

Bersiapsiaga/ selamatkan harta benda ke tempat yang lebih tinggi

Mengenal pasti

LOKASI / TEMPAT SELAMAT untuk ditujui

jika berlaku banjir

Rumah kediaman dinaiki air BANJIR

Segera selamatkan DIRI & AHLI

KELUARGA SERTA DOKUMEN PENTING

DAFTARKAN NAMA di Pusat

Pemindahan berdaftar yang

berhampiran

Berhubung dengan BKOB/ HOTLINE

UMP

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

INFO BENCANA

INFO KEBAJIKAN STAF

PENTING !!! DIPOHON KERJASAMA SEMUA STAF UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT

PERIBADI DALAM STAFF PROFILE

KEBAJIKAN STAF

KEBAJIKAN STAF

DATA STAF UMP

YANG MENJADI MANGSA

BENCANA BANJIR

PADA TAHUN 2013

STATISTIK MANGSA BANJIR (STAF) BERDASARKAN PTJ

STATISTIK MANGSA BANJIR (STAF) BERDASARKAN LOKASI KEDIAMAN

INFO KEBAJIKAN PELAJAR

TEMPAT TINGGAL SEMENTARA SOKONGAN EMOSI &

KAUNSELING

BANTUAN ASAS

BEKALAN MAKANAN PERUBATAN KECEMASAN

CTH UBAT, RAWATAN, Dll

KEBAJIKAN PELAJAR

1. Tabung Amanah Kebajikan Pelajar

2. Tabung Amanah Zakat

3. Tabung Kebajikan 1 Malaysia

4. Tabung Amanah Insurans.

35

TABUNG – TABUNG KEWANGAN DIWUJUDKAN UNTUK

MEMBANTU PELAJAR YANG MEMERLUKAN

KEBAJIKAN PELAJAR

BENTUK BANTUAN YANG DITAWARKAN

• Bantuan yuran pengajian

• Bantuan Zakat

• Bantuan pelajar OKU

• Bantuan Sara diri

• Bantuan kos rawatan dan pemeriksaan kesihatan

• Pinjaman jangka pendek sehingga RM500 satu semester

• Skim Khairat kematian

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Ecommunity.

KEBAJIKAN PELAJAR

PERLINDUNGAN INSURANS

• Pelajar dilindungi di bawah skim perlindungan takaful berkelompok

bertujuan:

• Menyediakan skim perlindungan asas dalam bentuk pampasan

sekiranya berlaku kemalangan/atau bencana sepanjang pengajian.

• Membantu meringankan beban kewangan pelajar dan waris

pelajar.

KEBAJIKAN PELAJAR

TUNTUTAN YANG BOLEH DIBUAT

• Dimasukkan ke wad bagi tujuan rawatan/pemeriksaan kesihatan atau

pembedahan. ( Elaun wad RM30 sehari/semalam)

• Berlaku kemalangan dan menyebabkan kematian ( RM30,000)

• Keilatan kekal sebahagian@ menyeluruh disebabkan kemalangan (RM15,000)

• Bil – bil rawatan hospital yang tidak ditanggung oleh Pusat Kesihatan Pelajar /

hospital kerajaan. (maximum :RM1,500)

• Kematian disebabkan penyakit (RM15,000)

Bahagian Pembiayaan , Disiplin dan Kebajikan Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

UMP Kampus Gambang.

Tel : 09-5492545/2543

( Pn.Wan Norazizah, Pn Norkamalia dan Encik Saiful Adzrin)

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

UMP Kampus Pekan

Tel : 09-4245727 ( En Musif )

KEBAJIKAN PELAJAR

KEBAJIKAN PELAJAR