suburkan min -...
TRANSCRIPT
Oleh Muhamacl Reza Muhsain [email protected] mr158
'" Kuala Lumpur
O emi memupuk dan menyuburkan minat membaca dalam kalangan murid, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri
Permaisuri melaksanakan pelbagai program untuk mendorong mereka sentiasa mengamalkan budaya itu di kawasan sekolah. -Guru Besar sekolah itu, Azwa
Mansor, berkata pihaknya mendapati kesedaran generasi muda terhadap kepentingan membaca adalah sangat rendah, lebih-Iebih lagi dengan kewujudan pelbagai gajet menarik seperti telefon pintar dan tablet.
"Sehubungan itu, saya bersamasarna guru di sekolah ini mengat langkah menanam semula minat membaca dalam diri murid. .
"Antara inisiatif diambil ialah menggalakkan murid membaca buku pada masa terluang di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga akan bertanya secara rawak mengenai bahan bacaan mereka.
Selaraskanjadual "Selain itu, pihak sekolah juga menyelaraskan jadual di pusat sumber sekolah (PSS) bagi membolehkan murid menikmati kemudahan berkenaan secara optimum," katanya ketika ditemui pada program sambutan Kern Membaca lMalaysia di SK Seri Permaisuri di sini, baru-baru ini.
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mustapa Alba Umar,
Suburkan min
Program menggalakkan budaya membaca turut mendapot sambutan murid kurang upaya.
turut hadir pada program itu yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bercerita, mewarna dan teka silang kata.
Azwa berkata, aktiviti lain diadakan ba.gi mencapai objektif sarna termasuklah Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) dan kemudahan bahan bacaan dalam talian yang boleh diakses oleh semua murid.
Sokong inisiatif Beliau berkata, SK Seri Permaisurt juga bekerjasama dengan pihak luar seperti Perpustakaan Kuala Lumpur dan RTM, untuk menjayakan usaha berkenaan
Sementara itu, murid Tahun Lima di SK Seri Permaisuri, Shahril Wong, 11, berkata beliau bukan sahaja menyokong inisiatif pihak sekolahnya, malah pernah memenangi tempat ketiga Program Nilam Peringkat Daerah Cheras.
"Saya membaca antara tiga hingga lima buku setiap hari. Setakat ini, saya sudah membaca hampir 100 buku sejak umur tujuh tahun.
"Bahan bacaan kegemaran milik saya ialah buku ensiklopedia dinosaur. Sayajuga suka membaca buku mengenai planet yang ada di PSS. Minat membaca itu mendapat sokongan penuh ibu bapa yang rajin membawa saya ke "Kedai buku," katanya.
II Soya memboca antara tiga hingga lima buku setiap hari. Setakat ini, saya sudah membaca hampir 100 buku sejak umur tujuh tahunll
Shahril Won~ Murid Tahun Lima SK Seri Permaisuri
® JUMAAT 5: JUN 2015 •