syed ahmad jamal

Download Syed Ahmad Jamal

Post on 31-Jul-2015

3.248 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Bab 1 MENCARI JEJAK Syed Ahmad Jamal merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah seni lukis negara. Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama empat puluh tahun bergelut dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbang ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden negara. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah Kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada Syed Ahmad Jamal. Beberapa faktor menyebabkan Syed Ahmad Jamal dipilih sebagai Seniman Negara yang kedua. Pertama Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor aliran ekspresionisme abstrak di negara ini. Sesudah sekian lama menceburi lapangan ini, Syed Ahmad Jamal mempunyai pandangan yang kukuh terhadap seni lukis. Malah pandangan ini turut dikongsi bersama oleh kebanyakan pelukis. Syed Ahmad Jamal melihat seni lukis sebagai satu bidang yang berautonomi tanpa ikatan dengan sebarang naungan. Penggiat bidang ini, iaitu pelukis, pula dianggap oleh beliau sebagai seorang individu1

yang unik dan bebas. Manakala sesebuah karya dilihatnya sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan mistik dan makna tersendiri. Perkara ini terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman. Khayalan ini berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan diluahkan atas rasa kerelaan serta mempunyai motif yang bersifat keindividuan. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, Syed Ahmad Jamal telah menggaris beberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati oleh sebarang individu yang bergelar pelukis.Perkara-perkara tersebut boleh dianggap sebagai etika pelukis yang terdiri daripada, pertama, kepentingan meluahkan perasaan tanpa batasan, kefahaman terhadap diri yang mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identiti pengkaryaan bagi mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadap kebebasan. Kedudukan serta nilai artis inilah yang didokong dan disebarkan oleh Syed Ahmad Jamal sepanjang pengabadian selama empat puluh tahun dalam bidang seni lukis. Sesungguhnya pemikiran beliau diterima dan dipraktikkan oleh pelukis muda mahupun seangkatan dengannya. Pemikiran Syed Ahmad Jamal banyak disumbangkan oleh

pengalaman beliau ketika berada di Eropah untuk mendalami seni. Pemikiran ini dianggap baru menggantikan paradigma lama dalam seni tanahair kerana sejarah menunjukkan seni negara tidak pernah bersifat keindividuan, dalam erti kata arah perkembangannya ditentukan oleh umum bukan individu atau penggiat. Seni itu juga tidak pernah langsung sifatnya. Keadaan sedemikian disebabkan oleh budaya setempat yang mengutamakan semangat kekitaan dan mementingkan kiasan. Hal ini mengakibatkan pergolakkan rasa yang hebat dalam diri penggiat seni terpaksa dipendam dan luahan yang diterjemahkan dalam bentuk karya hanyalah merupakan sesuatu yang telah ditapis oleh sedar. Ketika di England, aliran ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak sedang giat melanda kepulauan itu. Gerakan tadi merupakan2

suatu yang amat baru bagi Syed Ahmad Jamal dan benar-benar memikat indera seninya. Beliau meminati ekspresionisme kerana ia menyediakan satu landasan baru bagi menentukan arah dan tujuan seni secara perseorangan atau individu. Bagi ekspresionisme abstrak pula, ia memberikan kelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran diterjemahkan secara langsung menjadi bahan seni. Penentuan secara individu dan penterjemahan secara langsung itu memberikan beliau perspektif baru dalam melihat serta menangani seni.

Lunar Peaks (1986), UMBC, KL

Perspektif ini pula dipadankan dengan pendapat beliau yang melihat artis sebagai seorang individu yang bebas. Jadi keindividuan, kelangsungan dan kebebasan menjadi tonggak pemikiran Syed Ahmad Jamal dalam seni lukis. Perkara-perkara di atas secara tidak langsung mendasari cara beliau berkarya. Secara huraian, keindividuan memberikan beliau ruang untuk menggambarkan membenarkan diri pengalamanpengalaman berterus-terang melalui peribadinya. kegiatan Kelangsungan seni. Manakala,

kebebasan melepaskan beliau daripada kongkongan konvensional dan memasuki serta membina keperibadian seni lukis moden.

3

Syed Ahmad Jamal sedang melukis chairil Anwar Kirkby, England 1958

Walaupun Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor pemikiran aliran tersebut di Malaysia, beliau masih mengekalkan pertaliannya dengan tanahair. lni bererti beliau cuba menerap serta menggabungkan pengaruh alam Nusantara dengan pemikiran tadi. Ketika jiwa dibiarkan bercanda serta berimaginasi bersama-sama elemen baru dan asing itu, kecintaan itu tidak pula dibenarkan berleluasa mempengaruhi diri sebaliknya dimesrakan dengan imbasan imejan-imejan dari tanahair. Ketika itulah cubaan demi cubaan dilakukan terhadap kemesraan tersebut sehingga berupaya membuahkan satu teknik melukis yang menggabungkan gaya baru itu dengan unsur alam Nusantara. Bentuk-bentuk alam yang menonjol dalam lukisannya pada ketika itu ditandai oleh landskap dan aktiviti manusia. Berdasarkan pendapatnya bahawa karya seni itu mempunyai kewujudan, mistik dan makna tersendiri maka terciptalah beberapa lukisan yang mempunyai wajah herot seperti Duel In The Snow (1956) yang memaparkan pergelutan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat di sebuah latar yang bersalji. Syed Ahmad Jamal juga menerap pemikiran yang menekankan unsur kemistikan dalam aliran tadi. Kemistikanlah yang membezakan Syed Ahmad Jamal dengan penggiat ekspresionisme dan ekspresionisme abstrak. Malah unsur inilah memberikan karya beliau keperibadian4

tersendiri dalam bidang seni lukis. Bagi Syed Ahmad Jamal mistik atau keghaiban adalah sesuatu yang perlu dimiliki oleh seni. Mistik Syed Ahmad Jamal bermaksud wujudnya rasa atau kuasa kejiwaan yang mengkagumkan terhadap sesuatu bentuk. Misalnya, ketika beliau menangani kaligrafi Melayu. Seni khat dilihatnya sebagai suatu yang amat mistik berbanding dengan tulisan rumi. Ini kerana segala ciri yang dimiliki oleh sesuatu bentuk dapat digambarkan secara langsung melalui lenturan tulisan tersebut sekiranya dilakukan dengan teliti. Ketelitian tersebut telah dilakukan oleh beliau dan atas inisiatifnya itulah yang menyaksikan seni khat terjerumus ke dalam arus perkembangan seni lukis kontemporari Malaysia. Kemasukkan sesuatu yang selama ini berada di luar ruang lingkup seni kontemporari kini berupaya memperkayakan seni negara. Dinamika seni khat terserlah di dalam lukisan seperti Chairil Anwar (1959). Penerokaan dalam seni khat diteruskannya sekembali ke tanahair dengan kelahiran Writing (1961). Apabila memperkatakan estetika, Syed Ahmad Jamal

menerangkannya berdasarkan hubungan di antara pelukis, karya dan penonton. Bagi beliau hubungan di antara tiga elemen ini berpusat kepada pelukis itu sendiri. Setiap pelukis dianggap mempunyai perasaan yang subjektif terhadap sesuatu perkara yang hendak dibenamkan ke dalam sebuah alam yang dipanggil utopia. Pemerhati atau khalayak diandaikan turut mempunyai perasaan subjektif semulajadinya yang turut ingin ditenggelamkan ke alam tersebut ketika menghayati karya. Kepuasan dan keindahan yang amat luhur terjadi apabila perasaan subjektif pemerhati dan pelukis bertemu serta bersepadu di dalam alam tersebut.

5

Dato Syed Ahmad Jamal menyambut Perdana Menteri Malaysia di perasmian Balai Seni Lukis Negara dalam tahun 1984

Pemikiran tadi mengemukakan kaedah baru dalam melihat hubungan di antara seni dan khalayak. Sebelum ini tidak ramai pelukis yang berupaya menafsirkan hubungan di antara karya dan kelompok yang menghayati hasil tersebut. Dalam hal ini, Syed Ahmad Jamal telah meletakkan satu landasan penting dalam pemikiran seni lukis negara. Secara ringkasnya, metode dan ide berjalan seiringan dalam diri Syed Ahmad Jamal. Gaya berkarya ini turut dikongsi bersama oleh beberapa orang pelukis penting sehingga memungkinkan satu gerakan seni lukis yang berteraskan identiti tanahair atau apa yang boleh dilabelkan sebagai abstrak ekspresionisme ala Malaysia, dan ia menjadi sebahagian daripada jatidiri pelukis tanahair. Gerakan ini banyak digembelingkan melalui sebuah persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Arts Group yang turut dianggotai oleh Syed Ahmad Jamal. Kedua, Syed Ahmad Jamal turut menyumbang dalam pembangunan seni lukis melalui kedudukannya sebagai pentadbir awam. Dalam perkhidmatan awam Syed Ahmad Jamal disanjung sebagai seorang penjawat yang dedikasi. Sesungguhnya tiada pelukis yang begitu produktif dan dalam waktu yang sama menjalankan tugas rasmi dengan penuh komitmen seperti Syed Ahmad Jamal. Sehubungan dengan itu, beliau tidak pernah memperlagakan dan mencampuradukkan bidang-bidang tersebut. Beliau mengekalkan jarak antara kedua-keduanya dan tidak ramai yang berupaya berbuat sedemikian memandangkan salah satu bidang boleh mempengaruhi6

bidang yang lain dengan mudah. Pendekata, pertindihan tanggungjawab dapat berlaku secara wenang sekiranya garis pemisah di antara menjadi pelukis dan pentadbir awam tidak dipelihara dengan teliti. Dalam perkhidmatan awam Syed Ahmad Jamal memulakan tugasnya sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johar. Ketika menjadi guru Syed Ahmad Jamal cuba mengembangkan bidang baru yang dipelajarinya dalam melukis catan di kalangan pelukis muda. Namun tanggungjawab kepada negara yang baru merdeka ini lebih diberi keutamaan yang menyebabkan hasratnya sekali lagi ditangguhkan oleh kewajipan. Dari tahun 1958 hingga 1959 beliau telah diminta menjadi pembimbing seni di Malayan Teachers College, Kirby, England bagi memenuhi cita-cita negara untuk mempertingkatkan mutu serta mempercepatkan proses peralihan corak pendidikan penjajah kepada sebuah sistem pendidikan Tanah Melayu yang berdaulat.

Dato Syed Ahmad Jamal sedang meneliti buku yang akan diterbitkan iaitu Form and Soul

7

Sekembalinya dari England pada tahun 1960, beliau ditugaskan sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Di situ beliau mengajar serta memberi galakan kepada pelatih untuk menceburi bidang se