tajuk 4 - perkembangan falsafah pendidikan barat 2-new

16
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA NORHIDAYAH BINTI ADNAN NUR AZIANNA BINTI ABDUL GHANI

Upload: melatidesaku

Post on 17-Nov-2015

318 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

  • EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIANORHIDAYAH BINTI ADNAN NUR AZIANNA BINTI ABDUL GHANI

  • TAJUK 4

  • Falsafah Pendidikan BaratFalsafah Pendidikan Barat TradisionalFalsafah Pendidikan Barat ModenEssentialismePerennialismeProgressivismeRekonstruktivismeEksistensialisme

  • Essentialisme (William C. Bagley, 1874-1946) Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik.

    Perennialisme (Jonson et al., 1969) Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi.

  • FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MODENJohn Dewey (1859-1952)

    pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.

  • Maria Montessori (1870-1952)

    Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani, dan sosial kanak-kanak.

  • KesimpulanPendidikan dapat membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan luas, bijaksana dalam membuat keputusan, dan tegas dalam mengendalikan emosi seterusnya dapat memacu kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah Negara.

  • Progressivisme (John Dewey, 1915)Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan.

  • EksistentialismeEksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan.

    Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.

    Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid. Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus.

  • Kurikulum Eksistentialisme

  • RekonstruktionismeRekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan.Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru.

  • Rekonstruktionisme

  • Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan internasional. Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan.Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi umat manusia.

  • Implikasi terhadap Falsafah Pendidikan KebangsaanTerdapatnya ciri-ciri falsafah pendidikan essensialisme, parennialisme, progresivisme dan eksistensialisme dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hanya ciri-ciri yang sesuai sahaja yang akan diambil untuk diserapkan ke dalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan adalah gabungan daripada aspek-aspek nilai yang baik yang terdapat dalam aliran falsafah pendidikan tradisional dan moden.Persamaan ini boleh dilihat dalam FPK iaitu JERIS menekan keseimbangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • Sekian, Terima Kasih