syukuri nikmat tuhan

2

Click here to load reader

Upload: yuhanas

Post on 02-Oct-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RENUNGAN ISLAM

TRANSCRIPT

Syukuri Nikmat TuhanDengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Alhamdulilah..hari ini saya masih diberi kekuatan olehNYA untuk bersujud, masih mampu menyedut udara yg nyaman, melihat sinar pagi mentari, kerlipan bintang gah dilangit tinggi, menghirup nikmat segelas kopi ..ahhh sedapnya menikmati, berbicara dgn isteri dan anak anugerah Ilahi, mengukir senyum mesra dan juga duka serta dianugerahi minda menjana idea menitip nukilan ilmu dilandasan Penakluk 11 untuk tatapan dan dikongsi bersama tuan-tuan dimulia dan rakan seperjalanan semua. Ya tuan-tuan yang dirahmati semua..itu semua adalah nikmat Tuhan. Baru sedikit sahaja senarai nikmat di atas dpt dititipkan dari seluas-luasnya nikmat Tuhan. SYUKURILAH NIKMAT TUHAN. Sungguh Maha Agung nama Rabbmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia. Marilah kita sedar akan nikmat itu dan mensyukurinya dengan sepenuh hati. Hendaknya sentiasalah kita ingat pada Tuhan dan bersyukurlah kita kepada nikmatNYA. Firman Tuhan, Kerana itu ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepada mu dan bersykurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku (Al-Baqarah:152) Alhamdulilah..syukur nikmat.. kepada tuhan yang memberi rahmat. Masih kah kita ingat..Indahnya Puitis Lagu ini mensyukuri nikmat Ilahi.Apa erti syukur? Syukur adalah berterima kasih. Nikmat ertinya pemberian, anugerah, enak, lazat. Mensyukuri nikmat Tuhan bermaksud berterima kasih kepada pemberian, anugerah dariNYA.. Tuhan Yang Esa, Tuhan Yang Maha Agong.Saya amat bersyukur kerana dengan rahmatNYA saya dapat menemui jalan ini. Bermula dari anak saya sakit ..ya tuan-tuan, sakit juga satu nikmat maka saya dapat bertemu dengan guru dan menunjukkan saya ke jalan ini. Teringat kata-kata guru ..Ada sihat ada sakit, ada kuat ada lemah, ada tua ada muda, ada hidup ada mati, ada baik ada burukitulah kesempurnaan. Bersyukurlah kita daripada tidak mengetahui kepada mengetahui. Surah An-Nahl ayat 78, Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.Setelah jasad terjadi lengkap sempurna, Tuhan beri 6 perkara sebagai suatu nikmat penglihatan, pendengaran, perasa, perkataan, akal dan roh. Tanpa penglihatan butalah dia, tanpa pendengaran tulilah dia, tanpa perasa tidak mampu merasa, tanpa perkataan bisulah dia, tanpa akal gilalah dia dan tanpa roh tidak bernyawalah dia. Kita diberi nikmat iman dan Islam.Iman itu adalah kepercayaan dan keyakinan pada 6 rukun iman. Islam itu ialah taat dan patuh. Patuh mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala tegahanNYA dan taat mengekalkan kepatuhan itu.Ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk mensyukuri nikmat Tuhan. 1. Bersyukur dengan hati, dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya dari Tuhan semata-mata.2. Bersyukur dengan lisan, dengan memperbanyak ucapanAlhamdulillah.3. Bersyukur dengan perbuatan, menunaikan perintah-perintah Tuhan dan menghindari, menjauhi dan meninggalkan segala bentuk laranganNYA.

Teramatlah banyak nikmat Tuhan. Jikalau kita jadikan lautan sebagai tinta dan pepohonan sebagai penanya,itu tidak cukup untuk menulis semua nikmat yang telah Tuhan berikan. Firman Tuhan, Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya tidaklah dapat kamu menghitungnya(Surah Ibrahim : 34).