SYED MOHD ABDUH BIN SYED ABU BAKAR - lwn Syed... · BXXX 56000 Cheras manakala Defendan tinggal di…

Download SYED MOHD ABDUH BIN SYED ABU BAKAR - lwn Syed... · BXXX 56000 Cheras manakala Defendan tinggal di…

Post on 31-Aug-2018

213 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    ROHANA BINTI WAHAB

    lwn

    SYED MOHD ABDUH BIN SYED ABU BAKAR

    [Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor. Kes Mal Bil : 10005-054-0995-

    2009 (Tuan Nik Asrulnizam bin Mustapha, HMRS)]

    [24 Muharram 1428H bersamaan 11 Februari 2010]

    Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003-Bidangkuasa Mahkamah

    Mendengar Dan Memutuskan Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai Diluar Mahkamah-

    Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003- Lafaz perceraian secara

    tulisan lafaz kinayah maksud tulisan jelas dan difahami sama ada memerlukan niat

    - suami berniat menceraikan isteri sama ada gugur talak atau pun tidak talaq 2

    sekaligus sama ada dikira satu atau dua talaq

    Arahan Amalan No. 10 Tahun 2007 dan Arahan Amalan No. 9 Tahun 2001- Amalan

    Pengesahan Talak Di Luar Mahkamah Dan Tanpa Kebenaran Mahkamah-Diteliti Dan

    Dikuti Sebelum Diputuskan.

    Fakta kes

    [1] Plaintif tinggal di B-XXX, 56000 Cheras manakala Defendan tinggal di alamat

    XXX, 65000 Ampang, Selangor.

    [2] Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada 10 Oktober 2007 bersamaan 29

    Ramadhan 1428H berdasarkan Surat Perakuan Nikah Bil. Daftar XXX/XXXX No

    XXXX Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pernah bercerai pada 3 Januari 2009

    dan disahkan dalam mahkamah dengan talak satu kali pertama berjumlah dua talak.

    Plaintif dan Defendan telah merujuk semula pada 10 Januari 2009.

  • 2

    [3] Hasil perkahwinan Plaintif dan Defendan telah dikurniakan seorang anak iaitu :-

    [i] Syed XXX bin Syed Mohd Abduh;

    [4] Pada 26 Februari 2009 jam lebih kurang 7.26 petang, Defendan telah melafazkan

    talak secara sms dengan lafaz "adik, abang ceraikan adik dengan talak dua.

    Maafkan abang, adik sayang, serahkan Syed Hassan pada abang.

    [5] Mahkamah juga telah merujuk kepada surat rujuk yang telah dikeluarkan oleh

    Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Bil. Daftar XXX/2009 No XXX Negeri

    Selangor.

    [6] Selian daripada itu, Defendan juga dalam pengakuannya kepada mahkamah bahawa

    bahawa beliau telah mengaku bahawa ada lafaz yang telah dibuat pada tarikh

    tersebut dan perkataan Adik dalam lafaz tersebut dimaksudkan ialah isteri

    Defendan.

    [7] Mengenai lafaz SMS talak dua dalam lafaz tersebut, Defendan mengaku bahawa

    lafaz itu ditulis sahaja dan mempunyai niat menceraikan Plaintif semasa menulis

    SMS itu.

    [8] Defendan juga telah menulis sms tersebut dalam keadaan sedar, waras, cuma dalam

    keadaan marah sedikit serta masih waras ketika itu. Selain daripada itu, Defendan

    lafaz dalam keadaan tidak ada paksaan, tidak ada pengaruh ubat, dadah atau alkohol.

    [9] Semasa keterengan yang telah diambil oleh Hakim Tuan Mohd Fazil Bin Hasan @

    Che Hasan pada 23 Disember 2009 jam 3.30 petang dengan lafaz sms adik tak

    pernah ingatkan abang ceraikan adik, abang ceraikan adik dengan talak dua

    di luar dan tanpa kebenaran mahkamah.

    [10] Sehubungan dengan itu, Mahkamah telah memutuskan pada 3 Januari 2009,

    tertalaklah Plaintif dengan talak dua kali pertama berjumlah dua talak secara talak

    rajie dan Plaintif beriddah selama tiga kali suci mulai 3 Januari 2009. Mahkamah

    telah mengeluarkan perintah melalui kes 10005-054-0075-2009 pada 14 Oktober

    2009.

  • 3

    Diputuskan

    [1] Mahkamah mensabitkan lafaz "adik, abang ceraikan adik dengan talak dua"

    secara lisan oleh Defendan pada 26 Februari 2009 jam 7.26 petang adalah sah dan

    menjatuhkan talak.

    [2] Mahkamah memutuskan mulai 26 Februari 2009 jam 7.26 petang tertalaklah Plaintif

    dengan talak tiga kali pertama berjumlah tiga talak secara talak bain kubro dengan

    beriddah selama tiga kali suci mulai dari 26 Februari 2009.

    [3] Mahkamah perintahkan penceraian ini didaftarkan di Pejabat Agama Islam Hulu

    Langat dan Surat Perakuan Rujuk Asal Bil. XXX/2009 No XXX Negeri Selangor

    hendaklah dibatalkan.

    Peguam Syarie

    Plaintif : tidak diwakili oleh mana-mana peguam Syarie.

    Defendan ; tidak diwakili oleh mana-mana peguam Syarie.

    Surah al-Quran yang dirujuk

    1. Surah al-Baqarah : ayat 229.

    2. Surah al-Nisa: ayat 20.

    3. Surah al-Talaq: ayat 1.

    Kitab-kitab Yang Dirujuk

    1. Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu.

    2. Kitab al-Fiqh ala al-Mazahib al-Arbaah, juzuk 4.

    3. Kitab al-Iqna, Jilid 2.

    4. kitab Hashiah Ianat al-Talibin, juz 4.

    5. Kitab I`anah At-Talibin, Juzuk 4.

    6. Kitab Mughni Al-Muhtaj, Jilid 2-4.

    7. Kitab Subul al-Salam, Juzuk 3.

  • 4

    8. The Complete System Of Talaq .

    Undang-undang Yang Dirujuk

    1. Arahan Amalan Mahkamah Syariah Selangor- No 9 Tahun 2001, No. 10 Tahun

    2007.

    2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 -s.61(3)(b), s.62(2)(b).

    3. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 - s.2, s.4, s.45, s.47, s.55,

    s.57, s.125.

    Kes-kes Yang Dirujuk

    1. Mohamed bin Mohd Ali lwn Roslina bt Mohd Yusoff, (1993) JH VIII/II. 275.

    2. Rojmah Bt. Abdul Kadir Lwn. Mohsin B. Ahmad [JH 8, Bah. 2, 1993].

    3. Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin Arshad (1994) 9 bhg 1J.H 16.

    4. Zainab Bt. Mahmood Lwn. Abdul Latif Jusoh [JH 8, Bah. 2, 1993] .

    Penghakiman Tuan Nik Asrul Nizam bin Mustapha, HMRS.

    ALASAN PENGHAKIMAN

    [1] Plaintif dan Defendan telah berkahwin pada pada 10 Oktober 2007 bersamaan 29

    Ramadhan 1428H berdasarkan Surat Perakuan Nikah Bil. Daftar XXX/XXX No XXXX

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pernah bercerai pada 3 Januari 2009. Hasil

    perkahwinan Plaintif dan Defendan telah dikurniakan seorang anak.

    [2] Kes yang didengar di hadapan Tuan Mohd Fazil Bin Hasan @ Che Hasan pada

    23 Disember 2009 mengenai Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai yang telah dibuat diluar

    Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah bagi tujuan pendaftaran perceraian tersebut

    di bawah seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor ) No. 2 Tahun

    2003.

    [3] Sebelum mahkamah mengulas lanjut berkaitan kes ini, Mahkamah perlu

    memastikan segala prosedur wajib diteliti dan dipatuhi terlebih dahulu, antaranya :

  • 5

    [i] Penyampaian Saman

    Plaintif telah memfailkan kes ini pada 11 Jun 2009 dan penyampaian saman

    kediri juga dibuat pada hari yang sama di kaunter Mahkamah berdasarkan

    affidavit penyampaian bertarikh 11 Jun 2009.

    [ii] Penentuan Pihak-pihak Dan Pemastautinan

    Plaintif dan Defendan adalah pasangan suami isteri yang sah yang telah bernikah

    pada 10 Oktober 2007 bersamaan 29 Ramadhan 1428H berdasarkan Surat

    Perakuan Nikah Bil. Daftar XXX/XXX No XXX Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur dan tidak pernah bercerai.

    Plaintif di dalam kes ini adalah Rohana Binti Wahab manakala Defendan Syed

    Mohd Abduh Bin Syed Abu Bakar.

    Merujuk kepada Penyata Tuntutan Plaintif, pihak Plaintif tinggal di alamat

    BXXX 56000 Cheras manakala Defendan tinggal di XXX, 65000 Ampang,

    Selangor.

    Mahkamah berpendapat Plaintif dan Defendan telah memenuhi kehendak

    Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu Seksyen 2

    yang memperuntukkan bermastautin ertinya tinggal tetap atau pada

    kelazimannya dalam sesuatu kawasan yang tertentu.

    Merujuk kepada kes Sharifah Laila Bt Syed Shamdin lwn Abdul Latif Bin

    Arshad (1994) 9 bhg 1 JH 16 Mahkamah Rayuan Syariah Selangor telah

    menyatakan bahawa perkataan mastautin seperti yang terdapat dalam Seksyen 2

    enakmen tersebut hanya mensyaratkan seseorang itu tinggal tetap dalam suatu

    kawasan atau pada lazimnya tinggal di sesuatu kawasan, tidak disyaratkan

    hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam kawasan ia berada.

  • 6

    [iii]Bidangkuasa Mahkamah

    Berdasarkan peruntukan Seksyen 62 (2) (b) Enakmen Pentadbiran Agama

    Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa

    Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dalam bidangkuasa Mal,

    mendengar, dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang

    Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan memutuskannya dalam

    mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan tidak melebihi

    seratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang

    (tidak termasuk hadhanah dan harta sepencarian).

    Mahkamah merujuk pula Seksyen 61 (3) (b) Enakmen yang sama telah

    memeruntukkan

    Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

    (b) dalam bidangkuasa Malnya, mendengar dan memutuskan semua

    tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau

    prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu

    adalah berhubungan dengan:

    i- pertunangan, perkahwinan, ruju, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman

    (faraq)atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan

    antara suami dan isteri;

    ii- .

    Berdasarkan fakta berkaitan tempat tinggal Plaintif dan Defendan, mahkamah

    telah berpuas hati bahawa mahkamah ini mempunyai bidang kuasa sebagaimana

    yang diperuntukkan di bawah Sek. 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

    Selangor 2003 serta sek. 4 Enakmen yang sama. Sungguh pun begitu, seksyen ini

    tertakluk kepada peruntukan seksyen 47 enakmen yang sama mengenai aturan

    perceraian melalui lafaz talaq iaitu hendaklah dengan kebenaran mahkamah dan

    dilafazkan di hadapan mahkamah. Dalam Kes ini, perceraian telah tidak menepati

    aturan yang telah ditetapkan di bawah seksyen 47 tersebut yang mana ia menjadi

    satu kesalahan di bawah seksye