tajuk projekhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2440-malaysia...9.0 gambar-gambar yang...
TRANSCRIPT
Laporan projek Digital Hub MDEC
2
KANDUNGAN
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF ........................................................................................................ 3
2.0 PENGENALAN ....................................................................................................................... 4
3.0 OBJEKTIF INISIATIF ................................................................................................................. 4
4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI ................................................................................... 5
4.1 Jadual Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house atau out-source........................................................................................................................................ 5
5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS ....................................................................................... 6
6.0 PENURUNAN KUASA ............................................................................................................ 8
7.0 IMPAK INOVASI .................................................................................................................... 9
7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI ................................................................................. 9
7.2 ELEMEN KEBERKESANAN .......................................................................................... 10
Kisah Kejayaan – Malaysia Digital Hub..................................................................... 11
7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN .................................................................................................. 11
7.4 ELEMEN RELEVAN....................................................................................................... 12
8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA ........................................................................................... 13
9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN .................................................................... 14
Laporan projek Digital Hub MDEC
3
1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Peranan utama MDEC adalah untuk memacu pembangunan MSC Malaysia yang
telah diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 1996. MDEC juga berperanan untuk
memacu pelaksanaan inisiatif Digital Malaysia yang merupakan salah satu agenda
transfomasi negara.
MDEC telah diberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda
Transformasi Digital atau Digital Malaysia. Di bawah mandat ini 4 teras utama menjadi
fokus utama MDEC dalam melaksanakan agenda pembangunan ekonomi digital
negara iaitu memacu pelaburan, memperkasa pencapaian syarikat dan teknologi
tempatan, memangkin ekosistem digital inovatif dan merakyatkan ekonomi digital.
Dalam teras memperkasa pencapaian syarikat dan teknologi tempatan, MDEC
menumpukan usaha mewujudkan inisiatif fizikal yang menawarkan kemudahan jalur
lebar berkelajuan tinggi serta ekosistem holistik merangkumi program pembangunan
syarikat awalan (“startups”), program pembangunan bakat, peluang dan seliaan
terhadap pembiayaan perniagaan termasuk kemudahan dan gaya hidup, khusus
bagi syarikat awalan. Inisiatif tersebut yang diperkenalkan MDEC dalam agenda ini
adalah Malaysia Digital Hub.
Laporan projek Digital Hub MDEC
4
2.0 PENGENALAN
Malaysia Digital Hub adalah merupakan lokasi fizikal yang menawarkan kemudahan
jalur lebar berkelajuan tinggi serta ekosistem holistik merangkumi program
pembangunan syarikat awalan (“startups”), program pembangunan bakat, peluang
dan seliaan terhadap pembiayaan perniagaan termasuk kemudahan dan gaya
hidup, khusus bagi syarikat awalan.
Inisiatif Malaysia digital hub ini tercetus hasil daripada kajian yang telah dijalankan
berdasarkan kepada factor-faktor dibawah.
Malaysia terletak secara strategik, berkongsi sempadan Thailand dan Singapore, dan
sempadan maritim dengan enam negara ASEAN yang berbeza. Secara geografi, ia
memberikan keupayaan untuk mudah menyambung ke pasaran serantau yang besar,
iaitu lebih dari 625 juta orang.
Ditambah dengan sokongan pengawalseliaan kerajaan Malaysia dimana Malaysia
merupakan negara yang ke-23 untuk kemudahan dalam menjalankan perniagaan
(“ease of doing business”), ekosistem permulaan Malaysia semakin banyak mendapat
momentum sejak beberapa tahun yang lalu.
Malaysia Digital Hub bergantung pada ini, dan fakta bahawa Malaysia adalah salah
satu daripada negara-negara teratas di Asia Tenggara dengan penembusan internet
tertinggi membolehkan ianya mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membina
dan mengembangkan teknologi digital.
3.0 OBJEKTIF INISIATIF
Objektif program Malaysia Digital Hub adalah inisiatif yang menyokong ruang kerja
berteknologi dan digital, permulaan dan komuniti mereka dengan sokongan daripada
kerajaan dan peluang yang lebih besar untuk berhubung dengan ekosistem digital
ASEAN dan global. Ia adalah nukleus ekosistem permulaan teknologi yang
berkembang pesat, di mana kedua-dua pemula, pemecut, inkubator, syarikat
teknologi dan pelabur tempatan dan global bersambung dan berkolaborasi.
Laporan projek Digital Hub MDEC
5
4.0 PROSESS PELAKSANAAN INOVASI
4.1 Jadual Proses Pelaksanaan yang dijalankan secara in house atau out-source
Perkara Proses Pelaksanaan: In-house
Potensi lokasi MDEC intiative mencari hab untuk dikenal pasti
Tadbir urus bagi pelantikan pusat Malaysia Digital Hub
Berlandaskan proses yang sedia ada iaitu penggunaan proses perlantikan pusat Cybercities & Cybercentres. Menambahkan satu bidang baru iaitu “Cybercentre – Digital Hub”.
Pembentukkan kriteria terperinci Digital Hub
MDEC telah melaksanakan satu sesi “brainstorming” untuk mendapatkan maklum balas dari komuniti ekonomi internet dan juga pihak berkepentingan bagi membentukkan 6 kriteria untuk kategori yang terperinci untuk pelaksanaan Malaysia Digital Hub tersebut.
Aliran program untuk syarikat awalan
MDEC memastikan kriteria dan kualiti pelaksanaan untuk 4 aliran adalah” –
Penilaian, Sambungan, Persediaan, Penyerapan
Pembentukan sistem dalam talian untuk permohonan sebagai Malaysia Digital Hub
Pemohon akan dipengerusikan oleh pasukan Penglibatan Hub Digital MDEC dalam memenuhi semua kriteria yang berkaitan sebelum mengemukakan permohonan mereka melalui sistem aplikasi dalam talian Hub Digital kepada https://www.malaysiadigitalhub.my/dhapplication
Perkara Proses Pelaksanaan: Outsource
Kelulusan pusat Malaysia Digital Hub
Untuk memastikan ketulusan tadbir urus, kelulusan pusat Malaysia Digital Hub adalah menerusi KKMM. Pasukan penglibatan Hub Digital oleh MDEC akan memastikan permohonan memenuhi kesemua kriteria berkaitan dengan Digital Hub sebelum penyerah kepada KKMM untuk kelulusan
Laporan projek Digital Hub MDEC
6
5.0 PROSES SEBELUM DAN SELEPAS
No. Sebelum Selepas
1. Sebelum adanya insiatif Malaysia Digital Hub, terdapat program pembangunan lokasi untuk perniagaan yang dijalankan oleh MDEC, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Contohnya MDEC sekian lama menjalankan iniastif Cybercities/Cybercentre yang mengfokuskan pembangunan lokasi fizikal untuk sesuatu industri “niche” yang memenuhi piawaian antarabangsa serta diuruskan oleh satu badan (“one stop centre”).
Malaysia digital hub merupakan satu iniatif yang inovatif dimana elemen-elemen disatukan dibawah hub tersebut. Antara pusat yang telah dimuktamadkan sebagai Malaysia Digital Hub pada 2017 adalah: -
APW, Jalan Riong Bangsar
The Co, Lengkok Abdullah
Bangsar
Common Ground, Wisma
UOA Damansara,
Changkat Semanthan
WORQ, Glo Damansara,
Jalan Damansara TTDI
iLabs, Menara Sunway,
Jalan Lagoon Timur
Elemen-elemen utama untuk inisiatif Malaysia digital hub adalah seperti berikut: -
Syarikat Internet dan
Syarikat Awalan (Syarikat
Printis),
Pembina Usaha (Venture
Builder),
Peneroka Modal (VC),
Laporan projek Digital Hub MDEC
7
Pelabur ICT,
Ruang kerja Bersama (Co-
working spaces),
Faedah-faedah yang ditawarkan oleh Malaysia Digital Hub adalah: -
Pengecualian cukai
korporat (sehingga 100%)
Khidmat Seliaan
Entrepreneural Visa
Akses kepada
pembiayaan perniagaan
sektor kerajaan dan swasta
Khidmat bimbingan dan
mentor
Kos perniagaan yang
rendah
Kemudahan jalur lebar
berkelajuan tinggi
Persekitaran perniagaan
yang mesra dan stabil
Laporan projek Digital Hub MDEC
8
6.0 PENURUNAN KUASA
No Nama Mesyuarat / Jawatankuasa Perkara
1. 28th Implementation Council Meeting
(ICM) 2016 yang diadakan pada 13
Oktober 2016.
Dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri.
Telah meluluskan satu bidang baru
untuk MSC Malaysia Cybercentre, iaitu
“Cybercentre - Digital Hub”.
ICM juga telah mengesahkan bahawa
butiran kriteria dan proses untuk Digital
Hub akan dilaksanakan di peringkat
KKMM dan menggunakan kelulusan
Cybercity/Cybercentre yang sedia ada.
2. Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan
Pembangunan Rolling Plan Ke-2 (RP2)
2017 KKMM (KKMM Ref: 100-22/1/2
Jld. 2(2))
Pada 29 November 2016, pihak KKMM
telah mengadakan satu mesyuarat
untuk penyelarasan peruntukan
pembangunan Rolling Plan ke-2 (RP2).
Pihak KKMM memaklumkan bahawa
projek “Menempatkan Malaysia
sebagai Hab Teknologi Pilihan” akan
dilaksanakan oleh MDEC dengan
peruntukkan sebanyak RM3 juta untuk
2017. Malaysia Digital Hub akan
dilaksanakan didalam projek tersebut.
3. Permohonan Notis Perubahan Skop
dan Petunjuk Prestasi (KPI) Projek
MDEC. (EPU Ref: UPE(S) 11/107/73 Jld
11(9).
Pada 5 September 2017, pihak EPU
memaklumkan kelulusan untuk
perubahan skop dan petunjuk prestasi
(KPI) untuk projek “Menempatkan
Malaysia sebagai Hab Teknologi
Pilihan”.
Laporan projek Digital Hub MDEC
9
7.0 IMPAK INOVASI
7.1 ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI
MDEC juga melaksanakan beberapa program di bawah inisiatif Malaysia Digital Hub
untuk penciptaan elemen baru seperti berikut:
Malaysia Digital Hub merupakan nukleus ekosistem permulaan teknologi
yang akan membantu Malaysia berkembang pesat di dalam industri
teknologi ini. Di sinilah kedua-dua syarikat awalan, pemecut, inkubator,
syarikat teknologi serta pelabur tempatan dan juga global berhubung
dan bekerjasama antara sama sendiri. Ini merupakan elemen yang
inovatif dan juga kreatif untuk menjana ekonomi digital. Konsep
perniagaan ini adalah sepertimana yang telah dilaksanakan oleh
“WeWork coworking and Office Space” di Amerika Syarikat. WeWork
mempunyai penilaian semasa sejumlah USD$20 bilion dan menguruskan
sebesar 10 juta kaki persegi ruang pejabat. MDEC telah menambah
baikan konsep tersebut dengan mengadakan elemen ekosistem lengkap
untuk hab tersebut.
Memberi kemudahan kepada syarikat-syarikat awalan yang beroperasi
dilokasi tersebut untuk mendapat khidmat bantuan dari penyedia
perkhidmatan yang ada kat sana. Tiap-tiap lokasi akan mempunyai: -
o Rakan kongsi strategik teknologi yang menjadi “Anchor” seperti
Microsoft, AWS, Grab dan Alibaba sebagai “mentor” dan juga
menjalankan progam yang akan membantu syarikat awalan dan
usahawan untuk terus berkembang.
o Pelabur koperat seperti Maybank atau pelabor teroka
antarabangsa seperti 500 startups, Catcha Group dan pelabur
tempatan seperti Sunway Ventures juga akan memberi peluang
kepada syarikat awalan untuk peningkat dana perniagaan
mereka.
o Y Academy, Next Academy dan Sunway Universiti merupakan
rakan kongsi yang akan menyumbang dalam peningkatan
kemahiran bakat untuk industri teknologi semasa. Contoh
pemasaran didalam ekonomi digital (“digital marketing”) dan
pengekodan (“coding”).
Suasana hab merupakan persekitaran perniagaan yang mesra dan stabil
(kondusif serta moden menepati cita rasa generasi “startups”).
Laporan projek Digital Hub MDEC
10
Ekosistem Malaysia Digital Hub 2017
7.2 ELEMEN KEBERKESANAN
a) Diantara syarikat-syarikat awalan yang telah berjaya memasarkan dan
menjana pendapatan untuk syarikat mereka menerusi penglibatan
mereka di Malaysia Digital Hub: -
o Billplz Malaysia Payment Gatework
Billplz di WORQ telah berjaya mendapat pembiayaan dari
syarikat peneroka modal antarabangsa iaitu 500 Startups.
Aplikasi tersebut boleh dimuat turun di
https://marketplace.whmcs.com/product/1150
Ianya telah diterima pakai oleh syarikat-syarikat telco
terbesar di Malaysia seperti Axiata, TM dan Digi.
o Hyperlab
Hyperlab di Common Ground telah memasarkan
“Conversational AI chatbot enterprise solution”
Ianya telah diterima pakai oleh syarikat telco seperti Astro
dan uMobile
o MoneyMatch
MoneyMatch di WORQ merupakan kumpulan pertama
peserta yang diluluskan oleh Bank Negara “Fintech
Sandbox”.
Pada Oktober 2017, mereka telah memasarkan laman portal
“Transfer”, perkhidmatan pengiriman wang sempadan digital
sepenuhnya yang menawarkan kadar pertukaran dan yuran
yang jauh lebih murah daripada bank-bank tempatan.
Laporan projek Digital Hub MDEC
11
MoneyMatch telah memenangi “Fintech Startups of the
Year” di Malaysia Fintech Expo pada 7 Mac 2018.
b) Digital Hub operator dapat menjana pendapatan melalui penyediaan
infrastruktur dan koloberasi dengan rakan ekosistem.
Kisah Kejayaan – Malaysia Digital Hub https://www.opengovasia.com/articles/7868-mdec-announces-fourth-malaysia-digital-hub-as-part-of-initiative-to-support-tech-startups https://www.digitalnewsasia.com/digital-economy/mdec-introduces-malaysia-digital-hub-and-mtep https://www.opengovasia.com/articles/mdec-announces-fifth-malaysia-digital-hub-as-part-of-initiative-to-foster-startup-ecosystem https://www.nst.com.my/business/2017/11/303213/mdec-aims-expand-digital-hub-community-outside-klang-valley https://themalaysianreserve.com/2017/11/15/mdec-looking-creating-digital-hubs-penang-johor-east-malaysia/ https://www.enterpriseitnews.com.my/mdec-introduced-malaysia-digital-hub-and-malaysia-tech-entrepreneur-programme-to-drive-the-growth-of-digital-economy/
7.3 ELEMEN SIGNIFIKAN
Program Malaysia Digital Hub telah memberi manfaat kepada peserta-peserta melalui:
No. Manfaat Butiran
1. Penjimatan dari segi kos dan
value for money
Syarikat awalan tidak perlu risau
tentang kos pejabat dan renovasi
dan juga tahap kualiti infra dan servis
yang diadakan.
Kesemua perkara mengenai
pejabat, utiliti, fasiliti, servis, jalur lebar
internet di uruskan oleh operator
Digital Hub
Laporan projek Digital Hub MDEC
12
2. Perkhidmatan yang lebih mesra
pelanggan
Pihak operator Digital Hub boleh membantu
syarikat awalan untuk mendapatkan
bantuan terus daripada rakan strategik.
3. Penjimatan masa Kesulitan pengurusan dan operasi syarikat
dapat dikurangkan melalui “one-stop
centre”
4. Penjimatan dari segi sumber
manusia
Syarikat awalan boleh menggunakan servis
yang disediakan oleh syarikat lain yang
menyediakan perkhidmatan pengurusan
sumber manusia.
7.4 ELEMEN RELEVAN
Malaysia secara beransur-ansur memperoleh kepentingan daripada syarikat awalan dan usahawan di seluruh dunia. Terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, Malaysia mampu menghubungkan perniagaan ke pasaran serantau yang mempunyai lebih dari 625 juta orang. Dengan memperkenalkan Hub Digital Malaysia, komuniti teknologi startups tempatan dan global kini boleh memanfaatkan manfaat ini yang ditawarkan oleh Malaysia. Ianya boleh membantu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab global untuk syarikat awalan dan usahawan. Penambahbaikan tersebut akan memberi impak positif kepada negara seperti berikut:
a) Mencetuskan ekosistem startups di Malaysia yang lebih berdaya-saing
tinggi di arena antarabangsa. b) Meningkatkan usahasama di antara startups beraliran teknologi dan
bukan teknologi di ruang-kerja bersama.
Laporan projek Digital Hub MDEC
13
c) Meningkatkan kolaborasi dan memupuk sinergi di antara syarikat peringkat awal dan pertumbuhan di satu lokasi yang sama iaitu di inkubator.
d) Menarik startups luar negara peringkat pertumbuhan (re-domicile) yang berpotensi tinggi untuk melabur dan bekerjasama dengan pelbagai jenis startups di Malaysia.
8.0 PENGIKTIRAFAN DITERIMA
WORQ
o Telah diiktirafkan sebagai “Best Coworking Space” oleh ARBSA.
ASEAN Rice Bowl Startup Awards (ARBSA) merupakan persaingan
antarabangsa untuk mengenal pasti bakat terbaik ekosistem
permulaan global.
o https://vulcanpost.com/623138/malaysia-rice-bowl-startup-awards-
2017/
Laporan projek Digital Hub MDEC
14
9.0 GAMBAR-GAMBAR YANG BERKAITAN
5 Malaysia Digital Hub yang ditubuhkan pada 2017
1. APW, Jalan Riong, Bangsar (Tarikh kelulusan: 21 Mac 2017)
2. The Co, Jalan Lengkok Abdullah, Bangsar (Tarikh kelulusan: 21 Mac 2017)
3. Common Ground, Damansara Heights (Tarikh kelulusan: 18 April 2017)
Laporan projek Digital Hub MDEC
15
4. WORDQ, TTDI (Tarikh kelulusan: 5 Julai 2017)
5. Sunway iLabs, Bandar Sunway (Tarikh kelulusan: 14 Disember 2017)
Laporan projek Digital Hub MDEC
16
Peristiwa penting pada 2017
Lawatan YB Deputy Minister KKMM ke Common Ground
Lawatan YB Deputy Minister KKMM ke APW
PENUTUP Projek telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif tahun 2017. Projek diteruskan ke tahun 2018. Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat: Mohd Fairuz Mohd Yusof
Tel: 03-83153000
Emel: [email protected]