status tesis file1.6 kepentingan kajian 7 1.7 definisi istilah 7 1.8 batasan kajian 10 1.9 skop...
TRANSCRIPT
TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI
ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH JOHOR BAHRU.
NOOR AZAM BIN YUSOFF
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________ Nama Penulis : NOOR AZAM BIN YUSOFF Tarikh : MAC 2004
iii
“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)”.
Tandatangan : __________________ Nama Penyelia : EN. MOHD SAFARIN BIN NORDIN Tarikh : MAC 2004
* Potong yang tidak berkenaan.
iv
DEDIKASI
KHAS BUAT …………. Isteriku yang tercinta Siti Mariam Bt Mohd Tuah …. Pengorbananmu tidak sia-sia….puteri-puteriku yang comel serta disayangi : Siti Noor Syafiqah Hafizah, Siti Noor Syuhaidah Hafizah dan Siti Noor Nadirah Hafizah. Sesungguhnya kalianlah pembakar semangat buatku untuk terus berjuang…… Buat ibuku, ibu dan bapa mertua serta seluruh keluarga , Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya jutaan terima kasih di atas segala-galanya. Kejayaan ini pastinya tidak akan dapat ku genggam tanpa dorongan dan pengorbanan yang diberikan. Doa restu kalian membuahkan segunung impian menjelma menjadi kenyataan….. Dan buat rakan seperjuangan …… terima kasih diatas kerjasama yang kalian hulurkan. Semoga dengan kejayaan ini dapat bersama kita memartabtkan profesion yang kita junjung dan memanfaatkannya buat anak bangsa ….. Insyaallah.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta sekian alam semesta,
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w dan seluruh keluarga
serta sahabat.
Penulis ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek
sarjana muda, En Mohd Safarin B. Nordin di atas bimbingan, panduan serta
pandangan yang diberikan tanpa mengenal jemu sepanjang tempoh menjalankan
penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada EPRD, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua-pengetua sekolah yang
terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan yang diberikan untuk
menjayakan projek penyelidikan ini.
Penghargaan juga kepada teman-teman seperjuangan , pihak-pihak yang
terlibat bagi menjayakan projek penyelidikan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
vi
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskritif yang berbentuk tinjaun.
Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang telah mempengaruhi
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta tingkatan empat di enam buah
sekolah menengah yang mengambil elektif Reka Cipta dalam daerah Johor Bahru.
Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian apakah faktor minat, strategi pengajaran
guru, persekitaran dan kemudahan kelengkapan dalam mempengaruhi pembelajaran
pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Data-data yang dikumpul menggunakan
kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for Windows
11.0 serta dilaporkan mengikut min, frekuensi dan peratusan. Hasil daripada kajian
menunjukkan faktor minat dan strategi pengajaran guru amat mempengaruhi
pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta, sementara faktor persekitaran
dan kelengkapan berada pada tahap sederhana mempengaruhi. Adalah diharapkan
hasil kajian ini akan dapat membantu pendidik dan pihak-pihak yang mempunyai
hubungan dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pencapaian peperiksan
mata pelajaran Reka Cipta.
vii
ABSTRACT
This is a descriptive study which to observe the factors effected form four
students learning in a Reka Cipta subject. The study involves six secondary schools
in Johor Bahru. The purpose of this study is to identify the effected factors towards
the students learning in a Reka Cipta subject. The data is collected by using
questionnaires and has been analyzed by SPSS for Windows 11.0. It has reported
based on mean, frequency and percentage. The result shows that student’s interest
and teachers teaching strategy are great factors whereby schools environment and
facilities are average factors in affected towards the students learning in a Reka Cipta
subject. Hopefully this study will benefit the teachers and the concerned authorities
to get the excellence in this subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAHAGIAN SATU
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
ix1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 7
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Skop Kajian 10
1.10 Penutup 10
BAHAGIAN 2
BAB II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 12
2.2 Minat 14
2.3 Strategi Pengajaran Guru 16
2.4 Persekitaran 21
2.5 Kemudahan Kelengkapan 25
2.6 Penutup 27
BAHAGIAN 3
BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi Kajian 30
x 3.5 Instrumen Kajian 30
3.6 Kajian Rintis 32
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Pengumpulan Data 34
3.9 Analisis Data 35
3.10Penutup 37
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Hasil Kajian 40
4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 40
4.2.1.1 Analisis Responden Berdasarkan Jantina 41
4.2.1.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 42
4.2.1.3 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun Reka Cipta Tingkatan Empat 42
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 42
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 43
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 46
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 49
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 52
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
xi5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 56
5.2.1 Rumusan Profil Responden 57
5.2.2 Rumusan Berdadarkan Persoalan Kajian 58
5.2.2.1 Faktor Minat 58
5.2.2.2 Faktor Pengajaran Guru 58
5.2.2.3 Faktor Persekitaran 59
5.2.2.4 Faktor Kelengkapan 59
5.3 Perbincangan
5.3.1 Faktor minat Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 60
5.3.2 Faktor Pengajaran Guru Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta 61
5.3.3 Faktor Persekitaran Mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta 62
5.3.4 Faktor Kemudahan Kelengkapan
Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam
Mata Pelajaran Reka Cipta 63
5.4 Cadangan
5.4.1 Pelajar 65
5.4.2 Guru 66
5.4.3 Ibu Bapa 67
5.4.4 Sekolah 67
5.4.5 Jabatan Pendidikan Negeri Johor 68
5.4.6 Kementerian Pendidikan 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.6 Penutup 69
xii
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 73
BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 78
B Surat Kebenaran EPRD 84
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 86
D Surat Pengenalan Diri 87
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 4
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
3.1 Jadual Bilangan Responden Mengikut Sekolah 30
3.2 Skala Likert Lima Mata 32
3.3 Markat Skala 3 Mata 36
3.4 Klasifikasi Soalan Mengikut Persoalan Kajian 36
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan 42
4.4 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden
Terhadap Minat 43
4.5 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden
Terhadap Faktor Pengajaran Guru 46
4.6 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Terhadap Faktor
Persekitaran 49
4.7 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden
Terhadap Faktor Kemudahan Kelengkapan 52
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik 78
B Surat Kebenaran Bahagian EPRD, Kementerian Pendidikan 84
Malaysia
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan Pendidikan 86
Negeri Johor
D Surat Perakuan Diri 87
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
BPG Bahagian Pendidikan Guru
CADD Computer Aided Design and Drafting
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
INTAN Institut Tadbiran Awam Negara
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Package for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara kita sedang menuju ke arah negara perindustrian berasaskan
maklumat dan perkembangan teknologi tinggi. Dalam sistem pendidikan kita
tercabar untuk meningkatkan lagi tahap kesediaan dan keupayaan yang berbeza-beza.
Dalam dunia masa kini, perbahasa ‘ education is a great social leveller’ yang kita
sanjung semakin terhakis kebenarannya dan semakin jauh dari realiti. Ini perkara
yang harus difikirkan bagi menyahut cabaran aspirasi negara untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020.
Pelajar juga perlulah menguasai mata pelajaran yang mereka pelajari bagi
merealisasikan cabaran tersebut. Bagi menyediakan pelajar, sistem pendidikan kita
perlu kepada perubahan seiring dengan perkembangan pesat arena keilmuan global
dalam bidang pendidikan, ditambah pula dengan pelbagai agenda reformasi dan
anjakan paradigma dari semasa ke semasa semenjak Akta Pendidikan 1996
dikuatkuasakan. Menurut Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof.
Datuk Dr Anuwar Ali ( Berita Harian, 7 November 2000), namun dari masa ke
semasa terdapat beberapa faktor yang membawa perubahan sistem pendidikan seperti
dalam matlamat untuk menjadi negara maju, kekuatan yang perlu ditonjolkan ialah
keupayaan Sains dan Teknologi agar masyarakat menjadi komuniti berilmu dan
berpengetahuan tinggi serta kreatif.
2 Daripada apa yang diperkatakan oleh Dr Anuwar itu, untuk membawa kepada
perubahan dalam sistem pendidikan kita mesti berbalik kepada matlamat kita untuk
menjadi negara maju. Ini penting supaya hala tuju sistem pendidikan tidak lari dari
matlamat sebenar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan
negara dari peringkat sekolah hingga universiti perlu berada di atas landasan yang
betul untuk melahirkan manusia berilmu agar matlamat untuk menjadi negara maju
seperti digariskan menerusi wawasan 2020. ( Berita Harian, 7 November 2000 ).
Y. A. B Datuk Sri Dr. Mahathir Muhamad memperkatakan hal ini semasa
pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1994 ( INTAN, 1994 ).
Kertas kerja ini mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja bertajuk “Malaysia –
Melangkah Ke Hadapan.” Untuk mencapai hasrat itu warga pendidik perlu
menggembeling tenaga dan bermuafakat agar matlamat yang ingin dicapai akan
menjadi kenyataan.
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan
tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di
peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada
negara. Matlamat ini adalah untuk menjadi negara kita mengikut acuan sendiri
tanpa terikut dengan negara maju lain yang sedia ada sekarang.
Bagi mencapai hasrat ini, salah satu cabaran yang harus dihadapi ialah
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi
juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.
Kemajuan Keupayaan Sains dan Teknologi adalah salah satu cabaran
wawasan 2020 di mana Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan
menyelaraskan sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai
hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang
berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menyumbang kepada kemajuan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan” ( INTAN, 1994 ).
3 Bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu, mata pelajaran Reka Cipta telah
mula diperkenalkan di sekolah-sekolah percubaan mulai 1994 dan diperkenalkan
sepenuhnya pada tahun 1996 sebagai satu mata pelajaran pilihan ( Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 1998 ). Ini merupakan salah satu perancangan jangka
panjang ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang
kreatif, inventif dan inovatif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996b ). Melalui
mata pelajaran reka cipta adalah diharapkan negara dapat mengetengahkan bakat-
bakat baru yang berkebolehan di kalangan pelajar. Ini membolehkan negara
melahirkan pereka cipta yaang boleh mencipta pelbagai produk baru dan seterusnya
membantu negara mencapai wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata Pelajaran Reka Cipta Menengah Atas telah mula diperkenalkan di
sekolah-sekolah percubaan mulai tahun 1994 sebagai satu mata pelajaraan elektif di
bawah kumpulan II Vokasional dan Teknologi. Terdapat sebanyak 122 buah
sekolah di seluruh Malaysia yang menawarkan subjek ini dan seramai 3563 orang
yang mengambil subjek ini pada tahun 1998. Namun begitu pada tahun berikutnya
iaitu pada tahun 1999 bilangan sekolah telah meningkat kepada 172 buah sekolah
dengan 3903 orang pelajar telah mengambil mata pelajaran ini ( Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001 ).
Berdasarkan pembentangan keputusan matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia
1999 hingga 2002 oleh Menteri pendidikan Malaysia mendapati, pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran ini di peringkat SPM menunjukkan 99.7 peratus calon lulus
pada tahun 1999, manakala tahun 2000 pula 98.6 peratus calon telah lulus,
seterusnya pada tahun 2001 pula terdapat sedikit penurunan iaitu sebanyak (0.5%)
kepada 98.1 peratus dan yang terbaharu pada tahun 2002 ianya meningkat sedikit
kepada 99.2 peratus.
4Jadual 1.1 : Analisis Peperiksaan (SPM) Bagi Reka Cipta
1999
2000
2001
Bil.
GRED
Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus
1. 1 7 1.4 264 60 285 55
2. 2 16 3.3 93 21 125 24
3. 3 168 34 58 13 74 14
4. 4 136 28 21 4.7 29 5.6
5. 5 70 14 3 0.7 7 1.4
6. 6 37 7.6 1 0.2 1 0.2
7. 7 38 7.8 1 0.2 0 0
8. 8 9 1.8 1 0.2 0 0
9. 9 7 1.4 0 0 0 0
10. LULUS 481 98.6 443 100 518 100
11. JUMLAH 488 100 443 100 518 100
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2003.
Berdasarkan analisis pencapaian matapelajaran Reka Cipta Sijil Pelajaran
Malaysia 1999-2001, (Jadual 1.1) yang di keluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Johor menunjukkan pencapaian matapelajaran ini adalah pada tahap yang tidak
konsisten.
Pada tahun 1999 seramai 4.7 % calon mendapat pangkat A1 dan A2 dalam
matapelajaran Reka Cipta. Manakala pada tahun 2000 pula seramai 80.5 %
mendapat gred A1 dan A2. Itu menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara
dalam tempoh dua tahun tersebut. Walaubagaimanapun, pada tahun berikutnya
terdapat penurunan (1.5%) pencapaian gred A1 dan A2 dalam matapelajaran Reka
Cipta.
Sungguhpun peratus kelulusan dan jumlah pencapaian gred A1 dan A2
adalah tinggi namun pencapaian matapelajaran ini tidak begitu konsisten. Menurut
5Ketua Nazir Sekolah Malaysia, Abd.Rahim Tahir pelajar dianggap berprestasi rendah
jika hanya mendapat gred C3 dan ke bawah (Utusan Malaysia 28.8.2000).
Jika perkara ini berterusan ianya akan membantutkan atau menggugat
matlamat dan impian negara untuk melahirkan ramai individu yang akan menjadi
penyumbang kepada pembangunan teknologi. Justeru itu untuk mencapai matlamat
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, negara mestilah dapat melahirkan
seberapa ramai individu yang mempunyai daya cipta yang tinggi dan cemerlang.
Berdasarkan Dokumen Pentaksiran Projek Reka Cipta SPM 2004 ( Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2004 ) pelajar yang mengambil matapelajaran Reka Cipta
akan dinilai melalui hasil projek Reka Cipta dan peperiksaan bertulis. Oleh yang
demikian, pelajar akan dinilai bukan sahaja melalui keupayaan kemahiran tangan
sahaja, malahan juga akan dinilai dari aspek kognitif.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah di mana mata pelajaran reka cipta yang
mula diperkenalkan sepenuhnya pada tahun 1996 dan statistik keputusan mata
pelajaran Reka Cipta SPM oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, didapati
pencapaian mata pelajaran Reka Cipta tidak berada pada tahap seratus peratus
cemerlang.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di sekolah-
sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.