struktur pengetahuan

of 33 /33
Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 1 UNIT PELAJARAN 4 KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud kurikulum 2. Menganalisis kurikulum 3. Membezakan perspektif kurikulum sebagai produk dengan kurikulum sebagai proses. 4. Mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk pengajaran. PENGENALAN Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan kurikulum dan jenis-jenis kurikulum yang digunakan di sekolah. Anda juga dapat membezakan kurikulum sebagai sistem, produk dan proses?

Author: cik-noorlyda

Post on 26-May-2015

5.983 views

Category:

Documents


18 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 1UNIT PELAJARAN 4KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRANHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud kurikulum 2. Menganalisis kurikulum 3. Membezakan perspektif kurikulum sebagai produk dengan kurikulum sebagaiproses. 4. Mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulumuntuk pengajaran.PENGENALANSebagai seorang guru dan juga seorang pelajar. Pada pendapat anda, apakah yangdimaksudkan kurikulum dan jenis-jenis kurikulum yang digunakan di sekolah. Anda jugadapat membezakan kurikulum sebagai sistem, produk dan proses?A dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran murid ialah kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran? Menyedari bahawa kurikulum boleh membantu murid memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan yang akan diajar kepadamereka dan bagaimana kurikulum dapat dibina, dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untukmenambahbaik interaksi guru dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pengetahuan dankebolehan intelek dan kemahiran.

2. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 2Mari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan kurikulum: Struktur pengetahuandan kemahiran kepada murid anda! Kenalpasti kurikulum sebagai sistem, produk dan proses sehingga boleh menjana kebolehan intelek dan kemahiran. Selepas anda selesai, buat analisis kurikulum anda jawab soalan berikut: Adakah anda faham kurikulum dan struktur pengetahuan yang dihasilkan setelah memlalui satuproses, produk dan dilaksanakan di sekolah? Adakah pengalaman anda membantu anda melihatdengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pemindah kurikulum yangprofessional? Adakah pelaksanaan kurikulum anda secara optimum membantu murid mencapai matlamatpembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar ke arah kemahiran intelek?ISI KANDUNGANApakah erti kurikulum? Baiklah. Selepas menyedari erti kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran dan kurikulumsebagai sistem, produk dan proses, bagaimana anda akan lakukan atau aksi pengajaran andadi bilik darjah? Rajah 4.1 menunjukkan beberapa senario bilik darjah. Rajah 4.1 Senario di bilik darjah Bolehkah anda mengenalpasti apakah yang tidak kena dengan senario di atas? Adakah anda bersetuju bahawa ini merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada hari ini? Adakah ini merupakan kelakuan murid yang berlaku di bilik darjah anda? Pada pendapat anda, apakah kurikulum boleh membantu murid lebihmelibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah? 3. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 3Salah satu faktor ialah kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang bolehmengembangkan kebolehan intelek dan kemahiran. Inilah konsep utama yang kita akanbincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman mengajar,kurikulum merupakan sesuatu yang agak biasa anda dengar. Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan definisi kurikulum yang biasa digunakan di sekolah.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan kurikulum merupakan strukturpengetahuan dan kemahiran yang memberi peluang murid mengembangkan kebolehan intelekdan kemahiran, maka anda telah faham. Sudah tentu anda boleh mengajar mengikut kurikulumyang disediakan.Apakah yang anda faham tentang erti kurikulum. Selalunya ditakrifkan berdasarkan tugas,kegunaan dan fungsinya dalam pendidikan. Terdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsepkurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang pelajarperlu belajar. Kurikulum formal dan terancang di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yangdiajar di sekolah yang berasaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh KementerianPelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum (kurikulum tambahan) yang pelajarbelajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti sukan, persatuan danpasukan beruniform. Cuba anda perhatikan beberapa istilah atau konsep berhubung dengankurikulum di Malaysia. Kurikulum ialah Sukatan pelajaran (Syllabus) Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dan sebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasan kandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. 4. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 4 Kurikulum ialah Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study)Sesuatu program pengajian terdiri dari satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajiantinggi kurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus-kursusdalam sesuatu bidang (misalnya dalam bidang perubatan, undang, fizik, geografi ataupengajian Islam, yang diperlukan pelajar belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diplomaatau ijazah. Kurikulum ialah Rancangan kandungan kursus (Course content outline)Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungipernyataan objektif kursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentangliputan apa yang perlu diajar, kaedah penaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama. Kurikulum ialah Pengalaman terancang (Planned experiences)Mengandungi semua pengalaman pelajar yang dirancang oleh sekolah/institusipendidikan. Ia tidak membezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulum Kurikulum ialah Pelan akademik (Academic plan)Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik danurutannya, proses instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran. Kurikulum ialah Standard (Standards)Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh pelajar untuk dianggapsebagai telah lulus dan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskanstandard ialah kurikulum yang menentukan dahulu tahap atau kriteria yang pelajar haruscapai dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus. Kemudian kandungan kurikulumuntuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan (content standard). Biasanyastandard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatan pelajaran) untukrujukan guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapaitahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu. Kurikulum ialah Skop dan urutan (Scope and sequence)Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan pelajarmencapainya. Urutan diberi dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap 5. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 5 tahap pembelajaran. Ini membayangkan skop kandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu. Kurikulum ialah Buku teks (Textbooks) Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat oleh pengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan pelajar melihat liputan kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara, termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru dan pelajar sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar. Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya, buku-buku rujukan lain digunakan juga.Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkancadangan lebih lanjut definisi dan jenis-jenis kurikulum serta bagaimana cara melaksanakankurikulum pada murid anda dengan lebih berkesan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, takhendak seribu dalih.Apakah jenis-jenis kurikulum?Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis-jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah andanamakan beberapa jenis-jenis kurikulum yang anda gunakan semasa proses pengajaran?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________A nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda semasa anda pernah menjadi murid dan menjadi guru. Sekiranya anda kurang ingat. Marilah kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum sepertiberikut; Kurikulum rasmi (official curriculum) kurikulum yang didokumen secara rasmi Kurikulum operasi (operational curriculum) isi kandungan sebenar yang diajar guru danhasil pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada pelajar 6. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 6 Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yangperlukan semua pelajar belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,Sejarah, dan sebagainya Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) norma dan nilai sesebuah institusi yang tidakdiungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi Kurikulum luar (extra curriculum) pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademikUntuk lebih memahami perbezaan antara jenis-jenis kurikulum yang dinyatakan di atas, andaperlu menganalisiskan jenis-jenis kurikulum ini. Secara kasarnya, kita boleh mengkategorikankurikulum di sekolah sebagai sistem, produk dan proses yang akan digunakan oleh anda.Kerangka KurikulumUntuk lebih memahami perbezaan antara jenis-jenis kurikulum dan kerangka kurikulum ini,analisis kurikulum di bawah ini diberikan sedikit maklumat dan kemudian huraikan bagaimanajenis-jenis kurikulum dan kerangkanya. Dengan lain perkataan, apakah jenis-jenis dan elemendalam kerangka kurikulum yang selari dengan proses pengajaran?.Apakah perbezaan antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesuaturancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan bagisesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan hasil kajianpenulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang kurikulum. Terdapat empatsoalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah.Pendapat Tyler tentang kurikulumRalph Tyler (1949) menyatakan kurikulum ialah semua apa yang dipelajari oleh murid yangtelah dirancang dan ditentukan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan di sekolah.(The curriculum is all of the learning of students which is planned by and directed by the schoolto attain its educational goals.)Tyler berpendapat pembelajaran berlaku melalui pengalaman yang dilalui oleh murid. Denganitu untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran, pengalaman yang sesuai hendaklahdirancang, dipilih dan disediakan oleh guru supaya murid berpeluang mengalaminya. Melalui 7. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 7pengalaman ini objektif pembelajaran akan tercapai. Pengalaman pembelajaran inilah yangTyler anggap sebenarnya sebagai kurikulum.Bagi Tyler (1949) terdapat empat soalan utama dalam menentukan apa yang hendak diajar. 1. Apakah objektif pengajaran di sekolah? (What educational purposesshould the school seek to attain?) 2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkinmengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educationalexperiences can be provided that are likely to attain these purposes?) 3. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran ini harus disusun supayaberkesan bagi pembelajaran? (How can these educational experiencesbe effectively organized?) 4. Bagaimanakah kita mengetahui yang objektif pembelajaran itutercapai? (How can we determine whether these purposes are beingattained?) (insert Diagramatic presentation of Tylers Model here)Jadi bagi Tyler kurikulum ialah pengalaman pebelajaran untuk mencapai sesuatu objektifpembelajaran. Istilah pengalaman pembelajaran tidak sama dengan kandungan sesuatu matapelajaran atau kursus. Objektif dan kandungan sesuatu mata pelajaran seperti yang terdapatdalam silibus mata pelajaran atau kursus hendaklah diterjemah oleh guru dalam bentukpengalaman pembelajaran yang murid alami atau belajar untuk mencapai objektif.Soalan: Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepadamurid? 8. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 8STRUKTUR PENGETAHUANHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat,1. Menganalisis struktur pengetahuan2. Dapat mengajar struktur pengetahuan hingga kemahiran kebolehan intelek muridPENGENALAN Sebagai seorang guru anda telah menguasai ilmu kandungan dalam bidang masing- masing. Pada pendapat anda, apakah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu kepada murid anda setelah tamat latihan perguruan ini?Adakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran muridialah struktur pengetahuan? Menyedari bahawa struktur pengetahuan boleh membantu muridmemahami dengan lebih baik tentang isi kandungan bidang anda yang akan diajar kepada merekadan bagaimana guru boleh mengolan ilmu sehingga keperingkat kefahaman, aplikasi, analisis, sentisis danpenilaian. Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan dan kebolehan intelekdan kemahiran murid anda.Mari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan struktur pengetahuan kepada murid anda! Kenalpastiisi kandungan bidang anda dan pengajaran pilihan anda dengan menggunakan proses pengajaransehingga boleh menjana kebolehan intelek murid. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan denganmenjawab soalan berikut: Adakah anda boleh memecahkan kurikulum iaitu unit-unit kecil struktur pengetahuan yang anda akanmengajar pada murid.? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas 9. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 9bagaimana struktur pengetahuan yang lebih mendalam dan bagaimana anda akan sampai maklumatini kepada murid anda untuk menjadikan anda sebagai seorang guru yang professional? Adakah kurikulum dan struktur ilmu ini dapat anda melaksanakan secara optimum dalam membantumurid mencapai matlamat pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar nanti?ISI KANDUNGANKandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk pengetahuandan kemahiran dalam mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan kefahamantentang pengetahuan dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli psikologi kognitif,ahli sains dan ahli pendidikan.Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripadakombinasi pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikutmerupakan huraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan.Jenis-jenis Pengetahuan Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge) Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge) Pengetahuan struktur (Structural knowledge)Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge) Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956) Pengetahuan fakta spesifik Pengetahuan istilah dan konsep Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur Pengetahuan klasifikasi Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of a discipline) 10. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 10Huraian hieraki pengetahuan BloomFakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat,tarikh, ukuran. Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam duniaini berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaanIstilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept)Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbaland non-verbal symbols) Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep harga (price) dalam ilmu ekonomi, fotosintesis dalam biologi, aptitud dan kebolehan kognitif dalam ilmu psikologi pembelajaran Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku)Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealingwith specifics)Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggarasesuatu: prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilaisesuatu.Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories)Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatubidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, damsebagainya. Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.GeneralisasiPengetahuan tentang generalisasi, prinsip atau model, berguna untuk menerang, menghurai,meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum permintaan danpenawaran sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyaklatihan lebih cekap. Generalisasi merupakan pernyataan yang memperihal dan/ataumenerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep. Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji 11. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 11 Hukum dalam sains merupakan pernyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan) perhubungan dua atau lebih konsep Teori merupakan pernyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu fenomena. Teori merupakan aras abstract formulations yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu. Dalam psikologi pembelajaran terdapat teori stimulus-respons, teori gestalt, dan teori motivasi Maslow. Struktur pengetahuan Generalisasi Prinsip/Hukum/Teori KonsepKonsepFakta FaktaFaktaFaktaFakta EDU3046 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran I Dr Nurulhuda A.RRajah 3.1 Struktur PengetahuanContoh-contoh fakta, konsep, dan generalisasiContoh 1 Fakta: (i)Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan meningkat Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan haba diserap, (iii) Haba satu bentuk tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda Generalisasi: Teori Kinetik Jirim Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini menyebabkan bacaan termometer meningkat.Contoh 2 12. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 12 Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah hujan di Tg Malim x mm setahun, Kuala Lumpur x mm setahun, Pulau Pinang - x mm setahun Konsep: Iklim keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dll.; suhu darjah kepanasan, tekanan atmosfera daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas objek di permukaan bumi Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung MalaysiaSoalan isikan maklumat mengenai pengetahuan dalam rajah di bawahJenis-Jenis Ilmu 13. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 13KEMAHIRAN DALAM BIDANG TERTENTUHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menganalisis kemahiran dalam bidang tertentu2. Boleh mengajar murid anda kemahiran dalam bidang tertentuPENGENALAN Sebagai seorang guru anda telah diperkenalkan kurikulum, struktur pengetahuan ilmu kandungan dalam bidang masing-masing. Dalam unit ini kita bicara pula mengenai analisis kemahiran dalam bidang tertentu. Apakah pengetahuan dan kemahirannya yang perlu diajarkepada murid dengan lebih berkesan?Adakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran muridialah kemahiran dalam bidang tertentu? Menyedari bahawa kemahiran dalam bidang bolehmembantu murid memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan yang akan diajar kepadamereka.Mari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan kemahiran kepada murid anda! Kenalpasti isikandungan bidang anda dan kemahiran sehingga boleh menjana kebolehan intelek murid. Selepas andaselesai, buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut: Adakah anda boleh memecahkan unit-unit struktur pengetahuan yang anda akan mengajar pada murid.? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana struktur pengetahuan yang lebih mendalam dan bagaimana anda akan sampai maklumat ini kepada murid anda untuk menjadikan anda sebagai seorang guru yang professional? 14. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 14 Adakah kurikulum dan struktur ilmu ini dapat anda melaksanakan secara optimum dalam membantu murid mencapai matlamat pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar nanti?ISI KANDUNGANSelain dari pengetahuan, kandungan sesuatu topik termasuk juga kemahiran, iaitu apa yangdiharap pelajar boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagaikemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagianmengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran-kemahiran pentingyang perlu dimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaranpengkhususan pelajar, misalnya Pendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik,kemahiran banyak sekali dimasukkan sebagai kandungan kurikulum. Ada berbagai klasifikasikemahiran ini mengikut bidangnya.Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepadapelajar termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikirkreatif/lateral dan kritis, strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik.Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu: 1. Pelajar prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul. 2. Pelajar Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik. 3. Pelajar Tingkatan 2 dapat melukis rajah untuk menunjukkan 4. Pelajar Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patahperkataan dan menulisnya. 5. Pelajar Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudianmengira dan mencatat luasnya. 6. Pelajar Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuahkilang perabut, mengikut format yang diberi oleh guru. 7. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, pelajar SejarahTingkatan 6 dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya. 8. Pelajar Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji. 9. Pelajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hariuntuk tetamu sekolah.Rajah 4.1 Pemindahan pengetahuan kepada kemahiran 15. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 15 Taksonomi Bloom 1. Pengetahuan: Pengetahuan 2. Kebolehan intelek &kemahiran: Disusun bermula dengan perkara i. Kefahaman konkrit kepada ii. Aplikasi yang lebih abstrak iii. Analisisiv. Sintesisv. PenilaianCADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRANPelajar secara kumpulan 34 orang memilih satu topik dalam mata pelajaran mereka (misalnyaGeografi, Bahasa Melayu, Fizik, Pendidikan Islam) dan membuat analisis dan senaraikemahiran-kemahiran utama yang mereka ingin pelajar menguasainya dalam topik itu. Merekamembentang dan membincangkannya. 16. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 16TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURUHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat:1. Menghuraikan teras pengetahuan dan kemahiran guru2. Memahami konsep teras pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran.PENGENALANSebagai seorang guru yang telah memahami tentang pengetahuan kurikulum dan strukturpengetahuan, kini dalam unit ini anda akan didedahkan pula dengan teras pengetahuan(knowledge base). Adakah anda mengeahui dengan lebih lanjut mengenai teras pengetahuan guru? Pada pendapat anda, apakah teras pengetahuan yang perlu ada pada seorang guru untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Mari kita lihat penerangan berkaitan teras pengetahuan yang perlu diketahui oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.ISI KANDUNGANTeras Pengetahuan (knowledge base) 17. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 17 A knowledge base is a codified or codifiable aggregation of knowledge, skill, understanding, technology, of ethics and disposition, of collective responsibility as well as a means for representing and communicating it(Shulman, 1987, ms. 9)7 Teras Pengetahuan Guru mengikut Shulman: Pengetahuan isi kandungan (Content knowledge) Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge) Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge) Pengetahuan pedagogi isi kandungan (Pedagogical content knowledge, PCK) Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics) Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts) Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds)Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan ialah gabungan pengetahuan isi kandungan danpedagogi am yang dikatakan merupakan pengetahuan yang unik kepada seorang pendidik.Rajah 3.2 mengillustrasi konsep PCK ini. Shulman mendefinisi PCK dalam tiga cara iaitu:represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particulartopics, problems or issues are organised, represented, and adapted to the diverse interests andabilities of learners, and presented for instructionShulman, 1986, ms.8a way of thinking that facilitates the generation of transforming the understanding of the contentfor the purposes of teachingWilson, Shulman and Richert, 1987an understanding of what makes the learning of specific topics easy or difficult; the conceptionsand preconceptions that students of different ages and backgrounds bring with them to thelearning of those most frequently taught topics and lessons knowledge of the strategies mostlikely to be fruitful in reorganising the understanding of learners Shulman, 1986, ms. 9-10 18. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 18 Pengetahuan pedagogi isi kandungan PengetahuanPengetahuanpedagogi isiPengetahuan isi kandungankandungan pedagogi amEDU3046 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran IDr Nurulhuda A.RRajah 3.2 Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganContoh pengetahuan isi kandungan guru dalam tajuk daya dan elektrik (mengikut definisiketiga Shulman) Mengetahui bahawa tajuk daya dan elektrik merupakan tajuk yang sukar difahamipelajar. Mengetahui bahawa pelajar mempunyai beberapa miskonsepsi tentang daya. Misalnyamempercayai bahawa objek yang lebih berat sentiasa jatuh lebih cepat daripada objekyang lebih ringan. Manakala dalam tajuk elektrik pelajar mempercayai bahawa aruselektrik diguna pakai oleh mentol dalam satu litar elektrik yang menyebabkan kecerahanmentol berkurang. Mengetahui bahawa strategi pengajaran perubahan konsep seperti strategi konflikkognitif mungkin paling sesuai digunakan untuk membantu pelajar mengatasimiskonsepsi masing-masing 19. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 19JADUAL PENENTUAN ISI KANDUNGAN PELAJARANTUGASAN 1Jadual 4.1 menunjukkan satu cara untuk membuat penentuan kandungan pelajaran bagisesuatu unit dalam sesuatu mata pelajaran. Kandunagan pelajaran ini boleh juga dibuatdalam bentuk peta konsep dan huraian ringkas supaya kandungan apa hendak diajar itu lebih jelas lagi.Sesuatu topik dalam sesuatu mata pelajaran boleh dipecah kepada beberapa unit atau sub-topik untukdiajar kepada murid dalam satu pelajaran, misalnya dalam satu atau dua waktu (40 minit atau 80 minit) dibilik darjah.Rancangan pelajaran untuk diajar mengandungi lima aspek utama seperti berikut ,1. Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini dinyatakan secara spesifikberdasarkan taksonomi objektif pendidikan yang dihuraikan dalam Bab 2.2. Kandungan pelajaran: teori, kemahiran dan fakta yang hendak diajar. dan susunannya. Kurikulum sesuatu mata pelajaran atau kursus itu hendaklah dibahagikan kepada unit-unit kecil bagi tujuan pengajaran-pembelajaran. Perkembangan unit-unit pengajaran-pembelajaran ini hendaklah didasarkan kepada prinsip kesinambungan, turutan (sequence) dan integrasi. (Lihat Jadual 4.1)3. Kaedah pengajaran. Ini termasuk pelbagai kaedah pengajaran dan alat yang digunakan. Sesuatu unit pengajaran boleh diajar dengan beberapa kaedah atau teknik, dan kombinasi kaedah, seperti kaedah demonstrasi, kaedah eksperimen, kaedah penerangan dan perbincangan, atau kombinasi kaedah dan teknik-teknik ini. Alat untuk membantu pengajaran-pembelajaran seperti buku, carta, peta, komputer dan sebagainya hendaklah sesuai.4. Kaedah penilaian hasil pembelajaran: mengguna kaedah dan alat penilaian yang sesuai dengan objektif pengajaran-pembelajaran. Ia mungkin berbentuk ujian bertulis, demonstrasi prosedur atau kemahiran oleh murid, contoh hasil kerja murid seperti hasil seni dan karangan yang dicipta, dan sebagainya.Jadual 4. 1 menunjukkan format untuk merancang dan menyediakan penentuan kandungan pengajaran-pembelajaran sesuatu topik dalam satu mata pelajaran.Jadual 4.1: Penentuan Isi Kandungan Pelajaran mengikut UPSIMata pelajaran:________________________________Topik:_______________________________________ 20. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 20UnitPengetahuan & Kefahaman AnalisisSintesis AplikasiPenilaianKonsep/Teori/ Kaedah/ FaktaIstilahPrinsipKemahiranUnit 1(Tulis- xxxkansub-topik)Tuliskan Tuliskan TulisUnit 2x xTulis Tulis TulisUnit 3Xx XTUGASAN 2Berpandukan Jadual 4.1, buat jadual penentuan satu topik satu mata pelajaran yang kamu akanmengajar di sekolah.Kandungan yang disedikan itu boleh diguna untuk merancang pengajaran-pembelajaran di bilik darjah.Sebelum membuat perancangan yang teliti termasuk langkah-langkah yang spesifik, pemetaan kasarseperti dalam jadual 4.2 di bawah boleh dibuat, untuk melihat keseluruhan kesinambungan dan turutanunit-unit pengajaran dan pembelajaran itu. 21. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 21Jadual 4.2: Pemetaan Rancangan 3 rancangan pengajaranMata Pelajaran .........(nyatakan)Topik : ...............(nyatakan)Tingkatan........(nyatakan)Tulis objektif pengajaran topik ini.Contohnya:Pada akhir pengajaran tiga (3) unit pelajaran ini murid dapatmenyenaraikan..........membezakan antara ..........merancang satu................membandingkan ...........Jadual rancangan pengajaran topik_____________________________________Unit Pengajaran Objektif/Hasil Kandungan unit Kaedah Mengajar Kaedah PenilaianPembelajaran pelajaranUnit 1 (nyatakansub- topiknya) nyatakanNyatakan nyatakannyatakanUnit 2Unit 3 22. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 22TUGASAN 3Berpandukan Jadual 4.2, buat jadual rancangan pengajaran satu topik dalam satu mata pelajaranyang kamu akan mengajar dalam tiga unit di sekolah dengan mengguna kandungan dalam JadualSpesifikasi 4.KATA KUNCI 1. Proses Intruksi6. Kurikulum Luar 2. Kurikulum Operasi7. Deklaratif 3. Kurikulum Rasmi8. Eksplisit 4. Kurikulum Operasi9.Generalisasi 5. Kurikulum Utama10 Kurikulum tersembunyiPENILAIAN KENDIRI 1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulumsekolah? 2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimanapula anda seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya? 3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid? 4. Apakah yang membezakan antara kurikulum dengan kemahiran kebolehan intelek pelajar melaluipenerangan guru? 23. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 235. Nyatakan teras-teras pengetahuan yang perlu ada pada seorang guru?RUJUKANBloom, B.S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: CognitiveDomain. LongmanBruner, J (1960) The Process of Education, Cambridge, Mass.: Harvard University PressBruner, J. S. (1966) Toward a Theory of Instruction, Cambridge, Mass.: Belkapp Press. 176 + x pages.Bruner, J. (1973) Going Beyond the Information Given, New York: Norton.Jackson, P. W. (1968) Life in Classrooms, New York: Holt, Rinehart & Winston.Posner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum, 3rd Ed. McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages.Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. EducationalResearcher, 15(2), 4-14.Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. HarvardEducational Review, 57, 1-23.Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago Press.Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers thinking (pp. 104-124). Sussex, England: Holt, Rinehart & Winston.Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and Development, London: Heineman.Rogers, Carl,Taba, Hilda. (1962) .CurriculumTyler, R. W. (1949) Basic Principles of Curriculum and Instruction, Chicago: University of Chicago Press.Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979. (Pengerusi: Dato Seri Dr. Mahathir Muhamad) (Laporan Kabinet) 24. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 24Musa Hitam, Menteri Pelajaran, kenyataan akhbar (mengenai KBSR), sempena lawatan ke PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, pada 8 Disember, 1980.Bagi silibus sesuatu mata pelajaran, sila rujuk, Kementerian Pelajaran, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran berkenaan.JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru atau murid sendiri. Pengetahuan kurikulum pada hari ini yang dilaksanakan oleh guru hanya berlandaskan pada silibus pengajaransahaja. Pengajaran kurikulum pada hari ini tidak bebas dan guru terpaksa mengikut dasar yang telahditetapkan. Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu apakah faktor yangBmenyebabkan kurikulum pada hari ini menjadi terikat dan hanya bergantung kepada pusat kurikulum sahaja? Kemudian murid diberi peluang memberi pendapat dan melontarkan pandangan untuk mengatasi masalah ini. Pelatih melaksanakan aktiviti berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran mengikutCperancangan mereka sendiri. Aktiviti termasuklah mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas. 25. Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 25Pada hari ini, semua guru-guru telah mengetahui teras pengetahuan yang diperkenalkan olehD Shulman. Namun mereka tidak menggunakan teras ini semasa sesi pengajaran kerana terikatdengan rangka-rangka pengajaran yang diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan. Oleh yangdemikian, bagaimanakah guru dapat mengaplikasikan teras pengetahuan ini dalam prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah