storyboard

20

Upload: aiman-aniq-azzuhairy

Post on 16-Jan-2016

350 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SENI DALAM PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Storyboard
Page 2: Storyboard

NAMA :NOOREHA BT JOHARI

• MATRIK : IPG/KPT/PPG/2011/MT/W0004/017• KAD PENGENALAN : 8201316085092• KURSUS : MATEMATIK 1/AMBILAN JUN 2011• TAJUK TUGASAN : STORY BOARD CERITA RAKYAT SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA• PENSYARAH : EN.ABD HAMID BIN TAN

Page 3: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 1 )

PENCERITAAN :

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi dirimba. Tiba-tiba

datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu.

Dialog:

Arnab : Eh! Kura-kura. Adak au di sini. Mahu ke mana kau?

Kura-kura : Ya, Arnab. Aku tak ke mana-mana.

Page 4: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 2 )

Dialog:

Arnab : Kura-kura, Kura-kura. Kasihan aku tengok kau ni. Jalan pun lambat. Bila kau mahu tiba ke

destinasi.

Kura-kura : Tak apalah Sang Arnab. Dah memang aku begini, aku redha.

PENCERITAAN :

Kura-kura terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi. Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang

Kura-kura seperti tidak mengambil tahu akan sindirannya tadi. Lalu diea mencabar Sang Kura-kura dengan niat

mahu memalukannya.

Page 5: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 3 )

Dialog:

Arnab : Apa kata, kalau kita berlumba Kura-kura. Saja aku mahu bersaing dengan kau.

Kura-kura : Tidak apalah Arnab.

Arnab : Aku tidak peduli kuraa-kura. Kau mesti berlumba dengan aku juga besok. Aku tunggu dekat tebing

sungai sana.

Page 6: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 4 )

PENCERITAAN :

Keesokan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang

Kura-kura. Sang kancil menjadi pengadilnya.

Dengan pantasnya, Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedangkan Sang Kura-

kura masih berjalan perlahan di belakangnya.

Page 7: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 5 )

PENCERITAAN :

Setelah jauh meninggalkan Sang Kura-kura, Sang Arnab berhenti berehat seketika di bawah sebatang pokok sambil

memerhatikan kelibat Sang Kura-kura jauh dibelakangnya.

Dialog:

Arnab : Ah! Pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura. Garisan penamat pun dah dekat, mengantuk pula aku. Baik

aku tidur sekejap. Bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti belum memintas aku.

Page 8: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 6 )

PENCERITAAN :

Fikir Sang Arnab dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

Page 9: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 7 )

PENCERITAAN:

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan

Sang Arnab, Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.

Page 10: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 8 )

PENCERITAAN:

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terkejut dan terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari

menuju garisan penamat

Dialog : Ish! Lama pula aku tidur. ENtah – entah Sang Kura-kura sudah memintas aku.

Page 11: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 9 )

PENCERITAAN:

Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatan Sang Kura-kura menerima ucapan tahniah dari binatang

rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu.

Page 12: Storyboard

STORY BOARD : SANG ARNAB DAN SANG KURA-KURA( 10 )

PENCERITAAN :

Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil

diketawakan para penghuni rimba yang lain.

Page 13: Storyboard
Page 14: Storyboard
Page 15: Storyboard

PENGAJARAN DARI CERITA SANG ARNAB DAN SANG KURA - KURA

Kita janganlah terlalu sombong dan memandang rendah dengan

kelemahan orang lain. Tidak semestinya yang kuat selalu diatas. Dan

tidak semestinya yang lemah itu selalu ditindas.

Page 16: Storyboard
Page 17: Storyboard

Laporan Penyediaan Papan Cerita

Allhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan dan semangat untuk menyiapkan tugasan ini.

Walaupun pada mulanya saya agak keliru dan tidak begitu faham namun setelah saya membuat rujukan dalam

internet saya mula memahami tentang ciri-ciri dan penggunaan papan cerita ini. Semasa menyiapkan tugasan ini

saya telah menemui pelbagai contoh atau bentuk papan cerita yang membuatkan saya lebih memahami akan

kepentingannya. Disamping itu banyak maklumat yang saya perolehi bukan hanya teknik penghasilan papan cerita

sahaja namun isi atau bahan yang dipaparkan sangat manfaat.

Papan cerita juga mestilah sama dengan cerita yang kita akan sampaikan melalui rakaman video. Sekiranya

papan cerita dihasilkan dengan teliti, maka dapat dijadikan salah satu alat bantu mengajar yang menyeronokkan bagi

murid. Dengan papan cerita kita boleh merangsang minda murid bercerita dan seterusnya berlakon dengan

berpandukan watak – watak yang tersedia. Pembelajaran yang menyeronokan akan menjadikan murid mudah

mengingat dan secara tidak langsung objektif pembelajaran akan mudah dicapai. Dalam penghasilan papan cerita ini ,

saya mendapat kemahiran baru iaitu menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya seperti perisian grafik, paint dan

merujuk internet.

Pada pendapat saya murid-murid juga harus diberi peluang dalam menghasilkan papan cerita seperti ini untuk

menjadikan pengajaran ICT lebih menyeronokkan dan mencabar murid. Apa juga yang berkaitan dengan ICT sudah

pasti murid-murid kita akan lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Disamping itu juga mereka lebih

mudah menerima pembelajaran dan pengajaran apa juga pelajaran.

Sekian terima kasih.

Page 18: Storyboard