strategi pembelajaran b.arab

Upload: norsyahida

Post on 08-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    1/36

    1.0 PENDAHULUAN

    Bahasa Arab (BA) merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia dan ia terus

    berkembang sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global masa kini. Tidak dinafikan

    bahasa ini mula mendapat penerimaan yang baik samada di peringkat tempatan mahupun di

    peringkat antarabangsa.

    Ekoran daripada itu, satu demi satu institusi pendidikan wujud dan bersama-samanya

    turut memperkenalkan BA sebagai medium perantaraan kedua selain daripada bahasa Inggeris.

    Bermula daripada sekolah pondok, sekolah agama rakyat, Sekolah Menengah Agama dan

    sehinggalah kepada Institusi Pengajian Tinggi yang turut memperkenalkan BA dalam sistem

    pengajian mereka. Sebagai contoh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menjadikan

    kursus BA sebagai kursus teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.

    Namun daripada pemerhatian mendapati bahawa penguasaan dan pencapaian pelajar

    dalam bahasa tersebut masih lemah dan sering dipertikaikan samada di peringkat rendah

    mahupun tinggi. Persoalan yang timbul ialah adakah ianya akibat daripada kelemahan sistem

    pengajian, corak pengajaran pensyarah ataupun sikap dan persepsi pelajar itu sendiri yang tidak

    mahu mengambil berat terhadap kursus BA ini. Justeru itu, kajian ini ingin melihat sejauh mana

    sikap dan jantina pelajar boleh memberi kesan dalam proses pembelajaran bahasa kedua

    khususnya BA.

    2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

    Permasalahan utama kajian ini ialah sikap pelajar-pelajar terhadap BA sebagai bahasa

    kedua tidak kira lelaki atau perempuan yang dilihat sangat mempengaruhi serta memberi kesan

    samada positif ataupun negatif terhadap pembelajaran bahasa tersebut.

    3.0 KAJIAN KEPUSTAKAAN1

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    2/36

    Bagi mencapai tujuan kajian, kumpulan kajian telah membuat beberapa pemerhatian

    terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap sikap dan jantina pelajar dalam proses

    pembelajaran bahasa kedua amnya dan BA khususnya.

    Aspek jantina dalam pembelajaran bahasa sering sahaja diketepikan. Menurut Ellis

    (1994), dalam The study of Second Language Acquisition setakat ini terlalu sedikit perhatian

    telah diberikan terhadap faktor sosial terutamanya aspek jantina dalam mengkaji strategi

    pembelajaran bahasa. Pengabaian aspek jantina ini merugikan para pendidik kerana guru tidak

    dapat mengetahui kekuatan atau kelemahan yang dimiliki pelajar lelaki dan perempuan ketika

    belajar bahasa samada di dalam atau di luar kelas.

    Mok Soon Sang (2001) dalam Psikologi Pendidikan Untuk KPLIpula menyatakan

    bahawa minat dan sikap seseorang terhadap pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan

    belajar yang mana seseorang yang mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran akan

    menumpukan perhatiannya terhadap pengajaran guru. Manakala Atan Long (1976) dalam

    bukunya bertajukPsikologi Pendidikan telah menyatakan hasil penyelidikannya terhadap kanak-

    kanak melayu mendapati bahawa kanak- kanak perempuan mempunyai kelebihan di dalam

    penguasaan bahasa berbanding kanak- kanak lelaki.

    Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Rakyat: Suatu kajian

    keberkesanannya di kalangan pelajar di Daerah Yan, Kedah (2003) oleh Sharmiza Bt Ahmad

    dalam kajian sarjananya memfokuskan kepada pencapaian dan kemampuan para pelajar lelaki

    dan perempuan di sekolah dalam menguasai bahasa Arab.

    Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi dan

    Sulaiman Shakib Mohd Noor (2006) telah menjalankan kajian ilmiah yang bertajukPenguasaan

    Pelajar Sekolah Menengah Aliran Agama terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab mendapati

    2

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    3/36

    bahawa pelajar-pelajar samada lelaki dan perempuan mempunyai persepsi dan minat yang

    mendalam terhadap ilmu BA.

    Untuk memastikan lelaki atau perempuan yang lebih dominan dalam pembelajaran BA,

    kajian ini akan mengkaji sikap kedua-dua jantina ini dan seterusnya membuat kesimpulan.

    4.0 ISU DI SEBALIK KAJIAN :

    Hipotesis yang biasa timbul ialah pelajar perempuan selalunya bersikap positif dalam

    mempelajari BA manakala pelajar lelaki agak negatif dalam mempelajari BA. Kajian ini akan

    mengkaji fakta tersebut dan cuba membuktikan samada hipotesis tersebut adalah satu kebenaran

    ataupun sebaliknya

    5.0 OBJEKTIF KAJIAN

    5.1- Mengenal pasti persamaan dan perbezaan sikap dan minat pelajar lelaki dan perempuan

    dalam pembelajaran BA sebagai bahasa kedua.

    5.2- Mengenal pasti cara pembelajaran BA di kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

    5.3- Meninjau dari perspektif pelajar, cara guru BA mengajar BA dalam membantu membentuk

    sikap positif serta meningkatkan minat pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap

    pembelajaran BA.

    6.0 PERSOALAN KAJIAN

    Kajian ini akan menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:

    6.1- Adakah terdapat perbezaan sikap dalam pembelajaran BA sebagai bahasa kedua di antara

    pelajar lelaki dan pelajar perempuan?

    3

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    4/36

    6.2- Apakah teknik pembelajaran BA yang amat disukai oleh pelajar lelaki dan pelajar

    perempuan?

    6.3- Adakah guru BA membantu membentuk sikap positif pelajar lelaki dan pelajar perempuan

    terhadap pembelajaran BA?

    7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa kepentingan, antaranya:

    7.1-Untuk mengenal pasti sikap pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pembelajaran

    BA bagi tujuan memperbetulkan sikap negatif kebanyakan mereka jika didapati ianya lebih

    dominan daripada sikap yang positif.

    7.2- Untuk membantu para pensyarah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan

    pembelajaran kursus BA.

    8.0 METODOLOGI KAJIAN

    Kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian tinjauan melalui soal selidik terhadap

    pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang mempelajari BA sebagai bahasa kedua. Dalam kajian

    ini, kumpulan kajian telah membahagikan soalan kepada tiga bahagian iaitu;

    1) Bahagian A: Maklumat Demografik Peribadi & Pengetahuan Umum mengenai BA

    2) Bahagian B: Sikap dan Persepsi Pelajar terhadap BA

    3) Bahagian C: Kaedah Pengajaran Pensyarah BA

    Kemudian data yang diperolehi akan diproses untuk membuat satu kesimpulan terhadap

    persoalan yang dikaji.

    4

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    5/36

    9.0 BATASAN KAJIAN

    Kajian ini ditumpukan kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus BA di Pusat Asasi,

    Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya, Selangor. Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 10

    orang pelajar perempuan tahun satu telah dipilih secara rawak daripada beberapa kursus aliran

    sains yang ditawarkan dan pendapat mereka adalah mewakili pendapat pelajar-pelajar yang

    sedang mengikuti kursus BA sebagai sebahagian daripada kursus teras di Pusat Asasi.

    10.0 DAPATAN KAJIAN

    Berikut adalah dapatan yang diperolehi hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan.

    10.1- Bahagian A: Maklumat Demografik Peribadi

    a) Taburan Responden Mengikut Jabatan dan Jantina.

    Bil JabatanJantina

    LelakiBil %

    PerempuanBil %

    1 Farmasi 5 50 5 50

    2 Sains Biologi 4 40 2 20

    3 Kesihatan dan Sains Perubatan 1 10 3 30

    Jadual 1 menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut jantina dan jenis program

    pengajian yang diikuti di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.

    Jadual ini menunjukkan sebanyak tiga jabatan yang mengambil bahagian dengan jumlah

    responden sebanyak 20 orang. Jabatan Farmasi mewakili hampir 50% daripada responden,

    manakala selebihnya terdiri daripada jabatan- jabatan lain.

    b) Latar belakang pendidikan bahasa Arab responden mengikut jantina.

    5

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    6/36

    Bil Latar Belakang Pendidikanbahasa Arab

    JantinaLelaki

    Bil %Perempuan

    Bil %1 Sekolah Tadika 1 10 - -

    2 Sekolah Rendah 2 20 3 30

    3 Sekolah Menengah 4 40 5 504 Tidak pernah belajar bahasa Arab 3 30 2 20

    Jadual 2 menunjukkan latar belakang pelajar yang sedang mengikuti kursus BA di Pusat

    Asasi UIA. Kebanyakan mereka mempunyai asas BA samada di peringkat tadika, sekolah rendah

    ataupun sekolah menengah. Sejumlah 80% pelajar perempuan telah mempunyai asas BA di

    peringkat sekolah rendah dan juga menengah berbanding dengan pelajar lelaki iaitu mewakili

    sebanyak 70% . Daripada keseluruhan responden, hanya 50% daripada mereka tidak pernah

    belajar BA.

    c) Pengetahuan Umum mengenai BA

    Pengetahuan Umum mengenaiBA JantinaLelaki

    Bil %Perempuan

    Bil %1. Meminati BA

    - Ya

    - Tidak

    2. Pandangan terhadap BA

    - Amat susah

    - Susah

    - Sederhana

    - Senang

    - Amat senang

    3. Jumlah masa yang diperuntukkan

    untuk mengulangkaji subjek BA.

    -

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    7/36

    - >2 jam 2 20

    -

    3 30

    2 20

    Jadual 3 menunjukkan sikap dan pandangan pelajar terhadap BA di kalangan responden.

    Kajian mendapati peratusan pelajar perempuan dan lelaki yang meminati BA adalah hampir

    sama. Cuma 10% daripada pelajar lelaki yang tidak meminati BA. Pandangan responden

    terhadap kursus bahasa Arab yang dilaksanakan di Pusat Asasi UIA majoritinya pada tahap

    sederhana iaitu mewakili sebanyak 90% pelajar perempuan dan 80% pelajar lelaki.

    Dari sudut masa yang yang diperuntukkan, kajian mendapati bahawa 30% pelajar

    perempuan menghabiskan masa antara sejam sehingga dua jam seminggu untuk mengulangkaji

    subjek BA di asrama. Manakala seramai 40% pula belajar melebihi dua jam seminggu. Perkara

    ini berbeza dengan corak pembelajaran pelajar lelaki. 80% belajar tidak melebihi satu jam sahaja

    di asrama, selebihnya belajar antara sejam hingga dua jam sahaja.

    Hasil kajian ini telah menjelaskan kepada kita bahawa pelajar perempuan telah

    menunjukkan kesungguhan yang agak tinggi dalam mempelajari BA, manakala pelajar lelaki

    kurang memberi tumpuan dan masa kepada bahasa Arab di asrama.

    10.2- Bahagian B: Sikap dan Persepsi Pelajar Terhadap BA

    7

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    8/36

    Sikap dan Persepsi Pelajar Terhadap BA JantinaLelaki

    Bil %Perempuan

    Bil %1. Saya sering membaca akhbar dan majalah

    dalam BA.

    - Setuju- Tidak Setuju

    2. Saya sering bertutur dengan pensyarah dan

    rakan-rakan dalam BA.

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    3. Saya sering meminjam buku BA di

    perpustakaan.

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    4. BA tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya

    saya pada masa depan

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    5. Saya sering bertanya kepada pensyarah

    tentang pelajaran BA yang tidak difahami

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    6. Saya mengulangkaji pelajaran BA setiap

    hari- Setuju

    - Tidak Setuju

    7. Saya suka membaca teks BA di asrama.

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    8. Saya selalu membuat nota dan latihan kerja

    rumah BA di asrama.

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    9. Saya mempelajari BA semata-mata untuklulus peperiksaan

    - Setuju

    - Tidak Setuju

    10. Saya suka mendengar audio dalam BA

    - Setuju

    -10 100

    7 70

    3 30

    1 10

    9 90

    4 40

    6 60

    6 60

    4 40

    5 505 50

    4 40

    6 60

    5 50

    5 50

    5 50

    5 50

    7 70

    3 30

    -10 100

    3 30

    7 70

    1 10

    9 90

    3 30

    7 70

    9 90

    1 10

    8 802 20

    5 50

    5 50

    8 80

    2 20

    2 20

    8 80

    7 70

    3 30

    8

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    9/36

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    10/36

    Hasil dapatan ini memberi gambaran persamaan dan perbezaan sikap pelajar lelaki dan

    perempuan. Iaitu tiada inisiatif daripada diri mereka untuk meningkatan kemahiran membaca BA

    ketika berada di rumah. Ini melihat kepada peratusan yang agak rendah daripada kedua-dua

    gender. Namun begitu pelajar lelaki lebih menunjukkan minat mereka bertutur dalam BA

    berbanding pelajar perempuan.Selain itu kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan

    peratusan yang agak besar dan hampir sama dalam menyatakan bahawa BA tidak penting dalam

    kerjaya mereka. Ini juga antara faktor yang mempengaruhi sikap dan minat mereka terhadap

    bahasa tersebut. Selain itu didapati ramai di kalangan mereka amat bergantung kepada latihan

    dan kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam mendalami bahasa tersebut. Jika guru kurang

    memberi latihan dan kerja rumah kepada mereka sudah pasti masa mereka belajar BA di rumah

    menjadi lebih minima. Ini juga memberi gambaran kurangnya inisiatif kendiri dalam diri mereka

    untuk memantapkan kemahiran bahasa tersebut.Secara kesimpulannya pelajar perempuan lebih

    menunjukkan minat mereka dalam pelajaran BA berbanding pelajar lelaki ini kerana ada di

    kalangan pelajar lelaki menyatakan pelajaran BA membosankan.

    10.3- Bahagian C: Kaedah Pengajaran Yang Digunakan Oleh Pensyarah dalam Kelas

    Kaedah Pengajaran Pensyarah

    Skala (%)

    Selalu Kadang-kadang Tidak pernah1. Pensyarah BA sering membantu saya

    untuk memahami bahasa Arab

    90 10 0

    2. Pengajaran dan pembelajaran Pensyarah

    BA saya senang difahami dan diikuti

    70 20 10

    3. Pensyarah BA saya menggunakan BA

    semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    30 60 10

    4. Pensyarah BA saya selalu menggalakkan

    saya berkomunikasi dalam BA

    50 50 0

    10

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    11/36

    5. Pensyarah BA saya selalu membuat latihan

    BA untuk meningkatkan prestasi saya

    dalam pembelajaran BA

    65 35 0

    6. Pensyarah BA saya menggunakan bahan

    bantu mengajar yang pelbagai dalam

    pengajarannya.

    30 60 10

    Berdasarkan dapatan di atas didapati pensyarah BA tidak selalu menggunakan BA ketika

    mengajar. Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh pensyarah tetapi mereka kurang

    menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) sebaga medium untuk meningkatkan minat pelajar

    terhadap BA. Namun begitu pensyarah sudah cuba sedaya upaya untuk menyampaikan pelajaran

    kepada pelajar dan bersedia membantu pelajar, disamping memberikan mereka latihan.

    11.0 RUMUSAN

    Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah diperolehi, para pengkaji telah membuat beberapa

    rumusan iaitu:

    11.1- Persamaan sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari BA.

    Ada cita- cita untuk menjadi penutur BA yang baik.

    Kedua- dua pelajar lelaki dan perempuan berminat dalam kemahiran mendengar.

    Kurang minat meminjam buku BA di perpustakaan.

    11.2- Perbezaan sikap antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam mempelajari BA:

    Pelajar lelaki lebih mahir dalam kemahiran bertutur BA, manakala pelajar perempuan

    lebih mahir dalam kemahiran menulis.

    Pelajar perempuan lebih suka mengulangkaji pelajaran BA berbanding pelajar lelaki.

    11

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    12/36

    Pelajar perempuan lebih suka bertanya pensyarah tentang pelajaran BA yang tidak

    difahami.

    Pelajar perempuan bersetuju bahawa belajar BA mempunyai kepentingan dan

    bukanlah semata- mata untuk lulus peperiksaan.

    Sebagai rumusannya, hasil dapatan ini memberi gambaran bahawa pelajar perempuan

    lebih berminat dan bersikap positif terhadap pembelajaran BA. Jadi hipotesis di awal kajian tadi

    ada kebenarannya namun boleh disangkal dalam aspek- aspek tertentu, contohnya pelajar

    perempuan lebih bersikap negatif dalam kemahiran bertutur BA.

    12.0 IMPLIKASI KAJIAN

    Hasil kajian mendapati guru-guru kurang mengambil berat tentang psikologi pelajar.

    Mengikut Luke (1998), jantina merupakan aspek penting yang diberi penekanan oleh ahli-ahli

    psikologi. Pelajar lelaki dikatakan lebih bersikap berani,mempunyai keyakinan diri dan mudah

    bersosial, berbeza dengan sikap pelajar perempuan yang agak pemalu dan tidak berani mencuba,

    Oleh itu para guru dituntut untuk mendalami psikologi pelajar mereka supaya proses pengajaran

    dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih efektif.

    Hasil kajian ini menjelaskan bahawa pelajar lelaki kurang berminat dalam mempelajari

    bahasa Arab, mungkin selama ini tenaga pengajar tidak mengambil berat dalam isu ini, jadi

    inisiatif yang boleh diambil ialah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan supaya guru akan

    lebih memberikan tumpuan terhadap kelemahan dan kekurangan pelajar lelaki dan perempuan.

    Senario ini kita dapat lihat berlaku di beberapa buah sekolah contohnya Sekolah Menengah

    Ugama Maahad Muhammadi (Perempuan) dan Maahad Muhammadi (Lelaki) di Kelantan.

    Kedua-dua sekolah ini menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan dari dulu hingga

    12

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    13/36

    sekarang. Namun begitu dari sudut lain, implikasi yang timbul ialah pelajar-pelajar ini kurang

    pendedahan dengan kehidupan sosial yang sebenar. Kesannya apabila mereka ke universiti

    ataupun bekerja nanti mereka akan berasa kekok dan menerima kejutan budaya kerana terpaksa

    bergaul antara lelaki dan perempuan.

    Dapatan kajian yang menarik perhatian ialah tahap kebolehan pelajar perempuan dalam

    bertutur agak lemah berbanding pelajar lelaki. Ia membuktikan pelajar perempuan juga

    mempunyai sikap negatif terhadap pembelajaran bahasa Arab,Sebagai satu tindakan yang

    proaktif, disarankan supaya tenaga pengajar bahasa Arab dapat menyediakan satu modul

    pertuturan yang sesuai dan menarik bagi mengatasi kelemahan ini.Modul ini perlulah

    menekankan aspek motivasi dan mendedahkan kepada pelajar tentang strategi komunikasi yang

    berkesan.Strategi komunikasi seharusnya dilihat sebagai unsur positif dalam pengajaran bahasa

    Arab. .Menurut Jowdat al-Rekaby (1998), pelajar-pelajar patut didedahkan kepada cara

    penggunaan strategi komunikasi yang betul supaya dapat membantu mereka menjayakan

    komunikasi dalam bahasa Arab. Implikasinya, mungkin akan menambah beban tugas guru dan

    memerlukan sokongan kewangan yang mencukupi. Namun apa yang penting objektif dapat

    dicapai, iaitu peningkatan pelajar dalam bertutur.

    Rosni Samah (2008) menjelaskan dari aspek guru juga perlu menggunakan bahasa Arab

    sepenuhnya ketika mengajar untuk membiasakan pelajar menjiwai dan memahami apa sahaja

    pengajaran yang disampaikan dalam bahasa Arab tanpa perlu diterjemahkan ke dalam bahasa

    Melayu,

    Hasil dapatan kajian menunjukkan kepada pengkaji bahawa, kedua-dua pelajar lelaki

    dan perempuan tidak berminat untuk membaca teks dan majalah arab. Jadi tindakan yang perlu

    13

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    14/36

    diambil ialah mengadakan kempen-kempen yang berterusan di samping menyediakan bahan

    bacaan yang berkesan dan menarik. Semua pihak perlu mengambil bahagian bagi menjayakan

    usaha ini. Amiruldin Ishak (2008), mencadangkan supaya guru perlu sentiasa menggalakkan

    pelajar meminjam buku di perpustakaan bagi memperluaskan perbendaharaan kata Arab dalam

    minda mereka. Dengan wujudnya usaha-usaha ke arah memartabatkan bahasa Arab ini kita harap

    suatu hari nanti bahasa Arab akan diterima sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan global.

    13.0 CADANGAN

    Bagi memperbaiki mutu pembelajaran dan pengajaran BA, pengkaji telah mengemukakan

    beberapa cadangan iaitu:

    13.1- Aspek pelajar

    Di dalam aspek pelajar ini, sikap dan minat pelajar samada lelaki atau perempuan terhadap BA

    menjadi punca kepada turun dan naiknya prestasi mereka. Sekiranya dorongan dan motivasi

    pelajar kuat untuk mempelajari sesuatu, maka dia akan berusaha untuk mendapatkannya.

    Zulkifley Hamid (1996) menyatakan bahawa individu itu sendiri yang memilih samada dia

    hendak berusaha atau tidak untuk menguasai bahasa kedua. Walaupun dipaksa untuk

    mempelajari bahasa kedua tidak semua pelajar akan berjaya.

    Cadangan : Pelajar perlu mempunyai kesedaran dan motivasi yang tinggi untuk belajar BA. Di

    samping itu, pensyarah BA juga perlu menggiatkan usaha dan kempen untuk menyedarkan

    pelajar dan mendorong mereka untuk memahami kepentingan BA di dalam kehidupan mereka

    pada masa hadapan.

    13.2- Aspek Pensyarah

    14

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    15/36

    Sikap, minat dan prestasi murid di dalam BA juga banyak dipengaruhi oleh sahsiah pensyarah

    dan perwatakannya di dalam kelas. Daripada hasil kajian ini juga, didapati pensyarah BA jarang

    memanfaatkan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran mereka.

    Cadangan : Pensyarah BA perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif semasa

    berlangsungnya P&P untuk mempengaruhi emosi dan membangkitkan mood pelajar. Pensyarah

    juga perlu kreatif serta mempelbagaikan teknik pengajaran dengan mengoptimumkan

    penggunaan BBM. Pensyarah perlu memainkan peranan sebagai fasilitator yang aktif untuk

    membimbing para pelajar.

    13.3- Aspek Sukatan

    Sukatan juga dilihat mempengaruhi proses pembelajaran BA.

    Cadangan : Pihak yang terlibat perlu mengambil kira tahap kemampuan para pelajar. Ianya

    mestilah menarik dan relevan dengan keadaan semasa, serta praktikal dalam kehidupan pelajar

    sehari- hari bagi mengelakkan rasa bosan. Sukatan yang berteraskan pelajar amat digalakkan.

    14.0 PENUTUP

    Justeru itu, diharapkan agar penemuan kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu

    pensyarah dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki

    penguasaan BA di kalangan pelajar. Galakan secara bersepadu kepada pelajar perlu agar kaedah

    15

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    16/36

    pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan kursus lain yang diikuti di samping

    untuk menarik minat sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak mengkhususkan pengajian

    dalam bidang Pengajian Islam dan BA.

    BIBLIOGRAFI

    1- Amir Awang. 1986. Teori-teori Pembelajaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti

    Sdn. Bhd.

    16

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    17/36

    2- Amiruldin Ishak. 2008. Pemerkasaan Pengajaran Bahasa Kesusasteraan dan

    Kebudayaan Arab, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    3- Atan Long. c.1,1976.Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    4- Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi dan

    Sulaiman Shakib Mohd Noor .2006. Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Aliran

    Agama terhadap Pengajian Ilmu Retorik Arab. http://eprints.utm.my/2767/1/75193.pdf

    5- Ellis, R. 1994. The study of second language acquisition. London: Oxford University

    Press.

    6- Jowdat Al-Rekaby. 1990. Turuk Tadris Al-Lughah Al-Arabiyah. Syria: Maktabah Al-

    Syarq.

    7- Mohd Bakhir Abdullah. 2008. Mekanisme penting dalam Pengajaran Bahasa Arab.Satu

    tinjauan psikologi. Universiti Islam Antarabangsa.

    8- Mok Soon Sang. c.1. 2001.Psikologi Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.

    Bhd.

    9- Rosni Samah. 2008. Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah

    Agama.Universiti Sains Islam Malaysia.

    10-Rosydi Ahmad Taimah. 1989. Talim Al-Lughah li ghairin al-Natiqin biha,Manahijuhu

    wa Asalibuhu. Makkah al- Mukarramah: Umm Al-Qura University.

    11-Sharmiza Bt Ahmad (2003), Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama

    Rakyat: Suatu kajian keberkesanannya di kalangan pelajar di Daerah Yan, Kedah,

    Disertasi Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

    17

    http://eprints.utm.my/2767/1/75193.pdfhttp://eprints.utm.my/2767/1/75193.pdf
  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    18/36

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    19/36

    BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFIK PERIBADI & PENGETAHUANUMUM MENGENAI BAHASA ARAB

    Sila tandakan ( ) dalam ruangan yang sesuai.

    1. Jantina:

    2. Umur:

    3. Jabatan:

    Kejuruteraan 1

    Farmasi 2

    Sains Biologi 3

    Sains Fizik 4

    Kesihatan dan Sains

    Perubatan5

    Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi6

    Senibina dan Rekabentuk

    Persekitaran 7

    Sains Biologi 8

    4.Adakah anda mempunyai latar belakang pendidikan Bahasa Arab

    19

    Lelaki 1

    Perempuan 2

    18 tahun 1

    19 tahun 2

    20 tahun 3

    21 tahun 4

    > 22 tahun 5

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    20/36

    Jika Ya, sila tandakan ruangan di bawah:

    Sekolah Rendah 1

    Sekolah Menengah 2

    5.Adakah anda meminati Kursus Bahasa Arab?

    a. Ya

    b.Tidak

    Jika tidak, sebutkan alasannya. ____________________________________________________

    _____________________________________________________________________________

    6.Apakah pandangan anda terhadap Kursus Bahasa Arab di UIA

    a. Amat susah

    b.Susah

    c. Sederhana

    d. Senang

    e. Amat senang

    7.Berapa jamkah masa yang anda gunakan untuk mengulangkaji subjek bahasa Arab di asrama ?

    a. < 1 jam

    b.1- 2 jam

    c. > 2 jam

    20

    Ya 1

    Tidak 2 (Jika Tidak, sila terus ke bahagian B)

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    21/36

    BAHAGIAN B: SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP BAHASA ARAB

    Pernyataan-pernyataan berikut adalah menggambarkan sikap dan persepsi anda terhadap

    pembelajaran Bahasa Arab. Nyatakan tahap bagi setiap pernyataan yang berhubungkait

    dengan anda sekarang.

    Bulatkan nombor yang sesuai berpandukan kepada skala berikut:

    1 = Sangat tidak bersetuju2 = Tidak bersetuju

    3 = Sederhana setuju

    4 = Setuju5 = Sangat bersetuju

    Perkara Skala

    8. Saya sering membaca akhbar dan majalah dalam bahasaArab.

    1 2 3 4 5

    9. Saya sering bertutur dengan pensyarah & rakan-rakan

    dalam bahasa Arab.

    1 2 3 4 5

    10. Saya sering meminjam buku bahasa Arab di perpustakaan. 1 2 3 4 5

    11. Bahasa Arab tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya saya

    pada masa depan.

    1 2 3 4 5

    12. Saya sering bertanya kepada pensyarah tentang pelajaran

    bahasa Arab yang tidak difahami.

    1 2 3 4 5

    13. Saya mengulangkaji pelajaran Bahasa Arab setiap hari 1 2 3 4 5

    14. Saya suka membaca teks bahasa Arab di asrama. 1 2 3 4 5

    15. Saya selalu membuat nota dan latihan kerja rumah bahasaArab di asrama.

    1 2 3 4 5

    16. Saya suka mendengar audio dalam bahasa Arab. 1 2 3 4 5

    17. Saya suka menulis karangan dalam bahasa Arab. 1 2 3 4 5

    18. Saya mempelajari bahasa Arab semata- mata untuk luluspeperiksaan.

    1 2 3 4 5

    19. Pelajaran bahasa Arab adalah pelajaran yang

    membosankan.

    1 2 3 4 5

    BAHAGIAN C:KAEDAH PENGAJARAN PENSYARAH BAHASA ARAB

    21

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    22/36

    Pernyataan-pernyataan berikut adalah menggambarkan aspek-aspek berkaitan pengajaran

    pensyarah Bahasa Arab anda. Sila nyatakan persetujuan anda terhadap item-item berikut di

    bawah berdasarkan sejauh manakah ianya tepat seperti yang anda rasakan.

    Bulatkan nombor yang sesuai berpandukan kepada skala berikut:

    1 = Tidak pernah

    2 = Jarang- jarang3 = Kadang- kadang

    4 = Selalu

    Perkara Skala

    20. Pensyarah bahasa Arab sering membantu saya untuk memahamibahasa Arab.

    1 2 3 4

    21. Pengajaran dan pembelajaran Pensyarah bahasa Arab saya senang

    difahami dan diikuti.

    1 2 3 4

    22. Pensyarah bahasa Arab saya menggunakan bahasa Arab semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    1 2 3 4

    23. Pensyarah bahasa Arab saya selalu menggalakkan saya

    berkomunikasi dalam Bahasa Arab

    1 2 3 4

    24. Pensyarah bahasa Arab saya selalu membuat latihan bahasa Arab

    untuk meningkatkan prestasi saya dalam pembelajaran bahasa Arab.

    1 2 3 4

    25. Pensyarah bahasa Arab saya menggunakan bahan bantu mengajar

    yang pelbagai dalam pengajarannya.

    1 2 3 4

    26. Apakah cita- cita dan harapan anda terhadap Bahasa Arab ?

    __________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________

    __

    27. Saya rasa pembelajaran Bahasa Arab akan lebih menarik sekiranya ; (Sila kemukakancadangan anda)

    a)________________________________________________________________________

    b)________________________________________________________________________

    c)________________________________________________________________________

    22

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    23/36

    LAMPIRAN B : CARTA

    BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFIK PERIBADI & PENGETAHUAN UMUMBAHASA ARAB

    1- Perbezaan antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan mengikut jabatan.

    23

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    24/36

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    25/36

    4- Minat pelajar terhadap bahasa Arab mengikut jantina.

    5- Pandangan pelajar terhadap kursus bahasa Arab di Pusat Asasi UIA

    6- Jumlah masa digunakan untuk mengulangkaji bahasa Arab.

    25

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    26/36

    BAHAGIAN B: SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS BAHASAARAB

    1- Bilangan pelajar yang sering membaca akhbar dan majalah dalam BA mengikut jantina.

    2- Bilangan pelajar yang sering bertutur dalam BA

    26

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    27/36

    3- Bilangan pelajar yang sering meminjam buku BA di perpustakaan.

    4- BA tidak begitu bermanfaat dalam kerjaya pelajar mengikut jantina

    5- Bilangan pelajar yang sering bertanya kepada pensyarah tentang BA

    27

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    28/36

    6- Bilangan pelajar yang mengulangkaji BA setiap hari mengikut jantina

    7- Bilangan pelajar yang suka membaca teks BA di asrama mengikut jantina.

    8- Bilangan pelajar yang sering membuat nota dan latihan kerja rumah BA mengikut jantina.

    28

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    29/36

    9- Bilangan pelajar yang mempelajari BA semata- mata untuk lulus peperiksaan.

    10- Bilangan pelajar yang suka mendengar audio dalam BA.

    11- Saya suka menulis karangan BA

    29

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    30/36

    12- Pelajaran BA adalah membosankan.

    BAHAGIAN C: KAEDAH PENGAJARAN PENSYARAH

    30

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    31/36

    1- Pensyarah BA sering membantu pelajar untuk memahami BA.

    2- Pengajaran dana pembelajarn Pensyarah BA senang difahami dan diikuti.

    3- Pensyarah menggunakan BA semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

    4- Pensyarah selalu menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam BA

    31

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    32/36

    5- Pensyarah selalu membuat latihan BA untuk meningkatkan prestasi pelajar.

    6- Pensyarah selalu menggunakan BBM yang pelbagai.

    32

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    33/36

    ISI KANDUNGAN

    BIL PERKARA HALAMAN

    33

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    34/36

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    35/36

    TAJUK : PERBEZAAN SIKAP ANTARA PELAJAR LELAKI

    DAN PEREMPUAN TERHADAP PEMBELAJARAN

    BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA

    SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN

    TXGB6101

    LINGUISTIK TERAPAN

    35

  • 8/7/2019 strategi pembelajaran b.Arab

    36/36

    PENSYARAH:

    DR JAWAKHIR MIOR JAAFAR

    PN AINUN ROZANA MOHD ZAID

    KUMPULAN KAJIAN:

    KUNG SHIAO TAN TGA080001

    NOR SYAHIDA AHMAD TGA090006

    RAJA HAZIRAH RAJA SULAIMAN TGA090021

    FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK,

    UNIVERSITI MALAYA

    SESI 2009/ 2010