surat kepada zoo negara

4
Kepada: Pihak yang berkuasa, Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Salinan dan Melalui: Guru Besar SJK (C) Bercham, Lorong Bercham 8, 31400 Ipoh, Perak. Tuan, Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara di atas. 2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kelas 4C dari SJK (C) Bercham ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara pada tarikh, masa dan hari seperti berikut: Tarikh : 24 Jun 2010 Masa : 11.00 pagi Hari : Hari Khamis

Upload: 885896

Post on 21-Jun-2015

673 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Kepada Zoo Negara

Kepada: Pihak yang berkuasa,

Zoo Negara,

Hulu Kelang,

68000 Ampang,

Selangor Darul Ehsan.

Salinan dan Melalui: Guru Besar

SJK (C) Bercham,

Lorong Bercham 8,

31400 Ipoh, Perak.

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara

Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan

berkenaan perkara di atas.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kelas 4C dari SJK (C)

Bercham ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara pada tarikh,

masa dan hari seperti berikut:

Tarikh : 24 Jun 2010

Masa : 11.00 pagi

Hari : Hari Khamis

3. Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar adalah untuk mendedahkan

para pelajar tentang pengetahuan dan pemahaman tentang cara kehidupan

haiwan. Selain itu, pihak kami juga berharap pihak tuan dapat berkongsi

pengetahuan tentang kehidupan haiwan agar murid dapat menyempurnakan

tugas-tugas yang telah diamanahkan. Untuk pengetahuan pihak tuan,

rombongan kami seramai 45 orang murid Tahun 4 dan diiringi oleh 5 orang guru.

Page 2: Surat Kepada Zoo Negara

4. Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami

harapkan dan hargai. Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan

tidak keberatan untuk memaklumkan kepada kami. Sebelum mengakhiri, saya

dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

CHING YEE XUE

GURU DARJAH

KELAS 4C

SJK (C) BERCHAM

Page 3: Surat Kepada Zoo Negara