syiah- nabi adam dan hawa a.s. dikeluarkan dari syurga kerana dengki terjemahan syi’ah- nabi adam...

Upload: adam-ahmad

Post on 07-Jan-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

http://darulkautsar.net

TRANSCRIPT

  • SyiahNabiAdamDanHawaA.S.DikeluarkanDariSyurgaKeranaDengki

  • Terjemahan

    Syiah:NabiAdamDanHawaA.S.DikeluarkanDariSyurgaKeranaDengkiAsSaduq meriwayatkan di dalam Uyun alAkhbar dengan sanadnya kepada alHarawi katanya, saya berkata kepada arRidha a.s[1].: Wahai cucu Rasulullah s.a.w.! Ceritakan kepadaku tentang pokok yang buahnya dimakan oleh Adam dan Hawa. Bagaimana rupanya? Orang ramai berbeza cerita tentangnya. Ada yang menceritakan ianya adalah gandum. Yang lain pula menceritakan ia adalah anggur. Ada juga yang menceritakan ia adalah pokok dengki. Beliau (arRidha) menjawab: Semuanya adalah benar. Saya pun bertanya: Apakah makna sama dalam keadaan ianya berbeza? Dia menjawab: Wahai Aba asSalt! Sesungguhnya pokok syurga (satu pokok) boleh menghasilkan beberapa jenis (buah). Terdapat pokok gandum dan padanya terdapat anggur dan ia tidak seperti pokok dunia. Sesungguhnya Adam a.s., bila ia telah dimuliakan oleh Allah taala dengan malaikatmalaikat sujud kepadanya dan ia dimasukkan ke dalam syurga, maka terlintas di hatinya persoalan tentang apakah Allah menciptakan manusia yang lebih mulia darinya. Allah taala mengetahui apa yang terlintas di hatinya. Allah menyerunya dengan berkata: Angkat kepalamu wahai Adam! Pandanglah tiang arasy. Adam pun mengangkat kepalanya lalu memandang tiang arasy. Maka ia mendapati tertulis padanyaTiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah. Ali bin Abi Talib adalah Amir alMukminin, isterinya Fatimah adalah penghulu perempuan sekalian alam dan Hasan dan Husain adalah penghulu sekalian pemuda ahli syurga. Adam pun berkata: Siapakah mereka ini wahai tuhanku? Allah azza wa jalla berfirman: Mereka ini adalah dari keturunanmu dan mereka lebih baik darimu dan dari sekalian makhlukku. Kalau tidak kerana mereka aku tidak akan menciptakan engkau dan tidak menciptakan syurga, neraka, langit dan bumi. Janganlah engkau memandang mereka dengan pandangan kedengkian dan bercitacita untuk mencapai kedudukan mereka. Lalu Adam memandang mereka dengan penuh kedengkian dan menginginkan kedudukan mereka. Maka syaitan dapat menguasainya (Adam) sehingga ia makan daripada pokok yang dilarang. Syaitan juga dapat menguasai Hawa kerana ia memandang Fatimah dengan penuh kedengkian sehingga ia juga memakan buah daripada pokok tersebut sebagaimana Adam. Kerana itu Allah mengeluarkan keduaduanya daripada syurga dan mencampakkankeduaduanyakebumi.(Rujukan:SayyidNimatAllahalMusawialJazairialAnwaranNumaniyyahjil.1hal.243,244)Kesimpulan:

    1. Syiah mengatakan punca yang membawa kepada tersingkirnya Adam dan Hawa a.s. daripada syurga ialah makan daripada pokok larangan. Sebab keduaduanya makan daripadanya ialah dikuasai oleh syaitan dan penguasaan tersebut adalah disebabkan oleh dengki mereka berdua terhadapNabis.a.w.dananakcucubaginda.

    1. Syiah mengatakan Nabi Muhammad s.a.w., Ali, Fatimah, Hasan dan Husain r.a. adalah merupakan sebabkepadapenciptaanAdama.s.,dunia,syurgadanneraka.

    1. Syiah beriitqad bahawa kedudukan nabinabi adalah lebih rendah daripada kedudukan anak cucu

    NabiMuhammads.a.w.

    1. Syiah beritiqad bahawa Nabi Adam a.s. walaupun ia seorang nabi tetap tidak terlepas daripada sifatyangburukiaitudengkiyangmerupakansalahsatupenyakithatiyangsangatkeji.

  • [1] Beliau ialah `Ali ar-Ridha bin Musa al-Kazim (wafat 202 H) yang dianggap oleh Syiah sebagai imam maksum kelapan mereka. Sumber:http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3022