struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

15
2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI 2.1 Struktur Sistem Limfatik Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening. Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu merupakan “barier” atau “filter” terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel- sel limfosit darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid).

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

1.067 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI

2.1 Struktur Sistem Limfatik

Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan

berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang

memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening.

Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa

Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang

tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu

merupakan “barier” atau “filter” terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria

yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel-sel limfosit

darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama

iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu

limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid).

Gambar rajah 2.2 : Menunjukkan Struktur dan komponen Sistem Limfatik

Page 2: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

2.1.1 Limfa

Limfa ialah cecair jernih yang terdapat di dalam pembuluh limfa. Kandungan

kimia limfa, cecair tisu dan plasma adalah serupa. Oleh sebab demikian, limfa terdiri

daripada protein plasma yang keluar dari pembuluh darah. Limfa mengandungi

factor pembekuan dan boleh menjadi beku apabila tinggal beberapa lama secara in

vitro (luar dari badan).

Gambar Rajah 2.3 : Injap dalam Salur Limfa

Disamping itu, limfa juga mengandungi jumlah limfosit yang berbeza,

beberapa granulosit, enzim, antibodi, glukosa, garam galian atau mineral, karbon

dioksida dan sedikit oksigen.Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai bahan lain turut

terdapat di dalam limfa dan kebanyakannya bergantung kepada lokasi pembuluh

limfa. Manakala, di dalam limfatik usus, kandungan lemak tidak larut air adalah tinggi

selepas makan, oleh yang demikian, limfa akan menjadi warna putih susu dan di

sebut kili.

2.1.2 Pembuluh Limfa

Pembuluh limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan

membentuk struktur seperti jaringan dan turut dikenali juga sebagai kapilari limfa.

Kedudukannya terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah.

Pernukaannya juga nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan

berlakunya “backflow”. Selain itu, ianya juga lebih telap daripada kapilari

darah.Kapilari limfa ini bermula di merata badan tetapi tidak di tisu yang tiada

ppembuluh darah, sistem saraf pusat, pulpa limfa dan sum-sum tulang.

Page 3: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

Gambar rajah 2.4 : Struktur Pembuluh Limfa/Kapilari Limfa

Seperti kapilari darah yang bergabung untuk mebentuk venul dan vena,

kapilari limfa juga turut bergabung untuk membentuk kapilari limfa yang lebih besar.

Di samping itu, struktur pembuluh limfatik juga menyerupai struktur vena tetapi

mempunyai dinding yang lebih nipis, lebih banyak injap dan terdiri daripada nodus-

nodus limfa di aras-aras tertentu.

Selain itu, pengaliran limfa juga adalah disebabkan oleh pergerakan otot

rangka, tekanan intratoraks yang negatif semasa inspirasi dan kontraksi dinding

duktus limfatik yang lebih besar. Oleh sebab itu pembuluh limfa mempunyai injap

yang menhalang aliran balik. Kontraksi otot rangka akan menolakkan limfa kearah

depan sahaja dan mengalir ke dalam sistem vena.

Gambar rajah 2.5 : Struktur Salur Limfatik

Tissue cell

Page 4: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

2.1.3 Tisu Limfatik

Tisu Limfatik tersusun dalam tiga kumpulan, iaitu tisu limfatik pengumpul, nodul-

nodul limfatik dan organ limfatik.

a) Tisu Limfatik Pengumpul

Tisu limfatik pengumpul ialah tisu limfatik yang berkumpul dan tidak ditupi

oleh kapsul, dan terletak di dalam lamina propia (tisu perantaraan) membran

mucus trek gastrousus, trek pernafasan, trek uninari dan trek pembiakan.

b) Nodul Limfatik

Nodul limfatik terdiri daripada tisu limfatik yang berkumpul dan berbentuk

lonjong. Nodul ini tidak mempunyai kapsul tetapi mempunyai kawasan tengah

(pusat germinal) yang memberi pewarnaan pucat kerana mengandungi

limfosit dan kawasan periferi (korteks) yang memberi pewarnaan yang gelap

kerana mengandungi limfosit kecil. Nordul Limfatik ini membentuk tonsil di

dalam farinks dan kelompok peyer di dalam ileum usus kecil.

c) Organ Limfatik

Organ-organ limfatik di badan ialah nodus-nodus limfa, limfa dan kelenjar

timus. Semuanya mempunyai tisu limfatik dengan jaringan serat reticulum

yang ditutupi oleh kapsul tisu perantara. Septum berserat yang masuk ke

dalam dari kapsul dikenali trabekula.

Gambar rajah 2.6: Organ-organ Sistem Limfatik

Page 5: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

i) Nodus Limfa

Nodus limfa berbentuk lonjong atau seperti kacang hijau.

Berdiameter 1 hingga 25 mm panjang dan terdapat sepanjang sistem

limfatik. Nodus limfa selalunya berkumpul di bahagian tertentu di

badan. Setiap nodus limfa mempunyai lekuk di satu sisi yang di sebut

hilus. Hilus nodus limfa ini ialah tempat keluar pembuluh limfatiik

eferen. Banyak pembuluh limfatik aferen memasuki nodus limfa

melalui permukaan cembungnya. Nodus-nodus limfa mempunyai

fungsi penurasan, fagositik dan imunologi.

Gambar Rajah 2.7 : Struktur Nodus Limfa

ii) Limpa

Limpa ialah tisu limfatik yang terbesar dan terletak khususnya

dibahagian atas kiri kaviti abdomen diantara gaster dan diafgragma.

Organ ini seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang

abdomen iaitu dipermukaan perut. Limfa diliputi oleh kapsul berserat

seperti nodus limfa, limpa mempunyai trabekula dan hilus, tempat

yang ditembusi oleh pembuluh darah dan pembuluh limfatik.

Page 6: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

Gambar rajah 2.8 : Limpa/ Spleen

iii) Kelenjar Timus

Kelenjar timus ialah tisu limfatik yang terdapat di bahagian

anterior dan atas kaviti toraks di antara kedua-dua paru-paru.

Sepasang kelenjar ini terletak pada ventral trakea dan atas sedikit

dari jantung. Ia mempunyai dua lobus dan setiap satu diliputi oleh

tisu perantara yang di sebut kapsul timus. Lanjutan yang masuk ke

dalam tisu timus dikenali sebagai trabekula yang membahagikan

lobus kepada lobul. Setiap lobul terdiri daripada korteks di tepi yang

menghasilkan pewarnaan gelap, dan medulla di dalam yang

menghasilkan warna pucat.

Gambar rajah 2.9: Struktur Kelenjar Timus

Page 7: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

Korteks terdiri daripada limfosit dan dinilah berlakunya

pembentukan limfosit. Manakala, medula terdiri daripada banyak tisu

epitelium dan limfosit yang bertabur berjauhan.medula juga ada

mengandungi korpusel timus(Hassall), iaitu lapisan konsentrik sel

epithelium. Klenjar timus juga mencapai saiz maksimumnya seberat 40

g semasa baligh. Selepas itu, kelenjar timus akan terus mengecut dan

menjadi semakin kecil atau dengan kata lain mengalami atrofi.

Gambar rajah 2.10 : Kedudukan Kelenjar Timus Dalam Tubuh Badan

Manusia

iv) Sumsum tulang

Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior

tulang dan berfungsi menghasilkan sel darah yang baru.

.

Gambar rajah 2.11 : Struktur Sum-sum tulang

Page 8: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

2.2 Sistem imuniti

Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organism yang

bertindak melindungi organism tersebut daripada serangan penyakit dengan

mengenalpasti dan membunuh pathogen dan sel tumor. Oleh yang demikian, dalam

sistem imuniti ini Limfosit dan tisu limpoid yang terlibat.

2.2.1 Limfosit

Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada

vertebrata. Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam

penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran

besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. Limfosit memiliki

peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh. Limfosit

dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang

sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada

kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.

Gambar rajah 2.12 : Limfosit

2.2.2 Tisu Limpoid

Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang

membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit

mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa,

tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang

kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.) Tisu

dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu. Tisu ini

merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai

fungsi yang spesifik.Selain itu,tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya

ialah lapisan. Oleh itu, sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.

Page 9: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

2.3 Fungsi Sistem Limfatik

Sistem limfatik mempunyai banyak fungsi seperti yang berikut:

a) Sistem limfatik mengalirkan cecair mengandungi protein dari ruang-ruang tisu

yang telah keluar dari pembuluh darah. Jadi protein yang tidak boleh diserap

semula secara langsung oleh pembuluh darah akan dikembalikan ke dalam

sistem kardiovaskular oleh sistem limfatik.

b) Sistem limfatik juga menghantarkan lemak dan trek gastrousus ke dalam

peredaran darah.

c) Tisu limfatik juga berfungsi memberi kawalan dan pertahanan, iaitu limfosit

dengan pertolongan makrofaj memberi perlindungan kepada badan daripada

sel-sel asing, mikrop dan sel barah.

d) Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk membuang mikro,

sel darah dan bahan asing yang sangat kecil (debu dari paru-paru).

e) Limpa ialah tempat organ hasilan limfosit pemusnahan eritrosit dan tempat

organism daripada bahan asing dihalang daripada memasuki pembuluh

darah.

f) Kelenjar timus juga ialah tempat penghasilan limfosit untuk makanisme

pertahanan badan selain fungsi endokrin.

Rajah 2.1 : Fungsi Sistem Limfatik

Mengembalikan semula cecair

interstis ke dalam sistem peredaran

darah dalam bentuk limfa.

Mengangkut asid lemak dan gliserol.

sistem pertahanan badan dengan

penghasilan limfosit di nodus limfa.

membantu sistem peredaran darah/ pelengkap kepada peredaran darah.

suatu sistem sirkulasi sekunder

yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening

di dalm tubuh.

Page 10: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie

RUMUSAN

Berdasarkan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa sistem limfatik ini adalah amat

berkait rapat dengan sistem imuniti tubuh badan kita. Didapati sistem ini amat

penting terhadap kekebalan tubuh yang memainkan peranan dalam pertahanan

tubuh bagi melawan infeksi dan tumor. Selain itu, didapati juga cairan limfatik adalah

cairan putih mirip susu yang mengandung protein, lemak dan limfosit (sel darah

putih) yang semuanya mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh limfatik.

Terdapat dua jenis sel limfosit iaitu Sel B dan Sel T. Sel B membantu melindungi

tubuh melawan bakteri dengan jalan membuat antibodi yang menyerang dan

memusnahkan bakteria. Dalam kondisi normal, sel limfosit merupakan salah satu

sistem pertahanan tubuh. Sementara sel limfosit yang tidak normal (limfoma)

biasanya berkumpul di kelenjar getah bening dan menyebabkan pembengkakan. Sel

limfosit ternyata tidak hanya melalui di dalam pembuluh limfa sahaja, malah sel ini

juga turut melalui ke seluruh tubuh di dalam pembuluh darah kerana limfoma ini

juga boleh keluar melaui kelenjar getah bening. Selain itu, ia juga terdapat di organ

lain seperti perut, hati, dan otak. Seterusnya, daripada tugasan ini juga kami dapati

penyakit yang selalunya melibatkan sistem ini ialah limfoma. Limfoma ialah tumor

yang berasal dari jaringan limfoid yang berkaitan dengan sistem limfatik dan sistem

imuniti tubuh. Data juga menunjukkan, penyakit ini lebih banyak terjadi pada orang

dewasa dengan angka tertinggi pada rentang usia antara 45 sampai 60 tahun. Makin

tua umur, makin tinggi risiko terkena penyakit ini. Oleh yang demikian, Alhamdulilah,

berdasarkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang kami perolehi dan amat

membantu dalam memahami tajuk sistem Limfatik dan Imuniti ini.

Page 11: Struktur dan fungsi sistem limfatik by fie