student portal manual
TRANSCRIPT
MANUAL PENGGUNA
STUDENT PORTAL VERSI 1.0
Disediakan Oleh: -
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)
2
Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan ........................................................................................................................................... 3
2.0 Capaian Sistem Pengguna ...................................................................................................................... 3
3.0 Log Masuk Portal Pelajar ........................................................................................................................ 4
4.0 Penerangan Portal Pelajar ...................................................................................................................... 6
3
1.0 Pendahuluan
‘Student Portal’ merupakan sebuah aplikasi pelajar yang mempunyai pelbagai fungsi
bagi menguruskan hal ehwal pelajar berkaitan dengan kelas, pendaftaran kursus,
cetakan slip peperiksan, akitiviti pelajar dan sebagainya. Selain itu, ia memaparkan
informasi–informasi terkini untuk makluman pelajar.
2.0 Capaian Sistem Pengguna
‘Student Portal’ boleh dicapai melalui URL https://student.umcced.edu.my Halaman
utama seperti dalam rajah 1 akan terpapar.
Rajah 1: Skrin Capaian Sistem
4
3.0 Log Masuk Portal Pelajar
1. Pelajar dikehendaki klik pada pautan ‘Log Masuk’ dipenjuru atas sebelah kanan
portal .
2. Paparan Log masuk akan terpapar seperti dalam rajah 2 dibawah: -
Rajah 2: Skrin Log Masuk
3. Pelajar dikehendaki memasukkan nombor matrik dan katalaluan pada ruangan
yang disediakan. (Contoh masukan nombor matrik: ude180011)
4. Klik butang untuk masuk ke portal pelajar.
5
ü Untuk makluman Pelajar bahawa akses ke sistem-sistem seperti dibawah: -
1) UMSeLF - umself.umcced.edu.my
2) Portal Pelajar - student.umcced.edu.my
3) Pendaftaran Kursus - register.umcced.edu.my
4) CTES - ctes.umcced.edu.my
adalah secara BERPUSAT (centralized) di UMSeLF (Main System).
ü Penambahbaikan fungsi login ini membolehkan pengguna hanya menggunakan satu (1) katalaluan (password) sahaja untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.
ü Selain itu, terdapat fungsi penukaran katalaluan yang boleh dilaksanakan dihalaman UMSeLF - Rujuk langkah TUKAR katalaluan.
ü Disamping itu juga, terdapat fungsi reset katalaluan jika pengguna menghadapi situasi terlupa katalaluan - Rujuk langkah RESET katalaluan.
*PERINGATAN: Jika pengguna TUKAR atau RESET katalaluan, katalaluan yang baru akan berubah secara AUTOMATIK di keempat-empat sistem tersebut. Pengguna perlu menggunakan katalaluan yang baru untuk mengakses keempat-empat sistem tersebut.
ü Jika pengguna menghadapi masalah untuk mengakses sistem-sistem tersebut, sila maklumkan kepada Pengurus Program masing-masing.
6
4.0 Penerangan Portal Pelajar
1. Skrin modul terpapar seperti dalam rajah 3 dibawah: -
Rajah 3: Skrin Modul
2. Terdapat (6) modul pada bahagian Modul&Aplikasi iaitu Profil, Program
Akademik, Peperiksaan, Perpustakaan, Muatnaik Dokumen, DASS21.
Modul/Aplikasi Senarai Sub menu/Keterangan
Paparan maklumat peribadi pelajar. Pelajar hanya boleh
mengemaskini maklumat tertentu yang dibenarkan sahaja.
Paparan senarai butiran program yang
pernah diambil mengikut sesi dan
semester.
Menyediakan maklumat berkaitan
pemenuhan subjek iaitu Kursus wajib dan
Kursus teras bagi sesuatu program, Subjek
7
yang diperlukan, Subjek yang telah
didaftarkan serta Subjek yang diambil
pada semester yang lepas.
Penyediaan Jadual Waktu belajar
memudahkan urusan pelajar bagi
mengatur masa dengan lebih baik.
Capaian aplikasi penilaian pelajar kepada
pensyarah serta subjek-subjek yang
diambil.
Pengajaran dan pembelajaran
menggunakan platform UMSeLF (e-
learning).
Pelajar disediakan kemudahan pencarian
maklumat bagi subjek yang ditawarkan
pada sesi semasa yang ingin diambil.
Maklumat Jadual Peperiksaan dan
cetakan Slip menduduki peperiksaan
untuk kegunaan sewaktu peperiksaan.
Paparan maklumat keputusan
peperiksaan yang ditelah diduduki.
Maklumat/Pas barkod perpustakaan untuk pelajar
dibenarkan memasuki dan membuat pinjaman buku di
perpustakaan UM. Pelajar dikehendaki mencetak butiran
tersebut untuk dibawa ke perpustakaan UM (pelajar baharu
yang belum memiliki kad pelajar).
Pelajar dikehendaki memuatnaik salinan Kad pengenalan
untuk urusan rekod pihak Universiti.
Penyediaan aplikasi Ujian Saringan Minda Sihat bagi
membantu pelajar mengetahui tahap kesihatan mental
mereka.
8
Maklumat
Kewangan
Senarai Sub menu/Keterangan
Maklumat Jadual Yuran disediakan untuk rujukan pelajar.
Paparan maklumat/memo berkaitan Kewangan untuk
rujukan pelajar.
3. Bagi Menu Akademik, terdapat maklumat berkaitan urusan akademik pelajar
yang boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai rujukan antaranya adalah: -
Rajah 4: Menu Akademik
i. Borang – Borang Permohonan - Penyediaan Borang Permohonan Pengecualian/Pemindahan Kredit,
Semakan Semula, Menduduki Peperiksaan Tambahan, Pendaftaran Kursus (Secara Manual), Penangguhan Pengajian serta Borang Tarik Diri.
ii. Buku Kaedah & Peraturan - Paparan maklumat berkaitan Buku Kaedah dan Peraturan yang
disediakan oleh pihak Universiti untuk dijadikan rujukan.
9
iii. Buku Panduan Program Pengajian - Paparan berkaitan Buku Panduan Program Pengajian yang
disediakan untuk dijadikan rujukan.
iv. Garis Panduan Penyediaan Tugasan - Garis Panduan Penyediaan Tugasan disediakan sebagai rujukan
pelajar.
v. Kalendar Pengajian - Maklumat Kalendar Pengajian disediakan sebagai rujukan pelajar.
vi. Jadual Kelas
- Maklumat Jadual Kelas disediakan sebagai rujukan pelajar.
vii. Maklumat Akademik Program - Maklumat Akademik Program disediakan sebagai rujukan pelajar.
4. Bagi Menu Peperiksaan, terdapat maklumat berkaitan peperiksaan pelajar yang
boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai rujukan antaranya adalah: -
Rajah 5: Menu Peperiksaan
i. Jadual Diploma - Maklumat Jadual Peperiksaan bagi Pelajar Diploma mengikut
program yang diambil sebagai rujukan.
ii. Jadual Diploma Eksekutif - Maklumat Jadual Peperiksaan bagi Pelajar Diploma Eksekutif
mengikut program yang diambil sebagai rujukan.
iii. Hebahan Salah Laku - Panduan hebahan salah laku pelajar sebagai panduan.
10
5. Bagi Menu Pautan, terdapat beberapa pautan aplikasi berkaitan pelajar untuk
memudahkan akses secara pantas, antaranya adalah: -
Rajah 6: Menu Pautan
i. Online Registration - Pendaftaran Kursus secara dalam talian.
ii. UMCCed Website
- Laman Web Utama UMCCed
iii. UMCCed Mail - Pelajar boleh mengakses email melalui UMCCed Mail.
iv. Sistem Pengiraan Pointer
- Pelajar boleh membuat pengiraan pointer setiap semester bagi mengekalkan kecemerlangan di setiap semester.
v. Student Evaluation System (SES) - Pelajar boleh membuat penilaian keatas pensyarah dan mata
pelajaran yang diambil menerusi sistem SES.
vi. E-maklumbalas - Pelajar boleh membuat sebarang aduan mengenai UMCCed melalui
e-maklumbalas.
vii. Konvokesyen - Bakal Graduan boleh mengakses sistem konvokesyen untuk
mendapatkan maklumat.
11
viii. UMSelf
- Pelajar boleh mengakses sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Sistem UMSelf.
6. Bagi menu Perkhidmatan Pelajar, terdapat beberapa perkhidmatan yang
disediakan oleh pihak universiti kepada pelajar, antaranya adalah: -
Rajah 7: Menu Perkhidmatan Pelajar
i. Peraturan Pelajar - Pelajar boleh muatturun peraturan pelajar sebagai rujukan.
ii. Pengangkutan
- Jadual Perjalanan ‘Shuttle Bus’ bagi pelajar yang menggunakan pengangkutan bas daripada kolej kediaman masing-masing.
iii. Penginapan
- Maklumat mengenai penginapan pelajar serta maklumat penyelia-penyelia di kolej kediaman.
12
iv. Tabung Kebajikan Pelajar - Tabung kebajikan Pelajar UMCCed digunakan untuk membantu para
pelajar yang menghadapi masalah kecemasan serta masalah tertentu.
v. Pinjaman dan Pembiayaan - Penyediaan agensi-agensi pinjaman dan pembiayaan bagi pelajar
yang ingin mendapatkan pinjaman dan pembiayaan.
vi. Aktiviti Pelajar & Kelab Siswa - Memaparkan Organisasi Kelab Siswa semasa dan aktiviti-aktiviti yang
pernah dilaksanakan sebelum ini.
vii. Perpustakaan - Pelajar boleh memuat turun maklumat dan panduan daripada
perpustakaan UM.
viii. Kaunseling - Maklumat berkaitan perkhidmatan Psikologi & Kaunseling yang
disediakan kepada pelajar bagi membantu para pelajar dari segi akademik, peribadi, kerjaya dan perkembangan interpersonal melalui sesi kaunseling individu dan juga kelompok, ujian-ujian psikologi, bimbingan dan juga menganjurkan program-program perkembangan.
ix. Insurans - Maklumat mengenai insuran pelajar untuk dijadikan rujukan.
x. Klinik Kesihatan Pelajar UM
- Maklumat perkhidmatan Klinik Kesihatan Pelajar UM yang mengandungi waktu operasi, lokasi, Surat jaminan, dan maklumat mengenai UMShuttle@Medic untuk pelajar mendapatkan rawatan.
xi. Staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar - Maklumat pegawai yang perlu dihubungi sekiranya pelajar
mempunyai masalah atau pertanyaan.
13
7. Bagi menu terakhir adalah Hubungi Kami di mana sekiranya pelajar mempunyai
masalah atau pertanyaan, bolehlah hubungi nombor telefon yang tertera
seperti rajah 8 dibawah: -
Rajah 8: Menu Hubungi Kami
14
Sekiranya terdapat masalah berkaitan TEKNIKAL SISTEM, sila hubungi Bahagian Teknologi Maklumat & Multimedia (BTM) di talian 03-2246 3544/3543/3541 ATAU 012-720 7394.
Sekiranya terdapat masalah berkaitan MAKLUMAT PELAJAR, sila hubungi Jabatan Hal-ehwal Pelajar (JEP) di talian 03-2246 3353/3378/3374 ATAU 019-6267357/ 011-59305373
Sekiranya terdapat masalah berkaitan PROGRAM AKADEMIK, sila hubungi pengurus program di talian 03-2246 3628/3629/3630 ATAU 019-2867181/ 019-2867181
-TAMAT MANUAL PENGGUNA-