tahap sm modul 405 pemahaman. novel. rumusan nama
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 405B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman
1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada
majalah atau surat khabar.
b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk
soalan ini.
c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Latihan:
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Dalam situasi negara dilanda wabak Covid-19 ini, aplikasi WhatsApp
umpamanya sangat praktikal digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
dalam talian yang paling asas untuk semua pelajar kerana aplikasi tersebut sangat mesra
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
pengguna. Bahan pembelajaran masih dapat dimuat naik. Perbincangan juga dapat
diadakan dan masa ke masa tanpa halangan sempadan geografi.
Pada masa ini, medium WhatsApp dan Telegram dalam telefon pintar menjadi
pilihan kebanyakan pihak majikan untuk mewujudkan kumpulan perbincangan tertentu
bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan dasar syarikat. Dalam keadaan
tertentu pula kedua-dua medium ini juga berfungsi sebagai pelantar elektronik yang
berguna untuk membincangkan sesuatu isu yang perlu ditangani segera dan
memungkinkan keputusan dapat disepakati pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan
cepat. Dalam keadaan ini, bertemu dan berbual secara bersemuka yang memerlukan
persediaan tempat dan kos makan minum dapat dijimatkan. Dalam hubungan sosial dan
kekeluargaan, pula kedua-dua aplikasi tersebut membuatkan jarak yang jauh bukan lagi
penghalang untuk mengeratkan silaturahim.
Bahan 2
Baru-baru ini, penggunaan jalur tebar dan capaian Internet meningkat sebanyak
235 peratus pada minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Peningkatan ini
dipengaruhi oleh rakyat Malaysia yang diarahkan supaya kekal di rumah dan alat
perantilah menjadi tali perhubungan telekomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan.
Selain itu, dalam tempoh ini banyak syarikat swasta dan agensi kerajaan menggunakan
persidangan video untuk urusan rasmi.
Sama juga halnya dalam sistem pembelajaran yang bergantung sepenuhnya pada
alat peranti apabila semua sekolah diarahkan tidak beroperasi dalam tempoh PKP.
Malah, semua organisasi bergantung pada alat peranti untuk membuat perbincangan,
mesyuarat dan sebagainya.
Keadaan ini menunjukkan alat peranti memainkan peranan penting untuk
berkomunikasi, tetapi penggunaannya perlulah menepati masa, tempat dan tujuannya.
Jika rakan yang hanya berada beberapa meter dan kita pun berkomunikasi dengan
menggunakan alat peranti, maka tindakan ini merupakan suatu tabiat yang perlu
dihindari dan cubalah menggunakan komunikasi dua hala untuk menambahkan
kemesraan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Begitu juga tukarlah sikap terlalu mementingkan alat peranti sehingga melupakan
berkomunikasi bersama-sama ahli keluarga ketika berkumpul di dalam rumah yang
sama. Tunjuklah contoh teladan yang baik dengan berbicara bersama-sama anak dan
mewujudkan rasa mereka paling disayangi dan bukannya alat peranti. Wujudkan
komunikasi mesra dua hala untuk melahirkan keluarga yang harmoni.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksuo komunikasi duahala? [2 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang fungsi
alat peranti. [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Ledakan teknologi yang kian berkembang pesat telah mencetuskan fenomena
banharu kepada masyarakat. Jika dahulu, kebanyakan masa lapang yang ada khasnya
pada hujung minggu digunakan untuk berkomunikasi dan berkasih sayang antara
keluarga. Namun, keluarga sekarang lebih menggunakan telelon pintar sebagai saluran
komunikasi untuk berinteraksi sesama sendiri walaupun berada di rumah yang sama.
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk akan timbul sekiranya keadaan ini dibiarkan?
[ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv) Seorang rakan karib anda belakangan ini menggilai peranti teknologi komunikasi,
seperti telefon pintar, komputer riba dan permainan video. Tambahan pula, rakan karib
anda itu juga selalu membawa telelon pintar ke sekolah sehingga dia tidak dapat
menumpukan perhatian untuk belajar kerana leka dengan permainan video.
Sebagai rakan yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu rakan anda tersebut
agar dapat mengubah sikap ini? [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)
a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan
bukan prosa.
b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab
beberapa soalan.
c. Empat soalan pemahaman disediakan.
d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Cerpen
Sinopsis Cerpen – “Kaduk, Ayam dan Raja”
Cerita dimulakan dengan menarik perhatian pembaca tentang kisah Kaduk. Pada
zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu
rakyat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat jelata semakin susah
dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Kaduk. Tanahnya telah
dirampas oleh raja.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Hakim rnerupakan cucu daripada keturunan Kaduk. Dia seorang yang terpelajar
dan merupakan lulusan sebuah universiti. Hakim merniliki kesedaran untuk
mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja.
Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya yang bernama Azam, iaitu lulusan
jurusan undang-undang. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa
tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah
dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja
tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang
dalam persabungan, Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu.
Berdasarkan alasan itu, akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan
semula kepada warisnya, iaitu Hakim. Keluasan tanah itu ialah empat ekar.
Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah
tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah syarikat besar, iaitu
Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa
Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim menceburi bidang
penternakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat di negara ini
aktif dalam bidang pertanian. Banyak faedah akan disalurkan oleh kerajaan kepada
rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru.
Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang
menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu ringgit.
Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat,
akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam ditandatangani
dengan Syarikat RAJA.
Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan
syarikat besar ini. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak
diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam selut lumpur. Orang-orang
kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana Syarikat
RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat
RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam
kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan
penternakannya. Hakim berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar.
Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat demikian.
Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat RAJA terus
mengaut keuntungan,
Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini
untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat
besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya Hakim. Hakim kini
dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah habis. Masalah akan bertambah rumit
sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurang.
Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya
melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan
bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah
datuknya dahulu, Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama
membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Yang membezakan mereka adalah
dari segi nama dan juga jarak rnasa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang
kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.
Tema
1. Tema cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" adalah tentang kesungguhan seorang anak
muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.
2. Pada dasarnya, projek penternakan itu tarnpak menguntungkan dan selari dengan
hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada
sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan,
Persoalan
1. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara
moden. Contohnva, Hakim meniadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu
sebagai tanah pertanian.
2. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya, Hakim
terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga
barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
3. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain. Contohnya, Hakim
telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk
mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.
4. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Contohnya, Hakim
berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati
penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang
pertanian.
5. Usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya, Hakim berusaha
membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.
Watak dan Perwatakan
1. Watak utama - Hakim.
2. Watak sampingan - Azam, Kaduk, RAJA, dan sebagainya.
Hakim
1. Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk.
2. Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Dia ingin mendapatkan kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang
dirampas oleh raja suatu ketika dahulu.
4. Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya.
Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semuladengan bantuan Azam.
5. Dia bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam secara
moden.
6. Dia berani rnenyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri
dalam bidang pertanian.
7. Hakim menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Global ataupun RAJA.
8. Hakim dihimpit masalah hutang apabila syarikar besar ini memonopoli perniagaan
dan pihak bank menuntut hutang.
9. Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang
menguasai ekonomi negara,
10. Hakim menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh
datuknya, iaitu Kaduk.
Azam
1. Azam ialah sahabat baik Hakim.
2. Dia merupakan lulusan jurusan undang-undang.
3. Seorang yang bijak dan petah berhujah. Contohnya, dia memenangi kes tuntutan
terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah.
4. Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepadaHakim.
5. Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.
Chicken Global / Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA
1. Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim.
2. RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan,
serta keperluan yang lain.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. RAJA mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan
mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.
Latar
Latar Tempat
1. Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini adalah di
sebuah kampung.
2. Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3. Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4. Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntutan terhadap tanah pusaka milik datuknya
di situ.
Latar Masa
1. Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat
menyabung ayam.
2. Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3. Waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat rakyat jelata pada suatu ketika dahulu yang menjadi mangsa penipuan
raja. Contohnya, tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.
2. Masyarakat generasi kini yang sedar akan hak-hak mereka. Contohnya, Hakim
membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja
semula.
3. Masyarakat generasi muda yang terpelajar. Contohnya, Azam merupakan lulusan
undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali hak-haknya
rnelalui proses perundangan mahkamah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya,
Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus
maruah datuknya, iaitu Kaduk.
5. Masyarakat yang gagal mengotakan janji-janjinya. Contohnya, pemimpin kerajaan
gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.
6. Masyarakat yang tamak dan menindas golongan yang lemah. Contohnya, syarikat
RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi rnembolehkan mereka
menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.
7. Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan. Contohnya, Hakim dihimpit oleh
masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.
Plot
Binaan Plot
1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
2. Plot pengenalan atau eksposisi cerpen ini dimulai dengan pengarang mengimbas
kembali kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim
akan merampas dan menipu rakyat. Mereka yang menentang raja dianggap penderhaka
dan dijatuhi hukuman berat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat
jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang
terjadi kepada Pak Kaduk apabila tanahnya dirampas oleh raja.
3. Pada tahap perkembangan, pengarang menjelaskan bahawa Hakim merupakan cucu
daripada keturunan Kaduk yang berusaha untuk mendapatkan semula hak datuknya
yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim telah mendapatkan bantuan
sahabatnya yang bernama Azam, iaitu mahasiswa jurusan undang-undang.
Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas itu
dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu Hakim.
4. Tahap perumitan cerita apabila Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan
dengan Syarikat RAJA. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu
tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori tersangkut dalam selut lumpur. Hal ini
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
menyebabkan orang kampung merungut dan mencacinya kerana jalan mereka rosak.
Selain itu, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak
ayam, makanan dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA berkuasa dalam
menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam. Baki
keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakan. Akibatnya,
hutang Hakim semakin meningkat dari
sehari ke sehari.
5. Klimaks cerpen ini adalah apabila Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha
menternak ayam. Dengan apa-apa cara sekalipun, dia perlu membayar hutangnya
kepada pihak bank. Kegagalan melunaskan hutang bank menyebabkan tanah pusakanya
itu akan dirampas.
6. Manakala peleraian cerpen ini adalah apabila Hakim menganggap tindakan bank yang
ingin merampas tanah pusaka itu samalah seperti dengan tindakan raja merampas tanah
datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu mereka sama-
sarna membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Yang membezakan mereka
adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini, raja ialah kalangan orang
yang memegang kuasa ekonomi manakala orang-orang bawahan ditindas dan menjadi
mangsa kerakusan mereka.
Nilai
1. Nilai kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan univcrsiti untuk
mengusahakan penternakan ayam secara moden.
2. Nilai rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang
betul, iaitu melalui proses mahkamah.
3. Nilai ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam
walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menernpuh pelbagai rintangan
yang lain.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan
maruah datuknya yang tercalar.
5. Nilai berdikari. Contohnya, Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan
sebaliknya membuat pinjaman bank.
6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang
guaman untuk membantu Hakim mendapatkan rumah yang menjadi haknya semula.
Pengajaran
1. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan sesuatu
dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.
2. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya kita
hendaklah berdikari. Contohnya, Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan
sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.
3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta
maruah keturunan kita. Contohnya. Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan
membersihkan nama dan maruah datuknya.
4. Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi
menuntut kembali hak-hak kita. Contohnya, Hakim menggunakan saluran undang-
undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluargnya yang telah dirampas oleh raja.
5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita. Contohnya,
Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah
datuknya di mahkamah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan
dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu
pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik.
Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih
penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk
yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.
Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku
nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar
memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan
tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke
tangan orang lain.
"Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung
ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?" tanya Azam.
"Aku bergurau sara, Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian.
Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat
dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi
kerajaanyang bertanggungiawab memajukan bidang pertanian."
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan
untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat
itu beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken
menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau
namanya RAJA.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" oleh Zurinah Hassan dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud rangkai kata menebus kembali ? [2 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Apakah perbezaan tanah di luar bandar dan bandar besar ? [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang
mencukupi? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iv) Berbanding dengan syakirat besar, petani atau penternak tempatan ternyata jauh
ketinggalan. Apakah cara untuk membantu mereka untuk bersaing dengan
syarikat besar ini ? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %)
Soalan 1:
Baca petkan novel di bawah dengan telitinya. Kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
'Kami diserang dengan meriam dan mortar. Sedangkan kami cuma dibekalkan dengan
senjata ringan sahaja. Bagaimana kami hendak membalasnya? Sepatutnya Kapten RIX
memerintahkan Briged India ke-44 membantu kami. Tetapi dia mengarahkan mereka
berundur ke Buena Vista. Kami diperintahkan berundur ke PasirPanjang "jawab Sarjan
Hasan." Semasa berundur, kami bertembung dengan askar Jepun lalu berlaku
pertempuran jarak dekat. Apabila kami sama-sama kehabisan peluru, kami bertempur
menggunakan tangan. Tentera Jepun lebih suka bertempur menggunakan pedang
samurai tetapi kami menggunakan bayonet. Ramai juga musiuh yang dapat kami
tewaskan walaupun nisbah kami satu lawan sepuluh."
(Dipetik danpada
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Karya Abdul Latip bin Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Apakah tindakan askar Melayu setelah mereka kehabisan peluru ketika bertempur
dengan pihak Jepun? [4 markah]
Soalan 2 :
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adrian Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang menimbulkan
keinsafan kepada pembaca. [6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Rumusan (30%)
a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah
empat puluh lima minit.
b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2
markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah
10 seperti yang berikut:
c.
Pengenalan : 2 markah
lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah
lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah
Kesimpulan : 2 markah
_ ---------------------------------------------
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah
---------------------------------------------
Jumlah : 30 markah
d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,
manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.
f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber
berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.
g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,
h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema
dan kata kunci isi. Contoh fokus:
(i) Punca-punca seseorang itu muflis
(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan
(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.
i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.
Latihan :
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.
Bahan 1
Fenomena bahasa rojak di Malaysia bukanlah suatu isu yang asing untuk
diperkatakan. Isu ini seakan-akan menjadi gejala negative yang sudan sebati dalam
kehidupan kita, terutamanya golongan muda. Punca leluasanya penggunaan bahasa
rojak disebabkan kurang semangat jati diri dalam kalangan masyarakat.
Hal ini disokong oleh kenyataan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan
Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr. Teo Kok Seong yang
menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat kebangsaan kepada
negara berbanding dengan rakyat negara jiran, seperti Thailand, Korea dan Indonesia.
Kebanyakan anak muda kini malu untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
sedangkan adalah lebih malu jika mereka tidak fasih bertutur bahasa ini yang
melambangkan bangsa.
Masyarakat kini juga lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi. Ibu bapa lebih cenderung untuk melatih anak supaya mahir berbahasa
Inggeris. Faktor ini jugalah yang menyuburkan pertumbuhan budaya berbahasa rojak
dalam kalangan generasi muda. Adakah bahasa Melayu begitu jelik, sedangkan terdapat
lebih daripada 100 buah institusi di seluruh dunia yang mengajarkan bahasa Melayu
atau setidak-tidaknya mempunyai pusat penyelidikan tentang bahasa dan sastera
Melayu? Hal ini disebabkan keindahan dan keistimewaan yang ada pada bahasa Melayu,
tetapi sayangnya nilai tersebut dipandang sepi oleh masyarakat.
Bangsa yang mempunyai jati diri yang kukuh pasti sukar untuk menerima
pengaruh luar yang bertentangan dengan budava bangsa. Bangsa itu akan menjaga
perbuatan dan tindakan agar tidak bertentangan dengan agama, budaya dan adat yang
menjadi pegangan termasuklah bahasa kebangsaan.
Kelihatannya, rakyat Malaysia masih rapuh jati dirinya kerana membiarkan
bahasa ibunda menumpang di tanah air sendiri, manakala bahasa asing diagung-
agungkan hingga bahasa rojak mendominasi perbualan harian.
Bahan 2 :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Program Bahasa Melayu Edubest - SM405B-2 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my