tajuk jurnal.docx

12
ULASAN JURNAL Tajuk Jurnal : Minat dan Kecenderungan Pelajar Perempuan Terhadap Sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang : 1. Syed Kamaruzaman Syed Ali 2. Noor Azuddin Mohd Noordin 3. Muhammad Faizal A. Ghani 4. Fonny Dameaty Hutagalong (Fakulti Pendidikan Universiti Malaya [email protected] ) Tajuk Jurnal dan Maklumat Berkaitan : Minat dan Kecenderungan Pelajar Perempuan Terhada p Sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Julai 2014, Bil.1, Isu 2 1.0 Pengenalan Menurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada pelajar perempuan bagi melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut perempuan di IPG. Contohnya, di peringkat IPG turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili IPG ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan Sukan Wanita Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat motivasi dan menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan Wanita Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan wanita dalam aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan dan juga MASUM ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan tersebut memberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada 1

Upload: kogila-ila

Post on 10-Feb-2016

97 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal : Minat dan Kecenderungan Pelajar Perempuan Terhadap Sukan di Institut

Pendidikan Guru (IPG)

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang : 1. Syed Kamaruzaman Syed Ali 2. Noor Azuddin Mohd Noordin 3. Muhammad Faizal A. Ghani 4. Fonny Dameaty Hutagalong (Fakulti Pendidikan Universiti Malaya [email protected])

Tajuk Jurnal dan Maklumat Berkaitan : Minat dan Kecenderungan Pelajar Perempuan Terhadap Sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Julai 2014, Bil.1, Isu 2

1.0PengenalanMenurut Noresah Bt Baharom (2010), sukan boleh ditakrifkan sebagai segala jenis

latihan gerakan badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Di

Malaysia, pihak kerajaan telah membuka banyak peluang kepada pelajar perempuan bagi

melibatkan diri dalam sukan terutama bagi penuntut perempuan di IPG. Contohnya, di

peringkat IPG turut menggalakkan pelajar yang aktif bersukan untuk mewakili IPG ke

kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memperkenalkan Sukan Wanita

Kebangsaan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk memupuk semangat motivasi dan

menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan. Penubuhan Sukan Wanita

Kebangsaan ini dilancarkan bagi menangani masalah kekurangan penglibatan wanita dalam

aktiviti kesukanan. Oleh itu, dengan adanya Sukan Wanita Kebangsaan dan juga MASUM

ianya dapat meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti sukan.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukan yang boleh diceburi oleh golongan wanita

seperti berenang, olahraga, futsal, tenis dan juga badminton. Aktiviti- aktiviti sukan tersebut

memberi banyak manfaat kepada setiap individu dari pelbagai aspek terutamanya

kesihatan fizikal dan juga mental. Malahan, sukan dijadikan sebagai instrumen untuk

mencapai pelbagai tujuan khususnya kepada diri seseorang individu. Berdasarkan jurnal

yang saya kaji, terdapat beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar perempuan di

dalam sukan seperti minat dan sikap ingin mencuba sukan baru, menonjolkan bakat dan

potensi, kewangan dan ganjaran, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, dan

mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Selain itu, saya juga mengulas

mengenai faedah-faedah yang diperoleh apabila menyertai aktivti sukan seperti

meningkatkan displin diri, pengurusan masa yang baik, membentuk fikiran yang positif dan

1

Page 2: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

memupuk perasaan perpaduan dan juga langkah bagi menggalakkan penglibatan pelajar

perempuan dalam sukan seperti dasar kerajaan, peranan ibu bapa, penyediaan kemudahan

sukan dan mengadakan kempen.

2.0 Hasil Dapatan Kajian

Hasil dapatan kajian bagi jurnal yang ditulis oleh Syed Kamaruzaman Syed Ali, Noor

Azuddin Mohd Noordin, Muhammad Faizal A.Ghani dan Fonny Dameaty Hutagalong ialah

merupakan kajian deskriptif yang melibatkan kajian lapangan iaitu tinjauan terhadap minat

pelajar perempuan terhadap sukan dengan menggunakan borang soal selidik. Fokus kajian

ini bertumpu kepada pelajar perempuan di dua buah IPG yang melibatkan pelajar sepenuh

masa Kursus Diploma Perguruan Malaysia Semester 4 dan 6, Kursus Perguruan Lepasan

Ijazah semester 1, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 3, 4 dan 6 serta

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 2. Sampel kajian ini terdiri

daripada pelajar perempuan dari dua buah IPG. Persampelan kajian ini berasaskan

persampelan bukan rawak. Pemilihan sampel telah dibuat berasaskan persampelan

bertujuan atau ’purposive sampling’ kerana hanya pelajar perempuan sahaja yang terlibat

menjawab borang soal selidik. Sebanyak 300 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian

sampel ini. Sampel tersebut dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan yang selaras

dengan tujuan kajian. Sampel ini terdiri daripada 150 pelajar perempuan adalah dari IPG A

manakala 150 pelajar perempuan lagi adalah dari IPG B. Sampel kajian ini terdiri daripada

kaum Melayu, Cina dan India serta mempunyai tahap akademik yang baik berasaskan

kelayakan untuk memasuki IPG iaitu Ujian Kecergasan Fizikal. Sampel pelajar perempuan

dari IPG A dan B dipilih berasaskan meninjau minat pelajar perempuan terhadap sukan.

Instrumen atau bahan yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini

dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu iaitu dalam bahagian A melibatkan

maklumat peribadi sampel pelajar perempauan dari IPG A dan B. Bahagian B pula merujuk

berkaitan sukan dalaman (indoor) dan sukan luaran (outdoor) yang paling diminati oleh

pelajar perempuan tersebut. Mereka perlu menentukan dan menandakan sukan yang paling

diminati berasaskan urutan 1-6. Bahagian C pula memfokuskan kepada kekerapan minat

bersukan mengikut jenis sukan. Bahagian D pula merupakan faktor yang menarik minat

pelajar perempuan terlibat dengan sukan. Dalam bahagian E pula ialah tentang faktor yang

menghalang minat pelajar perempuan terhadap sukan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa bagi sukan dalaman, pelajar perempuan sangat

mengemari bidang sukan badminton kerana mereka pernah bermain badminton sejak dari

zaman persekolahan dan zaman kanak-kanaknya lagi. Selain itu, sukan badminton adalah

2

Page 3: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

sukan yang mudah dilaksanakan dan cepat menarik minat pelajar perempuan untuk

bermain. Menurut Timothy & Nicholas (1996) sebenarnya minat ini semestinya perlu dipupuk

sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Simons–Morton (1987) juga bersetuju bahawa

pendedahan ketika kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti fizikal dapat membantunya apabila

diperingkat remaja.

Manakala, dari sudut sukan luaran pelajar perempuan lebih meminati sukan bola

baling. Bola baling juga satu sukan yang mudah dilaksanakan dan hanya memerlukan

pemain membawa dan menghantar bola dengan menggunakan tangan dan membaling

bola ke arah pintu gol. Tahap kemahiran yang tinggi tidak diperlukan semasa membawa dan

menghantar bola semasa permainan bola baling. Permainan bola baling dan bola jaring

hampir sama permainannya. Kemahiran menghantar dan menerima bola ada digunakan

dalam kedua-dua permainan tersebut. Oleh yang demikian berkemungkinan sukan Bola

baling ini juga disukai oleh pelajar perempuan.

Selain itu, kecenderungan didapati pelajar perempuan lebih cenderung kepada

sukan Badminton. Dapatan ini selari dengan dapatan tentang minat pelajar perempuan

terhadap sukan tersebut. Didapati pelajar perempuan lebih berminat kepada sukan

Badminton. Oleh itu sudah tentu pelajar perempuan lebih cenderung kepada sukan

Badminton.

Terdapat juga beberapa faktor yang menarik minat pelajar perempuan untuk

bersukan. Dapatan kajian menunjukkan aspek kecergasan dan kesihatan merupakan faktor

utama yang telah menarik minat pelajar perempuan untuk bersukan. Dapatan kajian ini

selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Baun & Bernacki (1988).Baun & Bernacki

mendapati faktor utama yang telah menarik minat seseorang itu untuk bersukan adalah

faktor kesihatan dan juga untuk meningkatkan kecergasan fizikal. Hales & Zartman (2001)

juga berpendapat bahawa dengan melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan akan dapat

meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang.

Di samping itu, terdapat juga beberapa faktor yang menghalang minat pelajar

perempuan untuk bersukan. Hasil daripada dapatan kajian telah menunjukkan faktor beban

akademik yang banyak adalah merupakan faktor yang utama. Menurut Wankel (1998),

kebanyakan pelajar kekangan masa untuk bersukan. Ini kerana sibuk dengan aktiviti yang

berkaitan dengan akademik dan peperiksaan. Begitu juga dengan Nadhratul (2000) yang

turut menjelaskan bahawa banyak masa telah digunakan untuk belajar dan akibatnya pelajar

kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam sukan. Selain itu, yang menjadi menghalang

minat pelajar perempuan untuk bersukan juga adalah pelajar lelaki yang suka memonopoli

3

Page 4: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

gelanggang permainan. Kalau kita melihat di gelanggang bola tampar, bola keranjang,

badminton, didapati mesti ramai pelajar lelaki berbanding dengan pelajar perempuan. Oleh

sebab itu, pelajar perempuan tidak berminat untuk turun bersukan memandang pelajar lelaki

lebih ramai menggunakan gelanggang permainan tersebut.

3.0Pandangan atau Pendapat Mengenai Penulisan Jurnal Secara Kritis

Pada pandangan saya, penglibatan pelajar perempuan di dalam sukan adalah

disebabkan oleh faktor minat dan sikap ingin mencuba sesuatu sukan baru. Ia menjadi

pendorong kepada individu untuk bersukan. Berdasarkan kajian jurnal ini, ramai pelajar

permpuan mengakui bahawa penglibatan pelajar perempuan dalam sukan iaitu bola baling

dan badminton adalah kerana minat yang mendalam terhadap sukan. Selain itu,

kepelbagaian yang ada dalam sukan itu sendiri telah menjadi penarik kepada wanita untuk

mengaktifkan diri dengan mencuba sukan baru. Dengan itu, mereka akan berasa seronok

dan juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Menurut Yahya Buntat & Norervina (2005),

seseorang individu yang minat terhadap sesuatu perkara adalah daripada dorongan secara

intrinsik yang wujud dalam jiwa setiap individu itu sendiri. Malahan, seseorang yang

bermotivasikan intrinsik ini cenderung melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti tanpa

mengharapkan sebarang hadiah dan juga paksaan daripada mana- mana pihak.

Seterusnya, penglibatan pelajar perempuan di dalam sukan juga disebabkan oleh

faktor menonjolkan bakat dan potensi dan menjaga bentuk badan mereka. Berdasarkan

kajian ini, ramai yang bersetuju dengan faktor tersebut menyebabkan wanita menceburi diri

dalam sukan. Seseorang individu yang yakin akan kebolehan yang ada pada dirinya akan

memngambil peluang untuk menyertai aktiviti sukan. Tambahan, mereka ini mempunyai

cita-cita yang tinggi bagi meningkatkan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu,

penglibatan ini juga secara tidak langsung mampu menggilap bakat dan potensi yang ada

bagi meningkatkan lagi pencapaian diri individu dalam sukan yang diceburinya. Elemen ini

juga penting dalam melahirkan atlet yang berkualiti dan seterusnya menggalakkan

penyertaan pelajar perempuan dalam sukan.

Selain itu, penyertaan individu dalam sukan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik. Menurut Noresah Bt Baharom (2010),

kemahiran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.

Dengan adanya ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang sukan, kita dapat mengetahui dan

4

Page 5: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

menggunakan ilmu sukan dari segi teknik, kemahiran pergerakan dan juga taktik. Selain itu,

pengalaman yang diperolehi semasa pertandingan juga mampu membantu kita dalam

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana semasa pertandingan kita akan

melihat taktik, teknik dan kemahiran yang ada pada pihak lawan. Melalui pengalaman

tersebut, kita boleh meningkatkan pencapaian dalam bidang sukan dengan melakukan

penambahbaikan dalam setiap pergerakan untuk sesuatu permainan. Contohnya,

permainan bola baling dan badminton yang merupakan sukan yang mudah dilaksanakan

kerana teknik ini dari zaman persekolahannya.

Faktor penglibatan pelajar perempuan dalam sukan adalah disebabkan mereka ingin

mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan satu aktiviti yang

boleh mengisi masa lapang mereka bersama dengan rakan-rakan. Bagi mereka, mengisi

masa lapang dengan sukan dapat membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan

mereka secara sihat. Selain itu, penglibatan mereka dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan

diri daripada membazir waktu daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak memberi

manfaat kepada diri sendiri. Manakala, penglibatan mereka dalam sukan adalah kerana

ingin mengekalkan kesihatan badan dan juga kecantikan tubuh badan. Dengan bersukan

juga, badan akan sihat dan melahirkan minda yang aktif, menghilangkan rasa malas, dan

juga menghindarkan sebarang penyakit dalam badan serta membawa kepada

kecemerlangan bagi seseorang pelajar. Malahan, berdasarkan kajian Zaini Arshad (2003),

beliau memetik penyataan Byrd (1982), yang menyatakan bahawa penyertaan sukan secara

aktif dapat mengelak atau melewatkan serangan pelbagai penyakit.

Akhirnya, ada juga faktor yang tidak mengizinkan pelajar perempuan untuk tidak

dapat bersukan ialah beban akademik yang banyak dan juga faktor monopoli pelajar lelaki

digelanggang-gelanggang permainan menyebabkan pelajar perempuan kurang minat dalam

bidang sukan.

4.0Cadangan Cara-cara Penambahbaikan Kepada Isu Yang Terdapat Dalam

5

Page 6: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

Penulisan jurnal

Cadangan cara-cara penambahbaikan terhadap isu yang terdapat dalam jurnal ini

ialah, terdapat beberapa inisiatif yang boleh digunakan bagi menarik pelajar perempuan

untuk menyertai sukan. Cadangan pertama, menggalakkan penglibatan pelajar perempuan

dalam sukan ialah melalui Dasar kerajaan iaitu dasar 1Murid 1Sukan. Berdasarkan petikan

akhbar, Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin menyatakan bahawa dasar ini perlu bagi

memupuk minat terhadap bidang sukan tersebut dalam kalangan kanak-kanak. Bak kata

pepatah “meluntur buluh biarlah dari rebungnya” iaitu kalau hendak mendidik seseorang

hendaklah ketika ia masih muda supaya mudah diasuh. Oleh itu, penglibatan awal kanak-

kanak khususnya perempuan, dalam bidang sukan amat di digalakkan supaya mereka

mengetahui jenis-jenis sukan yang ada dan memilih sukan yang mereka gemari seperti

pelajar IPG dalam sampel banyak menggemari sukan badminton dan bola baling. Dasar ini

juga dapat membantu untuk menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan mereka

bagi menunjukkan bakat dan potensi masing-masing.

Selain itu, ibu bapa perlu memberi sokongan moral dengan menghantar anak- anak

mereka ke tempat latihan ataupun menemani mereka semasa sedang menjalankan latihan

di padang. Dengan cara tersebut, anak- anak mereka khususnya perempuan akan lebih

bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan. Di samping itu, Ibu bapa juga boleh

memberi galakkan dengan cara membelikan anak- anak mereka peralatan sukan. Peralatan

sukan yang lengkap dan sesuai dapat memberi semangat dan mengembangkan minat

mereka untuk menyertai bidang sukan tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu bapa

penting bagi mengalakkan penyertaan anak- anak dalam bidang sukan yang perlu dipupuk

dari zaman kanak-kanak supaya timbulnya semangat bersukan dalam diri mereka secara

berkobar-kobar

.

Seterusnya, penyediaan kemudahan sukan yang lengkap juga memainkan peranan

yang penting dalam menarik minat pelajar perempuan untuk menyertai sukan. Contohnya,

kemudahan- kemudahan sukan seperti gelanggan bola baling, gelanggang tennis dan

gelangang bola jaring. Dengan adanya kemudahan- kemudahan tersebut di tempat- tempat

yang mudah dikunjungi membolehkan pelajar perempuan menggunakannya pada bila- bila

masa. Tambahan pula, prasarana yang lengkap membantu mereka untuk berlatih dalam

keadaan yang selesa dan efektif.

Langkah seterusnya yang boleh diambil bagi menggalakan penglibatan pelajar

perempuan dalam sukan adalah dengan mengadakan kempen. Kempen mengenai

6

Page 7: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

kepentingan sukan dan faedah sukan boleh didedahkan khususnya kepada pelajar

perempuan bagi menyedarkan mereka bahawa sukan mampu meningkatkan tahap

kesihatan tubuh badan dan juga mental. Sehubungan itu, pihak media perlu memberi

kerjasama dengan menyiarkan program televisyen mengenai sukan wanita. Hal ini secara

tidak langsung boleh menarik minat mereka untuk mencuba tersebut seperti sukan

badminton dan bola jaring yang paling diminati oleh pelajar perempuan IPG A dan B yang

merupakan bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka

tamat pengajian.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, sukan merupakan aktiviti yang memberi manfaat kepada semua

golongan sama ada perempuan mahupun lelaki. Dengan bersukan, kita dapat menyihatkan

tubuh badan, mengunakan masa dengan baik dan juga berkenalan dengan semua kaum.

Selain itu, pelbagai pihak seperti pihak kerajaan, swasta dan juga badan NGO boleh

berkerjasama dalam membantu menyediakan lebih banyak lagi kemudahan bersukan untuk

kegunaan awam. Dalam masa yang sama, pihak media massa juga turut memainkan

peranan penting dalam menarik lebih ramai pelajar perempuan untuk menyertai aktiviti

sukan. Contohnya dengan mengadakan kempen. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan

Sukan juga boleh menawarkan lebih banyak peluang kepada mereka yang berminat dalam

sesuatu aktiviti sukan untuk menceburinya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi bagi

menyerlahkan bakat mereka seperti atlit puteri renang iaitu Nurul Huda dan Sylvia Ng iaitu

atlit sukan badminton.

6.0Rujukan

7

Page 8: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

Buku

Natacha David. (1998). International Women’s Day: Women in the Economic. El Publication.

Nik Safiah Karim (1990). Wanita Malaysia: Harapan dan Cabaran. Kuala Lumpur: K

Publishing & distribution.

Omardin Ashaari (1998). “ Pengurusan Sukan.” Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors Sdn. Bhd.

Shaharudin Abd. Aziz (2001). “Mengaplikasikan Teori Psikologi dalam Sukan.” Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong (2001). ”Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.” Selangor Darul

Ehsan: Penerbit Logman.

Internet

http://www.scribd.com/doc/55861752/Isu-Wanita-Dan-Sukan#scribd

http://www.scribd.com/doc/35471743/Peranan-Wanita-Dalam-Sukan#scribd

http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=85720

http://www.ippbm.gov.my/dokumen/faktabelia/07.Sukan&rekreasi.pdf

Jurnal

Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM.

Yahya B. Buntat & Norervina Bte Jailani (2008) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Majalah

8

Page 9: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

Ainon Muhammad. (1875, Mac 15). Modenisasi dan Implikasinya Terhadap Peranan Serta

Fungsi Kaum Wanita. Dewan Masyarakat, pp. 6-8.

Faridah Idris. (1994, September 1). Wanita dalam Arus Pembangunan: Menyusun Strategi

"Pandang Ke Depan". Dewan Masyarakat, pp. 50-51.

Hamsiah Abdul Hamid. (1975, Mac 15). Satu Tinjauan: Perjuangan Wanita Dunia. Dewan

Masyarakat, pp. 3-5.

Makmor Tumin. (1997, November 8). Wanita, NGO, dan Dasar Wanita Negara. MASSA, pp.

57-52.

Mohamad Haji Ikhsan. (1994, September 1). Dilema Wanita Bekerja. Dewan

Masyarakat,   pp. 32-33.

Mohamad Razak Idris. (1997, April 1). Keluarga Sakinah Mawaddah

Warrahmah. Tamaddun, pp. 20.

Nor Samsinar Baharin. (1997, Oktober 18). Wanita Bangkit Melalui NGO. MASSA, pp.54-55.

7.0Lampiran

9

Page 10: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

Gender Dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan

Dalam Falsafah Pendidikan Negara dengan jelas menyatakan bahawa seorang

insan perlu seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmaninya. Perseimbangan

aspek-aspek ini perlu di kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang mempunyai

pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kesukarelaan dan ketrampilan melalui aktiviti yang

mencabar dan menyeronokkan. Justeru itu,melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani dan

Sukan (PJS) dapat melatih pelajar mengatasi pelbagai kekangan dan rintangan serta

mempunyai daya tahan, daya saing, daya suai dan daya cipta yang tinggi agar para pelajar

boleh dan sanggup menghadapi cabaran pendidikan alaf baru.

Dalam membina sahsiah insan pelajar, aspek kemahiran asas, pengurusan,

kepimpinan, kerjasama dan kecergasan perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Dengan

pendedahan komponen ini, pengajaran dan pembelajaran PJK yang terancang, sistematik

dan berkesan diharap dapat membentuk sikap pelajar yang positif serta memiliki semangat

kesediaan dan kesukarelaan dalam diri mereka.

Gender dan Sukan

Terdapat banyak perbezaan antara lelaki dengan wanita dari segi rupa, bentuk

badan, pakaian, tabiat kehidupan, peranan dalam masyarakat, kerjaya dan lain-lain lagi.

Mungkin kekurangan maklumat dan kesedaran tentang perbezaan antara lelaki dengan

wanita, maka wanita diajar, diasuh dan dilatih dalam bidang sukan dengan cara persediaan

yang dilakukan oleh kaum lelaki. Adakah ini wajar? Untuk menghayati ataupun

meningkatkan lagi prestasi atlet wanita, kita perlu mengkaji perbezaan ini daripada beberapa

aspek penting.

Kita mestilah sedar bahawa terdapat perbezaan antara lelaki dengan wanita dari segi

fizikal seperti rupa, tubuh dan rangka tulang serta dari segi fisiologi seperti fungsi khas

wanita untuk melahirkan anak, yang merupakan fungsi semula jadi dan tidak boleh diubah,

tetapi kita boleh menyesuaikannya. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang berpunca dari

segi sosial, iaitu kaum wanita sering diasuh supaya berperangai lemah lembut dan dilatih

dari kecil untuk mengambil tugas suri rumah tangga. Umumnya, pendedahan wanita kepada

sukan dan aktiviti sukan adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Dari segi fizikal, keupayaan individu daripada kedua-dua jantina adalah lebih kurang

sama sahaja sebelum akil baligh. Sebaik sahaja mereka melangkah ke alam remaja,

pertumbuhan dan perbezaan jantina menjadi semakin nyata. Dari segi sosial seringkali

10

Page 11: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

wanita remaja terpaksa mengambil alih peranan dan tugas seorang wanita dewasa.

Akibatnya, kecergasan mereka merosot dan kekuatan otot akan menurun. Ini merupakan

salah satu sebab mengapa prestasi sukan wanita remaja secara puratanya adalah jauh

lebih rendah berbanding prestasi kaum lelaki

Kesimpulan

Semasa Sukan Olimpik purba, wanita tidak dibenarkan mengambil bahagian dan

juga tidak boleh menyaksikan lelaki bertanding. Ini bermakna sejarah penyertaan wanita

dalam sukan jauh lebih pendek dan penyelidikan tentang kemampuan tubuh wanita masih

belum lagi memadai untuk membolehkan kita memahaminya dengan sempurna. Walau

bagaimanapun penyertaan wanita kini tidak dipersoalkan lagi dan sudah menjadi kenyataan

bahawa banyak perkembangan telah dicapai kebelakangan ini. Kita pasti dapat melihat

peningkatan prestasi atlet wanita pada masa akan datang hasil usaha fizikal dana mental

yang berlipat ganda dan penemuan baru tentang latihan akhas untuk mempertingkatkan lagi

prestasi wanita dalam arena sukan.

Perbezaan fizikal yang ketara pada tubuh wanita berbanding lelaki akan

mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan. Memahami perbezaan ini memberi

panduan umum kepada kaum wanita, khususnya menjalani latihan sukan sama ada untuk

pertandingan, berekreasi atau untuk aktiviti kecergasan. Individu wanita akan mendapat

faedah yang maksimum semasa latihan dan pertandingan selagi mereka melihat perbezaan

pada tubuh mereka berbanding lelaki sebagai satu kelebihan dan keistimewaan.

Keratan Akhbar

11

Page 12: Tajuk Jurnal.docx

ULASAN JURNAL

12