tajuk projek: khidmat kejururawatan di...

10
TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAH KOD PROJEK: K-DG/18 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. KAMARUL ARYFFIN BAHARUDDIN AKADEMIA: DR. SHAIK FARID ABDULL WAHAB DR. HASHAIRI MOHD FAUZI PROFESOR MADYA DR. RASHIDI AHMAD RAKAN KOMUNITI: ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA, KELANTAN BIDANG TUMPUAN UTAMA: KUMPULAN KELAINAN MAMPU ATAU UPAYA (OKU) TEMPOH: 15 OGOS 2011 15 FEBRUARI 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Rawatan yang berpanjangan kepada pesakit kronik, koma dan pesakit terlantar menyebabkan beban kerja kakitangan hospital bertambah. Oleh itu, projek ini dibangunkan sebagai satu penyelesaian terbaik bagi mengatasi permasalahan yang wujud. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan di rumah terutamanya bagi ahli St. John Ambulans Malaysia Kelantan (SJAMK) dan ahli keluarga pesakit kronik. Projek ini bertujuan untuk memindahkan ilmu kejururawatan di rumah melalui kursus, bengkel dan amali di lapangan bagi mendedahkan serta memberi penerangan mengenai cara asas penjagaan pesakit kronik di rumah. Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli SJAM melalui kursus dan latihan. Ilmu tersebut juga disebarkan kepada ahli keluarga pesakit kronik dan pesakit terlantar melalui latihan penjagaan di rumah. Projek yang diketengahkan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan sukarelawan seperti SJAMK dan ahli keluarga pesakit bagi merawat pesakit terlantar di rumah.

Upload: dohanh

Post on 03-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

TAJUK PROJEK:

KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAH

KOD PROJEK:

K-DG/18 (USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

DR. KAMARUL ARYFFIN BAHARUDDIN

AKADEMIA:

DR. SHAIK FARID ABDULL WAHAB

DR. HASHAIRI MOHD FAUZI

PROFESOR MADYA DR. RASHIDI AHMAD

RAKAN KOMUNITI:

ST. JOHN AMBULANS MALAYSIA, KELANTAN

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KUMPULAN KELAINAN MAMPU ATAU UPAYA (OKU)

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 15 FEBRUARI 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Rawatan yang berpanjangan kepada pesakit kronik, koma dan pesakit terlantar menyebabkan

beban kerja kakitangan hospital bertambah. Oleh itu, projek ini dibangunkan sebagai satu

penyelesaian terbaik bagi mengatasi permasalahan yang wujud. Objektif utama projek ini adalah

untuk meningkatkan pengetahuan mengenai rawatan di rumah terutamanya bagi ahli St. John

Ambulans Malaysia Kelantan (SJAMK) dan ahli keluarga pesakit kronik. Projek ini bertujuan

untuk memindahkan ilmu kejururawatan di rumah melalui kursus, bengkel dan amali di lapangan

bagi mendedahkan serta memberi penerangan mengenai cara asas penjagaan pesakit kronik di

rumah. Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

SJAM melalui kursus dan latihan. Ilmu tersebut juga disebarkan kepada ahli keluarga pesakit

kronik dan pesakit terlantar melalui latihan penjagaan di rumah. Projek yang diketengahkan ini

dapat meningkatkan pengetahuan dan keyakinan sukarelawan seperti SJAMK dan ahli keluarga

pesakit bagi merawat pesakit terlantar di rumah.

Page 2: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli St. John Ambulans

Malaysia Kelantan tentang perawatan di rumah melalui pemindahan ilmu, kursus dan latihan amali.

2) Untuk meningkatkan pengetahuan ahli keluarga pesakit perawatan di rumah melalui ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia Kelantan.

AKTIVITI

1) Mengajarkan ilmu kejururawatan di rumah kepada pesakit. 2) Menunjukkan kaedah penjagaan dan pengurusan pesakit di rumah. 3) Mendemonstrasikan kaedah pemulihan anggota (fisioterapi) untuk

pesakit strok. 4) Menunjuk ajar ilmu yang berkaitan dengan solat ketika sakit kepada

pesakit Muslim.

OUTPUT

Komuniti: 1) Seramai 40 ahli SJAM diberi pengetahuan tentang ilmu merawat

pesakit di rumah. Ahli-ahli baharu SJAM yang baru tamat diploma kejururawatan juga didapati menyertai projek ini bagi menggantikan ahli-ahli yang berhenti.

2) Seramai 88 pesakit terlantar berserta ahli keluarga diberi pengetahuan tentang ilmu merawat pesakit di rumah melalui pemberian buku panduan perawatan di rumah.

IPTA: 1) Jaringan kerjasama yang baik antara USM dengan SJAM telah terbina. 2) Pandangan positif masyarakat terhadap USM semakin meluas dan

tidak tertakluk kepada hal ehwal di dalam kampus sahaja. 3) Hasil projek ini menjadi salah satu aktiviti khidmat sosial warga USM

kepada masyarakat luar. Pembangunan Modal Insan:

1) Dua graduan pelatih dan 30 ahli SJAM mendapat pengalaman menganjurkan kursus perawatan di rumah.

2) Dua graduan pelatih dan 10 ahli SJAM terlatih mengurus maklumat dan data berkaitan pesakit.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) St. John Ambulans Malaysia Kelantan

Page 3: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Ahli rakan komuniti iaitu SJAM Kelantan mendapat ilmu kejururawatan

untuk merawat pesakit kronik dan pesakit terlantar di rumah. SJAM Kelantan telah berjaya menubuhkan satu unit khusus untuk menjalankan khidmat kejururawatan di rumah.

2) Keluarga pesakit kronik dan terlantar mendapat pengetahuan tentang cara-cara asas kaedah menjalankan kejururawatan di rumah kepada ahli keluarga yang sakit.

IPTA: 1) Nama USM terangkat dan terkenal di seluruh negara kerana beberapa

program yang telah dianjurkan dalam projek ini mendapat perhatian media arus perdana seperti National Conference on Home Care Nursing.

2) Hubungan USM dengan komuniti luar semakin akrab. 3) Kakitangan USM dapat menjalinkan hubungan baik dengan organisasi

luar seperti Majlis Agama Islam Kelantan dan Skuad Cakna Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pembangunan Modal Insan: 1) Pengurusan ahli SJAM semakin tersusun khususnya dalam khidmat

kejururawatan di rumah. 2) Graduan pelatih yang terlibat dalam projek ini mendapat pengetahuan

tentang cara-cara berkomunikasi dengan lebih baik, pengurusan sesuatu program serta aspek yang berkaitan dengan pengurusan data dan penerbitan.

Page 4: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 5: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : St. John Ambulans Malaysia Kelantan Tarikh Lawatan : 23 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Mahadzirah Mohammad (UNISZA) 2) Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIAM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25%

B AKADEMIA (10%) 7%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 10%

E LAPORAN DARIPADA KOMUNITI (30%) 20%

MARKAH KESELURUHAN (%) 70%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

3/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 3/5

Page 6: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Melalui program ini, ahli-ahli SJAM Kelantan yang terlibat telah mendapat banyak ilmu yang boleh dipraktikkan semasa berhadapan dengan pesakit dan diharap ilmu ini dapat digunakan bagi meningkatkan kemahiran ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia, Kelantan. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini masih dalam peringkat penyelidikan dan ia berada dalam kategori jingga. Namun begitu, projek ini mempunyai nilai tambah yang boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan komuniti terutama dalam aspek kejururawatan di rumah.

Page 7: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

LAMPIRAN

Kemudahan kerusi roda dan tandas mudah alih

Peralatan perubatan di rumah transit

Page 8: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

Pegawai JPN sedang membuat salinan kad pengenalan pesakit

Penghuni rumah transit

Page 9: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

Lawatan panel penilai dan sesi penilaian projek bersama rakan komuniti St. John Ambulans Kelantan

Bilik di rumah transit

Page 10: TAJUK PROJEK: KHIDMAT KEJURURAWATAN DI RUMAHktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG18(USM-11).pdf · Modul ilmu perawatan di rumah disampaikan oleh akademia USM kepada ahli-ahli

Lawatan panel penilai dan ketua projek ke rumah pesakit

Lawatan ke rumah pesakit