sulit majlis bandaraya petaling jaya jalan … · poster, struktur pula adalah ... sendiri plastik...

25
1/25 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 ( 8 ) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 4 TAHUN 2017 Tarikh : 25 April 2017 (Selasa) Masa : 10.30 Pagi 11.54 Pagi Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac dan April 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya menuntut komitmen yang jitu serta pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system) yang berkesan selain semangat kerja berpasukan. Justeru itu, di dalam menggalas

Upload: dangliem

Post on 18-Jul-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 ( 8 )

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 4 TAHUN 2017

Tarikh : 25 April 2017 (Selasa) Masa : 10.30 Pagi – 11.54 Pagi

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 11 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac dan April 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya menuntut komitmen yang jitu serta pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan (delivery system) yang berkesan selain semangat kerja berpasukan. Justeru itu, di dalam menggalas

2/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

tanggungjawab ini adalah amat penting bagi semua warga kerja dan Ahli-ahli Majlis memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan tahap kepakaran bidang masing-masing.

3.2 KE ARAH KEHIDUPAN LESTARI

Tanpa kita sedari, setiap penduduk di negara kita telah menghasilkan sampah sarap domestik antara satu hingga dua kilogram sehari. Di MBPJ sehingga Mac 2017, sebanyak 57,403.06 tan sampah telah dilupuskan dengan kos sebanyak RM2,996,778.92. Pada tahun 2016, sebanyak 211,846.87 tan sampah telah dilupuskan dengan kos sebanyak RM11.4 juta. Manakala bagi penurunan iklan haram iaitu iklan bunting, banner, poster, struktur pula adalah sebanyak 26,344 unit. Data penurunan iklan haram ini adalah sehingga Mac 2017.

Isu sampah sebenarnya merupakan isu yang tidak pernah putus untuk diperkatakan. Keperihatinan, sikap dan tanggungjawab rakyat Malaysia sangat perlu diperbaiki bagi mewujudkan suasana yang lestari demi kesejahteraan yang sentosa.

Sikap masyarakat dan kesedaran sivik dalam konteks penjagaan kebersihan persekitaran dan pemeliharaan alam sekitar masih lagi berada di tahap rendah. Sedar atau tidak, negara kita masih lagi berhadapan dengan isu-isu lama seperti membuang sampah merata-rata, membuang sisa pepejal secara haram dan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) yang masih rendah dalam kalangan masyarakat.

Justeru, perubahan minda ke arah melahirkan masyarakat yang lebih menyedari akan kepentingan pengurusan sisa pepejal secara teratur dan sistematik sangat wajar dititik beratkan agar isu sampah seperti ini tidak lagi menjadi dilema yang berpanjangan di masa hadapan.

Mengambil contoh Negara Jepun, Bandar raya seperti Tokyo dan Osaka tidak banyak tong sampah disediakan. Ironinya, begitu sukar untuk kita melihat masyarakatnya membuang sampah merata-rata. Ini disebabkan, mereka telah dididik sejak kecil untuk membawa sendiri plastik untuk mengumpulkan sampah milik sendiri dan dibuang ke tempat pembuangan sampah di rumah masing-masing. Mereka menganggap bahawa sesuatu kawasan itu hendaklah berkeadaan bersih dan sentiasa kelihatan baru.

3/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Oleh hal yang demikian, setiap individu perlu mengetahui cara-cara untuk mengurangkan sampah dengan melaksanakan aktiviti kitar semula. Orang ramai juga perlu mengikis sikap pentingkan diri sendiri dengan beranggapan kontraktor yang dilantik sahaja yang ditugaskan untuk menguruskan sampah-sampah mereka.

Adalah tidak keterlaluan jika mewujudkan perubahan sikap menerusi kepimpinan teladan dengan melibatkan ketua-ketua organisasi dalam program kebersihan harian.

3.3 MBPJ BUKA KAUNTER EZ-PAY SEPANJANG APRIL

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah membuka kaunter bergerak ez-pay sepanjang bulan April 2017 ini bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran cukai taksiran dan kompaun.

Inisiatif ini merupakan usaha dan langkah Majlis untuk mengurangkan kesesakan di kaunter Ibu pejabat pada waktu puncak di samping memberi keselesaan kepada orang ramai ketika membuat bayaran di lokasi berdekatan mereka.

Berikut merupakan jadual kaunter EZ-PAY sepanjang bulan April 2017:

BIL TEMPAT HARI TARIKH MASA

1 SD 12/1 (Berhampiran McDonald’s dan stesen minyak Mobil)

Sabtu -

Ahad

1/4/2017 -

9/4/2017

10.00pg -

3.00ptg

2 SS 24, Taman Megah (Berhampiran Pasar Pagi)

Isnin -

Jumaat

10/4/2017 –

14/4/2017

10.00pg -

3.00ptg

3 PJU 10, Damansara Damai (Berhampiran McDonald’s dan Stesen Minyak Shell)

Sabtu -

Jumaat

15/4/2017 –

21/4/2017

10.00pg -

3.00ptg

4 SD 12/1 (Berhampiran McDonald’s dan Mobil)

Sabtu -

Rabu

22/4/2017 –

26/4/2017

10.00pg -

3.00ptg

5 Taman Dato’ Harun (Berhampiran Kedai Pakaian Kawanmu dan Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa)

Khamis -

Ahad

27/4/2017 –

30/4/2017

10.00pg -

3.00ptg

4/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Beliau berharap dengan hebahan berterusan di setiap saluran informasi Majlis dan perkhidmatan seperti ini dapat melancarkan lagi segala urusan dan perancangan yang telah dirancang. Semoga perkhidmatan kaunter seperti ez-pay ini dapat diperluaskan lagi pada masa hadapan dalam usaha untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

3.4 PERSEKITARAN BERSIH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

3.1.1 WABAK DENGGI

Sehingga 15 April 2017 jumlah kes demam denggi di Malaysia adalah sejumlah 27,406 kes, manakala di Selangor mencatatkan 14,560 kes, menyumbang 53% kes demam denggi di Malaysia.

Jumlah kes kumulatif demam denggi yang dilaporkan di MBPJ sehingga 15 April 2017 (minggu epid ke-15), adalah sebanyak 1,063 kes. Jumlah ini menurun sebanyak 34.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016 (1631 kes).

Bilangan kes mingguan tahun 2017 adalah jauh lebih rendah dari tahun 2016, dengan purata kes mingguan sebanyak 73 kes (maksimum 91 kes, minima 54 kes) lebih rendah dari purata tahun 2016 (108 kes). Zon DUN Bukit Lanjan mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 136 kes.

Jumlah lokaliti wabak aktif adalah 16 lokaliti, 10 lokaliti wabak terkawal, 3 lokaliti wabak tak terkawal dan 3 wabak hotspot (sehingga 16 April 2017). Tiga lokaliti hotspot wabak denggi adalah seperti berikut: i. PJU 8, Mentari Court PJS 8 (54 kes) ii. PJU 6 flat Pelangi Damansara (25 kes) iii. Sri Subang PJS 10 - teres (11 kes)

Terdapat 9 kematian di Selangor, dengan 4 kematian di daerah Petaling dan tiada kes kematian yang dilaporkan di kawasan MBPJ. Jumlah pasukan SEDAR aedes/denggi yang telah ditubuhkan adalah sebanyak 78 pasukan termasuk pasukan SEDAR Jabatan Majlis.

5/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

3.1.2 PEMERIKSAAN PREMIS MAKANAN

Pada bulan Mac, sebanyak 103 premis makanan telah diperiksa. Daripada jumlah itu, sebanyak 75 premis mendapat gred kebersihan A (melebihi 85% markah). Sembilan (9) premis telah diarah tutup menjadikan jumlah premis yang ditutup sepanjang tahun 2017 sebanyak 25 premis. Manakala jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 155.

3.1.3 UNIT PASAR DAN PENJAJA

Majlis akan menyertai pertandingan kompleks gerai makan bersih peringkat Negeri Selangor, dengan sebanyak tiga kompleks gerai makan telah dicalonkan iaitu: i. Kompleks gerai makan Jalan Othman ii. Kompleks gerai makan wawasan Jalan SS3/36 iii. Kompleks gerai makan Jalan 12, Taman Medan.

Manakala, aktiviti rutin yang dijalankan oleh Unit Pasar dan Penjaja pada pemeriksaan kebersihan, sejumlah 102 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

3.1.4 UNIT ALAM SEKITAR DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Bagi melaksanakan kempen gaya hidup sihat dan bebas penyakit tidak berjangkit (NCD) Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan menguatkuasakan kempen bebas asap rokok di bawah Akta Makanan 1985 dan Peraturan Kawalan Tembakau 2004 (pindaan 2017) di tiga belas taman awam Majlis dengan memasang papan tanda larangan merokok.

Bahagian Alam Sekitar juga telah meluaskan penguatkuasaan terhadap bebas polistrena yang membantu mengurangkan pencemaran dan sampah dan seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penggunaan bekas polistrena.

6/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Kempen pengurangan beg plastik juga dilaksanakan dengan edaran beg mesra alam kepada orang ramai secara berperingkat. Langkah ini juga sebagai usaha untuk pelaksanaan Petaling Jaya ke arah Bandar Raya Berkarbon Rendah.

3.5 MEMPERKASA BUDAYA ILMU

Kakitangan awam diseru untuk membudayakan ilmu bersandarkan kepada kebijaksanaan dan daya pemikiran intelektual agar perkhidmatan yang disampaikan dan diberikan kepada masyarakat menepati realiti semasa.

Selain merupakan nadi pembangunan negara, penjawat awam akan

kelihatan gagal jika tidak menterjemahkan dan mengaplikasikan ilmu

pengetahuan yang dimiliki dalam perkhidmatan awam dalam usaha

mencapai hasrat kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang

telah ditetapkan. Adalah menjadi tanggungjawab semua penjawat

awam agar sentiasa belajar ilmu-ilmu baru bagi menepati keperluan

masa kini. Ilmu yang diperoleh sehingga ke peringkat tinggi sekali

pun, tidak akan berguna jika gagal diterjemahkan di dalam

kehidupan harian, sekali gus ia boleh mencacatkan perkhidmatan

awam.

Bertepatan pada hari ini, 25 April 2017 Majlis dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor mengadakan Program Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan konsep berhenti sebentar dan membaca bersama selama 10 minit. Program ini merupakan satu langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Program yang dianjurkan secara serentak di seluruh Negara ini juga adalah sebagai sokongan dan bersama-sama Kerajaan Negeri dalam meningkatkan dan memupuk tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat.

3.6 OPERASI PENGUATKUASAAN

Majlis giat menjalankan pelbagai operasi di taman-taman rekreasi sekitar Petaling Jaya seperti Ops Jala dan Ops Maksiat bagi memelihara keadaan taman dan membendung gejala sosial serta tidak beretika.

7/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Bagi sepanjang tahun 2017, Majlis telah mengadakan sebanyak 8 kali Ops Jala dan sebanyak 16 sitaan telah dilakukan. Manakala baru-baru ini pada 14 April 2017, Majlis telah mengadakan Ops Maksiat bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga buah taman iaitu:

i) Taman Jaya ii) Taman Bandaran, Kelana Jaya iii) Taman PJS 10 Hasil daripada ops bersepadu tersebut, sebanyak 7 semakan serta taklimat telah diberikan kepada mereka yang disyaki berkhalwat dan 1 tangkapan pasangan bukan muhrim yang disyaki di dalam keadaan yang meragukan telah di bawa ke Pejabat JAIS untuk tindakan selanjutnya.

Kita diberi kesempatan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj yang jatuh pada 24 April 2017 bersamaan dengan 27 Rejab 1438H . Semoga umat Islam bersama-sama menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar kita bersama. Iktibarnya peristiwa Israk dan Mikraj mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam khususnya dan sesama manusia amnya kerana ia menggambarkan betapa besar dan pentingnya penyempurnaan akhlak dalam hidup. Semoga dengan penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.

Beliau juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Dr. Chithradevi a/p Vadivellu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran yang akan bersara wajib dalam usia 56 tahun pada 10 Mei 2017 ini. Beliau telah mula berkhidmat di MBPJ pada 1 Ogos 2002 dengan tempoh perkhidmatan di MBPJ adalah selama 15 tahun. Dalam tempoh persaraan sudah tentu sebagai pesara mempunyai banyak masa untuk beriadah dan memberi tumpuan kepada keluarga tersayang serta membuat sesuatu, terutama sekali yang berkait rapat dengan hobi masing-masing. Perkhidmatan, sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan akan sentiasa menjadi ingatan semua. Beliau mengucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga Puan Dr. Chithradevi a/p Vadivellu sentiasa diberi kesihatan yang baik.

8/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 3 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 3 Tahun 2017 bertarikh 29

Mac 2017 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 3 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 29 MAC 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

5.0

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 10 JANUARI 2017 - Majlis turut

membuat tindakan ke atas penjaja tanpa lesen di kawasan luar dan tindakan susulan dari masa ke semasa memandangkan kesalahan ini sentiasa berulang.

Jabatan Penguatkuasaan masih meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa lesen di kawasan luar sekolah sekitar Petaling Jaya termasuk lokasi yang dinyatakan. Berikut merupakan statistik tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja tanpa lesen di luar kawasan sekolah bagi tahun 2017:-

BULAN SITAAN KOMPAUN JUMLAH

Februari 9 14 23

Mac 15 23 38

9/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.4.1

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 14 MAC 2017

- YBhg. Datuk Pengerusi meminta Jabatan Kejuruteraan membuang `Bollard’ yang dipasang di atas jalan tanpa kelulusan kerana telah menyempitkan laluan jalan sedia ada. Selain daripada `Bollard’ terdapat beberapa perkara lain yang masih didalam perbincangan seperti `angle parking’ untuk diselesaikan oleh Jabatan Kejuruteraan.

- Encik Wong Swee Sang turut memaklumkan kekurangakan tempat letak kereta di Jalan SS 2/72 memandangkan ia adalah kawasan komersial.

Jabatan Kejuruteraan telah membuka dan membuang ’Bollard’ yang telah dipasang secara haram di Jalan SS 20/21 pada 15 Mac 2017. Lot parkir berorentasikan `parellel’ sedia ada dikekalkan dengan tambahan 7 lot parkir yang baru termasuk kerja mengecat tanda garisan jalan dan pemasangan papan tanda zon tunda dan kunci tayar telah dilaksanakan di tapak. Jabatan Penguatkuasaan juga telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan setiap hari ditapak. Kerja-kerja mengecat petak tapak tempat letak kereta di jalan SS 2/72 akan dijangka siap pada 28/4/2017. Encik Wong Swee Sang juga berharap agar jabatan menurap jalan-jalan berlubang yang banyak di kawasan tersebut.

10/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ - Membaik pulih

Kawasan Lapang dan Hijau di Petaling Jaya

Jabatan Landskap bersama jabatan-jabatan lain yang terlibat akan mengadakan perbincangan bagi penyediaan deraf kertas cadangan yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan akan datang.

7.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK AHMAD AKHIR BIN PAWAN CHIK - Sepanjang proses

pengambilalihan PPRT Lembah Subang, terdapat banyak aduan berkaitan masalah kebersihan sampah di kawasan tersebut.

Satu perjumpaan di antara YAB Dato‘ Menteri Besar Selangor dengan wakil penduduk telah diadakan pada 19 April 2017 (Rabu) jam 5.00 petang di Bangunan SUK, Shah Alam. Hasil perjumpaan tersebut, Majlis akan memberikan perkhidmatan pembersihan dalaman blok bangunan tersebut dengan kadar segera dan perkhidmatan tersebut telah bermula semula pada 20 April 2017. Selain daripada itu, YAB. Dato‘ Menteri Besar Selangor dan ADUN Cempaka YB. Dato‘ Iskandar bin Abdul Samad telah melawat ke PPR Lembah Subang bersama Ahli Majlis dan wakil MBPJ. Di dalam lawatan tersebut, MBPJ diminta untuk memberikan perkhidamatan pembersihan sehingga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat bayaran sebanyak RM60 juta.

11/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.3.1

- Encik Halimey bin Abu Bakar memaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan diperingkat ADUN dan Parlimen (bagi kes di jalan hadapan). Akan tetapi seperti persetujuan, pihak Maestron hendaklah menyiapkan pembinaan jambatan besi tersebut kerana ianya melibatkan isu keselamatan kepada pengguna.

Beliau turut mengucapakan terima kasih kepada Ahli Majlis kawasan iaitu Puan Wong Yuet Leng dan bekas ADUN angkat iaitu Encik Suriase a/l Gengiah ynag mengambil berat berkaitan kawasan tersebut. Menurut beliau lagi sikap dan tanggungjawab penduduk adalah elemen terpenting bagi memastikan kebersihan kawasan tersebut. Beliau berharap agar penduduk menunaikan tanggungjawab dengan membayar sewa memandangkan hanya lebih kurang 60% sahaja penduduk yang membayar sewa secara teratur. Mesyuarat Khas yang dipengerusikan oleh Tuan Ir. Ahmad Roslan bin Hairudin berkaitan pembinaan jambatan bersama pihak pemaju Masteron yang turut dihadiri oleh Encik Halimey Abu Bakar telah diadakan pada 11 April 2017. Mesyuarat tersebut telah memutuskan pihak perunding dikehendaki mengemukakan pelan pembinaan jambatan untuk kelulusan pada minggu hadapan. Memandangkan pelan tersebut masih belum dikemukakan, Encik Halimey bin Abu Bakar memohon agar Jabatan Kejuruteraan membuat tindakan susulan ke atas perkara ini.

12/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Stesen 1 dikenali sebagai Stesen Bandar Utama, Stesen 2 dikenali sebagai Stesen Sg. Kayu Ara dan Stesen 3 diserahkan kepada Prasarana untuk menentukannya.

Stesen LRT 3 disyorkan untuk diberi nama Stesen BU 11

7.4.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI - Beliau

mencadangkan agar majlis menambah jawatan pegawai/ kakitangan di jabatan Perkhidmatan Kesihatan bagi tujuan pemantauan dan pemeriksaan kedai makan dan gerai dengan lebih kerap.

Jabatan Kesihatan Persekitaran akan menggandakan usaha untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap gerai dan kedai pada tahun 2017 ini.

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 5 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (93) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ.

13/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK BERTARIKH 11 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (34) 6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 12 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (74)] 6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 12 APRIL DAN 19 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (40) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (42) 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 13 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (97)]

6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

14/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 14 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (2)] 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 17 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 JLD. 2 (8)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan dan tambahan ayat bagi perkara yang tidak diminitkan:- Pindaan bagi perkara 7.5 i dan iii di muka surat 12 seperti berikut:- 7.5 i. Mengadakan Tempat Kitar Semula dan direktori

Cik Lim Yi Wei mencadangkan diwujudkan tempat untuk kitar semula dan direktori bagi memudahkan penduduk untuk membuang barangan kitar semula.

iii. Pejalan Kaki Jalan 14/26

Cik Lim Yi Wei meminta Jabatan Landskap untuk membaiki tangga pejalan kaki dari kaki lima ke Taman di Jalan 14/26.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ, Pengarah, Perancangan Pembangunan, MBPJ.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

15/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 18 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (79)]

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan dan pindaan ayat bagi perkara berikut:-

Tambahan ayat bagi Perkara 4.4.9 di muka surat 62

Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan bantahan daripada Ahli-Ahli Majlis iaitu Encik Daniel Lee Marn Zhi, Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Cik Lim Yi Wei, Encik Arn Ming Ern, Puan Ghandimathi a/p Suppiah dan Puan Elaine Magdaline Nathaniel berkaitan penetapan nisbah plot 1:8 di dalam Garis Panduan TOD Majlis. Tambahan bagi Perkara 4.4.11 di muka surat 62 Encik Derek John Fernandez turut memaklumkan bahawa bantahan perlu dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri atau Kerajaan Negeri bukan kepada MBPJ kerana penetapan plot ini ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Akan tetapi Majlis boleh mengawal plot maksima. Beliau turut menekankan perkara 9 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu Kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi arahan. Berdasarkan dasar sedia ada mesyuarat majlis bukanlah tempat untuk membuat bantahan ke atas keputusan Kerajaan Negeri. Encik Oon Chong Ling turut bersetuju dengan pendapat Encik Derek John Fernandes cuma beliau berharap agar bantahan ini diminitkan. YBhg. Datuk Bandar memaklumkan bahawa Majlis menolak cadangan berkaitan nisbah 1:8 sebelum ini. Akan tetapi memandangkan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri telah menetapkan nisbah plot 1:8, maka Majlis perlu menerima keputusan tersebut. Majlis perlu menyokong dan melaksanakan dasar yang telah diluluskan. Walaubagaimanapun Majlis boleh mengawal pembangunan dan nisbah plot yang dipohon pemaju melalui permohonan Kebenaran Merancang yang akan diluluskan di OSC.

16/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Beliau turut mencadangkan agar Ahli Majlis yang tidak bersetuju dengan penetapan nisbah plot 1:8 membuat bantahan kepada Kerajaan Negeri. Tambahan ayat bagi Perkara 4.4.15 vii) b di muka surat 99

Encik Tang Fuie Koh menekankan agar pengiraan nisbah plot adalah termasuk tempat letak kenderaan di atas tanah, manakala tempat letak kenderaan di bawah tanah tidak termasuk di dalam kiraan nisbah plot. Perkara ini perlu diselaraskan di kawasan lain mengikut plot ratio masing-masing. Encik Derek John Fernandez memaklumkan bahawa selain daripada kriteria di atas terdapat beberapa kriteria lain di dalam Garis Panduan Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) sedia ada Majlis yang perlu ditambahbaik iaitu penyediaan landskap berfungsi perlu mengambilkira yang mana lebih tinggi di antara penggunaan kriteria peratusan (%) atau keluasan dan pembangunan TOD dibenarkan di stesen-stesen transit (LRT/MRT dan Komuter) sedia ada.

Tambahan perkara yang tidak diminitkan bagi perkara 6.7:-

6.7 Lawatan Tapak Papan Iklan Baru bagi mengenalpasti

pemotongan pokok secara haram Cik Jamaliah binti Jamaluddin meminta agar Jabatan

Landskap bersama Jabatan Perancangan Pembangunan membuat lawatan di tapak papan iklan baru yang ada di Jalan SS 20/10 bagi mengenal pasti tempat-tempat terdapatnya pemotongan pokok secara haram. Beliau berharap tindakan tegas dapat diambil dan yang paling penting pokok-pokok yang dipotong itu harus diganti semula dengan pokok-pokok yang baru.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

17/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 21 APRIL 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (2)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK LIM YI WEI

7.1.1 Penyelenggaraan Pokok di Petaling Jaya

Terlebih dahulu beliau mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Skuad Pantas MBPJ dan kontraktor yang menyelesaikan masalah pokok tumbang akibat hujan ribut pada 16 April 2017 yang lepas. Lebih kurang 26 kes yang melibatkan pokok tumbang dilaporkan pada masa tersebut dan syabas di atas tindakan pantas dan cekap. Beliau berpendapat pendekatan terbaik adalah untuk bertindak secara proaktif dan preventif seperti meningkatkan frekuensi cantasan pokok dalam setahun. MBPJ boleh mengambil iktibar dari badan National Parks Board (NParks) kerajaan Singapura. Selain membuat cantasan, mereka juga membuat kajian tahunan pokok-pokok di jalanraya utama dan tempat berpendudukan padat. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti dan merekod `storm-vulnerable trees’, iaitu pokok yang berkemungkinan tinggi akan tumbang ketika hujan ribut. Pengumpulan data dan klasifikasi `storm-vulnerable trees’ ini dikemaskini dari masa ke semasa dengan mengambilakira perubahan corak cuaca, termasuk tahap ribut dan kekerapan hujan. `Storm-vulnerable trees’ yang berisiko tinggi akan digantikan dengan pokok yang lebih lasak. Sebaik mungkin, NParks akan menanam pokok baru sebelum melakukan penggantian untuk memastikan kehilangan kehijauan adalah minima.

18/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Oleh itu, selain daripada mengingkatkan frekuensi cantasan pokok dalam setahun, Jabatan Landskap perlu membuat kajian semula kaedah dan jaduan cantasan pokok oleh kontraktor memandangkan keadaan cuaca yang semakin ekstrim sekarang. Langkah seterusnya yang dicadangkan adalah merangka pelan pemeriksaan pokok yang regular untuk bandaraya Petaling Jaya dengan menyediakan latihan/kursus kepada kakitangan dan kontraktor terlibat. Beliau memaklumkan bahawa di bawah NParks juga terdapat `Center for Urban Greenry and Technology (CUGE)’ yang mempunyai latihan yang diiktiraf antarabangsa iaitu `Oversease Profesional Development Programme’. Selain daripada modul tentang penyelenggaraan pokok dan design landskap, modul yang menarik termasuk “park businesses’. Dengan latihan yang mencukupi, diharap MBPJ boleh menyediakan taman yang bukan setakat tempat rekreasi akan tetapi `an experience’ untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar tarikan.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI Beliau mengucapkan terima kasih di atas peluang memberikan ucapan penangguhan kali ini. 7.2.1 Perkhidmatan Pengutipan Sisa Domestik

Demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya, beliau menyentuh tentang perkhidmatan pengutipan sisa domestik, sampah kebun dan sampah pukal. Selaras dengan inisiatif Smart Selangor Kerajaan Negeri dan pelaksanaan `Command Centre’ Majlis, beliau memohon supaya Majlis mempertimbangkan kaedah penggunaan teknologi untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan pembersihan Majlis, bermula dengan pelaksanaan meletakkan GPS di kompaktor-kompaktor pengutipan sampah domestik. Penggunaan GPS ini dapat membantu memantau pergerakan kompaktor kontraktor dengan lebih berkesan dan secara automatik dapat melaporkan sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada jadual pergerakan kompaktor harian.

19/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Selain itu, penggunaan teknologi GPS ini juga dapat membantu menilai pergerakan atau `routing compactor’ yang paling efisien. Selain GPS, penggunaan sensor-sensor lain seperti levelling sensor, weight sensor, dan lain-lain yang dapat memberikan data yang terperinci secara automatik bagi meningkatkan keberkesanan kerja Majlis. Sebagai contoh, dengan adanya data tersebut, kita dapat menganggarkan dengan lebih tepat lokasi di mana terdapatnya sampah kebun/sampah pukal supaya tenaga kerja yang mencukupi dapat disediakan mengikut keperluan setiap lokasi.

7.2.2 KAJIAN PENGGUNAAN RIZAB TANAH TNB DAN JPS Beliau memohon agar Majlis mengkaji sama ada Majlis boleh menggunakan rizab-rizab tanah seperti TNB dan JPS bagi tujuan kebun komuniti ataupun kawasan rekreasi untuk `jogging/relexology walk’ mahupun `cycling track’. Ini berikutan masalah `illegal dumping’ yang semakin meningkat di kawasan-kawasan tanah rizab TNB dan JPS. Beliau berpendapat memandangkan tidak banyak kawasan lapang di sekitar Petaling Jaya, pihak Majlis boleh meneliti dan melihat bagaimana cara untuk menjadikan `dead spaces’ ini lebih berguna dan berfaedah kepada penduduk setempat.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK JAMALIAH BINTI

JAMALUDDIN 7.3.1 Projek Jalan Harapan dan SOP

Beliau membangkitkan Projek Jalan Harapan yang bermula semenjak tahun 2013 dan sehingga sekarang masih belum siap walaupun kontraktor yang dilantik berjanji akan menyiapkannya. Sehubungan dengan itu, tarikh untuk menyiapkan fasa kedua turut tertunda berkali-kali. Isu terkini yang timbul ialah sepatutnya jalan tersebut dibuka pada 24 April 2017 namun sehingga kini jalan tersebut masih belum dibuka.

20/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

Memandangkan Jalan harapan merupakan projek terbesar bagi Zon 9, salah satu objektif beliau ialah memastikan sekurang-kurangnya fasa kedua disiapkan dan diteruskan dengan fasa ketiga. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memberi tekanan dan mempercepatkan projek tersebut antaranya mengadakan mesyuarat yang kerap serta mengadakan mesyuarat ditapak. Akan tetapi tekanan tersebut tidak memberi kesan memandangkan kontraktor tersebut tidak hadir ke mesyuarat dengan pelbagai alasan.

Beliau sedar lantikan kontraktor bagi projek ini adalah dibuat diperingkat Lembaga Perolehan Negeri Selangor, namun beliau berpendapat sudah sampai masanya Majlis menambahbaik kaedah sedia ada. Menurut beliau lagi, walaupun kontraktor dilantik oleh Lembaga Perolehan Negeri Selangor namun Konsultan dan Resident Engineer adalah dilantik oleh Majlis. Sehubungan itu, Majlis boleh membuat pemantauan yang lebih ketat ke atas Konsultan dan Resident Engineer yang dilantik bagi meningkatkan prestasi mutu kerja kontraktor.

Beliau turut faham proses penapisan kontraktor dijalankan melalui laporan penilaian panel tender seperti mengambil kira pengalaman yang lepas, sudut kewangan, prestasi kerja dan sebagainya serta menyenarai hitamkan syarikat atau nama pemilik. Walau pelbagai cara kita lakukan namun kita masih berdepan dengan perkara yang sama iaitu tersilap memilih kontraktor atau konsultan yang tidak bertanggungjawa. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Majlis mengkaji kaedah yang lebih praktikal dan mempertingkatkan SOP bagi mengurangkan peratusan kejadian seperti di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

7.3.2 Isu Penutup `Manhole’ di Petaling Jaya

Beliau membangkitkan sehingga kini masih terdapat banyak `manhole’ yang tidak ditutup semula oleh syarikat utiliti. Selain daripada menulis surat kepada pihak utiliti, beliau berharap agar jabatan terlibat mengadakan mesyuarat atau perbincangan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah tersebut. Beliau turut mencadangkan agar Majlis mensasarkan KPI untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 20 masalah penutup `manhole’ setiap minggu.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

21/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

7.3.3 Perjanjian di antara Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. dengan Majlis

Beliau berharap agar majlis dapat mengambilalih semula pengurusan tempat meletak kereta daripada Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd. dengan kadar segera. Berdasarkan pengalaman perjanjian selama 20 tahun bersama Godell, majlis telah mengetahui prestasi pengurusan tempat letak kereta yang dikendalikan oleh syarikat tersebut di kawasan Petaling Jaya. Beliau berpendapat sekiranya pengurusan ini dikendalikan oleh Majlis, beliau yakin Majlis dapat menguruskan dengan lebih baik. Masalah kerosakan kebanyakkan mesin yang diuruskan oleh Godell menyebabkan majlis tidak dapat membuat kutipan bayaran dengan lancar dan menyusahkan rakyat bila pemandu terpaksa berjalan jauh untuk mencari mesin yang berfungsi. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ,

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.54 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 9 Mei 2017

22/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Onn Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

11. Puan Sia Siew Chin, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

23/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

15. Encik Shatiri bin Mansor, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

19. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

25. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

26. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Tuan Haji Ahmad Mohayen bin Haji Said,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

24/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

02. Puan Hajah Sa’diyah binti Khasiman, Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, MISM,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Puan Dr. Chithradavi a/p N Vadivellu,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Ruzaida binti Tormodi, Wakil Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ.

25/25

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2017, MBPJ

SULIT

SULIT

16. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman, Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ.

17. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 18. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia, MBPJ.

19. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.