sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan ... · soalan-soalan lisan di...

54
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina) 1 YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 1 (A53) Apakah tindakan atau arahan baru daripada kerajaan berkenaan dengan bangunan/pejabat sama ada kekal atau tidak yang terletak di atas tanah Kerajaan Negeri atau PBT yang masih dijadikan pejabat UMNO/MCA/MIC/BN? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

1

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 1 (A53) Apakah tindakan atau arahan baru daripada kerajaan berkenaan dengan bangunan/pejabat sama ada kekal atau tidak yang terletak di atas tanah Kerajaan Negeri atau PBT yang masih dijadikan pejabat UMNO/MCA/MIC/BN? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Page 2: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

2

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 2 (A25) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memperkasa sekolah tahfiz di negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Adalah diakui bahawa terdapat banyak madrasah tahfiz yang wujud bukan sahaja di negeri Johor bahkan di seluruh negara yang bilangannya sejak kebelakangan ini semakin bertambah tahun demi tahun. Ini berpunca daripada kecenderungan para ibu bapa yang begitu berminat dengan silibus yang disediakan di madrasah-madrasah tahfiz yang berfokus kepada penghafazan al-Quran dan pembentukan sahsiah unggul muslim. Di samping itu tidak ketinggalan juga terdapat beberapa buah madrasah tahfiz yang turut menawarkan mata pelajaran kebangsaan dalam bidang akademik sehingga ke peringkat tingkatan lima bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menyedari hakikat ini, kerajaan negeri mengambil sikap akan terus mempastikan kewujudannya benar-benar memberi manfaat yang besar kepada golongan sasarannya iaitu para pelajar itu sendiri. Oleh itu pemerkasaan secara teratur dan berhikmah merupakan langkah yang akan diberi perhatian tinggi termasuk pemerkasaan dari sudut pengurusan institusi berkenaan, kurikulum yang digunakan dan hala tuju pembelajaran di samping aspek-aspek lain yang berkaiatan seperti keadaan fizikal bangunan atau premis yang digunakan, logistik, keselamatan, perhubungan sosial dan sebagainya. Untuk itu, kerajaan negeri melalui agensi yang bertanggungjawab iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengambil tindakan sebagaimana berikut:

i. Memastikan hanya madrasah tahfiz yang benar-benar mengikut garis panduan pengurusan sahaja yang akan didaftar dan diberi kebenaran beroperasi.

ii. Memberi lebih bimbingan, khidmat nasihat dan latihan kepada para pengusaha madrasah tahfiz dan guru-guru dalam aspek-aspek tertentu yang utama.

iii. Menyalurkan bantuan-bantuan dan sumbangan-sumbangan tertentu bagi menambahbaik pengurusan dan prasarana sekolah. Dalam hal ini kerjasama daripada pihak luar; bukan kerajaan akan diwujudkan secara kolaborasi.

iv. Menyediakan modul pengurusan madrasah tahfiz yang standard yang boleh digunapakai oleh semua madrasah bagi tujuan penyelarasan dan pengiktirafan sijil setara yang dikeluarkan.

Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri secara bersungguh-sungguh untuk memartabatkan institusi tahfiz ini khususnya di negeri Johor dengan menjadikannya

Page 3: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

3

sebagai salah satu pusat atau tempat menimba ilmu yang berwibawa, komprehensif serta dipercayai dan disenangi oleh masyarakat terutama bagi warga yang beragama Islam. Untuk itu, kerajaan negeri kini di dalam perancangan untuk menubuhkan madrasah tahfiz yang diurus sepenuhnya oleh kerajaan negeri di beberapa buah daerah terpilih. Dengan tertubuhnya madrasah tahfiz itu nanti diharap ia akan menjadi model kepada madrasah-madrasah tahfiz swasta yang lain yang ada di negeri Johor khususnya.

Page 4: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

4

YB PUAN ZAITON BIN ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 3 (A94) Minta dinyatakan dengan isu lambakan pekerja asing yang menjadi topik utama kepada kerajaan dahulu oleh pihak kerajaan sekarang, sejauh mana telah di lakukan dalam menangani isu lambakan pekerja asing. JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Untuk makluman sidang Dewan Yang Mulia, sejak peralihan Kerajaan yang lalu, kita di dalam usaha untuk memastikan mandat kerajaan dapat dipenuhi terutamanya di dalam menyediakan 200,000 peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Negeri dalam 5 tahun akan datang yang sudah tentunya kebergantungan terhadap pekerja asing oleh majkan ini perlu diminimakan secara berperingkat. Sebagai unit yang berperanan dalam mengadakan koordinasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pembangunan modal insan Negeri Johor, penstrukturan hala tuju Unit Swadaya Insan Negeri Johor (SIJ) telah dibentuk kepada beberapa teras utama termasuklah dalam mengurangkan pekerja asing terutamanya Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI). Kita telah mengadakan sindikasi dengan beberapa pihak seperti Pusat Pelaburan Negeri Johor, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) pada bulan lepas berkaitan dengan perencanaan gerak kerja mengurangkan kebergantungan pekerja asing dengan pembangunan modal insan Negeri Johor. Hasil sindikasi memberi beberapa ruang peluang kepada SIJ dan agensi-agensi tersebut untuk bentuk inisiatif seperti;

a) Galakan kepada pelaburan berdominasi teknologi tinggi atau automasi berbanding berintensif buruh.

b) Pelaksanaan sistem bersepadu dalam memperkemaskinikan pengurusan pengambilan pekerja asing;

c) Penambahbaikan kepada polisi dan dasar perundangan yang sedia ada; dan

d) Mengoptimakan penggunaan tenaga kerja mahir daripada kumpulan terpinggir seperti Orang Kurang Upaya (OKU)

Selain itu, koordinasi dalam pengurusan pekerja asing diperingkat Negeri Johor telah dimulakan dengan adanya mesyuarat Task Force Pengurusan Pekerja Asing Negeri Johor bersama-sama dengan wakil-wakil jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi kawal selia, penguatkuasaan dan industri pada akhir bulai Julai yang lalu. Hasil kajian akhir mengenai keperluan pekerja asing yang dilaksanakan oleh SIJ telah dibentangkan dan membuktikan keperluan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bilangan pekerja asing di dalam negeri ini terutamanya di dalam

Page 5: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

5

sektor-sektor industri yang men. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan perlu diperkasakan sebagai badan yang berkuasa di peringkat daerah dan negeri selain daripada jabatan penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Manakala di peringkat nasional, serbuan besar-besaran di sekitar bandar telah giat dimulakan sejak berakhirnya program pemutihan 700,000 pekerja asing pada bulan Jun yang lalu. Kerajaan Negeri Johor menyahut dan menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ini dan berharap lambakan pekerja asing ini dapat diatasi dengan lebih efektif. Secara amnya, hasrat Kerajaan untuk membenarkan penggajian pekerja asing adalah merupakan langkah sementara sahaja bagi memenuhi keperluan pihak Industri terhadap keperluan tenaga kerja yang tidak diisi oleh pekerja tempatan. Sehubungan itu, antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing adalah seperti berikut:

i. Kerajaan melalui JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTK) dari masa ke semasa sentiasa membantu syarikat-syarikat di sektor swasta untuk mendapatkan pekerja terutama pekerja tempatan. Jika ianya tidak diisi, barulah JTK mengeluarkan sijil JCS (Job Clearing System) kepada majikan bagi membolehkan mereka memohon pekerja asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN);

ii. Bermula 1 Januari 2018, Kerajaan telah menetapkan bahawa pembayaran

levi pekerja asing adalah di bawah tanggungjawab majikan dan tiada lagi potongan gaji pekerja dibenarkan bagi tujuan tersebut. Ini bermakna tanggungjawab majikan yang menggajikan pekerja asing semakin bertambah;

iii. menetapkan ratio pekerja warganegara dan pekerja asing bagi menjamin

peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia; iv. JTK juga telah mengeluarkan Garis Panduan Penetapan Standard

Minimum Penginapan Pekerja Asing berkuatkuasa 1 Januari 2016 bagi mewajibkan majikan menyediakan penginapan mengikut standard minimum kepada pekerja asing yang digajikan. Ini secara tidak langsung meningkatkan tanggungjawab majikan yang menggajikan pekerja asing;

v. JTK juga mengadakan rundingan dengan majikan supaya membayar upah

yang lebih tinggi dan lain-lain kemudahan ditawarkan kepada pekerja sebagai tarikan kepada pekerja tempatan. Contohnya seperti pengenalan kepada sistem Produktivity Link Wages System (PLWS) yang mana ia menggalakkan majikan untuk memberi elaun tambahan kepada pekerja berdasarkan produktiviti dan prestasi kerja. Antara elemen PLWS yang boleh digunapakai adalah seperti di sektor perhotelan yang mengamalkan caj

Page 6: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

6

perkhidmatan (service charge) kepada pelanggan yang kemudiannya hasil tersebut akan dibayar kepada pekerja berdasarkan point system, kadar per unit (piece rate system) yang diamalkan dalam sektor pertanian dan perladangan, di mana bayaran insentif tambahan akan diberikan kepada pekerja jika pengeluaran melebihi tahap yang disasarkan;

vi. melaksanakan kadar gaji minimum di bawah Akta Majlis Perundingan

Gaji Negara 2011. Bermula pada 1 Julai 2016, kadar gaji minimum bagi seluruh Semenanjung Malaysia adalah RM1,000. Manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan adalah RM920. Kadar gaji minimum akan dikaji setiap 2 tahun. Selain itu, dalam usaha untuk memantapkan pasaran buruh dengan tenaga kerja mahir, Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga telah merangka Panduan Gaji Permulaan bagi 160 pekerjaan terpilih berasaskan kemahiran, lulusan Sijil dan Diploma atau setaraf dengannya supaya pencari kerja warganegara yang mempunyai sijil kemahiran dapat menikmati gaji yang setimpal dengan kelayakkan akademik yang dimiliki;

vii. mengutamakan exit policy penggajian pekerja asing dengan menyediakan pelan latihan kemahiran kepada pekerja warganegara;

viii. menggalakkan latent workforce yang terdiri daripada golongan suri rumah,

ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi penggajian tinggi untuk bekerja sama ada secara tetap, separa masa, atau homeworking;

ix. menggalakkan industri beralih daripada berintensifkan buruh kepada

penggunaan mekanisasi, automasi dan robotik. Bagi tujuan ini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) memainkan peranan yang penting dalam memilih pelabur-pelabur yang menggunakan automasi dan mekanisasi untuk melabur di Negara ini (maklumat lanjut perlu dapatkan daripada pihak MIDA); dan

x. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga

sedang giat menjalankan operasi penguatkuasaan bagi membendung masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di Negara ini tanpa permit kerja yang sah (maklumat lanjut mungkin boleh diperolehi daripada JIM).

Kesimpulannya, semua perkara-perkara di atas merupakan antara usaha-usaha Kerajaan yang telah dan sedang dilakukan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing tetapi dalam masa yang sama menggalakkan penyertaan pekerja tempatan ke dalam pasaran buruh Negara.

Page 7: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

7

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 4 (A47) Bagaimana kita memastikan bahawa pembahagian tanah diberi kepada yang hak menerimanya dan kuasa tidak disalah guna untuk pemberian tanah tersebut? YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 5 (A48) Apakah proses sebenar bagi seorang warga bangsa Johor atau yang telah lama berkhidmat dan sekarang bermastautin di Johor memohon tanah? YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 6 (A49) Jika terdapat kes pembahagian tanah telah diberi tidak mengikut proses sebenar ataupun telah berlaku salah guna dalam pemberian tanah, apakah tindakan yang wajar diambil? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR (Jawapan bersekali untuk soalan A47, A48 & A49)

Page 8: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

8

YB DATO' ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 7 (A183) Festival Seni Muafakat Johor yang melibatkan pelbagai bangsa, kumpulan seni dan peringkat umur telah berjaya menyemarak Budaya Johor. Adakah Kerajaan baru akan meneruskan usaha positif ini? Apakah inisiatif lain yang akan diambil untuk menyemarak budaya Johor? JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Festival Seni Muafakat Johor akan dijenamakan semula bagi memberikan kesan yang lebih besar dan bermanfaat. Pada tahun ini festival akan lebih memfokuskan kepada aspek tarian dengan dinamakan Festival Tari Rakyat Johor. Terbahagi kepada empat kategori utama; Pertandingan Zapin Johor, Tarian Tradisonal Melayu, Tarian Cina dan Tarian India. Pada kali ini, terdapat penambahan khas pertandingan iaitu Tarian Tradisonal Melayu, di samping mengekalkan tarian zapin dengan beberapa penambahan kategori terutamanya Kategori Bukan Melayu. Ini bertujuan memberi peluang kepada pelbagai kaum untuk menyertai pertandingan sekali gus memahami budaya masyarakat Melayu, yang merupakan inisiatif khusus kerajaan dalam menyemarakkan budaya Johor dan perpaduan di kalangan rakyat. Pihak kerajaan tidak menyisihkan muzik dalam budaya masyarakat sebaliknya, akan terus mengangkat muzik ghazal, keroncong, nyanyian lagu asli, gendang 24 Cina, gendang India dan pertandingan kompang yang akan dirancang dilaksanakan dalam pertandingan Festival Muzik Rakyat Johor pada tahun 2019. Penganjuran program sebegini bukan sahaja dapat mengekalkan budaya rakyat Johor serta menambah minat generasi muda, malah pada masa yang sama meningkatkan jaringan perpaduan dan sosio-ekonomi setempat. Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diambil oleh kerajaan bagi menyemarakkan budaya Johor antaranya jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti sektor awam dan swasta, pusat-pusat pengajian tinggi, badan bukan kerajaan, orang perseorangan, tokoh budayawan dan penggiat seni termasuklah melibatkan kerjasama antarabangsa. Pelbagai program telah turut dilaksanakan seperti bengkel-bengkel muzik, meliputi muzik ghazal, keroncong, nyanyian lagu asli; turut tidak ketinggalan bengkel tari, bengkel kesenian Islam dan bengkel seni teater di semua peringkat. Selain itu, pelbagai pihak turut mendapatkan khidmat tenaga pengajar untuk latihan seni meliputi koir dan nasyid seperti di majlis perbandaran tempatan dan swasta. Begitu juga dengan program kerjasama antara jabatan seperti Pementasan Teater Luqman Al-Hakim, iaitu hasil kerjasama Yayasan Warisan Johor dengan Jabatan Agama Islam Johor yang akan dirancang dipentaskan pada bulan September ini.

Page 9: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

9

Selain dari dalam negara, terdapat juga permintaan dari negara luar yang berminat untuk mengetahui kebudayaan Johor. Seperti latihan tari zapin dan muzik ghazal di peringkat antarabangsa seperti di Bahrain, baru-baru ini.

Page 10: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

10

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 8 (A55) Terdapat banyak kemudahan awam seperti balai raya, padang futsal, dewan serbaguna, padang sukan, kemudahan sukan dan sebagainya di mana kunci masih dipegang oleh pemimpin BN. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Johor? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pembangunan dan penyediaan kemudahan awam seperti dewan serbaguna, gelanggang dan padang sukan merupakan terjemahan tanggungjawab dan manfaat yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pembayar-pembayar cukai di kawasan pentadbirannya. Pihak PBT komited dalam memastikan harta milik awam ini tidak disalahguna mahupun dikacau ganggu sehingga menjejaskan perincian dan komponen kemudahan tersebut. Oleh yang demikian, pihak PBT mengambil ketetapan untuk mengawal sepenuh daripada segenap aspek pengurusan kemudahan awam termasuklah soal penyelenggaraan, penggunaan, kebersihan dan keselamatan dengan kunci setiap daripadanya dikawal dan disimpan oleh pihak PBT sendiri. Berhubung soal penggunaanya pula, kelulusan hanya diberikan kepada persatuan penduduk, persatuan sukan dan orang awam melalui permohonan rasmi sahaja dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBT termasuk had tempoh masa dan waktu penggunaan dibenarkan. Sekali lagi ditekankan bahawa setiap kemudahan awam yang disediakan oleh PBT adalah terbuka dan bebas digunakan oleh masyarakat umum termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri merentas pegangan dan kecenderungan mereka. Paling penting dalam soal penggunaan ini adalah permohonan harus dibuat secara rasmi dan memenuhi segala syarat yang ditetapkan serta tidak menjejaskan kemudahan tersebut. Pendekatan rasional ini diambil sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri agar kemudahan yang telah disediakan tersebut dapat digunakan secara optima untuk manfaat rakyat kebanyakan selagi mana penggunaannya memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Page 11: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

11

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 9 (A150) Apakah perkembangan berkenaan promosi produk pelancongan Negeri Johor melalui laman sesawang setakat ini? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini telah menjadikan laman sesawang sebagai salah satu medium terpenting bagi sesebuah organisasi di dalam memperkenal dan memasarkan produk serta perkhidmatan mereka. Fungsi laman sesawang pada masa kini telah mengalami pelbagai proses tranformasi iaitu daripada medium pelayaran kepada medium transaksi yang membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aktiviti secara atas talian dengan mudah dan pantas. Selain itu, penggunaan laman sesawang pada masa kini juga boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai medium seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar. Untuk makluman, kerajaan negeri melalui Tourism Johor kini di dalam perancangan untuk memperkasakan laman sesawang Tourism Johor sepertimana berikut :- 1. Penjenamaan semula laman sesawang Tourism Johor. 2. Mengemaskini tarikan pelancongan di negeri Johor. 3. Mengemaskini program dan aktiviti pelancongan negeri Johor. 4. Mewujudkan e-map dan e-brochure. 5. Mempertingkat sistem tempahan atas talian atau online booking. 6. Mewujudkan ruang maklum balas kepada pengguna.

Page 12: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

12

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 10 (A102) Berapa orang di bawah B40 yang akan mendapat manfaat dari Program Air Percuma yang akan dilancarkan oleh kerajaan negeri dan berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri bagi menanggung projek ini? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pemberian air percuma 10m3 (bagi sektor domestik) kepada golongan B40 di Negeri Johor adalah merupakan salah satu tawaran kerajaan baru dalam manifesto semasa Pilihanraya Umum ke-14. Berdasarkan semakan ke atas senarai golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi Negeri Johor dengan pendapatan isi rumah RM 4,000.00 ke bawah, untuk tahun 2017 yang telah dikemaskini pada 28 Mei 2018 dan padanan maklumat pemegang akaun di SAJ Ranhill Sdn. Bhd., mendapati bahawa seramai 229,307 pemegang akaun layak menerima air percuma 10m3 sebulan dengan implikasi kewangan sebanyak RM22.02 juta setahun (229,307 pemegang akaun x RM8.00 sebulan x 12 bulan). Pemegang akaun yang terpilih ini layak menikmati air percuma sebanyak 10m3 sebulan bagi tempoh tiga (3) tahun, sebelum dikemaskini semula data-data mereka yang terlibat.

Page 13: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

13

YB PUAN ZAITON BIN ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 11 (A92) Minta dinyatakan berapa ramai masyarakat B40 yang telah dikenal pasti dan di kemas kini bagi setiap Daerah atau Parlimen kerana kerajaan sentiasa prihatin dengan mereka2 ini dalam memberikan apa jua kemudahan dan bantuan seperti bantuan air percuma kepada B40. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Berdasarkan data statistik daripada LHDN, sebanyak 245,520 golongan B40 yang layak untuk menerima 10m3 pemberian air percuma yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri. Berikut merupakan statistik yang data yang dikeluarkan oleh LHDN:

Agensi SAJ

Jumlah

Johor Bahru 37,683 Pasir Gudang 33,165

Iskandar Puteri 20,442 Kulai 23,687 Muar 18,983

Batu Pahat 22,315 Tangkak 8,868 Segamat 17,204 Kluang 22,276

Kota Tinggi 15,612 Pontian 12,148 Mersing 6,270

Yong Peng 6,867 JUMLAH KESELURUHAN 245,520

Page 14: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

14

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 12 (A122) Bilakah projek menaikkan taraf jalan 2 lorong kepada 4 lorong dari Bandar Penawar ke Sg Rengit ( ft92) akan siap sepenuhnya?. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek menaikkan taraf jalan 2 lorong ke 4 lorong dari Bandar Penawar keSg. Rengit (FT092) sepanjang 26.87km melibatkan 2 pakej iaitu Pakej A dan Pakej B. Kontraktor sedang menyiapkan baki kerja iaitu Pemasangan Compact Sub untuk bekalan elektrik lampu jalan di U-Turn Rantaian 6,100.00 termasuk Persimpangan Adela Kilang dan U-Turn di Rantaian 15,700.00 Usaha sedang dilakukan dengan pihak TNB bagi tujuan pembekalan compact sub dan elektrik. Mengikut jadual perancangan terkini kontraktor, Projek ini akan disiapkan sepenuhnya dan diserah pada 30hb Oktober 2018.

Page 15: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

15

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 13 (A6) Nyatakan dengan terperinci penemuan-penemuan dan kesimpulan dalam siasatan mengenai pencemaran air sungai yang disyaki adalah perlepasan effluen ke dalam alur air daripada sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di Lot 6068,6070,7188-7193 Mukim Tangkak, Daerah Tangkak. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Merujuk kepada penguatkuasaan dan laporan analisa kimia efluen, Jabatan Kimia Malaysia, Melaka bertarikh 4 Jun 2018 bagi persampelan efluen di takat pelepasan akhir dari Kilang Kelapa Sawit Milik Mestika Sdn. Bhd. menunjukkan bacaan parameter di bawah had parameter ditetapkan di dalam Jadual Pematuhan Syarat-Syarat Lesen yang di tetapkan seperti berikut:

NO. PARAMETER BACAAN NILAI BATAS 1. Keperluan Oksigen Biokimia (BOD)

( 3 hari, 30˚C) 4.3 mg/l di bawah 20 mg/L

2. Pepejal Terampai (SS) 4.0 mg/L di bawah 100 mg/L 3. Jumlah Nitrogen (TN) 14.0 mg/L di bawah 100 mg/L 4. Nitrogen Ammonia (NH3-N) 1.0 mg/L di bawah 20 mg/L 5. Minyak dan Gris (O&G) 5.5 mg/L di bawah 25 mg/L

Keadaan pelepasan efluen berwarna keperangan dari takat pelepasan terakhir kilang ke Sungai Siput, adalah normal bagi pelepasan efluen kilang memproses kelapa sawit. Pengukuran pH bagi alur air dan sungai berkenaan di beberapa lokasi mendapati nilai bacaan pH 7 iaitu neutral.

Page 16: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

16

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 14 (A14) Sila nyatakan apakah insentif dan kursus yang diberikan bagi membantu serta mendidik lebih ramai usahawan khususnya di kalangan anak muda. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Antara insentif dan kursus yang diberikan untuk anak muda menerusi agensi – agensi yang terlibat ialah:- 1. Johor Corporation iaitu:-

i. Pembangunan B5 Johor Street Market yang diuruskan oleh Damansara Assets Sdn Bhd, sebagai pusat komersial pelancongan setempat berkonsepkan bazar seni di kawasan berkeluasan 5.86 ekar di Tampoi, Johor Bahru yang akan mengetengahkan aktiviti kebudayaan dan produk seni setiap daerah; serta mewujudkan 179 unit ruang niaga kepada usahawan Johor termasuk 47 unit ruang tempat untuk peniaga bazar. Sasaran adalah pengusaha produk, para usahawan tempatan Johor, artis-artis seni Johor (dalam bidang seni, kebudayaan, nyanyian, dan kraftangan) dan kehadiran pengunjung dari kalangan anak muda.

ii. Johor B5 Street Market ini mempunyai 5 komponen utama iaitu ‘retails

bazar’, ‘foodtruck’, hub kebudayaan dan kesenian, kraftangan, dan FnB yang akan mengetengahkan makanan tempatan Johor. Dijangka siap pada Jun 2019, sebanyak 233 permohonan telah diterima dan kini sedang dalam proses pemilihan untuk usahawan-usahawan tempatan yang bakal terlibat dalam Johor B5 Street Market.

2. Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) :

i. Program Indienomics 2018 sebagai platform bagi mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan melalui 2 kategori dana permulaan iaitu RM10 ribu dan RM20 ribu kepada 50 usahawan terpilih menerusi ïdea pitching.

ii. Pelaksanaan Program Misi Jejak PKS bagi mengenal pasti masalah dan

memberikan bantuan khidmat nasihat secara terus kepada usahawan melalui lawatan yang dijalankan di 26 lokasi dengan sasaran 200 usahawan; dan

iii. Program Johor O.E.M dengan objektif membantu usahawan memiliki produk

sendiri di bawah 5 kluster iaitu kosmetik, makanan, produk kecantikan, herba tradisional dan farmasi.

Page 17: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

17

PUJB juga merupakan sekterariat Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) yang menjadi penyelaras kepada pebagai kursus dianjurkan oleh 60 agensi di bawah MPUNJ.

1. Perbadanan Islam Johor (PIJ); antara kursus-kursus yang ditawarkan di PIJ antaranya adalah;

i. Kursus Rancangan Perniagaan dan Kewangan; iaitu memberi

pengetahuan kepada usahawan/ bakal usahawan berkenaan asas rancangan perniagaan dan pengurusan kewangan.

ii. Pelabelan dan Penjenamaan Produk; memberi pendedahan kepada usahawan untuk mendaftarkan ‘trademark’ syarikat atau produk secara langsung dengan bimbingan pegawai yang bertanggungjawab. Program ini melibatkan kerjasama dengan SIRIM.

iii. Seminar perniagaan ‘foodtruck’; program yang melibatkan kerjasama dengan PUJB ini memfokuskan kepada taklimat daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan tempat aktiviti foodtruck yang sesuai dan peluang pembiayaan serta konsep food truck.

Setakat ini, Pelaksanaan Kursus Rancangan Perniagaan,Kewangan Dan Pemasaran Online; yang telah Berjaya dilaksanakan oleh pihak PIJ dengan kerjasama PUJB ialah di 4 daerah iaitu Muar,Kluang,Kota Tinggi & Johor Bahru dengan penglibatan seramai 462 usahawan dan bakal usahawan.

2. Majlis Amanah Rakyat (MARA) ; antara bantuan dan kursus dilaksanakan di MARA adalah anak muda ini diberikan latihan kemahiran antara 1 hingga 3 tahun seperti di Pusat Giatmara, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang lain .

Semasa mengikuti kursus tersebut, pelajar-pelajar digalakkan untuk membuat perniagaan secara on-line sehingga tamat belajar. Ini adalah untuk memupuk minat dan budaya keusahawanan semasa menjadi pelajar. Selepas menamatkan pelajaran, ada diantara mereka yang membuka terus perniagaan mengikut bidang kemahiran yang diperolehi sama ada beroperasi di rumah dan juga di premis perniagaan yang disewa dari individu atau milik agensi kerajaan seperti MARA. Selain itu antara intensif –intensif lain yang ditawarkan kepada golongan muda di bawah MARA antaranya :

i. Seminar Pembudayaan Keusahawanan ii. Perniagaan online bersama MDEC iii. Latihan Perantisan/Teknousahawan iv. Latihan Inkubator

Page 18: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

18

v. Skim Pembiayaan PUTRA (untuk lepasan IPMA) vi. Skim Pembelian Mesin/Peralatan

3. SME CORP ; antara bantuan dan insentif di bawah SME Corp adalah ;-

i. BEEP (Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP); program ini

khusus untuk membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan perniagaan. Antara kursus dan bimbingan yang diberikan adalah :-

a) Peningkatan pembukusan dan pelabelan b) Pensijilan dan sistem pengurusan kualiti c) Jentera dan kelengkapan d) Pengiklanan, promosi dan pemasaran e) Permulaan perniagaan (geran) – untuk belia sahaja f) Penjenamaan g) Inovasi produk

ii. TUBE (Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera); merupakan inisiatif bagi menggalakkan belia meneroka perniagaan dengan menanamkan semangat keusahawanan dalam kalangan belia. Berkonsepkan latihan fizikal (boot camp), bimbingan dan pemantauan juga turut diberikan menerusi Buddy System (selama 12 bulan). Peserta yang berjaya juga akan dipertimbangkan untuk Geran Permulaan Perniagaan.

Antara insentif yang akan diterima oleh peserta-peserta TUBE ini adalah, i) sijil tamat latihan; ii) layak dipertimbangkan untuk Geran Permulaan Perniagaan sebanyak RM15, 000.00; DAN Buddy System (Kaunselor untuk perniagaan/kewangan) 6. TEKUN Nasional Di bawah TEKUN Nasional pula, terdapat tiga program yang memfokuskan membantu usahawan-usahawan muda iaitu:-

i. Perlaksanaan Program Agropreneur Muda (UAM) dengan visi bagi melahirkan Agropreneur Muda yang progresif, berdaya saing, kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi dalam sektor pertanian. UAM juga berperanan untuk menggalakkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan tani. Seterusnya menarik generasi belia yang berpotensi untuk mewujudkan generasi pelapis dalam sektor pertanian melalui penyediaan program secara berpakej melibatkan aspek latihan, pembangunan perniagaan dan keusahawanan, penyediaan tapak projek/premis perniagaan, promosi dan pemasaran serta pembiayaan. Penglibatan golongan muda ketika ini adalah rendah sekitar 14%. Golongan muda mempunyai tenaga, idea dan semangat untuk menjayakan

Page 19: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

19

aktiviti ekonomi menerusi pertanian. Sasaran pendapatan melalui penyediaan pakej keusahawanan adalah supaya agropreneur mempunyai pendapatan melebihi RM5,000.00 sebulan. Seramai 35 orang usahawan berjaya dihasilkan di bawah skim UAM yang merangkumi saluran dana sebanyak RM 1, 447, 000.00 (Satu Juta Empat Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu Ringgit) ii. Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda iaitu menggalakkan golongan professional menceburi bidang perniagaan berlainan dari bidang kemahiran untuk memulakan perniagaan atau sebagai modal tambahan untuk meningkatkan perniagaan sedia ada. Seramai 26 orang usahawan berjaya dihasilkan di bawah skim Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda yang merangkumi saluran dana sebanyak RM 1, 915, 000.00 (Satu Juta Sembilan Ratus Lima Belas Ribu Ringgit) iii. Program Pembangunan Usahawan Siswazah merupakan program pinjaman untuk membantu golongan siswazah yang telah menamatkan pengajian / telah bekerja dan berminat untuk memulakan perniagaan tetapi kekurangan modal. Seramai 152 orang usahawan di negeri Johor berjaya dihasilkan di bawah skim Program Pembangunan Usahawan Siswazah yang merangkumi saluran dana sebanyak RM 3, 036, 000.00 (Tiga Juta Tiga Puluh Enam Ribu Ringgi)

Page 20: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

20

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 15 (A158) Sila nyatakan tindakan kerajaan untuk memastikan kos pembinaan rumah mampu milik rakyat tidak dimanipulasi oleh pemaju dan kontraktor yang boleh menjejaskan sasaran kerajaan untuk mengekalkan atau menurunkan harga rumah dan hartanah kediaman mampu milik di seluruh negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Bagi menangani masalah kenaikan nilai hartanah, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa langkah ‘cooling off measures’ sejak awal tahun 2014. Antara langkah-langkah yang diambil adalah:

1. Kerajaan Persekutuan telah mengkaji semula Cukai Keuntungan Harta Tanah atau Real Property Gain Tax (RPGT). Antaranya adalah bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga tiga tahun, kadar RPGT dinaikkan kepada 30 peratus, manakala pelupusan dalam tempoh empat dan lima tahun, kadarnya dinaikkan kepada 20 peratus dan 15 peratus.

2. Kerajaan Negeri juga telah membuat semakan terhadap dasar pemilikan

hartanah oleh kepentingan asing dengan menaikkan had minimum pembelian hartanah oleh kepentingan asing daripada RM500,000 kepada RM 1 juta dan semakan nilai bayaran levi daripada RM10,000 kepada 2% daripada nilai Perjanjian Jual Beli.

3. Selain daripada itu, setiap pemaju yang membangunkan projek perumahan di

Negeri Johor perlu mematuhi Dasar Perumahan Rakyat Johor (DPRJ) sebagaimana berikut:

3.1 Tanah 3-5 ekar : 20% daripada keseluruhan bilangan unit

yang dibangunkan 3.2 Tanah melebihi : 40% daripada keseluruhan bilangan unit

yang 5 ekar dibangunkan

4. Selaras dengan objektif bagi membina 100,000 unit rumah mampu milik, kerajaan negeri akan terus memantau status kemajuan kerja bagi semua pemaju di Negeri Johor melalui Mesyuarat Jawatankuasa Taskforce Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar bersama semua jabatan dan agensi yang terlibat seperi Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), semua Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah serta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pegawai Daerah pula bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Perumahan di peringkat daerah.

Page 21: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

21

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 16 (A111) Kebelakangan ini, operasi membakar sampah secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan Seelong semakin meningkat. Soalan saya, berapakah jumlah kompaun yang dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan berapakah jumlah kompaun yang telah dikenakan sepanjang tahun 2018? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Operasi membakar sampah secara haram yang dimaksudkan tersebut adalah merujuk kepada aktiviti pembakaran terbuka yang berpunca daripada premis kitar di sekitar kawasan Seelong. Sebanyak empat (4) kes aduan pembakaran terbuka direkod dan disiasat berlaku di Seelong oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor daripada jumlah keseluruhan 22 kes aduan aktiviti seumpamanya di daerah Kulai. Peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1976 telah dikuatkuasakan oleh JAS berbentuk Notis Arahan bersabit kepada satu (1) punca aduan bagi melarang sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang berserta pengeluaran kompaun berjumlah RM2,000.00. Manakala, baki tiga (3) lagi punca aduan telah dikuatkuasakan akta yang sama di bawah Seksyen 29A untuk melarang melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sementara itu, pihak SWCorp pula akan menguatkuasakan Seksyen 71 (1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sekiranya pembakaran tersebut berpunca daripada aktiviti pembuangan sampah haram. Jika didapati bersalah, pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit akan didenda sebanyak RM20,000.00 bagi setiap kesalahan yang dijatuhkan hukum oleh mahkamah.

Page 22: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

22

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN 17 (A79) Apakah sikap dan prinsip kerajaan negeri terhadap institusi tahfiz di negeri ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Kerajaan negeri memperakui kewujudan Madrasah-madrasah Tahfiz swasta di negeri ini sebagai salah satu institusi pengajian ilmu untuk masyarakat Islam menghantar anak-anak mereka mempelajari Islam khususnya di dalam bidang hafazan al Quran dan disiplin-disiplin ilmu Islam yang lain. Sungguhpun institusi ini merupakan institusi yang dibangunkan oleh pihak swasta, namun kewujudannya dapat menambah marakkan penyebaran ilmu agama di samping peranan sediada yang dimainkan oleh institusi-institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh kerajaan. Hanya penubuhannya perlu dikawal dan dipanduarah supaya ianya bertepatan atau berjalan seiring dengan matlamat dan falsafah pendidikan Islam negeri Johor. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri berpendirian serta mengambil sikap terbuka secara berhikmah di dalam usaha memartabatkan institusi pendidikan Tahfiz di negeri Johor sebagaimana berikut:

i. Madrasah atau institusi tahfiz yang telah berdaftar akan terus dibenarkan untuk beroperasi.

ii. Madrasah atau institusi tahfiz yang sedang dalam proses pendaftaran atau di dalam proses permohonan untuk penubuhan, akan dipastikan supaya dapat mematuhi segala syarat kelulusan yang ditetapkan sebelum ia didaftarkan dan dibenarkan untuk beroperasi.

iii. Madrasah atau institusi tahfiz yang gagal memenuhi syarat pendaftaran tidak akan disambung pendaftarannya atau tidak dibenarkan beroperasi bagi maslahat pengawalan dan keselamatan.

iv. Madrasah atau institusi tahfiz yang telah berdaftar akan terus diperkasakan dengan penyaluran bantuan dalam bentuk perkhidmatan, latihan, bimbingan, kewangan dan sebagainya.

v. Modul pengurusan, kurikulum dan pengiktirafan sijil akan diselaraskan bagi semua madrasah atau institusi tahfiz yang bertujuan untuk penambahbaikan dan penetapan hala tuju pembelajaran yang lebih jelas.

vi. Kerjasama secara kolaborasi di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan akan diwujudkan di dalam usaha memajukan madrasah atau institusi tahfiz di samping bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan institusi itu sendiri dan masyarakat seluruhnya.

Semua yang saya sebutkan di atas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap isu madrasah atau institusi tahfiz serta berusaha sedaya upaya agar kewujudannya benar-benar memberi manfaat dan tidak mendatangkan mudarat atau impak negatif kepada semua pihak.

Page 23: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

23

YB DATO' ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 18 (A185) Adakah sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail mempunyai peranan memberi sumbangan kepada pembangunan sukan di negeri Johor melalui penglibatan anak-anak Negeri Johor itu sendiri dan berapa ramai anak-anak Johor berpotensi mewakili negeri ketika SUKMA 2020. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Dalam memastikan pencapaian Kontinjen Johor di SUKMA Johor 2020 berada pada tahap yang terbaik, peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak bukan ia terarah kepada pihak Majlis Sukan Negeri Johor sahaja. Oleh yang demikian, pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah menjalinkan hubungan yang rapat bersama pemegang-pemegang taruh di dalam negeri Johor antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan Sekolah Sukan Negeri Johor dalam membantu menghasilkan atlet-atlet yang berwibawa untuk mewakili negeri Johor di Temasya SUKMA Johor 2020 nanti. Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail merupakan salah satu daripada pihak yang membantu kontinjen negeri Johor sepanjang penyertaan di SUKMA sejak tahun 1998 tarikh mulanya Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail pada tahun tersebut dibina di negeri Johor. Pencapaian serta kualiti atlet yang berada di sekolah tersebut amat dibanggakan kerana atlet-atlet disekolah tersebut menjalani latihan sepenuh masa dan mendapat latihan yang sistematik dan tersusun. Bagi Kontinjen SUKMA Johor 2018 di Perak ini nanti, seramai 67 orang atlet dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail telah terpilih bagi membawa cabaran kontinjen Johor. Berikut adalah pecahan atlet mengikut sukan-sukan:-

1. Ragbi Lelaki - 2 Orang 2. Sepak Takraw - 3 Orang 3. Tempin Bowling - 2 Orang 4. Hoki Lelaki - 5 Orang 5. Hoki Wanita - 6 Orang 6. Renang - 7 Orang 7. Berbasikal - 8 Orang 8. Olahraga - 8 Orang 9. Judo - 3 Orang 10. Lawn Bown - 7 Orang 11. Bola Jaring - 4 Orang 12. Gimnastik - 4 Orang

Page 24: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

24

Bagi meneruskan pencapaian ini, pihak Majlis Sukan Negeri Johor menyediakan peruntukan kepada pihak sekolah untuk membantu atlet-atlet negeri Johor dalam kelangsungan latihan dan pertandingan yang disertai. Bagi Persiapan Kontinjen SUKMA Johor 2020, pihak Majlis Sukan Negeri Johor akan meneruskan kerjasama yang erat dengan pihak sekolah untuk melatih anak-anak Johor yang berada disekolah tersebut. Sehingga sekarang seramai 167 orang atlet daripda 505 orang merupakan anak jati negeri Johor. Berikut adalah pecahan mengikut sukan-sukan:-

BIL SUKAN BIL. ATLET

1 BOLA JARING 11 2 BOLA SEPAK 11 3 BOLA TAMPAR 1 4 BOWLING 18

5 BOWLING PADANG 6

6 GIMNASTIK 5 7 HOKI LELAKI 15

7 HOKI PEREMPUAN 7

8 JUDO 9 9 LAWAN PEDANG 18 10 LUMBA BASIKAL 16 11 OLAHRAGA 19 12 RAGBI 12 13 RENANG 8 14 SEPAK TAKRAW 8 15 TERJUN 3 JUMLAH 167

Page 25: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

25

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 19 (A123) Saya difahamkan bahawa kerajaan pusat telah meluluskan sejumlah peruntukkan untuk menaik taraf 2-lorong kepada 4-lorong dari persimpangan Cahaya Baru Ke Bandar Penawar Lebuh Raya Senai Desaru (SDE). Bilakah pembinaannya dapat dimulakan?. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Projek ini termasuk projek yang perlu dikaji semula perlaksanaannya kerana terdapat arahan dari MOF melalui surat bertarikh 29 Jun 2018.

Page 26: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

26

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 20 (A57) Nyatakan dasar kerajaan yang memastikan setiap pengusaha kebun dan holistik terdapat bantuan seperti baja, ubat, benih dan subsidi naik taraf kualiti dan kuantiti hasil supaya boleh bersaing dengan pasaran dunia dan adakah permit diberi kepada pengeksport bidang ini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Peruntukan Pembangunan yang disediakan adalah bagi tujuan meningkatkan pengeluaran bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan bagi memenuhi keperluan domestic dan eksport. Matlamat pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan Pertanian adalah :

i. Menggalakkan pengamalan teknologi berasaskan AmalanPertanian Baik (APB) untuk meningkatkan pengeluaran hasil yang berkualiti, selamat dimakan dan mesra alam seterusnya ke arah Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Persijilan Organik Malaysia (myOrganic).

ii. Meningkatkan pendapatan golongan sasar dengan sasaran pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan/peserta untuk projek perladangan berkelompok dan RM4,000 sebulan/usahawan.

iii. Meningkatkan pengeluaran pertanian bagi memenuhi keperluan domestik serta meningkatkan eksport.

iv. Meningkatkan bilangan usahawan dan penglibatan sector swasta dalam bidang pertanian.

v. Membangunkan pertanian lestari dan mesra alam. Selaras dengan matlamat di atas, satu garis panduan telah disediakan bagi membantu pegawai Jabatan dalam pelaksanaan Projek Pembangunan Pertanian mengikut business model dan teknologi yang telah ditentukan supaya projek dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan bagi mencapai matlamat projek. Di dalam RMKe -11 (2016-2020), pendekatan perancangan projek adalah berasaskan outcome di mana projek pembangunan yang dirancang perlu mempunyai impak yang tinggi, kos yang rendah dan dapat dilaksanakan dengan cepat. Di samping itu, projek yang dilaksanakan mampu memberi nilai impak yang tinggi kepada rakyat dengan kos rendah kepada Kerajaan dengan prinsip ’best value for money’. Di antara projek yang diberikan tumpuan untuk diberikan bantuan pada tahun 2018, ialah :

i. Projek Pembangunan Industri Kopi ii. Projek Pembangunan Kluster Bunga dan Tanaman Hiasan iii. Projek Bantuan Peningkatan Hasil Sayur-Sayuran

Page 27: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

27

iv. Projek Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih v. Projek Pembangunan Kluster Tanaman Kontan vi. Projek Pembangunan Kluster Buah – Betik, Durian, Pisang dan Tembikai vii. Projek Pembangunan Industri Tanaman Kelapa (Sumber Kekayaan Baru) viii. Projek Pembangunan Pertanian Bandar ix. Projek Pembangunan Ladang Organik x. Projek Pengeluaran Benih Tanaman xi. Projek NKEA Agriculture: (EPP 7) Premium Market For Fruits And Vegetables xii. Pembangunan Industri Asas Tani xiii. Projek Pengeluaran Tanaman Makanan Menggunakan Sistem Teknologi

Fertigasi Empat (4) jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengenalpasti, menilai dan memilih projek-projek dan peserta-peserta berpotensi seperti berikut:

i. Jawatankuasa Projek Pembangunan Pertanian Jabatan Pertanian Peringkat Daerah

ii. Jawatankuasa Projek Pembangunan Pertanian Jabatan Pertanian Peringkat Negeri

iii. Jawatankuasa Projek Pembangunan Pertanian JabatanPertanian Peringkat Ibu Pejabat (Owner Projek – Bahagian Bertanggungjawab)

iv. Jawatankuasa Induk Projek Pembangunan Pertanian Jabatan Pertanian Setiap satu jawatankuasa ini mempunyai skop tugas tersendiri yang mana kaedah pelaksanaanya disesuaikan di dalam mesyuarat atau jawatankuasa sediada di peringkat berkenaan. Bagi pelaksanaan projek yang diperuntukkan terus kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Pertanian sebagai pelaksana, kaedah pelaksanaan projek juga menggunapakai mekanisma pelaksanaan yang sama. Yang Berhormat, Negeri Johor sebenarnya telah melaksanakan usaha-usaha yang berterusan untuk memastikan supaya pengeluaran bahan makanan khususnya untuk peningkatan ekonomi dalam negeri semenjak beberapa dekad yang lalu melalui program berskala besar seperti Zon Pengeluaran Makanan (ZPM), Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), pembukaan Ladang Pertanian Moden dan Pembangunan Ladang Bio Desaru. Pada masa yang sama golongan yang berskala kecil tidak dipinggirkan, malah terus diberi bimbingan dan bantuan agar mereka terus dapat bergiat secara aktif dan berterusan untuk mengeluarkan hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan, tanaman kontan dan sayur-sayuran dengan memaksimakan penggunaan tanah di kawasan kebun mereka yang sedia ada. Yang berhormat, agihan peruntukkan yang diluluskan oleh kerajaan Pusat mahupun negeri adalah mengambil kira semua golongan petani. Insentif diberi dalam bentuk

Page 28: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

28

insentif amalan teknologi yang meliputi pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas dan bahan-bahan input ladang seperti aktiviti berikut: i) Pembersihan kawasan ii) Pembinaan infrastruktur ladang iii) Sistem pengairan dan perparitan iv) Kemudahan air dan elektrik v) Kemudahan pagar vi) Input pertanian vii) Kemudahan peralatan dan mekanisasi ladang Permit eksport yang dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) adalah terbuka dan boleh dipohon oleh sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, ia perlulah mematuhi syarat-syarat pengeksportan yang telah pun ditetapkan oleh MAQIS. Pengeksportan untuk produk-produk segar perlulah disertakan dengan sijil pematuhan grading packaging & labelling yang dikeluarkan oleh pihak FAMA.

Page 29: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

29

YB DATUK HAJAH SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 21 (A32) Minta dinyatakan berapakah jumlah usahawan wanita yang telah berjaya di negeri Johor dan apakah usaha untuk membangunkan usahawan wanita ini terutamanya yang berniaga di luar bandar. YB PUAN ZAITON BIN ISMAIL (SG. BALANG) SOALAN 22 (A89) Minta dinyatakan apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memantapkan kebolehan perniagaan kaum wanita kerana dalam manifesto PH tidak terdapat sebarang pelan atau usaha serius untuk kejayaan wanita. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI (Jawapan bersekali untuk soalan A32 & A89) Bagi jumlah usahawan wanita, Saya sebutkan jumlah usahawan-usahawan wanita mengikut agensi seperti yang tersebut:- 1. Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat Untuk makluman, di negeri Johor di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, jumlah usahawan wanita yang telah berjaya dilahirkan di bawah statistik Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat ialah seramai 15,943 orang. Statistik ini berdasarkan laporan statistik utama di dalam laporan tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tahun 2015/2016. Kesemua wanita yang Berjaya ini adalah di bawah bimbingan agensi-agensi yang berikut:

- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Kementerian Kewangan - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia - Kementerian Pendidikan Tinggi - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - Kementerian Sumber Manusia - Amanah Ikhtiar Malaysia - Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

Page 30: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

30

Selaras dengan itu, seperti yang telah dinyatakan di atas banyak agensi di bawah kementerian yang dinyatakan sentiasa memainkan peranan dalam usaha membangunkan usahawan wanita terutama di luar bandar bagi memastikan kaum wanita dapat menjana pendapatan dan seterusnya menambah baik serta meningkatkan kualiti hidup mereka. Dalam usaha membangunkan usahawan wanita ini terutamanya yang berniaga di luar bandar, banyak program di bawah agensi-agensi telah dijalankan menjurus kepada memupuk minat, meningkatkan jati diri dan keyakinan wanita serta motivasi diri antaranya ialah :- i. Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat

- Pendedahan melalui program ‘outreach’ seluruh negeri berkaitan keusahawanan

- Program keusahawanan bestari - Program kraf kreatif - Program keusahawanan untuk ibu tunggal - Program kursus teknologi pemprosesan makanan - Program transformasi minda usahawan boleh (U-Boleh)

Daripada program tersebut, seramai 15, 615 usahawan wanita seluruh negeri Johor telah mendapat manfaat sepanjang tempoh semua program dijalankan. Dari jumlah tersebut kebanyakan mereka telah dapat meningkatkan pendapatan kepada 50 peratus dari pendapatan asal. ii. TEKUN Nasional Data dari TEKUN Nasional Negeri Johor pula menunjukkan seramai 22, 236 orang usahawan wanita yang berjaya dilahirkan di negeri Johor. TEKUN Nasional turut menyediakan Produk pembiayaan baru bagi wanita yang dikenali dengan nama TEMANITA TEKUN Nasional. Skim ini membantu usahawan wanita mendapatkan pembiayaan secara berkumpulan dengan lebih mudah, cepat dan efisyen untuk keperluan perniagaan.

iii. MARA Negeri Johor

MARA Negeri Johor juga mempunyai beberapa contoh usahawan wanita yang telah berjaya di bawah bantuan dan seliaan MARA antaranya:-

- Dr Irma Skincare & Beauty - Chenta Watie Scarf (Kluang) - Noraini Cookies - May spa - Rebung Spa - Ummi Riaz

Page 31: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

31

Usahawan-usahwan wanita yang telah Berjaya ini juga telah dijadikan Usahawan Mentor untuk membimbing usahawan-usahawan wanita yang lain. Usaha lain yang dijalankan adalah melalui pemberian kemudahan -Kemudahan MARA yang bersesuaian dengan keperluan Usahawan Wanita Luar Bandar. Selain itu, Kerjasama dengan NGO’s wanita juga dilaksanakan bagi mendekatkan lagi MARA dengan usahawan wanita. Keberkesanan NGO melaksanakan program yang mempunyai impak tinggi dalam pemerkasaan ekonomi wanita tidak dapat disangkal, antaranya melalui peningkatan kemahiran bernilai tinggi disamping memelihara tradisi Johor. Antara NGO yang sering terlibat ialah PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Pertubuhan Kumpulan Wanita Negeri Johor, Dewan Perniagaan Usahawanita Spa Melayu Johor, JEIWA, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, saya ambil salah satu NGO iaitu JEIWA (Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor); telah melaksanakan program Kemahiran Seni Jahitan Tulang Belut melibatkan wanita dari seluruh Negeri Johor. Program ini telah memberi faedah kepada lebih 500 orang wanita di seluruh negeri Johor. Program ini bukan sahaja meningkatkan industri ekonomi rumah (cottage industry) tetapi telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita melalui padanan pekerjaan antara wanita dan usahawan butik. Untuk makluman, suka saya tegaskan bahawa kerajaan negeri komited untuk memantapkan kebolehan perniagaan kaum wanita di negeri Johor dan membuka peluang kepada rakyat untuk sama-sama merancang pembangunan ekonomi terutamanya dalam pemerkasaan ekonomi wanita. Keterbukaan pihak kerajaan negeri dalam memberi peluang kepada rakyat untuk berdaya kreatif dalam menjana pendapatan menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Harapan dalam menjadikan wanita Johor wanita yang progresif dan mempunyai idea dan inisiatif yang menguntungkan semua pihak.

Page 32: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

32

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 23 (A72) Minta dinyatakan bilangan dan komposisi Ahli Majlis PBT mengikut komposisi kaum di setiap PBT. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pemberdayaan Kerajaan Tempatan merupakan agenda reformasi yang sedang giat diaturkan oleh Kerajaan Negeri dengan sebagai permulaan melalui pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis PBT. Oleh demikian, pelantikan yang dibuat adalah bersifat rentas kepercayaan dan keturunan bagi memelihara kepentingan semua, rakyat Johor. Terlebih dahulu, Kerajaan Negeri mohon untuk memperjelas tentang pelantikan Ahli Majlis PBT yang dibuat kini secara berperingkat sehingga memenuhi kuota seramai 360 orang bagi seluruh PBT dengan pecahan kuota 24 orang bagi setiap PBT sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seperti berikut: Seksyen 10 (1) “Pihak berkuasa tempatan hendaklah terdiri daripada –

(a) Datuk Bandar atau Yang Dipertua; dan (b) Tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat orang

Ahli Majlis lagi” yang akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri Pada peringkat pertama, seramai lapan (8) sehingga dua belas (12) orang sahaja yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis dengan jumlah keseluruhan seramai 165 orang bermula 15 Julai lalu manakala baki seramai 195 orang lagi bagi memenuhi kuota 360 orang dijangka akan diselesaikan pada awal Oktober 2018. Bagi peringkat pertama, seramai 104 orang (63 peratus) Ahli Majlis adalah dari kaum Melayu, 53 orang (32 peratus) mewakili kaum Cina dan lapan (8) orang wakil dari kaum India. Seiring dengan semangat reformasi, pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis PBT oleh Kerajaan Negeri berteraskan konsep kesepakatan dan kesamarataan dari segenap aspek dalam kalangan ahli parti komponen Pakatan Harapan melalui proses perundingan, saringan, pemilihan dan temuduga sebelum pelantikan dibuat. Justeru itu, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis PBT adalah berdasarkan merit individu dengan turut mempertimbang peranan mereka di peringkat akar umbi yang diyakini mampu memberi manfaat kepada penduduk di setiap kawasan PBT. Malah, setiap yang dilantik telah diingatkan untuk berkhidmat dengan telus dan tulus sekaligus mendokong agenda reformasi Kerajaan Tempatan yang dibawakan oleh Kerajaan Negeri.

Page 33: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

33

YB DATUK HAJAH SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 24 (A36) Minta dinyatakan bilangan warga emas mengikut DUN dan kaum di negeri Johor dan bagaimana skim takaful warga emas yang dijanjikan oleh Kerajaan PH boleh menjadikan waris mereka bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa dan tidak mengabaikan mereka. JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Secara umumnya, adalah menjadi bertanggungjawab anak untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia atau sakit sebagaimana suruhan dalam semua agama di Malaysia. Walau bagaimanapun pihak Jabatan sering menanamkan kesedaran kepada masyarakat dalam penjagaan orang tua melalui program sukarelawan ke institusi warga emas, program-program intergenerasi dan program PAWE. Bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan dengan bantuan ini juga menggalakkan anak-anak untuk menjaga ibu bapa masing-masing yang telah tua kerana sedikit sebanyak boleh mengurangkan beban kewangan yang ditanggung. Skim Takaful Warga Emas Negeri Johor (STWENJ) adalah merupakan satu skim seperti khairat kematian dan ia merupakan di bawah portfolio YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor.

Page 34: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

34

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 25 (A124) Dengan peningkatan pembangunan perumahan dan industri di Pengerang, adakah bekalan air mencukupi untuk menampung penambahan keperluan air yang dijangkakan? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Berdasarkan keperluan air daripada maklumat permohonan Kebenaran Merancang oleh pemaju kepada pihak Berkuasa Tempatan dan Konsep Keseluruhan Pembangunan Baru oleh pihak Pemaju kepada SAJ Ranhill, sememangnya terdapat peningkatan keperluan air di kawasan Penggerang. Pembangunan baru di kawasan Pengerang juga termasuk perumahan baru, kilang dan projek pembangunan Taman Tema. Pihak pemaju telah mengemukakan keperluan air untuk jangkamasa terdekat sehingga tempoh lima tahun lebih kurang 30 MLD. Oleh itu, kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Sg Lebam telah dicadangkan yang mana ianya dilaksanakan melalui dua (2) Fasa. Fasa Pertama daripada kapasiti 40 MLD kepada 54 MLD telah disiapkan pada tahun 2017 dan Fasa ke dua iaitu daripada 54 MLD kepada 81 MLD masih dalam peringkat perlaksanaan dan dijangka siap pada November 2018. Dengan penyiapan kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Sg Lebam ini, ianya akan dapat menampung permintaan air untuk domestik dan industri di kawasan Penggerang dan sekitarnya. Pada masa ini keperluan bekalan air daripada Loji Rawatan Air Sg Lebam adalah sekitar 46 MLD. Keperluan pembinaan infrastruktur bekalan air baru akan sentiasa di kaji bergantung kepada unjuran permintaan air dan akan dicadangkan di dalam Pelan Perniagaan SAJ yang akan dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk kelulusan dan seterusnya perlaksanaan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad.

Page 35: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

35

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 26 (A60) Senaraikan pengusaha, bidang, luas dan kadar sewa bagi tanah kerajaan di kawasan Pertanian Moden, Kahang dan Bukit Geriba dan sejauh mana pengusaha meningkatkan hasil pengeluaran dan bagaimana pemantauan kerajaan supaya mereka tidak menyewa ke orang ketiga atau terbiarkan tanah-tanah tersebut? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman, Kawasan Pertanian Moden adalah dibawah tanggungjawab dan kelolaan Persekutuan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya. Walau bagaimanapun, TKPM Kahang, Kluang dan Bukit Geriba, Batu Pahat adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Projek Pertanian Moden Kluang meliputi keseluruhan kawasan berkeluasan 3,653.18 hektar (9,027 ekar). Tanah yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)JKPTG ini dibahagikan kepada beberapa komponen. Pecahan kegunaan tanah dan keluasan adalah seperti berikut:

Lokasi Kegunaan Tujuan Keluasan (ekar)

Ayer Hitam Kluang & PTH Padang Hijau Kluang

Peserta PPM Aktiviti Tanaman. 2,850 Peserta PPM Aktiviti Ternakan. 4,394 Peserta PPM Aktiviti Ternakair 250 Institut Veterinar Malaysia & Pusat Ternakan Haiwan DVS

Pusat Latihan dan pengeluaran tenusu 1,306

Pusat Pengumpulan dan Pengedaran FAMA

Pengumpulan & pengeksportan orkid 12

Pejabat PPM dan Masjid Pentadbiran 13

Pusat Pertanian Ayer Hitam (PPAH)

Pusat Latihan & Aktiviti Pertanian DOA

202

JumlahKeluasan 9,027 Projek ini diselia oleh Pengarah PPM di tapak projek manakala urusetia di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITTP). Objektif penubuhan Projek Pertanian Moden, Kluang, Johor adalah seperti berikut:

a. Meningkatkan pengeluaran dan bekalan bahan makanan bagi memenuhi keperluan domestik dan eksport sekaligus mengurangkan import bahan makanan negara.

Page 36: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

36

b. Mencapai matlamat membangunkan sektor pertanian moden yang bersaiz ekonomik, komersial serta menggunakan teknologi moden.

c. Menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan pelaburan khususnya di Negeri Johor.

d. Melibatkan pihak swasta dalam projek ini dengan pengurusan secara komersial serta pengalaman teknologi terkini dalam sektor pertanian.

e. Membangunkan sub-sektor agro pelancongan agar dapat menambah pendapatan negara untuk menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Pecahan peserta dan aktiviti yang dijalankan di Projek Pertanian Moden Kluang adalah seperti berikut:

Bil. JenisAktiviti Bilangan Pengusaha Keluasan (ekar)

1 Tanaman 24 2,240 2 Ternakan 12 3,558 3 Akuakultur 1 250 4 Agro-pelancongan 2 200

Terdapat dua jenis perjanjian yang perlu ditandatangani di antara peserta-peserta berkenaan dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Perjanjian Pajakan dan Perjanjian Perlaksanaan Projek. Kedua-dua perjanjian ini telah disediakan setelah mengambil kira pandangan dari pihak-pihak berkenaan seperti KPTG dan telah disemak oleh Penasihat Undang-Undang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Peguam Negara. Perjanjian-perjanjian ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 10 November 2004. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pertanian Moden yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah bersetuju memperakukan tempoh pajakan mengikut jenis aktiviti seperti berikut : a. Tanaman Buah-buahan - 25 tahun b. Tanaman Nanas - 10 tahun c. Tanaman Herba - 15 tahun d. Tanaman Sayur - 10 tahun e. Tanaman Organik - 25 tahun f. Tanaman Kontan Lain - 10 tahun g. Ternakan Lembu fidlot & breeder - 30 tahun h. Ternakan Lembu Tenusu - 30 tahun i. Ternakan burung Ostrich - 30 tahun j. Ternakan kambing - 30 tahun k. Ternakan Ikan Hiasan - 20 tahun l. Agro-pelancongan - 30 tahun m. Tanaman Orkid - 10 tahun

Page 37: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

37

Sebagai satu insentif kepada syarikat-syarikat yang menyertai projek ini, Kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pertanian Moden telah bersetuju memperakukan kadar pajakan bernilai RM80/ekar/tahun bagi semua aktiviti. Kadar pajakan ini juga telah diluluskan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 10 November 2004. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Pajakan, Kerajaan mempunyai hak untuk menaikkan kadar ini dalam semakan semula kadar pajakan. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PPM pada 15 Disember 2014 telah bersetuju:

a. Peserta baharu dikenakan kadar sewa berdasarkan penilaian olehJabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta(JPPH) serta dipersetujui oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG);

b. Tempoh sewaan adalah selama 3 tahun dengan pertimbangan tambahan 3 tahun tertakluk kepada prestasi peserta dan persetujuan kerajaan; dan

c. Berdasarkan kepada prestasi peserta, tempoh sewaan boleh dipertimbangkan untuk ditukar kepada pajakan dengan persetujuan kerajaan.

Kerajaan berhak untuk menaikkan kadar sewaan mengikut penilaian semasa dengan pemberian notis awal kepada peserta. Selian itu, terdapat 2 peringkat Jawatankuasa ditubuhkan untuk mentadbir, menyelaras dan memantau pelaksanaan Projek Pertanian Moden, Kluang, Johor iaitu :

1. Jawatankuasa Teknikal Projek Pertanian Moden 2. Jawatankuasa Pemandu Projek Pertanian Moden

Bagi memastikan projek ini berdaya maju dan mencapai tahap pemodenan sepertimana yang disasarkan, Pasukan Penilaian Penanda Aras yang diketuai oleh Ketua Penanda Aras bagi setiap sub-sektor iaitu Tanaman (Jabatan Pertanian), Ternakan (Jabatan Perkhidmatan Veterinar) dan Perikanan (Jabatan Perikanan). Pasukan ini akan menilai tahap prestasi dan kemajuan projek-projek yang diusahakan serta mengesyorkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk penambahbaikan. Hingga kini Impak daripada projek telah berjaya menghasilkan nilai sebanyak RM 6 juta atau 2,509 metrik tan bagi sektor tanaman, hasil ternakan ruminan sebanyak 4,358 ekor dengan nilai RM 13 juta manakala sektor agro-pelancongan menyumbang perolehan sebanyak RM 1.04 juta dengan bilangan pelancong dalam dan luar negara yang datang seramai 11,911 orang. Justeru itu, PPM mampu menyumbang kepada sektor pertanian negara disamping dapat menyediakan

Page 38: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

38

peluang kerja kepada orang tempatan dan peningkatan ekonomi bandar Kluang dengan kehadiran pelancong-pelancong. Prestasi ini akan ditingkatkan dari masa ke semasa dengan penglibatan jabatan, agensi dan kerajaan tempatan dan pihak swasta. Manakala untuk TKPM Kahang, Kluang dan Bukit Geriba, Batu Pahat, pemantauan dilaksanakan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah setiap 3 bulan dan menghantar laporan kepada Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor 3 bulan sekali. Selain itu, pihak ibu pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor juga melaksanakan pemantauan berkala 2 kali setahun. Pihak penyewa telah diberi peringatan agar mematuhi syarat-syarat perjanjian. Segala permohonan usahasama dan perubahan komoditi perlulah dipohon secara bertulis terlebih dahulu untuk kelulusan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Bagi projek yang tidak dilaksanakan dan tiada perkembangan hasil pengeluaran melebihi 6 bulan, pihak Jawatankuasa akan menarik balik sebahagian tanah atau menamatkan perjanjian. Status pengeluaran hasil pengusaha sebagaimana berikut :

TKPM

PESERTA KOMODITI

JAN – MAC 2018 APRIL – JUN 2018 BIL.

TERNAKAN (EKOR)

NILAI (RM)

BIL. TERNAKAN

(EKOR) NILAI (RM)

BUKIT GERIBA, TG. SEMBRONG, BATU PAHAT

PPNJ AYAM PEDAGING 260,000 1,144,000.00 260,000 1,144,000.00

YUSRI BIN YAHAYA (YUS FARM)

LEMBU PEDAGING 650 1,950,000.00 650 1,950,000.00

BEBIRI 250 6,030.00 250 6,030.00 KAMBING PEDAGING 300 6.960.00 300 6.960.00

HAJI MAZLAN BIN AHMAD

KAMBING PEDAGING 30 36,000.00 30 36,000.00

LEMBU PEDAGING 70 210,000.00 70 210,000.00

MOHAMAD BIN ABDULLAH

BEBIRI 60 42,000.00 60 42,000.00 LEMBU PEDAGING

37 129,500.00 37 129,500.00

NORDIN BIN SAMURI

KAMBING PEDAGING 85 85,000.00 85 85,000.00

KERBAU 27 108,000.00 27 108,000.00 ABD. RAZAK BIN ABU

KAMBING PEDAGING 50 150,000.00 50 150,000.00

WAGIMAN BIN HASNAN

LEMBU PEDAGING 45 135,000.00 45 135,000.00

MOHD SALLEH BIN YAHYA

AYAM KAMPUNG 200 3,000.00 200 3,000.00

Page 39: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

39

KAHANG BARAT 9750

ISMAIL BIN ABD MAJID

LEMBU TENUSU 0

TELAH DITAMATKAN PERJANJIAN PADA BULAN JUN 2018

ANTHONY A/L ANTHARAYAN

LEMBU TENUSU 0

KATHIRAVAN A/L SAUNDRAN

LEMBU PEDAGING 0

THEVENDRAN A/L ANDAI

KAMBING PEDAGING 0

SUBRAMANIAM A/L RAJAVELO

LEMBU TENUSU 0

MUNTHAMAH A/P KANIAPPAN

LEMBU PEDAGING 0

KALYANI A/P SANTUKUTY

KAMBING PEDAGING 0

GOPI A/L BALAKRISNAN

LEMBU TENUSU 0

THURAIRAJ A/L RENGASAMY NAIDOO

LEMBU TENUSU 0

JAYASEMAN A/L RAMAKRISNAN

LEMBU TENUSU 0

SYARIKAT USAHA JAYA SDN BHD

PUYUH PEDAGING 0

JAYAPRAGASH A/L MARAPPAN

LEMBU TENUSU 0 TELAH DITAMATKAN PERJANJIAN

BULAN JUN 2018 SIVAKUMAR A/L PERIAKUTTY

LEMBU TENUSU 0

KAHANG BARAT 5157

PESONA INTEGRASI

LEMBU TENUSU 0

BARU MENANDATANGANI PERJANJIAN PADA 31 JULAI 2018

LA DAIRY GOAT FARM

TANAM RUMPUT 0

GANESAN A/L DORAISAMY

LEMBU TENUSU 0

INDRA DEWI A/P MAYANDI

LEMBU TENUSU 0

DAGANG TANI SB

LEMBU TENUSU 0

SYARIKAT BAYERN ANLENE SODA FABRIC S/B

LEMBU TENUSU 0

J.GUNALAN A/L JAYARAMAN

LEMBU TENUSU 20 120,000.00 20 120,000.00

VALLIVELLO A/L SAGADEVAN

KAMBING PEDAGING 0

DALAM PROSES PENANAMAN RUMPUT DAN PEMBAIKAN KANDANG

MOHAMAD TAN CHAN BIN ABDULLAH

KAMBING TENUSU 0

RUZAINI BIN SHAFIE

KAMBING PEDAGING 0

DUVENTIRAN A/L SINNAIH

LEMBU TENUSU

0

Page 40: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

40

KAHANG 8217

ANITHA A/P MUNIAPPAN

LEMBU TENUSU 0

TELAH DITAMATKAN PERJANJIAN

PALANIVELOO A/L P.PERIKUTTY

LEMBU TENUSU 0

SARDANANDAM A/L RAMAN

LEMBU TENUSU 0

MUTHU A/L RAMA

LEMBU TENUSU 0

CHANDRAN A/L VERASAMY (KERVERY ENTERPRISE)

LEMBU TENUSU 0

DISYORKAN UNTUK DITAMATKAN MURUGESU A/L SUBRAMONYAN (ANAK PETANI)

LEMBU TENUSU 0

RAVI A/L RAMASAMY (SRIGURU ENTERPRISE)

LEMBU TENUSU 0

Page 41: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

41

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 27 (A103) Apakah rancangan kerajaan untuk membina Perumahan Generasi Kedua di Felda? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Pada masa ini program Perumahan Felda hanya tertumpu kepada Perumahan Generasi Kedua yang sedia ada seperti di Inas Utara, Pasak, Papan Timur, Sungai Sibol dan Bukit Aping Timur. Bagi rancangan-rancangan Felda yang lain, tumpuan diberikan melalui pemberimilikan lot tanah.

Page 42: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

42

YB TUAN HAHASRIN BIN HASHIM (PANTI) SOALAN 28 (A76) Minta dinyatakan perancangan kerajaan untuk membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di dalam Parlimen Tenggara mengikut pecahan DUN Panti dan DUN Pasir Raja dengan perincian jumlah serta dijangka siap. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyediakan perumahan mampu milik yang terbaik kepada rakyat. Kerajaan negeri telah menetapkan kadaran 40% pembangunan perlu dibangunkan Perumahan Rakyat Johor bagi sesebuah pembangunan. Parlimen Tenggara tidak ketinggalan menerima manfaat ini. Untuk makluman, permintaan bagi yang berdaftar di dalam Portal Perumahan Johor sehingga Jun 2018 di daerah Kota Tinggi adalah seramai 4,261 orang manakala butir maklumat pembangunan Perumahan Rakyat Johor yang akan dibangunkan di Dun Panti dan Dun Pasir Raja adalah seperti berikut: Dun Panti

Bil Pemaju Nama Taman Status Pembinaan

Tahun Siap Jumlah Unit

1 Oaksvilla Sdn Bhd

Taman Kota Jaya 2 Kerja Tanah 2020 87

2 Golden Envoy Desa Impian Kebenaran Merancang

2023 553

Jumlah Keseluruhan 640

Dun Pasir Raja

Bil Pemaju Nama Taman Status Pembinaan

Tahun Siap Jumlah Unit

1

Daiman Jaya Sdn Bhd

Taman Daiman Jaya

Fasa 1: 90% Fasa 1: 2018 Fasa1: 233 Fasa2: 3,376 Fasa 2: KM Fasa 2: 2023

2

Glomac Sutera Sdn Bhd

Taman Sri Saujana Kebenaran Merancang

2023

752

3 Pesaka Persada Nama Belum Ditentukan

Kebenaran Merancang

2023 399

4 YPJ Builders Sdn Bhd

Nama Belum Ditentukan

Kebenaran Merancang

2023 694

5

Tetuan Kulim (Malaysia)

Berhad

Nama Belum Ditentukan

Kebenaran Merancang

2023

461

JUMLAH KESELURUHAN 5,915

Jumlah keseluruhan bagi Perumahan Rakyat Johor di Parlimen Tenggara adalah sebanyak 6,555 unit.

Page 43: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

43

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 29 (A133) Adakah kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menseragamkan penubuhan JKKR dan JKKK di Felda Negeri Johor yang sekarang ini tidak seragam? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah mengeluarkan kenyataan media pada 27 Jun 2018 yang lalu berkenaan penjenamaan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). MPKK akan ditubuhkan di setiap kampung di Negeri Johor setelah selesai pengisian jawatan Ketua Kampung. Ketua Kampung yang dilantik bagi setiap kampung akan menjadi Pengerusi MPKK di setiap kampung di Negeri Johor. Bagi penubuhan JKKKR di Felda Negeri Johor, ianya adalah di bawah pengurusan FELDA.

Page 44: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

44

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 30 (A5) Apakah hari cuti minggu akan ditukarkan balik kepada hari Sabtu dan hari Ahad disebabkan hari cuti minggu sekarang amat menyusahkan ibu bapa yang bekerja di sektor swasta untuk mempunyai lebih banyak masa menemani anak-anak pada hari Ahad? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Yang Berhormat, pertukaran hari mingguan bagi Negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 merupakan titah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 23 November 2013 yang lalu. Sehubungan dengan itu, tiada cadangan pertukaran balik hari mingguan kepada hari Sabtu dan Ahad.

Page 45: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

45

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 31 (A190) Nyatakan jumlah upah tahunan lembaga pengarah dan keuntungan tahunan untuk 10 buah GLC yang terbesar di Johor. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Yang Berhormat Mengkibol, terdapat 14 GLC di bawah Kerajaan Negeri. Bagi prestasi kewangan syarikat, ianya terdapat dalam penyata kewangan syarikat dan boleh didapati secara terus daripada syarikat terbabit

Page 46: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

46

YB TUAN IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN (SEROM) SOALAN 32 (A177) Apakah usaha-usaha yang telah dirancangkan untuk memperkenalkan Johor sebagai koridor ekonomi terulung di Malaysia? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 adalah dasar penting dalam usaha Negeri Johor untuk menjadi Koridor Ekonomi Terulung di Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk menjadikan Negeri Johor sebuah negeri berprestasi tinggi. Ia dapat dilaksanakan dengan memberi tumpuan terhadap projek-projek utama yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri demi merealisasikan misi dan visi Johor Darul Ta’zim sebagai Negeri Berprestasi Tinggi dan Bangsa Johor Lestari. Antara usaha-usaha yang dirancangkan untuk memperkenalkan Johor sebagai koridor ekonomi terulung di Malaysia adalah dengan menyertai Misi Galakan ke luar negara melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC). JSIC adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Sebagai sebuah agensi pusat sehenti (One Stop Centre), JSIC berperanan membantu pelabur yang ingin melabur dan membawa masuk pelaburan luar dan dalam negara ke Negeri Johor. Kerajaan Negeri akan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan daripada luar negara samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini akan menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Untuk tahun 2019, beberapa misi galakan pelaburan Kerajaan Negeri Johor akan dianjurkan dan negara-negara yang akan dilawati pada tahun ini adalah Singapura, Jepun , Korea dan juga Negara China. Selain itu, Kerajaan Negeri menggalakkan pemaju-pemaju kawasan perindustrian untuk menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna dan bertaraf dunia. Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan di Johor kerana ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan dan seterusnya menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di Negeri Johor dan usaha menjadikan Negeri Johor Koridor Ekonomi Terulung di Malaysia. Kualiti sumber manusia juga menjadi teras dalam menjadikan Negeri Johor Koridor Ekonomi Terulung di Malaysia. Dengan wujudnya hab pendidikan yang lengkap di

Page 47: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

47

Negeri Johor, pelbagai institusi pendidikan awam dan swasta serta antarabangsa telah beroperasi di Negeri Johor. Kebanyakkan institusi pendidikan ini memberi tumpuan kepada bidang sains dan teknologi dan ianya telah menyediakan tenaga kerja mahir bersesuaian dengan permintaan pelabur dan industri. Bangsa Johor yang kebanyakkannya menguasai teknologi maklumat dan juga berkemahiran tinggi telah mendapat permintaan tinggi sumber tenaga bukan sahaja di dalam Negeri Johor bahkan ke negeri-negeri lain dan luar negara. Pembangunan infrastruktur asas yang lengkap dengan jaringan perhubungan darat yang komprehensif sehingga ke Singapura juga telah menjadi faktor Johor sebagai Koridor Ekonomi Terulung di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, Negeri Johor juga memiliki beberapa pelabuhan yang bertaraf antarabangsa iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Johor di Pasir Gudang dan juga Pelabuhan Tanjung Langsat dan juga satu pelabuhan antarabangsa di negara jiran Singapura. Tiada satu negeri di Malaysia yang mempunyai sebanyak 3 pelabuhan dan ianya menjadi salah satu faktor penting kepada pelabur luar dalam pemilihan Negeri di Malaysia untuk melabur. Negeri Johor juga mempunyai satu Lapangan Terbang Antarabangsa di Senai di mana ianya merupakan Lapangan lapangan terbang ke enam tersibuk di Malaysia. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga merupakan salah satu daripada hub AirAsia. Kini, lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Senai Sdn Bhd, operator lapangan terbang pertama yang bebas di Malaysia selepas pemisahannya daripada Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 2003. Kerajaan Negeri Johor juga menyokong penuh semua skim galakan kepada para pemodal yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. Skim galakan adalah antara daya tarikan yang penting untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha menggalakkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga telah melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan. Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong apa jua langkah yang telah di laksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan yang baik dan dapat membantu menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor. Kerajaan Negeri juga akan memberi penekanan kepada perkembangan industri terutamanya yang melibatkan Industrial Revolution 4.0 (IR4.0) dalam usaha menjadikan Negeri Johor sebagai koridor ekonomi terulung di Malaysia. Industri 4.0 merupakan industri yang didorong oleh revolusi digital dan internet bukan hanya akan memberi tumpuan kepada sektor pembuatan malahan sektor perkhidmatan. Antara Negara-Negara perindustrian yang maju dan berteknologi tinggi adalah seperti Jerman, Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan juga jiran kita iaitu Singapura. Teras industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya meliputi bidang autonomous robot, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Melalui

Page 48: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

48

industri 4.0 ini, ia dilihat mampu mendorong syarikat-syarikat untuk menggunakan sistem automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang digunakan sekarang ini. Secara tidak langsung ia mampu mewujudkan lebih banyak kilang pintar atau smart factory di mana mesin-mesin disambungkan dengan kemudahan internet dan lain-lain sistem digital.

Page 49: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

49

YB DATUK HAJI MD. OTHMAN BIN HJ. YUSOF (KUKUP) SOALAN 33 (A15) Bolehkah kerajaan bertindak untuk mengkaji kesan projek janakuasa yang menggunakan diesel dan arang batu khususnya di Tanjong Bin, terhadap kualiti kebersihan udara terutama kesan karbon di kawasan terbabit kepada penduduk setempat, keatas hasil pertanian dan alam sekitar? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Semua aktiviti Jana kuasa yang menggunakan diesel dan arang batu adalah aktiviti yang ditetapkan dan tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling. Bagi Loji Jana kuasa Tanjung Bin terdapat dua laporan terperinci Enviromental Impact Assesment telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. BIL TARIKH KELULUSAN TAJUK LAPORAN EIA DILULUSKAN 1 17 Oktober 2003 Cadangan Stesen Janakuasa Arang Batu di

Tanjung Bin, Mukim Serkat, Daerah Pontian. Untuk Unit 1,2 dan 3

2 14 Oktober 2011 Proposed 2x 1,000 MW Extension At Tanjung Bin Coal- Fired Power Plant, Mukim Serkat, Daerah Pontian, Johor Darul Takzim Untuk Unit 4 dan 5.

Kajian tentang kualiti udara semasa fasa pembinaan dan fasa operasi telah dikaji dan dibincangkan dengan terperinci di peringkat kelulusan Laporan DEIA tersebut. Pihak jururunding telah menjalankan Air Dispersion Modelling (Industrial Source Complex Short Term Version 3(ISCST3) dan parameter yang dikaji adalah Total Particulate Matter (Total PM), Particulate Matter <10 µm(PM10) , Particulate Matter <2.5 µm(PM2.5) , Sulphur Diokside (SO2), Nitrogen Diokside (NO2), Carbon Monoxide (CO) and Heavy metals Arsenic(As), Cadmium (Cd), Lead(Pb) and Mercury(Hg) untuk mengkaji penyebaran bahan pencemar udara daripada cerobong termasuklah di dalam keadaan worst case scenario. Rumusan daripada kajian Air Dispersion Modelling adalah seperti Jadual 1,mendapati parameter SO2melebihi had yang ditetapkan dalam Recommended Malaysian Air Quality Guideline (RMAQG) hanya untuk worst case scenario iaitu sebanyak 541.92µg/m3 bagi parameter SO2 dalam kajian tempoh masa 1 jam di kawasan 1.5 km timur Sg. Pulai dan 1.5 km barat daya sempadanLoji Janakuasa Tanjung Bin . Namun demikian, untuk kajian tempoh masa 24 jam,pelepasan parameter tersebut adalah mematuhi had yang ditetapkan. Bagi normal case senario, pelepasan adalah mematuhi had pelepasan yang ditetapkan.

Page 50: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

50

Scenario Parameter Recommended Malaysian Air Quality Guideline (RMAQG)

Keputusan Predicted Max Ground Level Concentration

Worst Case Scenario

Sulphur Diokside (SO2)

1jam 350µg/m3 541.92µg/m3 1.5km (Sg Pulai)

24 jam 105µg/m3 48.99µg/m3 -

Jadual 1

Page 51: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

51

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 34 (A108) Minta beri penjelasan status Silij Kelayakan Pasar Awam Kampung Melayu Majidee. Terdapat rungutan dari persatuan peniaga berkenaan aspek penyelenggaraan yang tidak sempurna seperti kebocoran, limpahan air hujan, sistem pendawaian elektrik dan tanpa sebarang perlindungan insuran. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pembangunan menaiktaraf Pasar Awam Kampung Melayu Majidee diluluskan oleh mantan Perdana Menteri terdahulu dengan kos siling sebanyak RM20 juta di bawah peruntukkan BP1 yang menjadikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai agensi pemilik manakala Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula sebagai agensi pelaksana projek tersebut. Projek yang melibatkan kos sebenar berjumlah RM19,813,913.25 tersebut telah dimuktamadkan rundingan harga di KPKT dan dilaksanakan oleh kontraktor Tetuan Bintang Kencana Sdn. Bhd. melalui kontrak reka bina bermula pada 19 Disember 2013 sehingga 18 Disembr 2015. Untuk makluman, Sijil Perakuan Siap Kerja telah dimuktamadkan pada 10 Oktober 2017 dengan status tiga (3) kali tempoh lanjutan masa dan LAD kerana kelewatan projek siap mengikut jadual. Sementara Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan belum dikeluarkan kerana kegagalan kontraktor mematuhi beberapa syarat oleh jabatan teknikal. Pihak kontraktor telah diberikan notis peringatan bagi tujuan pematuhan tersebut. Sekiranya gagal, pihak MBJB akan menjalankan kerja-kerja pematuhan dengan menggunakan wang tahanan projek yang masih disimpan oleh pihak kerajaan. Sebagai pencerahan, pihak kontraktor masih belum menyempurnakan kerja-kerja pembaikkan jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat teknikal. Kerajaan Negeri menerusi pihak MBJB komited dalam menyediakan kemudahan awam tanpa sebarang cela sehingga mengganggu aktiviti orang awam. Dalam soal ini, pihak MBJB cakna dan prihatin akan kesulitan yang dihadapi oleh peniaga dan selari dengan Status Kelayakan Menduduki Bangunan yang masih tertunggak untuk tindakan dan di bawah tanggungjawab kontraktor pelaksana selama tempoh dua (2) tahun. Sebarang kecacatan pada struktur dan komponen bangunan akan diselenggara dengan sijil siap kerja dikeluarkan bertarikh 10 Oktober 2018. Penyelenggaraan bagi memperbaiki kerosakan dan kecacatan pada bangunan dilaksanakan dengan inisiatif oleh pihak MBJB dengan isu keselamatan pengguna dan peniaga menjadi keutamaan. Berhubung dengan perlindungan insurans pula, suka untuk Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa pihak MBJB telah menyediakan perlindungan insurans tanggungan awam dan kebakaran yang diperbaharui secara tahunan sebagaimana aset bangunan milik MBJB yang lain.

Page 52: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

52

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 35 (A23) Bagikan inisiatif yang dilakukan bagi memperkasa bidang TVET di Johor. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Mana-mana inisiatif yang boleh memberi manfaat dan membantu memperkasakan TVET akan diteruskan antaranya seperti: a) Pendedahan mengenai TVET melalui demo kemahiran dan pameran interaktif

oleh institusi-institusi latihan kemahiran di dalam program Kembara Kerjaya Johor yang telah diadakan oleh Unit Swadaya Insan Negeri Johor.

b) Keutamaan pembelajaran bidang TVET di kalangan belia Negeri Johor dengan pelaksanaan latihan kemahiran dengan menggunakan dana di bawah Tabung Latihan Kemahiran Johor daripada Kerajaan Negeri Johor. Latihan ini berkonsepkan ‘Industry Driven Talent’. Institusi-institusi latihan kemahiran bertanggungjawab membentuk modul-modul kemahiran TVET nya berdasarkan keperluan industri setempat dan seterusnya melatih serta menempatkan mereka di industri yang terpilih.

c) Pemberian bantuan peralatan perniagaan melalui program Azam Kerja Negeri Johor yang ditambah nilai dengan mengadakan kursus-kursus kemahiran bagi membantu menjana pendapatan peserta yang dibantu.

Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lagi dirangka untuk memartabatkan TVET di Johor antaranya ialah dengan: a) Peningkatan pendedahan dan pemahaman pelajar-pelajar sekolah berkenaan

TVET dan potensi kerjayanya melalui program-program intervensi di sekolah. Para pelajar didedahkan mengenai bidang-bidang TVET yang berpotensi untuk diceburi. Persepsi kerjaya TVET sebagai kerjaya kelas kedua juga boleh diubah dengan adanya kempen-kempen promosi TVET di sekolah-sekolah.

b) Memperkenalkan lebih banyak program berteraskan ‘Industrial driven talent’ yang berkonsepkan sistem ‘Train and Place’. Program latihan yang berteraskan keperluan industri ini akan meningkatkan lagi penghasilan tenaga kerja mahir dan bersesuaian dengan kehendak industri.

c) Peningkatkan usahasama antara institusi latihan dan industri dengan pemindahan dan perkongsian kepakaran dan teknologi industri melalui Jawatankuasa Kerja Permintaan (Demand) dan Penawaran (Supply) Swadaya Insan Negeri Johor. Kedua-dua jawatankuasa ini dijadikan sebagai platform untuk bertukar-tukar maklumat mengenai isu serta peluang pembangunan kemahiran di kalangan institusi latihan dan pemain industri.

d) Memperbanyakkan dialog bersama industri serta program kerjasama bersama industri. Hubungan erat dengan industri boleh memudahkan penyelarasan mengenai landskap kemahiran yang diperlukan.

Page 53: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

53

e) Penstrukturan hala tuju modal insan yang diperbaharui di bawah Unit Swadaya Insan Negeri Johor juga bakal memperlihatkan 6 agenda utama yang dijangka akan mengubah senario pembangunan modal insan Negeri Johor dan seterusnya memperkasakan lagi pengurusan dan penyelarasan bidang TVET di Negeri Johor.

f) Memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memartabatkan bidang TVET. Kerajaan Negeri Johor mendukung segala usaha yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan. Unit Swadaya Insan Negeri Johor akan berkomunikasi dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, YB Nurul Izzah dalam usaha untuk menyampaikan segala informasi berkaitan TVET di peringkat kerajaan Negeri Johor kepada Kerajaan Persekutuan.

Page 54: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN ... · SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018 UNIT DEWAN, ... JAWAPAN YAB

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI SELASA, 14 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

54

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 36 (A20) Minta dinyatakan, Adakah Tabung Latihan Kemahiran Johor yang memberi manfaat kepada 1628 pelajar menerima manfaat bantuan kewangan pada tahun 2017 akan diteruskan ? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Untuk makluman, pihak YPJ masih meneruskan pemberian Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ) kepada anak-anak Johor dalam usaha melahirkan pelajar berkemahiran tinggi. Pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 2 ribu seorang yang memberi manfaat kepada 1,628 pelajar juga telah ditambahbaik dengan menaja lebih ramai anak-anak Johor dalam program kemahiran jangka pendek. Program jangka pendek ini melatih pelajar dalam tempoh kurang dari 3 bulan dan seterusnya akan diserap ke industri berkaitan. Anggaran penerima manfaat adalah seramai 200 hingga 300 orang sehingga berakhir Disember 2018 Bagi Implikasi kewangan, pada tahun 2018, YPJ telah memperuntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi pemberian RM 2 ribu seorang dan RM 1.5 juta bagi program jangka pendek. Jumlah keseluruhan peruntukan TLKJ bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM 3 juta.