sujud dalam solat ; kajian saintifik

28
KOLEJ MARA BANTING KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER SATU 2010 TAJUK : SUJUD DALAM SOLAT: KAJIAN SAINTIFIK PENSYARAH UST ABDUL JAMIR BIN MD. SAAD DISEDIAKAN OLEH FATIMAH ZAHRAH BINTI MD FAUADI M10E 921124-08-5568

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

492 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

KOLEJ MARA BANTINGKERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER SATU 2010

TAJUK :SUJUD DALAM SOLAT: KAJIAN SAINTIFIK

PENSYARAH

UST ABDUL JAMIR BIN MD. SAAD

DISEDIAKAN OLEH

FATIMAH ZAHRAH BINTI MD FAUADI

M10E

921124-08-5568

Page 2: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan 3

Postur badan semasa sujud 4-5

Kajian saintifik tentang keadaan jari kaki ketika sujud dan duduk semasa tahiyat.

5

Sujud Mempengaruhi Denyutan Jantung Manusia

6-7

Sujud Mampu Mengubati Sakit Pinggang 7-8

Faedah Sujud kepada Otak Manusia 8-9

Pergerakan Otot semasa Sujud Sujud dan kebaikannya kepada

fisiologi

10

Kesan sujud kepada organ dalaman manusia

Kesan sujud kepada sistem limfa

11

Kesan sujud kepada sistem saraf Faedah sujud kepada kaum hawa

12

Penutup 13

Bibliografi 14

Lampiran 15-20

2

Page 3: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

PENGENALAN

Selawat dan salam dipanjatkan kepada Rasul junjungan mulia Nabi

Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah S.W.T akhirnya folio

bertajuk “Sujud dalam Solat : Kajian Saintifik” ini berjaya dihasilkan.

Tujuan utama saya memilih tajuk ini sebagai kerja kursus adalah kerana saya

begitu berminat untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang pergerakan sujud

daripada perspektif sains.

Sujud ataupun sajdah berasal daripada perkataan arab. Ia bermaksud

perbuatan meletakkan dahi, hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan

kedua-dua perut anak jari-jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan

tertentu kerana Allah pada waktu dan masa-masa tertentu. Ketika sujud, sseseorang

Muslim itu dikehendaki membaca bacaan tertentu dalam perbuatannya..1

Definisi sujud ini sejajar dengan kewajipan bersujud yang telah diperintahkan

Allah S.W.T. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

Aku diperintah (oleh Allah) bahawa aku sujud di atas tujuh anggota, di atas

dahi dan diisyarat dengan tangannya di atas hidungnya,dan dua tangan dan

dua lutut dan perut-perut anak jari dua kaki. (Hadis Muttafaqun Alaih).

Selain itu, kedudukan sujud juga amat istimewa kerana berdasarkan satu

hadis Rasulullah S.A.W, baginda mengatakan

Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya ialah waktu ia sujud, oleh itu

perbanyakkanlah doa ketika itu.”

Folio ini akan menceritakan tentang kebaikan sujud terhadap kesihatan

manusia. Dengan ini diharapkan agar umat Islam dapat menghayati keindahan Islam

dan mengagumi kebesaran Allah.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah dan ibu yang

banyak membantu saya dalam penghasilan folio ini. Tidak lupa juga kepada Ustaz

Abdul Jamir yang telah menyumbang idea untuk saya menyiapkan folio ini.

1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud

3

Page 4: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Postur badan semasa sujud

Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud,

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”2

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad)

Oleh itu, sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut tentang hikmah disebalik sujud,

mari kita perhatikan dahulu bagaimanakah cara sujud sebenar seperti yang

dianjurkan oleh baginda S.A.W. Pergerakan sujud dimulai dengan meletakkan lutut

dan tangan di lantai. Terdapat tujuh anggota sujud iaitu dahi,kedua-dua tapak

tangan,kedua-dua lutut,dan kedua-dua hujung jari kaki yang dibengkokkan ( ditekan

ke permukaan lantai )

Semasa sujud, tangan hendaklah direnggangkan dari tubuh badan. Bagi muslimat,

tangan hanya perlu direnggangkan sedikit sahaja berbanding muslimin. Perkara ini

dijelaskan dalam hadis yang bermaksud

“ Sesungguhnya Nabi SAW merenggangkan kedua belah tangannya dari sisinya

sehingga kelihatan putih ketiak Baginda “

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Siku pula diangkat supaya tidak menyentuh lantai. Dalam suatu hadis ada

disebutkan,

“Apabila sujud, letaklah kedua-dua telapak tangan kamu, dan angkatlah siku kamu”

Hadis riwayat Muslim, Ahmad

Dahi dan muka pula diletakkan diantara kedua-dua tapak tangan.Perkara ini

dipastikan melalui hadis berikut,

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila sujud, maka baginda meletakkan wajahnya di

antara kedua-dua tangannya.”

2 http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=555

2. Solat, kebaikan dari perspektif sains

4

Page 5: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Akhir sekali, jari-jari tangan haruslah dirapatkan semasa sujud. Satu hadis

menyebutkan,

“Sesungguhnya Nabi SAW apabila rukuk membuka(merenggangkan) jari-jarinya,

dan apabila sujud Nabi merapatkan jari-jarinya.”

Hadis Riwayat Al-Baihaqi dan Darqutni

Kajian saintifik tentang keadaan jari kaki ketika sujud dan duduk

semasa tahiyat.

Kita beranggapan bahawa keadaan jari kaki ketika sujud hanyalah perkara

yang remeh-temeh sahaja. Namun sebenarnya, terdapat satu fakta menarik tentang

perkara ini. Satu kajian yang telah dibuat oleh pensyarah-pensyarah Universiti

Malaya tentang kaitan antara tabiat solat yang sempurna atau sebaliknya. Dalam

kajian tersebut, salah satu perkara yang dikaji ialah keadaan jari kaki seseorang

ketika sujud dan duduk semasa tahiyat. Hasil daripada kajian ini telah membuktikan

bahawa kumpulan yang membengkokkan jari kaki semasa sujud dan tahiyat

mempunyai jisim lemak badan yang kurang. Jisim tanpa lemak seperti otot pula

bertambah. Hal ini akan menyebabkan komposisi badan menjadi seimbang

berikutan penurunan kolesterol dan lemak dalam badan.3 Seperti yang diketahui

umum, kolesterol yang berlebihan dalam badan akan membuatkan badan kita

mudah didatangi penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pengurangan kolesterol

sekaligus dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya seperti sakit

jantung dan strok.

Bagi mereka yang tidak membengkokkan jari kaki pula, jisim lemak badan

meningkat manakala jisim tanpa lemak pula semakin menurun. Perkara ini akan

menyebabkan lemak memenuhi ruangan dalam badan dan otot pula mengecut.

Keadaan ini menyebabkan individu itu berpotensi tinggi untuk terkena penyakit

berbahaya seperti obesiti, jantung dan sebagainya.

Oleh itu, jelaslah bahawa tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud dan

tahiyat dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan dapat

membuang lemak badan.

3 Solat,kebaikan dari perspektif sains

5

Page 6: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Sujud Mempengaruhi Denyutan Jantung Manusia

Kadar denyutan jantung dikira berdasarkan bilangan pengecutan jantung

seminit. Ia berbeza mengikut peringkat umur. Kadar denyutan jantung bergantung

kepada kedudukan jantung dengan kepala kerana jantung perlu mengepam darah

ke otak secara melawan tarikan graviti.Seorang manusia dewasa yang normal

mempunyai purata kadar denyutan jantung antara 60-80 denyutan seminit dalam

keadaan rehat. Bilangan denyutan jantung yang lebih kurang sebenarnya lebih baik

kerana ini bermaksud kurangnya beban kepada jantung untuk mengepam darah

keseluruh badan terutamanya otak.4

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung ialah jarak relatif

antara jantung dan kepala, serta jarak antara jantung dan tanah (daya graviti).5

Semasa solat, kita melakukan banyak pergerakan dan berubah posisi iaitu

qiyam, rukuk, sujud serta duduk. Posisi-posisi yang berbeza ini sebenarnya

mempunyai kesan yang besar kepada jantung kita. Semasa sujud, kadar denyutan

jantung seseorang adalah paling rendah berbanding semua posisi kerana

kedudukan kepala lebih rendah daripada jantung. Berdasarkan kajian yang telah

dilakukan oleh pensyarah Universiti Malaya, semasa posisi sujud, purata kadar

denyutan jantung seseorang ialah 72 bpm.6 Oleh itu, jantung tidak perlu bekerja

keras untuk mengepam darah ke otak. Dinding dan urat-urat saraf di bahagian otak

mendapat oksigen yang lebih berbanding biasa. Dengan ini, otak seseorang itu akan

bertambah sihat dan cerdas. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk memanjangkan

tempoh sujud kerana posisi ini menghasilkan kadar denyutan jantung yang paling

rendah.

Kadar denyutan jantung juga mempengaruhi tekanan darah manusia.

Tekanan darah yang normal ialah 120/80 mmHg.

4 Solat, kebaikan dari perspektif sains5 Solat,kebaikan dari perspektif sains6 Solat, kebaikan dari perspektif sains

6

Page 7: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Disamping itu, Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud

Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah orang yang mencuri daripada solat

mereka. Maka sahabat pun bertanya : Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri

daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab : Mereka yang tidak sempurna

dalam rukuk dan sujud mereka.”

Hadis riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah

Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih

lama kerana pada kedudukan inilah kita paling hampir dengan Allah dan agar tidak

digelar pencuri dalam solat seperti hadis diatas. Disamping itu, kita akan mendapat

faedah kepada kesihatan tubuh badan iaitu mengurangkan kadar denyutan jantung

dan mengurangkan tekanan darah.

Sujud Mampu Mengubati Sakit Pinggang

Sakit pinggang adalah satu masalah yang sangat biasa berlaku terutama bagi

mereka yang bekerja kuat dan warga emas. Antara punca berlakunya sakit pinggang

ialah jarang bersenam, melakukan aktiviti sukan yang lasak dan selalu mengangkat

barang yang berat.

Mari kita bayangkan sejenak pergerakan semasa sujud. Sujud bermula

dengan merendahkan badan dari posisi berdiri dan kemudian meletakkan kedua-dua

tangan ke atas lantai. Kemudian, seseorang itu akan berlutut sambil meletakkan

dahi di atas lantai.

Hakikatnya, pergerakan semasa sujud ini mempunyai persamaan dengan

beberapa senaman yang dicadangkan oleh pakar-pakar perubatan seperti senaman

regangan telapak kaki, senaman stabilisasi belakang badan dan senaman regangan

belakang badan. 7

Senaman regangan tapak kaki bermula dengan meletakkan tangan dan lutut

di atas lantai sambil jari-jari kaki dibengkokkan ke hadapan. Senaman kaki ini

membantu untuk mengurangkan risiko mengalami sakit belakang dan juga

mengelakkan kaki daripada mengalami kekejangan. 8

7 Solat, kebaikan dari perspektif sains8 Solat,kebaikan dari perspektif sains

7

Page 8: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Selain itu, posisi ‘quadraped’ pula ialah seperti posisi ingin merangkak. Ia

adalah salah satu posisi senaman stabilisasi pada peringkat awal. Pada posisi ini,

latihan pengecutan serentak di antara otot-otot abdominis transves dan multifidus

dipermudahkan. Posisi ini juga memastikan tulang belakang berada pada posisi

neutral.9

Akhir sekali, posisi senaman regangan belakang ialah sama seperti kita

duduk semasa sujud tetapi perbezaannya ialah tangan diluruskan kehadapan.

Regangan ini dapat melenturkan otot dorsi lattisimus dan rhomboid serta

mengelakkan daripada kesakitan belakang.10

Faedah Sujud kepada Otak Manusia

Otak manusia menghasilkan lima jenis gelombang iaitu gamma, alpha, beta,

theta dan delta. Setiap gelombang ini mempunyai frekuensi yang berbeza dan

terhasil semasa kita melakukan aktiviti yang berbeza. Gelombang otak boleh

dikesan menggunakan elektroensefalogram (EEG). Semasa sujud, isyarat alpha

dihasilkan dengan begitu tinggi. Isyarat alpha terhasil apabila seseorang itu berada

dalam keadaan tenang. Oleh itu, ini membuktikan bahawa sujud memberikan

ketenangan kepada fikiran manusia. Perkara ini akan menghilangkan tekanan atau

stress berlebihan yang dialami oleh seseorang.11

Selain itu, sujud juga akan membantu aliran darah ke setiap urat dalam otak.

Berdasarkan sebuah kajian, terdapat beberapa urat saraf dalam otak manusia tidak

dimasuki darah sedangkan setiap urat dalam tubuh badan kita memerlukan aliran

darah untuk bekalan oksigen. Hanya pada posisi sujud sahaja urat-urat tersebut

dimasuki darah. Jadi, sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak

akan dapat menerima darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan pada

tahap terbaik. 12

Sebagaimana yang telah kita bincangkan dalam subtopik pertama iaitu kadar

denyutan jantung, kita telah mengetahui bahawa kadar denyutan jantung akan

9 Solat, kebaikan dari perspektif sains10 Solat,kebaikan dari perspektif sains11 Solat, kebaikan dari perspektif sains12 http://halaqah.net/v10/index.php?page=120

8

Page 9: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

mempengaruhi tekanan darah manusia. Semasa sujud, kadar denyutan jantung

adalah paling rendah. Kebaikan daripada perkara ini ialah ia dapat mengelakkan

pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat

dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. “Ischemik

strokes” 13juga dapat dihindarkan.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan

menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening

kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran,meningkatkan

konsentrasi sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Selain itu, sujud juga akan

meminimumkan degenerasi tisu otak. Oleh itu, penyakit seperti Parkinson dan

Alzheimer dapat dielakkan.

Selain itu, manusia akan terdedah kepada pelbagai cas elektrostatik dan

gelombang daripada atmosfera selepas melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Kesemua cas-cas dan gelombang ini memberikan kesan kepada sistem saraf

manusia. Cas-cas yang berlebihan ini akan mengakibatkan kerosakan pada sel

dalam tubuh badan manusia dan menyebabkan manusia berhadapan dengan sakit

kepala, sakit tengkuk, sakit dan sakit otot. Oleh itu, manusia perlu membuang cas-

cas berlebihan daripada tubuh badan . Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dr.

Diaa, cara untuk menghilangkan gelombang ini daripada tubuh manusia adalah

dengan bersujud. Hal ini kerana semasa sujud, cas-cas negatif daripada badan

diturunkan ke bumi yang juga bercas negatif. Memandangkan sujud melibatkan tujuh

anggota badan yang bersentuhan dengan lantai, proses menyahcas ini menjadi

lebih pantas dan efektif.14

Pergerakan Otot semasa Sujud

Postur ketika sujud membuatkan otot-otot menjadi besar dan kuat. Bukan itu

sahaja, malah, saluran-saluran darah dan urat limfa akan terurut. Perkara ini dapat

13 Mohammed Faruque Reza, MBBS; Yuji Urakami, MD; Yukio Mano, MD, PhD.From the Department of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University14 Dr. Mohamed Diaa El Deen Hamed, Professor of Biological Sciences and Head of Food Radiation Department in Radiation Technology Center :Read

9

Page 10: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

mengelakkan pengecilan dinding pembuluh darah yang mengakibatkan penyakit

arteriosklerosis.15 Dengan ini, perjalanan darah dan limfa ke seluruh badan akan

menjadi lancar.

Semasa sujud,otot peha hadapan dan betis menunjukkan hampir tiada

aktiviti. Perkara ini menunjukkan bahawa semasa sujud, beberapa otot dapat

berehat selepas berfungsi seharian.

Selain itu, rongga dada akan membesar dan paru-paru dapat mengembang

dengan baik. Lebih banyak udara bersih dapat dihirup. Hal ini dapat mengurangkan

risiko individu itu untuk mendapat penyakit tuberkulosis yang disebabkan oleh dada

sempit dan tidak kuat. 16

Disamping itu, sujud juga dapat menguatkan tengkuk, bahu dan tangan. Ia

juga turut melegakan sistem otot bahagian abdomen dan kaki setelah bekerja kuat

seharian.17

Sujud dan kebaikannya kepada fisiologi

Terdapat empat sistem dalam tubuh badan kita yang mendapat kesan positif

hasil daripada sujud iaitu kardiovaskular, sistem limfa, sistem saraf dan sistem

hormon. Sujud menyebabkan senaman jantung dan menggalakkan vena berfungsi

dengan baik. Ini akan mengurangkan risiko sakit jantung.

Selain itu, paru-paru kita akan menjadi kuat dan tisu-tisu di dalamnya akan

menjadi sihat. Perkara ini disebabkan oleh penghasilan cecair dalam paru-paru

berkurang. Oleh itu, risiko mendapat penyakit sinus dan paru-paru berair juga

berkurang.

Disamping itu, organ-organ pencernaan juga dibersihkan apabila seseorang

hamba Allah itu bersujud. Pencernaan makanan menjadi lebih baik. Sakit sembelit

juga dapat diubati dan dielakkan 18.

15 Solat,kebaikan dari perspektif sains16 Solat, kebaikan dari perspektif sains17 http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html18 http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html

10

Page 11: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

Kesan sujud kepada organ dalaman manusia

Otak mengawal seluruh fungsi badan. Jika otak mati atau telah berhenti berfungsi,

seluruh sistem dalam tubuh badan akan turut berhenti berfungsi. Sekiranya otak kita

sihat pula, setiap sistem dalam tubuh badan kita akan dapat berfungsi dengan baik.

Berdasarkan kajian dalam subtopik faedah sujud kepada otak manusia tadi, darah

mengalir ke setiap urat di dalam otak semasa sujud. Otak kita akan mendapat

bekalan oksigen serta pelbagai nutrient lain dengan maksimum.

Seluruh anggota badan, di bawah kawalan otak akan menjadi bertenaga kesan

daripada perkara tersebut. Kesinambungan daripada itu pula, pengeluaran sisa-sisa

toksik dalam tubuh badan akan menjadi pantas. Oleh itu, tubuh badan akan bersih

daripada sisa-sisa toksik yang tidak memberikan manfaat kepada tubuh badan

malah hanya mendatangkan keburukan. Organ di bahagian abdomen seperti

hati,limpa ,perut, ginjal dan pankreas pula akan menerima mesej daripada otak yang

akan membantu mereka untuk berfungsi dengan efisien. 19

Kesan sujud kepada sistem limfa

Posisi sujud meningkatkan kepantasan pengaliran cecair limfa. Oleh itu,

masalah cecair limfa bertakung atau berkumpul di mana-mana bahagian badan akan

dikurangkan. Limfa juga bergantung kepada pergerakan otot dan graviti untuk

membantu pengalirannya ke jantung. Oleh yang demikian, dalam keadaan sujud,

cecair limfa dapat mengalir dengan mudah dan tidak terkumpul pada bahagian kaki

dan buku lali. 20

Kesan sujud kepada sistem saraf

Posisi sujud merangsang sistem saraf. Perkara ini akan meningkatkan

kepantasan otak untuk memberi respons kepada perkara tertentu. Perubahan ini

dapat dirasai sejurus selepas kita melakukan sujud dan ia kekal sepanjang hari.

Selain itu, berdasarkan kajian Dr. Raman (Raman,2004), perkara yang paling

19 http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html20 http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html

11

Page 12: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

penting semasa sujud ialah kita memberikan otak darah yang segar iaitu baru

melalui jantung, dioksigenkan dan terus dihantar ke otak. Perkara ini tidak terdapat

dalam sebarang bentuk senaman lain. Apabila otak mendapat darah yang segar, ia

akan menyegarkan sel-sel otak. Semasa sujud juga, kita dapat merasakan

penyejukan berlaku di bahagian muka secara perlahan-lahan.21

Faedah sujud kepada kaum hawa

Semasa sujud, pundi peranakan yang jatuh dikembalikan ke tempat asalnya.

Ini dapat menghindarkan kaum wanita daripada penyakit gelombang perut

(convulsion). Pergerakan bahagian-bahagian otot semasa sujud turut memudahkan

wanita bersalin. Selain itu, sujud dapat mengurangkan risiko terkena senggugut

semasa haid.

Pergerakan otot pada bahagian atas badan pula menjadikan payu dara lebih

baik dan ini memudahkan penyusuan bayi. Disamping itu, risiko terkena penyakit

seperti kanser payu dara juga dapat dikurangkan.22

21 http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html22 http://rawatansyifa.blogspot.com/2010/04/17-kebaikan-sujud.html

12

Page 13: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

PENUTUP

Umat Islam haruslah bersyukur kerana Allah S.W.T telah mewajibkan kita

dengan solat lima waktu sehari semalam. Di sebalik setiap kewajipan itu, Allah

S.W.T ingin menurunkan rahmat kepada hamba yang patuh kepada perintahNya.

Kita mungkin tertanya-tanya, jika benarlah seperti kajian yang telah dilakukan

bahawa sujud sahaja mampu menghindarkan diri kita daripada pelbagai penyakit

berbahaya, mengapakah masih ramai umat Islam yang terlantar akibat menderita

penyakit-penyakit seperti jantung dan sebagainya? Kita haruslah ingat bahawa untuk

mendapat rahmat daripada Allah S.W.T bukanlah suatu perkara yang mudah. Hanya

hamba yang bertaqwa sahaja yang layak mendapat keredhaan dari-Nya. Oleh itu,

kita haruslah bertaqwa kepada Allah dan menunaikan solat dengan ikhlas kepada

Allah. Dengan itu, kebaikan daripada solat itu akan datang kepada diri kita dengan

izin Allah.

Selain itu,kajian ini juga membuktikan bahawa solat juga haruslah ditunaikan

dengan sempurna dan bukan hanya ‘sekadar buat’ sahaja. Kita perlu mengikut cara-

cara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan yang diajar kepada kita oleh Nabi

Muhammad S.A.W. contohnya,membengkokkan jari kaki ketika sujud dan duduk

antara dua sujud.

Sesungguhnya disebalik setiap perintah Allah itu tersimpan rahsia yang

sangat indah untuk diterokai oleh manusia sebagai khalifah Allah. Walau

bagaimanapun, umat Islam tetap perlu memperbetulkan niat untuk sujud dan

bersolat iaitu untuk beribadat dan memuji Allah yang Esa , bukannya kerana ia

mendatangkan faedah kepada kesihatan diri sendiri. Faedah-faedah yang kita

peroleh ini hanyalah sebagai bonus semata-mata.

Saya juga berharap agar kajian-kajian ini dapat menarik mereka yang bukan

beragama Islam untuk menilai keindahan Islam.

13

Page 14: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

1. SOLAT ; KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS, FATIMAH IBRAHIM, WAN

ABU BAKAR WAN ABAS, NG SIEW CHEOK

CETAKAN 2009, TERBITAN JABATAN KEJURUTERAAN

BBIOPERUBATAN, FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYA

2. http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=555

3. Mohammed Faruque Reza, MBBS; Yuji Urakami, MD; Yukio Mano, MD, PhD.

From the Department of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University

School of Medicine, Sapporo, Japan.

Address reprint requests and correspondence to Dr. Reza: Department

of Rehabilitation Medicine, Hokkaido University School of Medicine, N15

W7 Sapporo 060 -8638, Japan.

4. http://halaqah.net/v10/index.php?page=120

5. Dr. Mohamed Diaa El Deen Hamed, Professor of Biological Sciences and

Head of Food Radiation Department in Radiation Technology Center :

Read More: http://myjourney-shagufta.blogspot.com/2007/05/benefits-of-

sujood-sajda-or-prostration.html

6. Rizal Abu Bakar

http://abrizal.blogspot.com/2008/08/sujud-or-inverted-poses-benefits.html

7. http://rawatansyifa.blogspot.com/2010/04/17-kebaikan-sujud.html

8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sujud

14

Page 15: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

PERGERAKAN SEMASA SUJUD

15

Page 16: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

KEADAAN JARI KAKI KETIKA SUJUD

16

Page 17: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

ISYARAT ALPHA SEMASA SUJUD

17

Page 18: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

GELOMBANG OTOT YANG DIHASILKAN KETIKA SUJUD

18

Page 19: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

KADAR DENYUTAN JANTUNG PADA SETIAP POSISI SOLAT

19

Page 20: Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik

SENAMAN YANG MENYERUPAI PERGERAKAN SUJUD

20