surat

3
SJKT KAMPONG KAYAN 32030 SITIAWAN, PERAK. TEL : 05- ___________________________________________________________________________ _______________ Ruj. Kami : Tarikh : 20 JULAI 2015 ELANGO A/L VADIVELU KETUA MIC BAHAGIAN LUMUT Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER BAGI KEGUNAAN PEJABAT Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sekolah kami kekurangan sumber kewangan untuk menampung pembelian komputer bagi tujuan menjalankan tugas-tugas pendokumentasian. Komputer yang sedia ada tidak dapat digunakan lagi atas kerosakannya. 3. Sehubungan dengan itu, kami warga sekolah memohon jasa baik tuan untuk menyumbangkan komputer kepada sekolah kami. Kami juga berharap komputer tersebut dilengkapi mesin pencetak untuk memudahkan kami melakukan kerja-kerja pencetakan. 4. Semoga permohonan kami ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai. Kerjasama dan keperihatinan yang diberikan didahuluhi dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “ PERAK EXCELLENT” Saya yang menurut perintah, _________________________ ( Pn. Indarani a/p Kalimuthu ) Guru Besar

Upload: nagarajan

Post on 06-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PNP

TRANSCRIPT

SJKT KAMPONG KAYAN32030 SITIAWAN, PERAK.TEL : 05-__________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami: Tarikh: 20 JULAI 2015

ELANGO A/L VADIVELUKETUA MIC BAHAGIAN LUMUT

Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER BAGI KEGUNAAN PEJABATDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, sekolah kami kekurangan sumber kewangan untuk menampung pembelian komputer bagi tujuan menjalankan tugas-tugas pendokumentasian. Komputer yang sedia ada tidak dapat digunakan lagi atas kerosakannya.3. Sehubungan dengan itu, kami warga sekolah memohon jasa baik tuan untuk menyumbangkan komputer kepada sekolah kami. Kami juga berharap komputer tersebut dilengkapi mesin pencetak untuk memudahkan kami melakukan kerja-kerja pencetakan.4. Semoga permohonan kami ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai. Kerjasama dan keperihatinan yang diberikan didahuluhi dengan ribuan terima kasih.Sekian, terima kasih. PERAK EXCELLENT

Saya yang menurut perintah,

_________________________( Pn. Indarani a/p Kalimuthu )Guru BesarSJKT Kampung Kayan,32030 Sitiawan.

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG )SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16PETI SURAT 60875, 91117 LAHAD DATUTEL / FAX : 089-811228__________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami: XBA 3141/PIBG/10/12( 6 )Tarikh: 18 April 2012

PENGURUS RANCANGAN FELDA SAHABAT 4&5DESA KENCANA

Tuan, MENERIMA SUMBANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2012/2013Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sempena Mesyuarat Agung PIBG yang lepas. Dengan adanya Sumbangan dari pihak tuan dapatlah membantu kami dalam menampung kos perbelanjaan mesyuarat tersebut.3. Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan dan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih. BERTEKAD GEMILANG , PRESTASI DIUTAMAKAN

Saya yang menurut perintah,

_________________________( JELAS BIN SATONG )Yang Dipertua ,Persatuan Ibubapa Dan Guru,Sekolah Kebangsaan Sahabat 16,Lahad Datu, Sabah.

Sk fail PPG L/D PIBG Sekolah

SB/sbJ 09.00am18042012