strategi pembelian hijau dan kelestarian prestasi …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-thesis.pdfpembelian...

25
STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI SYARIKAT PEMBUATAN DI BATU PAHAT MUHAMMAD FIKKRI BIN LAMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia JANUARI 2018

Upload: vuthuy

Post on 01-Apr-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

i

STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI SYARIKAT

PEMBUATAN DI BATU PAHAT

MUHAMMAD FIKKRI BIN LAMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JANUARI 2018

Page 2: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

ii

Saya akui laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Pelajar : ……………………….

MUHAMMAD FIKKRI BIN LAMAN

Tarikh : ……………………….

Penyelia : …………………………..

DR. WAN NURUL KARIMAH BINTI WAN AHMAD

Page 3: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat bonda, Zaitun binti Karim serta abang yang tersayang di atas

dorongan dan pengorbanan dalam membantu menyiapkan laporan kajian Strategi

Pembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk

Projek Sarjana Muda ini.

Teristimewa juga kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Wan Nurul Karimah binti

Wan Ahmad atas segala tunjuk ajar yang dikongsi bersama tanpa rasa jemu dan

dedikasi yang diberikan dalam menyiapkan kajian ini amat dihargai sama sekali.

Juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan serta pihak-pihak yang membantu dan

banyak memberi tunjuk ajar untuk menjayakan kajian ini. Jasa kalian semua akan tetap

dikenang sehingga akhir hayat.

Wassalam

Page 4: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan buat junjungan

besar kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w, syukur alhamdulillah kerana dengan

izinNya dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Wan Nurul Karimah

binti Wan Ahmad selaku penyelia saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan

panduan bagi menyiapkan kajian ini. Segala tunjuk ajar, ilmu, nasihat dan sokongan

yang diberikan amatlah dihargai.

Buat ahli keluarga tercinta, kekuatan, bantuan dan sokongan yang diberikan tidak

akan saya lupakan. Kepada semua pensyarah yang telah mengajar saya selama ini,

semoga ilmu yang diberikan diberkati dan menjadi bekalan meneruskan perjalanan

mengejar cita-cita. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan di atas segala pertolongan

dan bantuan yang diberikan secara berterusan sehinggalah kajian ini berjya dihasilkan.

Terima kasih juga kepada semua syarikat pembuatan di sekitar Batu Pahat, Johor yang

telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penghasilan kajian ini.

Akhir kata, buat semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih saya ucapkan. Mudah-mudahan segala ilmu dikumpulkan di

dalam laporan ini bakal dimanfaatkan. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari

Allah S.W.T dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri

Page 5: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

v

ABSTRAK

Malaysia telah beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian

dimana sektor pembuatan dianggap antara penyumbang tertinggi kepada pendapatan

negara. Sektor pembuatan juga sering dikaitkan dengan isu alam sekitar kesan daripada

aktiviti pengeluaran yang dilakukan. Oleh itu, keprihatinan terhadap alam sekitar perlu

ditingkatkan dangan mengatur pelbagai strategi bagi mengurangkan kesan tersebut.

Pelaksanaan amalan pembelian hijau merupakan suatu langkah yang boleh digunakan

dalam usaha untuk mengintegrasikan penjagaan alam sekitar dalam aktiviti pembuatan.

Kebanyakan syarikat pembuatan di Malaysia juga telah mengguna pakai amalan

pembelian hijau ini sebagai langkah keprihatinan meraka terhadap alam sekitar. Oleh itu,

kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti strategi pembelian hijau yang diamalkan oleh

syarikat pembuatan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kelestarian

prestasi syarikat tersebut. Borang soal selidik dan temubual telah digunakan bagi

mengumpul data barkaitan kajian. Sejumlah 59 set borang soal selidik telah diedarkan

dan hanya 8 set borang soal selidik yang telah dikembalikan. Kemudian pengkaji telah

menemubual 2 buah syarikat pembuatan di Batu Pahat untuk mendapatkan maklumat

yang lebih bagi memenuhi objektif kajian. Hasil kajian mendapati pelaksanaan amalan

pembelian hijau di syarikat pembuatan di sekitar Batu Pahat telah memberi banyak

manfaat dalam melestarikan prestasi syarikat. Walaubagaimanapun, pelaksanaan amalan

pembelian hijau dan kelestarian prestasi tersebut masih ditahap sederhana. Bagi

meningkatkan lagi tahap tersebut, organisasi perlu mengambil tahu tentang apa yang

harus dilakukan untuk meningkatkan lagi pelaksanaan strategi pembelian hijau.

Page 6: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

vi

ABSTRACT

Malaysia has shifted from economy-based agriculture to industries where manufacturing

sector is regarded as one of the highest contributors to countries income. The

manufacturing sector is also often associated with environmental issues as a result of

production activities. Therefore, environmental concerns need to be enhanced to manage

various strategies to mitigate these effects. The implementation of green purchasing

practices is a measure that can be used in an effort to integrate environmental care in

manufacturing activities. Some manufacturing companies in Malaysia have also adopted

this green purchasing practice as a move to the environment. Therefore, this study was

conducted to identify the green purchasing strategies adopted by the manufacturing

company. This study also aims to identify sustainability performance level of the

company. Questionnaire and interview has been used to collect data. A total of 59 set of

questionnaire were distributed and only 8 sets of valid forms were returned. Then

researchers interviewed two manufacturing companies in Batu Pahat to get better

information to meet research objective. The results of the study revealed that the

implementation of green purchasing practices in manufacturing companies around Batu

Pahat has provided many benefits in preserving the company's performance. However,

the implementation of green purchasing practices and sustainability performance is still

moderate. To further improve the practices, organizations need to know what to do to

further improve the implementation of the green purchasing strategy.

Page 7: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

vii

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK

PENGKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Soalan Kajian 6

1.6 Skop Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Kesimpulan 7

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 8

2.2 Definisi 8

2.3 Pembelian Hijau 9

2.3.1 Piawaian Produk 11

2.3.2 Piawaian Kelakuan 12

Page 8: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

viii

2.3.3 Kerjasama 13

2.4 Kelestarian Prestasi 13

2.5 Kesimpulan 15

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Carta Aliran Kajian 17

3.3 Reka Bentuk Kajian 18

3.4 Populasi Kajian 19

3.5 Sampel Kajian 19

3.6 Penganalisian Data 19

3.7 Penganalisian Kajian Kes 20

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 20

3.8.1 Data Primer 22

3.8.2 Data Sekunder 22

3.9 Kesimpulan 23

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 24

4.1.1 Kadar Pemulangan 24

4.1.2 Ujian Kebolehpercayaan 25

4.1.3 Kajian Sebenar 25

4.1.4 Analisis Kajian Diskriptif Demografi 26

4.1.5 Ujian Diskriptif Pembolehubah Bebas

dan Bersandar 32

4.1.5.1 Analisis Diskriptif Amalan

Pembelian Hijau 33

4.1.5.2 Analisis Diskriptif

Kelestarian Prestasi 34

4.2 Analisis Data Temubual 35

4.2.1 Latar Belakang Responden 36

4.2.1.1 Responden Pertama 36

4.2.1.2 Responden Kedua 37

Page 9: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

ix

4.2.2 Amalan Pembelian Hijau 37

4.2.2.1 Piawaian Produk 39

4.2.2.2 Piawaian Perlakuan 40

4.2.2.3 Kerjasama 41

4.2.3 Kelestarian Prestasi 43

4.2.3.1 Ekonomi 44

4.2.3.2 Alam Sekitar 44

BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Rumusan Kajian 46

5.3 Strategi Pembelian Hijau 47

5.4 Tahap Kelestarian Prestasi 48

5.5 Cadangan Kajian 49

5.5.1 Cadangan Kajian berdasarkan

Hasil Kajian 49

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 49

5.6 Kesimpulan 49

5.7 Kekangan Yang Dihadapi 50

RUJUKAN 51

LAMPIRAN 56

Page 10: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

x

SENARAI RAJAH

3.1 Carta Aliran 17

3.2 Peringkat-Peringkat Dalam Membangunkan

Dan Menggunakan Temubual 21

4.1 Jenis Syarikat Pembuatan 26

4.2 Jumlah Pekerja 27

4.3 Jumlah Pendapatan Dalam Setahun 28

4.4 Syarikat Yang Mempunyai Sijil ISO 14000 29

4.5 Berapa Lama Anda Sudah Bekerja 30

4.6 Jawatan 31

4.7 Kerjasama Pengeluar 41

Page 11: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

xi

SENARAI JADUAL

3.1 Maklumat Responden 21

4.1 Kadar Pemulangan Borang Soal Selidik 24

4.2 Nilai Pekali Kebolehpercayaan 25

4.3 Dapatan Kajian Sebenar 25

4.4 Jenis Syarikat Pembuatan 26

4.5 Bilangan Pekerja 27

4.6 Jumlah Pendapatan Dalan Setahun 28

4.7 Adakah Syarikat Anda Mempunyai Sijil ISO 29

4.8 Berapa Lama Anda Sudah Bekerja 30

4.9 Jawatan 31

4.10 Julat Skor Min 32

4.11 Taburan Analisis Amalan Pembelian Hijau 33

4.12 Analisis Kelestarian Prestasi 34

4.13 Latar Belakang Responden 36

4.14 Pembelian Hijau 37

4.15 Kelestarian Prestasi 43

Page 12: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

xii

SENARAI LAMPIRAN

A Contoh Borang Soal Selidik 57

B Contoh Soalan Temubual 62

C Analisis Diskriptif 67

Page 13: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan ekonomi dunia mewujudkan ketidakpastian dalam persekitaran

perniagaan. Bagi menangani masalah ini, setiap organisasi perlu melihat, membina dan

menyusun semula strategi mereka bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran. Selain

daripada ketidaktentuan ekonomi, organisasi juga menghadapi tekanan dari masyarakat,

pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kelestarian

aktiviti rantaian bekalan mereka (Sarkis, 2001). Pada masa kini, berlakunya peningkatan

kesedaran di kalangan organisasi tentang kesan negatif daripada aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh syarikat terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Ekonomi kini telah memaksa syarikat-syarikat untuk mencapai kecemerlangan

dari segi kecekapan kerana ianya secara langsung telah mempengaruhi kepuasan

pelanggan (Saham et al., 2010). Cabaran dan tekanan daripada pelbagai sudut telah

memberi kesedaran kepada syarikat untuk mempertimbangkan kesan aktiviti

perniagaannya bagi membentuk rantaian bekalan yang lebih cekap (Carter and Jennings,

2002). Amalan pengurusan rantaian bekalan perlu dipraktiskan bukan sahaja bertumpu

ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi syarikat dan prestasi rantaian bekalan,

tetapi juga dalam aspek sosial dan alam sekitar (Beske, 2012; Amin dan Zhang, 2014;

Alzaman, 2014). Amalan pembelian hijau membuka peluang pada sesebuah syarikat

untuk mengintegrasi dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dalam aktiviti

pengeluaran yang dijalankan. Aktiviti pembelian sesebuah syarikat akan memberi kesan

yang besar terhadap prestasinya ( Preuss, 2001).

Page 14: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

2

Terdapat beberapa kajian tentang kesan positif daripada pelaksanaan pembelian

hijau yang menjadi instrumen bagi mengurangkan penghasilan sisa dan menggalakkan

kitar semula (Guenther et al., 2010). Pembelian hijau membolehkan pengurusan atasan

bertanggungjawab menjaga alam sekitar ketika proses pengeluaran dijalankan dan ianya

juga memberi kesan positif kepada keseluruhan rantaian bekalan syarikat. Pembelian

hijau merupakan suatu polisi pembelian yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Ianya

merangkumi tidakan organisasi dalam memberi tindak balas kepada isu berkaitan alam

sekitar. Tindak balas tersebut termasuklah pemilihan pembekal, penilaian terhadap

pembekal, cara pembungkusan, cara pengedaran, kitar semula, guna semula, dan

pelupusan produk (Thomsen, 2011).

1.2 Latar Belakang

Kebanyakan syarikat pembuatan telah mula bimbang akan kemerosatan alam sekitar

apabila masyarakat semakin sedar akan pencemaran yang terhasil daripada aktiviti

pengeluaran mereka (Pietro, 2012). Kebimbangan pengguna terhadap isu alam sekitar

telah memberi kesedaran kepada syarikat pembuatan untuk memberi tumpuan terhadap

aspek alam sekitar samasa proses pengeluaran dijalankan (Dangelico & Pujari, 2010).

Pengurusan rantaian bekalan hijau mengintegrasikan keseimbangan alam sekitar

dalam rantaian bekalan. Rantaian bekalan termasuk aktiviti yang berkaitan dengan

transformasi dan aliran barangan perkhidmatan daripada bahan mentah kepada pengguna

akhir termasuk integrasi aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran firma (Bowersox dan Closs,

1996).

Dalam konteks rantaian bekalan, ia adalah perlu untuk melaksanakan amalan

pengurusan yang bukan sahaja menggalakkan syarikat dan prestasi rantaian bekalan,

tetapi juga memberi tumpuan kepada aspek sosial, ekonomi, dan alam sekitar (Beske,

2012; Amin, Zhang & Alzaman, 2014). Di Malaysia, amalan penggunaan dan konsep

pengeluaran yang mampan telah digariskan dalam rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Fokus utama adalah untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 40

peratus menjelang 2020. Salah satu langkah pengurangan ini adalah menyasarkan

Page 15: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

3

sekurang-kurangnya 20 peratus daripada perolehan menjelang 2020 adalah mesra alam

(Rancangan Malaysia ke sebelas, 2016).

Beberapa kajian telah dilakukan bertujuan menjawab persoalan bagaimana untuk

mengintegrasikan pembekal dalam melestarikan prestasi syarikat dengan menjadikan

pembelian hijau sebagai satu kaedah (Baden et al., 2011). Kaedah ini sering digunakan

untuk memilih pembekal yang terbaik dalam memenuhi prasyarat hijau yang ditetapkan.

Ianya mengambilkira faktor kualiti, harga, dan kebolehpercayaan pembekal dalam

rataian bekalan sesebuah syarikat (Walker et al., 2008). Syarikat yang dapat membuat

keputusan pembelian terbaik akan dapat melestarikan keseluruhan aktiviti syarikat.

Segalanya bermula dari pemilihan pembekal. Pembekal yang terbaik dapat menyediakan

keperluan syarikat dalam memenuhi prasyarat hijau yang turut memberi kesan kepada

aspek ekonomi, sosial, dan alam sekitar (Schaltegger et al., 2007)

Dalam usaha untuk menghasilkan produk mesra alam, syarikat perlu bekerjasama

dengan pembekal bahan mentah. Syarikat perlu menentukan kreteria barangan yang

perlu dipenuhi oleh pembekal sebelum pembelian dilakukan. Perkara tersebut memberi

kesan positif terhadap alam sekitar. Pembelian hijau merupakan unsur yang dapat

menintegrasikan amalan rantaian bekalan hijau dan melestarikan prestasi sesebuah

syarikat (Lehner, 2007). Manfaat pembelian hijau ini boleh diukur menggunakan rangka

kerja untuk meningkatkan lagi kecekapan syarikat (Bjorklund et al., 2012).

Pembelian hijau ditakrifkan sebagai "pemilihan dan pembelian produk dan

perkhidmatan yang dapat mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar dari aspek

kitaran pembuatan, pengangkutan, dan kitar semula atau pelupusan", (NIH, 2011).

Antara unsur yang perlu diambil kira dalam proses pembelian ialah keupayaan produk

untuk menjimatkan tenaga dan air, mengurangkan penghasilan sisa, dan boleh dikitar

semula. Pembelian bahan mesra alam ialah bahan yang tidak memberikan kesan negatif

terhadap alam sekitar dan perlu diambil kira bersama-sama dengan dimensi lain seperti

kualiti, kos, penghantaran, teknologi, perkhidmatan dan lain-lain (O'Connor et al., 2011).

Terdapat banyak pencemaran dan pembuangan bahan kimia secara tidak teratur telah

berlaku.

Kesan daripada itu, pendekatan sistematik dengan menjadikan amalan pembelian

hijau sebagai suatu cara bagi mengawal situasi tersebut telah dilakukan oleh sesetengah

Page 16: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

4

syarikat pengeluar bagi melestarikan prestasi syarikat mereka (Zhu et al., 2010).

Kelestarian prestasi adalah keberkesanan sesebuah syarikat dalam merancang,

mengaplikasi, dan mengawal segala aktivitinya (Short et al., 2007). Kelestarian sesebuah

syarikat merangkumi tiga perspektif iaitu perspektif ekonomi, alam sekitar, dan sosial

(Elkington, 1994). Perspektif ini kebiasaannya merujuk kepada Triple Bottom Line

(TBL).

Walaupun secara umumnya terdapat banyak kajian dari pelbagai aspek

pengurusan rantaian bekalan hijau, masih lagi terdapat beberapa aspek yang memerlukan

kajian lanjutan. Kajian-kajian berkenaan pengurusan rantaian bekalan telah dilakukan

tetapi kajian yang memfokuskan pada pembelian hijau kurang diberi tumpuan. Oleh itu,

kajian yang berterusan perlu dijalankan bagi menjelaskan segala jurang pengetahuan

yang ada.

1.3 Penyataan Masalah

Isu-isu berkenaan alam sekitar dan pembelian hijau telah berkembang sejak dua dekad

yang lalu (Sarkis, 2012). Pengurusan rantaian bekalan hijau juga mula popular dalam

ekonomi negara-negara membangun seperti China dan Malaysia (Choon, 2013).

Kenneth (2012) mengakui bahawa amalan pengurusan rantaian bekalan hijau seperti

pembelian hijau, reka bentuk mesra alam, dan pemulihan pelaburan akan memberi kesan

positif kepada alam sekitar dan pembanggunan prestasi organisasi. Kesedaran terhadap

pengurusan rantaian bekalan hijau telah menggalakkan objektif untuk ke arah alam

sekitar yang mampan.

Rao (2002) menyatakan bahawa strategi pembelian hijau di Asia Tenggara

termasuk Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Singapura telah mula untuk

berkembang dan banyak penyelidikan dilakukan bagi merapatkan jurang pengetahuan

yang ada. Di Malaysia, hanya sedikit sahaja kajian yang dilakukan berkaitan pembelian

hijau (Eltayeb, Zailani, & Ramayah, 2011). Oleh itu, kajian yang berterusan adalah

digalakkan untuk memperkukuh dan meningkatkan pengetahuan berkaitan amalan

pembelian hijau di Malaysia. Zailani et al. (2012) menyatakan bahawa terdapat banyak

Page 17: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

5

firma di Malaysia yang masih ketinggalan dan belum menerima pakai pendekatan

perolehan hijau dalam mengintegrasikan rantaian bekalan hijau.

Sejak dua dekad yang lalu, terdapat bnyak kajian mengenai pengurusan rantaian

bekalan hijau, tetapi kesemua kajian tersebut kurang memberi penekanan terhadap

pembelian hijau. Seuring and Müller (2008) telah menjalankan satu kajian berkaitan

kelestarian pengurusan rantaian bekalan bedasarkan 191 kertas kerja dan rangka kerja

konseptual bagi meringkaskan aspek utama dalam pengurusan rantaian bekalan, namun

pembelian hijau hanyalah sebahagian kecil daripada kajian tersebut. Carter and Rogers

(2008) juga telah menjalankan kajian yang luas dan membina teori konsep untuk

mencadangkan konsep kelestarian dalam pengurusan rantaian bekalan dan hubungannya

terhadap ekonomi, sosial, dan alam sekitar, tetapi kajian tersebut tidak menyentuh lain-

lain aspek berkenaan pembelian hijau.

Sarkis et al. (2011) telah mengkaji dan mengkategorikan pengurusan rantaian

bekalan hijau dibawah sembilan teori organisasi, dengan memberi penekanan mengenai

pelaksanaan dan hasil daripada amalan pengurusan rantaian bekalan hijau. Kajian ini

juga hanya memberi sedikit penekanan terhadap pembelian hijau. Selain itu, Miemczyk

et al. (2012) juga telah menjalankan kajian berkenaan rantaian bekalan hijau yang

tertumpu pada definisi dan langkah-langkah melestarikan rantaian bekalan dari aspek

sosial dan alam sekitar. Ia juga turut menjalankan siasatan berkenaan rantaian dan

rangkaian berdasarkan 73 jurnal terpilih. Kajian tersebut juga tidak memberi penekanan

pada pembelian hijau. Kajian-kajian lanjutan perlu dilakukan bagi memenuhi jurang

yang ada.

Rantaian bekalan hijau seperti pembelian hijau merupakan antara aspek penting

dalam kelestarian sesebuah syarikat. Rantaian bekalan hijau mempunyai tarikan positif

bukan sahaja dari perspektif ekonomi, tetapi juga kepada kesan sosial dan alam sekitar

(Kleindorfer et al, 2005;. Elkington, 1994; Zhu et al, 2008). Kajian saintifik

mendedahkan bahawa setiap organisasi bertanggungjawab atas keadaan alam sekitar

(Koplin, 2005). Perkara ini amat penting untuk diambil kira oleh semua organisasi.

Tekanan untuk menerima pakai amalan perniagaan hijau sering menjadi isu bagi

sesetengah organisasi tetapi mereka harus melaksanakannya bagi memeliharan alam

sekitar dari dicemari (Seuring et al., 2008).

Page 18: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

6

Kajian ini dijalankan berikutan terdapat ketidakpastian terhadap amalan

pembelian hijau dan kelestarian prestasi syarikat kerana kurangnya kajian terhadap isu

tersebut. Objektif kajian ini telah menjelaskan secara terperinci tentang amalan

pembelian hijau yang dilaksanakan syarikat pembuatan dan kelestarian prestasinya.

Penjelasan terhadap strategi tersebut dapat membantu sesebuah syarikat membuat

keputusan yang tepat dalam proses pembeliannya dengan mengambilkira aspek alam

sekitar.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang telah di kemukakan, beberapa objektif kajian

telah dikenalpasti bagi merapatkan jurang yang terdapat dalam isu terbabit. Objetif

kajian ini adalah:

1. Mengenalpasti strategi pembelian hijau yang diamalkan oleh syarikat pembuatan.

2. Mengenalpasti tahap kelestarian prestasi syarikat pembuatan.

1.5 Persoalan Kajian

Persolan kajian ini adalah:

1. Apakah strategi pembelian hijau yang diamalkan oleh syarikat pembuatan?

2. Apakah tahap kelestarian prestasi syarikat pembuatan?

1.6 Skop Kajian

Kajian ini telah dilakukan di Batu Pahat, Johor, memandangkan Batu Pahat merupakan

antara kawasan perindustrian di Malaysia. Semua sektor pembuatan di sekitar Batu

Pahat menjadi pilihan dalam kajian ini. Sektor pembuatan dipilih kerana sektor tersebut

banyak memberi kesan terhadap alam sekitar. Kajian ini memberi tumpuan kepada

semua syarikat pembuatan di sekitar Batu Pahat memandangkan populasi syarikat

pembuatan yang tidak begitu banyak. Tinjauan menggunakan borang soal selidik dan

temubual dilakukan bagi mengumpul data mengenai kajian ini.

Page 19: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

7

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk dilakukan memandangkan isu terhadap alam sekitar

sering dibangkitkan. Kebanyakan syarikat pembuatan masih belum mengguna pakai

amalan pembelian hijau ini kerana mereka bimbang akan kesanya terhadap prestasi

syarikat. Terdapat banyak langkah-langkah yang boleh diambil oleh syarikat pembuatan

dalam melestarikan alam sekitar. Pembelian hijau merupakan satu kaedah didalam

pengurusan rantaian bekalan hijau yang perlu diketengahkan agar langkah tersebut dapat

diperaktikkan oleh syarikat-syarikat pembuatan di negara ini. Oleh itu, kajian yang

mendalam mengenai pembelian hijau perlu diperbanyakkan supaya ianya dapat

membantu sektor pembuatan dalam melestarikan alam sekitar.

1.8 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti apakah strategi pembelian hijau dan

mengenalpasti tahap kelestarian prestasi syarikat pembuatan di sekitar Batu Pahat.

Kajian amat signifikan memandangkan industri pembuatan merupakan antara tunjang

untuk memantapkan ekonomi negara malah tidak mustahil pengkomersilan industri

pembuatan di Malaysia akan setaraf dengan negara-negara maju lain.

Page 20: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pengurusan alam sekitar perlu di integrasikan ke seluruh rantaian bekalan sesebuah

syarikat untuk mencapai prestasi rantaian bekalan yang mesra alam dan dapat

meningkatkan keuntungan dan syer pasaran. Penekanan terhadap amalan pembelian

hijau dalam pengurusan rantaian bekalan antara kaedah yang terbaik ke arah

melestarikan prestasi sesebuah syarikat. Pembelian hijau merupakan satu strategi untuk

mengurangkan sisa dan meningkatkan kecekapan serta daya saing sesebuah syarikat.

Min & Galle (1997) menyatakan bahawa keberkesanan amalan pembelian hijau

bergantung kepada ketepatan keputusan pembelian yang dibuat. Ianya akan memberi

kesan kepada prestasi syarikat. Untuk menentukan kecemerlangan prestasi sesebuah

syarikat bukanlah semata-mata melihat kepada situasi kewangannya tetapi ianya turut

mengambilkira aspek sosial dan alam sekitar yang mampan (Heng et al., 2012).

2.2 Definisi

Sejak awal revolusi perindustrian lagi pengurusan sisa industri telah menjadi suatu isu

penting yang perlu diberi perhatian. Dasar pengkhususan buruh dan syarikat yang

diperkenalkan oleh Adam Smith antara punca tercetusnya revolusi perindustrian ini

(Heng et al., 2012). Dasar ini juga telah meningkatkan kesedaran pengeluar untuk

Page 21: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

9

memberi fokus terhadap pemilihan pembekal dan saluran pengedaran. Kesan daripada

itu telah muncul sistem pengurusan yang sistematik yang dipanggil “pengurusan rantaian

bekalan” (Lun et al., 2011). Aspek pembelian, logistik, dan reverse logistic merupakan

antara proses yang terkandung dalam pengurusan rantaian bekalan. Amalam pengurusan

rantaian bekalan hijau bermula apabila timbulnya isu-isu berkaitan pencemaran alam

sekitar yang terhasil daripada aktiviti pengeluaran (Heng et al., 2012). Langkah

sistematik mula dilakukan dengan memberi fokus terhadap alam sekitar dalam proses

rantaian bekalan (Sarkis,1995). Pembelian hijau merupakan satu elemen di dalam

amalan rantaian bekalan hijau yang dilihat memberi kesan positif terhadap prestasi

syarikat.

Carter et al., (1996) mendefinasikan pembelian hijau sebagai suatu proses

pembelian bahan yang boleh diguna semua atau dikitar semula. Jabatan rantaian bekalan

dalam sesebuah syarikat perlu membuat penilaian terhadap bahan yang hendak dibeli

supaya bahan yang akan diproses tidak memberi kesan yang negatif terhadap alam

sekitar. Zsidisin & Siferd (2001) mendefinasikan pembelian hijau sebagai suatu prinsip

dan kaedah yang diambil oleh sesebuah organisasi dalam mengintegrasikan alam sekitar.

Zhu et al. (2002) pula mendefinasikan pembelian hijau sebagai keputusan

pembelian yang dibuat sesebuah syarikat untuk meningkatkan prestasi dengan

mengurangkan kos bahan, melindungi sumber, dan meningkatkan reputasi syarikat.

Amalan pembelian hijau yang dilakukan sesebuah syarikat dapat melestarikan prestasi

sesebuah syarikat. Kelestarian prestasi sesebuah syarikat terbahagi kepada tiga dimensi

iaitu kelestarian alam sekitar, kemampanan ekonomi, dan kemampanan tanggungjawab

sosial.

2.3 Pembelian hijau

Pelupusan bahan merupakan suatu perkara yang perlu diberi perhatian serius. Pembekal

perlu menyediakan bahan yang dapat mengurangkan penghasilan sisa di akhir proses

pembuatan. Perkara ini penting untuk mengawal keadaan alam sekitar dari tercemar.

Pengurus pembelian boleh meminta pembekal untuk menyediakan bahan yang kurang

kesannya terhadap alam sekitar bagi memenuhi prasyarat hijau dalam proses

Page 22: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

10

pengeluaran (Walker et al., 2008). Kesediaan pembekal dalam menyediakan bahan-

bahan mesra alam bagi memenuhi permintaan pelanggan akan memberi kesan kepada

setiap proses pembelian (Knudsen, 2003). Prestasi alam sekitar yang baik boleh dicapai

jika syarikat dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal. Pembekal akan

terus memberikan komitment yang tinggi untuk menyediakan segala permintaan syarikat

bagi mengintegrasikan pembelian hijau dalam pengurusan rantaian bekalannya (Murray,

2000).

Hubungan antara syarikat dan pembekal dibentuk melalui komunikasi, dan

kerjasama yang dijalinkan semasa proses pembelian. Carter et al. (1998) menyatakan

bahawa pembekal akan memberi kesan secara langsung terhadap prestasi syarikat

melalui proses pembelian hijau. Proses pembelian sesebuah syarikat merupakan satu

proses yang penting dalam melestarikan prestasi syarikat. Zhiyi et al. (2004) telah

menjalankan satu kajian berkenaan produk mesra alam dan mendapati bahawa pengguna

lebih menyukai produk yang terhasil daripada bahan mesra alam. Dalam kajian tersebut

dua pertiga daripada pelanggan lebih cenderung untuk menggunakan produk mesra alam

kerana mereka yakin akan kelebihan produk tersebut.

Pembelian hijau merupakan suatu proses dimana aspek alam sekitar menjadi

keutamaan kepada penentuan kualiti, kos, penghantaran, teknologi dan lain-lain elemen

dalam proses pengeluaran (O’Connor et al., 2011). Matlamat utama dalam pembelian

hijau ialah untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan meningkatkan

kecekapan sumber. Terdapat pelbagai strategi dalam pembelian hijau. Setiap strategi

memberikan kesan yang berlainan terhadap pembekal dan alam sekitar. Strategi dalam

pembelian hijau boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu piawaian produk, piawaian

perlakuan, dan kerjasama (Green et al., 1998). Syarikat perlu melakukan analisis dan

memberi tindak balas kepada pembekal terhadap produk yang dibeli supaya pembekal

dapat meningkatkan prestasinya.

Penentuan piawaian produk merupakan strategi pertama dalam pembelian hijau.

Bahan yang hendak dibeli mestilah mempunyai ciri-ciri mesra alam seperti bahan yang

boleh dikitar semula dan bebas toksik. Piawaian kelakuan pula memerlukan pembekal

untuk menjelaskan bagaimana amalan yang dipraktikan oleh mereka dalam

menghasilkan sesuatu bahan. Syarikat perlu melakukan audit terhadap pembekal supaya

Page 23: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

11

pembekal dapat mengekalkan prestasinya dalam mematuhi piawaian yang diiktiraf

seperti sijil ISO 14001. Kerjasama merupakan aspek yang perlu ada dalam setiap proses

rantaian bekalan. Kerjasama antara syarikat dan pembekal penting dalam melestarikan

alam sekitar. Perancangan dalam pengeluaran sesuatu produk mesra alam memerlukan

kerjasama yang erat diantara syarikat dan pembekal supaya segala proses dapat berjalan

dengan lancar dari bahan mentah ke produk akhir.

2.3.1 Piawaian Produk

Dalam konteks Malaysia, Jabatan Standard Malaysia (JSM) merupakan sebuah agensi

yang dipertanggungjawabkan untuk merangsang dan menggalakkan piawaian sebagai

cara memajukan ekonomi negara, menggalakkan kecekapan dan pembanggunan industri

yang bermanfaat kepada kesihatan dan keselamatan awam, melindungi pengguna, serta

memudahkan perdagangan luar negeri dan antarabangsa (JSM, 2010).

Malaysian Standard (MS) dibangunkan dengan persetujuan jawatankuasa-

jawatankuasa yang dianggotai oleh perwakilan daripada pengeluar, pengguna dan pihak-

pihak berkepentingan lain. Kelulusan sesuatu piawaian ditentukan oleh Akta Standard

Malaysia 1996 [Akta 549]. Penggunaan Malaysian Standard adalah secara terbuka,

melainkan sesetengah perkara yang mewajibkan syarikat pengeluar untuk mematuhinya

melalui peraturan, undang-undang kecil tempatan, atau yang serupa dengannya (JSM,

2010)

Piawaian produk merupakan suatu proses untuk menetapkan tahap kualiti bahan

yang digunakan di peringkat awal kawalan. Kawalan awalan ini merupakan kawalan

yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses

transformasi telah memenuhi piawaian tertentu. Input yang akan digunakan perlu

dipastikan mutunya untuk mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecacatan yang

serius kepada proses transformasi dan juga kepada output yang dihasilkan.

Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dapat membantu perniagaan dalam mengurus

segala aktiviti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Dengan pelaksanaan sistem yang

betul, perniagaan akan menjadi lebih cekap dan produktif serta akan mengurangkan

kesilapan dan kerja semula, mengurangkan kos operasi, masa, dan penggunaan sumber

Page 24: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

12

(Fontagné et al., 2015; Schuster & Maertens, 2015). Sistem pengurusan kualiti

menggalakkan penambahbaikan berterusan yang akan memberikan kelebihan kepada

organisasi untuk bersaing dalam pasaran (Shepherd & Wilson, 2013). Sistem ini juga

menitikberatkan keperluan sumber manusia yang turut meningkatkan moral dan

komitment kakitangan (Maskus et al., 2005).

2.3.2 Piawaian kelakuan

Piawaian kelakuan atau disebut kod etika merupakan suatu garis panduan yang

ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi memberi panduan kepada pembekal untuk

meningkatkan prestasinya semasa membekalkan bahan (Gladding, 2000). Secara

umumnya, kod etika perniagaan adalah prinsip moral yang standard mengenai kelakuan

perniagaan yang diamalkan oleh komuniti peniaga dan diterima oleh masyarakat sebagai

suatu perlakuan yang adil (fair conduct) di dalam operasi perniagaan.

Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dikeluarkan oleh Menteri

Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada 8 November 1983, dan pada 12

November 2007, Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) telah dilancarkan oleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Kod etika ini

merupakan langkah kerajaan untuk memberi kesedaran kepada para peniaga supaya

mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika perniagaan adalah penting supaya

dapat memantapkan perhubungan dan kepercayaan dalam sesuatu urusan perniagaan.

Etika perniagaan merupakan perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi

perniagaan. Ianya melibatkan apa yang patut atau tidak, boleh atau tidak, perlu atau tidak

diamalkan dalam pengendalian perniagaan baik dari segi pembangunan produk mahupun

pelaksanaan perkhidmatan (Hisrich dan Peters, 2002). Terdapat pelbagai pihak

berkepentingan dalam proses perniagaan sesebuah syarikat seperti pelanggan, pekerja,

pembekal, kerajaan dan sebagainya yang menerima kesan dari pelaksanaan keputusan

yang tidak beretika.

Page 25: STRATEGI PEMBELIAN HIJAU DAN KELESTARIAN PRESTASI …ethesis.uthm.edu.my/274/2/e-Thesis.pdfPembelian Hijau dan Kelestarian Prestasi Syarikat Pembuatan di Batu Pahat, untuk Projek Sarjana

13

2.3.3 Kerjasama

Pembekal ialah sesebuah organisasi yang membekalkan bahan yang diperlukan oleh

organisasi lain dengan piawaian yang telah ditetapkan untuk dijadikan barang niaga.

Pembekal akan sentiasa berinteraksi dengan organisasi di dalam proses perniagaan.

Kedua-dua pihak saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia perniagaan.

Interaksi yang baik diantara pembekal dan organisasi perniagaan akan memberi kesan

pada corak operasi dan kemajuan sesebuah organisasi. Hubungan baik dengan pembekal

adalah perlu untuk memastikan proses perniagaan sesebuah organisasi tidak terganggu

dan terus berkembang.

Pembekal penting bagi sesebuah organisasi bagi mendapatkan bahan sebelum

proses pembuatan dilakukan. Sesebuah organisasi perlu menjalinkan hubungan yang

baik dengan semua pembekal bagi menjamin bekalan yang berterusan dengan harga

yang berpatutan. Komunikasi yang tidak baik akan mewujudkan jurang antara organisasi

dan pembekal. Perkara tersebut akan menimbulkan masalah dalam proses pengeluaran.

Kerjasama yang baik antara organisasi dan pembekal akan terhasil apabila kedua-

dua pihak mempunyai satu tujuan yang sama (Belderbos et al., 2004). Kesefahaman

yang tinggi antara kedua-dua belah pihak akan dapat memudahkan lagi proses

perniagaan dijalankan (Zhao et al., 2007). Selain itu, kejujuran dan kepercayaan antara

satu sama lain dalam menjalankan sesuatu urusan perniagaan akan memberikan impak

yang positif kepada sesebuah perniagaan (Goffin et al., 2006). Kerjasama tersebut akan

memudahkan lagi urusan perniagaan sesebuah organisasi.

2.4 Kelestarian prestasi

Kelestarian prestasi adalah keberkesanan sesebuah syarikat dalam merancang,

mengaplikasi, dan mengawal segala aktivitinya (Short et al., 2007). Kelestarian sesebuah

syarikat merangkumi tiga perspektif iaitu perspektif ekonomi, alam sekitar, dan sosial

(Elkington, 1994). Perspektif ini kebiasaannya merujuk kepada Triple Bottom Line

(TBL). Dari perspektif ekonomi, ianya merujuk kepada bagaimana syarikat