surah an-nur 27-29

9
ADAB UNTUK MEMASUKI RUMAH ORANG LAIN (Surah An-Nur ayat 27-29) ىَ ّ تَ حْ مُ كِ ت وُ يُ بَ رْ يَ غ اً وتُ يُ ب واُ لُ خْ دَ ا تَ وا لُ يَ مَ # اَ $ ن يِ دَ ّ ال اَ هُ ّ يَ - ا اَ ت واُ مِ ّ لَ سُ تَ ا و وُ سِ تْ - اَ تْ سَ ت اَ لَ ف اً دَ خَ - ا اَ ه يِ ف واُ دِ ; جَ تْ مَ لْ $ نِ @ اَ $ ونُ رَ ّ كَ C دَ تْ مُ كَ ّ لَ عَ لْ مُ كَ لٌ رْ يَ خْ مُ كِ لَ ا ذَ هِ لْ هَ - ى اَ لَ ع ىَ كْ زَ - اَ وُ ه واُ عِ ; جْ ازَ وا فُ عِ ; جْ ازُ مُ كَ لَ ل تِ فْ $ نِ @ اَ وْ مُ كَ لَ $ نَ ذْ - ُ ي ىَ ّ تَ ح اَ وهُ لُ خْ دَ تَ ٌ م يِ لَ عَ $ ونُ لَ مْ عَ ت اَ مِ ; بُ َ ّ اَ وْ مُ كَ لَ رْ يَ غ اً وتُ يُ ب واُ لُ خْ دَ ت$ نَ - اٌ احَ نُ ; حْ مُ كْ تَ لَ عَ سْ يَ ّ لَ $ ونُ مُ تْ كَ e ت اَ مَ وَ $ ونُ دْ ; تُ e ب اَ مُ مَ لْ عَ تُ َ ّ اَ وْ مُ كَ ّ لٌ اعَ تَ م اَ ه يِ فٍ ةَ ونُ كْ سَ مَ Terjemahan: (27) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat. (28) Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu. Kembali sajalah , maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan. (29) Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan. Asbaabun Nuzul Al Faryabi dan Ibnu Jarir, keduanya telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Addiy Ibnu Tsabit, yang telah menceritakan bahawa ada seorang wanita dari kalangan sahabat Anshar datang menghadap, lalu ia berkataWahai Rasulullah, sesungguhnya aku tinggal di dalam rumahku dalam keadaan aku sendiri tidak ingin dilihat oleh orang lain, sesungguhnya 1

Upload: ada

Post on 24-Jun-2015

2.896 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ADAB UNTUK MEMASUKI RUMAH ORANG LAIN (Surah An-Nur ayat 27-29)ُ ُ َ ‫يا أ َي ّها ال ّذين آ َمنوا ل ت َدْخلوا ب ُيوتا غي ْر‬ ُ َ َ ِ َ َ َ َ ً ُ َ َ ‫ب ُيوت ِك ُم حتى ت َست َأ ْن ِسوا وت ُسل ّموا على أ َهل ِها‬ ّ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ ُ َ َ ‫ذَل ِك ُم خي ْر ل َك ُم ل َعل ّك ُم ت َذَك ّرون إ ِن ل َم ت َجدوا‬ ُ ِ َ ْ ْ ْ ْ ُ ٌ َ ْ َ َ ً َ ‫فيها أ َحدا فل ت َدْخلوها حتى ي ُؤذَن ل َك ُم وإ ِن‬ ّ َ َ ُ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ِ َ ْ َ ُ َ ِ ‫قيل ل َك ُم ارجعوا فارجعوا هو أ َزكى ل َك ُم‬ ُ ِ ْ َ ُ ِ ْ ُ ْ ‫والل ّه ب ِم

TRANSCRIPT

Page 1: Surah An-Nur 27-29

ADAB UNTUK MEMASUKI RUMAH ORANG LAIN

(Surah An-Nur ayat 27-29)

ل�وا ب�ي�وت�ا غ�ي�ر� ن�وا ال� ت�د�خ� ا ال�ذ�ين� آ�م� �ي�ه� ي�ا أت�ى اب�ي�وت�ك�م� ح� ل�ه� ل&م�وا ع�ل�ى أ�ه� ت�س� وا و� ت�أ�ن�س� ت�س�

د�وا ون إ�ن� ل�م� ت�ج� ي�ر1 ل�ك�م� ل�ع�ل�ك�م� ت�ذ�ك�ر� ذ�ل�ك�م� خ�إ�ن� ت�ى ي�ؤ�ذ�ن� ل�ك�م� و� ا ح� ل�وه� ال� ت�د�خ� د�ا ف� ا أ�ح� يه� ف�

ك�ى ل�ك�م� و� أ�ز� ع�وا ه� ج� ار� ع�وا ف� ج� ق�يل� ل�ك�م� ار� ل�ون� ع�ل�يم1 ا ت�ع�م� الل�ه� ب�م� ن�اح1و� ل�ي�س� ع�ل�ي�ك�م� ج�

ت�اع1 ل�ك�م� ا م� يه� ك�ون�ة? ف� ل�وا ب�ي�وت�ا غ�ي�ر� م�س� أ�ن ت�د�خ�ا ت�ك�ت�م�ون� ا ت�ب�د�ون� و�م� الل�ه� ي�ع�ل�م� م� و�

Terjemahan:

(27)“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat.” (28) “Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu. “Kembali sajalah”, maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan. (29) Tidak ada dosa atasmu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada keperluanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Asbaabun Nuzul

Al Faryabi dan Ibnu Jarir, keduanya telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Addiy Ibnu Tsabit, yang telah menceritakan bahawa ada seorang wanita dari kalangan sahabat Anshar datang menghadap, lalu ia berkata” “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tinggal di dalam rumahku dalam keadaan aku sendiri tidak ingin dilihat oleh orang lain, sesungguhnya sampai sekarang masih tetap ada seorang lelaki dari kalangan keluargaku yang masuk ke dalam rumahku, sedangkan aku dalam keadaan demikian itu, maka apakah yang harus aku lakukan? Lalu turunlah firman-Nya:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kalian sebelum meminta izin.....(QS24:27)

1

Page 2: Surah An-Nur 27-29

Ibnu Abu Hatim telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Muqatil Ibnu Hayyan yang telah menceritakan, bahawa ketika ayat meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain diturunkan, Abu Bakar berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana nanti dengan para pedagang Quraisy, yaitu orang-orang yang sering berulang-alik antara Mekah, Madinah dan negeri Syam, sedangkan mereka di tengah-tengah jalan, maka bagaimanakah mereka meminta izin dan mengucapkan salam, sedangkan di dalam rumah-rumah mereka yang di tengah jalan itu tiada penghuninya?” Maka turunlah pula firman-Nya:

Tidak ada dosa atas kamu memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami. (QS24:29)

Tafsir

(27) Ayat ini merupakan isti’-dzaan (sya’riat meminta izin), Allah SWT mengajarkan kepada hamba-hambaNya yang beriman, yaitu adab meminta izin. Allah SWT memerintahkan mereka, supaya tidak memasuki rumah orang lain, sebelum meminta izin dengan mengucapkan salam terlebih dahulu. Jika tiada jawapan, hendaklah diulangi lagi. Ulangi ucapan salam sehingga tiga kali, sekiranya tiada juga jawapan, maka dianjurkan supaya pulang sahaja. Adab meminta izin ini adalah untuk memelihara dan memupuk cinta dan kasih serta pergaulan yang baik, juga untuk menjaga hak peribadi penghuninya, yakni menghalangi daripada terlihat hal-hal yang tidak sepatutnya dilihat orang lain, dan hal-hal yang biasanya disembunyikan orang serta dijaga betul untuk tidak diperlihatkan kepada orang lain.

Diriwayatkan dalam satu hadis sahih bahawa “Abu Musa Al Asya’ari ketika minta izin kepada Umar untuk masuk ke dalam rumahnya sebanyak tiga kali tetapi belum juga ada izin, iapun pulang. Kemudian Umar berkata: “Seakan-akan saya mendengar suara Abdullah bin Qais (Abu Musa) minta izn. Setelah mereka lihat ternyata Abu Musa telah pergi. Ketika Abu Musa datang lagi sesudah itu, Umar berkata: “Kenapa engkau kembali tempo hari?” Abu Musa menjawab: “Sesungguhnya saya telah minta izin tiga kali untuk masuk, tetapi belum juga ada izin, jadi saya kembali. Saya mendengar Rasulullah bersabda: “Apabila telah minta izin salah seorang dari kamu tiga kali, dan belum juga diberi izin, hendaklah pulang. Cara yang demekian itulah yang lebih baik. Yaitu apabila akan memasuki dan menunggu sampai ada izin, kalau tidak, lebih baik pulang saja. Demikianlah supaya cara itu selalu diingat untuk diamalkan.

(28). Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa apabila hendak memasuki rumah orang lain dan tidak menemui seseorang di dalamnya yang berhak memberi izin, janganlah sekali-kali memasukinya, sebelum ada izin. Tetapi kalau tuan rumah menganjurkan supaya pulang dulu, kerana ada hal-hal di dalam rumah yang ia merasa malu dilihat orang lain, maka pulanglah kerana yang demikian itulah yang lebih menjamin keselamatan bersama. Allah SWT Maha Mengetahui isi hati dan niat yang terkandung di dalam hati sanubari manusia.

(29) Pada ayat ini, Allah SWT menerangkan bahawa tempat-tempat yang tidak disediakan khusus untuk tempat tinggal, tetapi hanya untuk penginapan sementara bagi orang yang memerlukannya, tidak ada halangan dan dosa memasukinya tanpa izin, kerana sesuatu keperluan di dalamnya.

2

Page 3: Surah An-Nur 27-29

Adab-Adab Meminta Izin

Bagi orang yang meminta izin, hendaklah berdiri di sisi kanan atau kiri pintu, tidak berdiri tepat di depan pintu. Hal ini dimaksudkan agar pandangan mata tidak jatuh pada perkara-perkara yang tidak layak dipandang saat pintu terbuka. Terlebih lagi, jika pintu memang dalam keadaan terbuka sebelumnya. Sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah. Diriwayatkan dari Abdullah bin Bisyr, ia berkata :

و�م? ل�م� �CCاب� ق �CCت�ى ب� �ذ�ا أ ل�م� إ ل�ى الل�ه� ع�ل�ي�ه� و�س� ول� الل�ه� ص� س� ك�ان� ر�

و��ي�م�ن� أ� ه� األ� �CCك�ن ل�ك�ن� م�ن� ر� ه� و� �CCه اء� و�ج� �CCاب� م�ن� ت�ل�ق �CCب�ل� ال�ب ت�ق� �CCي�س

م� ع�ل�ي�ك�م� ال� م� ع�ل�ي�ك�م� الس� ال� ول� الس� ي�ق� ر� و� �ي�س� األ�

“Apabila Rasulullah mendatangi rumah orang, beliau tidak berdiri di depan pintu,akan tetapi di samping kanan atau samping kiri, kemudian beliau mengucapkan salam “Assalamualaikum, assalamu’alaikum”. karena saat itu rumah-rumah belum dilengkapi dengan tirai (Hadis riwayat Abu Daud).

Abu Daud juga meriwayatkan dari Huzail,ia berkata :”Seorang lelaki Uthman bin Abi Syaibah menyebutkan lelaki ini adalah Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyalahu anhu –datang lalu berdiri tepat di depan pintu. Utsman bin Abi Syaibah mengatakan : Berdiri menghadap pintu. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam berkata kepadanya :

ت�ئ�ذ�ان� م�ن� الن�ظ�ر� س� ا اال� �ن�م� إ ك�ذ�ا ف� و� ه�ك�ذ�ا ع�ن�ك� أ� ه�

“Menyingkirlah dari depan pintu, sesungguhnya meminta izin itu disyari’atkan untuk menjaga pandangan mata.”

Bila tidak diizinkan hendaklah ia pulang

Apabila seseorang telah mengucapkan salam dan meminta izin sebanyak tiga kali, namun tidak juga dijawab, hendaklah ia kembali. Kemungkinan tuan rumah sedang enggan menerima tetamu, atau ia tiada di rumah. Karena seorang tuan rumah mempunyai kebebasan untuk mengizinkan atau menolak tamu. Demikianlah adab yang diajarkan Rosulullah shallallahu alaihi wa sallam. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu anhu, Beliau bersabda :

ر�ف� ل�ي�ن�ص� ذ�ن� ل�ه� ف� ل�م� ي�ؤ� ث�ا ف� د�ك�م� ث�ال� ت�أ�ذ�ن� أ�ح� �ذ�ا اس� إ

3

Page 4: Surah An-Nur 27-29

“Jika salah seorang dari kamu sudah meminta izin sebanyak tiga kali, namun tidak diberi izin,maka kembalilah. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Larangan Mengintip ke Dalam Rumah Orang lain

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyalohu anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

أ�ت� ق� ف� اة? ف� ص� ت�ه� ب�ح� ذ�ف� خ� �ذ�ن? ف� ال� اط�ل�ع� ع�ل�ي�ك� ب�غ�ي�ر� إ ج� ل�و� أ�ن� ر�

ن�اح? ا ك�ان� ع�ل�ي�ك� م�ن� ج� ع�ي�ن�ه� م�

“Sekiranya ada seseorang yang mengintip rumahmu tanpa izin, lalu engkau melemparnya dengan batu hingga tercungkil matanya, maka tiada dosa atasmu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain diriwayatkan dari Sahal bin Saad As-Sa’idi radhiyalahu anhu, ia mengabarkan bahwasanya seorang laki-laki mengintip pada lubang pintu Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ketika itu beliau sedang membawa sebuah sisir yang biasa beliau gunakan untuk menggaruk kepalanya. Ketika beliau melihatnya beliau bersabda :”Seandainya aku tahu engkau sedang mengintipku , niscaya telah aku lukai kedua matamu dengan sisir ini.” Beliau bersabda : “Sesungguhnya permintaan izin itu diperintahkan untuk menjaga pandangan mata. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Memperkenalkan diri daripada menjawab “saya” sahaja apabila ditanya tuan rumah

Diriwayatkan Al-Jama’ah, dari jalur Syu’ban dari Muhammad bin al-Munkadir,:

�ه� �ي� صل�ى الل �ب �ت� الن ي ت ق�ول� : أ �ه�ما ي �ه� عن ض�ي الل �ه� ر �د� الل �ن� عب �ر� ب اب عن� جاب , فقال : من� ذا ؟, �ب �ي , فدقق�ت� ال ب

ان على أ �ن- ك �م ف�ي دي ل �ه� وس ي علر�هها �ه� ك ن

أ ا , ك ن ا أ ن ا , فقال : أ ن فق�ل�ت� : أ “Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah radlia’llaahu ‘anhuma bahwa dia berkata : “Saya pernah mendatangi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk membayar hutang bapakku kepadanya, lalu saya mengetuk pintu. Beliau bertanya: “Siapa itu?”. Saya menjawab: “Saya”. Beliau berkata : “Saya, saya”. Sepertinya beliau tidak suka. (Hadis al-Bukhari dan Muslim) Jawapan saya sahaja tidak memenuhi makna dari isti’-dzaan (syariat meminta izin)

Adab meminta izin juga diwajib dikalangan ahli keluarga sendiri dalam satu rumah , untuk menghormati hal-hal peribadi masing-masing.

Seorang lelaki harus meminta izin ketika hendak masuk menemui ibunya

Seorang anak laki-laki yang telah baligh, wajib meminta izin secara mutlak ketika hendak masuk menemui ibunya.

Di dalam kitab Adabul Mufrad, Imam Al-Bukhari menyebutkan sebuah riwayat dari Muslim bin Nadzir, bahwasanya ada seorang laki-laki bertanya kepada Hudzaifah Ibnul Yaman : “Apakah saya harus meminta izin ketika hendak masuk menemui ibuku?” Maka ia menjawab

4

Page 5: Surah An-Nur 27-29

: Jika engkau tidak meminta izin, niscaya engkau akan melihat sesuatu yang tidak engkau sukai.”(Hadis mauquf shahih)

Demikian juga riwayat dari Alqamah, ia berkata : Seorang laki-laki datang kepada Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu anhu dan berkata :”Apakah aku harus meminta jika hendak masuk menemui ibuku?”Maka ia menjawab:”Tidaklah dalam semua keadaannya ia suka engkau melihatnya.”(Hadis mauquf shahih)

Seorang lelaki harus meminta izin ketika hendak menemui saudara perempuannya

Demikian juga seorang laki-laki baligh, harus meminta izin ketika hendak masuk menemui saudara perempuannya.

Di dalam kitab Al-Adabul Mufrad, Imam Al-Bukhari menyebutkan sebuah riwayat dari Atha’. Dia berkata :Aku bertanya kepada Ibnu Abbas: “Apakah aku harus meminta izin jika hendak masuk menemui saudara perempuanku?” Dia menjawab,”Ya”. Aku mengulangi pertanyaanku :”Dua orang saudara perempuanku berada di bawah tanggunganku. Aku yang mengurus dan yang membiayai mereka. Haruskah aku meminta izin jika hendak masuk menemui mereka?” Maka dia menjawab :”Ya”.Apakah engkau suka melihat mereka berdua dalam keadaan telanjang (Hadis mauquf shahih).

Perintah kepada orang tua agar mengajar anak-anak dan para pelayannya tentang adab meminta izin pada tiga waktu

Di dalam Al-Qur’an surat An-Nur ayat 58, Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, yang artinya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah budak-budak (lelaki dan wanita) yang kamu miliki dan orang-orang yang belum baligh di antara kamu, meminta izin kepada kamu tiga kali (dalam satu hari), yaitu sebelum sholat subuh, ketika kamu menanggalkan pakaian(luarmu) di tengah hari.dan sesudah sholat isya’(Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak pula atas mereka selain dari (tiga waktu) itu. Mereka melayani kamu, sebahagian kamu (ada keperluan) kepada sebahagian (yang lain). Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kaum mukminin, agar para pelayan yang mereka miliki dan anak-anak yang belum baligh meminta izin kepada mereka pada tiga waktu.

Pertama. Sebelum sholat subuh, karena biasanya orang-orang pada waktu itu sedang nyenyak tidur di pembaringan mereka.

Kedua,”Ketika kamu menanggalkan pakaian (luar)mu di tengah hari”, yaitu pada waktu tidur siang, karena pada saat itu orang-orang melepas pakaian mereka untuk bersantai bersama keluarga.

Ketiga,”Sesudah sholat isya’”, karena saat itu adalah waktu tidur. Pelayan dan anak-anak diperintahkan untuk tidak masuk menemui ahli bait pada waktu-waktu itu. Karena dikhawatirkan sedang bersama istrinya. Atau sedang melakukan hal-hal yang sifatnya pribadi.

5

Page 6: Surah An-Nur 27-29

Oleh sebab itu Allah mengatakan”Itulah tiga aurat bagi kamu. Tidak ada dosa atasmu dan tidak (pula) atas mereka selain dari (tiga waktu)itu.” Yakni jika mereka masuk di luar waktu tersebut, maka tidak ada dosa atas kamu bila membuka kesempatan pada mereka untuk masuk, dan tidak ada dosa atas mereka bila melihat sesuatu di luar tiga waktu tersebut. Karena mereka telah diizinkan untuk masuk menemui kalian, karena mereka keluar masuk untuk melayani kamu atau untuk urusan yang lainnya.

Selanjutnya Allah subhanahu wa ta’ala berfirman : “Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin.”, yakni apabila anak-anak yang sebelumnya meminta izin pada tiga waktu yang telah disebutkan diatas. Apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka wajib meminta izin di setiap waktu, seperti halnya orang-orang dewasa dari putera seseorang, atau dari kalangan karib kerabatnya wajib meminta izin.

Al-Auza’i meriwayatkan dari Yahya bin Abi Katsir, ia mengatakan :”Apabila seorang anak masih baligh, ia harus meminta izin kepada kedua orang tuanya (bila ingin masuk menemui keduanya dalam bilik) pada tiga waktu tersebut. Apabila ia telah mencapai usia baligh ia harus meminta izin di setiap waktu.”

Demikianlah sebahagian daripada adab-adab yang telah diajar oleh rasulullah kepada umatnya.

6

Page 7: Surah An-Nur 27-29

Rujukan

1. A-Quran and Tafsirnya Jilid VI Juz 16-17-18

2. Tafsir Jalalain

3. Tafsir Ibnu Katsir

7