surat perlantikan spsk
TRANSCRIPT
SK LKTP ULU PENGGELI JALAN KASAWARI, FELDA ULU PENGGELI 86007 KLUANG, JOHOR. TEL/FAX: 077863337_________________________________________________________________________
Ruj. Kami: JBA2002/100-16/2/1(1)Tarikh: 1 JANUARI 2013
NAMA:....................................................
KP : ........................................................
SK LKTP ULU PENGGELI,86007 KLUANG, JOHOR.Tuan,
PERLANTIKAN SEBAGAI JAWATANKUASASISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)
PENYELARAS PK – .......................................................................
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu, berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil 2/2002, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 yang komited untuk meningkakan dan memantapkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan JK SPSK seperti di atas berkuatkuasa mulai tarikh surat ini hingga 31 Disember 2013.3. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. 4. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Sebagai Guru Pemimpin/Penasihat untuk makluman dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………….( HAJI MUKHATAR BIN HASSIM )Guru Besar ,SK LKTP Ulu Penggeli,Kluang. Johor.s.k. Fail Timbul.
SK LKTP ULU PENGGELI,86007 KLUANG, JOHOR.--------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Tuan:JBA2002/100-16/2/1(2)Ruj. Kami:
Tarikh: 1 JANUARI 2013Guru Besar,SK LKTP Ulu Penggeli,86007 Kluang, Johor.
Tuan,
Penerimaan Pelantikan Sebagai Jawatankuasa SPSK
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan JBA2002/100-16/2/1(1) bertarikh 01 Januari 2013 yang berkaitan.
2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Jawatankuasa SPSK berkuatkuasa mulai 01 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013.
3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.
4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sekian , terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………...................( )
s.k. 1. Jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)2. Guru Penolong Kanan Kurikulum
Surat Penurunan Kuasa Pengetua/Guru Besar Kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Melalui Guru Penasihat/Pemimpin
SK LKTP Ulu Penggeli ,Jalan Kasawari, 86007 Kluang, Johor.-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Tuan :Ruj. Kami : JBA2002/700-1/1/2(03) Tarikh : 1 JANUARI 2011
Nama ....................................................................,Tahun ...................................................................,Jawatan.................................................................,PBB/KP/KP..........................................................,SK LKTP Ulu Penggeli,Kluang.
Melalui dan salinan:
Guru Pemimpin/Penasihat,...................................................SK LKTP Ulu Penggeli.
Saudara,
Surat Penurunan Kuasa Kepada Jawatankuasa Persatuan
Dengan hormatnya merujuk perkara diatas, sukacita dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41l Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah dilantik sebagai ---------------------------------------------------- , berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011
2. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan yang perlu dilaksanakan oleh saudara. Semoga dengan perlantikan ini saudara dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap sekolah ini.
Sekian , terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………..................(HAJI MUKHATAR BIN HASSIM )Guru Besar,SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.
s.k. 1. Penolong Kanan Kokurikulum. 2.Fail Persatuan/Kelab
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH,
KAMPUNG PASIR PUTIH, Telefon:
81700 PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU, Pejabat Am : 07 – 2711844
JOHOR DARUL TAKZIM. Fax : 07 – 2711844
Email :
Rujukan Kami : JBA1017/05/08/007
Tarikh :
Peyelaras Unit Beruniform,
SK Pasir Putih,
Johor Bahru, Johor
Tuan,
Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2009
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan kursus tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi:-
Tiada unsur-unsur paksaan.Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga peserta.Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan peserta diutamakan.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
( Jaaffar Bin Md Noh )
Guru Besar,
SK Pasir Putih,
Johor Bahru, Johor.
s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
2. Fail Kursus.
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH,
KAMPUNG PASIR PUTIH, Telefon:
81700 PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU, Pejabat Am : 07 - 2711844
JOHOR DARUL TAKZIM. Fax : 07-2711844
Email :
Rujukan Kami : JBA1017/05/08/007
Tarikh : 15 April 2009
Kepada Semua,
Ibu/Bapa/Penjaga ,
SK Pasir Putih
Johor bahru, Johor.
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Perkhemahan Unit Beruniform 2009
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform 2009
2.2 Tarikh : 15-17 Mei 2009
2.3 Masa : Sepenuh Masa ( Jumaat, Sabtu dan Ahad )
2.4 Tempat : Pusat Latihan Air, SAJ Cahay Baru
2.5 Penyertaan : Murid- murid SKPP
2.6 Yuran : RM 30.00
3. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pn Hazizah Binti Arphan ( GPK Kokurikulum SK Pasir Putih ) di talian 019-7667460 atau En Muhammad Idham Lihan ( Setiausaha Perkhemahan) 019-7856025.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
…………………………….
( Jaaffar Bin Md Noh )
Guru Besar,
SK Pasir Putih,
Johor Bahru, Johor
s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah.
2. Fail Kursus.
Nama dan Alamat Ibu Bapa/Penjaga,
……………………….......
……………………………
……………………………
Telefon : …………………
Guru Besar,
SK Pasir Putih,
Johor Bahru, Johor
Tuan / Puan,
Kebenaran Untuk Menyertai Perkhemahan Unit Beruniform SKPP 2009 Di Pusat Latihan Air, SAJ Cahaya Baru.
Saya …………………………………………………… No. KP ………………………….
Ibu / Bapa / Penjaga ………………………………….. No. SB ………………………….
Tahun ……………………………. Memberi kebenaran kepada anak jagaan saya mengambil bahagian dalam Perkhemahan Unit Beruniform SKPP 2009 di atas.
2. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan. Namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil tindakan undang-undang atau makamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi, semasa dan balik sepanjang kursus dijalankan.
3. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak sekolah / pengelola / wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu.
Sekian, terima kasih.
Pengakuan dibuat oleh, Saksi,
………………………………….. …………………………………
Nama : ……………………….. Nama : ………………………..
No. KP : ………………………. No. KP : ………………………..
Tarikh : ………………………. Tarikh : ……………………….
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH,
KAMPUNG PASIR PUTIH, Telefon:
81700 PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU, Pejabat Am : 07 – 2521561
JOHOR DARUL TAKZIM. Fax : 07 – 2521470
Email :
Rujukan Kami : JBA1017/
Tarikh :
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
SK ______________________________
Melalui dan salinan,
Guru Besar,
SK Taman Cendana,
Johor Bahru, Johor.
Tuan
Jemputan Perkhemahan Unit Beruniform Anjuran Unit Pengakap SKTPP 2005
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Anjuran Unit Pengakap SKTPP 2005 seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform Anjuran Unit
Pengakap SKTPP 2005
2.2 Tarikh : 16 hingga 18 September 2005
2.3 Masa : 3.00 pm 16 Sept hingga 2.00 pm 18 Sept 2005
2.4 Tempat : Pusat Pertanian Johor, Kongkong Johor
2.5 Penyertaan : 10 Ahli Pengakap dan 2 Pemimpin Pengakap
2.7 Yuran : RM 30.00 seorang
2.6 Tentetif, keperluan individu dan kumpulan dilampirkan.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
Saya yang menurut perintah,
SK LKTP ULU PENGGELI KLUANG
JBA 2002
PENGURUSAN KOKURIKULUM
2012