t1 a3 azhar

13
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER 6 / SEPTEMBER 2012 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI T1A3 NAMA : AZHAR BIN MANAP NO. MATRIKULASI : 820815105211001 NO. KAD PENGNEALAN : 820815105211 NO. TELEFON : +60122527374 E-MEL : [email protected] 1

Upload: nur-azila

Post on 20-Jun-2015

565 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 6 / SEPTEMBER 2012

HBEF 2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALIT1A3

NAMA : AZHAR BIN MANAP

NO. MATRIKULASI : 820815105211001

NO. KAD PENGNEALAN : 820815105211

NO. TELEFON : +60122527374

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

1

Page 2: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Sekapur sireh

Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana

diberi ruang dan kesempatan berharga ini untuk menyiapkan tugasan ini.

Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah

membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah saya yang banyak memberi tunjuk ajar, dorongan

dan idea-idea bernas untuk menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekuliah yang telah menyalurkan informasi

yang tepat agar proses menyiapkan tugasan ini berjalan dengan sempurna.

Akhir kata, terima kasih kepada semua kerana menyalurkan idea kreatif yang dapat

menyuntik semangat segar tidak jemu-jemu mencari maklumat dalam menjayakan tugasan

ini. Kesungguhan dan komitmen dari anda semua sudah tentu akan menzahirkan buah tangan

yang eksklusif ini. Semoga segala yang dicurahkan akan mendapat keberkatan dari

Allah ,InsyaAllah. Amin

Wassalam

~ Terima kasih daun keladi ~

Isi kandungan

2

Page 3: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Bil Kandungan Muka surat

1. Jurnal Reflektif 4

2. Kesimpulan 11

3. Bibliografi 12

JURNAL REFLEKTIF

Sebelum Perayaan Deepavali

3

Page 4: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Bagi penganut agama Hindu , sebelum perayaan Deepavali mereka akan

bersembahyang di malam hari sebagai tanda memperingati kematian ahli keluarga yang telah

lama pergi meninggalkan mereka. Tradisi ini pertama kali saya lihat dengan melihat uapcara

sembahyang di malam hari Deepavali. Rakaman ini telah di buat di sebuah Apartment di

Batu Caves, Kuala Lumpur.

Upacara sembahyang memperingati ahli keluraga yang telah tiada di dunia ini.

Setelah selesai upacara sembahyang mereka bersama ahli keluarga akan “makan

besar” bagi meraikan kedatangan perayaan Deepavali ini. Pelbagai juadah di hidangkan untuk

seisi keluarga.

4

Page 5: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Makan malam yang disediakan oleh keluarga Krishan A/l Maniam

Semasa Perayaan Deepavali

Menghiasi rumah mereka dengan perhiasan “kolam”,pada pagi Deepavali, penganut

Hindu akan menjalani mandi minyak bijan yang melambangkan penyucian badan dan

semangat.Mereka akan menjalani mandi minyak pada awal pagi sebelum matahari

terbit.Minyak bijan ini akan disapukan di atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang

lebih tua seperti ibu atau nenek.Mengikut kepercayaan kaum India,mandi minyak bijan

diibaratkan mandi di Sungai Ganges.Mereka percaya bahawa mandi minyak ini akan dapat

membersihkan diri mereka daripada segala kejahatan dan sifat-sifat yang tidak elok seperti

perasaan hasad dengki yang sering berlaku di kalangan manusia.Selepas mandi

minyak,penganut agama Hindu akan memakai pakaian baru dan perhiasan serba baru

bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri masing-masing.

Selepas menjalankan upacara mandi minyak,pakaian yang dipakai mestilah warna-

warna yang garang seperti merah,oren dan biru.Selepas itu barulah mereka akan bersalam-

salaman dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan dengan ahli keluarga yang

lain.Selepas itu pula,penganut agama Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang

bagi membersihkan diri masing-masing.Penganut agama Hindu akan mengalungkan Patung

5

Page 6: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan ahli keluarga

disamping memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Selepas selesai

sembahyang,mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad”

sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Setelah selesai menunaikan sembahyang, penganut agama Hindu akan mengunjungi

rumah saudara mara dan juga sahabat handai.Mereka akan dihidangkan dengan juadah

tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu.Malah sembilan jenis hidangan

sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.

Rakaman di Batu Caves

Saya juga sempat bersama-sama merasai kemeriahan perayaan Deepavali untuk tahun

ni di Batu Caves suasana agak meriah dengan kunjungan pelbagai kaum dan juga dari

pelancong dari luar negara.

6

Page 7: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Majlis Rumah Terbuka yang saya hadiri semasa perayaan Deepavali tahun 2012

Bergambar kenangan bersama pengunjung yang hadir di Majlis Rumah Terbuka

7

Page 8: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

Juadah yang disediakan semasa Majlis Rumah Terbuka Deepavali

Bagi masyarakat Malaysia yang beragama Islam,sambutan perayaan tidak banyak

bezanya dengan perayaan-perayaan lain di Malaysia.Masyarakat yang beragama Islam juga

akan menyambutnya dengan menghias rumah,memakai pakaian baharu,menyediakan kuih-

muih,ziarah-menziarahi,melakukan solat hari raya dan lain-lain lagi.Acara rumah terbuka

juga turut diadakan bagi meraikan saudara mara,sahabat handai dan tetamu yang hadir ke

rumah kita sempena perayaan yang disambut.

KESIMPULAN

Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya

pelbagai perayaan dan rumah-rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan

8

Page 9: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

silaturahim dan mencerminkanidentiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing.

Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk

seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara

berkenaan saling bercakaran sesama diri.

Simboliknya Rumah Terbuka untuk setiap perayaan merupakan medan pertemuan

yang paling sesuai untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk

jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan

perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena

seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh

dan padu, bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka dan perayaan

hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan

hilang kepada generasi akan datang.

BIBLIOGRAFI

http://kebudayaan.blogspot.com/

9

Page 10: T1 a3 azhar

820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME

http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/perayaan.pdf

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-

malaysia/6857-perayaan-di-malaysia.html

http://blcat6220.blogspot.com/2007/03/perayaan-perayaan-di-malaysia.html

http://blog-ayie.com/2010/08/20/perayaan-perayaan-di-malaysia/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

http://my.news.yahoo.com/perayaan-onam-diraikan-dalam-semangat-1malaysia-

125005345.html

http://www.deepavali.com.au/

http://www.deepavali.net/

http://en.wikipedia.org/wiki/Diwali

10