syarahan bulan ramadhan l 10 - ramadhan puasa ramadhan l 3 peristiwa-peristiwa bulan ramadhan l...

Download Syarahan bulan Ramadhan l 10 -   Ramadhan   puasa Ramadhan l 3 Peristiwa-peristiwa bulan Ramadhan l 8 Syarahan bulan Ramadhan l 10 Qiyamullail bulan Ramadhan l 13 Jadual kuliah subuh di bulan

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Panduan puasa Ramadhan l 3

    Peristiwa-peristiwa bulan Ramadhan l 8

    Syarahan bulan Ramadhan l 10

    Qiyamullail bulan Ramadhan l 13

    Jadual kuliah subuh di bulan Ramadhan l 14

    Jadual tazkirah Zuhur di bulan Ramadhan l 15

    Imsakiah Ramadhan 1432H bagi Singapura l 18

    Segala puji bagi Allah diatas segala nikmat yang telah dikurniakan

    sehingga kita masih lagi hidup dengan aman dan harmoni dan

    mengamalkan perintah agama dengan sebaiknya. Sekali lagi

    Ramadhan kian menjelang, umat islam bersiap sedia bagi menyambut

    ketibaan Ramadhan pada tahun ini. Namun, apakah perkara yang harus

    kita pastikan agar Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yg terbaik

    bagi diri kita serta keluarga dan masyarakat yg kita cintai. Keimanan

    seseoran g mukmin tidak akan bersinar memancarkan keimanan yang

    kukuh dan keperibadian serta akhlak yang mulia lagi terpuji tanpa

    memupukkan ruh Al Quran itu sendiri di dalam diri dan sanubari setiap

    individu di dalam masyrakat Islam. Al Quran merupakan sebuah kitab

    suci lagi mukjizat yang memberi pedoman dan menjadikan sebuah

    masyarakat unggul dan disegani seperti masyarakat arab di zaman

    jahiliyyah yang hidup dengan penuh kemunduran dan keruntuhan

    akhlak kemudian bertukar menjadi satu bangsa dan masyarakat yang

    disegani serta menakluki sepertiga dunia di zaman kegemilagannya

    dengan cahaya dan petunjuk Al Quran. Justeru itu marilah kita bersama

    menghidupkan budaya Al Quran dengan bertadarrus, bermuzakkarah,

    dan tidak pernah mengenal putus asa atau terlewat dalam

    mempelajarinya. Mudah mudahan dengan keberkahan bulan Ramadhan

    ini yang diturunkan di dalamnya Al Quran, kita dapat memupuk petunjuk

    Al Quran ini kedalam jiwa dan sanubari diri serta keluarga dan

    masayarakat kita serta memperolehi kejayaan yang cemerlang di dunia

    dan di akhirat dengan cahaya dan petujuk Al Quran. Amin. 2

  • Apakah yang dimaksudkan dengan puasa?

    Puasa bermakna menahan diri daripada perkara-perkara

    yang membatalkannya dengan cara yang tertentu.

    Apakah syarat-syarat sah puasa?

    Syarat-syarat sah puasa ialah :

    1) Islam.

    2) Berakal

    3) Baligh

    4) Suci daripada haid dan nifas.

    5) Niat

    6) Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan

    puasa.

    Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

    Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:

    1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.

    2) Muntah dengan sengaja sehingga keluar sesuatu dari

    dalam perutnya.

    3) Bersetubuh dengan sengaja.

    4) Mengeluarkan air mani dengan sengaja

    5) Gila, sekali pun selahzah.

    6) Pitam dari terbit fajar hingga masuk matahari.

    7) Berbuka

    8) Murtad

    9) Datang haid dan nifas sekali pun sedikit.

    10) Beranak yang ada basahnya.

    3

  • Bolehkah saya berniat puasa selama sebulan sekali di

    malam awal Ramadhan?

    Niat puasa wajib mesti ditakyinkan pada tiap-tiap malam

    Ramadhan di dalam Mazhab Syafie. Tetapi mengikut

    Mazhab Maliki harus berniat puasa sebulan dari malam

    awal.

    Apakah hukum orang yang mengambil suntikan dan

    menggunakan ubat yang dititiskan di mata?

    Tidak batal puasa orang yang menggunakan ubat yang

    ditiskan di mata dan tidak batal mengambil suntikan ketika

    berpuasa kerana ianya tidak dimasukkan melalui rongga

    yang terbuka.

    Bagaimanakah hukum orang yang menggunakan inhaler

    ketika berpuasa?

    Terdapat khilaf dikalangan ulama dalam masalah ini.

    Namun jawatankuasa fatwa Singapura berpendapat tidak

    batal puasanya kerana menjaga maslahah orang yang

    sakit.

    Bagaimana puasa orang yang tidur sepanjang hari dari

    subuh sehingga maghrib?

    Hukumnya sah puasa tersebut kerana tidur tidak dikira

    hilang akal.

    4

  • Apakah hukumnya suami isteri yang melakukan

    persetubuhan di siang Ramadhan?

    Jika persetubuhan itu dilakukan di siang Ramadhan dalam

    keadaan berpuasa dan sedar, maka batallah puasa

    tersebut dan dikenakan kaffarah ke atas suami.

    Adakah suami sahaja yang dikenakan?

    Ya, hanya suami sahaja yang dikenakan kaffarah tanpa

    isteri kerana di dalam Al Quran dan dikuatkan juga oleh

    Hadis Rasulullah saw hanya menyebut suami tanpa isteri.

    Apakah kaffarah tersebut?

    Kaffarah tersebut ialah:

    1) Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut jika terbatal

    mesti diulangi dari mula.

    2) Memberi makan fakir miskin seramai 60 orang tidak

    diharuskan memilih mesti dibuat secara urutan.

    Bagaimana pula wanita yang datang haid kemudian tidak

    mengqaqdaknya sehingga bertemu dengan Ramadhan

    seterusnya?

    Berdosa bagi orang yang lalai dari mengqadakkan

    puasanya, Mereka akan dikenakan fidyah secupak beras

    bagi setiap hari yang ditinggalkan.Muktamad dalam

    mazhab Syafie dikenakan ganda cupak beras jika bertemu

    dengan Ramadan seterusnya.

    5

  • Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadikan puasanya

    puasa yang berkualiti?

    Puasanya akan menjadi kualiti dengan berikut:

    1) Memelihara lidah dari berkata yang tidak baik

    2) Menundukkan pandangan

    3) Banyakkan membaca Al Quran

    4) Membasahkan lidah dengan berzikir

    5) Banyakkan bersedekah

    6) Menjamu orang yang berpuasa

    7) Membantu dalam kerja kemasyarakatan

    8) Menahan marah

    Apakah lafaz niat puasa?

    Nawaitu sauma ghadin a`n adai fardis shahri ramadhana

    hazihis sanati Lillahi ta`ala

    Maksudnya Sahaja Aku berpuasa pada esok hari untuk

    menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan

    pada tahun ini kerana Allah swt

    Apakah lafaz ketika berbuka puasa?

    6

  • Lafaznya ialah : Allahumma laka sumtu wabika

    amantu wa`ala rizqika aftartu Ertinya ialah : Ya

    Allah Kerana Mu aku berpuasa dan dengan

    rezekimu aku berbuka. (Riwayat Bukhari)

    Apakah zikir yang baik dibaca di bulan Ramadhan?

    Antara zikir yang baik dibaca ialah :

    Asyhadu anla ilaha illallahu, Astaghfirullaha, Nas alukal

    jannata wa na`uzubika minan nar. (3 kali)

    Allahumma innaka a`fuwwun tuhibbul afwa fa`afu anna. (3

    kali)

    Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan

    Allah. Aku memohon keampunan kepada Allah. Kami

    memohon syurgamu Ya Allah dan kami memohon

    perlindungan kepadamu dari azab api neraka. (3 kali)

    Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau memberi

    ampun dan suka mengampunkan maka ampunkanlah

    kami Ya Allah. (3 kali)

    7

  • Banyak sekali peristiwa peristiwa yang berlaku di dalam

    bulan Ramadhan. Yang dapat memberikan pengajaran

    kepada umat hari ini iaitu:

    1) Turunnya Al Quran keseluruhannya dari Luh Mahfuz ke

    Baitul Izzah pada malam 27 ramadhan mengikut pendapat

    yang masyhur dikalangan para ulama dan fuqaha`.

    2) Turunnya Al Quran (wahyu yang pertama) surah Al Alaq

    ayat 1-5 pada malam 17 Ramadhan mengikut pendapat

    masyhur dikalangan para Ulama dan Fuqaha`.

    3) Berlakunya peperangan Badar yang hebat ( Ghazwah

    Badaril Kubra) suatu peperangan yang hebat yang

    memisahkan antara hak dan bathil. Kemenangan yang Allah

    swt kurniakan sebagai mercu kejayaan bagi agama yang

    membawa perpaduan dan tauhid kepada yang Agung dari

    kesesatan berhala dan kemusnahan akhlak. Peperangan ini

    berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah.

    Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a pada hari itu jugalah

    terbunuhnya Firaun umat ini iaitu Abu Jahal musuh Islam

    4) Pembukaan kota suci Mekah di dalam firman Allah swt di

    dalam surah Al Fath ayat 1. Peristiwa ini berlaku pada hari

    Jumaat 21 Ramadhan tahun 8 Hijriah.Pada hari ini telah

    dihancurkan segala berhala disekeliling Ka`bah.

    5) Persiapan bagi peperangan Khandaq pada tahun 5 Hijrah

    di bulan Ramadhan. Peperangan Khandaq berlaku pada

    bulan Syawal tahun tersebut.

    6) Berlakunya beberapa adegan peperangan tabuk pada

    tahun 9 hijrah bulan Ramadhan. Berlakunya peperangan

    Qadisiyyah, peperanagan Buaib dan peperangan Rouds di

    bulan Ramadhan.

    8

  • 7) Tersebarnya Islam di negeri Yaman pada tahun 10 hijrah di

    bulan Ramadhan. Rasulullah saw telah mengutus Saiyidina

    Ali ra ke Yaman sebagi ketua delegasi dan membawa

    bersamanya kitab kepada mereka.

    8) Khalid bin Walid membinasakan patung Uzza di suatu

    tempat bernama Nakhla pada 5 hari terakhir di bulan

    Ramadhan pada tahun 8 Hijriyah. Dan telah berkata Khalid

    bin Walid kepada Rasulullah saw Itulah dia patung Uzza

    yang disembah Arab Jahiliyyah dan ianya tidak akan

    disembah lagi selepas ini.

    9) Pada tahun 9 Hijriyah di bulan Ramadhan telah datang

    rombongan Thaqif dari Thaif untuk memeluk Islam. Dan

    dihancurkan berhala Allata yang disembah oleh orang orang

    Thaqif dari Thaif.

    10) Pada pagi hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 Hijriyah

    telah berlaku peperangan Azzallaqah ( suatu lembah terletak

    di kawasan negara Portugal hari ini). Telah berjaya tentera

    Islam bersatu di Andalus dengan kepimpinan Panglima Yusuf

    ibnu Tashfin ke atas tentera Al Faranjah yang menjankau

    jumlah tentera sebanyak 80 ribu bala tentera yang diketuai

    oleh panglima AlFunis yang keenam Raja Qishtalah.

    11) Peperangan Ain Jalut ( Suatu perkampungan di antara

    Bisan dan Nabulus) berlaku pada pagi hari Jumaat 15

    Ramadhan tahun 658 Hijriyah bersamaan 3 September 1260

    Masihi.Dengan kepimpinan Sultan Qutuz Sultan Mamalik