dewannegeri.johor.gov.my · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/4 dewan negeri johor soalan-soalan lisan...

166
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina) 1 YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 1 (A109) Kerajaan Johor sentiasa prihatin akan hubungan erat Malaysia/Singapura. Apakah usaha kerajaan Johor dalam mengeratkan hubungan diplomasi demi kepentingan rakyat kedua-dua buah negara? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 2 (A56) Minta nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam merancakkan ekonomi negeri Johor melalui kerjasama dengan negara Singapura, serta bagaimana hubungan politik memainkan peranannya. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR (Jawapan bersekali untuk soalan A109 dan A56)

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

1

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 1 (A109) Kerajaan Johor sentiasa prihatin akan hubungan erat Malaysia/Singapura. Apakah usaha kerajaan Johor dalam mengeratkan hubungan diplomasi demi kepentingan rakyat kedua-dua buah negara? YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 2 (A56) Minta nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam merancakkan ekonomi negeri Johor melalui kerjasama dengan negara Singapura, serta bagaimana hubungan politik memainkan peranannya. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR (Jawapan bersekali untuk soalan A109 dan A56)

Page 2: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

2

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 3 (A24) Berapakah jumlah penerima elaun penghafaz Al-Quran pada tahun 2018 dan peruntukan kerajaan negeri bagi tahun 2019 untuk pemberian elaun ini, selain usaha JAINJ untuk menggalakkan lebih ramai penghafaz Al-Quran menerima insentif ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN 1) Bagi Kategori Pelajar Sekolah pada tahun 2018 = 1029 pelajar Jumlah kewangan = RM 442,980.00 Peruntukan kerajaan negeri bagi tahun 2019 bagi pelajar sekolah berjumlah RM550,000.00. Cara JAINJ menggalakkan Pelajar menghafaz :

1. Pemberian elaun 2. Pemberian sijil (Protaq) 3. setiap tahun diadakan Ihtifal Ilmi (Hafazan) sbg peluang pelajar menonjolkan

bakatnya.

1) Bantuan pengurusan tahfiz kpd sekolah juga diberikan (MAINJ). 2) Bagi Kategori Orang Awam pada tahun 2018 = 604 orang.

Jumalah penerima elaun penghafaz Al-Quran a) Lelaki seramai 161 orang b) wanita seramai 443 orang

Peruntukkan tahun 2019 untuk elaun penghafaz Al-Quran adalah sebanyak RM2,000.000.00( Ringgit Malaysia: Dua juta sahaja). JAINJ akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan Imam Tahfiz Masjid Kariah Negeri Johor, sebagai galakan kepada pelajar atau lepas aliran Tahfiz Al-Quran, supaya lepasan aliran ini dapat dimanfaatkan kepada masyarakat. Selain itu ianya sebagai alternatif kepada lepasan aliran Tahfiz dalam bidang pekerjaan sosial kepada masyarakat.

Page 3: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

3

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 4 (A77) Nyatakan kesemua projek sakit bawah Kerajaan Negeri bersama penyelesaian terhadap projek tersebut. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG

BIL PROJEK SAKIT DIBAWAH KERAJAAN NEGERI PENYELESAIAN

1 PROJEK CADANGAN MEMBINA SEBUAH JAMBATAN KONKRIT MENGGANTIKAN JAMBATAN BESI SEDIADA DI JALAN GELANG PATAH, PENDAS – GELANG PATAH, JOHOR BAHRU.

Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil langkah seperti berikut :-

i- SO telah mengeluarkan notis untuk tujuan penamatan (NUPT) no.2 kepada pihak kontraktor

ii- Laporan untuk SO mampu diteruskan, hasil pengesoran daerah iii- Kontraktor dikenakan denda kelewatan (LAD) 3001/sehari iv- Pembinaan sedang dilaksanakan didalam tempoh berdenda dan jumlah LAD adalah hingga kini sebanyak RM477,159.00

2 CADANGAN MENAIKTARAF JALAN PARIT IBRAHIM DAN JALAN PARIT JAWA PONTIAN, JOHOR

Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil langkah seperti berikut :-

i- Mesyuarat koordinasi diantara pihak kontraktor, pasukan projek tapak JKR, PBT dan Agensi Utiliti telah diadakan pada 22.02.2019

ii- Hasil mesyuarat tersebut, pemantauan akan dilaksanakan dengan kerap

3 CADANGAN MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI PLENTONG DI JALAN MASAI LAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil langkah seperti berikut :-

i- Kontraktor telah dikenakan denda LAD sebanyak RM5,324.00/sehari Pembinaan sedang dilaksanakan di dalam tempoh berdenda dan jumlah LAD adalah sebanyak RM 1,027,532.00

4 KERJA - KERJA MENGGANTIKAN JAMBATAN DI JALAN KUALA PAYA - BALAI BADANG (J155), SEGAMAT, JOHOR (REKA & BINA)

Bagi menyelesaikan masalah projek ini pihak JKR telah mengambil langkah seperti berikut :-

i- Perakuan kerja tidak siap telah dihantar ke Pegawai Penguasa ii- Permohonan EOT no.1 telah dikemukakan oleh kontraktor dan di dalam semakan JKR Daerah Segamat bagi tujuan kelulusan

Page 4: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

4

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 5 (A85) Apakah sebab yang mengakibatkan permohonan penukaran status rumah lot bumiputera kepada bukan bumiputera yang mengambil masa permohonan yang panjang. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Page 5: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

5

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 6 (A12) Mohon penjelasan tentang sejauhmana perlaksanaan Kad Sihat Johor 2019. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan Kad Sihat Johor bagi tahun 2019 telah mula dibuka pada 20 Februari 2019. Kemudahan Kad Sihat Johor ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori A (Keluarga) dan Kategori B (Individu). Penerima Kad Sihat Johor akan mendapat kemudahan pembiayaan rawatan kesihatan asas di klinik swasta terpilih (klinik panel). Manfaat kemudahan Kad Sihat Johor bagi Kategori A - Keluarga adalah had pembiayaan RM500.00 setahun, had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan dan percuma satu kad untuk satu keluarga manakala manfaat kemudahan Kad Sihat Johor bagi Kategori B - Individu adalah had pembiayaan RM200.00 setahun, had penggunaan RM50.00 bagi setiap rawatan dan percuma satu kad untuk setiap individu. Cara-cara permohonan Kad Sihat Johor adalah secara atas talian (online) di www.sihatjohor.com.my. Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 10,000 Kad Sihat Johor bagi Kategori A (Keluarga) dan 4,000 Kad Sihat Johor bagi Kategori B (Individu). Sebanyak 13,814 permohonan telah diterima sehingga 26 Februari 2019.

Page 6: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

6

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 7 (A82) Berapakah anggaran penerima Kad Sihat Johor 2019 dan anggaran jumlah peruntukan yang digunakan untuk menjayakan program ini. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Johor menganggarkan seramai 14,000 penerima Kad Sihat Johor pada tahun 2019. Jumlah ini dibahagikan kepada 10,000 penerima bagi Kategori A (Keluarga) dan 4,000 penerima bagi Kategori B (Individu). Peruntukan Program Kad Sihat Johor tahun 2019 dianggarkan berjumlah RM6,500,000.00 sekiranya kelayakan maksimum diguna pakai oleh penerima Kad Sihat Johor.

Page 7: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

7

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 8 (A120) Skim kad sihat terhad kepada setiap kawasan DUN. Mengapa ianya dihadkan kepada 89 untuk kategori A (keluarga) dan 60 untuk Kategori B (individu). Mohon beri penjelasan mengapa tidak mengikut populasi setiap kawasan masing-masing? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, pemberian Kad Sihat Johor dibahagikan mengikut 56 DUN di Negeri Johor. Secara dasarnya, kawasan DUN adalah berbeza dari segi saiz dan populasi. Terdapat kawasan DUN yang kecil mempunyai populasi penduduk yang tinggi dan terdapat juga kawasan DUN yang besar mempunyai populasi penduduk yang rendah. DUN yang berpopulasi rendah juga melibatkan kawasan luar bandar yang mungkin tidak mempunyai banyak khidmat perubatan dan klinik swasta seperti di kawasan bandar yang berpopulasi tinggi. Penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah di kawasan tersebut juga perlu berbelanja lebih untuk kos pengangkutan untuk ke klinik swasta, justeru itu kemudahan lain seperti Kad Sihat Johor amat membantu penduduk yang memerlukan. Kerajaan Negeri Johor melihat bukan sahaja dari segi populasi tetapi juga dari segi kemudahan sedia ada seperti akses kepada klinik kesihatan dan hospital Kerajaan.

Page 8: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

8

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 9 (A33) Kelemahan urus tadbir khususnya dalam alokasi dan pengagihan perumahan yang tidak sistematik dan telus dilihat sebagai faktor utama kegagalan dalam mencapai objektif penyediaan rumah kepada golongan sasar. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu ini? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia, sebelum kaedah penawaran Rumah Mampu Biaya Johor dibuat undian terbuka, proses penawaran Rumah Mampu Biaya Johor yang dilaksanakan adalah menggunakan kaedah sistem merit. Kaedah ini adalah berasaskan kepada maklumat yang diberi oleh pemohon melalui pendaftaran di Sistem Perumahan Johor. Dari maklumat yang diberi, pemarkahan merit akan dijana oleh sistem untuk mengetahui kelayakan pemohon bagi mendapatkan tawaran Rumah Mampu Biaya Johor. Pemohon akan dimaklumkan untuk menyerahkan dokumen bagi tujuan semakan dan pengesahan kelayakan sepertimana butir maklumat yang didaftarkan di dalam sistem. Kaedah ini juga hanya membenarkan pemohon untuk memilih mukim di sesuatu daerah berbanding dengan pemilihan mengikut projek Rumah Mampu Biaya Johor. Oleh kerana itu, terdapat banyak rungutan orang awam untuk mengetahui kaedah pemilihan projek perumahan yang diinginkan tetapi tidak dapat dilakukan memandangkan orang awam hanya boleh memohon berdasarkan pemilihan mukim. Walau bagaimanapun, selaras dengan ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bertarikh 12 Jun 2018 telah memutuskan untuk memansuhkan Kuota Menegak Kerajaan (KMK) di dalam pembahagian Rumah Mampu Biaya Johor, maka satu kajian diadakan bagi mengenal pasti kelemahan dan memperhalusi penambah baikan untuk kaedah pengagihan Rumah Mampu Biaya Johor. Hasil dari kajian itu, pada 7 November 2018 satu kertas kerja dibentang kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dan telah memutuskan untuk menggantikan kaedah pengagihan melalui sistem merit kepada sistem undian terbuka atau dikenali sebagai SP2MJ. Sistem ini merupakan satu sistem undian terbuka. Orang awam boleh memilih projek Rumah Mampu Biaya Johor yang sedia untuk ditawarkan di Portal Hartanah Johor. Orang awam hanya perlu membuat permohonan di Sistem Perumahan Johor dan menghantar dokumen kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan. Melalui serahan dokumen, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan dapat membuat tapisan untuk memastikan orang yang benar-benar layak dan menepati

Page 9: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

9

syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri majlis undian terbuka Rumah Mampu Biaya Johor. Selain itu, sistem ini juga adalah lebih telus dan efisien di mana orang awam boleh melihat sendiri bagaimana Rumah Mampu Biaya Johor ini diagihkan. Sehingga hari ini sebanyak tiga (3) projek yang telah diagihkan secara undian terbuka iaitu, Taman Daiman Jaya di Kota Tinggi, Bandar Putra di Segamat dan Taman Sinar Impian di Yong Peng.

Page 10: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

10

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 10 (A74) Insiden pelanggaran kereta ke meja kerusi di tempat parkir kedai makan yang menyebabkan kematian dan kecederaan pelanggan-pelanggan yang berada di situ kerap berlaku baru-baru ini. Justeru itu, apakah dasar Kerajaan Negeri untuk mengawal insiden sebegini berlaku lagi. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Kerajaan Negeri Johor meraikan norma masyarakat di Malaysia yang gemar untuk menikmati suasana konsep restoran / kedai makan terbuka. Namun begitu, norma tersebut pada hakikatnya mengundang ancaman keselamatan kepada para peniaga dan orang awam. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, negeri Johor tidak menguatkuasa atau melaksanakan sebarang dasar atau garis panduan khusus bagi para pengusaha restoran / kedai makan / kafe yang membenarkan mereka menjalankan aktiviti perniagaan mereka di ruang parkir awam – dengan menempat dan mengaturkan kerusi dan meja. Segala pendekatan berbentuk dasar atau garis panduan sama ada digubal mahupun dipinda berkaitan perkara tersebut akan merangkumkan penerimaan masyarakat. Malah, tempoh masa juga diperlukan bagi memerlukan masyarakat menyesuaikan dengan sebarang bentuk perubahan dasar atau garis panduan yang lebih tersusun dan mengikut piawaian (standard) yang jelas. Justeru itu, Kerajaan Negeri bersetuju memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menggubal atau meminda dasar berkenaan berdasarkan keistimewaan dan kebiasaan masyarakat setempat dengan mengambil kira keselamatan orang awam dan pelanggan, kebersihan ruangan parkir, tidak menimbulkan kacau ganggu kepada komuniti setempat dan tidak mengganggu kelancaran aliran trafik. Namun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga digalakkan untuk memanfaatkan ruang yang selalu diabaikan seperti laluan belakang, kaki lima dan lorong antara kedai sebagai langkah alternatif bagi mengurangkan ancaman keselamatan kepada perniagaan secara terbuka sedemikian. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Majlis perlu memainkan peranan masing-masing untuk berkomunikasi dan berunding dengan para pemegang taruh (stakeholder) dalam mengatasi isu tersebut dan seterusnya mencapai konsensus menang-menang. Langkah ini juga sebagai mencipta peluang perniagaan yang teratur kepada para penjaja dan peniaga selain mengutamakan keselamatan dan kebersihan bagi produk yang diniagakan kepada masyarakat umum. Bagi memastikan pemilik restoran/kafe/kedai makan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan memastikan keselamatan orang awam, Bahagian Penguatkuasa PBT akan membuat pemantauan secara berkala, mengeluarkan Tawaran Kompaun dan Notis Peringatan serta tindakan sitaan akan diambil ke atas pemilik sekiranya didapati pemilik melakukan kesalahan serta halangan di parkir dan tempat awam.

Page 11: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

11

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 11 (A30) Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengubah situasi populasi pemuda-pemudi luar bandar yang berhijrah ke kawasan bandar kerana kekurangan peluang pekerjaan. Apakah perancangan untuk penstrukturan semula model ekonomi yang boleh menambah peluang pekerjaan untuk menangani situasi ini ? YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 12 (A70) Apakah langkah kerajaan negeri dalam menurunkan kadar hijrah dari luar bandar ke bandar, khususnya dari kalangan belia? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH (Jawapan bersekali untuk Soalan A30 dan A70) Menjawab persoalan daripada ADUN JEMENTAH dan ADUN KEMELAH berkaitan isu penghijrahan di kalangan belia dari luar bandar ke bandar. Melalui Belanjawan Johor 2019 yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Johor, pelbagai inisiatif dan peruntukan telah difokuskan dalam usaha Kerajaan Negeri menyasarkan pembangunan lebih seimbang bagi setiap wilayah di negeri ini termasuklah di luar bandar. Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku EXCO yang bertanggungjawab untuk pengurusan dan pembangunan modal insan untuk memastikan semua modal insan di negeri ini diberi jaminan terhadap peluang pekerjaan yang sama rata tidak kira di kawasan bandar dan luar bandar. Justeru itu, melalui Unit Strategik Modal Insan Johor, akan menganjurkan Karnival Kerjaya Johor Bestari di daerah-daerah seperti Segamat, Pontian, Kota Tinggi dengan membawa lebih daripada 500 peluang pekerjaan di setiap lokasi karnival melalui penyertaan majikan daripada daerah-daerah setempat dan berdekatan dengannya khusus untuk pencari kerja di daerah tersebut. Selain itu, Unit SMI juga akan mengadakan Program Insan Johor yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan dan perniagaan dengan memberi latihan kemahiran dan bantuan peralatan kepada para peserta dari kalangan B40 dari semua daerah di Johor untuk menceburi bidang perniagaan. Saya berharap para belia di luar bandar dapat mengambil peluang-peluang yang disediakan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan dan sekali gus memperoleh pendapatan yang setimpal.

Page 12: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

12

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 13 (A104) Apakah peratusan liputan Internet 3G dan 4G di Daerah Kluang? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Peratusan liputan 2G, 3G dan 4G di kawasan yang berpenduduk bagi semua daerah Negeri Johor sehingga Januari 2019 adalah seperti;

Daerah 2 G 3 G LTE Johor bahru 99.9% 99.8% 98.1% Kulai 99.8% 99.2% 90.2% Kota Tinggi 97.9% 95.6% 64.7% Pontian 99.3% 98.1% 69.7% Batu Pahat 99.7% 99.2% 77.5% Kluang 97.7% 95.0% 77.7% Ledang 99.6% 98.4% 77.1% Muar 99.1% 98.4% 84.9% Segamat 98.1% 95.8% 73.6% Mersing 92.8% 89.6% 60.1%

Manakala bagi liputan 5G di Malaysia pula, ianya masih lagi di dalam peringkat kajian bagi mengenal pastikan keberkesanan liputan 5G ini juga dijalankan dengan beberapa pemain-pemain industri yang relevan seperti sektor pertanian, perkilangan dan pengangkutan.

Page 13: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

13

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 14 (A125) Setelah terwujudnya Jawatankuasa Digital Johor seperti dalam Belanjawan Johor 2019 menerusi 5G ini, apakah perkhidmatan infrastruktur bagi jalur lebar akan di naik taraf bagi kawasan luar bandar seperti di beberapa tempat di dalam DUN Bukit Naning? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Untuk makluman,pihak kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha menambah baik kualiti perkhidmatan komunikasi terutamanya di kawasan luar Bandar melalui pelbagai inisiatif; antaranya projek Jalur Lebar Talian Tetap,Peluasan Liputan Selular dan Jalur Lebar Mudah Alih di seluruh Negara termasuk di DUN Bukit Naning. Di bawah projek Peluasan Liputan Jalur Lebar Mudah Alih,sepanjang tahun 2017 hingga 2019,sebanyak 7 menara sedia ada telah di naik taraf dan operasi dengan liputan 4G di sekitar kawasan Dun Bukit Naning seperti di Kawasan Kg Paya Bakri, Parit Tengah, Parit Haji Hassan, Parit Hj Zin Mohamad dan Kg Parit Haji Karim.

Page 14: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

14

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHiM (SENGGARANG) SOALAN 15 (A66) Di dalam Titik Fokus #181 belanjawan Johor, kerajaan memperuntukan RM200,000 untuk mewartakan 10 tapak dan bangunan bersejarah dalam masa setahun dan berapakah jumlah bangunan bersejarah di Batu Pahat yang akan diwartakan pada tahun ini. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Dalam usaha untuk memelihara pelbagai khazanah sejarah, Yayasan Warisan Johor telah melakukan kerja-kerja penyelidikan bagi mengenal pasti tapak bersejarah, bangunan monumen bersejarah di setiap daerah dan membuat inventori bagi setiap tapak dan bangunan tersebut. Seterusnya dokumentasi tersebut dicadangkan dan dikemukakan kepada Jabatan Warisan Negara bagi dipertimbangkan untuk disenaraikan dalam pewartaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Semua senarai yang dihantar telah pun dimasukkan di dalam inventori tapak-tapak sejarah dan bangunan bagi tujuan pewartaan oleh Jabatan Warisan Negara. Sehingga kini sebanyak 15 bangunan dan monumen bersejarah di Johor telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pewartaan ini diperlukan untuk menjadikan tapak, bangunan dan monumen bersejarah tersebut sebagai tapak, bangunan dan monumen yang kekal bagi satu wadah sejarah yang penting bagi negeri Johor. Pada tahun 2019, Yayasan Warisan Johor telah menyasarkan sebanyak 10 bangunan dan monumen bersejarah di Johor untuk diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645). Daerah Batu Pahat merupakan salah sebuah daerah di Johor yang sedang pesat membangun. Namun begitu, dicelah celah arus pembangunan yang pesat ini terdapatnya bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang menarik di samping reka bentuk seni bina yang unik yang merupakan satu-satunya warisan peninggalan sejarah yang boleh diabadikan untuk generasi yang akan datang. Sehubungan itu, bangunan-bangunan sejarah ini sewajarnya dipulihara dan diwartakan sebagai tapak warisan negeri Johor. Sebanyak 3 bangunan bersejarah di Daerah Batu Pahat telah dikemukakan dikenal pasti untuk dibuat penyelidikan dan dikemukakan kepada Jabatan Warisan Negara untuk di wartakan sebagai tapak tanah bersejarah. Bangunan tersebut adalah :- 1. (BANGUNAN MASJID JAMEK BATU PAHAT, JALAN MASJID) (Berhadapan

dengan Stadium Batu Pahat). Bangunan masjid yang terletak di Jalan Masjid dan berhadapan dengan stadium Batu Pahat ini merupakan Masjid Daerah yang utama sebelum pembinaan masjid baru. Mengikut temu ramah yang dibuat, bangunan masjid ini berusia lebih seratus tahun dan masih lagi kukuh dan digunakan sehingga sekarang sebagai tempat ibadat penganut Agama Islam.

Page 15: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

15

2. (RUMAH PERSATUAN SEJARAH, NO 44, JALAN PEJABAT BANDAR

PENGGARAM), ianya telah dibina pada tahun 1910an. Sejarah Bangunan Bangunan tersebut adalah bekas rumah pasong terawal di Batu Pahat yang telah di bina pada tahun 1913. Apabila balai polis baru di jalan Rahmat siap dibina pada tahun 1934 bangunan ini dijadikan pejabat hal ehwal orang cina di bawah pentadbiran pesuruhjaya kerajaan Batu Pahat hingga tahun 1941. Semasa pemerintahan Jepun (1942-1945) Pejabat Hal Ehwal orang Cina dihapuskan dan dijadikan pejabat Feed Control Office oleh tentera Jepun.

3. (SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT, JALAN ZAHARAH BATU PAHAT).

Sejarah Bangunan Sekolah ini telah dibina pada tahun 1918. Setahun berikutnya, pelajar-pelajar mula berpindah ke bangunan ini pada Januari 1919. Semasa pendudukan Jepun iaitu Perang Dunia Kedua, sekolah ini dijadikan sebagai markas tentera Jepun. Pada tahun 1957, nama sekolah ini diubah menjadi High School Batu Pahat dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Tinggi Batu Pahat sehingga kini. Rekabentuk sekolah nini menggunakan ciri kolonial British dengan genting asal hasil buatan Perancis. Manakala bahan binaan juga dibawa dari luar Negara.

Page 16: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

16

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 16 (A78) Nyatakan penglibatan warga Negeri Johor dalam Industri Ekonomi Kreatif yang terkini? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Pada dasarnya, penglibatan warga Johor dalam bidang Ekonomi kreatif, kesenian, warisan, budaya dan sosial adalah menerusi penglibatan secara berkumpulan atau lebih tepat – komuniti, persatuan, kelab dan juga syarikat. Keadaan ini adalah kerana kebanyakan aktiviti atau program di bawah bidang Ekonomi Kreatif adalah bersifat penganjuran acara secara berkumpulan. Sebaliknya, penglibatan secara individu adalah lebih menerusi bidang kesenian secara khusus seperti lukisan, nyanyian dan yang seumpamanya. Berdasarkan kajian awal yang diperolehi menerusi Unit Kreatif Ekonomi dibawah portfolio Ekonomi Kreatif negeri, kita telah menyaring dan menyemak data-data sedia ada dan berikut adalah jumlah entiti atau komuniti yang berdaftar baik sebagai persatuan atau kelab yang mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan bidang Ekonomi Kreatif.

Jadual A.

BIL PERSATUAN BERDAFTAR

JUMLAH ANGGARAN KEAHLIAN

1 Peringkat negeri 148 2,220 2 Kebangsaan 23 345 3 Lain-lain ( kelab/persatuan

dibawah agensi/swasta ) 124 1,860

Jumlah keseluruhan 295 4,425 orang Berdasarkan jumlah persatuan atau kelab yang mendaftar ini, secara puratanya setiap persatuan akan mempunyai sekurang-kurang 15 ahli yang aktif untuk menggerakkan program-program persatuan. Daripada jumlah itu dianggarkan sekitar 4,425 ahli yang sedang aktif menjalankan kegiatan mereka samada secara langsung dalam bidang Ekonomi Kreatif mahupun tidak langsung. Daripada data ini, kita menyaring kembali secara khusus jumlah persatuan, kelab, badan bukan kerajaan (NGO) yang bergiat aktif secara langsung dan khusus dibawah bidang Ekonomi Kreatif, berikut adalah butirannya;

Page 17: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

17

Jadual B

BIL KATEGORI / JENIS

Jumlah Aktif

Anggaran Keahilian

1 Persatuan Berdaftar

41 615

2 Komuniti 61 915 3 NGO 6 90 4 Kelab Berdaftar 4 60 5 Syarikat 7 105 Jumlah

keseluruhan 119 1,785

Daripada jumlah ini, kelab, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat yang aktif meliputi beberapa bidang utama dalam segmen Creative City Network UNESCO iaitu;

Jadual C

BIL KATEGORI UNESCO Jumlah Aktif

Anggaran Keahlian

1 Kebudayaan & Warisan ( Craft & Folk Art)

62 930

2 Filem ( Film ) 18 270 3 Makanan ( Gastronomi ) 2 30 4 Sastera ( Literature ) 2 30 5 Seni Rekabentuk ( Design ) 26 390 6 Muzik/Seni Persembahan ( Music &

Performing arts ) 7 105

7 Sosial ( Bukan UNESCO ) 2 30 Jumlah Keseluruhan 119 1,785

MERUJUK KEPADA JADUAL C: Berdasarkan jumlah ini, keahlian dan keaktifan kegiatan ekonomi kreatif dapat dilihat begitu luas dan merencam. Bidang Kebudayaan, warisan dan kraf atau Craft and Folk Art menjadi dominan ketika ini. Bidang ini sebenarnya berada dibawah portfolio Kesenian, Kebudayaan dan warisan, tetapi oleh kerana Ekonomi Kreatif ini begitu luas cakupannya, kita harus melihat bidang-bidang lain yang berpotensi untuk dimajukan berdasarkan beberapa kritirea dalam ekonomi kreatif iaitu ;

Page 18: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

18

1. Nilai keusahawanan – iaitu aktiviti yang menjana pengeluaran produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai pasaran kepada konsumer kebudayaan.

2. Nilai rekacipta – iaitu aktiviti penghasilan berasaskan Hak Intelek atau Intelektual Property (IP) seperti merekabentuk produk iklan, pakej pembungkusan ( product packaging ), fesyen, perabot ( furniture), arca awam ( public sculpture ) dan lain-lain.

3. Kebitaraan kebudayaan – iaitu penghasilan atau inovasi produk dan pekhidmatan berasaskan amalan budaya seperti makanan (gastronomi), filem dan galeri seni.

Menjawab kepada soalan YB Perling, ingin saya maklumkan lagi bahawa data-data ini masih lagi dalam proses untuk dibangun dan dilengkapkan. Pihak kami akan mewujudkan satu pengkalan data yang sistematik dan lengkap bagi tujuan rujukan oleh pihak kerajaan, agensi dan rakyat. Kerana itulah saya tekankan dalam perbahasan belanjawan terdahulu tentang betapa pentingnya maklumat dan data yang terkini dan lengkap dalam Ekonomi Kreatif khususnya dan bidang-bidang lain umumnya.

Page 19: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

19

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 17 (A5) Sebagai seorang ketua keluarga yang mempunyai tanggungan dan telah kehilangan punca pendapatan akibat sakit kronik atau sebagainya, adakah pihak Baitulmal menyediakan peruntukan dana bantuan bulanan kepada mereka ini memandangkan mereka pada awalnya bukan termasuk dalam golongan B40? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Sakit kronik yang menyebabkan seseorang ketua keluarga tidak dapat bekerja dan hilang punca pendapatan juga dikira sebagai salah satu sebab layak boleh dipertimbangkan bantuan zakat. Begitu juga jika terdapat salah satu tanggungannya yang mengidap sakit kronik yang memerlukan kos rawatan bulanan yang tinggi juga layak dibantu daripada zakat jika tiada sumber-sumber lain yang menyokongnya. Skim Bantuan Perubatan kepada asnaf zakat adalah merupakan salah satu skim yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada masyarakat Islam yang bermastautin di dalam negeri Johor. Skim ini bertujuan membantu dan meringankan beban mereka yang ditimpa musibah penyakit samada dalam bentuk bantuan bulanan atau sekali sahaja. Di bawah skim bantuan perubatan ini MAINJ menyediakan pembiayaan berikut kepada para pesakit :

1. Bantuan Rawatan Bulanan

Ianya meliputi pesakit yang memerlukan kos bagi rawatan secara berterusan sama ada melibatkan rawatan susulan atau kepada pesakit yang terlantar sebagaimana berikut : i) Rawatan pesakit barah, angin ahmar, kencing manis, darah tinggi,

jantung dan pelbagai penyakit. ii) Orang tua terlantar. iii) Pembelian lampin pakai buang, susu, plastik takungan najis. iv) Kos pengangkutan bagi tujuan rawatan. v) Sewaan ambulan.

2. Bantuan Pembedahan Dan Pembelian Peralatan.

Ianya meliputi kes-kes yang memerlukan rawatan kritikal seperti pembedahan anggota dan juga pembelian peralatan perubatan seperti kerusi roda, katil pesakit, tilam, implan, mesin oksigen dan lain-lain keperluan pesakit.

Page 20: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

20

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 18 (A68) Apakah perancangan dan strategi Jabatan Pertanian Johor dalam mensasar Daerah Segamat sebagai hab pertanian atau Agriculture Powerhouse? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Jabatan Pertanian Negeri Johor mempunyai beberapa perancangan dan strategi dalam usaha merealisasikan daerah Segamat sebagai Hab Pertanian atau Agriculture Powerhouse. Antara perancangan adalah dengan menambah peruntukan di bawah projek negeri terutamanya Projek Pemulihan Buah-Buahan Terpilih seperti durian, kelapa dan limau bali. Penambahan dalam projek ini adalah bagi memberi impak pada pengeluaran hasil secara berterusan. Selain itu ialah dengan membuka lebih kawasan Projek Agro Mixed Farm yang berlokasi di Bukit Tanah Merah, Jabi, Segamat dengan keluasan seluas 111 ekar. Pembukaan kawasan sedia ada telah beroperasi dengan keluasan seluas 50 ekar. Keseluruhan kawasan Projek Agro Mixed Farm adalah seluas 161 ekar. Objektif pembukaan lebih kawasan ini adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan yang mampan, selamat dimakan dan berkualiti serta meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Projek ini membangunkan pertanian secara integrasi yang merangkumi aktiviti tanaman, ternakan haiwan, dan ternakan air. Pengambilan peserta di dalam projek ini melibatkan penduduk setempat di daerah Segamat. Pembukaan TKPM Jabi, Segamat dengan keluasan 40.2 hektar dengan bilangan peserta seramai 8 orang telah bermula dengan aktiviti tanaman. Perancangan Program Agropelancangan di Bukit Jementah dengan berkeluasan 30 ekar akan dilaksanakan dengan pengambilan sektor swasta sebagai penggerak utama program ini. Pengambilan anchor company yang berkelayakan dan berkemahiran di dalam bidang pertanian dan pelancongan untuk meningkatkan bilangan pengunjung ke daerah Segamat. Program ini dijangka dapat menarik bilangan pengunjung atau pelancong yang ingin melawat kawasan ini dengan membangunkan kawasan ini sebagai “bank of durian” yang bermaksud semua jenis varieti tempatan daerah Segamat di tanam di sini, selain menaman klon-klon durian yang popular. Perancangan di bawah teras Strategi Pemerkasaan Pertumbuhan Ekonomi di negeri Johor ialah dengan penubuhan Pusat Pengeluaran Cendawan di Batu Anam, Segamat. Penubuhan pusat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran cendawan di daerah ini. Lokasi ini telah disediakan untuk peserta dimana hanya 4 orang peserta sahaja yang akan terlibat. Jabatan akan menyediakan infrastruktur asas seperti stor dan rumah cendawan untuk kemudahan peserta memulakan operasi.

Page 21: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

21

Perancangan dan strategi dalam membangunkan Segamat sebagai Hab Pertanian telah dibukukan di dalam Rancangan Tempatan Daerah dan juga telah dimasukkan di dalam deraf Rancangan Struktur Negeri Johor sebagai Projek Berimpak Tinggi. Projek Hab Pertanian ini telah dirancang sehingga tahun 2030di mana pelbagai pihak akan terlibat sama di dalam pembangunnya antaranya ialah Pejabat Daerah, Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), MARDI, RISDA, FELCRA, FELDA, syarikat swasta dan usahawan tani. Projek pembangunan ini diharapkan dapat memastikan negeri Johor terus kekal berupaya menghasilkan bekalan agro makanan, sumber daging dan ikan yang mencukupi seterusnya memperkukuhkan peranan negeri Johor sebagai pengeluar utama tanaman makanan Negara.

Page 22: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

22

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 19 (A107) Apakah status pembinaan Jalan Lingkaran Tengah sebagai jalan pintas dari Jalan Mengkibol (J25) di persimpangan Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi, di mana permohonan telah dimajukan dalam senarai keutamaan projek di bawah Pelaksanaan RMK-11. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek yang dinyatakan tersenarai di dalam senarai projek perlaksanaan RMK-11. Walau bagaimanapun, projek ini tidak berada di dalam senarai keutamaan untuk diluluskan

Page 23: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

23

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 20 (A29) Apakah kerajaan negeri ada rancangan untuk menyeragamkan kupon letak kenderaan di bawah PBT termasuk menyediakan kemudahan bayaran melalui sistem e-Parking PBT seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perak ( App Park@Perak ) JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan Negeri bersetuju penyeragaman kupon letak kereta di kawasan pihak berkuasa tempatan hanya dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan Zon Iskandar Malaysia sahaja iaitu melibat Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Kulai sahaja berkuat kuasa pada 1 September 2016. Penyeragaman kupon tempat letak kereta di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ini juga akan diperluaskan ke seluruh negeri Johor. Pihak kerajaan mempunyai cadangan masa dekat dalam menyeragamkan kaedah letak kenderaan yang tidak terhad hanya kepada perlaksanaan kupon. Penyeragaman melibatkan kebolehupayaan membayar letak kenderaan melalui kaedah aplikasi mobile, bayaran atas talian seperti e-Parking, semakan kompaun setempat serta penyeragaman penguatkuasaan yang lebih memudahkan orang awam.

Page 24: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

24

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 21 (A71) Apakah status terkini pembinaan PMU oleh pihak TNB di Daerah Segamat. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Punca bekalan elektrik ke Daerah Segamat diperolehi daripada 5 PMU iaitu PMU Segamat 132/11kv, PMU Bukit Siput 132/11kv, PMU Bukit Siput 132/33kv, PMU Chaah 132/11kv dan PMU Jementah 132/11kv. Kapasiti keseluruhan PMU yang terlibat berjumlah 420MVA manakala penggunaan maksima (MD) adalah 92.69MVA. Peratus penggunaan terkini hanyalah 22.07% saja. Bagi meningkatkan tahap daya harap sistem bekalan elektrik kawasan Industri Segamat 2, unit PPU Segamat 2 akan didirikan dengan kos berjumlah RM 26.3 juta dan dijangka siap pada tahun 2022. Setakat ini pihak TNB telah majukan surat bertarikh Sept 2018 kepada Pejabat Tanah, Segamat bagi tujuan beri milik kepada TNB.

Page 25: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

25

YB PUAN ZAITON BINTI ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 22 (A2) Bilakah hub belia di Parlimen Muar akan dilancarkan dan akan dilaksanakan. Mohon keterangan yang jelas. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR YB Speaker, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Sungai Balang, berdasar maklumat daripada Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan, syarikat perunding telah dilantik bagi projek ini dan proses tender dijangka akan bermula pada bulan Jun 2019.

Page 26: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

26

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 23 (A3) Baru-baru ini berlaku kejadian lemas di Tanjung Balau akibat ditarik ombak deras. Bolehkah kerajaan negeri membina benteng pemecah ombak di sepanjang pantai awam Tanjung Balau dan Desaru agar ia boleh memperlahankan ombak yang menerjah ke pantai? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini belum ada keperluan ataupun perancangan dari pihak Kerajaan Negeri mahupun JPS untuk membina benteng pemecah ombak di Tanjung Balau dan Desaru. Benteng pemecah ombak ini hanya akan dibina sekiranya berlaku hakisan pantai yang teruk di sesuatu kawasan. Sebagai contoh Projek Benteng Pemecah Ombak di Tanjung Piai, Pontian. Benteng ini dibina dengan tujuan untuk memperlahankan kelajuan ombak bagi mengurangkan hakisan dan menangani pencemaran, sekali gus meminimumkan kemusnahan berterusan kekayaan alam Tanjung Piai, khususnya kawasan sensitif tapak Ramsar.

Page 27: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

27

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 24 (A4) Selain daripada bantuan JKM dan Jabatan Agama. Adakah kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk menyediakan dana bantuan khas untuk golongan seperti ibu tunggal, warga emas dan OKU? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Kerajaan melalui JKM telah menyediakan bantuan kewangan secara bulanan kepada kumpulan sasar yang layak seperti berikut : Bil Skim Bantuan Kadar (RM) Kumpulan Sasar 1 Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 100.00 –

450.00 Ibu tunggal / miskin

2 Bantuan Orang Tua (BOT) 350.00 Warga emas 3 Bantuan Penjagaan Pesakit

Kronik / OKU Terlantar (BPT) 350.00 Penjaga kepada pesakit

kronik / OKU terlantar 4 Bantuan OKU Tidak Berupaya

Bekerja (BTB) 250.00 OKU

5 Elaun Pekerja Cacat (EPC) 400.00 OKU 6 Bantuan Am (BA) 200.00 Miskin, Ibu tunggal, OKU,

pesakit yang miskin dan memerlukan

7 Bantuan Latihan Perantis (BLP) 200.00 Belia / Perantis Kerajaan Negeri Johor juga telah menyediakan inisiatif khas bagi membantu ibu tunggal, warga emas dan OKU dengan mewujudkan Skim Bantuan 2YEP Muafakat Johor kepada penerima–penerima bantuan yang layak dan boleh berdikari untuk menjana pendapatan. Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan RM3,000 seorang sekali gus. Penerima Bantuan 2YEP Muafakat Johor akan diberi kursus asas keusahawanan seperti urusan kewangan, buku tunai, pembungkusan dan pemasaran. Mereka juga akan dipantau oleh Pegawai JKM dalam tempoh 2 tahun bagi memastikan peserta kekal berdaya saing dan mampu menjana pendapatan yang lebih.

Page 28: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

28

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 25 (A6) Selain daripada penjenamaan semula Bas Muafakat Johor yang diilhamkan oleh kerajaan BN, apakah terdapat perancangan kerajaan negeri PH untuk menambah baik pengangkutan awam Johor seperti mewujudkan sistem LRT/MRT dalam jangka masa yang terdekat ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Selain daripada perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) yang diberikan secara percuma kepada rakyat, kerajaan negeri juga telah merangka beberapa projek bagi menambah baik lagi sistem pengangkutan awam di Negeri Johor. Antara projek pengangkutan awam yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah Bus Rapid Transit (BRT) melalui IRDA yang dikendalikan oleh IMBRT dengan menyasarkan pengguna pengangkutan awam di kawasan Wilayah Iskandar. Kerajaan Negeri juga komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan pengangkutan awam secara holistik di dalam kawasan Iskandar Malaysia amnya di Johor Bahru. Seperti yang dibentangkan di dalam Bajet Johor 2019, antara projek yang akan dilaksanakan ialah sistem pengangkutan rel di Negeri Johor yang melibatkan projek : i. Laluan Berkembar Elektrik (ETS) Gemas – Johor Bahru yang dijangka siap pada

tahun 2022, ii. Projek Rail Transit System (RTS) yang menghubungkan Bandaraya Johor Bahru ke

Singapura yang dijangka siap pada tahun 2024. Untuk makluman tuan-puan, baru-baru ini Menteri Besar Johor telah mengumumkan projek-projek pengangkutan awam yang bakal dilaksanakan yang melibatkan pembangunan pengangkutan awam iaitu sistem pengangkutan rel bermula daripada Kulai ke Bandaraya Johor Bahru. Antara stesen-stesen yang dicadangkan adalah bermula di Kulai, Senai, Impian Emas, Kg Melayu Majidee dan JB Sentral yang merupakan hab pertukaran ke stesen Rail Transit System (RTS) di Bukit Cagar ke Woodland. Justeru itu, Bas Muafakat Johor akan dijadikan feeder kepada pengangkutan ke stesen – stesen tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga cadangan bagi membangunkan sistem pengangkutan Tram dalam Pusat Bandar Johor Bahru bagi merancakkan lagi sektor pengangkutan awam di kawasan Johor Bahru dengan tujuan utamanya untuk menyelesaikan isu kesesakan jalan raya di pusat bandar serta menjadi Masyarakat Berkarbon Rendah (Low Carbon Society). Walau bagaimanapun, projek-projek ini merupakan projek jangka panjang, iaitu masih di dalam perancangan Kerajaan Negeri dan masih belum dimuktamadkan lagi.

Page 29: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

29

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 26 (A7) Sila nyatakan jumlah kutipan zakat di negeri Johor dan pecahan agihan mengikut kategori bagi setiap asnaf serta baki duit di dalam akaun zakat bermula daripada Jun 2018 sehingga terkini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN

2) Sepanjang tahun 2018 yang lalu, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah membuat pungutan zakat harta dan fitrah sebanyak RM 290,206,822.60 daripada seluruh umat Islam di negeri Johor.

3) Manakala bagi agihan zakat pula, sepanjang tahun 2018 MAINJ telah membelanjakan sebanyak RM 255,984,129.86 sebagaimana perincian berikut:

Asnaf RM Belanja Fakir 55,704,741.86 Miskin 94,777,545.72 Amil 24,457,432.66 Muallaf 18,322,273.89 Gharim 1,540,394.44 Ibnu Sabil 508,109.30 Fi Sabilillah 60,673,631.99 Riqab - Jumlah 255,984,129.86

Daripada data yang diberikan di atas terdapat baki pungutan zakat sebanyak RM 34,222,693.00 yang belum sempat diagihkan dan ianya tetap akan dibelanjakan untuk keperluan asnaf pada tahun berikutnya

Page 30: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

30

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 27 (A8) Mohon penjelasan langkah yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pengusaha kedai makanan hanya diusahakan oleh rakyat Malaysia. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman, setiap permohonan lesen perniagaan dan iklan (Lesen Tred) bagi aktiviti pengusaha kedai makanan / restoran / kafe di setiap pihak berkuasa tempatan, permohonan lesen bergantung kepada pendaftaran syarikat (SSM) yang dimajukan. Salah satu syarat permohonan lesen adalah perlu kemukakan salinan kad pengenalan bagi pemohon warganegara Malaysia manakala pemohon bukan warganegara perlulah kemukakan salinan passport. Syarat permohonan lesen penjaja pula ialah hanya pemohon warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan. Manakala bagi bukan warganegara adalah tidak dibenarkan sama sekali dan permohonan lesen juga tidak akan diterima. Semua permohonan lesen perniagaan dan iklan (Lesen-Tred) dan Lesen Penjaja akan dipertimbangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Page 31: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

31

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 28 (A10) Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dewan Negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan DUN (JPD) berperanan dalam soal mengatur pelbagai penganjuran aktiviti di dalam kawasan DUN masing-masing. Ini merangkumi, pelaksanaan projek atau program di kawasan DUN, termasuk gotong-royong, gerak tumpu, kempen bagi program yang dianjurkan di kawasan DUN, selain penganjuran program-program keagamaan, sukan, kebajikan, sosial, pendidikan, program belia, kesenian dan kebudayaan. Kebiasaannya, projek atau program yang dianjurkan itu akan disusun dan digerakkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan DUN secara berterusan atau secara berkala seperti mengikut anjuran secara mingguan, bulanan atau tahunan.

Page 32: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

32

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 29 (A11) Mohon penjelasan tentang pelaksanaan kenaikan cukai tanah di Negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor kini sedang di dalam proses pelaksanaan menyemak semula cukai tanah bagi tahun 2020-2029 mengikut Seksyen 101 Kanun Tanah Negara 1965 yang menyatakan tentang Kuasa Kerajaan Negeri Untuk Menyemak Sewa Secara Berkala. Tujuan atau objektif utama semakan semula ini adalah bagi:

1. Menambahkan hasil Kerajaan Negeri Johor untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

2. Pindaan cukai ini selari dengan pertumbuhan ekonomi semasa yang

berkembang dan pembangunan hartanah yang semakin pesat.

3. Mengenakan kadar cukai tanah yang lebih sesuai dan munasabah mengikut keadaan. Kegunaan dan keluasan tanah.

Untuk rekod, kali terakhir, Kerajaan Negeri Johor membuat pindaan cukai tanah adalah pada tahun 2004 dan ianya masih berkuat kuasa pelaksanaannya sehingga kini. Secara keseluruhannya, kadar pindaan baharu Cukai Tanah akan melibatkan elemen-elemen pindaan Cukai Tanah, mengikut pecahan kategori, iaitu Kategori Tanah Pertanian, Kategori Tanah Bangunan, Kategori Tanah Industri, Kategori Strata, Tanah Tiada Kategori Tetapi Ada Kegunaan, Tanah Tiada Kategori, Tanah-Tanah Persekutuan dan Pengiraan Bagi Denda Lewat.

Page 33: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

33

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 30 (A13) Mohon penjelasan tentang projek baikpulih dan menurapan jalan oleh Infra Desa Johor (IDJ) di bawah kerajaan Pakatan Harapan. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Syarikat Infra Desa Johor (IDJ) merupakan syarikat pelaburan Kerajaan Negeri yang diberi mandat dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan kampung di seluruh Negeri Johor. Merujuk kepada kontrak penyelenggaraan yang telah dimeterai sehingga Jun 2022, pihak IDJ hanya perlu menyelenggara 4,000 km daripada 6,700 km jalan-jalan kampung yang telah didaftarkan di bawah sistem MARRIS selebihnya adalah di bawah penyelenggaraan Pejabat Daerah. Skop kerja IDJ yang terlibat adalah seperti rondaan, penampalan lubang, pemotongan rumput, kerja berkala (baik pulih dan penurapan) pavemen dan bukan pavemen. Pelaksanaan kerja berkala pavemen adalah berdasarkan kepada penilaian secara preventif dimana ianya dilaksanakan mengikut keutamaan rondaan yang dilakukan pada setiap bulan. Semua proses yang dilaksanakan akan di semak dan diluluskan oleh pihak konsultan (Sejagat Consultant) yang telah di lantik oleh pihak Kerajaan Negeri sebelum kerja-kerja berkala ini dijalankan.

Page 34: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

34

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 31 (A14) Adakah kerajaan negeri Johor akan mengikut gerak langkah seperti negeri Melaka dan Selangor, di mana premium tanah bagi permohonan untuk melanjutkan tempoh pegangan pajakan geran hanya berjumlah RM1,000.00? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hak milik tanah berstatus tempoh pajakan (leasehold) ditetapkan pada tempoh 60 tahun atau 99 tahun. Pada bila-bila masa, pemilik tanah pajakan (leasehold) ini diberi peluang untuk membuat permohonan memperbaharui atau melanjutkan tempoh pajakannya. Kerajaan Negeri Johor masih mengguna pakai kadar premium tanah bagi kelulusan memperbaharui atau melanjutkan tempoh pajakan tanah mengikut sebagaimana ditetapkan dalam Kaedah-Kaedah Tanah Johor 1966 (Pindaan) (N0.1) 2004, JPU. 94 (premium) iaitu 15% / 30% daripada harga pasaran bagi tempoh pajakan 60 / 99 tahun bagi syarat rumah kediaman dan 30% / 50% daripada harga pasaran bagi tempoh pajakan 60 / 99 tahun bagi syarat industri dan komersial. Kerajaan Negeri Johor telah membuat penambahbaikan berkaitan kaedah perlaksanaan dasar menentukan pengenaan kadar premium bagi kelulusan permohonan memperbaharui tempoh pajakan tanah sebagaimana Ringkasan Mesyuarat Kerajaan Bil. 1627/2012 bertarikh 18 Julai 2012 iaitu kadar premium yang dikenakan hanya ke atas Jumlah Tahun Tambah sahaja. Kaedah cara pengiraan kadar premium atas kelulusan permohonan memperbaharui tempoh pajakan tanah ini diperjelaskan lagi dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Johor Bilangan 1 Tahun 2012.

Page 35: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

35

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 32 (A15) Berapakah kadar permintaan penggunaan air di daerah Muar bagi tahun 2018 sehingga kini dan anggaran kadar permintaan bagi tahun 2019 & 2020 serta nyatakan langkah bagi mengatasi permasalahan bekalan air terawat di daerah Muar terutamanya semasa musim perayaan? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Penggunaan air bagi tahun 2018 adalah 108 MLD. Anggaran kadar permintaan tahun 2019 dan 2020 pula dijangka meningkat kepada 123.5 MLD dan 125.5 MLD. Pada masa ini projek-projek yang sedang dilaksanakan di daerah Muar bagi mengatasi permasalahan bekalan air terawat termasuk musim-musim perayaan adalah seperti berikut: 1. Pembinaan Loji Rawatan Air Pagoh Baru dan Tangki Imbangan Pengkalan Bukit

C. Projek ini dijangka siap pada bulan September 2019 dan dengan pengolahan sistem sediada akan dapat meningkatkan bekalan air daerah Muar dan juga daerah Tangkak yang meliputi Bandar Muar, Gersik, Tangkak dan juga kawasan-kawasan di sepanjang jalan Muar-Batu Pahat hingga Semerah, sepanjang jalan Muar-Yong Peng hingga Batu 20 Air Hitam dan juga kawasan Pagoh.

2. Projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Serampang yang dijangka siap pada

April 2019 akan meningkatkan bekalan air di keseluruhan kawasan Bukit Serampang dan Bukit Kepong.

Page 36: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

36

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 33 (A16) Senaraikan negara-negara yang telah dilawati yang juga bertujuan untuk menarik pelabur-pelabur asing untuk masuk ke Malaysia, terutamanya di negeri Johor dan nyatakan pencapaian terkini selepas lawatan-lawatan tersebut dilakukan. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Kerajaan Negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) telah mengadakan Misi Galakan ke luar negara dimana Kerajaan Negeri yang diketuai Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti telah menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Negara-negara yang telah dilawati bagi tujuan untuk menarik pelabur-pelabur asing untuk masuk ke Negeri Johor dari tahun 2018 sehingga terkini 2019 adalah seperti berikut :

1. Misi Pelaburan ke Beijing dan Tianjin, China (25-31 Mac 2018) 2. Misi Pelaburan ke Singapura (27 Ogos 2018) 3. Misi Pelaburan ke Xiamen, China (8-11 September 2018) 4. Misi Pelaburan ke Tokyo dan Osaka, Jepun dan Seoul, Korea Selatan (14-20

Oktober 2018) 5. Misi Pelaburan ke Jakarta, Indonesia(23-26 Oktober 2018) 6. Misi Pelaburan ke Perancis (Lyon, Toulouse, Paris dan Lille) (3-9 November

2018) 7. Misi Pelaburan ke Dubai (16-20 Februari 2019)

Melalui misi-misi perdagangan dan pelaburan yang disertai, Kerajaan Negeri telah menerima maklum balas yang positif dari bakal-bakal pelabur tersebut dan akan membuat tindakan songsongan bagi setiap perbincangan yang telah diadakan sepanjang misi-misi ini diadakan.

Page 37: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

37

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 34 (A17) Apakah strategi perancangan terbaru pihak kerajaan negeri dalam menaiktarafkan sektor pelancongan di daerah Muar pada tahun 2019 ini? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Daerah Muar merupakan salah satu daerah pelancongan di Johor. Produk pelancongan di Muar termasuk dari segi sejarah, budaya, makanan serta pelbagai lagi produk pelancongan. Daerah Muar turut dianugerahkan sebagai ‘ASEAN Clean City Strandard 2017’ sekali gus meletakkan Muar sebagai sebagai destinasi pelancongan di mata dunia. Bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri Johor dalam merealisasikan Tahun Melawat Johor 2020, beberapa perancangan telah digariskan di daerah Muar seperti:

1. Memperhebatkan kempen promosi di dalam dan luar negara melalui penyertaan di dalam pameran pelancongan serta mengadakan ‘road show’ (dengan izin) bagi menggalakkan kesedaran tentang produk pelancongan.

2. Menggalakkan penganjuran acara pelancongan bertaraf domestic dan

antarabangsa.

3. Menganjurkan program lawatan pengenalan produk kepada agensi pelancongan, media serta pemegang taruh pelancongan.

4. Memperkukuh pengiklanan digital melalui laman web dan media sosial.

5. Mewujudkan mentality pelancongan kepada penduduk tempatan melalui bengkel

serta kempen kesedaran pelancongan.

6. Menaik taraf infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan bagi memastikan keselesaan pelancong dapat dijaga.

Page 38: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

38

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 35 (A18) Adakah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai perancangan untuk mewujudkan pusat jagaan warga emas di daerah Muar? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Pusat Jagaan yang ditubuhkan di Negara ini dikendalikan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan atau swasta. Pusat Jagaan ini akan member perkhidmatan kepada kumpulan sasar Jabatan iaitu sama ada kanak-kanak, orang kurang upaya, wanita atau warga emas. Semua Pusat Jagaan ini hendaklah didaftarkan sepertimana termaktub di bawah Seksyen 4, Akta Pusat Jagaan 1993. Akta Pusat Jagaan 1993 ini memberi kuasa kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui peruntukan di bawah Seksyen 12 Akta Pusat Jagaan 1993 yang bertanggungjawab dalam memproses permohonan pendaftaran Pusat Jagaan dan membuat pemeriksaan berkala ke premis Pusat Jagaan. Setakat hari ini terdapat 8 buah Pusat Jagaan warga emas yang berdaftar dengan JKM di daerah Muar. Sebagai alternatif kepada Pusat Jagaan, JKM telah menubuhkan pusat aktiviti bagi warga emas (PAWE). PAWE merupakan tempat bagi warga emas menjalankan program dan aktiviti harian di dalam komuniti. Ianya merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategic antara agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan komuniti setempat. PAWE adalah satu entiti yang berbeza dengan Pusat Jagaan kerana tidak perlu berdaftar dengan Akta Pusat Jagaan 1993. Walau bagaimanapun, penubuhan PAWE perlu berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan meluaskan jangkauan Program Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) kepada semua 222 Parlimen di Malaysia bagi tahun 2019. Keutamaan akan diberikan kepada penubuhan PAWE baharu seperti berikut :

a. Jawatankuasa yang telah ditubuhkan di bawah pendaftaran NGO / pendaftaran pertubuhan seperti Persatuan Penduduk.

b. Telah mempunyai premis yang sah dengan kebenaran dan tetap untuk digunakan.

c. Kawasan Parlimen yang masih belum ditubuhkan PAWE Di samping itu, penubuhan PAWE baharu juga perlu mengambil kira beberapa perkara berikut :

a. Mempunyai bilangan warga emas majoriti di sesebuah komuniti dan mengambil kira jangkaan penyertaan warga emas.

Page 39: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

39

b. Lokasi PAWE mestilah di kawasan komuniti yang strategik serta mudah diakses oleh warga emas seperti kemudahan pengangkutan awam.

c. Pemilihan premis bagi bangunan PAWE mestilah bersesuaian dan tidak dikenakan sewaan. Pihak Jabatan tidak menanggung kos sewaan sekiranya bangunan adalah disewa.

Komuniti penggerak adalah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia dalam komuniti setempat yang mempunyai minat dan komitmen serta boleh menyumbang kepada pelaksanaan PAWE. Selain itu, penubuhan PAWE baharu juga perlu untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah. Permohonan mestilah disertakan gambar premis yang dicadangkan untuk dijadikan PAWE serta dinyatakan kemudahan lain yang terdapat di kawasan sekitar mahupun dalam premis terbabit. Sehingga ke hari ini terdapat 2 buah PAWE yang telah beroperasi di daerah Muar iaitu di PAWE Parit Keroma dan PAWE Bukit Pasir. PAWE Parit Keroma telah ditubuhkan pada tahun 2003 manakala penubuhan PAWE Bukit Pasir pada tahun 2014. Jumlah ahli PAWE yang berdaftar di PAWE Parit Keroma ialah seramai 442 orang manakala ahli berdaftar PAWE Bukit Pasir pula ialah 244 orang. Sepanjang tahun 2018 yang lalu, seramai 5,561 kehadiran warga emas di PAWE Parit Keroma. Bagi PAWE Bukit Pasir pula melibatkan kehadiran 8,477 warga emas.. Di PAWE pihak JKM telah menetapkan setiap PAWE mestilah melaksanakan 4 program iaitu program penuaan positif yang berbentuk keagamaan, moral dan pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya ialah program penuaan aktif yang meliputi aktiviti sukan, kebudayaan, riadah dan rekreasi serta sambutan dan perayaan. Selain itu, terdapat program penuaan sihat yang akan memfokuskan kepada program keceriaan dan kebersihan, terapi pemulihan dan kesihatan. Akhir sekali ialah program penuaan produktif dan menyokong yang berteraskan kepada penyertaan komuniti, khidmat masyarakat dan pemerkasaan ekonomi. Menerusi program atau aktiviti yang dilaksanakan, PAWE dapat memberi manfaat kepada warga emas di kawasan setempat. Memandangkan Negara akan diiktiraf sebagai Negara menua pada tahun 2030 adalah menjadi satu komitmen kerajaan menyediakan kemudahan bagi membolehkan warga emas menjalani hidup dengan sejahtera, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri dan seterusnya masih terus menyumbang terhadap pembangunan negara.

Page 40: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

40

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 36 (A19) Berapa ramaikah bilangan isi rumah yang telah disyaratkan bagi permohonan pemberian air percuma 10 meter padu serta nyatakan jumlah permohonan yang telah berjaya di daerah Muar. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Bagi daerah Muar, bilangan akaun yang layak menerima pemberian air percuma 10-meter padu pada Disember 2018 adalah sebanyak 9,263 akaun dan jumlah penerima adalah 7,453 akaun dengan jumlah rebat yang diberikan adalah RM61,924.50. Manakala bagi Januari 2019, terdapat peningkatan bagi bilangan akaun yang layak adalah 9,420 dengan sebanyak 7,646 akaun menerima pemberian air percuma. Jumlah rebat air tersebut adalah RM60,547.71.

Page 41: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

41

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 37 (A20) Selaras dengan teras urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik, adakah kerajaan negeri bercadang mewajibkan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli keluarga mereka bermula daripada Menteri Besar, para Exco, Adun termasuk Adun pembangkang dan pegawai tertinggi kerajaan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor menyambut baik cadangan untuk memperluaskan pengisytiharan harta bukan sahaja tertakluk kepada penjawat awam sebagaimana yang telah dilaksanakan sebelum ini. Malah, kini di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pengisytiharan harta turut diwajibkan kepada Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor. Pun begitu, usaha ini turut diperluaskan sehingga kepada pegawai kanan syarikat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Langkah ini diambil bagi memastikan wakil rakyat serta wakil kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat Johor benar-benar bebas rasuah dan adil kepada semua, di samping semua wakil rakyat serta pentadbiran kerajaan PH bersikap telus.

Page 42: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

42

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 38 (A21) Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menghapuskan amalan melantik kontraktor pembekal yang hanya bertindak sebagai orang tengah serta amalan pemberian margin keuntungan 30% dalam perolehan perbekalan dan projek-projek kecil dalam sektor awam negeri? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri berpandangan, tidak wujud amalan melantik kontraktor pembekal yang hanya bertindak sebagai orang tengah. Malah, dakwaan amalan pemberian margin keuntungan 30% dalam perolehan pembekalan dan projek-projek kecil sektor awam negeri juga tidak berlaku. Suka saya jelaskan, amalan sebenar yang diamalkan oleh kerajaan negeri adalah kesemua perolehan kerja dan pembekalan kerajaan, tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, dan ia wajib dipatuhi oleh kesemua jabatan kerajaan. Di bawah 1PP, pelantikan kontraktor atau pembekal dibuat oleh jabatan adalah tertakluk kepada had nilai perolehan sama ada di bawah pembelian atau lantikan terus – di bawah nilai RM20,000 atau Jawatankuasa Sebut Harga, iaitu melebihi RM20,000 hingga RM500,000 atau tender yang diputuskan oleh Lembaga Perolehan Negeri dengan had nilai perolehan melebihi RM500,000. Proses penilaian pemilihan perolehan bekalan dan perkhidmatan, Pegawai Pengawal / Jawatankuasa akan menjalankan tugas mereka dengan menilai dan memilih pembekal yang mempunyai syarat-syarat utama seperti berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan dan Sijil Taraf Bumiputera mana-mana yang berkaitan dengan had nilai perolehan serta mengambil kira anggaran jabatan dan kos siling jabatan. Semua kos yang terlibat seperti kos penghantaran bekalan dan lain-lain kos, juga akan diperhalusi dalam menentukan anggaran jabatan.

Page 43: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

43

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 39 (A22) Adakah kerajaan negeri bercadang menjalankan audit bebas yang menyeluruh termasuk audit forensik ke atas semua PBT negeri beserta yayasan yang ditubuhkan di bawah setiap PBT ini serta langkah-langkah yang telah dan bakal diambil untuk meningkatkan akauntabiliti setiap PBT? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN PENGAUDITAN OLEH JABATAN AUDIT NEGARA Jabatan Audit Negara merupakan jabatan utama yang menjalankan pengauditan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pengurusan kewangan PBT mematuhi peraturan kewangan sedia ada serta standard perakaunan yang telah ditetapkan, aktiviti keajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif. Antara pengauditan yang dijalankan setiap tahun adalah: 1. Pengauditan Penyata Kewangan PBT 2. Pengauditan Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti (Ai) 3. Pengauditan prestasi seperti perolehan, pengurusan cukai, dan pengurusan

MARRIS. PENGAUDITAN OLEH PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR, UNIT AUDIT DALAM Selain Jabatan Audit Negara, PBT juga dipantau oleh Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi memastikan akauntabiliti dan integriti di setiap PBT. Antara pengauditan yang telah dilakukan oleh unit ini adalah : 1. Pemeriksaan Mengejut. 2. Pengauditan Pengurusan Perolehan dan Prestasi. 3. Pengauditan Prestasi MARRIS. 4. Pengauditan Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti (AI) PENGWUJUDAN UNIT AUDIT DALAM DI SETIAP PBT Bagi memantapkan lagi akauntabiliti dan integriti di PBT, fungsi Jabatan Audit Negara dan Unit Audit dalam SUKJ juga disokong oleh Unit Audit Dalam oleh PBT masing-masing. PBT telah mewujudkan Unit Audit Dalam dengan objektif menjalankan pemeriksaan, pemantauan dan penilaian ke atas pengurusan jabatan terutamanya

Page 44: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

44

pengurusan kewangan. Semakan yang telah dibuat oleh unit ini akan dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa audit sekurang-kurangnya 4 tahun sekali. Skop dan laporan pengauditan merangkumi : 1. Pengauditan Terhadap Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2. Pengauditan Terhada Pengurusan Stor Kerajaan 3. Pengauditan Terhadap Pengurusan Kenderaan Kerajaan 4. Pengauditan Terhadap Pengurusan Pasar Malam 5. Pengauditan Terhadap Kawalan Terimaan Hasil 6. Pengauditan Terhadap Buku Perkhidmatan 7. Pemeriksaan Mengejut PENGAUDITAN YAYASAN PBT Yayasan PBT merupakan organisasi yang tidak mempunyai kaitan dengan PBT itu sendiri. Maka, sebagai entiti yang diperbadankan di bawah Akta 258, Yayasan dan Pemegang Amanah adalah bertanggungjawab untuk merekodkan segala bukti pembayaran dan penerimaan untuk setiap perbelanjaan. laporan kewangan dan pengauditan Yayasan dibuat dengan melantik firma audit swasta yang berkaitan oleh yayasan itu sendiri. laporan kewangan yang telah diaudit akan dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun. yayasan dan pemegang amanah juga adalah dikehendaki mengemukakan laporan aktiviti tahunan bergambar bag program-program yang telah dilaksanakan.

Page 45: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

45

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 40 (A23) Sebanyak 1,929 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan daripada Januari hingga April 2018, manakala 11.24% kes pembuangan bayi berlaku di Johor. Berapakah jumlah terkini bayi dan kanak-kanak yang telah diselamatkan dan apakah perancangan kerajaan setelah mangsa kanak-kanak dan bayi ini diselamatkan? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Sebagai makluman, jumlah terkini kes kanak-kanak yang telah diselamatkan di Johor bagi tempoh Januari 2018 hingga 28 Februari 2019 adalah seperti berikut :

a) Kes Pembuangan Bayi - 19 orang b) Kes Kanak-kanak merangkumi penderaan, pengabaian dan lain-lain - 298

orang. Perancangan Jabatan setelah kanak-kanak diselamatkan adalah berasaskan kepada keperluan dan kesesuaian kanak-kanak hasil siasatan Pelindung Kanak-kanak demi kepentingan terbaik kanak-kanak tersebut sebagaimana peruntukan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016. Berikut adalah perancangan tindakan jabatan bagi kanak-kanak yang telah diselamatkan :

a) Meletakkan bayi atau kanak-kanak di bawah Pemeliharaan Berasaskan Keluarga;

Bayi atau kanak-kanak ini akan diletakan di bawah perintah Orang Yang Sesuai dan Layak melalui perintah Mahkamah di mana pihak Pelindung akan memilih keluarga yang sesuai melalui permohonan anak pelihara yang dimajukan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah-Daerah didalam Negeri Johor untuk dijadikan anak pelihara sebelum dijadikan anak angkat sekiranya ibu/bapa/penjaga tersebut sesuai setelah siasatan dan penilaian oleh Pelindung. Sokongan psikologi dan kaunseling akan diberikan berdasarkan keperluan. Bantuan kewangan juga boleh disalurkan kepada keluarga bagi membantu keluarga menjaga kanak-kanak dengan lebih baik.

b) Meletakkan bayi atau kanak-kanak di institusi yang bersesuaian;

i. Kanak-kanak ditempatkan sementara di institusi JKM. Kanak-kanak ini akan dijadikan anak pelihara dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan diserahkan kepada keluarga yang terpilih mengikut turutan dari data permohonan anak pelihara sedia ada.

ii. Kanak-kanak diberi penjagaan, pemeliharaan dan perlindungan yang

bersesuaian di institusi kanak-kanak JKM sehingga berumur 18 tahun. Kanak-kanak akan disediakan keperluan asas iaitu tempat tinggal, makan, minum, penjagaan dan kasih sayang juga pendidikan.

Page 46: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

46

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 41 (A25) Sila nyatakan jumlah penerima bantuan Insentif Harapan Siswa pada tahun 2018, jumlah pemohon yang ditolak permohonan dan sebab-sebab permohonan ditolak serta perancangan kerajaan untuk menambah baik pelaksanaan insentif ini agar lebih ramai pemohon menerima manfaat. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Untuk makluman, pada tahun 2018 kerajaan negeri Johor melalui YPJ telah memperuntukkan sebanyak RM 2.5 juta iaitu RM 1.5 juta melalui YPJ manakala RM 1.0 juta lagi adalah hasil sumbangan dari Permodalan Darul Ta’zim (PDT). Jumlah permohonan yang diterima oleh pihak YPJ secara atas talian sepanjang tahun 2018, adalah seramai 5850 orang. Manakala, jumlah permohonan yang tidak diluluskan adalah seramai 2,721 orang. Berikut merupakan sebab-sebab bagi permohonan pelajar tidak diluluskan, iaitu antaranya tidak melengkapkan dokumen wajib permohonan dan tidak memenuhi syarat wajib permohonan.

Page 47: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

47

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 42 (A26) Nyatakan secara terperinci latar belakang permohonan hak milik Persatuan Tionghoa Segamat bagi urusan sekeping tanah perkuburan Cina ( Lot 570,571,572,573,574 ) di Jalan Genuang Segamat. Apakah status terkini berkenaan dengan keputusan permohonannya ? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tanah-tanah Lot 570 hingga 554 merupakan tanah seluas lebih kurang 13 ekar yang telah dirizabkan bagai tujuan “Government Building and an Animal Infirmary” di bawah jagaan State Veterinary Surgeon sebagaimana Warta Bil. 245 bertarikh 26.2.1936. Berdasarkan semakan yang dibuat di Pejabat Tanah Daerah Segamat, didapati tiada permohonan rasmi diterima daripada Persatuan Tionghua Segamat bagi tujuan tapak perkuburan ini. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, permohonan tanah-tanah Kerajaan perlulah dikemukakan melalui Borang Jadual 1 Kaedah-Kaedah Tanah Johor 1966 yang perlu disertakan dengan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan yang diterima seterusnya akan dirujuk untuk ulasan daripada beberapa jabatan/agensi teknikal yang berkaitan termasuk kepada jabatan yang menjaga dan menyelenggara tanah-tanah rizab (sekiranya permohonan melibatkan tanah-tanah rizab). Selepas semua ulasan daripada jabatan/agensi teknikal tersebut diterima, perakuan daripada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) akan dimajukan kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bagi diangkat kepada pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Page 48: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

48

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 43 (A27) Baru-baru ini Plan Pembangunan Draf Rancangan RTD Segamat 2030 (Penggantian) telah diumumkan, apakah lima prioriti pertama yang dijadikan tumpuan untuk dilaksanakan? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Segamat 2030 (Penggantian) disediakan untuk dua (2) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan Majlis Daerah Labis (MDL). Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dokumen ini merupakan dokumen statutori yang diwartakan, mengandungi cadangan-cadangan pembangunan, di samping menyediakan mekanisma kawalan pembangunan bagi membantu proses pembangunan di bawah pentadbiran setiap PBT di dalam Daerah Segamat. Kawasan kajian bagi draf RTD Segamat 2030 (Penggantian) meliputi keseluruhan Daerah Segamat yang terletak di bahagian utara Negeri Johor yang meliputi kawasan seluas 286,656 hektar. Kajian terhadap penyediaan laporan Draf RTD Segamat 2030 (Penggantian) yang dijalankan ini merupakan kajian menyeluruh yang akan menggantikan sepenuhnya Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2020. Rancangan Tempatan Daerah Segamat 2020 telah diwartakan pada 10 Jun 2010 dan akan tamat tempoh pemakaian pada tahun 2020. Pada masa kini, penyediaan draf RTD Segamat 2030 (Penggantian) sedang di dalam peringkat program publisiti dan penyertaan awam dan dipamerkan untuk pemeriksaan umum khususnya kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan cadangan pengezonan guna tanah di dalam kawasan RTD ini. Tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi draf RTD Segamat 2030 (Penggantian) adalah selama satu (1) bulan dari tarikh notis pemberitahuan yang disiarkan iaitu bermula pada 10 Februari 2019 – 10 Mac 2019. Selaras dengan potensi, kekuatan dan kedudukan Daerah Segamat sebagai ‘Pintu Masuk Utara Negeri Johor’, visi pembangunan Daerah Segamat adalah untuk membangunkan dan menjadikan Daerah Segamat sebagai Katalis Pertumbuhan Wilayah Utara Johor iaitu sebagai Hab Pertanian Johor. Sehubungan itu, potensi utama pembangunan Segamat sebagai pusat pertumbuhan dan katalis bagi wilayah utara Johor akan diperkukuh dan dioptimumkan melalui pemerkasaan pembangunan ekonomi dengan memberi penekanan terhadap sektor pertanian, pelancongan dan industri, sementara kawasan luar bandar yang masih hijau dan mempunyai aset alam sekitar yang perlu diurus secara lestari akan diberi perhatian khusus. Daerah Segamat sebagai Katalis Pertumbuhan Wilayah Utara Johor adalah merujuk kepada keperluan

Page 49: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

49

meningkatkan ekonomi daerah selaras dengan fungsi sebagai katalis pertumbuhan bagi kawasan wilayah utara Negeri Johor dan juga merangkumi kawasan tenggara dan timur Negeri Sembilan serta barat daya Negeri Pahang. Sebagai katalis pertumbuhan bagi wilayah Utara Johor, pengukuhan kemudahan infrastruktur, peningkatan aksesibiliti dan perhubungan, pemerkasaan sektor industri dan pelaburan, pelancongan berasaskan sumber wilayah, pengurusan alam sekitar secara lestari dan pentadbiran kondusif perlu diwujudkan. Selain daripada itu, Daerah Segamat juga telah dikenal pasti untuk menjadi kuasa ekonomi pertanian (Agriculture Power House) di Negeri Johor disebabkan pertumbuhan pesat bidang pertanian sebagai penyumbang primer sumber ekonomi dan penawaran utama kepada peluang pekerjaan. Peranan Daerah Segamat sebagai kuasa ekonomi pertanian merangkumi perusahaan sektor pertanian berskala besar (large scale farming) sehingga ke peringkat eksport dan mampu menerbitkan peluang pengeluaran produk asas tani, produk pemprosesan tani serta memenuhi keperluan penduduk, mewujudkan dan menggalakkan commercial farming – dari jenis tanaman utama makanan field crop (bijiran/padi/jenis ubi/jagung dan makanan asasi lain), ternakan dan produk ternakan serta makanan bernilai tinggi (buah-buahan, sayuran dan lain-lain pembekal protein) serta pembangunan dan pengukuhan infrastruktur/prasarana pertanian dan sistem sokongan seperti promosi, pemasaran, pengawalan mutu produk, research and development dan lain-lain. Sehubungan itu, berasaskan kepada penemuan strategik utama dan wawasan pembangunan daerah, lima teras utama yang menjadi prioriti dan keutamaan di dalam rangka kerja pembangunan Daerah Segamat adalah seperti berikut: Teras 1 : Ekonomi Progresif dan Berdaya Maju Teras 2 : Perancangan Guna Tanah dan Pusat Petempatan Teras 3 : Penyediaan Sistem Pengangkutan dan Infrastruktur yang Menyeluruh

dan Keboleharapan Teras 4 : Komuniti Inklusif Teras 5 : Alam Sekitar dan Sumberjaya Lestari Berdasarkan kepada teras-teras utama yang telah dibentuk, pemacu ekonomi bagi pembangunan Daerah Segamat adalah pertanian sebagai pengeluar produk utama, pengeluaran hasil proses dan eksport sesuai dengan wawasan Agro Powerhouse, industri berasaskan komoditi dan sumber tempatan serta Segamat Inland Port (SIP) dan pelancongan yang melibatkan pelancongan alam semula jadi, pelancongan agro dan berasaskan makanan. Selain daripada itu, enablers dalam membantu memacu sektor ekonomi di Daerah Segamat, sistem pengangkutan yang efisien, alam sekitar yang mampan, pemerkasaan pembangunan masyarakat luar bandar, kemudahan dan infrastruktur menyeluruh dan reliable, pembentukan, pengukuhan dan penjenamaan identiti daerah serta sistem urus tadbir perancangan dan pembangunan efektif. Dari aspek perancangan zon-zon pembangunan yang diberi keutamaan pula, Zon Perbandaran dan Pembangunan Utama terletak di Pusat Bandar Segamat (termasuk

Page 50: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

50

Bandar Putra), Pusat Bandar Labis serta pusat-pusat petempatan dan koridor pembangunan yang telah dikenal pasti, Zon Pembangunan Sekunder terletak di Koridor Bandar Putra – Tenang, Koridor Labis – Tenang, Koridor Labis – Chaah, Koridor Buloh Kasap - Batu Anam - Gemas Baharu dan pusat-pusat pertumbuhan desa, Zon Tumpuan Pembangunan Khusus adalah kawasan Industri Segamat Inland Port kawasan Industri Gemas Baharu, kawasan Industri Jalan Kuantan – Segamat, kawasan Industri Batu Anam, Labis, Chaah, Buloh Kasap dan Nodus Pelancongan di Segamat, Labis dan TNERS, Zon Pembangunan Terkawal (KSAS Tahap 2 dan 3) terletak di kawasan/ dataran banjir dan mudah banjir, kawasan tanah tinggi (150 meter – 1,000 meter), kawasan tadahan air, kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Ternakan, Agro-Mix Farm dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) manakala Zon Pemeliharaan dan Pengekalan (KSAS Tahap 1) yang perlu dipelihara dan dipulihara adalah kawasan Hutan Simpan Kekal Labis, HSK Maokil, HSK Gemereh, HSK Jementah, HSK Sermin, HSK Sungai Segamat dan Cadangan HSK Pogoh, Hutan Lipur Sungai Bantang, Hutan Lipur Taka Melor, Rizab Hidupan Liar Endau-Kluang, Rizab Hidupan Liar Gajah-Bekok, Taman Negara Endau Rompin Selai, Kawasan Tadahan Air Empangan Juasseh serta kawasan-kawasan Loji Rawatan Air.

Page 51: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

51

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 44 (A28) Apakah perancangan pembangunan kerajaan yang akan dibawa ke Daerah Segamat susulan pengumuman kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Daerah Segamat salah satu wilayah ECER ? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 21 November 2018 telah bersetuju Daerah Segamat menjadi sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Sehubungan dengan itu, pihak ECER telah melakukan kajian berkenaan potensi Daerah Segamat. Pada 31 Oktober 2018, telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur senarai projek-projek yang terkandung di dalam Pelan Induk ECER 2.0. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Melalui pelan itu, Segamat akan dibangunkan menjadi Lembah Bio-Agro (“Bio-Agro Valley”), dengan memanfaatkan sektor bioteknologi, perniagaan tani dan pelancongan yang dipacu oleh bidang agropelancongan dan bidang ekopelancongan bersepadu. Segamat telah dikenal pasti sebagai hab perniagaan tani, di mana pelbagai inisiatif seperti Program Agro Mix Farm (Nucleus Orchard) yang diperkenalkan pada 2017. Projek induk bagi inisiatif ini dilaksanakan di Mukim Sermin/Jabi yang terletak di sepanjang lebuhraya Segamat-Kuantan, yang mana projek ini dibuka kepada para usahawan tani yang terlibat dalam bidang pembiakan ikan, penanaman sayuran dan penternakan lembu. Kejayaan pelaksanaan model perniagaan Syarikat Induk bagi projek perniagaan tani di ECER akan diperkenalkan di Segamat, di mana ia akan meningkatkan kecekapan sektor pertanian tempatan melalui penggunaan teknologi moden, perladangan kontrak, pelantikan peladang satelit dan usaha pemasaran yang berkesan. Segamat juga bakal memainkan peranan utama sebagai Hab Pendidikan menerusi institusi-institusi pengajian tinggi yang sedia ada yang disokong oleh projek infrastruktur awam bagi menghasilkan tenaga mahir yang berkualiti Pembangunan Pelabuhan Darat yang meningkatkan lagi kesalinghubungan laluan darat akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah hab logistik. Sehingga kini, Segamat menempatkan pelbagai institusi pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Segamat, Sekolah Menengah Teknik Segamat dan Kolej Komuniti Segamat. Institusi-institusi ini akan membantu menjadikan Segamat sebagai hab kerjasama akademik-industri pada masa depan di bawah langkauan ECER yang seterusnya, terutamanya dengan penerapan Industri 4.0 di Wilayah ini.

Page 52: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

52

Taman-taman perindustrian yang sedia ada di daerah ini akan turut dimajukan bagi menggalakkan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Program empower ECER dan entrepreneur ECER akan diteruskan di Mersing dan akan dilaksanakan di Segamat. Menjelang tahun 2025, program-program pembangunan modal insan ECERDC dijangka akan mewujudkan 3,900 peluang pekerjaan dan 1,600 usahawan baharu di Mersing dan Segamat yang akan menyumbang ke arah pembangunan sosioekonomi daerah-daerah ini. Pelabuhan Darat Segamat (SIP) akan dibangunkan bagi meningkatkan peranan sebagai pusat pemunggahan kargo. Ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 1999, SIP merupakan terminal intermodal yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri di mana kedudukan yang strategik membolehkannya menjadi terminal satelit untuk Pelabuhan Klang di Selangor, Pelabuhan Kuantan di Zon Ekonomi Khas ECER, Pelabuhan Melaka di Melaka, serta Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. Selain itu, pembangunan sektor pelancongan di Segamat adalah berteraskan konsep “Rainforest to Reef”, dengan memanfaatkan Selai yang terletak di Segamat sebagai pintu masuk ke Taman Negara EndauRompin (TNER). Pekan Bekok akan menjadi gerbang bagi pintu masuk ini dan usaha akan dilakukan untuk menarik pelaburan swasta untuk membangunkan tempat penginapan bagi para pelancong di Selai.

Page 53: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

53

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 45 (A31) Nyatakan status kemajuan terkini pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Gemas - Johor Bahru yang sedang dijalankan. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Peratusan kemajuan di tapak adalah 35.5 % berbanding jadual 35.8%. Kelewatan sebanyak 0.5% adalah bersamaan dengan 40 hari.

Page 54: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

54

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 46 (A32) Kadar peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi amat membimbangkan dan membebankan rakyat. Ianya akan menyumbangkan kepada peningkatan peratusan kadar kemiskinan dan kadar jenayah. Apakah mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha menangani permasalahan ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Secara umumnya, kadar kemiskinan diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada 2 Januari 2019. Untuk negeri Johor status kategori miskin adalah keluarga yang berpendapatan di bawah RM 923 sebulan. Manakala bagi kategori miskin tegar pula terdiri daripada keluarga yang berpendapatan di bawah RM 597 sebulan. Menurut laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor, kadar indeks jenayah sepanjang tahun 2018 telah menurun daripada 10,339 kes direkodkan berbanding 11,307 kes pada tahun 2017. Ia menunjukkan penurunan yang disifatkan baik. Kerajaan negeri bersama-sama kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat berkenaan peningkatan kos sara hidup dan isu kemiskinan ini. Bagi menangani isu kos sara hidup ini, kerajaan sentiasa proaktif dalam mencari mekanisme yang berkesan dalam mengurangkan kesannya kepda rakyat selain berusaha meningkatkan sosioekonomi rakyat secara keseluruhannya. Kerajaan persekutuan telah mengambil inisiatif mengaktifkan semula Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (MTKSHN) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak enam (6) kluster menjadi fokus utama Majlis Tindakan ini iaitu kesihatan, Pendidikan, perumahan pengangkutan, bil utiliti serta makanan. Fungsi Majlis Tindakan ini adalah mengumpul segala maklumat mengenai kos sara hidup, merencana strategi dan merangka pelan tindakan. Ia melibatkan beberapa kementerian antaranya adalah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertindak sebagai sektretariat. Selain itu, Majlis Tindakan ini juga melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara, Peguam Negara, ahli akademik, NGO, wakil persatuan dan wakil industri yang pakar dalam bidang masing-masing.

Page 55: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

55

Bagi peringkat negeri Johor, dalam Belanjawan Johor 2019 yang lalu, melalui teras pertama: Menjamin Kesejateraan Rakyat, meringankan kos sara hidup rakyat adalah menjadi agenda pertama yang dibentangkan. Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif akan akan memberi manfaat kepada terutamanya kepada golongan B40. Antara inisiatif kerajaan negeri adalah pemberian 10meter padu air percuma kepada golongan B40, Skim Takaful Warga Emas, Program Kad Sihat Johor, bantuan kewangan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, pemberian baucer kepada pembeli Rumah Mampu Biaya dan pelbagai lagi inisiatif kepada golongan sasaran. Selain itu, kerajaan negeri akan sentiasa bersama kerajaan persekutuan dalam membantu menyalurkan maklumat berkenaan isu kos sara hidup melalui agensi-agensi berkaitan.

Page 56: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

56

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 47 (A34) Isu setinggan di Larkin perlu perhatian dan keprihatinan serius pihak kerajaan. Kegusaran penduduk terhadap status kediaman yang akan diroboh bagi tujuan pembangunan semakin meningkat dan membimbangkan. Apakah pelan perancangan pihak kerajaan agar isu ini dapat ditangani segera dan berhemah? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius isu penempatan-penempatan setinggan di Negeri Johor. Justeru itu, Taskforce Peringkat Daerah telah diarahkan untuk menyelaras dan merancang penyelesaian setinggan di daerah masing-masing bagi mencapai sasaran setinggan sifar Negeri Johor. Antara cadangan penyelesaian yang telah dikenal pasti bagi menyelesaikan isu penempatan setinggan adalah dengan menempatkan penduduk-penduduk setinggan yang berkelayakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) serta rumah-rumah kos rendah dan mampu milik yang sesuai. Berdasarkan rekod bancian terkini Taskforce Peringkat Daerah, terdapat 4 kampung setinggan dikenal pasti di kawasan Larkin iaitu Kampung Aman, Kampung Sri Kenangan, Kampung Rajawali dan Kampung Sri Paya. Kerajaan Negeri telah pun mempunyai perancangan pembangunan semula penempatan setinggan di kawasan Larkin yang sedang dilaksanakan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) sejak tahun 2004. Melalui KPRJ, Kerajaan Negeri telah berjaya membina 248 unit Rumah Kos Rendah berharga RM25,000. Penduduk-penduduk setinggan yang layak telahpun menduduki rumah-rumah tersebut. Selain itu, pada masa ini pihak KPRJ juga sedang dalam pembinaan untuk 280 unit Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019. Projek ini merangkumi dua blok iaitu 165 unit Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah berharga RM50,000.00 manakala satu blok lagi melibatkan 115 unit Rumah Kos Sederhana Rendah berharga RM80,000.00 seunit yang terletak di Jalan Rajawali, Larkin bagi tujuan penempatan semula kampung-kampung setinggan di atas.

Page 57: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

57

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 48 (A35) Pelaksanaan projek yang tidak dipantau, diselia dan di selenggara dengan sewajarnya oleh pihak kontraktor adalah faktor utama penyumbang kepada kejadian banjir lumpur di kawasan Kg. Melayu. Apakah langkah proaktif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan agar permasalahan ini dapat diselesaikan? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Adalah dimaklumkan bahawa, masalah banjir lumpur yang berlaku di dalam perlaksanaan Projek Pelebaran Jalan Kenangan Kampung Melayu Majidee pada 7.2.2019 yang lalu adalah disebabkan oleh kelewatan kontraktor menurap jalan yang dilebarkan kerana terdapat kemudahan utiliti iaitu tiang elektrik dan paip air yang masih dalam peringkat pengalihan oleh agensi berkaitan. Ini menyebabkan permukaan jalan yang masih belum diturap telah terhakis dan masuk ke dalam 2 buah rumah terlibat. Bagi tindakan jangka pendek pihak kontraktor telah menjalankan kerja pembersihan rumah yang terlibat dan membaiki semula kerosakan jalan masuk dan bahagian pelebaran jalan yang belum diturap. Selain daripada itu kerja memasang bag-bag pasir untuk mengelakkan perkara yang sama berulang apabila hujan, juga telah dilaksanakan ditapak. Selanjutnya dari pemantauan di dapati apabila berlaku hujan pada hari-hari berikutnya perkara limpahan air lumpur ini tidak berlaku lagi. Manakala bagi tempoh jangka masa panjang pula, reka bentuk laluan masuk setiap rumah tersebut akan dibina longkang terbuka termasuk kekisi besi bagi mengelakkan air terus masuk ke kawasan rumah yang berasas rendah khasnya. Pihak TNB dijangka akan melaksanakan kerja-kerja pengalihan tiang pada minggu ketiga bulan Mac dan seterusnya pihak kontraktor dapat melaksanakan kerja-kerja turapan jalan.

Page 58: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

58

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 49 (A36) Sektor pelancongan dilihat antara penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Johor, malah ianya juga antara penerima peruntukkan terbesar dalam Bajet Johor 2019. Apakah pelan perancangan kerajaan khususnya dalam meningkatkan pembangunan industri pelancongan di Larkin menjelang Tahun Melawat Johor 2020? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa negeri Johor sememangnya mempunyai banyak tarikan pelancongan yang berpotensi untuk menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, kedudukan negeri Johor yang strategik iaitu di Selatan Semenanjung Malaysia telah menjadikan negeri ini sebagai salah satu pintu masuk utama pelancong ke Malaysia amnya dan negeri Johor khasnya terutama bagi mereka yang datang melalui penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dari negara Singapura ke terminal pengangkutan Larkin Sentral. Menyedari perkara ini maka kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai pihak/agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan khususnya yang berkaitan dengan pelancongan sentiasa akan cuba meningkatkan pembangunan industri pelancongan termasuklah di kawasan Larkin menjelang tahun Melawat Johor 2020. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan termasuklah:-

1. Perancangan mengadakan program lawatan “Stadium Tour” ke Stadium Larkin dan ke Galeri Bola Sepak Johor di Larkin.

2. Menggalakkan lawatan ke Kompleks Kraf tangan Johor yang terletak di kawasan

Larkin, Johor Bahru untuk mendapatkan barangan cenderamata Johor.

3. Menjadikan ‘ikonik’ Larkin seperti ‘Kacang Pool Haji Wahid’ dan asam pedas sebagai sesuatu yang mesti untuk dicuba atau dirasai bila berkunjung ke Larkin, Johor Bahru.

Page 59: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

59

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 50 (A37) Jumlah kanak-kanak terbiar dan kurang bernasib baik semakin meningkat dan amat membimbangkan berdasarkan jumlah pusat penempatan bagi kanak-kanak ini sangat terhad. Apakah mekanisme terbaik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan agar mutu kehidupan serta masa depan kanak-kanak ini terbela? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Jabatan mengambil maklum berkaitan isu penempatan bagi kanak-kanak di institusi yang terhad. Justeru Jabatan telah mengambil langkah-langkah bagi mengatasi isu tersebut seperti di bawah:

1. Memberi penekanan kepada Pemeliharaan berasaskan keluarga yang mana Kanak-Kanak boleh ditempatkan bersama keluarga ganti melalui proses mahkamah iaitu kepada Orang Yang Sesuai dan Layak sebelum dijadikan anak angkat jika perlu.

2. Mewujudkan lebih banyak Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) di setiap daerah

terutama bagi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berlakunya masalah sosial.

3. Mengerakkan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak di setiap daerah bagi membantu kanak-kanak dan keluarga.

4. Melantik Pembantu Pelindung bagi setiap daerah dalam usaha mengurangkan

beban Pelindung dan menjadi mata/telinga bagi kes kanak-kanak.

5. Menggiatkan lagi usaha-usaha kerjasama dengan Agensi-Agensi lain dan NGO melalui program Sahabat B.I.J.A.K untuk memberikan kesedaran kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Kerajaan Negeri juga sedang menaik taraf Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor dengan kos peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun 2019 bagi memberi keselesaan dan menambah kapasiti kanak-kanak daripada 30 orang kepada 50 orang.

Page 60: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

60

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 51 (A38) Nyatakan langkah-langkah pengawalan SAJ untuk memastikan tiada gangguan bekalan air pada musim perayaan khasnya di kawasan Kg. Sin Lik, Kangkar Bahru, Lam Lee dan Yong Peng. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Kampung Kangkar Baru menerima bekalan air dari Loji Air Yong Peng melalui tangki Kangkar Baru. Ranhill SAJ telah memasang in-line pumping dan telah mula mengoperasikan sistem tersebut pada sambutan Tahun Baru Cina 2019 dan telah dapat mengatasi tekanan rendah di kawasan Kangkar Baru termasuk Kg Sin Lek. Disebabkan masih terdapat paip lama jenis ‘asbestos cement’ (AC) di kawasan tersebut telah menyebabkan berlakunya gangguan kerana paip pecah. Ranhill SAJ juga telah membuat penggantian paip lama sepanjang 1.5 km di Jalan Nyior dan telah siap pada Oktober 2018.

Page 61: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

61

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 52 (A39) Apa bantuan yang telah atau bakal diberi oleh kerajaan kepada cawangan Mawar Dialysis Centre di Yong Peng yang mana pusatnya di Seremban akan diambil alih pihak ketiga supaya perkhidmatan dialisis tidak diganggu dan nyawa pesakit dapat dijamin? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Susulan penutupan Pejabat Mawar Dialisis Center di Seremban, pihak JKN telah diberi arahan untuk menyediakan pelan siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memastikan kesinambungan rawatan dialysis pesakit: Antara langkah yang telah diambil adalah:

1. Mengenal pasti bilangan dan butiran terperinci pesakit termasuk alamat kediaman dan jenis pengangkutan yang digunakan bagi memudahkan urusan penempatan dan pengangkutan pesakit.

2. Mengenal pasti fasiliti kesihatan kerajaan dan pusat rawatan hemodialisis

swasta berdekatan dan bilangan slot rawatan hemodialisis yang tersedia yang mampu menempatkan pesakit jika mereka perlu berpindah.

3. Mengenal pasti penaja dan sumber kewangan yang digunakan oleh pesakit bagi

membiayai rawatan dialisis mereka kesinambungan bayaran rawatan sekiranya pesakit dipindahkan ke tempat lain.

4. Pemantauan berterusan di pusat dialisis swasta terlibat bagi memastikan pesakit

mendapat rawatan berterusan. Sekiranya Pusat Dialysis Mawar di Yong Peng itu perlu ditutup, kerajaan akan memastikan pesakit ditempatkan sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan atau di pusat hemodialisis swasta berdekatan. Bantuan logistik serta saringan darah akan dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kelangsungan rawatan pesakit yang dipindahkan.

Page 62: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

62

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 53 (A40) Nyatakan langkah-langkah berjaga-jaga daripada kerajaan negeri untuk memastikan tiada kebocoran paip saluran gas (LPG) yang dipasang dibahu jalan di seluruh negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE 1. Tiada paip gas LPG yang ditanam di tepi-tepi Jalan. 2. Yang terdapat di tepi-tepi Jalan tersebut adalah talian paip gas ( Natural Gas @

Gas Asli) yang dimiliki oleh Pemegang Lesen - Gas Malaysia Berhad (GMB). Untuk makluman, paip gas tersebut dilindungi sistem kawalan karat dan tekanan di dalam talian paip gas dipantau dengan menggunakan SCADA sistem. Sistem Kawalan Karat bertujuan untuk memastikan keadaan paip sentiasa dalam keadaan paip. Sistem ini diselia sepenuhnya oleh GMB. Selain itu juga pihak GMB mengadakan rondaan setiap hari bagi memastikan tiada kerja-kerja yang melibatkan pihak ketiga yang boleh membahayakan talian paip gas asli tersebut. Sekiranya ada kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak ketiga, pihak GMB akan mengawasi kerja-kerja tersebut sepenuh masa

Page 63: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

63

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 54 (A41) Nyatakan langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah kemarau dan kekeringan empangan yang disebabkan fenomena el-dino. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Fenomena el-nino dijangka berakhir pada Mac 2019. Fenomena ini berlaku disebabkan penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh Negara. Bagaimanapun keadaan ini dijangka beransur-ansur reda bermula hujung April berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh Negara. Kerajaan negeri Johor telah bersiap siaga bagi menghadapi fenomena el - nino yang dijangka akan memberi kesan kepada kemerosotan paras air sungai dan penurunan paras air empangan. Bagi memastikan tiada gangguan pada sumber air mentah yang dibekalkan ke loji-loji rawatan air dan bekalan air terawat kepada pengguna, Kerajaan Johor telah menyempurnakan beberapa buah projek pemindahan sumber air dari satu lembangan ke lembangan, seperti penyaluran paip air mentah dari Empangan Seluyut ke Empangan Lebam (siap pada tahun 2018), penyaluran air mentah dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok (siap pada tahun 2016), penyaluran air mentah dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang (siap pada tahun 2018) dan penyaluran air mentah dari Empangan Kahang ke Sungai Sembrong Timur bagi bekalan ke LRA Sembrong Timur (siap pada awal 2019). Kerajaan Johor juga telah pembinaan tiga (3) buah telaga air tanah berhampiran Sungai Sedili Kecil bagi bekalan air ke LRA Lok Heng. Pada tahun ini juga, Kerajaan Johor telah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek pemindahan air mentah dari Empangan Machap ke Sungai Benut bagi bekalan air mentah ke LRA Simpang Renggam dan projek pemindahan air mentah dari Sungai Sedili Besar ke Sungai Gembut iaitu bagi bekalan air mentah ke LRA Gembut.

Page 64: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

64

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 55 (A42) Nyatakan langkah-langkah kerajaan supaya dapat menarik pelancong ke Yong Peng dari segi menaik taraf sistem pengangkutan, infrastruktur, keadaan jalan raya dan promosi tempat pelancongan yang menarik di Yong Peng. JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Untuk makluman, pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) telah melaksanakan kerja - kerja membaik pulih keadaan jalan raya di bawah seliaan Majlis Daerah Yong Peng melalui peruntukkan MARRIS yang diterima. Selain itu, penyelenggaraan kemudahan awam sedia ada seperti tandas awam, gerai dan taman permainan turut dilaksanakan bagi menyokong aktiviti pelancongan di kawasan Yong Peng Membangun dan menaik taraf lokasi-lokasi potensi pelancongan seperti Pekan Ayer Hitam, Arena Warna, Berek Polis Parit Sulong, Dataran Yong Peng. Mempelbagaikan daya tarikan dengan mural-mural di beberapa lokasi yang strategik. Hubungan yang akrab bersama persatuan peniaga, pemandu-pemandu pelancong juga menjadi teras utama dalam meningkatkan kemasukan pelancong ke kawasan Majlis Daerah Yong Peng. Terbaru dengan mencadangkan pembangunan di tapak-tapak lokasi potensi seperti sawah sagil. Bagi tujuan promosi, Majlis Daerah Yong Peng telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Yong Peng dan Ayer Hitam. Lawatan ini turut disertai oleh YB Puan Chew Peck Choo, wakil dari MOTAC, wakil dari Tourism Johor serta Ahli-ahli Majlis. Selain itu, Pertandingan Fotografi Tempat-tempat menarik di Yong Peng juga telah diadakan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang. Majalah ‘DESTINASI’ Majlis Daerah Yong Peng juga telah dierbitkan bagi mempromosikan tempat-tempat menarik di Yong Peng. Majalah ini telah diedarkan ke jabatan-jabatan lain bagi tujuan memperkenalkan dan promosi. Tidak ketinggalan, promosi di media sosial juga telah dibuat melalui ‘Facebook’ dan ‘Instagram’. Ini termasuk juga di dalam Portal Majlis Daerah Yong Peng.

Page 65: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

65

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 56 (A43) Apa rancangan Majlis Daerah Yong Peng dalam penyelesaian banjir kilat dan mesin judi di dalam kawasan DUN Yoong Peng? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Mesyuarat koordinasi bersama JKR dan JPS Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 18 Disember 2018 bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir kilat serta punca dan kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah banjir sebaik mungkin. Sebagai langkah penyelesaian, Pihak Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf perparitan dalam kawasan pentadbiran MDYP melalui peruntukan yang dimohon di bawah MARRIS dan BP 1 KPKT. Manakala, pihak JKR dan JPS juga membuat pelbagai penyelesaian seperti masalah banjir kilat di jalan utama serta permohonan program tambatan banjir.

Page 66: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

66

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 57 (A44) Minta dinyatakan langkah yang telah atau bakal di ambil oleh Kerajaan Negeri merealisasikan prinsip “good governance” selari dengan perlaksanaan National Anti-Corruption Plan yang dilancarkan baru-baru ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Integriti Setiausaha Kerajaan Johor telah dan sedang melaksanakan inisiatif ini, seperti berikut:-

1. Memantapkan penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kerajaan Negeri Johor dalam menangani aduan, cadangan dan penambahbaikan bagi meningkatkan tadbir urus Pentadbiran Awam Negeri Johor.

2. Menubuhkan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kerajaan Johor yang akan

dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor.

2.1 Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 mengenai pemantapan governans, integriti dan anti rasuah dalam pengurusan pentadbiran kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan governans, intergriti dan Anti-Rasuah Kebangsaan, menjadi asas rujukan Kerajaan Negeri Johor.

2.2 Arahan YAB PM No1 Tahun 2018 menetapkan semua ketua setiausaha,

Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan Persekutuan untuk menubuhkan JAR di peringkat masing-masing.

2.3 Terma rujukan:

2.3.1 Pengukuhan Governanas & Integriti. 2.3.2 Sistem & Prosedur kerja. 2.3.3 Dasar, Perundangan & Peraturan. 2.3.4 Pengesanan, Pematuhan, Punitif dan Pemulihan.

2.4 Peranan JAR peringkat kerajaan Negeri:

2.4.1 Mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah penambahbaikan

berdasarkan terma rujukan yang ditetapkan.

2.4.2 Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian dan cadangan penambahbaikan kepada JAR peringkat kebangsaan.

Page 67: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

67

2.5 Laporan diangkat ke peringkat kebangsaan tiga kali setahun.

3. Selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan Siri 1 Bil.1 pada 18 Februari 2019 memutusakan semua ketua jabatan bertanggungjawab untuk tidak lagi menerima surat sokongan sebagai arahan atau keputusan daripada anggota pentadbiran atau individu berpengaruh.

4. Melakukan lawatan mengejut (Mystery Shopping Integriti) terhadap jabatan yang

berisiko.

5. Selaras dengan pembentangan belanjawan 2019 di bawah teras keenam urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik seperti berikut: 5.1 Sistem Pengurusan Audit Nilan (SPAN) akan dibangunkan bagi

meningkatkan amalan terbaik dalam agensi dan staf perkhidmatan awam. 5.2 Mewujudkan Tindakan Pelan Integriti Organisasi Pejabat Setiausaha

Kerajaan Johor 5.3 Program Integriti bersama pihak terlibat bagi mencegah aktiviti yang

menyalahi Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan tataterbib) 1993

Page 68: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

68

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 58 (A45) Minta dinyatakan perkembangan berkaitan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Johor dan kesediaan kerajaan melantik wakil pembangkang. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor akan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Johor (MTENJ) sebagai usaha memastikan pertumbuhan rancak berterusan di Johor. MTENJ akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan senarai barisan Ahli Jawatankuasa MTENJ kini berada pada peringkat proses penelitian akhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Pemilihan Ahli Jawatankuasa MTENJ adalah terdiri daripada tokoh-tokoh dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan ekonomi. Bagi kesediaan melantik wakil pembangkang, Pengerusi MTENJ akan memperhalusi perkara ini bersama-sama Ahli MTENJ yang akan dilantik.

Page 69: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

69

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 59 (A46) Minta dinyatakan apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri berkaitan dengan dasar dan hala tuju Kerajaan Baru di Negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan negeri berhasrat untuk membawa negeri Johor untuk muncul sebagai kuasa ekonomi khususnya di rantau Asia. Bagi memastikan kerajaan negeri mencapai hasrat tersebut, Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 dengan cogankata Negeri Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari sedang dirangka yang akan akan menjadi rujukan utama yang akan memandu strategi pembangunan menyeluruh Johor dan dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun 2019. Tempoh ini diperlukan bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri mendapatkan input daripada semua pihak berkepentingan khususnya Bangsa Johor tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Pelan ini mempunyai dua (2) visi utama iaitu untuk memacu negeri Johor ke arah negeri berdaya saing melalui pembangunan yang mampan dan dinamik dan membangunkan Bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik dengan penekanan kepada modal insan yang progresif, berinovasi dan bestari. Pelan ini juga merupakan dokumen rujukan yang holistik yang bukan sahaja bertumpu pada soal ekonomi bahkan ianya akan merangkumi aspek sosial dan modal insan dan merangkumi lapan teras utama meliputi Pembangunan lestari, Pemuliharaan sumber, Penggerak zon perdagangan dan komuniti digital, Demokrasi dinamik dan kesaksamaan sosial, Memodenkan sistem pendidikan Islam, modal insan dan warisan budaya,Urus tadbir cekap, berintegriti dan demokratik, Pesona srikandi dan Inspirasi idealis anak muda.

Page 70: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

70

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 60 (A47) Minta dinyatakan apakah kaedah dan prinsip Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf Pembangkang, khusus berkaitan polisi dan hala tuju perancangan Kerajaan, kerana dengan memberi elaun RM3,000 dan pejabat tidak menggambarkan amalan kerajaan semak dan imbang. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dewan Negeri (DUN) Johor telah pun mengiktiraf ketua pembangkang, di mana ia tidak dipraktikkan ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Kerajaan negeri telah memberikan kelulusan peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri (ADUN) pembangkang serta ADUN Bebas. Pendekatan ini merupakan sesuatu yang dinamik dilakukan oleh DUN Johor secara berperingkat dan hal ini bertujuan bagi mengimbangi suara yang ada di dalam Dewan yang mulia ini. Berkaitan perkara yang dibangkitkan berkenaan polisi dan hala tuju Kerajaan Negeri Johor. Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor terbuka dalam menerima sebarang cadangan, pandangan mahupun kritikan daripada semua pihak, termasuk ADUN Pembangkang bagi memastikan setiap agenda yang dilakukan memberikan manfaat kepada rakyat. Pihak kerajaan, akan menerima segala perkara yang dibangkitkan oleh ketua pembangkang di dalam Dewan yang mulia ini, terutamanya yang berkaitan dengan polisi serta hala tuju yang boleh ditambah baik. Dan juga, kami di pentadbiran Kerajaan Negeri Johor sentiasa terbuka untuk melaksanakannya. Mari kita bersama-sama berganding bahu dalam membangunkan negeri Johor dan, demi kesejahteraan rakyat Johor.

Page 71: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

71

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 61 (A48) Minta dinyatakan jumlah pelaburan terkini Negeri Johor dan apakah peranan Invest Johor dalam menarik pelaburan asing mahupun tempatan ke dalam Negeri Johor. Minta dinyatakan apakah hasil lawatan YB EXCO ke Dubai dalam menarik pelaburan baru ke dalam negeri. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Sehingga September 2018, Negeri Johor telah menerima pelaburan sebanyak RM26.53 billion di mana RM22.78 billion iaitu 85.86% dari keseluruhan pelaburan merupakan Pelaburan Luar Asing (FDI) manakala RM3.75 billion atau 14.14% adalah dari pelaburan tempatan. Dari segi pecahan pelaburan, Negara Indonesia merupakan penyumbang terbesar pelaburan asing di Negeri Johor sehingga September 2018 di mana sebanyak RM8.416 bilion diikuti pelaburan dari Belanda iaitu sebanyak RM7.541 bilion, Negara China sebanyak RM2.805 bilion, pelaburan dari Amerika Syarikat sebanyak RM2.359 bilion dan Negara Jepun sebanyak RM719 juta pelaburan telah melabur di Negeri Johor sehingga September 2018. Pelbagai usaha telah dijalankan dalam menarik pelaburan ke Negeri Johor. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) yang kini dalam proses diperkasakan dengan nama yang baru iaitu Invest Johor di mana ianya sebuah agensi kerajaan di bawah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Sebagai sebuah agensi pusat sehenti (One Stop Centre), JSIC berperanan membantu pelabur yang ingin melabur dan membawa masuk pelaburan luar dan dalam negara ke Negeri Johor dan ianya memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh bakal pelabur dapat dipenuhi dengan kerjasama agensi kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JSIC juga telah menyertai Misi Galakan ke luar negara dengan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara dan mempromosikan Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia sama ada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara.

Page 72: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

72

Untuk tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyertai Misi Perdagangan ke Dubai dari 16 sehingga 20 Februari 2019. Hasil dari lawatan kerja tersebut, Kerajaan Negeri telah mengadakan satu perbincangan peringkat akhir dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Dubai yang berminat untuk melabur di Johor dengan jumlah pelaburan RM40 juta. Syarikat pembuatan dan pembinaan tersebut dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya di dalam kawasan Iskandar Malaysia pada September 2019.

Page 73: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

73

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 62 (A49) Minta dinyatakan apakah hasil “task force” yang dilantik Kerajaan Negeri sekarang untuk mengkaji berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor dan di Kompleks Sultan Abu Bakar. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Keadaan kesesakan di CIQ BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) telah pun sampai ke satu tahap yang serius dan perlu mendapat perhatian penuh oleh Kerajaan Malaysia dari segi pemantauan, penambahbaikan, peruntukan, kepakaran dan lain – lain tindakan yang wajar demi untuk menyelesaikan permasalahan kesesakan tersebut. Seperti yang kita maklum, sempadan Malaysia/Singapura di CIQ BSI dan CIQ KSAB merupakan pintu masuk sempadan paling sibuk di dunia di mana seramai 321 777 orang keluar atau masuk melaluinya setiap hari (angka data 2018). Penubuhan dua Taskforce untuk proses pemantauan sebenarnya amat membantu dalam usaha mencari penyelesaian strategik bagi menghadapi masalah kesesakan tersebut. Tambak Johor Hasil daripada pemantauan taskforce didapati terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian segera seperti berikut:

1. Penubuhan Agensi Tunggal yang akan bertindak sebagai kunci penyelesaian mengurangkan proses birokrasi jabatan bagi memudahkan pengurusan. Kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat amat diperlukan untuk penubuhan agensi tunggal ini.

2. Penambahan kakitangan di CIQ untuk menampung keperluan yang meningkat 3. Penyelarasan algoritma M-Bike bertujuan penjimatan masa. 4. Pembangunan perisian untuk pengurusan tenaga kerja Imigresen yang

bertujuan untuk kelancaran masa bekerja dan penyelarasan masa pertukaran shift bekerja.

5. Penambahbaikan kaunter Kastam dan tatacara flesibiliti kaunter di perkenalkan untuk memaksimumkan penggunaan kepada lori tanpa muatan dan kenderaan ringan. Pemasangan Egate dan CCTV perlu diberi perhatian dan keutamaan untuk kemudahan pengurusan operasi di kaunter kastam dan imigresen.

6. Mengkaji penggunaan e-payment selain penggunaan kad “TouchN’ Go”. Fleksibiliti ini membolehkan penggunan mempunyai banyak pilihan bayaran dan persediaan mereka lebih mudah.

7. Harga tiket KTM dan sistem tempahan tiket perlu dikaji semula kerana faktor nilai mata wang.

Page 74: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

74

8. Masalah bas-bas kilang yang mengangkut penumpang awam tanpa kebenaran perlu diambil tindakan tegas.

Komplek Sultan Abu Bakar (KSAB) Komplek Sultan Abu Bakar (KSAB) telah mula beroperasi sejak tahun 1998, yang asalnya memberi tumpuan kepada kenderaan berat dan kini kepenggunaan pelbagai jenis kenderaan adalah berjumlah sepuluh kali ganda dari jangkaan kepenggunaan ketika pembinaan KSAB. Secara umumnya ruang dan infrastuktur dalam bangunan kini dikatakan tidak lagi mampu menampung kepenggunaan kini, terutamanya pada waktu kemuncak kesesakan untuk hari biasa iaitu pada 5.00 pagi sehingga 8.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 8.00 petang. Antara intipati dalam laporan berkenaan Task Force Lalu lintas KSAB, ialah

1. Faktor kesesakan lalu lintas di KSAB adalah: a. Di kawasan masuk ke Malaysia, barisan kenderaan berat yang

menunggu urusan melintas sempadan terlalu panjang, dan menyebabkan kesesakan jalanraya yang Cuma dua laluan sahaja.

b. Lanjutan dari insiden di atas, jika berlakunya pemandu yang tidak ingin beratur dan memotong barisan, membuat keadaan lalu lintas lebih teruk.

c. Selain itu, disebabkan barisan kenderaan berat adalah campuran lori, bas awam dan bas persiaran, bas memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke bangunan untuk urusan melintasi sempadan khas untuk penumpang bus.

d. Tambahan atas ruang dalam bangunan bas amat terhad, kaunter imigresen (manual dan E-gate) bersama Cuma ada satu scanner kastam untuk setiap bangunan dalam bangunan tersebut tidak mencukupi untuk menampung penumpang bus yang semakin ramai ini,

2. Antara cadangan yang untuk menambah baik keadaan lalu lintas di sekitar KSAB adalah:

a. Memandangkan ada tanah kosong untuk tujuan menunggu urusan kastam di sebelah laluan kenderaan berat beratur di pintu masuk Malaysia, dicadangkan supaya ada laluan khas bagi lori terus masuk ke tanah lapang tersebut, untuk menunggu urusan merentasi sempadan dan bukan tunggu di Lebuhraya.

Page 75: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

75

Seterusnya, jika laluan masuk di atas Berjaya dilakukan, laluan masuk yang dijangkakan kosong dicadangkan untuk digunakan pelebaran laluan bas dan dapat mengasingkan bas awam dan bas persiaran.

b. Unit Penguat kuasa dan pengawal lalu lintas amatlah diperlukan, terutamanya pada waktu kemuncak, untuk memastikan kenderaan berada di laluan yang ditetapkan dan dapat membanteras fenomena pemotongan barisan.

c. Sememangnya, adalah pemasangan CCTV yang lebih bukan sahaja dapat membantu dalam memantau lalu lintas tetapi juga untuk keselamatan sekitar kawasan KSAB.

d. Melalui pemerhatian pihak kita terhadap laluan M-bike ketika waktu kemuncak, kami dapati ada ruang yang kosong antara barisan motosikal dengan kaunter-kaunter M-bike di blok B, walaupun kesesakan di ruang masuk barisan motosikal. Untuk memaksimumkan ruang dan infrastruktur yang sedia ada, selain dari ada pengawal lalu lintas untuk mengarahkan penunggang kebarisan yang sepatutnya, cadangan pelebaran di kawasan masuk ruang menunggu penunggang.

e. Selama ini, di KSAB telah pun mengadakan siystem laluan kontra

untuk menyuraikan kenderaan ketika waktu kemuncak, memandangkan ada batas infrastruktur untuk masa kini. Untuk melancarkan proses laluan kontra ini, satu Lorong dari kawasan masuk ke KSAB ke ruang kawasan keluar dari KSAB dicadangkan.

f. Semua kenderaan perlu membuat bayaran tol Link Kedua di 500 m sebelum memasuki KSAB, dengan menggunakan Touch n Go, dan untuk kereta asing pula perlu membuat bayaran road charge sekali lagi selepas mengendali dokumen perjalanan dengan Touch n Go.

Sehubungan itu, saya berpendapat jika kedua-dua bayaran tersebut boleh disatukan di Tol sebelum KSAB, boleh memendekan masa kenderaan dalam KSAB, memandangkan Tol tersebut boleh membuat tambah nilai untuk Touch n Go.

g. Penambahan kaunter dan Ekauter selaras dengan Tuas check point:

Page 76: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

76

h. Masih lagi kekurangan bilangan pegawai untuk beroperasi di kauter

pemeriksaan imegresen, justeru penambahan kakitangan amat diperlukan.

i. Dicadangkan masa pertukaran Syif untuk pegawai imigresen dari 7 pagi sehingga 3 petang, 3 petang ke 11 malam, dan 11 malam ke 7 pagi, ke 8 pagi ke 4 petang, 4 petang ke 12 tengah malam, 12 tengah malam ke 8 pagi.

j. Hal ini kerana waktu kemuncak kesesakan untuk hari biasa iaitu pada 5.00 pagi sehingga 8.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 8.00 petang, petukaran syif pada pukul 7 pagi memerlukan masa dan telah melewatkan lagi proses penyuraian barisan kenderaan.

k. Pihak kami juga menyeru supaya suatu agensi untuk menguruskan semua agensi-agensi kerajaan dalam CIQ KSAB.

l. Penambahan scanner untuk kedua-dua penumpang bas dan lori amatlah diperlukan untuk melancarkan lagi penggerakan penumpang dan lori

m. Cadangan menggabungkan kedua-dua bangunan bas untuk menambah ruang untuk penumpang bas.

Page 77: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

77

n. Masalah kesesakan lalu lintas yang merentasi dua Negara perlu kerjasama antara dua Negara dan perlu penyelarasan antara dua negara.

3. Pengurusan bangunan dan infrastuktur yang amatlah tidak memuaskan, hal

ini bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kakitangan yang bekerja di KSAB malahan sebagai pintu masuk Negara kita, telah pun menjejaskan imej Negara kita, antaranya:

a. Tandas awam bukan sahaja berkurangan di KSAB, terutamanya langsung tiada tandas sebelum pemeriksaan imigresen, tambahan pihak kami sentiasa menerima kebersihan tandas awam yang ada juga tidak memuaskan.

b. KSAB merupakan bangunan beroperasi selama 24 jam tetapi bukan semua bangunan dibekalkan penghawa dingin selama 24 jam hal ini telah menyebabkan ketidakselesaan pegawai yang bertugas dalam bangunan KSAB. Diruang menunggu bas juga mengalami liputan penghawa dingin yang tidak menyeluruh juga menyebabkan keselesaan pengguna di ruang tersebut

c. Keselesaan keadaan bekerja terutamanya di Kaunter Imigresen dan Kastam amatlah tercabar terutamanya tidak dibekalkan kerusi yang tahan duduk untuk jangka masa yang panjang. Tambahan kaunter tersebut telah uzur dan tiada pembaikan dilakukan.

d. Keadaan jalan raya yang berlubang telah membahayakan pengguna jalan raya di KSAB

e. Gangguan bekalan elektrik masih berlaku di KSAB dengan kekerapan yang agak tinggi dan dalam tahun ini sahaja telah berlaku sebanyak 3 kali dan telah mengganggu urusan pemeriksaan imigresen dan seterusnya melambatkan lagi perjalanan pengguna KSAB.

f. Ketiadaan bumbung (awning) di tempat menunggu penumpang bas, kaunter motosikal dan kaunter pemeriksaan bas telah mengganggu kerja pemeriksaan ketika hujan.

g. Kawalan keselamatan di KSAB amatlah longgar, dan telah berlaku beberapa kali kes samun dalam bangunan tersebut.

Page 78: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

78

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 63 (A51) Senaraikan secara terperinci langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya jalan Ayer Hitam ke Batu Pahat. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Beberapa langkah yang sewajarnya telah diambil bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalan raya Jalan Ayer Hitam ke Batu Pahat dengan dengan perlaksanaan kerja-kerja seperti berikut : i- Memasang papan tanda keselamatan ii- Membina laluan pejalan kaki iii- Memasang chain link pedestrian fence iv- Memasang amber light Selain itu, cadangan menaik taraf jalan tersebut telah di senarai utamakan oleh kerajaan negeri di dalam permohonan

Page 79: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

79

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 64 (A52) Senaraikan secara terperinci langkah pihak kerajaan untuk membantu golongan pekebun kecil? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak Kerajaan khususnya Jabatan Pertanian bagi membantu golongan pekebun kecil. Antaranya ialah dibawah Projek Pembangunan Industri Pengeluaran Tanaman Makanan Utama, sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan untuk pembangunan industri buah-buahan, RM400,000 untuk tanaman sayur-sayuran dan tanaman ladang, serta RM50,000 untuk tanaman herba dan rempah ratus. Projek ini dilaksanakan adalah bagi menjamin pengeluaran tanaman makanan yang berterusan dan seterusnya menyumbang ke arah mengekalkan negeri Johor sebagai hab pengeluaran utama tanaman makanan Negara. Selain itu, pihak Jabatan juga membantu pekebun kecil melalui Program Galakan Peningkatan Pengeluaran Pertanian (PG3P). Program ini dilakukan adalah bagi memberikan galakkan petani kecil bagi meneruskan projek pertanian yang diusahakan serta untuk meningkat hasil pengeluaran pertanian. Projek ini akan disalurkan kepada petani yang mengusahakan tanaman berskala kecil dan kurang berkemampuan dalam membiayai sesuatu projek. Melalui galakan ini juga, ia dapat mengurangkan sedikit kos pengeluaran petani terutamanya kos bahan input pertanian dan peralatan ladang akibat kesan peningkatan harga bahan input di pasaran dunia. Pada tahun ini disasarkan seramai 250 orang petani akan menerima faedah daripada program ini dengan nilai peruntukan sebanyak RM250,000.00. Bukan sahaja dengan bantuan peruntukan yang diberikan, malah Kerajaan melalui Jabatan Pertanian juga membantu golongan pekebun kecil dengan melibatkan mereka menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Jabatan. Kursus yang dijalankan adalah berbentuk jangka pendek dan diberikan secara percuma kepada petani untuk mempertingkatkan kemahiran pertanian. Melalui latihan atau kursus yang dijalankan ini, diharapkan dapat meningkatkan hasil pengeluaran tanaman serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi petani. Bagi pekebun kecil getah pula, kerajaan telah komited memberikan tanggungjawab ini kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam memodenkan sektor pekebun kecil getah. Secara asasnya, sejak ditubuhkan pada tahun 1972 RISDA telah pun menyediakan bantuan Tanam Semula Getah yang pada hari ini berjumlah RM 9,230.00 sehektar bagi tempoh 5 tahun penanaman. Bantuan ini disediakan dalam bentuk wang tunai, bantuan benih dari klon terbaik serta bekalan baja premium bagi menggantikan kebun-kebun

Page 80: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

80

getah yang tidak lagi ekonomik dan hasilnya yang tidak lagi memuaskan. Dalam masa yang sama, bantuan pembelian mesin-mesin bagi menggalakkan masyarakat pekebun kecil getah menceburi bidang keusahawanan juga disediakan, bantuan berjumlah maksimum sehingga RM10,000 diberikan terhad kepada sebuah keluarga pekebun kecil. Selain daripada itu, Skim bantuan baja dan pembekalan alat penoreh juga diberikan bagi membantu meringankan beban pekebun kecil getah apabila kebun getah sudah mula boleh ditoreh. Subsidi bekalan baja juag diberikan kepada pekebun kecil getah yang terpilih bagi meningkatkan produktiviti kebun mereka. Khidmat nasihat teknikal dalam memastikan semua pekebun kecil getah melaksanakan Amalan Pertanian Baik atau G.A.P (Good Agriculture Practices) juga menjadi keutamaan dengan penganjuran pelbagai acara diperingkat lapangan. Bagi menjayakan hasrat ini, RISDA Negeri Johor telah diberikan peruntukan berjumlah RM 16,455,928.00pada tahun 2019 yang akan memanfaatkan 18,513 orang pekebun kecil getah seluruh Negeri Johor.

Page 81: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

81

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 65 (A53) Senaraikan secara terperinci apakah perancangan pihak kerajaan untuk menaik taraf Kinik Kesihatan Parit Raja? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Jabatan Kesihatan Negeri Johor khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat mengambil maklum akan keperluan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Parit Raja sedia ada dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, bagi tujuan keselesaan pesakit dan kakitangan klinik, kerja-kerja pembaikan kecil telah dilaksanakan pada tahun 2018 menggunakan Peruntukan Mengurus iaitu membaik pulih kebocoran bumbung, pembaikan tandas, perpaipan dan kumbahan, pembaikan pintu, awning dan ramp untuk kegunaan kerusi roda dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Selain itu, kerja-kerja pendawaian semula di Klinik Pergigian Parit Raja telah dilaksanakan dengan kos sebanyak RM56,716.09. Untuk makluman, pesakit juga boleh mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik yang terletak berhampiran dengan Klinik Kesihatan Parit Raja iaitu Klinik Desa Jelutong yang berjarak 5 kilometer, Klinik Desa Lapis Sempadan yang berjarak 7 kilometer, Klinik Desa Talang Bunut yang berjarak 8 kilometer, Klinik Desa Sri Paya yang berjarak 10 kilometer serta Klinik Kesihatan Ayer Hitam dan Klinik Kesihatan Sri Gading yang berjarak 14 kilometer. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga sentiasa akan menimbangkan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Parit Raja mengikut keperluan.

Page 82: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

82

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 66 (A54) Senaraikan secara terperici langkah yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap keselamatan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Langkah pertama dalam menjaga keselamatan sekolah sekolah tahfiz dan sekolah agama ini ialah pendaftaran sekolah sekolah ini dengan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor. Semasa proses pendaftaran ini berlangsung, sekolah ini harus mematuhi segala peraturan pendaftaran yang disenaraikan, antaranya ialah:

1. Panduan langkah keselamatan pencegahan kebakaran yang disyorkan oleh pihak bomba hendaklah dipatuhi. Alat alat pencegahan kebakaran hendaklah dipastikan berfungsi dan sentiasa diperiksa oleh pihak bomba.

2. Perlu Perakuan PDRM dan bekerjasama dengan pihak PDRM yang

menyediakan seorang pegawai setiap sekolah yang bertujuan memantau dan memberi nasihat kepada pihak sekolah.

3. Peti ubat untuk rawatan ringan hendaklah ada dan sentiasa dilengkapi. 4. Semua murid yang bersekolah di sekolah ini hendaklah didaftarkan dengan

lengkap segala rekod peribadinya.

Page 83: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

83

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 67 (A55) Senaraikan dengan terperinci sekolah-sekolah yang mendapat peruntukan 2019? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Untuk Tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM26 Juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bagi tujuan penyelenggaraan/ pembaikan kecil untuk sekolah-sekolah. Perbelanjaan peruntukan ini adalah berdasarkan keutamaan skop yang akan disyorkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Johor dengan memberi keutamaan kepada kerosakan kritikal dan mengganggu keselamatan, keselesaan serta proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Manakala bagi kerja-kerja pembaikan yang memerlukan kepakaran teknikal, keutamaan dan pelaksanaan kerja akan dirujuk kepada Agensi Teknikal yang berkaitan. Walau bagaimanapun, butiran dan perincian tentang perkara ini masih belum diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 84: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

84

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 68 (A57) Minta nyatakan perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri dalam menghadapi masalah perparitan dan jalan raya di kawasan kampung, terutamanya di daerah Kota Tinggi yang sering berlakunya banjir kilat. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Bagi kawasan luar bandar yang berisiko tinggi mengalami banjir, program tebatan banjir oleh JPS akan dilakukan terlebih dahulu sebelum infrastruktur seperti jalan dibina.

Page 85: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

85

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 69 (A58) Minta nyatakan perancangan dan tindakan baharu Kerajaan Negeri (bukan usaha Kerajaan BN sebelum ini) bagi membantu rakyat yang mempunyai masalah tempat tinggal di kawasan luar bandar. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD KPLB masih meneruskan program seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin dan Projek Pemajuan Kawasan (cth : PPK Parit Makuasang, Pontian) ditambah baik dengan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). Rumah-rumah yang dibina menerusi program PPRT juga telah menggunakan teknologi IBS.

Page 86: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

86

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 70 (A59) Minta nyatakan pendekatan Kerajaan Negeri dalam mengawal kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, terutamanya pada waktu puncak. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Punca utama kesesakan lalu lintas di kawasan bandar adalah disebabkan terdapat banyak kenderaan persendirian yang berada di atas jalan raya. Kenderaan persendirian ini akan bertambah dari semasa ke semasa kerana sistem pengangkutan awam sedia ada tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik kepada warga kota. Pihak kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) untuk merancang, melaksanakan dan memantau perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Johor terutama di bandar Johor Bahru dengan matlamat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Bandaraya ini. PAJ mempunyai Pengurusan dan anggota yang professional yang mana gaji mereka di bayar oleh semua PBT yang terlibat iaitu MBJB, MPKu dan MPPG telah dan sedang menjalankan kajian perlaksanaan menyedia dan mempertingkat kemudahan pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas BRT, monorel dan LRT yang akan dibangunkan di kawasan Bandaraya Johor Bahru dalam tempoh beberapa tahun akan datang ini.

Page 87: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

87

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 71 (A60) Minta nyatakan peraturan baharu (jika ada) yang melibatkan penganjuran pasar malam, pasar minggu dan seumpamanya di negeri Johor, serta bagaimana penglibatan persatuan peniaga dalam penganjuran ini. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman dewan, tiada perubahan dalam peraturan dan UUK yang melibatkan penganjuran pasar malam dan pasar minggu di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kecuali Majlis Bandaraya Iskandar buat masa ini. Namun, Majlis Bandaraya Johor Bahru sedang dalam proses menambah baik Garis Panduan dan Dasar Penganjuran Pasar Malam/ Pasar Sehari Pagi dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan sedang berada di peringkat akhir sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk kelulusan dan digunapakai dalam masa terdekat. Antara objektif penambahbaikan ialah mendidik pihak penganjur dan peniaga supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan undang-undang secara berterusan, efektif dan berkesan dijalankan. Manakala, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengambil inisiatif mengambil alih kesemua penganjuran pasar malam di bawah kendalian pihak persatuan termasuk kerja-kerja pembersihan sampah pasar selain meningkatkan kawalan kebersihan dan pemantauan pelesenan.

Page 88: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

88

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 72 (A61) Minta nyatakan pendirian rasmi Kerajaan Negeri dalam isu integriti, khususnya yang melibatkan penjawat awam dan juga lantikan politik sama ada dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR 1. Kerajaan Negeri Johor tidak berkompromi terhadap salah laku yang dilakukan

oleh semua penjawat awam Negeri Johor. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap ketidakpatuhan sebagai penjawat awam tidak mengira dari segi jawatan, gred dan taraf lantikan.

2. Pihak SPRM bersama-sama Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

menjadi penyumbang utama ke arah pengukuhan budaya kerja berintegriti dan tadbir urus cemerlang jabatan dan agensi kerajaan di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Johor.

Page 89: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

89

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 73 (A62) Sekolah-sekolah agama seluruh negeri Johor tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi. Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi perkara ini yang boleh menjejaskan pencapaian sekiranya ia tidak diatasi. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Pihak jabatan mengambil serius terhadap isu kekosongan jawatan bagi guru-guru agama kerajaan johor. 1. Pada 1.8. 2009 SPAJ telah membuat lantikan seramai 589 org DG29 2. Pada 1.4.2012 seramai 426 DG29 telah dilantik 3. Pada 1.4.2013 seramai 85 orang 4. Pada 1.11.2013 seramai 196 orang guru DG29 telah dilantik 5. Pada 2.3.2014 seramai 78 orang 6. Pada 1.2.2015 seramai 134 orang guru 7. Pada 5.5.2015 seramai 131 orang DG29 8. Pada 1.6.2017 seramai 79 orang DG29 telah dilantik Jumlah guru DG29 setakat ini seramai 1718 orang Kekosongan setakat ini adalah sebanyak 850 waran yang belum diisi, walau bagaimanapun Sekolah Agama Kerajaan Johor juga ditampung dengan lantikan guru-guru KAFA seramai 2000 orang telah dilantik.

Page 90: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

90

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHiM (SENGGARANG) SOALAN 74 (A63) Apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk meluaskan perjalanan laluan bas muafakat Johor sehingga ke pantai Minyak Beku yang mana suatu masa dahulu ada perkhidmatan bas ke kawasan tersebut. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pada masa sekarang ini, Pihak PAJ menerima banyak cadangan penambahan laluan dan antara cadangan yang diterima adalah untuk memanjangkan laluan sedia ada hingga ke Pantai Minyak Beku. Pihak PAJ tidak mempunyai sebarang halangan untuk memanjangkan perkhidmatan BMJ sehingga ke Pantai Minyak Beku memandangkan antara tujuan perkhidmatan BMJ ini diwujudkan adalah untuk aksesibiliti dan kemudahsampaian rakyat kepada kawasan tumpuan seperti pusat tumpuan pelancongan, bangunan kerajaan, hospital, sekolah dan pusat beli-belah. Sekiranya, cadangan laluan ini hendak diteruskan, pihak PAJ terlebih dahulu akan membuat kajian bagi mengetahui tahap keperluan perkhidmatan pengangkutan awam dikawasan ini dengan lebih lanjut melalui maklumat seperti jumlah permintaan, O-D (Origin-Destination / Asal-Destinasi) dan kumpulan pengguna yang inginkan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, sekiranya perkhidmatan BMJ disediakan di kawasan tersebut kos operasi adalah tertakluk kepada kesanggupan Pihak Berkuasa Tempatan.

Page 91: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

91

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHiM (SENGGARANG) SOALAN 75 (A64) Di dalam Titik Fokus #194 Belanjawan Negeri Johor, sebanyak 5,767 permohonan penyelesaian permohonan tanah berkelompok akan diselesaikan di seluruh Johor dan apakah status penyelesaiannya setakat ini bagi daerah Batu Pahat. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pentadbiran Tanah Johor, komited untuk menyelesaikan sebanyak 5,767 permohonan tanah berkelompok sebagaimana Titik Fokus #194 yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Johor 2019. Sehingga kini daripada sebanyak 5,767 permohonan tersebut, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah telah memajukan perakuan melibatkan sejumlah 1337 permohonan tanah berkelompok iaitu 23.2% kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor untuk tindakan selanjutnya. Bagi Daerah Batu Pahat, sejumlah 262 permohonan tanah berkelompok yang disasarkan untuk diselesaikan dalam tahun 2019 dengan melibatkan 7 buah kampung / kawasan iaitu Kampung Rahmat 47 permohonan, Kampung Nawi Jaya 43 permohonan, Kampung Haji Kamisan 45 permohonan, Kawasan Batu 10 Jalan Labis 28 permohonan, Kampung Parit Terus 16 permohonan, Kawasan Jalan Sri Pasir 61 permohonan dan Kampung Parit Simis Darat 22 permohonan. Daripada sejumlah 262 permohonan tersebut, Pejabat Tanah Batu Pahat telah memajukan perakuan yang melibatkan 88 permohonan tanah berkelompok iaitu Kampung Nawi Jaya 43 permohonan dan Kampung Haji Kamisan 45 permohonan. Permohonan bagi 2 perkampungan ini telahpun diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Pentadbiran Tanah akan mengambil tindakan segera untuk mengeluarkan surat keputusan beserta Notis 5A kepada pemohon yang berjaya. Di samping itu, baki 174 permohonan lain masih di dalam tindakan Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat. Untuk mempercepatkan proses permohonan berkelompok bagi kawasan-kawasan yang telah dijadikan Titik Fokus Belanjawan Negeri Johor 2019, Pentadbiran Tanah Johor mengambil inisiatif dengan mengadakan mesyuarat setempat bersama dengan jabatan teknikal yang dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah Daerah bagi mendapatkan ulasan jabatan teknikal dengan segera. Dalam masa yang sama, Pentadbiran Tanah Johor bersama-sama Unit Taskforce Pejabat Tanah dan Galian Johor menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah-tanah di kawasan yang terlibat.

Page 92: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

92

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHiM (SENGGARANG) SOALAN 76 (A65) Adalah didapati terdapat ramai keluarga yang tidak mempunyai walaupun satu lot tanah ataupun rumah sendiri. Apakah langkah kerajaan bagi membantu golongan ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk memberi milik tanah kerajaan bagi tujuan tanah pertanian, tanah bangunan atau tanah industri selaras dengan peruntukan seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 kepada mana-mana orang atau badan yang layak memohon tanah kerajaan. Sehingga kini Pentadbiran Tanah Johor telah berjaya menyelesaikan sejumlah 28,396 permohonan tanah kerajaan dengan keluasan 78,049.607 ekar daripada individu-individu dan syarikat bagi tujuan tanah pertanian dan juga tanah rumah kediaman. Selain daripada menerima permohonan tanah kerajaan secara individu, sebagai langkah bagi membantu golongan yang tidak mempunyai tanah ataupun rumah sendiri, Pentadbiran Tanah Johor mengambil pendekatan melaksanakan pengumuman tanah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Kota Tinggi yang telah membuat pengumuman tanah kerajaan di kawasan Linggiu dan Sungai Ara manakala Pejabat Tanah Kluang telah membuat pengumuman tanah di Kampung Paya Basri. Melalui pengumuman tanah ini, peluang akan diberikan secara adil kepada mereka yang belum memiliki tanah untuk membuat permohonan tanah kerajaan dan kaedah pemilihan dengan melalui proses temu duga serta berdasarkan sistem pemarkahan bagi menentukan kelayakan seseorang pemohon mengikut terma dan syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Johor Bilangan 2 tahun 1986. Namun yang demikian, tidak dapat dinafikan adalah tanah Kerajaan yang sedia ada, kini semakin berkurangan dan terhad. Justeru, bagi memastikan peluang memiliki rumah ini terbuka kepada segenap lapisan rakyat di Negeri ini, Kerajaan Negeri Johor sangat memberi penekanan kepada penyediaan Rumah Mampu Biaya (RMB) di dalam setiap projek pembangunan yang diluluskan di Negeri ini. Bagi tujuan itu, mana-mana pembangunan yang melibatkan tanah seluas 3 hingga 5 ekar perlu menyediakan 20% RMB, manakala pembangunan lebih 5 ekar pula perlu menyediakan 40% RMB. Pemantauan bagi pelaksanaan RMB ini dilaksanakan di peringkat Negeri, Daerah dan di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Page 93: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

93

Pemantauan peringkat Negeri dilaksanakan melalui Jawatankuasa Task Force Perumahan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor. Manakala pemantauan peringkat daerah pula dilaksanakan oleh Jawatankuasa Task Force Perumahan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Di samping memastikan pembinaan RMB oleh para pemaju, Kerajaan Negeri juga sedang mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan yang bersesuaian untuk membolehkan RMB dibangunkan oleh syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Ini termasuk mengenal pasti tanah-tanah yang terletak berhampiran dengan jaringan pengangkutan awam. Inisiatif ini pastinya akan memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat khususnya bagi mereka yang berada di dalam kumpulan B40 dan M40.

Page 94: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

94

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHUM (SENGGARANG) SOALAN 77 (A67) Di dalam Titik Fokus #106 Peruntukan MARRIS, didapati penyelenggaraan jalan (penurapan) dilaksanakan di atas permukaan jalan yang masih lagi elok. Apakah sebenarnya kriteria yang digunapakai untuk menentukan perkara tersebut untuk mengelakkan pembaziran peruntukan kerajaan. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Bagi penyelenggaraan jalan-jalan kampung di bawah seliaan pihak IDJ hanya melibatkan 4,000 km daripada 6,700 km jalan-jalan kampung yang telah didaftarkan di bawah sistem MARRIS selebihnya adalah di bawah penyelenggaraan Pejabat Daerah. Kriteria yang digunapakai dalam pelaksanaan penyelenggaraan adalah seperti berikut:

a) Pelaksanaan kerja adalah berdasarkan tatacara (SOP) seperti yang telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan Negeri yang terkandung di dalam dokumen kontrak dan pemantauan akan dilaksanakan oleh pihak konsultan.

b) Kaedah dalam penentuan jenis kerja adalah berdasarkan kepada laporan rondaan bulanan dan tahap kerosakan teknikal yang akan dimajukan kepada pihak konsultan bagi semakan dan kelulusan.

c) Setelah itu jadual pelaksanaan serta senarai jalan akan dimajukan kepada pihak konsultan mengikut kategori pembaikan berkala atau rutin bagi kelulusan.

d) Pihak konsultan hanya meluluskan cadangan pembaikan mengikut lokasi tertentu yang rosak sahaja pada satu-satu jalan (localised).

e) Penurapan secara menyeluruh permukaan jalan hanya dilakukan pada jalan-jalan yang mengalami kerosakan teknikal (kehausan permukaan yang melebihi 7 tahun dan ke atas), walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada kelulusan pihak konsultan.

Page 95: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

95

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 78 (A69) Adakah Jabatan Pertanian atau agensi berkaitan merancang untuk mengadakan kursus-kursus pendek bagi berkongsi amalan kaedah pertanian dan penternakan terbaik di Daerah Segamat? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Jabatan Pertanian telah merancang pelbagai kursus yang melibatkan kursus jangka pendek dan jangka panjang. Kebiasaannya kursus jangka pendek dan panjang diadakan di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Di daerah-daerah juga terdapat perancangan bagi kursus jangka pendek yang diadakan setiap tahun. Kursus-kursus ini melibatkan kursus berkaitan agronomi tanaman, penyakit dan perosak tanaman, Amalan Pertanian Baik, Indusri Kecil dan Sederhana serta pengurusan dalam bidang pertanian. Bagi daerah Segamat, kursus yang dirancang lebih fokus kepada tanaman utama di daerah iaitu kursus pengurusan tanaman durian, kelapa dan limau bali. Selain itu, penekanan kursus juga diberikan kepada bidang IAT (Industri Asas Tani) iaitu kursus pembuatan makanan sejuk beku, kek dan pastri. Bagi anjuran daerah, peserta boleh membuat permohonan menyertai terus ke daerah yang berdekatan. Bagi sektor penternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah merancang untuk mengadakan kursus amalan kaedah penternakan terbaik di Daerah Segamat pada tahun 2019 bermula pada bulan Mac 2019. Sebanyak 3 kursus akan dilaksanakan khusus untuk peserta daerah Segamat iaitu Kursus Insitu Amalan Peladangan Yang Baik, Kursus Insitu Penghasilan Produk IATn dan Kursus Insitu Kesihatan Ternakan. Di samping itu juga, jabatan ada mengadakan kursus penternakan di Pusat Latihan Teknologi Veterinar Kluang yang berlangsung sepanjang tahun. Peserta adalah terbuka kepada semua rakyat negeri Johor yang berminat.

Page 96: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

96

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 79 (A72) KTM projek dua hala, berapakah jumlah bangunan di kawasan Senai yang akan dirobohkan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Jumlah baki setingan yang masih berada dalam tanah rizab kereta api yang perlu dirobohkan sebahagian/ keseluruhan bagi DUN Senai adalah seperti berikut;

1. Kediaman (sebahagian) - 6 unit 2. Kediaman (Keseluruhan) - 1 unit 3. Komersial (workshop) - 1 unit 4. Balairaya – 1 unit

Jumlah = 9 unit

BIL. LOKASI JENIS BANGUNAN KEDUDUKAN JUMLAH

(UNIT) 1 Kampung Seri Maju,

Senai Kediaman Sebahagian

6

Keseluruhan 1

2 Kampung Seri Maju, Senai

Workshop Sebahagian

1

3 Kampung Seri Maju, Senai

Balairaya Sebahagian

1

JUMLAH

9

Page 97: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

97

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 80 (A73) Apakah rancangan kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi yang terkini yang terutamanya melibatkan “smart device” dalam pengurusan infrastruktur? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak kerajaan baru-baru ini di dalam Bajet Johor 2019 telah mengumumkan perlaksanaan penambahbaikan Program E-Hailing sedia ada bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan teksi di Negeri Johor. Selain itu, pihak kerajaan melalui IRDA akan membangunkan Sistem Pengurusan Mobiliti Bersepadu (MMS) yang akan menjadi medium untuk para pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat berkaitan yang diperlukan untuk merancang perjalanan mereka seperti nombor bas, jadual perjalanan dan perincian laluan bas. Sistem Pengurusan Mobiliti Bersepadu (MMS) ini akan diintegrasikan juga dengan E-Hailing yang mana para pengguna boleh merancang perjalanan mereka menggunakan pelbagai mod pengangkutan awam dengan lebih mudah menggunakan satu sistem/aplikasi sahaja.

Page 98: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

98

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 81 (A75) Apakah rancangan kerajaan untuk mengendali gelandangan yang berkeliaran di Bandaraya Johor Bahru? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Kerajaan Negeri melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil pendekatan mengadakan operasi bersepadu mencegah aktiviti dengan menyelamatkan golongan gelandangan. Tanggungjawab ini juga bukan terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja tetapi menjadi tanggungjawab bersama agensi lain antaranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khasnya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri, pihak Jabatan Imigresen serta Jabatan Agama Islam. Dari segi Penguatkuasaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menjalankan tindakan operasi secara ad hoc jika terima aduan atau surat rujukan. Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) di setiap daerah akan membuat rondaan secara berkala atau berjadual di tempat yang berpotensi (Hotspot) sering berlaku aktiviti pengemisan atau gelandangan. Selain itu, insiatif kempen kesedaran juga dibuat melalui khutbah Jumaat dengan kerjasama JAKIM. Program kesedaran atau program advokasi juga dijalankan kepada pemimpin setempat dan masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung, Pelajar Sekolah, IPTA/IPTS dan kakitangan Awam/Swasta. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga mengadakan mesyuarat Inter-Agensi isu pengemis dan gelandangan untuk menangani isu ini. Tambahan pula, perkara ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat Bandar Selamat dan segala input serta pandangan akan dibawa ke peringkat nasional. Semua gelandangan yang diselamatkan akan diuruskan mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977 di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menempatkan golongan berkenaan di Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Rumah Seri Kenangan dan Desa Bina Diri atau di Anjung Singgah di bawah kendalian Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Jika orang yang diselamatkan mempunyai keluarga, maka pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyerahkan orang yang diselamatkan kepada waris keluarga dengan izin Majistret mahkamah. Bagi kes-kes bukan warganegara, akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

Page 99: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

99

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 82 (A76) Pengurusan maklumat atau informasi berkenaan dengan produk pelancongan amatlah penting untuk industri pelancongan, jadi apakah usaha Kerajaan untuk memastikan maklumat tersebut sentiasa dikemas kini dan dipelbagaikan lagi? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Menyedari kelebihan yang ada di negeri Johor iaitu kedudukan negeri Johor yang strategik sebagai pintu masuk utama pelancong atau pelawat asing ke Malaysia dan ditambah pula dengan adanya produk pelancongan yang menarik maka Kerajaan Negeri telah menjadikan strategi promosi sebagai satu aspek yang penting dan perlu bagi menaikkan imej negeri Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan dengan menggunakan kaedah laman sesawang untuk memperkenal destinasi pelancongan menarik yang terdapat di negeri Johor selain dapat meningkatkan usaha untuk menarik pelancong atau pelawat asing ini untuk untuk singgah, bermalam dan berbelanja di negeri ini. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri berkaitan dengan promosi produk pelancongan menerusi laman sesawang khasnya milik Tourism Johor sama ada menerusi laman sosial Facebook, Instragram dan sebagainya adalah sepertimana berikut :-

1. Mempelbagaikan pakej-pakej pelancongan di setiap daerah di negeri Johor dengan mengikut segmen pasaran.

2. Menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak yang berkaitan

dengan industri pelancongan di negeri Johor termasuklah Pejabat kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Johor, Tourism Malaysia Johor, Pejabat Daerah-Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan NGO dalam memastikan maklumat berkaitan pelancongan sentiasa dikemaskini.

3. Menjalankan ‘product update’ atau lawatan kemas kini berkaitan industri

pelancongan di negeri Johor.

Page 100: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

100

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 83 (A79) Adakah kerajaan telah bersedia meningkatkan pemberian Program Air Percuma kepada golongan penerima JKM dari 10m3 kepada 20m3. Berapakah penerima dan anggaran jumlah kos yang akan terlibat sekiranya dasar tersebut direalisasikan? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Program pemberian air percuma 10m3 bagi sektor domestik adalah kepada golongan B40 di Negeri Johor. Mengikut semakan ke atas data senarai golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Negeri Johor dengan pendapatan isi rumah RM 4,000.00 sebulan ke bawah, untuk tahun 2017 yang telah dikemaskini pada 28 Mei 2018 dan padanan maklumat pemegang akaun di SAJ Ranhill Sdn. Bhd., mendapati bahawa seramai 229,307 pemegang akaun layak menerima air percuma 10m3 sebulan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri memutuskan tarikh efektif pemberian air percuma 10m3 bagi tahun 2018 bermula pada bulan September 2018 dengan implikasi kewangan sebanyak RM22.02 juta setahun (229,307 pemegang akaun x RM 8.00 sebulan x 12 bulan). Sekiranya kadar pemberian air percuma ini ditingkatkan kepada 20m3 maka implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri turut meningkat sekali ganda kepada RM44.04 juta setahun.

Page 101: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

101

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 84 (A80) Apakah inisiatif yang telah diambil kerajaan Johor untuk menurunkan tarif bayaran air di Johor? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Skim Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air di Negeri Johor telah ditandatangani perjanjian pada 11 Mac 2009 antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor, Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJSB), SAJ Holdings Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai Ranhill SAJ Sdn. Bhd.), Ranhill Utilities Berhad (RUB) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), bertujuan untuk menjamin perkhidmatan bekalan air yang lebih mapan dan efisien di masa akan datang. Tempoh konsesi adalah selama 30 tahun. Penstrukturan semula bekalan air ini melibatkan cadangan migrasi SAJH ke regim kawal selia bekalan air di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), mengikut sebagaimana Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Mulai tahun 2006, industri bekalan air termasuk pelesenan, pengawasan operator-operator bekalan air dan tarif air adalah di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), sebagaimana termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air Negara, dan bukan lagi di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Di bawah WSIA, setiap operator air perlu membuat Pelan Bisnes bagi tempoh setiap 3 tahun untuk diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Pada masa ini, pelan bisnes SAJR telah diluluskan oleh pihak SPAN bagi tempoh operasi tahun 2018 – tahun 2022 (OP4). Kadar tarif air Negeri Johor ditentukan melalui Pelan Bisnes dan perlu diluluskan oleh pihak SPAN. Justeru itu, semakan tarif air sentiasa menjadi hasrat Kerajaan Negeri Johor agar ianya dapat dikawal. Kerajaan negeri bercadang supaya kadar tarif air sedia ada dikekalkan berdasarkan justifikasi berikut:

(i) Prestasi bayaran bil air yang mana menunjukkan 99% pengguna mampu menjelaskan bil air mengikut tempoh masa kitaran bil.

(ii) Kadar tarif air sedia ada adalah paling mapan dengan keadaan Ranhill

SAJ telah mencapai semua KPI dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh SPAN serta mampu menjana keuntungan.

(iii) Tarif air di Johor adalah yang paling ideal, efektif dan masih relevan serta

positif kepada pengguna.

Page 102: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

102

(iv) Tarif air yang rendah dilihat kurang berkesan dalam mendidik masyarakat menjimatkan dan menghargai air.

Kerajaan Negeri telah mencadangkan supaya pihak Kementerian mempertimbangkan semula kadar bayaran pajakan yang dikenakan kepada Ranhill SAJ iaitu sebanyak 5% setahun bagi aset-aset yang diambil alih oleh PAAB, diturunkan kepada kadar yang sama dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Melaka hanya dikenakan kadar sewa pajak 3% setahun kerana kadar sewa pajakan ini akan memberi impak kepada tarif air yang dikenakan kepada pengguna.

Page 103: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

103

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 85 (A81) Senaraikan tarif deposit bangunan sementara setiap m2 bagi setiap PBT. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Deposit bagi bangunan sementara merupakan bayaran yang dikenakan sebagai sekuriti terhadap kerja-kerja bangunan yang akan dilaksanakan. Bayaran deposit perlu dijelaskan sebelum pembinaan dimulakan mengikut kadar bayaran wang deposit yang telah ditetapkan sebagaimana berikut:

a) Bangunan tingkat

i. Kurang 46mp = RM500 ii. 46mp – 93mp = RM1000 iii. Lebih 93mp keatas = RM2000

b) Bangunan dua tingkat

i. Kurang 46mp = RM1000 ii. 46mp – 93mp = RM2000 iii. Lebih 93mp keatas = RM4000

Page 104: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

104

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 86 (A83) Senaraikan projek “sakit” bagi pembinaan infrastruktur dan bangunan di negeri Johor. Apakah punca berlaku projek sakit serta tindakan-tindakan kerajaan untuk menyelesaikan dan membendung masalah ini daripada berlaku. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG

BIL

PROJEK SAKIT KELEWATAN

1 PROJEK CADANGAN MEMBINA SEBUAH JAMBATAN KONKRIT MENGGANTIKAN JAMBATAN BESI SEDIADA DI JALAN GELANG PATAH, PENDAS – GELANG PATAH, JOHOR BAHRU.

302 hari lewat

2 CADANGAN MENAIKTARAF JALAN PARIT IBRAHIM DAN JALAN PARIT JAWA PONTIAN, JOHOR

90 hari lewat

3 CADANGAN MENGGANTIKAN JAMBATAN SUNGAI PLENTONG DI JALAN MASAI LAMA, JOHOR BAHRU, JOHOR

321 hari lewat

4 KERJA - KERJA MENGGANTIKAN JAMBATAN DI JALAN KUALA PAYA - BALAI BADANG (J155), SEGAMAT, JOHOR (REKA & BINA)

183 hari lewat

5 CADANGAN MEREKABENTUK, MEMBINA DAN MENYIAPKAN MASJID BARU DI TAMAN SRI KLUANG, DAERAH KLUANG JOHOR (REKA DAN BINA)

123 hari lewat

6 MEMBINA DAN MENAIKTARAF KUARTERS INSTITUT JKM DI DESA BINA DIRI (DBD) MERSING, JOHOR

288 hari lewat

7 PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) NUSAJAYA, JOHOR

72 hari lewat

8 PEMBANGUNAN KEMUDAHAN LATIHAN TEKNOLOGI PENTERNAKAN DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA, KLUANG

76 hari lewat

9 CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN BARUMAKMAL PATOLOGI, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

111 hari lewat

10 CADANGAN MEMBINA KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) DAN KUARTERS DI KG. KENANGAN, MUAR, JOHOR

98 hari lewat

11 CADANGAN MEROBOH 2 BLOK BANGUNAN SEDIA ADA DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PEJABAT BARU 2 TINGKAT DI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) CAWANGAN MUAR, JOHOR

186 hari lewat

12 KLINIK KESIHATAN (JENIS 3) DENGAN KUARTERS TAMAN UNGKU TUN AMINAH, JOHOR

318 hari lewat

Page 105: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

105

Di antara penyumbang kepada kelewatan projek dan punca berlaku projek sakit adalah seperti berikut : 1 Kontraktor yang dilantik tidak kompeten 2 Kelemahan pengurusan dalaman dan kewangan pihak kontraktor

3 Kelewatan mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi Utiliti

4 Kelemahan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam projek 5 Kegagalan pihak kontraktor mematuhi program kerja yang telah dirancang 6 Kelewatan penyaluran peruntukan oleh pelanggan

Tindakkan mitigasi yang dilaksanakan untuk menyelesaikan dan membendung masalah ini daripada berlaku adalah seperti berikut : 1 Penubuhan Pasukan Projek Khas bagi memantau secara rapi perlaksanaan

projek 2 Melaksanakan pelan pengurusan risiko bagi mengenalpasti risiko-risiko projek

dan merangka tindakan mitigasi diperingkat awalan projek 3 Mesyuarat tapak diadakan sebulan sekali bagi memantau prestasi dan

kemajuan projek secara keseluruhannya 4 Mesyuarat Teknikal diadakan dengan dengan lebih kerap (sekiranya perlu)

bagi menyelaras isu-isu teknikal yang timbul 5 Mesyuarat Kordinasi di antara pihak Kontraktor, Pasukan Tapak JKR, Nsc,

PBT dan Agensi Utiliti diadakan lebih kerap 6 Pembangunan yang melibatkan kelulusan PBT dilaksanakan dengan lebih

awal agar sebarang isu kelulusan/keperluan dapat dipenuhi 7 Memastikan bilangan pekerja dan mesin ditapak dipertingkatkan selaras

dengan program kerja yang dirancang 8 Kriteria pemilihan kontraktor yang lebih terperinci dari aspek teknikal dan

kewangan agar kontraktor yang lebih layak terpilih

Page 106: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

106

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 87 (A9) Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Johor terhadap kawasan perairan yang bertindih dengan negara Singapura. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

1. Kerajaan Negeri Johor menyokong pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitkan sempadan ruang udara dan maritim akan diselesaikan berlandaskan peruntukan undang-undang dan hak negara.

2. Ini kerana, pertikaian antara negara banyak berlaku kerana ada pihak yang

mendakwa mengenai sempadan masing-masing. Di mana mereka berterusan mencetuskan pelbagai pertikaian lain.

3. Jika kita lihat semula, isu pertindihan wilayah perairan Malaysia dan Singapura

sejak dulu lagi, bagi Malaysia, “way forward” negara berkenaan isu ini adalah melalui rundingan perbatasan sempadan maritim di peringkat diplomasi antara kedua-dua negara berdasarkan undang-undang antarabangsa.

4. Bagi menyelesaikan hal ini, telah berlangsung, pertemuan dan perbincangan

dua hala Menteri Luar Negara dan Singapura pada 8 Januari 2019 di Singapura, kedua negara bersetuju supaya isu persempadanan maritim antara Malaysia dan Singapura dibincangkan menerusi satu Kumpulan Kerja yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Wisma Putra dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Singapura.

5. Kumpulan kerja ini diberi mandat untuk memperhalusi aspek perundangan serta

operasi bagi mengurangkan ketegangan di kawasan perairan termasuk had pelabuhan antara kedua-dua negara dan menyediakan asas untuk perbincangan lanjut.

6. Manakala isu perbatasan sempadan maritim di sekitar perairan Batu Puteh,

Batuan Tengah dan Tubir Selatan pula, akan terus dibincangkan melalui Malaysia-Singapore Joint Technical Committee (MSJTC) yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri (KLN).

7. Sekiranya terdapat aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Singapura di luar

kawasan maritim dalam jarak radius 500 meter (seperti yang dipersetujui kedua-dua negara melalui platform MSJTC) dari Batu Puteh harus di bantah oleh Malaysia, kerana persempadanan belum dilaksanakan.

Page 107: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

107

8. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan meneruskan penghantaran laporan bulanan pencerobohan perairan dan ruang udara sekitar kawasan Batu Puteh kepada Kementerian Luar Negeri.

9. Selain itu, agensi-agensi penguatkuasaan maritim Negara seperti Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis marin, Polis Diraja Malaysia (PPM, PDRM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) diarahkan untuk kekal mengatur gerak aset (show of presence) berdasarkan Rules of Engagement (RoE) yang dikeluarkan MKN pada 28 Disember 2018 di kawasan perbatasan maritim Malaysia termasuk di Had Pelabuhan Johor Bahru atau kekal berlabuh di kawasan ini walaupun rundingan dengan Singapura sedang dilaksanakan.

10. Bagi nelayan-nelayan tempatan turut digalakkan untuk menjalankan aktiviti

perikanan dalam kawasan perairan Negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979 termasuk di sekitar perairan Batuan Tengah.

11. Wakaf nelayan turut disediakan oleh kerajaan di Pos Maritim Batuan Tengah

yang juga dikenali sebagai Abu Bakar Maritime Base untuk persinggahan para nelayan tempatan.

12. Sekiranya didapati aset Singapura didapati menceroboh perairan Malaysia atau

mengganggu aktiviti perikanan nelayan tempatan di kawasan perairan negara, Malaysia melalui KLN berhak mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada Singapura.

13. Kerajaan Negeri Johor sentiasa memberi kerjasama yang terbaik dengan

kerajaan persekutuan bagi memurnikan ikatan persahabatan di antara Malaysia dan Singapura.

14. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan hubungan akrab di antara Johor dan

Singapura. Pelbagai perkara berbangkit yang sedang dihadapi oleh Malaysia dan Singapura kini hakikatnya hanya sekelumit daripada asam garam hubungan antara dua negara berjiran.

Page 108: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

108

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 88 (A86) Apakah bantuan yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri Johor kepada pekebun-pekebun getah dan kelapa sawit untuk menghadapi masalah harga jatuh. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Bagi membantu pekebun kecil menghadapi masalah kejatuhan harga komoditi getah, beberapa langkah telah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) adalah merupakan satu insentif dalam bentuk bayaran yang akan diberikan kepada pekebun kecil getah ke atas setiap kilogram getah yang dijual. Ini bertujuan untuk meringankan bebanan pekebun kecil di seluruh Negara kesan kejatuhan harga getah di samping memberi galakan kepada pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran. IPG akan diaktifkan apabila purata harga bulanan di ladang (Farmgate) cuplump 50% KGK berada di paras RM2.20/kg dan ke bawah. IPG mula dibayar kepada pekebun kecil yang layak dan berdaftar mulai bulan September 2015. Ia memastikan pekebun kecil menerima harga purata bulanan cuplump sebanyak RM2.20 se kilogram. Mulai tahun 2019, paras pengaktifan harga cuplump dinaikkan kepada RM 2.50 se kilogram. Mekanisme perlaksanaan IPG ini dengan pekebun kecil boleh membuat tuntutan di mana-mana pejabat Wilayah/Negeri LGM dengan mengemukakan borang tuntutan IPG, Salinan PAT-G, resit rasmi jualan getah dan persetujuan pembahagian IPG (jika perlu) antara pemilik dan pengusaha. Manakal pihak RISDA pula, telah menyediakan peruntukan berjumlah RM 200,000.00 untuk membina depo-depo jualan berkelompok getah pada tahun 2019. Melalui, depo jualan berkelompok ini penjualan getah akan dilakukan secara tender dimana harga yang terbaik akan dapat diberikan kepada pekebun kecil getah. Secara asasnya, harga di depo ini adalah lebih tinggi di antara 20 sen ke 50 sen sekilogram. Melalui kaedah jualan secara berkelompok, pekebun kecil dianggarkan menerima pendapatan lebihan sebanyak hampir RM 100.00 sebulan berdasarkan purata pemilikan kebun seluas 1.7 hektar. Bagi meringankan bebanan hidup akibat harga komoditi yang tidak tetap, pihak Kementerian Industri Utama (MPI) telah menyediakan beberapa skim bantuan kepada pekebun kecil persendirian. Bagi sektor tanaman sawit, beberapa skim telah

Page 109: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

109

dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Malaysia. Skim bantuan yang sedang dilaksanakan sehingga kini untuk negeri Johor adalah seperti di bawah.

i. Skim Pensijilan MSPO pekebun kecil persendirian

Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah bertujuan untuk memastikan pengeluaran minyak sawit Malaysia daripada sektor ladang dan juga pekebun kecil adalah melalui proses yang mampan. Bagi meringankan kos pensijilan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan kepada pekebun kecil dengan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi menampung kos pensijilan. Skop bantuan meliputi kos yuran audit pertama dan audit pemantauan, pembelian alat perlindungan diri (PPE), setor baja dan racun serta kos latihan kesedaran.

Sehingga 28 Februari 2019, sebanyak 25 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) telah dipersijilkan, dengan jumlah pekebun kecil yang telah menerima disijilkan seramai 1,656 orang, meliputi keluasan tanaman sawit 3,896 hektar. Manakala, sebagai persediaan proses pensijilan baru untuk tahun 2019, seramai 1,609 orang pekebun kecil telah mengikuti taklimat dan latihan dari MPOB.

ii. Skim Tanam Semula (TSSPK) dan Tanam Baru (TBSPK) Sawit.

Pihak Kementerian Industri Utama (MPI) melalui MPOB juga memberi Skim Bantuan Tanam Semula (TSSKP) dan Tanam Baru (TBSKP) bagi pekebun kecil. Ini bertujuan bagi menggantikan pokok sawit tua dan pokok sawit yang tidak produktif dengan bahan tanaman berkualiti serta berhasil tinggi. Skim ini telah pun dijalankan pada RMK-10 dan diteruskan di RMK-11. Skop bantuan meliputi penyediaan Kawasan, pembelian anak sawit serta bekalan baja tahun satu dan dua. Bagi memastikan tanaman anak sawit tumbuh subur, penerima bantuan akan diberikan pendedahan berkiatan amalan pertanian baik yang diberikan Pegawai TUNAS MPOB yang berada di seluruh negara. Kaedah penyampaian adalah melalui sesi seminar, ceramah dan lawatan ke kebun.

Sepanjang tahun 2018, seramai 93 orang pekebun kecil dengan keluasan 184 ha telah menerima skim TSSPK. Manakala, bagi skim TBSKP, seramai 620 pekebun kecil merangkumi keluasan 1,261 ha telah menerima bantuan.

iii. Skim Insentif Interasi Tanaman (Ita) dan Intergrasi Ternakan (Ite)

Pada amnya, pekebun kecil mempunyai tanah kebun yang kecil dan tidak ekonomik justeru pendapatan yang dihasilkan daripada sawit tidak cukup untuk

Page 110: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

110

menampun kos sara hidup. Oleh itu pihak kerajaan telah mewujudkan skim Integrasi Tanaman (Ita) dan Integrasi Ternakan (Ite) dengan tujuan untuk menghasilkan pendapatan hasil memaksimakan penggunaan tanah pertanian. Skim Ita menyarankan pekebun kecil mengamalkan integrasi tanaman seperti tanaman jangka pendek seperti pisang, jagung, padi atau sayuran. Manakala integrasi ternakan lembu dan kambing adalah disarankan untuk diamalkan.

Sejak skim ini diperkenalkan pada 2016, sehingga Disember 2018, bagi negeri Johor, 88 pekebun kecil meliputi kawasan seluas 202.58 ha telah menerima skim Ita. Manakala bagi Skim Ite pula, seramai 21 orang pekebun kecil telah menerima ternakan kambing atau lembu.

iv. Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)

Bagi menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang ekonomi, pihak Kerajaan membantu dengan pelaksanaan penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Koperasi ini dapat menghimpunkan pekebun kecil setempat yang mengusahakan tanaman sawit agar membuat jualan hasil sawit mereka secara berkelompok terus kekilang. Melalui kaedah ini harga jualan buah sawit mereka lebih tinggi sehingga 13% berbanding jualan melalui peniaga buah sawit lain. Sehingga Disember 2018, terdapat 5 KPSM iaitu KPSM Kluang Utara Berhad, KPSM Daerah Kulaijaya Berhad, KPSM Batu 67 Kluang Berhad, KPSM Yong Peng Utara Berhad dan KPSM Segamat Berhad telah ditubuhkan di seluruh Negeri Johor.

Page 111: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

111

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 89 (A87) Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dan Ranhill SAJ untuk memastikan bekalan air tidak terganggu terutama pada musim perayaan dan kemarau. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Ranhill SAJ akan terus memantau dan memastikan bekalan air ke kawasan-kawasan yang berisiko tinggi berjalan lancar dan mencukupi. Antara langkah-langkah yang diambil adalah pembinaan Loji Rawatan Air Pagoh Baru dan Tangki Imbangan Pengkalan Bukit C. Projek ini dijangka siap pada bulan September 2019 dan dengan pengolahan sistem sedia ada akan dapat meningkatkan bekalan air daerah Muar dan juga daerah Tangkak yang meliputi Bandar Muar, Gersik, Tangkak dan juga kawasan-kawasan di sepanjang jalan Muar-Batu Pahat hingga Semerah, sepanjang jalan Muar-Yong Peng hingga Batu 20 Air Hitam dan juga kawasan Pagoh.

Page 112: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

112

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 90 (A88) Sila nyatakan jumlah berat sisa pepejal yang diproses serta jumlah barang kitar semula yang dipungut mengikut kategorinya sepanjang tahun 2018. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman, jumlah berat barang kitar semula yang dipungut sepanjang tahun 2018 adalah sebanyak 3,245,293.09 kg. Daripada jumlah tersebut dipecahkan mengikut kategori seperti Plastik 598,474.58 kg, Kertas 2,087,914.05 kg, Aluminium 369,303.56 kg, Besi 187,745.92 kg dan lain-lain 1,854.98.

Page 113: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

113

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 91 (A89) Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam memastikan usahawan di negeri ini mempunyai daya tahan dan daya saing tinggi terutama dalam bidang ekonomi digital dan ekonomi kreatif. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Sebelum kita bercakap tentang isu daya saing atau daya tahan usahawan tempatan, ada baiknya saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan peranan hakiki Kerajaan dalam aspek ini. Kerajaan berperanan sebagai pemudahcara kepada usahawan dalam aspek penyediaan polisi ekonomi yang betul, pembangunan modal, pembangunan kemahiran (pendidikan), prasarana dan fasiliti. Aspek-aspek ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu suasana kondusif ekonomi untuk semua pihak. Dari aspek-aspek ini, kerajaan sentiasa menyediakan asas-asas keperluan seperti akses kepada ruang dan peluang, insentif dan peluang-peluang jaringan pemasaran. Dari asas-asas ini, kerajaan secara dasarnya berperanan untuk mewujudkan satu ekosistem perniagaan yang jelas dan efektif.

RAJAH 1 – Rancangan Ekosistem Ekonomi Kreatif Johor

Berdasarkan ekosistem ini (Rajah 1), Kerajaan bercadang untuk mewujudkan kerjasama strategik antara pemain-pemain utama dalam ekosistem ini untuk;

1. Memindah pengetahuan, kemahiran (teknologi dan pengurusan) dan pengalaman dalam bentuk kursus latihan yang bersepadu dan sistematik kepada usahawan. Ini merupakan rancangan sedia ada yang akan dilaksanakan

Page 114: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

114

selepas persetujuan semua pihak yang terlibat. Langkah ini meliputi aspek pendidikan, kemahiran dan pendedahan bagi melengkapkan diri usahawan untuk bersaing secara kompetitif di peringkat antarabangsa.

2. Sebagai rakan kongsi strategik atau pemegang taruh (stake holder) dalam agenda ini, kita yakin sumber-sumber modal dan pelaburan akan dapat digerakkan secara holistik untuk mewujudkan satu usaha tenaga atau sinergi antara agensi dan bakat-bakat atau usahawan tempatan.

Namun demikian, apabila kita bercakap tentang daya saing atau daya tahan usahawan dalam dunia keusahawanan, ia mempunyai beberapa faktor yang tidak nyata tetapi penting yang perlu diambil kira iaitu iltizam, keazaman atau kegigihan usahawan itu sendiri. Sebagai kerajaan, kita hanya boleh menyediakan keperluan yang difikirkan wajar bagi menyediakan usahawan dengan suasana yang kondusif agar mereka berpeluang bersaing secara adil dan kompetitif dalam dunia keusahawanan, selebihnya adalah bergantung kepada iltizam dan kegigihan mereka sendiri. Model ini bukanlah baru, namun bagi kita di Malaysia khususnya Johor, kita perlu mengubah pemikiran (mind shifting) daripada menfokus kepada usahawan komersil kepada usahawan sosial atau Social Entrepreneurship. Ini adalah model perniagaan masa hadapan dalam menuju ke dunia IR4.0 atau Digital Economy. Justeru, dengan pendekatan baharu ini, saya yakin usahawan-usahawan tempatan kita lebih terbuka dan berkeyakinan untuk mengambil peluang untuk memajukan diri dan usaha mereka. Beberapa contoh usahawan kreatif yang telah berjaya dan boleh dijadikan panduan umpamanya Bandung Creative City yang mana potensi ekonomi yang dihasilkan daripada industri kreatif dan Keusahawanan Sosial ( Social Entrepreneurship ) boleh dilihat dari sektor perdagangan, hotel, dan restoran sebagai kesan dominan yang menghasilkan pendapatan kasar Kota Bandung sekitar 42.40% dengan nilai tambah kasar kira-kira USD 4.5 bilion. Subsektor perdagangan menyumbang 88.55, subsektor hotel menyumbang 3.10%, dan subsektor restoran menyumbang 8.35%. – Laporan 4th International Conference on Law, Education and Humanities (ICLEH'15) Nov. 25-26, 2015 Paris, France. Ini boleh dijadikan sebagai panduan dan motivasi kepada usahawan tempatan agar bekerja keras dan fokus untuk mencapai tahap sedemikian. Saya yakin, kita mampu melaksanakannya. Tanpa data yang lengkap dan terkini, kerajaan akan mengalami kesukaran untuk merangka dasar dan belanjawan. Kesannya ialah potensi ekonomi rakyat akan sukar dijayakan. Justeru, ingin saya maklumkan kepada dewan yang mulia ini bahawa kerja-kerja kajian untuk mewujudkan Cetak Biru ( Blueprint ) dan pelan tindakan Ekonomi Kreatif ini akan bermula sedikit masa lagi. Dan insyaallah, dapatan daripada kajian itu akan dibentangkan kepada kerajaan dan rakyat.

Page 115: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

115

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 92 (A90) Apakah kedudukan pencapaian Kerajaan Negeri terhadap pembangunan dan kemajuan negeri Johor secara keseluruhan sehingga kini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi mengukur dan melihat sejauh mana prestasi sesebuah kerajaan yang baru mengambil alih tampuk pimpinan adalah kurang adil dilihat dalam masa yang terlalu singkat. Ini kerana segala perancangan semula dan penambahbaikan terhadap segala dasar terdahulu sedang giat dijalankan. Namun begitu, Kerajaan yang mentadbir hari ini telah pun berjaya mencapai beberapa kejayaan besar dalam tempoh 9 bulan memerintah. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri Johor umpamanya diunjurkan tumbuh pada kadar 5.0% pada tahun 2018 meskipun berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Kedua, dari Januari sehingga September 2018 data dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah menunjukkan rekod pelaburan sektor pembuatan yang diluluskan bagi negeri Johor adalah RM 26.5 bilion jauh meninggalkan negeri-negeri lain. Daripada jumlah tersebut, RM 22.8 bilion merupakan pelaburan langsung asing atau FDI. Ini jelas menunjukkan pengaliran keluar modal asing dari pasaran saham negara akibat faktor sentimen tidak sedikit pun mengganggu gugat keyakinan pelabur luar untuk melabur di negeri Johor ini. Selain itu, sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap janji yang dinyatakan, Johor mencatatkan kejayaannya yang tersendiri apabila menjadi negeri terawal yang berjaya menunaikan kesemua 10 janji dalam masa 100 hari masa pentadbiran.

Page 116: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

116

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 93 (A91) Minta penjelasan jumlah kutipan Hasil Kerajaan Negeri Johor berakhir pada 31.12.2018. Sila nyatakan pecahan jenis hasil kutipan tersebut. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Jumlah keseluruhan kutipan Hasil Kerajaan Negeri Johor bagi tahun berakhir pada tarikh 31 Disember 2018 adalah bernilai RM1,544.12 juta, di mana ia menyaksikan kutipan lebihan sebanyak RM39.80 juta atau 2.64% daripada jumlah anggaran asal yang telah ditetapkan, iaitu pada nilai RM1,504.33 juta. Hasil kutipan berkenaan dipecahkan kepada Hasil Tanah berjumlah RM968.38 juta, Hasil Hutan berjumlah RM13.96 juta, Pemberian Kerajaan Pusat dan Agensi Lain berjumlah RM235.64 juta, Pelaburan Am berjumlah RM168.62 juta dan Terimaan-Terimaan Lain berjumlah RM157.52 juta. *Jumlah Kutipan Hasil Bagi Tahun 2018 masih belum diaudit.

Page 117: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

117

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 94 (A92) Minta penjelasan prestasi setiap GLC Negeri Johor bagi tahun 2017 dan 2018. Sila nyatakan perolehan/pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi setiap GLC tersebut. Nyatakan juga aset dan hutang setiap GLC itu. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Dewan ini, laporan penyata kewangan tahunan bagi setiap GLC di Johor akan disemak oleh Ketua Audit Negara. Setelah melalui proses penelitian dan semakan, laporan kewangan GLC akan dibentangkan pada Sidang Dewan Negeri Johor. Yang Berhormat boleh meneliti perolehan / pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi setiap GLC di dalam laporan kewangan tersebut. Untuk dewan kali ini, Yang Berhormat juga boleh meneliti penyata kewangan bagi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Perpustakaan Negeri Johor, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

Page 118: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

118

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 95 (A93) Minta penjelasan FDI Pelaburan Langsung Luar ke negeri sepanjang tahun 2018. Nyatakan jenis pelaburan dan jumlahnya dan negara asal. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Statistik rasmi adalah sehingga September 2018. Untuk statistik keseluruhan tahun 2018, pihak MIDA sedang dimuktamadkan statistik lengkap tersebut. Negeri Johor telah menerima pelaburan sebanyak RM26.53 billion di mana RM22.78 billion iaitu 85.86% dari keseluruhan pelaburan merupakan Pelaburan Luar Asing (FDI) manakala RM3.75 bilion atau 14.14% adalah dari pelaburan tempatan. Dari segi pecahan pelaburan, Negara Indonesia merupakan penyumbang terbesar pelaburan asing di Negeri Johor sehingga September 2018 di mana sebanyak RM8.416 billion diikuti pelaburan dari Belanda iaitu sebanyak RM7.541 billion, Negara China sebanyak RM2.805 billion, pelaburan dari Amerika Syarikat sebanyak RM2.359 billion dan Negara Jepun sebanyak RM719 juta pelaburan telah melabur di Negeri Johor. Berikut adalah senarai Negara yang telah melabur ke Negeri sehingga September 2018 :

NEGARA BILANGAN JUMLAH PELABURAN (RM)

Indonesia 1 8.416 bilion Belanda 1 7.541 bilion China 1 2,805 bilion Amerika Syarikat 6 2.360 bilion Jepun 7 719.13 juta Singapura 30 448.51 juta Taiwan 1 181.59 juta United Kingdom 1 131.00 juta Hong Kong 1 74.08 juta Australia 2 42.81 juta Switzerland 1 21.96 juta Thailand 1 12.83 juta British Virgin Island 1 7.40 juta Filipina 1 3.65 juta Finland 1 2.15 juta

Dari segi jenis pelaburan, Negara Indonesia telah melabur di industri Petroleum manakala pelaburan dari Negara Belanda lebih tertumpu kepada industri Elektrik dan

Page 119: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

119

Elektronik. Bagi Negara China pula, industri-industri yang terlibat oleh Negara tersebut adalah industri petroleum dan metal yang dibentuk. Untuk Negara Amerika Syarikat, industri-industri yang telah dilabur adalah Industri Kimia dan produk kimia, Produk besi yang dibentuk, Produk elektrik dan elektronik, Industri Kelengkapan Pengangkutan dan Industri Saintifik dan Kelengkapan Pengukuran. Bagi Negara Jepun, industri-industri yang terlibat oleh pelabur-pelabur dari Negara tersebut adalah Industri Pembuatan Makanan, Produk Kimia dan bahan kimia, Produk berasaskan getah, Industri Mesin dan Kelengkapan, Industri Elektrik dan Elektronik dan Industri Kelengkapan Pengangkutan.

Page 120: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

120

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 96 (A94) Minta penjelasan kedudukan jumlah aset dan hutang kerajaan Negeri Johor yang berakhir pada 31.12.2018. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman, Perbendaharaan Negeri dalam proses memuktamadkan Penyata Kewangan Negeri Johor Tahun 2018 seterusnya dikemukakan ke Jabatan Audit Negara selewat-lewatnya 30 April 2019. Sehubungan itu, kedudukan jumlah aset sebenar (diaudit) sehingga 31 Disember 2018 hanya dapat dibentangkan setelah mendapat Sijil daripada Jabatan Audit Negara. a) Sehingga 31 Disember 2018 baki hutang Kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan

Persekutuan adalah sepertimana di dalam Jadual 1 di bawah :

Jadual 1

Baki Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Sehingga 31 Disember 2018

Bil Pinjaman Baki Hutang (RM)

1. Projek Perumahan Awam Kos Rendah 16,575,517.67

2. Bekalan Air 334,514,923.90

3. Perbadanan Johor 46,488,097.29

4. Lain-lain Pinjaman 123,363,582.73

JUMLAH 520,942,121.59 Dalam masa yang sama, terdapat perancangan untuk mengurangkan baki hutang, di mana Kerajaan Negeri Johor melalui Perbendaharaan Negeri Johor sedang dalam peringkat akhir proses memuktamadkan perjanjian “set-off” Pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor yang berjumlah RM100 juta yang mana setelah perjanjian ini dimuktamadkan, jangkaan baki pinjaman Kerajaan Negeri adalah sepertimana Jadual 2 di bawah :

Page 121: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

121

Jadual 2

Jangkaan Baki Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Persekutuan Setelah Perjanjian “Set-Off” RM100 Juta Dimuktamadkan & Selepas Bayaran

Anuiti (Bayaran Mengikut Jadual Bayaran Balik Pinjaman) Diambil Kira

Bil Pinjaman Baki Hutang (RM)

1. Bekalan Air 334,514,923.90

2. Perbadanan Johor 22,427,197.69

3. Lain-lain Pinjaman 64,000,000.00

JUMLAH 420,942,121.59 Selain daripada itu, strategi mengurangkan baki hutang adalah dengan:

i. Membuat bayaran balik mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. ii. Membuat Penyelesaian penuh Pijaman lebih awal “early settlement”.

Perbendaharaan Negeri Johor, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Badan Kawalselia Air Johor dan Kementerian Kewangan Malaysia kini, sedang di dalam proses bagi menghapus kira baki hutang bekalan air berjumlah RM189.38 juta bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar manakala baki hutang sebanyak RM145.13 juta bagi Projek Bekalan Air Bandar juga di dalam proses dan akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Page 122: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

122

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 97 (A95) Minta disenaraikan jumlah bantuan oleh kerajaan negeri atau kerajaan pusat di negeri Johor kepada nelayan, pekebun sawit, getah, pekebun pisang, kopi, koko dan pekebun kecil yang lain sepanjang tahun 2018. Nyatakan bilangan penerima bantuan serta mengikut daerah. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, berikut adalah jawapan sepertimana yang diperlukan : a. Jabatan Perikanan Jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada nelayan pada tahun 2018, melalui PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR adalah seperti berikut:

1. Bantuan peralatan kepada nelayan: Nilai bantuan yang diluluskan adalah RM140,000.00 dan seramai 337 orang penerima bantuan ini.

BIL PNK BIL. PENERIMA

PAKAEJ A PAKEJ B

(PERALATAN

MENANGKAP IKAN) (PERALATAN

KESELAMATAN) 1 LEDANG 22 15 2 MUAR 22 16 3 BATU PAHAT 20 16 4 PONTIAN 22 15 5 JOHOR SELATAN 23 16 6 PENGERANG 22 16 7 SEDILI 22 15 8 MERSING 22 15 9 ENDAU 22 16

197 140

2. Bantuan berasaskan fasiliti agropelancongan: nilai yang diluluskan adalah

RM200,000.00 untuk 90 orang ahli Persatuan Nelayan Kawasan Muar. 3. Bantuan berasaskan fasiliti Jeti nelayan: nilai yang diluluskan adalah

RM500,000.00 untuk seramai 360 orang nelayan.

Page 123: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

123

BIL. DAERAH NAMA JETI/LOKASI BIL. NELAYAN

1 Pontian Jeti Nelayan Sungai Sanglang 40 2 Mersing Jeti Nelayan Tanjung Leman 100

3 Kota Tinggi

Setor Simpan Peralatan Nelayan Di Tanjung Sedili 80

4 Muar Pangkalan Nelayan Parit Kedondong 60 5 Batu Pahat Pangkalan Nelayan Parit Simin 80

4. Bantuan (kewangan) exgratia kepada nelayan Johor Selatan yang menerima

kesan negatif daripada projek pembangunan di Selat Johor/ Johor Selatan: Jumlah yang diluluskan adalah RM3.628 Juta. Untuk seramai 1555 orang nelayan dan 259 orang penternak.

Bil Daerah Penerima

Nelayan Penternak 1 Johor Bahru 969 191 2 Pontian 586 68 Jumlah 1555 259

5. Bantuan berasaskan sistem ternakan kupang P-Line kepada Persatuan Nelayan

Johor Bahru Selatan dan Persatuan Nelayan Kawasan Ledang: Jumlah yang diluluskan adalah RM100,000.00, projek ini memberi pendapatan sampingan kepada 6 orang nelayan Johor Bharu dan orang nelayan Muar. Projek ini akan diteruskan dari tahun, dengan menggunakan peruntukan kerajaan Negeri Johor dan Peruntukan Kerajaan Pusat.

Jumlah bantuan yang telah disalurkan secara terus kepada nelayan pada tahun 2018, melalui PERUNTUKAN KERAJAAN PUSAT adalah seperti berikut:

1. Bantuan touch point berasaskan peralatan keselamatan dan peralatan menangkap ikan, kepada nelayan darat dan nelayan pantai: nilai peruntukan adalah sebanyak RM141,000.00 untuk seramai 282 nelayan mendapat manfaat.

BIL DAERAH PENERIMA

NELAYAN DARAT NELAYAN PANTAI

1 Johor Bahru 27 2 Pontian 27 3 Muar 20 27 4 Batu Pahat 20 27 5 Mersing 20 27 6 Kota Tinggi 20 27

Page 124: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

124

7 Segamat 20 8 Kluang 20 Jumlah 120 162

2. Bantuan touch point untuk bantuan di bawah sektor akuakultur, bagi menambah

baik sistem ternakan ataupun peralatan untuk membantu meningkatkan lagi hasil akuakultur: bernilai RM178,000.00 untuk membantu nelayan daerah Pontian. Seramai 50 orang nelayan mendapat manfaat daripada bantuan ini. Antaran bantuan yang telah diberi adalah sebanyak 6 set sistem P-Line yang akan dikendalikan oleh ahli Persatuan Nelayan Kawasan Johor Bahru Selatan dan 12 unit penimbang 100kg dan penyembur air untuk kegunaan nelayan di pangkalan Ayer Baloi 1, Ayer Baloi 2, Penerok, Permas, Pulai Sebatang dan Tampok.

Selain daripada program bantuan secara terus kepada nelayan. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh Jabatan Perikanan dari segi pengurusan dan pemuliharaan sumber. Program sedemikian secara tidak langsung akan membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan. b. Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Bantuan Kepada Pekebun Kecil Getah

(Bantuan Kerajaan Pusat) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah satu insentif dalam bentuk bayaran yang akan diberikan kepada pekebun kecil getah ke atas setiap kilogram getah yang dijual. Ini bertujuan untuk meringankan bebanan pekebun kecil di seluruh Negara kesan kejatuhan harga getah di samping memberi galakan kepada pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga getah rendah di pasaran. IPG akan diaktifkan apabila purata harga bulanan di ladang (Farmgate) cuplump 50% KGK berada di paras RM2.20/kg dan ke bawah. IPG mula dibayar kepada pekebun kecil yang layak dan berdaftar mulai bulan September 2015. Ia memastikan pekebun kecil menerima harga purata bulanan cuplump sebanyak RM2.20 se kilogram. Mulai tahun 2019, paras pengaktifan harga cuplump dinaikkan kepada RM 2.50 se kilogram. Mekanisme perlaksanaan IPG ini dengan pekebun kecil boleh membuat tuntutan di mana-mana pejabat Wilayah/Negeri LGM dengan mengemukakan borang tuntutan IPG, Salinan PAT-G, resit rasmi jualan getah dan persetujuan pembahagian IPG (jika perlu) antara pemilik dan pengusaha. Pada tahun 2018, sebanyak 20,619 jumlah tuntutan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1,712,124.63. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Page 125: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

125

BAYARAN IPG NEGERI JOHOR 2018 (INDIVIDU)

DAERAH BILANGAN PERMOHONAN BERAT (KGK) JUMLAH TUNTUTAN

(RM) BATU PAHAT 465 165,803.57 58,171.32 JOHOR BAHRU 11 3,841.30 1,225.01 KLUANG 386 71,811.16 35,039.68 KOTA TINGGI 77 22,068.75 8,347.58 KULAI 336 45,062.00 19,145.62 MUAR 3,147 650,768.21 215,148.78 PONTIAN 1 342.50 137.00 SEGAMAT 8,845 2,192,287.31 810,772.15 TANGKAK 3,514 875,027.17 286,072.76 JUMLAH 16,782 4,027,011.97 1,434,059.90

BAYARAN IPG NEGERI JOHOR 2018 (AGENSI)

DAERAH BILANGAN PERMOHONAN BERAT (KGK) JUMLAH

TUNTUTAN (RM) BATU PAHAT 20 3,644.29 1,538.27 JOHOR BAHRU 8 3,878.72 1,697.44 KLUANG 469 166,801.04 62,038.64 KOTA TINGGI 10 2,734.69 1,098.29 KULAI 12 4,696.24 1,937.91 MERSING 972 92,872.84 30,877.65 MUAR 3 52.10 22.48 SEGAMAT 1,796 285,027.88 116,839.79 TANGKAK 547 149,428.53 62,014.26 JUMLAH 3,837 709,136.33 278,064.73

c. RISDA Bagi tahun 2018, kerajaan pusat melalui RISDA telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM 18,264,329.76 untuk pekebun kecil getah. Agihan peruntukan dan bilangan penerima manfaat mengikut daerah adalah seperti berikut :

Page 126: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

126

d. Malaysia Palm Oil Board (MPOB) Bagi meringankan bebanan hidup akibat harga komoditi yang tidak tetap, pihak Kementerian Industri Utama (MPI) telah menyediakan beberapa skim bantuan kepada pekebun kecil persendirian. Bagi sektor tanaman sawit, beberapa skim telah dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Malaysia. Skim bantuan yang sedang dilaksanakan sehingga kini untuk negeri Johor adalah seperti di bawah. Skim Pensijilan MSPO pekebun kecil persendirian Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah bertujuan untuk memastikan pengeluaran minyak sawit Malaysia daripada sektor ladang dan juga pekebun kecil adalah melalui proses yang mampan. Bagi meringankan kos pensijilan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan skim bantuan kepada pekebun kecil dengan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi menampung kos pensijilan. Skop bantuan meliputi kos yuran audit pertama dan audit pemantauan, pembelian alat perlindungan diri (PPE), setor baja dan racun serta kos latihan kesedaran.

BIL DAERAH BIL

PENERIMA (ORANG)

NILAI BANTUAN

(RM) 1. Johor Bahru - -

2. Kota Tinggi 842 1391237.00

3. Kulai 211 348635.30

4. Pontian 461 761837.03

5. Batu Pahat 963 1591802.43

6. Kluang 1286 2124579.00

7. Segamat 3855 6369116.00

8. Muar 829 1369757.00

9. Tangkak 1244 2055461.00

10. Mersing 1363 2251905.00

JUMLAH 11054 18264329.76

Page 127: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

127

Sehingga 28 Februari 2019, sebanyak 25 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) telah dipersijilkan, dengan jumlah pekebun kecil yang telah menerima disijilkan seramai 1,656 orang, meliputi keluasan tanaman sawit 3,896 hektar. Manakala, sebagai persediaan proses pensijilan baru untuk tahun 2019, seramai 1,609 orang pekebun kecil telah mengikuti taklimat dan latihan dari MPOB. Skim Tanam Semula (TSSPK) dan Tanam Baru (TBSPK) Sawit. Pihak Kementerian Industri Utama (MPI) melalui MPOB juga memberi Skim Bantuan Tanam Semula (TSSKP) dan Tanam Baru (TBSKP) bagi pekebun kecil. Ini bertujuan bagi mengantikan pokok sawit tua dan pokok sawit yang tidak produktif dengan bahan tanaman berkualiti serta berhasil tinggi. Skim ini telah pun dijalankan pada RMK-10 dan diteruskan di RMK-11. Skop bantuan meliputi penyediaan Kawasan, pembelian anak sawit serta bekalan baja tahun satu dan dua. Bagi memastikan tanaman anak sawit tumbuh subur, penerima bantuan akan diberikan pendedahan berkiatan amalan pertanian baik yang diberikan Pegawai TUNAS MPOB yang berada di seluruh negara. Kaedah penyampaian adalah melalui sesi seminar, ceramah dan lawatan ke kebun. Sepanjang tahun 2018, seramai 93 orang pekebun kecil dengan keluasan 184 ha telah menerima skim TSSPK. Manakala, bagi skim TBSKP, seramai 620 pekebun kecil merangkumi keluasan 1,261 ha telah menerima bantuan. Skim Insentif Interasi Tanaman (Ita) dan Intergrasi Ternakan (Ite) Pada amnya, pekebun kecil mempunyai tanah kebun yang kecil dan tidak ekonomik justeru pendapatan yang dihasilkan daripada sawit tidak cukup untuk menampun kos sara hidup. Oleh itu pihak kerajaan telah mewujudkan skim Integrasi Tanaman (Ita) dan Integrasi Ternakan (Ite) dengan tujuan untuk menghasilkan pendapatan hasil memaksimakan penggunaan tanah pertanian. Skim Ita menyarankan pekebun kecil mengamalkan integrasi tanaman seperti tanaman jangka pendek seperti pisang, jagung, padi atau sayuran. Manakala integrasi ternakan lembu dan kambing adalah disarankan untuk diamalkan. Sejak skim ini diperkenalkan pada 2016, sehingga Disember 2018, bagi negeri Johor, 88 pekebun kecil meliputi kawasan seluas 202.58 ha telah menerima skim Ita. Manakala bagi Skim Ite pula, seramai 21 orang pekebun kecil telah menerima ternakan kambing atau lembu. Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Bagi menggalakkan pekebun kecil menceburi bidang ekonomi, pihak Kerajaan membantu dengan pelaksanaan penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Koperasi ini dapat menghimpunkan pekebun kecil setempat yang

Page 128: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

128

mengusahakan tanaman sawit agar membuat jualan hasil sawit mereka secara berkelompok terus kekilang. Melalui kaedah ini harga jualan buah sawit mereka lebih tinggi sehingga 13% berbanding jualan melalui peniaga buah sawit lain. Sehingga Disember 2018, terdapat 5 KPSM iaitu KPSM Kluang Utara Berhad, KPSM Daerah Kulaijaya Berhad, KPSM Batu 67 Kluang Berhad, KPSM Yong Peng Utara Berhad dan KPSM Segamat Berhad telah ditubuhkan di seluruh Negeri Johor. e. Jabatan Pertanian Antara peruntukan yang disalurkan ke Jabatan Pertanian pada tahun 2018 ialah di bawah Projek Pembangunan Industri Buah-Buahan di mana bagi Peruntukan Negeri sebanyak RM500,000 telah disalurkan kepada petani yang menjalankan aktiviti tanaman buah-buahan dengan melibatkan seramai 104 orang peserta. Manakala di bawah Peruntukan Persekutuan, sebanyak RM362,700 telah disalurkan dengan melibatkan seramai 57 orang peserta. Perincian mengikut daerah adalah seperti di Jadual 2. Selain itu, di bawah Projek Pembangunan Sayur-Sayuran dan Tanaman Ladang, sebanyak RM500,000 telah disalurkan kepada petani dengan melibatkan seramai 90 orang peserta. Manakala di bawah Peruntukan Persekutuan, sebanyak RM363,000 telah disalurkan untuk tanaman sayur dan RM110,000 untuk tanaman ladang dengan melibatkan seramai 36 orang peserta. Perincian mengikut daerah adalah seperti di Jadual 3. Bagi Projek Pembangunan Tanaman Industri, dibawah Peruntukan Negeri, sebanyak RM100,000.00 telah diperuntukkan bagi tanaman kopi dan kelapa dengan melibatkan seramai 19 orang peserta. Manakala di bawah Peruntukan Persekutuan, sebanyak RM154,700 telah disalurkan untuk projek tanaman kopi dengan melibatkan seramai 6 orang peserta.Perincian mengikut daerah adalah seperti di Jadual 4. Kerajaan juga membantu petani yang terlibat di dalam industri herba dan rempah ratus, cendawan, dan lebah madu/kelulut melalui Projek Pembangunan Komoditi Berpotensi. Projek ini dilaksanakan adalah bagi menggalakkan petani menceburi industri ini. Di bawah Peruntukan Negeri, sebanyak RM150,00.00 telah disalurkan kepada peserta dengan melibatkan seramai 28 orang. Manakala di bawah Peruntukan Persekutuan adalah sebanyak RM103,500 dengan melibatkan seramai 7 orang peserta.Perincian mengikut daerah adalah seperti di Jadual 5. Bukan itu sahaja, Jabatan Pertanian juga memberi penekanan kepada Projek Kluster bagi tanaman pisang iaitu di bawah bawah peruntukan Persekutuan dengan nilai peruntukansebanyak RM140,000 yang melibatkan seramai 11 orang peserta seperti di Jadual 6.

Page 129: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

129

Jadual 1: Peruntukan Pembangunan pada tahun 2018

Bil. Nama Projek Peruntukan Negeri (RM)

Peruntukan Persekutuan (RM)

1. Pembangunan Industri Buah-Buahan

500,000.00 362,700.00

2. Pembangunan Sayur-Sayuran dan Tanaman Ladang

500,000.00 363,000.00 (sayur-sayuran)

110,000.00 (tanaman ladang)

3. Pembangunan Tanaman Industri

(Kopi dan Kelapa) 100,000.00 154,700.00

4. Pembangunan Komoditi Berpotensi (herba/rempah ratus, cendawan, lebah madu/kelulut)

150,000.00 103,500.00

5. Projek Kluster Tanaman Pisang - 140,000.00

Jadual 2: Peruntukan Pembangunan bagi Projek Pembangunan Industri Buah-Buahan

Bil. Daerah Bilangan Peserta (orang)

Peruntukan Negeri

Peruntukan Persekutuan

Pembangunan Industri Buah-Buahan 1. Batu Pahat 17 0 2. Johor Bahru 8 0 3. Kluang 8 10 4. Kota Tinggi 4 14 5. Kulai 5 1 6. Mersing 12 3 7. Muar 16 6 8. Pontian 13 0 9. Segamat 9 21

10. Tangkak 12 2 JUMLAH 104 57

Page 130: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

130

Jadual 3: Peruntukan Pembangunan Sayur-Sayuran dan Tanaman Ladang

Bil. Daerah Bilangan Peserta (orang) Peruntukan

Negeri Peruntukan Persekutuan

Pembangunan Sayur-Sayuran dan Tanaman Ladang 1. Batu Pahat 19 4 2. Johor Bahru 10 2 3. Kluang 9 9 4. Kota Tinggi 15 1 5. Kulai 5 3 6. Mersing 11 6 7. Muar 2 2 8. Pontian 8 3 9. Segamat 4 6

10. Tangkak 7 0 JUMLAH 90 36

Jadual 4: Peruntukan Pembangunan Tanaman Industri (Kopi dan Kelapa)

Bil. Daerah Bilangan Peserta (orang) Peruntukan

Negeri Peruntukan Persekutuan

Pembangunan Tanaman Industri (Kopi dan Kelapa) 1. Batu Pahat 2 2 2. Johor Bahru 0 0 3. Kluang 0 0 4. Kota Tinggi 0 1 5. Kulai 0 0 6. Mersing 2 1 7. Muar 4 1 8. Pontian 3 1 9. Segamat 8 0

10. Tangkak 0 0 JUMLAH 19 6

Page 131: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

131

Jadual 5: Peruntukan Pembangunan Komoditi Berpotensi

Bil. Daerah Bilangan Peserta (orang)

Peruntukan Negeri

Peruntukan Persekutuan

Pembangunan Komoditi Berpotensi (herba/rempah ratus, cendawan, lebah madu/kelulut)

1. Batu Pahat 8 3 2. Johor Bahru 1 0 3. Kluang 5 0 4. Kota Tinggi 6 0 5. Kulai 2 0 6. Mersing 0 4 7. Muar 3 0 8. Pontian 2 0 9. Segamat 1 0

10. Tangkak 0 0 JUMLAH 28 7

Jadual 6: Peruntukan Projek Kluster Pisang

Bil. Daerah Bilangan Peserta (orang) Peruntukan

Negeri Peruntukan Persekutuan

Pembangunan Komoditi Berpotensi (herba/rempah ratus, cendawan, lebah madu/kelulut)

1. Batu Pahat Tanaman pisang termasuk di bawah peruntukan Projek Pembangunan Industri Buah-Buahan

0 2. Johor Bahru 0 3. Kluang 1 4. Kota Tinggi 1 5. Kulai 0 6. Mersing 0 7. Muar 1 8. Pontian 0 9. Segamat 4

10. Tangkak 4 JUMLAH 11

Page 132: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

132

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 98 (A96) Minta penjelasan jumlah kedudukan kewangan setiap PBT di negeri Johor berakhir pada 31.12 2018. Nyatakan jumlah kutipan hasil, perbelanjaan, hutang dan aset. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN HASIL Hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terdiri daripada 3 kategori iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan cukai. Hasil cukai adalah merupakan bayaran cukai harta oleh individu, kerajaan, syarikat dan organisasi yang mempunyai pegangan bercukai di kawasan PBT. Hasil bukan cukai pula terdiri daripada hasil lesen,permit sewaan serta kompaun. Manakala terimaan bukan cukai terdiri daripada sumbangan atau pemberian kerajaan negeri dan persekutuan kepada PBT. Sehingga 31 Disember 2018, jumlah hasil bagi semua PBT adalah sebanyak RM 1,388,068,562.35. PERBELANJAAN Perbelanjaan PBT terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus terdiri daripada bayaran emolumen, bayaran perkhidmatan dan bekalan, pembelian harta modal, bayaran insurans dan faedah serta lain-lain perbelanjaan. Manakala perbelanjaan pembangunan merupakan bayaran kepada projek-projek infrastruktur, penyelenggaraan, baikpulih serta projek-projek pembinaan bangunan atau dewan di PBT. Sehingga 31 Disember 2018, jumlah perbelanjaan bagi semua PBT adalah sebanyak RM 1,127,698,778.45 ASET Aset PBT pula terdiri daripada hartanah, bangunan milik PBT, kerja-kerja pembangunan dalam pelaksanaan, deposit, tunai dan baki bank serta bayaran-bayaran yang belum diterima oleh pemiutang. Sehingga 31 Disember 2018, jumlah aset bagi semua PBT adalah sebanyak RM 558,440,044.04 HUTANG Manakala hutang PBT terdiri daripada bayaran yang belum diselesaikan oleh PBT kepada pembekal seperti bayaran kepada SWcorp. Hutang PBT juga terdiri daripada komitmen bayaran pinjaman yang telah dibuat oleh PBT. Sehingga 31 Disember 2018, jumlah liabiliti bagi semua PBT adalah sebanyak RM 1,455,574,880.24

Page 133: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

133

Berikut adalah pecahan jumlah hasil,perbelanjaan, hutang serta aset mengikut PBT masing-masing:

BIL PBT HASIL BELANJA HUTANG ASET 1 MBJB 404,358,744.21 323,772,485.68 116,379,958.67 231,372,499.92 2 MBIP 274,100,000.00 214,630,000.00 - 118,730,000.00 3 MPPG 180,700,000.00 158,100,000.00 99,200,000.00 396,900,000.00 4 MPKu 89,379,251.00 77,761,133.00 80,808,138.00 204,791,712.00 5 MPK 56,196,709.34 40,805,213.36 4,683,701.81 106,789,107.00 6 MPM 62,507,044.07 48,977,213.34 3,723,859.34 29,831,456.71 7 MPBP 60,181,503.38 63,088,504.37 137,669,375.00 68,862,367.00 8 MPS 29,364,347.47 29,836,522.86 19,392,859.23 53,015,554.44 9 MDP 39,398,569.85 26,778,646.00 2,944,150.73 83,792,685.00 10 MDT 22,722,303.49 15,357,064.47 5,608,639.10 7,966,921.00 11 MDKT 23,448,673.22 26,673,314.57 917,294.09 34,481,811.00 12 MDYP 19,696,329.00 17,434,984.86 750,169.86 24,245,163.00 13 MDSR 11,642,005.21 11,003,939.81 239,841.60 4,225,661.68 14 MDM 11,249,681.33 9,651,481.67 6,102,043.64 8,653,429.88 15 MDL 13,529,871.32 3,725,618.00 7,192,206.41 6,402,530.20 16 PBTP 89,593,529.46 60,102,656.46 72,827,806.56 75,513,981.41

JUMLAH 1,388,068,562.35 1,127,698,778.45 558,440,044.04 1,455,574,880.24

Page 134: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

134

YB DATO' HAJI ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 99 (A97) Belia merupakan aset terpenting negara untuk menjadi pemimpin masa akan datang. Untuk melihat bagaimana negara pada masa akan datang, lihatlah belia pada hari ini. Apakah pelan pembangunan ataupun aktiviti yang telah dirancang untuk belia pada tahun 2019 dan bilakah hari belia akan diadakan. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Kerajaan sememangnya menyedari kepentingan golongan belia yang merupakan aset terpenting kepada negara selaku pemimpin pelapis kepimpinan di masa hadapan. Sehubungan dengan itu, beberapa program telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2019 sebagai platform kepada golongan belia mengembangkan kebolehan dan potensi diri mereka. Dibawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, beberapa program telah dirancang untuk dilaksana di peringkat daerah dan negeri yang melibatkan elemen kepimpinan dan keusahawanan. Antaranya adalah Majlis Perundingan Belia Negeri/Daerah yang dianggotai oleh pemimpin pertubuhan belia, agensi kerajaan, badan politik dan ahli akademik bagi membincangkan dasar dan program pembangunan belia dan ianya berperanan sebagai badan perunding kepada pertubuhan belia khususnya berkaitan dasar dan isu pembangunan belia. Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap I juga akan dilaksanakan di setiap daerah, selama 3 hari 2 malam dan melibatkan seramai 400 orang pemimpin pertubuhan belia di seluruh negeri Johor. Kursus ini merangkumi elemen kepimpinan, komunikasi, dokumentasi, serta pengurusan kewangan bagi melatih pemimpin pelapis dalam pertubuhan/organisasi di pelbagai peringkat, di samping melahirkan tenaga pelatih sama ada sebagai penceramah, fasilitator mahupun jurulatih dalam bidang kepimpinan. Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap I ini merupakan satu mekanisme terbaik bagi meningkatkan prestasi organisasi dan kepimpinan belia semasa. Manakala di peringkat kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan turut melaksanakan Program Felo Perdana dan Felo Korporat, di mana latihan secara mentoring dan internship digunapakai memandangkan pemimpin dalam kalangan generasi-Y memerlukan role model untuk membina profesionalisme kepimpinan pringkat tertinggi. Dibawah program Felo Perdana, mahasiswa dan graduan (mentee) yang terpilih akan ditempatkan di pejabat Ahli-Ahli Jemaah Menteri untuk didedahkan dengan proses penggubalan dasar Kerajaan serta perjalanan pelaksanaannya mengikut portfolio Menteri-Menteri Kabinet. Manakala dibawah progam Felo Korporat, mentee akan ditempatkan di pejabat Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif di Syarikat-syarikat Korporat Malaysia (GLC) bagi mendapat pendedahan akan kompetensi kepemimpinan berasaskan perniagaan.

Page 135: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

135

Dalam menghargai sumbangan dan peranan yang telah dimainkan oleh golongan belia dalam pembangunan negara, khususnya pembangunan golongan belia, sambutan Hari Belia Negara 2019 Peringkat Negeri Johor dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2019. Semasa sambutan Hari Belia Negeri diadakan, turut disampaikan Anugerah Perdana Belia Negeri Johor bagi kategori Pertubuhan Belia dan Individu Belia Lelaki dan Wanita. Dalam bidang keusahawanan pula, program Youth Career (Y-Career) akan terus diadakan buat tahun ke-2 di mana ianya memberi akses kepada belia miskin terutama di luar bandar mengikuti latihan kemahiran yang asas/ringan menerusi majikan dalam bidang-bidang tertentu seperti jahitan, membaik pulih komputer, membaiki motorsikal, terapi kecantikan, penyediaan makanan, elektrik dan lain-lain yang berkaitan sebelum diserapkan dalam pasaran pekerjaan selepas tamat latihan. Selain itu, pada tahun 2019 ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti usahawan akan mengadakan Youth Business Expo (yBEX) bertujuan membangunkan budaya keusahawanan dalam kalangan anak muda di samping menjadi platform dalam menjalinkan hubungan dengan pemain industri korporat dan menambah peluang dalam pekerjaan dan latihan. Sejajar dengan strategi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi mengukuh dan menyerlahkan lagi potensi golongan belia, Iskandar Regional Development Authority (IRDA) juga telah menjalankan beberapa inisiatif dan program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta membina keupayaan dan kecekapan belia sebagai pemimpin masa hadapan. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kolaborasi agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sebagainya bagi memastikan golongan belia tidak ketinggalan dan turut serta dalam pembangunan sosioekonomi yang amat pesat di Iskandar Malaysia. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah:

(i) Iskandar Malaysia Youth Empowerment Fund (IMPOWER) yang menyediakan dana bagi membiayai penganjuran program-program belia dalam kawasan Iskandar Malaysia. Antara objektif IMPOWER adalah untuk memperkasa belia dalam menjadi penyelesai masalah utama yang sering dihadapi oleh komuniti setempat, di samping meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan negara dan mengubah komuniti setempat ke arah masyarakat yang inklusif selain memastikan suara belia didengari melalui program yang ingin di laksana. Cadangan program perlulah berdasarkan elemen pendidikan dan pembangunan kemahiran, keusahawanan dan pekerjaan, sukarelawan dan penglibatan komuniti, sukan dan gaya hidup sihat, serta seni dan budaya. Sebanyak 16 program telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM373,131.00 bagi Kumpulan (batch) 1 dan 2.

Page 136: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

136

(ii) Johor Student Leaders Council (JSLC) yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, mempunyai objektif dalam membentuk pemimpin muda yang berupaya menyelesaikan masalah dengan kreatif melalui latihan kepimpinan yang eksklusif di samping memperkembangkan kemahiran pemimpin-pemimpin muda dalam kalangan rakan sebaya. Program ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2010, di mana seramai 166 orang pelajar telah terpilih untuk mendapat pendedahan kepada latihan kepimpinan teori dan praktikal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menyedari akan kepentingan golongan belia sebagai aset utama negara, Kerajaan Negeri mahupun kerajaan Persekutuan akan terus memberikan komitmen ke arah menggembleng dan mengembangkan potensi yang terdapat dalam golongan belia khususnya di negeri Johor.

Page 137: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

137

YB DATO' HAJI ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 100 (A98) Mengikut indeks belia Johor pada tahun 2018, keusahawanan dan perumahan adalah dua keperluan utama belia di Johor. Apakah langkah yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini bagi melahirkan usahawan dan apakah bentuk bantuan yang telah disediakan untuk usahawan muda negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Dalam kebersediaan Usahawan muda menongkah industri revolusi 4.0, Kerajaan Negeri Johor telah berlandaskan Pelan Tindakan Strategik PKS telah merancang segala aktiviti dan program pembangunan PKS menjadi lebih mantap, lebih berfokus serta dapat melonjakkan pendapatan dan KDNK Negeri Johor dengan lebih berkesan. Di antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan ialah melalui program Misi Jejak PKS khusus Ekonomi Kreatif. Program jelajah ini merupakan program turun padang bagi membantu Usahawan dan memfokuskan kepada perusahaan anak muda yang kreatif dan berdaya saing. Lebih daripada 200 belia yang kreatif dan inovatif di sekitar negeri Johor telah dikenalpasti potensi dan matlamat mereka. Jumlah ini merupakan data awal dari segi proses saringan data maklumat Usahawan belia. Pelbagai jenis bantuan akan dilaksanakan iaitu seperti geran seperti Inisiatif Usahawan Mikro. Geran ini khusus di berikan kepada Usahawan bertaraf mikro yang mempunyai jumlah pendapatan RM300,000 setahun serta sekurang-kurangnya memiliki 5 org pekerja. Mikro PKS kebiasaannya adalah dikalangan Usahawan belia. Selain daripada itu, Dalam mendigitalkan Usahawan belia Johor, kerajaan negeri akan berkolaborasi Bersama MyNIC iaitu anak syarikat dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia yang memegang hosting .my dalam satu program digital Usahawan. Ini penting kerana, dalam halatuju PKS Johor kearah globalisasi adalah peningkatan pemasaran online khususnya Usahawan belia. Mereka perlu ambil peduli dengan kemudahan e-dagang serta kearah mendigitalkan platform perniagaan.

Page 138: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

138

YB DATO' HAJI ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 101 (A101) Status terkini persiapan fasiliti sukan menghadapi SUKMA dan jumlah acara yang akan dipertandingkan dalam SUKMA 2020. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Sehingga 4 Mac 2019 sebanyak 27 cadangan jenis sukan akan dipertandingkan di dalam SUKMA XX 2020. Daripada 27 cadangan jenis sukan sebanyak 16 jenis sukan dikategorikan sebagai sukan wajib dan 11 jenis sukan dikategorikan sebagai sukan pilihan.

SUKAN WAJIB

BIL JENIS SUKAN CADANGAN VENUE 1. AKUATIK (RENANG &

TERJUN) PUSAT AKUATIK JOHOR, ARENA LARKIN

2. OLAHRAGA STADIUM OLAHRAGA, SPORTS CITY MT AUSTIN

3. BOLA SEPAK STADIUM UTM STADIUM EDUCITY MINI STADIUM KULAI STADIUM TUTA

4. HOKI LELAKI -STADIUM HOKI BANDARAYA, TAMAN DAYA WANITA - PADANG HOKI UTHM

5. MENEMBAK PUSAT MENEMBAK JOHOR, SPORTS CITY MT AUSTIN

6. BERBASIKAL ACARA LEBUHRAYA – BANDAR PENAWAR ACARA TREK – VELODROM JOHOR, MEDINI ACARA MTB – DIRT PARK, ULU CHOH

7. GIMNASTIK (ARTISTIK& BERIRAMA)

KOLEJ SELATAN, TMN IMPIAN EMAS

8. BADMINTON STADIUM TERTUTUP BANDARAYA, ARENA LARKIN

9. SKUASY ARENA EMAS, TAMAN IMPIAN EMAS 10. TENPIN BOLING DAIMAN BOWL, TAMAN JOHOR JAYA 11. LAWN BOWL ARENA EMAS, TAMAN IMPIAN EMAS 12. MEMANAH ARENA EMAS, TAMAN IMPIAN EMAS 13. WUSHU DEWAN SERBAGUNA MBJB, TAMAN JOHOR

JAYA 14. PENCAK SILAT DEWAN SULTAN IBRAHIM, UTHM

Page 139: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

139

15. KARATE KOMPLEKS BUKIT MUTIARA JLAND 16. PELAYARAN PUSAT PELAYARAN JOHOR, DESARU

SUKAN PILIHAN

BIL JENIS SUKAN CADANGAN VENUE 1. PETANQUE ARENA EMAS, TAMAN IMPIAN EMAS 2. KANU TASIK REKREASI, EDUHUB PAGOH 3. BOLA JARING INDOOR ARENA, EDUCITY 4. BOLA KERANJANG DEWAN BOLA KERANJANG JB, ARENA

LARKIN 5. BOLA TAMPAR SPORTS HALL 1 & 2, UTM 6. SEPAK TAKRAW STADIUM TERTUTUP MPPG, PASIR GUDANG 7. RAGBI STADIUM RAGBI JOHOR, SPORTS CITY MT

AUSTIN 8. ANGKAT BERAT DEWAN KONVENSYEN, EDUHUB PAGOH 9. JUDO DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM 10. TINJU DEWAN CAHAYA TNB, KEMPAS 11. GOLF CADANGAN 27 JENIS SUKAN INI MASIH BELUM BOLEH DIMUKTAMADKAN SEHINGGA DIBAWA KE DALAM MESYUARAT TERTINGGI SUKMA YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YB MENTERI KBS YANG DIJANGKA PADA 20 MAC 2019 INI.

Page 140: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

140

YB DATO' HAJI ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 102 (A102) Adakah pihak JKR telah mengenal pasti jalan-jalan yang ingin di naik taraf bagi mengelakkan jalan terputus ketika musim banjir. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Pihak JKR telah mengenal pasti beberapa jalan yang perlu dinaik taraf bagi mengelakkan jalan tersebut terputus ketika musim banjir. Jalan-jalan yang terlibat tersebut telah pun disenaraikan di dalam perancangan supaya kerja-kerja menaik taraf jalan dapat dilaksanakan

Page 141: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

141

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 103 (A103) Apakah kriteria pelantikan ahli politik dalam jawatan lembaga pengarah di GLCs supaya mempercepatkan pelaksanaan polisi kerajaan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Tiada peruntukan khas di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Johor untuk melantik mana-mana ahli politik sebagai salah satu syarat mengisi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Johor. Ini kerana, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah akan dibuat berdasarkan kelayakan, kepakaran serta pengalaman yang dimiliki di dalam bidang tertentu yang akhirnya dapat menyumbang kemajuan GLC, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan negeri dan rakyat Johor.

Page 142: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

142

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 104 (A105) Demi pembangunan seimbang, apakah strategi pembangunan ekonomi untuk Johor Tengah yang meliputi Paloh, Chamek, Kluang, Renggam, Layang-Layang, Simpang Renggam, Machap, Yong Peng dan Air Hitam? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi memastikan pembangunan yang seimbang di Johor dan tiada bahagian di negeri Johor ini terpinggir, dasar pembangunan ekonomi Johor pada kali adalah berbentuk pembangunan berasaskan wilayah. Pembangunan berasaskan wilayah ini akan menumpukan kepada sektor-sektor ekonomi yang menjadi kekuatan wilayah tersebut. 4 wilayah telah dibahagikan mengikut kesesuaian iaitu bahagian Selatan Johor meliputi daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian, Utara Johor yang meliputi Tangkak, Muar dan Segamat, kemudiannya Johor Timur meliputi Kota Tinggi dan Mersing dan bahagian Johor Tengah merangkumi daerah Batu Pahat dan Kluang. Di antara sektor tumpuan yang akan diberikan kepada Johor Tengah iaitu daerah Kluang ialah pertanian, produk berasaskan tembikar dan ekonomi kreatif eko pelancongan. Selain itu, pembangunan landasan berkembar yang dijangka siap pada tahun 2024 dijangka akan meningkatkan lagi akses kepada kawasan seperti Paloh, Chamek, Kluang, Renggam, Layang-Layang, Simpang Renggam, Machap, Yong Peng dan Air Hitam ini. Manakala pembangunan di daerah Batu Pahat akan terus memberikan tumpuan kepada industri tekstil dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS). Pembangunan yang berlaku di setiap daerah digerak dan diselaraskan menerusi Majlis Pertumbuhan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai-Pegawai Daerah dan dianggotai oleh jabatan dan agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Koridor, pihak swasta serta pemimpin tempatan bagi memastikan pembangunan yang berlaku adalah bersifat “bottom up” dan bukan “top down” dan tiada pertindihan inisiatif di antara setiap pihak. Oleh yang demikian, penumpuan pembangunan di daerah-daerah di dalam kawasan Wilayah Iskandar Malaysia akan dijadikan asas kepada sektor tumpuan di dalam dokumen Pelan Pembangunan Mampan seperti sektor pembuatan, perkhidmatan merangkumi kesihatan, hospitaliti dan lain-lain lagi. Kerajaan negeri dengan kerjasama dari Majlis Pertumbuhan Daerah juga sedang memperhalusi penekanan terhadap sektor-sektor lain yang berpotensi dan pelan tindakan pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan di setiap daerah bagi memastikan pembangunan yang komprehensif di seluruh negeri Johor.

Page 143: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

143

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 105 (A106) Majlis Perbandaran Kluang mempunyai simpanan tetap (FD) sebanyak 9.365 juta dan simpanan tunai sebanyak 15.447 juta, mengikut penyata kewangan 2016. Apakah polisi penggalakan supaya simpanan digunakan secara maksima untuk kemajuan tempatan? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Untuk makluman, polisi penggalakan supaya simpanan digunakan secara maksimum untuk kemajuan tempatan adalah penetapan dalam penyediaan bajet di mana sebanyak 30% daripada jumlah hasil diperuntukkan untuk bajet pembangunan. Ini adalah selaras dengan Arahan Perbendaharaan Negeri Johor sebelum ini. Contoh Bajet pembangunan tahun 2018 Majlis Perbandaran Kluang adalah RM18 juta dan tahun 2019 adalah RM20 juta.

Page 144: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

144

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 106 (A108) Apakah rancangan kerajaan untuk menaik taraf kemudahan di Gunung Lambak dan memajukan Gunung Lambak Eco Resort yang sedia ada tetapi terbengkalai. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Gunung Lambak Resort merupakan ‘Rizab Awam Taman Rekreasi Gunung Lambak’ di bawah kuasa Setiausaha Kerajaan Johor dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Gunung Lambak Resort bukanlah projek terbengkalai kerana ianya mula dibina pada pertengahan tahun 1999 dan siap dibina pada 23 Oktober 2002 dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM 8.18 Juta di bawah peruntukan Jabatan Landskap Negara. Pada Mei 2004 pihak Majlis Perbandaran Kluang telah bersetuju melantik Lagun Merpati untuk menguruskan Gunung Lambak Resort walau bagaimanapun pengurusan tersebut telah dibatalkan melalui keputusan Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Kluang pada 29 November 2011. Oleh itu, mulai Disember 2012 Majlis Perbandaran Kluang telah menguruskan sepenuhnya Gunung Lambak Resort sehingga kini. Sehubungan itu Majlis Perbandaran Kluang dengan sedaya upaya menguruskan resort tersebut walaupun mempunyai kekangan dari segi kewangan dan kakitangan untuk menguruskannya. Untuk makluman, berbagai usaha telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kluang untuk mendapatkan peruntukan baik pulih dan menaik taraf Gunung Lambak Resort namun semunya belum mendapat kelulusan daripada mana-mana pihak.

Page 145: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

145

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 107 (A110) Apakah pandangan kerajaan berkenaan dengan industri hartanah Negeri Johor untuk tahun 2019 (market outlook). JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Merujuk kepada bilangan perserahan pindahmilik yang diterima oleh Pentadbiran Tanah Johor di antara tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan trend peningkatan dari aspek bilangan perserahan pindah milik iaitu 50,939 perserahan pada tahun 2016, 51,330 perserahan pada tahun 2017 dan 55,590 perserahan bagi tahun 2018. Peningkatan transaksi sepanjang tiga tahun kebelakangan ini turut memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri bahawa pasaran hartanah negeri Johor pada tahun 2019 akan terus kekal positif dan berdaya tahan di samping menjadi salah satu negeri mempunyai permintaan hartanah yang tertinggi di Malaysia. Keyakinan ini turut disumbangkan kepada pengumuman pelbagai inisiatif baru dalam ucapan Belanjawan 2019 Kerajaan Persekutuan dan juga ucapan Belanjawan Johor 2019 yang dibentangkan pada 29 November 2018 yang lalu. Antara inisiatif yang telah diumumkan adalah sebagaimana berikut:-

i) Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.00 akan diberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000.00 pertama atas surat cara pindahmilik dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

ii) Pengecualian duti setem ke atas surat cara pindahmilik bagi pembelian rumah pertama berharga antara RM300,001.00 sehingga RM1,000,000.00 berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019.

iii) Kadar pembiayaan serendah 3.5% bagi pembelian rumah buat kali pertama melibatkan pembelian rumah beharga RM150,000.00 oleh golongan yang berpendapatan tidak lebih daripada RM2,300.00.

iv) Mengekalkan pembiayaan tanpa faedah bagi anggota perkhidmatan awam di bawah Kerajaan Negeri Johor.

v) Manakala bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan pula akan dipanjangkan tempoh pinjaman di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSPA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun dan tempoh pembiayaan kedua daripada 25 kepada 30 tahun.

vi) Pengecualian SST atas perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan.

Page 146: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

146

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 108 (A111) Senaraikan perkembangan industri pelancongan Pantai Timur Negeri Johor. JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Seperti yang sedia maklum, pantai timur di negeri Johor merangkumi daerah Mersing, Segamat dan Kota Tinggi. Kawasan pantai timur ini sememangnya dikenali dengan produk-produk pelancongan berasaskan pantai dan pulau yang cantik dan terpelihara. Tambahan pula, Taman Negara Johor juga merupakan produk pelancongan berunsurkan eko pelancongan.Produk pelancongan ini menjadi tarikan dalam kalangan pelancong terutamanya peminat alam semula jadi serta penggemar sukan lasak. Dalam memperkukuhkan pembangunan pelancongan di pantai timur, inisiatif Koridor Pelancongan Pantai Timur (ECTC) telah diwujudkan dan dianggotai oleh empat negeri iaitu Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Tujuan ECTC ditubuhkan adalah untuk berkolaborasi dan menyelaraskan pakej-pakej pelancongan di antara keempat-empat negeri ini. Untuk makluman, dengan pelaksanaan program ECTC ini, ianya dapat memberi impak positif dari segi ekonomi dan juga dapat membantu pengiat industri pelancongan dari keempat-empat negeri. Antara cadangan-cadangan yang dikemukan adalah sepertimana berikut:

1. Membangunkan Pengkalan Data Produk Pelancongan. Buat sementara ini hanya memfokuskan produk-produk berasaskan sejarah, kebudayaan serta alam semula jadi.

2. Membangunkan Rangka Kerja Pengiktirafan Produk Pelancongan Di

Bawah Sistem Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan,

3. Melaksanakan Inbound Tourism Bootcamp (ITB) yang bertujuan untuk

meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berkaitan pelancongan.

Page 147: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

147

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN 109 (A112) Setelah Akta Antiberita Tidak Benar dimansuhkan, fitnah dan penyebaran berita palsu semakin berleluasa. Sila nyatakan apakah tindakan kerajaan negeri bagi menangani masalah tersebut. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dalam apa jua keadaan dengan jabatan dan agensi-agensi di peringkat negeri dan persekutuan dalam memastikan informasi / penyampaian maklumat terkini kerajaan mahupun agensi berkaitan dapat dicapai dengan meluas serta tidak mengelirukan masyarakat tentang dasar dan aktiviti kerajaan negeri Johor. Ini adalah kerana jabatan dan agensi di peringkat negeri dan persekutuan mempunyai pelbagai medium dalam membantu kerajaan negeri bagi memastikan penyampaian maklumat dan informasi yang benar dan tepat dapat disampaikan kepada rakyat. Kerajaan Negeri amat prihatin tentang kesahihan berita dan maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta 588 boleh digunakan bagi tujuan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kesalahan penyebaran berita palsu, menanam perasaan kebencian dan memfitnah. Sebagai contoh, tindakan boleh diambil di bawah peruntukan Seksyen 211 dan 233 Akta 588 terhadap individu yang menyalahgunakan internet atau perkhidmatan aplikasi termasuk media sosial, media elektronik sebagai platform bagi menyebarkan kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi rm50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali Kerajaan negeri telah mewujudkan team media siber di semua jabatan. Merujuk kepada surat daripada Pejabat Menteri Besar Johor: mbj.01/06/06 jilid 7 (24) bertarikh 18 Februari 2019. Kemas kini portal sebenarnya.my yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC – Malaysian Communications & Multimedia Commision) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ianya merupakan platform kepada orang ramai bagi menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial. Menerusi portal itu, MCMC akan mendapatkan pengesahan daripada pihak terlibat atau menyemak maklumat rasmi bagi mendapatkan laporan yang tepat.

Page 148: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

148

Selain itu juga sebagai langkah pengamal media agar tidak sewenangnya mengeluarkan berita yang tidak benar dan palsu, pihak kerajaan negeri dibawah pengelolaan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kelab Media Johor akan menganjurkan Anugerah Media Johor pada setiap tahun. Ia bukanlah sekadar anugerah tetapi bertujuan memupuk rasa tanggungjawab kepada pengamal media dengan mengeluarkan berita-berita yang sahih sumbernya baik dari aspek pembangunan sosial, politik dan ekonomi negeri Johor kepada rakyat negeri Johor.

Page 149: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

149

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN 110 (A114) Sila nyatakan apakah status pembinaan Masjid Jamek Al Hikmah di Kampung Baru Sg Redan yang telah diluluskan peruntukannya sebanyak RM 1 juta pada akhir tahun 2017. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Projek Membina Baru Masjid Sungai Redan, Kota Tinggi :

1) Diluluskan pada Julai 2017 di bawah peruntukan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) dengan nilai sebanyak RM1.0 juta. Projek telah diserahkan kepada Johor Corporation selaku agensi pelaksana projek.

Walau bagaimanapun, projek ini telah dikategorikan sebagai kiv/tangguh selaras dengan surat Kementerian Kewangan bertarikh 29 Jun 2018 telah memutuskan supaya projek pembangunan yang belum dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) hendaklah dibatalkan pelaksanaannya pada tahun ini bagi memberi ruang kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan pelan rasionalisasi kerajaan berdasarkan kemampuan kewangan semasa.

Page 150: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

150

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN 111 (A116) Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek Johor Eco Entertaiment Park (JEEP). JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kawasan Parit Raja, Projek Pembangunan ‘Johor Eco Entertainment Park’ atau JEEP bertempat di Bandar Akademik Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Kota Tinggi yang bernilai RM2.7 bilion adalah merupakan salah satu cadangan projek mega yang dicadangkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu berada dalam kawasan Parlimen Tenggara semasa pembentangan Bajet 2018. Projek ini yang berupa sebuah taman tema bercirikan ekotropika, pembelajaran alam sekitar dan hiburan 3E (Environment, Education And Entertainment) yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Namun demikian, butiran mengenai pembangunan projek ini tidak ada dalam makluman pihak Tourism Johor.

Page 151: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

151

YB PUAN RASHIDAH BINTI ISMAIL (PASIR RAJA) SOALAN 112 (A117) Sila nyatakan apakah tindakan Kerajaan Negeri tentang bantahan penduduk Kampung Sungai Redan terhadap binaan laluan baru lori-lori pengangkut pasir di tanah wakaf kubur di kampung tersebut. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Rizab kubur yang dimaksudkan asalnya berpegang dengan LOT 4597 Mukim Kota Tinggi Daerah Kota Tinggi. LOT 4597 telah terbahagi 2 plot setelah dikeluarkan Rizab Sungai Redan dan menjadi PTD 15228 HSD 19919 dan PTD 15229 HSD 19719 dan hakmilik ini berdaftar atas nama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi tujuan Rizab Kubur Islam. Sebahagian dari PTD 15229 telah sedia ada kubur Islam manakala di atas PTD 15228 masih kosong digunakan sebagai trek motosikal lasak oleh penduduk Kampung Sungai Redan Baru. Berdasarkan rekod Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, terdapat dua syarikat pengusaha yang telah diberi kelulusan permit pengalihan bahan batuan (pasir darat) daripada tapak yang berhampiran dengan rizab kubur menggunakan borang 4C selaras dengan peruntukan Seksyen 72 Kanun Tanah Negara 1965. Kedua-dua kelulusan tersebut melibatkan tanah yang terletak di Sungai Tiram daerah Johor Bahru. Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru telah meminta kepada kedua-dua pengusaha terlibat untuk mengemukakan kebenaran bertulis daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi menggunakan rizab kubur tersebut sebagai laluan keluar masuk lori –lori yang beroperasi membawa pasir tersebut. Sekiranya mereka gagal mengemukakan surat kebenaran daripada MAIJ, maka kelulusan yang telah diperolehi boleh dibatalkan. Dalam masa yang sama, Bahagian Penguatkuasaan Pentadbiran Tanah Johor akan menjalankan pemantauan dan rondaan secara berterusan bagi mempastikan pihak pengusaha mematuhi syarat-syarat sebagaimana ditetapkan dalam kelulusan permit pengalihan bahan batuan. Sekiranya pihak pengusaha didapati melanggar syarat-syarat kelulusan maka Pentadbir Tanah Daerah boleh mengambil tindakan menamatkan kelulusan permit tersebut.

Page 152: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

152

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 113 (A118) Apakah rancangan kerajaan terhadap proses pemutihan kilang-kilang haram yang banyak dibangunkan sebelum Kerajaan Pakatan mengambil alih kuasa pentadbiran negeri? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Kilang tanpa kebenaran atau kilang haram boleh didefinisikan seperti berikut:

i. Kilang yang dibina di atas tanah milik yang dikategorikan sebagai pertanian (syarat nyata tanah belum diubah) dalam zon pertanian atau selain daripada zon industri sebagaimana yang ditetapkan oleh Rancangan Tempatan Daerah (RTD) yang diwartakan;

ii. Kilang yang beroperasi tanpa kelulusan teknikal ubahsyarat, kebenaran merancang, pelan bangunan dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan;

iii. Kilang yang beroperasi di premis bangunan kediaman atau bangunan perniagaan;

iv. Kilang yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin (setinggan). Bagi menangani lambakan kilang tanpa kebenaran atau kilang haram ini, satu jawatankuasa bagi Program Pemutihan Industri dalam Negeri Johor telah ditubuhkan di mana YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor dilantik sebagai Pengerusi kepada jawatankuasa tersebut selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil 1/2008 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 21 Julai 2008. Terdapat 709 industri yang telah terlibat dalam kajian pemutihan industri yang dijalankan oleh PLANMalaysia@Johor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor) pada tahun 2008 dan terdapat tiga tindakan utama yang telah dilaksanakan terhadap pembangunan kilang tanpa kebenaran / haram yang telah dikenalpasti iaitu:

i. Dibenarkan dengan syarat. ii. Dicadangkan dipindahkan atau penempatan semula iii. Pengezonan semula (melalui proses pengubahan RTD).

Susulan daripada itu, satu Pekeliling Jawatankuasa Perancang Negeri Bil.1 Tahun 2010 : Program Pemutihan Industri Di Luar Zon Industri Rancangan Tempatan (Industri Luar Dari Zon Industri – Penggunaan Tanah Yang Bercanggah / Tiada Kaitan Dengan Industri) telah dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pentadbir Tanah Daerah berkenaan garis panduan bagi tindakan

Page 153: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

153

pemutihan industri yang bercanggah/tiada kaitan dengan zon industri berdasarkan RTD yang telah diwartakan. Berdasarkan kajian terhadap guna tanah industri semasa pada tahun 2016 di Negeri Johor, sebanyak 88 peratus terletak di dalam zon industri, manakala selebihnya 12 peratus terletak di luar zon industri (sumber: Kajian Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030). Kawasan industri yang terletak di luar zon guna tanah industri didapati bertumpu di Daerah Batu Pahat dengan catatan keluasan tertinggi iaitu seluas 366.8 hektar, diikuti Daerah Kluang (178.2 hektar) dan Daerah Johor Bahru (196 hektar). Beberapa strategi dan hala tuju strategik telah digariskan di dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 bagi pembangunan kawasan perindustrian di Negeri Johor iaitu pembentukan Koridor dan Kluster Industri Terpilih sebagai pemacu pembangunan daerah dan negeri, pengawalan perletakan kawasan industri serta pengukuhan taman perindustrian sedia ada. Cadangan Koridor dan Kluster Industri Terpilih di Negeri Johor adalah seperti berikut:

Daerah Koridor Industri Utama

Kluster Industri Koridor Industri

Sekunder Kluster Industri

Johor Bahru

Koridor Johor Bahru

Kluster Elektrik dan Elektronik, Industri Kreatif

- -

Koridor Pasir Gudang - Tg. Langsat

Kluster Pelabuhan dan Maritim

Kluster Pembuatan (Halal)

- -

Koridor Tg. Pelepas – Iskandar Puteri

Kluster Pelabuhan dan Maritim

Kluster Elektrik dan Elektronik, Industri Kreatif

- -

Koridor Skudai – Ulu Tiram

Kluster Pembuatan dan Pemprosesan Makanan

- -

Kulai Koridor Kulai - Senai

Kluster Industri Aero-angkasa

Koridor Sedenak

Kluster Teknologi Maklumat dan

Page 154: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

154

Daerah Koridor Industri Utama

Kluster Industri Koridor Industri

Sekunder Kluster Industri

Komunikasi Kota Tinggi

Koridor Pengerang - Teluk Ramunia

Kluster Minyak dan Gas Hiliran

Koridor Kota Tinggi

Kluster Elektrik dan Elektronik

Koridor Bandar Tenggara

Kluster Elektrik dan Elektronik

Koridor Tanjung Sedeli

Kluster Aktiviti Perikanan dan Marin

Pontian Koridor Pontian

Kluster Aktiviti Perikanan dan Marin

- -

Batu Pahat

Koridor Batu Pahat

Kluster Tekstil dan Keluaran Tekstil

Kluster Aktiviti Perikanan dan Marin

- -

Muar Koridor Muar

Kluster Perabot dan Produk Perkayuan

Kluster Tekstil dan Keluaran Tekstil

- -

Segamat

Koridor Segamat - Labis

Kluster Industri Bioteknologi (Biofuel dan Biomas), termasuk teknologi hijau

- -

Kluang Koridor Kluang

Kluster Industri Berasaskan Sumber Tempatan (contoh: seramik)

Koridor Simpang Renggam

Kluster Industri Berasaskan Sumber Tempatan (contoh: seramik)

Page 155: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

155

Daerah Koridor Industri Utama

Kluster Industri Koridor Industri

Sekunder Kluster Industri

Mersing Koridor Mersing

Kluster Perabot dan Produk Perkayuan

Kluster Industri Berasaskan Sumber Tempatan (Seramik)

Koridor Endau

Kluster Aktiviti Perikanan dan Marin

Sumber : Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (Kajian Semula), (2016). Selain daripada itu, bagi menangani isu pembangunan industri di luar kawasan zon guna tanah industri yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) yang telah diwartakan bagi sesuatu kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), strategi yang telah digariskan adalah termasuklah untuk menempatkan semula aktiviti-aktiviti industri tersebut di dalam kawasan/taman perindustrian sedia ada dan mempergiatkan serta menyegerakan penguatkuasaan terhadap tapak-tapak industri yang terlibat di dalam pelaksanaan program pemutihan. Selain daripada itu, perancangan yang lebih terperinci di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) mengikut kawasan pentadbiran PBT juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan guna tanah industri bagi menempatkan semula aktiviti industri yang terletak di luar zon industri. Pengusaha-pengusaha industri yang terlibat di dalam program pemutihan kilang-kilang haram telah diberi tempoh yang mencukupi untuk memindahkan pusat operasi mereka ke kawasan perindustrian yang telah dicadangkan di dalam RT. Bagi pembangunan-pembangunan industri baru adalah digalakkan di dalam taman perindustrian sedia ada bagi memastikan penyediaan kemudahan infrastruktur, sistem pengurusan bersepadu termasuk penempatan asrama pekerja dapat dirancang dan diuruskan dengan lebih efisien dan teratur. Terdapat juga inisiatif-inisiatif pelaksanaan yang dicadangkan bagi menarik lebih banyak pelaburan perindustrian untuk melabur di kawasan-kawasan koridor perindustrian yang telah dicadangkan.

Page 156: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

156

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 114 (A119) Apakah rancangan kerajaan terhadap rayuan NGO Pencinta Anjing untuk menjalankan proses mandul untuk anjing liar? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor tidak mempunyai peruntukan khas untuk melakukan pemandulan kepada anjing liar. Anggaran kos pemandulan bagi seekor anjing adalah RM70.00 hingga RM300.00. Kos ini adalah meliputi kos pembedahan, ubatan dan makan minum haiwan semasa rawatan. Untuk proses pemandulan bagi anjing liar ianya melibatkan konsep tangkap, mandul dan serahkan kepada penternak baru (catch, neuter, rehome). Sekiranya pihak NGO berhasrat dan berkeupayaan untuk melakukan proses pemandulan kepada anjing liar, pihak NGO hendaklah bekerjasama dengan klinik veterinar swasta yang bertauliah dengan mengamalkan konsep tangkap, mandul dan diserah kepada pemilik baru. Bagi proses penyimpanan jabatan mencadangkan agar pihak NGO bekerjasama dengan pihak SPCA untuk penempatan sementara anjing tersebut sehingga di ambil sebagai haiwan kesayangan oleh orang awam. Untuk makluman, pihak jabatan juga melakukan pensampelan rabies bagi anjing liar pada setiap tahun dengan kerjasama pihak PBT.

Page 157: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

157

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 115 (A121) Mengapa suri rumah yang dapat mencarumi i-Suri, tetapi namanya tiada dalam senarai E-kasih? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Di dalam pelaksanaan program i-Suri yang telah dilaksanakan oleh kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak selaku agensi peneraju dengan salah sebuah agensi pelaksana merupakan KWSP yang diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan Suri Rumah yang memenuhi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan mengikut senarai i-Suri melalui data e-kasih yang dibekalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sehingga Januari 2019, KWSP Negeri Johor telah menerima senarai i-Suri tersebut pada bulan Ogos 2018 dan telah dikemas kini pada 30 November 2018 dengan jumlah keseluruhan data sebanyak 321,313 peserta yang mana seramai 11,858 yang layak adalah beralamat di negeri Johor. Daripada jumlah ini seramai 2406 peserta telah didaftarkan dan mencarum di negeri Johor. Antara faktor utama kepada penyumbang kepada peningkatan pendaftaran i-Suri :

1) Hebahan media dan program outreach peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

2) JKM telah menjalankan sebanyak 157 program outreach seluruh Malaysia yang

berfokuskan kepada penerima bantuan kebajikan aktif JKM yang layak untuk i-Suri Fasa 1.

3) AIM juga telah memulakan program outreach bagi menjejaki klien AIM.

4) ICU JPM juga telah melaksanakan inisiatif bagi membantu meningkatkan

pendaftaran i-Suri di negeri dengan penglibatan Pegawai Daerah di setiap negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, dan Mesyuarat Penyelarasan Program Kesejahteraan Rakyat (ICU HQ dan Negeri).

5) Inisiatif KPWKM :

i. Pelaksanaan program outreach (JPW,JKM dan AIM).

ii. Pelantikan Rakan Strategik (AIM/KPLB/KPKT/JAKIM/MARA).

iii. Siaran media oleh UKK KPWKM.

Page 158: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

158

iv. SMS – Hebahan SMS melalui 15888 (DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd - dalam

proses pelaksanaan). Sehingga kini pihak KPWKM mahupun KWSP belum menerima apa-apa aduan berhubung nama yang tiada dalam senarai e-kasih didaftarkan sebagai pencarum i-Suri. Sekiranya mana-mana pihak ada aduan tentang berlakunya perkara ini boleh menghubungi KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor untuk negeri Johor. Berkemungkinan dakwaan mencarum di KWSP itu dikatakan berlaku adalah kerana bagi yang tidak layak mencaruk untuk skim i-Suri, mereka adalah digalakkan untuk mencarum di bawah skim -Saraan yang juga merupakan inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.

Page 159: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

159

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 116 (A122) Apakah rancangan kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir kilat di sepanjang Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat, berhampiran antara Taman Bandar dan Taman Evergreen Height? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukakan beberapa cadangan kerja-kerja penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan masalah banjir yang berlaku di kawasan yang dimaksudkan antaranya:- 1. Kerja-kerja menaik taraf ‘road side drain’ ke Parit Dhoby daripada saiz 1.2m x 1.2m kepada 3.0 m x 3.0 m; 2. JPS juga telah mencadangkan pembinaan beberapa kolam sedimen di setiap lokasi ‘hotspot’ bagi menampung aliran air semasa hujan. Saiz kolam lokasi B dan C : 36m x 18m x 1.4m. Saiz kolam lokasi D : 50m x 25m x 2.2m; dan Selain itu, semua pemaju yang menjalankan aktiviti kerja-kerja tanah untuk menyediakan langkah kawalan hakisan di tapak seperti kolam takungan, fencing, menanam rumput, mulching atau memasang geotextiles/mats. Selain JPS, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah mengemukakan permohonan menaik taraf sistem perparitan dan pembentung di jajaran laluan di kawasan banjir dengan kos RM2.8 juta kepada pihak Kementerian Kerja Raya.

Page 160: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

160

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 117 (A123) Berapakah jumlah perumahan dalam projek rumah mampu milik Johor (RMMJ) baru yang dirancang bagi kawasan DUN Bukit Naning yang melibatkan kuota bumiputera dan difahamkan terdapat sebuah Taman Bakri Setia, Batu 7 yang belum diduduki oleh penerimanya atau masih belum boleh diduduki? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan unit Rumah Mampu Biaya Johor dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 bagi seluruh Daerah Muar adalah berjumlah 933 unit. Jumlah ini adalah berdasarkan kepada laporan Mesyuarat Taskforce Perumahan Negeri Johor yang telah bersidang pada 19 Februari 2019. Turut dilaporkan juga, terdapat 4,262 unit Rumah Mampu Biaya Johor yang telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang tetapi masih belum ada progres pembangunan di tapak pembinaan. Namun begitu, bagi pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor di Dun Bukit Naning masih belum ada lagi pembangunan sebagaimana yang di laporkan di dalam Mesyuarat Taskforce Perumahan Negeri Johor. Berkenaan dengan pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor di Taman Bakri Setia, projek ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2017. Projek ini terdapat 90 unit Rumah Mampu Biaya Johor yang dibangunkan. Buat masa ini, Rumah Mampu Biaya Johor di Taman Bakri Setia telah ditawarkan semua kepada orang awam melalui kaedah sistem agihan yang menggunakan merit permarkahan, memandangkan ianya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar sebelum kaedah pengagihan ditukar kepada undian terbuka atau dikenali sebagai Sistem Perumahan Mampu Biaya Johor (SP2MJ).

Page 161: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

161

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 118 (A124) Setelah sebuah tangki air bagi penyimpanan air bersih di kawasan Bukit Naning yang melibatkan 200 buah rumah terbina, adakah terdapat langkah seterusnya bagi membaikpulih sistem perpaipan bagi melancarkan pengaliran air secara teratur bagi keadaan kemuncak ataupun keadaan normal? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Selain daripada tangki air bagi penyimpanan air bersih, Ranhill SAJ juga telah melaksanakan penggantian paip secara berperingkat mengikut keperluan bagi kawasan Bukit Naning. Penggantian paip-paip sepanjang 8.1 km yang telah uzur dari tahun 2014 telah disiapkan dan sepanjang 8.5 km lagi dijangka akan dapat disiapkan pada tahun 2019 ini.

Page 162: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

162

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 119 (A126) Apakah status terkini bagi pusat pelupusan sampah di Bukit Bakri dalam menambah nilai bagi perkhidmatan dalam menguruskan sisa pepejal domestik serta teknologi yang terkini digunapakai? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Bakri, Muar kini masih lagi terus digunapakai bagi menampung jumlah pelupusan sisa pepejal dari Daerah Muar yang semakin meningkat. Justeru itu, seiring dengan peningkatan sisa pepejal yang dilupus dan teknologi semasa. Pihak kerajaan berusaha memperbaiki kaedah pengurusan sisa ditapak dengan melantik pengoperasi tapak bagi menguruskan operasi semasa. Pengoperasi yang dilantik haruslah memastikan sisa buang dilupuskan dan diurus dengan baik. Kecerunan sel harus lah dijaga dan memastikan ianyanya ditutup dengan tanah secara berkala. Ini penting bagi memastikan pencemaran bau dikurangkan dan tiada sampah berterbangan. Selain itu, pengoperasi juga perlu memastikan air leachate yang dihasilkan dirawat sebelum dilepaskan ke parit berdekatan. Bagi memastikan keadaan ini, terdapat Mobile Leachate Treatment Plant di Tapak Pelupusan Bukit Bakri yang beroperasi setiap hari. Seorang yang berkelayakan dilantik bagi memastikan ianya beroperasi pada tahap yang optimum.

Page 163: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

163

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 120 (A127) Apakah dasar-dasar kerajaan negeri dan negara hari ini telah diuar-uarkan secara meluas kepada masyarakat melalui pelbagai medium termasuk media sosial? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dalam apa jua keadaan dengan jabatan dan agensi-agensi di peringkat negeri dan persekutuan dalam memastikan informasi penyampaian maklumat terkini kerajaan mahupun agensi berkaitan dapat dicapai dengan meluas serta tidak mengelirukan masyarakat tentang dasar dan aktiviti kerajaan negeri Johor. Ini adalah kerana jabatan dan agensi di peringkat negeri dan persekutuan mempunyai pelbagai medium dalam membantu kerajaan negeri bagi memastikan penyampaian maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada rakyat. Kesemua jabatan/agensi ini merupakan mekanisme yang bertindak bagi melaksanakan usaha-usaha dalam mengurus dan memberikan penjelasan akan semua informasi berkaitan dengan kerajaan Johor kepada orang ramai dengan pelbagai kaedah. Medium pertama yang digunakan adalah melalui kaedah konvensional komunikasi secara bersemuka seperti ceramah, taklimat, pameran dan gerakan turun padang akan terus digunakan untuk menyampaikan maklumat. Kaedah ini digunakan melalui aktiviti kempen kesedaran awam dengan cara bersemuka seperti sesi town hall, ceramah dan pameran yang diadakan. Di samping itu, melalui medium media massa seperti media cetak (surat khabar, majalah & buletin) dan media elektronik (radio & televisyen) turut digunakan untuk menyampaikan maklumat perancangan, pembangunan dan pentadbiran berkepentingan negeri Johor. Penyampaian maklumat melalui siaran radio juga digunakan bagi menceritakan akan apakah perancangan & pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri di bawah portfolio masing-masing. Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, penggunaan medium baharu iaitu media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp dan lain-lain turut digunakan sebagai medium perkongsian dan penyebaran maklumat. • Antara dasar-dasar persekutuan dan negeri yang telah diuar-uarkan adalah

seperti berikut;

Page 164: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

164

1. Dasar-dasar kerajaan persekutuan; I-suri Bantuan sara hidup & bantuan oku Dasar pengurusan risiko : menyediakan garis panduan terutamanya bagi institusi

kewangan untuk memerangi peningkatan jenayah siber Dasar perumahan negara (2018-2025), rumah berkualiti harapan rakyat,

memudahkan pemilikan rumah oleh rakyat. Dasar komuniti negara: rakyat yang berkerjasama dan hidup bersatu padu tanpa

mengira kaum mahupun latar belakang merupakan kunci utama kepada strategi sesebuah negara untuk terus mengorak langkah menjadi sebuah negara maju.

Dasar gaji minimum 2. Dasar-dasar kerajaan negeri Johor Enam (6) teras dasar-dasar kerajaan negeri:

1) Menjamin kesejahteraan rakyat 2) Pembangunan lestari & pemuliharaan sumber 3) Pembangunan infrastruktur pengerak zon perdagangan & komuniti digital 4) Demokrasi dinamik & kesaksamaan sosial 5) Memodenkan sistem pendidikan islam, modal insan & warisan budaya 6) Urus tadbir, cekap, berintergriti & demokratik

Dasar-dasar kerajaan negeri yang telah dilaksana:

1) Menjamin kesejahteraan rakyat a) Pemberian 10 meter padu air percuma

(kepada golongan B40 dengan penggunaan bulanan kurang daripada 35 meter padu)

b) Program kad sihat johor (sasaran B40 15,000 hingga 20,000 orang)

2) Pembangunan infrastruktur pengerak zon perdagangan & komuniti digital

a) Laluan baharu bas muafakat Johor (laluan Pagoh ke Muar melalui Bukit Mor/Pagoh ke Muar melalui Bukit Gambir/Simpang Renggam ke Renggam)

b) Sukan Malaysia (sukma) 2020 (pembangunan kemudahan sukan)

3) Demokrasi dinamik & kesaksamaan sosial

a) Pembangunan luar bandar

Page 165: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

165

(RM 50 ribu kos pentadbiran kepada setiap adun pembangkang melalui Jawatankuasa Perwakilan Dun)

b) RM 3.5 juta peruntukan masyarakat Cina (kebajikan/baikpulih sjkc & sekolah persendirian Cina/kolej universiti selatan)

4) Memodenkan sistem pendidikan islam, model insan & warisan budaya

a) Sistem rumah impian bangsa Johor (kecekapan pengurusan permohonan dan penawaran rumah dibawah Projek Sultan Ibrahim Johor)

Segala maklumat terkini akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa melalui medium-medium yang dinyatakan di atas bagi menyampaikan maklumat tentang perancangan, pembangunan dan pentadbiran negeri kepada rakyat. Adalah diharapkan ianya dapat memperlihatkan keberkesanan selain rakyat memahami bahawa apa yang dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan bukan dasar kepentingan bagi kerajaan negeri tetapi berkepentingan kepada rakyat dan rakyat menerima nikmat sama rata tanpa memikirkan perbezaan politik yang berbeza.

Page 166: dewannegeri.johor.gov.my · SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019 …

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/4 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 7 MAC 2019

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR MAC 2019 (ina)

166

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 121 (A128) Perindustrian nenas boleh menjadi suatu tarikan pelancongan di kawasan Bukit Naning, apakah terdapat suatu lokasi dan berapakah peruntukan yang diberikan bagi menjayakan usaha sama ini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan pengeluaran nanas boleh dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong sekiranya mempunyai aktiviti atau gabungan elemen-elemen yang menarik sepertimana berikut : 1. Hands-on di ladang. 2. Mempelbagaikan varieti nanas disebabkan ramai orang tidak mengenal varieti-

varieti nanas di Malaysia. 3. Menawarkan kepelbagaian aktiviti berkaitan nanas seperti menghasilkan minum

jus nanas, demonstrasi menuai buah nanas, mengupas buah nanas dengan teknik yang menarik, membuat kertas nanas di ladang dan lain-lain aktiviti yang difikirkan menarik.

Merujuk kepada kawasan Bukit Naning itu sendiri, terdapat seluas 180 ekar tanaman nanas di sana dengan pelbagai varieti. Pegawai Kawasan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah pun berbincang dengan kepimpinan peringkat Mukim dan beberapa perancangan telah disusun bagi mewujudkan kawasan agro pelancongan. Beberapa buah kampung di Mukim Ayer Hitam telah dikenal pasti bersesuaian bagi tujuan tersebut seperti Kg. Pt Tengah, Kg. Ulu Semerah, Kg. Pt. Hj. Anuar dan Kg. Pt Sempadan. Kawasan penanaman nanas milik PPNJ juga mempunyai potensi bagi tujuan agro pelancongan. Setakat ini tiada peruntukan khusus untuk agro pelancongan tetapi satu kertas kerja boleh dikemukakan kepada pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan seterusnya pihak kami akan mengangkat kertas kerja yang telah diteliti kepada pihak Kementerian untuk memohon peruntukan bagi menjayakan sesuatu projek seperti ini.