tajuk projek: program pengurusan pengkulturan...

11
TAJUK PROJEK: PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH KOD PROJEK: I-ECO/53 (UMS-11) IPTA: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KETUA PROJEK: PROFESOR DR. ROSELINA AHMAD SAUFI AKADEMIA: PUAN JUNAINAH JAIDI PUAN ROSLINAH MAHMUD RAKAN INDUSTRI: UMS LINK AGRO-BASED SDN BHD BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENALPASTI TEMPOH: JUN 2011 JUN 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu pengkulturan rumpai laut secara moden, sistematik dan teratur kepada industri, terutamanya kepada kakitangan UMS Link Agro- Based Sdn. Bhd. Projek ini melibatkan pembangunan teknik latihan penanaman rumpai laut yang moden, prosedur operasi standard (SOP), pengurusan aset dan inventori serta pengurusan sumber manusia. Selain itu, projek ini juga mengenal pasti kepelbagaian rumpai laut yang sesuai ditanam dan tatacara penanaman serta kaedah pengurusan yang lebih sesuai untuk pengkulturan rumpai laut. Projek selama dua tahun ini telah beroperasi di terumbu Tubing Besar, Semporna Sabah. Perkara ini disebabkan pengkulturan rumpai laut adalah salah satu aktiviti ekonomi utama nelayan di daerah Semporna. Rata-rata penduduk di Semporna menjadikan pekerjaan ini sebagai salah satu punca pendapatan utama mereka selain daripada hasil tangkapan ikan. Melalui projek ini, proses pengkulturan rumpai laut telah berjaya ditingkatkan dan sekaligus memberi manfaat bersama kepada penduduk-penduduk di sekitar Semporna amnya.

Upload: letuyen

Post on 11-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK PROJEK:

PROGRAM PENGURUSAN PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DI SEMPORNA, SABAH

KOD PROJEK:

I-ECO/53 (UMS-11)

IPTA:

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. ROSELINA AHMAD SAUFI

AKADEMIA:

PUAN JUNAINAH JAIDI

PUAN ROSLINAH MAHMUD

RAKAN INDUSTRI:

UMS LINK AGRO-BASED SDN BHD

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENALPASTI

TEMPOH:

JUN 2011 – JUN 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu pengkulturan rumpai laut secara

moden, sistematik dan teratur kepada industri, terutamanya kepada kakitangan UMS Link Agro-

Based Sdn. Bhd. Projek ini melibatkan pembangunan teknik latihan penanaman rumpai laut yang

moden, prosedur operasi standard (SOP), pengurusan aset dan inventori serta pengurusan sumber

manusia. Selain itu, projek ini juga mengenal pasti kepelbagaian rumpai laut yang sesuai ditanam

dan tatacara penanaman serta kaedah pengurusan yang lebih sesuai untuk pengkulturan rumpai

laut. Projek selama dua tahun ini telah beroperasi di terumbu Tubing Besar, Semporna Sabah.

Perkara ini disebabkan pengkulturan rumpai laut adalah salah satu aktiviti ekonomi utama

nelayan di daerah Semporna. Rata-rata penduduk di Semporna menjadikan pekerjaan ini sebagai

salah satu punca pendapatan utama mereka selain daripada hasil tangkapan ikan. Melalui projek

ini, proses pengkulturan rumpai laut telah berjaya ditingkatkan dan sekaligus memberi manfaat

bersama kepada penduduk-penduduk di sekitar Semporna amnya.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Memindahkan ilmu pengkulturan dengan lebih sistematik kepada industri dan petani yang terlibat.

2) Memindahkan pengetahuan mengenai pengkulturan rumpai laut kepada peserta industri.

3) Membantu meningkatkan pendapatan industri melalui aktiviti pengkulturan.

4) Melatih petani yang berpotensi untuk membangunkan perniagaan berkaitan aktiviti pengkulturan.

SUMBER

Jumlah Geran yang diluluskan : RM190,000.00

Upah dan Elaun (Graduan Pelatih) : RM48,000.00 Perjalanan dan Pengangkutan : RM28,000.00 Perhubungan dan Utiliti : RM2,000.00 Sewaan : RM4,000.00 Bekalan dan Bahan Penyelidikan : RM88,000.00 Perkhidmatan Ikhtisas : RM7,000.00

AKTIVITI

1) Mengenal pasti tapak pengkulturan rumpai laut di Daerah Semporna. 2) Pensampelan benih rumpai laut. 3) Aktiviti pengkulturan. 4) Kursus dan latihan kepada para nelayan. 5) Lawatan ke tapak pengkulturan. 6) Mengajar cara-cara memantau dan mengendalikan loji perintis (pilot

plant).

OUTPUT

Industri: 1) Pulangan keuntungan kepada syarikat lebih cepat.

Keuntungan pertama dianggarkan dicapai pada hujung tahun pertama (2011).

2) Peningkatan pusingan penanaman daripada tiga kali setahun kepada 4 hingga 5 kali setahun.

3) Perubahan sistem konvensional kepada sistem penanaman moden dengan masa di atas pelantar ditingkatkan kepada 70% berbanding 30% di bawah sistem penanaman konvensional.

4) Peningkatan kemahiran dan pengetahuan pekerja terhadap sistem pengkulturan dan penanaman rumpai laut yang baharu.

5) Kejayaan menanam 5 plot dengan keluasan 2.5 ekar setiap plot dan 3

plot telah dituai hasilnya. Hasil yang diperoleh telah berjaya ditingkatkan dan dijual setelah dikeringkan.

a) Hasil jualan pertama adalah pada bulan September 2012 dengan jumlah 929 kg rumpai laut kering telah dijual kepada peraih tempatan pada harga RM2.10 sekilo. Hasil nilai jualan berjumlah RM1,950.90.

b) Pada bulan Januari 2013 jualan rumpai laut kedua sebanyak 903.5 kg kepada peraih tempatan pada harga RM2.20 sekilo bersamaan dengan nilai jualan RM1,987.70.

IPTA : 1) Tenaga pakar dapat terlibat secara langsung dengan penanaman dan

pengurusan ladang kontrak rumpai laut. 2) Pihak universiti berupaya meningkatkan prestasi pengkomersialan

teknologi penanaman rumpai laut.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat peluang bekerja dan terlibat secara

langsung dalam ladang rumpai laut. 2) Graduan pelatih mendapat pendedahan menghitung risiko dan

menghadapi cabaran dalam bidang akuakultur rumpai laut.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Malaysia Sabah 2) UMS Link Agro-Based Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Memperoleh ilmu pengurusan pengkulturan dengan lebih teratur dan

teliti bagi memastikan rumpai laut hidup dan tumbuh dengan kualiti dan kuantiti yang baik.

2) Berjaya membangunkan satu sistem merekodkan pengurusan penanaman secara berkomputer. SOP pengurusan pengkulturan rumpai laut telah berjaya dibukukan melalui projek KTP yang diberi nama sistem BiTT, yang menjadi standard kerja di pelantar dan ladang rumpai laut untuk industri yang boleh digunakan secara berterusan.

3) Menghasilkan sistem BiTT yang boleh digunakan di mana-mana sahaja dan dijadikan panduan dalam penanaman rumpai laut.

4) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja yang terlibat melalui kerja-kerja praktikal dalam situasi sebenar industri penanaman rumpai laut. Peningkatan pengetahuan dalam ilmu sains marin tentang penanaman rumpai laut dan pengalaman mempelajari budaya sosioekonomi pekerja rumpai laut atau pengusaha yang terlibat dalam industri rumpai laut.

5) Menambah baik dan mengubah suai penanaman rumpai laut yang telah diperkenalkan oleh UMS supaya mengikut persekitaran teknologi moden dalam industri, setelah diguna pakai oleh industri

6) Memahami sistem pengurusan yang sistematik termasuk pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan kepimpinan.

IPTA : 1) Akademia dapat berkongsi maklumat dan cadangan melalui

perbincangan dan seminar yang dihadiri dalam proses membangunkan industri rumpai laut.

2) Akademia dan pihak universiti mendapat pengiktirafan kerana memindahkan ilmu pengetahuan kepada pengusaha-pengusaha rumpai laut dan industri.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih mendapat bimbingan dan peluang untuk bekerja secara berterusan. Graduan pelatih memperoleh banyak kemahiran seperti kemahiran Insaniah dan teknikal dalam ilmu pengurusan dan pengkulturan rumpai laut secara moden.

2) Graduan pelatih mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang sistem pengurusan sumber manusia, pengurusan akaun dan kepimpinan.

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Dari Ketua Projek

B) Laporan Berkala Dari Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN LAPORAN

AKHIR

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : UMSLink Agro-Based Sdn. Bhd., Semporna, Sabah Tarikh Lawatan : 15Ogos 2014 Panel Penilai : Profesor Madya Dr. Rasid Mail (UMS)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian dari pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 33%

B AKADEMIA (10%) 9%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7%

E LAPORAN DARI INDUSTRI (30%) 22%

MARKAH KESELURUHAN (%) 78%

PENILAIAN DARIPADA INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah sepertimana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

2/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Secara keseluruhannya, projek ini telah memberi impak yang ketara kepada usaha membangunkan dan

menambah baik sistem pengurusan pengkulturan rumpai laut, terutamanya di kawasan Semporna. Sistem

pengurusan yang diperkenalkan lebih baik dan lebih sistematik berbanding dengan sistem tradisional.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil penilaian keseluruhan menunjukkan bahawa projek ini mempunyai nilai tambah kepada Industri dan diletakkan pada kategori kuning. Projek ini juga mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan komuniti yang disasarkan.

LAMPIRAN

Pejabat rakan industri UMS Link Holdings Sdn. Bhd.

Pelantar untuk aktiviti penanaman dan pengeringan yang digunakan dalam projek ini

Teknologi yang dikembangkan hasil daripada inovasi KTP terdahulu

Kaedah pengurusan stor yang lebih sistematik dan teratur

Penghasilan rumpai laut semakin meningkat hasil penggunaan teknologi penanaman dan pengurusan

ladang yang lebih baik

Pengeringan rumpai laut sebelum dijual

Lawatan panel penilai di pelantar rumpai laut Semporna, Sabah