sulit 21/1 jabatan pelajaran kelantan · pdf filejabatan pelajaran kelantan ... yang manakah...

22
SULIT 21/1 Sejarah 1 ¼ jam JABATAN PELAJARAN KELANTAN ________________________________________________________________ PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 SET 3 Satu jam lima belas minit ________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru. 1

Upload: trancong

Post on 07-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

SULIT21/1Sejarah1 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN

________________________________________________________________

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

2009

SET 3

Satu jam lima belas minit

________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.

4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

1

Page 2: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

1. Dialog berikut menunjukkan perbezaan pendapat antara seorang pengkaji tempatan dengan seorang pengkaji Barat.

.

Mengapakah perbezaan pendapat seperti ini berlaku dalam fakta sejarah?

A. Kajian sejarah yang berbezaB. Tafsiran sejarah yang berbezaC. Maklumat sejarah yang berbezaD. Metodologi sejarah yang berbeza

2. Apakah ciri perubahan cara hidup Zaman Pra-sejarah dari X kepada Y berikut?

X Y

A. Wujud sistem BarterB. Amalan adat resamC. Wujud sistem bermasyarakatD. Aktiviti memburu dijalankan

3. Mengapakah pelabuhan Kedah Tua menjadi pilihan utama pedagang asing?

A. Pelabuhan entrepotB. Penyebaran agama IslamC. Kebajikan pedagang dijaga D. Kedudukannya terlindung dari angin monson

4. Apakah faktor utama yang menyebabkan Parameswara dan pengikutnya berundur ke Temasik?

A. Serangan daripada kerajaan MajapahitB. Palembang berada dalam keadaan kucar-kacirC. Serangan daripada kerajaan Siam dan Burma D. Parameswara mendapat jemputan daripada pemerintah Temasik

2

Zaman Paleolitik

Berpindah-randah

Zaman Logam

Hidup menetap

Pengkaji tempatan : Datuk Bahaman ialah pejuang bangsa.Pengkaji Barat : Tidak, dia adalah pemberontak

Page 3: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

5. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, apakah tindakan Parameswara bagi mengukuhkan sistem pentadbiran Melaka?

I Melantik pembesar yang cekap II Menjalin hubungan diplomatik dengan China III Melakukan penaklukan ke atas negeri berdekatan IV Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Majapahit

A. I dan II C. II dan III B. I,dan IV D. III dan IV

6. Pernyataan di bawah merupakan kata-kata Bendahara Tun Perak kepada pengikutnya.

Pada pendapat anda,apakah yang difikirkan oleh Bendahara Tun Perak pada ketika itu?

A. Bimbang rakyat akan terkena tulah sultanB. Merasakan keamanan negara adalah lebih utamaC. Bimbang jawatannya akan dilucutkan oleh sultanD. Memberi peluang kepadanya untuk merampas kuasa

7. Senarai di bawah merupakan kawasan jajahan takluk Melaka.

Apakah bentuk ufti yang diberikan oleh kawasan di atas kepada Melaka?

A. 40 kati emas setahunB. 40 000 calains setahunC. 40 orang hamba untuk dijadikan tenteraD. 40 buah perahu dan lancara bersama hulubalang

3

“ Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka,tetapi akan kita bertuankan seorang ini,janganlah”.

• Lingga• Rokan• Rupat

Page 4: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

8. Mengapakah Melaka dengan mudah dapat ditawan oleh Portugis? I Askar Melaka berpaling tadah II Askar Melaka menggunakan senjata tradisional III Askar Melaka yang diupah dari Jawa melarikan diri IV Askar Portugis mendapat bantuan daripada Belanda

C. I dan II C. II dan III D. I,dan IV D. III dan IV

9. Para pedagang telah memilih pelabuhan berikut menggantikan Melaka pada abad ke-16.

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

A. Perang saudaraB. Cukai yang tinggiC. Mendapat galakanD. Mencari keuntungan lebih

10. Kuasa Barat seperti Belanda berminat menguasai negeri Selangor kerana ?

A. Kelemahan sistem pentadbiranB. Kekayaan hasil galian bijih timah C. Kedudukan Selangor yang strategikD. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

11. Masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai aspek sosiobudaya. Sosiobudaya ini penting kerana?

A. Merupakan amalan hidup masyarakatB. Menggambarkan kepercayaan masyarakatC. Menunjukkan kemajuan sesebuah masyarakatD. Merupakan undang-undang yang mengawal masyarakat

4

• Acheh• Bantam• Patani• Brunei

Page 5: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

12. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah?

I Mengutip cukai pintu penduduk rumah panjang II Menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya III Menetapkan tarikh Hari Gawai dan Perayaan Beranyi IV Menjadi penyambut tetamu yang hadir di kediaman rumah panjang

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

13. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis Hari Gawai yang disambut oleh kaum Iban di Sarawak?

I Catu III Kenyalang II Batu IV Pokok

C. I dan II C. II dan III D. I dan IV D. III dan IV

14. Senarai berikut menunjukkan satu kumpulan etnik di Sabah.

Etnik yang dimaksudkan ialah?

A. Orang MurutB. Orang SulukC. Orang KadazanD. Orang Melayu-Brunei

15. Senarai berikut merupakan unsur kepercayaan yang dimiliki oleh masyarakat Kadazandusun dan Murut di Sabah.

Apakah persamaan tugas mereka?

A. Menjadi bomohB. Menjadi ketua adatC. Menjadi ketua polis

5

• Babalian• Bobohizan

• Beragama Islam • Penempatan utamanya di pantai barat Papar dan Sipitang.

Page 6: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

D. Menjadi ketua kampung

16. Perkara berikut telah berlaku di Kedah pada tahun 1971.

Mengapakah ianya berlaku?

A. Inggeris cuba menduduki Seberang PeraiB. Inggeris mengiktiraf negeri Kedah sebagai hak SiamC. Inggeris tidak memberi bantuan apabila Kedah diancam oleh SiamD. Inggeris tidak membayar pampasan kepada Kedah seperti yang dijanjikan

17. Dialog berikut berlaku di Singapura pada tahun 1819.

Mengapakah Stamford Raffles yakin dengan potensi Singapura?

A. Mampu menjadi pangkalan BritishB. Mampu mengeluarkan hasil pertanianC. Mampu mengawal kegiatan lanun di Selat MelakaD. Mampu memecah monopoli perdagangan Belanda

6

Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang.

Pegawai SHTI : Lokasi Pulau Pinang dan Bangkahulu gagal memenuhi keperluan kita di Timur.Kita perlu sebuah pelabuhan lain.

Stamford Raffles : Singapura tentu dapat memenuhi keperluan kita

Page 7: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

18. Rajah berikut menerangkan tentang tipu helah Francis Light bagi mendapatkan Pulau Pinang.

Mengapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan kawasan Seberang Perai?

I Menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka II Membangunkan sebagai pelabuhan antarabangsa III Memenuhi keperluan makanan kepada penduduk Pulau Pinang IV Benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

19. Maklumat berikut menunjukkan dasar British di Tanah Melayu.

Apakah yang anda faham dengan dasar campur tangan British tersebut?

A. Menguasai kegiatan ekonomi di Tanah MelayuB. Menentukan hubungan antara bangsa Tanah MelayuC. Menentukan pelantikan pemerintahan di negeri-negeri Melayu

Dasar British di Tanah Melayu

Sebelum 1874

Mengamalkan dasar tidak campur tangan

Selepas 1874

Mengamalkan dasar campur tangan

7

Pengambilan Seberang Perai oleh pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

Page 8: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

D. Melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu

20. Senarai berikut merupakan daerah yang dikuasai British.

Bagaimanakah pihak British berjaya mengurangkan pengaruh pembesar tempatan di kawasan tersebut?

I. Menempatkan MajistretII. Melantik Pemungut HasilIII. Melantik Pegawai DaerahIV. Menempatkan Residen British

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

21. Keunggulan British sebagai kuasa besar tercabar dengan kemunculan zaman imperialis baru.

Kuasa PetempatanJerman Pulau LangkawiRusia Ujung SalangAmerika Syarikat Terengganu

Bagaimanakah British menggagalkan rancangan kuasa-kuasa Barat lain untuk meluaskan pengaruh?

A. Membuka petempatan segeraB. Memutuskan hubungan diplomatikC. Menyerang kuasa Barat berkenaanD. Mengadakan perjanjian sulit dengan Siam

22. Semasa pemerintahan Temenggung Ibrahim, negeri Johor telah mengalami beberapa perubahan. Apakah perubahan yang dilakukan?

I Sistem Kangcu diperkenalkan II Tanjung Puteri dijadikan pusat pentadbiran

8

• Rembau• Jelebu • Seri Menanti

Page 9: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

III Johor menerima seorang penasihat British IV Undang-Undang Tubuh Negeri Johor diperkenalkan

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

23. Apakah peranan Pegawai Anak Negeri dalam pentadbiran Charles Brooke di Sarawak?

I Mengutip cukai II Menasihati Residen III Ketua jabatan kerajaan IV Ketua pasukan tentera

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

24. Maklumat berikut menggambarkan pengagihan pekerjaan mengikut kaum semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.

Kaum PekerjaanMelayu Pentadbiran

Iban KetenteraanCina Pedagang

Apakah kesan pengagihan tersebut kepada penduduk Sarawak?

A. Peningkatan kemahiran pekerja B. Pengawalan kegiatan pekerja menjadi mudahC. Perpaduan dalam kalangan rakyat sukar dicapaiD. Penyusunan semula masyarakat Sarawak mengikut kaum dan

pekerjaan

25. Antara berikut, jawatan yang manakah disandang oleh penduduk tempatan di Sabah?

I Ketua Anak Negeri II Pegawai Daerah III Penolong Pegawai Daerah IV Timbalan Penolong Pegawai Daerah

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

9

Page 10: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

26. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) melaksanakan undang-undang Barat dan undang-undang tempatan.

Antara kesalahan berikut, yang manakah dibicarakan di Mahkamah Anak Negeri?

A. PembunuhanB. Penculikan C. RompakanD. Hukum adat

27. Terdapat pelbagai kaedah dalam melombong bijih timah. Apakah kaedah pelombongan yang diperkenalkan oleh orang Cina?

I Pam kelikir II Mendulang III Melampan IV Lombong dedah

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

28. Maklumat berikut menunjukkan perubahan dalam ekonomi yang dilakukan oleh British.

I Kopi II Ubi kayu III Lada hitam IV Kelapa sawit

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

29. Apakah keistimewaan sistem torehan ibedem dalam perusahaan getah?

10

Berikutan kemerosotan harga tanaman dagangan tradisional, British memperkenalkan tanaman baru untuk mengukuhkan ekonomi mereka

Page 11: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

A. Menambahkan pengeluaran susu getahB. Mempercepatkan tumbesaran pokok getahC. Menghalang pokok getah diserang seranggaD. Mengelakkan pokok getah daripada diserang penyakit

30. Rajah berikut menunjukkan faktor penentangan pemimpin tempatan Pahang terhadap British.

Apakah X ?

A. Pengenalan cukai tanahB. Hilang hak mengutip cukaiC. Pengaruh pemimpin agamaD. Mempertahankan kedaulatan daerah

31. Jadual berikut menunjukkan kebangkitan pemimpin tempatan terhadap penjajah.

Peristiwa TokohPembinaan balai polis di Jeram Ampai,Pahang

Kebangkitan Dato’ Bahaman

Pengambilalihan wilayah di Sungai Rajang

Y

Apakah Y ?

A. Kebangkitan Antanom B. Kebangkitan Mat Salleh C. Kebangkitan Sharif Sahab D. Kebangkitan Sharif Masahor

32. Apakah yang anda faham dengan ”nasionalisme”?

I Perasaan cinta terhadap tanah air II Perjuangan untuk memajukan negara III Perasaan anti terhadap kuasa asing IV Perjuangan menebus maruah bangsa

11

Dato’ Bahaman

Pembinaan balai polis

Perlucutan gelaran

X

Page 12: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

33. Apakah kepentingan perkembangan-perkembangan berikut kepada penduduk di Tanah Melayu?

A. Mencontohi perjuanganB. Mendirikan cawangan perjuanganC. Meningkatkan semangat nasionalismeD. Mendapat bantuan untuk menentang British

34. Jadual berikut menunjukkan peranan akhbar dalam menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat.

Pertubuhan Wadah PerjuanganKesatuan Melayu Muda Warta Malaya

Kaum Muda Al-ImamKaum Tua X

Akhbar X ialah ?

A. SaudaraB. Al-IkhwanC. PengasuhD. Suara Benar

35. Maklumat berikut menunjukkan rancangan Jepun untuk mewujudkan satu kawasan yang di ketuai oleh Jepun.

Apakah matlamat kawasan X?

12

X

Kawasan ini meliputi Manchuria hingga ke Australia dan dari kawasan lautan Pasifik hingga ke Teluk Benggala

Gerakan Pemulihan Islam,Mesir Kemenangan Jepun memerangi Rusia Kejayaan Sun Yat Sen menumbangkan

kerajaan Manchu di China

Page 13: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

A. Zon bebas cukai B. Zon bebas penjajah C. Zon ekonomi makmur D. Zon bebas senjata nuklear

36. Senarai berikut merupakan Negeri-Negeri Melayu Utara.

Mengapakah Jepun menyerah negeri-negeri ini kepada Thailand ? A. Jepun berkongsi kemenangannya dengan Thailand B. Jepun mempunyai kepentingan terhadap Thailand C. Menggalakkan Thailand menyokong perluasan kuasanya D. Menghargai kerjasama Thailand yang memberi laluan kepada Jepun

37. Senarai di bawah merujuk kepada pertubuhan yang muncul pada zaman Jepun .

Apakah persamaan ketiga –tiga pertubuhan tersebut?

A. Merupakan gerakan anti- Jepun B. Menjalin kerjasama dengan Jepun C. Menjayakan program penjepunan D. Menjaga kebajikan tentera Jepun

38. Apakah kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

I. Kebangkitan semangat nasionalisme II. Taraf hidup semakin merosot III. Komunis meletak senjata IV. Tamatnya pengaruh British

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

13

• Kedah• Perlis• Kelantan• Terengganu

• Force 136• Askar Melayu Setia• MPAJA

Page 14: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

39. Pentadbiran Tentera British telah diperkenalkan pada bulan September 1945.

Mengapakah ia diperkenalkan?

A Menjalankan tugas pengintipanB Melaksanakan suatu pentadbiran peralihanC Mengembangkan kegiatan perdaganganD Melatih penduduk tempatan menjadi tentera

40. Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malayan Union.

Siapakah yang menjadi pemutus bagi undang-undang tersebut?

A Parlimen BritsihB Pesuruhjaya NegeriC Ahli Majlis Raja-Raja MelayuD Ahli Majlis Eksekutif dan Perundangan

41. Berdasarkan kenyataan di bawah, mengapakah keadaan tersebut berlaku?

A Menghapuskan amalan sistem perhambaanB Mengambil alih kuasa pungutan cukai daripada pembesarC Mengugut sultan-sultan Melayu untuk menurunkan tandatanganD Mengurangkan kuasa pembesar dalam pentadbiran Malayan Union

14

Undang-undang Malayan Union

Harold MacMicheal

Tidak disukai dan dibenci oleh penduduk Tanah Melayu

Page 15: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

42. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa berikut?

A Menentukan status kaum imigranB Merangka memorandum untuk BritishC Merangka perlembagaan kemerdekaan Tanah MelayuD Membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

43. Mengapakah orang Melayu menerima bentuk persekutuan berikut ?

A Syarat dekolonisasi dipenuhi B Syarat kerakyatan diperketatkan

C Tarikh pilihan raya umum Persekutuan ditetapkanD Tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah ditetapkan

44 Apakah sumbangan utama Dato’ Onn bin Jaafar dalam perkembangan awal politik di Tanah Melayu?

A Penaung Ikatan Malayan JohorB Pengasas Parti Perikatan Tanah MelayuC Pemimpin gerakan menentang Malayan UnionD Presiden Pertama Parti Kebangsan Melayu Malaya

45 Mengapakah pengaruh Parti Komunis Malaya menjadi semakin kukuh semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu?

A Mendapat kerjasama JepunB Mendapat sokongan orang Melayu

C Mendapat bekalan senjata daripada ChinaD Mendapat bantuan senjata daripada British

15

Jawatankuasa Eksekutif(25 Julai 1946)

• Wakil Raja-Raja Melayu• Wakil UMNO• Pegawai kanan British

Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan pada 1 Februari 1948

Page 16: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

46. Rajah berikut menerangkan latar belakang penyebaran ideologi komunis.

. Bagaimanakah fahaman tersebut menyusup ke Tanah Melayu?

I Melalui kelas malam II Melalui ajaran agama III Melalui permuafakatan IV Melalui kesatuan sekerja

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

47. Senarai berikut menunjukkan parti-parti berhaluan kiri yang sealiran dengan PKM.

Mengapakah parti-parti politik tersebut diharamkan oleh pihak British?

A Menculik pegawai-pegawai BritishB Menyebarkan fahaman agama yang sesatC Menuntut kemerdekaan secara kekerasanD Mengelakkan komunis memperoleh bekalan makanan

16

Komunisme

Memiliknegarakan tanah dan perindustrian

Masyarakat tanpa kelas

• AWAS• PERAM• API

Page 17: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

48. Jadual berikut menunjukkan belanjawan pertahanan dan keselamatan Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga tahun 1953.

Tahun Belanjawan Pertahanan dan keselamatan

1948 $ 82 juta

1953 $ 296 juta

Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan belanjawan pertahanan tersebut?

A Memberi bantuan kepada rakyat B Memajukan sistem perhubungan

C Menghapuskan keganasan komunisD Menentang kemasukan para imigran

49. Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada April 1951.Apakah tujuan penubuhannya?

A Menyatukan orang Melayu dalam bidang politikB Melaksanakan proses pilihan raya secara berperingkatC Memberi pengalaman mentadbir kepada ahli politik tempatanD Meminda undang-undang berkaitan hak kerakyatan bagi bukan

Melayu

17

Page 18: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

50. Senarai berikut merupakan pilihan raya yang dijalankan di Tanah Melayu.

Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan?

I Mewujudkan kerjasama antara kaum dalam politik tanah airII Mendapat kerjasama penduduk bagi menentang komunisIII Mengekalkan Tanah Melayu di bawah penguasaan BritishIV Memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan

pemerintahan sendiri

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

51. Rajah berikut menunjukkan parti yang dibentuk untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah matlamat penubuhan Parti X ?

I Menguasai politik negaraII Mewujudkan kerjasama politikIII Melahirkan perpaduan rakyatIV Memperjuangkan kepentingan kaum

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

18

Parti X

UMNO

MCA

MIC

• Pilihan raya Majlis Bandaran• Pilihan raya Negeri• Pilihan rayaMajlis Perundangan Persekutuan

Page 19: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

52. Apakah matlamat Rombongan Merdeka 1956 ke London ?

A Menuntut kemerdekaan daripada pihak BritishB Meraikan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanrayaC Merangka Perlembagaan Tanah Melayu yang MerdekaD Menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak British

53. Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British perlu ditandatangani mengikut persetujuan dalam Perjanjian London?

I Menjaga keselamatan pendudukII Menjamin kestabilan politik serantauIII Menjamin pentadbiran yang berkesan IV Menjaga kepentingan ekonomi British

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

54. Notis Surat Pekeliling No. 9 telah dikeluarkan oleh pihak British dalam menangani masalah di Sarawak. Apakah kandungan dokumen tersebut?

A Amaran kepada penduduk yang menentang BritishB Amaran kepada pemimpin yang menentang BritishC Amaran kepada kakitangan kerajaan yang menentang BritishD Amaran kepada kaum Cina dan India yang menentang British

55. Pernyataan berikut menunjukkan pertubuhan yang wujud di Sabah.

Apakah yang diperjuangkan oleh kedua-dua pertubuhan tersebut?

A Menuntut kemerdekaan B Menentang penubuhan MalaysiaC Membantu penyerahan Sabah kepada BritishD Memperbaiki keadaan politik dan ekonomi

19

Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan(PKLM) dan Barisan Pemuda (BARIP) adalah pertubuhan yang awal di Sabah

Page 20: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

56. Mengapakah gerakan kebangsaan di Sabah agak perlahan?

A British telah membunuh pemimpin politikB British telah menindas sebarang gerakan politikC British telah mengusir pemimpin tempatan aktif politikD British melantik pemimpin tempatan bagi jawatan penting

57 Mengapakah cadangan Gagasan Malaysia mendapat sokongan British dan Amerika Syarikat?

I Menyekat pengaruh komunisII Menyeimbangkan taburan kaumIII Mewujudkan kemajuan sosio ekonomi IV Mempercepatkan proses kemerdekaan

A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV

58 Pernyataan berikut telah dibuat oleh pemimpin Indonesia berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.

.

Antara berikut , laporan manakah yang menafikan dakwaan tersebut?

A ReferendumB Suruhanjaya CobboldC Jawatankuasa Antara KerajaanD Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

59 Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apakah tindakan susulan yang diambil oleh negara-negara tersebut?

A Menuntut Sarawak digabung dengan IndonesiaB Menyertai Brunei menentang gagasan MalaysiaC Mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik

D Menuntut sidang kemuncak diadakan di Negara Berkecuali

20

“Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas Sabah dan Sarawak”…

Page 21: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

60. Petikan berikut menjelaskan pendirian Tun Abdul Razak terhadap penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Mengapa tindakan tersebut dianggap wajar ?

A Memenangi pilihan rayaB Menjamin perpaduan kaum C Menghapuskan pengaruh komunisD Menamatkan pemberontakan rakyat

21

“...Kita terpaksa mengeluarkan Singapura daripada Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita berasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa keluar”….

Page 22: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN  · PDF fileJABATAN PELAJARAN KELANTAN ... yang manakah berkaitan dengan tugas tuai rumah? ... D. Orang Melayu-Brunei

22