spm 2015 milikan tunggal sbp

Upload: erika-lee

Post on 20-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    1/11

    BCL-KKPP 2015

    1

    ULANGKAJI SPM 2015PENYATA KEWANGAN MILIKAN TUNGGALPERCUBAAN SBP 2015

    Puan Diana Sofia telah memulakan Perniagaan Jati DSofia pada 1 Julai 2013. Perabot jati yang dijual

    di kedai beliau diimport dari Jepara, Indonesia.

    Pada 1 Julai 2014, perniagaan beliau diteruskan dengan baki stok barang niaga bernilai RM34 270.

    Baki pada 30 Jun 2015:

    RM

    Modal 150 000

    Belian 135 820

    Jualan 237 000

    Komisen diterima 2 500

    Angkutan masuk 1 320

    Sewa dibayar 20 000

    Duti atas belian 6 031

    Insurans 2 400

    Alat tulis 1 075

    Kenderaan 65 000

    Alatan pejabat 28 000

    Penghutang 29 500

    Bank 85 000

    Tunai 2 480

    Diskaun diberi 1 630

    Ambilan 1 692

    Pemiutang 14 500

    Susut nilai terkumpul:

    Kenderaan 6 500

    Alatan pejabat 1 050

    Peruntukan hutang ragu 1 240Pulangan keluar 1 428

    Maklumat tambahan:

    i. Stok pada 30 Jun 2015 berjumlah RM10 470 pada harga kos dan RM10 740 pada harga

    pasaran.

    ii.

    Stok alat tulis pada 30 Jun 2015 berjumlah RM275.

    iii.

    Pembekal akan memberikan komisen RM250 sebulan jika syarikat dapat mencapai nilai

    jualan melebihi RM10 000 sebulan. Setiap bulan syarikat berjaya mencapai sasaran yang

    ditetapkan.

    iv.

    Duti atas belian dikenakan sebanyak 5% bagi setiap barang niaga yang diimport dari Jepara,Indonesia. Belian bagi bulan Jun 2015 bernilai RM15 200 masih belum dibayar duti.

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    2/11

    BCL-KKPP 2015

    2

    v.

    Sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah RM1 500 belum

    direkodkan dalam mana-mana buku.

    vi. Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar.

    vii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 4% atas penghutang bersih.

    viii. Susut nilai aset bukan semasa;

    Kenderaan Alatan pejabat10% kaedah baki berkurangan 5% kaedah garis lurus

    Anda dikehendaki:

    a.

    merekodkan pelarasan (vi) dan (vii) ke dalam Jurnal Am.

    (keterangan tidak diperlukan)

    b. menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015.

    c. menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2015.

    Beberapa perkara perlu difahami sebelum menjawab:

    Perhatikan ke manakah Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Kontra direkodkan. Ini sangatpenting bagi mengelakkan pelajar kehilangan markah akibat memasukkan butiran asing ke dalam

    penyata yang tidak sepatutnya.

    Rajah di atas boleh dikembangkan menjadi format asas Penyata Kewangan seperti di bawah:

    PENYATA

    PENDAPATAN

    HASIL BELANJA

    KONTRA

    HASIL

    KONTRA

    BELANJA

    KUNCI

    KIRA-KIRA

    ASET LIABILITI EKUITI

    PEMILIK

    KONTRA

    ASETKONTRA

    EKUITI

    PEMILIK

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    3/11

    BCL-KKPP 2015

    3

    Langkah-langkah menjawab soalan:

    Adalah disyorkan pelajar melabel setiap item Imbangan Duga / senarai baki mengikut kaedah yang

    pelajar selesa. Terdapat pelajar menggunakan nombor atau warna. Contoh ini menggunakan

    pelabelan abjad seperti ringkasan format asas Penyata Kewangan di muka surat sebelum ini. Catat

    juga pelarasan yang dibuat secara ringkas.

    Petikan soalan:

    Puan Diana Sofia telah memulakan Perniagaan Jati DSofia pada 1 Julai 2013. Perabot jati yang dijual

    di kedai beliau diimport dari Jepara, Indonesia.

    Pada 1 Julai 2014, perniagaan beliau diteruskan dengan baki stok barang niaga bernilai RM34 270.

    Baki pada 30 Jun 2015:

    RM

    Modal - EP 150 000Belian - KJ 135 820

    Jualan - J 237 000

    Komisen diterima - H 2 500

    Angkutan masuk - KJ 1 320

    Sewa dibayar - B 20 000

    Duti atas belian - KJ 6 031

    Insurans - B 2 400

    Alat tulis - B 1 075

    Kenderaan - ABS 65 000

    Alatan pejabat - ABS 28 000

    Penghutang - AS 29 500

    Bank - AS 85 000

    Tunai - AS 2 480

    Diskaun diberi - J -KONTRA 1 630

    Ambilan - EP -KONTRA 1 692

    Pemiutang - LS 14 500

    Susut nilai terkumpul:

    Kenderaan - ABS -KONTRA 6 500

    Alatan pejabat - ABS -KONTRA 1 050

    Peruntukan hutang ragu - AS -KONTRA 1 240

    Pulangan keluar - KJ -KONTRA 1 428

    -275 =800

    3000

    +760 =6791

    -1500 =28000

    +4000 =24000

    1120

    +5850 =12350

    +1400 =2450

    Stok awal - KJ

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    4/11

    BCL-KKPP 2015

    4

    Huraian Maklumat tambahan:

    i. Stok pada 30 Jun 2015 berjumlah RM10 470 pada harga kos dan RM10 740 pada harga

    pasaran.

    Penerangan: Pilih nilai stok akhir terendah. Abaikan kos atau pasaran.

    ii. Stok alat tulis pada 30 Jun 2015 berjumlah RM275.

    Penerangan:Baki stok alat tulis RM275 direkod sebagai aset semasa di dalam Kunci Kira-kira.

    Alat tulis yang telah digunakan direkod sebagai belanja di dalam Penyata Pendapatan iaitu

    RM800 (RM1075 RM275).

    iii.

    Pembekal akan memberikan komisen RM250 sebulan jika syarikat dapat mencapai nilai

    jualan melebihi RM10 000 sebulan. Setiap bulan syarikat berjaya mencapai sasaran yang

    ditetapkan. 250 x12 =3000 (H) 2500 =500 komisen terakru (AS)Penerangan: Komisen yang sepatutnya diterima ialah RM3000 (RM250 x 12 bulan). Jumlah

    ini akan diiktiraf sebagai hasil dalam Penyata Pendapatan. Imbangan Duga menunjukkankomisen yang telah diterima ialah RM2500, jadi terdapat komisen diterima terakru RM500

    (RM3000 RM2500) dicatat sebagai aset semasa di dalam Kunci Kira-kira.

    iv. Duti atas belian dikenakan sebanyak 5% bagi setiap barang niaga yang diimport dari Jepara,

    Indonesia. Belian bagi bulan Jun 2015 bernilai RM15 200 masih belum dibayar duti.

    5% x15200 =760 -Duti atas belian terakru (LS)Penerangan:

    Kesemua belian bulan Jun RM15200 dikenakan duti 5% kerana syarikat memang menjual

    perabot dari Jepara Indonesia sahaja seperti dinyatakan di awal ayat pembukaan soalan. Jadi

    jumlah duti atas belian di Penyata Pendapatan ialah RM6791 (RM6031 + RM760) dan amaun

    terakru direkod sebagai liabiliti semasa di dalam Kunci Kira-kira.

    v. Sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah RM1 500 belum

    direkodkan dalam mana-mana buku.

    Pulangan Jualan 1500 J -KONTRAPenerangan: Nota kredit dikeluarkan kepada pelanggan kerana pelanggan (penghutang)

    membuat pulangan barang (pulangan masuk / jualan). Oleh kerana ianya belum lagi direkod,

    maka kesannya ialah akan wujudnya item pulangan masuk RM1500 di Penyata Pendapatan

    dan Penghutang akan ditolak hutangnya pada nilai yang sama.

    vi.

    Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar.

    20000 10 =2000 x2 =4000 sewa dibayar terakru (LS)Penerangan:Sewa dibayar RM20000 di dalam Imbangan Duga adalah untuk 10 bulan. Jadi,

    sewa sebulan ialah RM2000. Jumlah sewa yang diiktiraf sebagai belanja di Penyata

    Pendapatan ialah RM24000 dan RM4000 yang masih terakru dicatat sebagai Liabiliti Semasa

    di dalam Kunci Kira-kira.

    vii. Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 4% atas penghutang bersih.

    PHR =4% x28000 =1120 AS -KONTRAPP -1240 1120 =120 pengurangan hutang ragu (H)Penerangan: Untuk mengira Peruntukan Hutang Ragu, nilai bersih penghutang perlu

    digunakan iaitu RM28000 setelah mengambil kira pelarasan (v). Peruntukan Hutang Ragu

    baru RM1120 lebih rendah daripada baki lama di Imbangan Duga RM1240 dan pengurangan

    KJ AS

    AS

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    5/11

    BCL-KKPP 2015

    5

    hutang ragu sebanyak RM120 (RM1240 RM1120) direkod sebagai hasil di Penyata

    Pendapatan.

    viii. Susut nilai aset bukan semasa;

    Kenderaan Alatan pejabat

    10% kaedah baki berkurangan 5% kaedah garis lurus

    Susut nilai kenderaan =(65000 6500) x10% =5850 (B)

    Susut nilai alatan pejabat =28000 x5% =1400 (B)Penerangan:

    Rumus susut nilai kaedah baki berkurangan ialah: (Kos S.Nilai Terkumpul) x %SN

    Rumus susut nilai kaedah garis lurus ialah: Kos x %SN

    Pengiraan susut nilai tahun semasa direkod sebagai belanja di dalam Penyata Pendapatan

    dan ditambah pada amaun susut nilai terkumpul di dalam Kunci Kira-kira.

    JAWAPAN CATATAN PELARASAN

    a. merekodkan pelarasan (vi) dan (vii) ke dalam Jurnal Am.

    (keterangan tidak diperlukan)

    vi. Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar.

    Butir Debit Kredit

    Sewa dibayar 4000

    Sewa dibayar terakru 4000

    Penerangan:

    Debit akaun Sewa dibayar untuk mengiktiraf belanja (menambah sewa).

    Kredit akaun Sewa dibayar terakru untuk mewujudkan liabiliti (sewa belum dibayar).

    vii.

    Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 4% atas penghutang bersih.

    Butir Debit Kredit

    Peruntukan hutang ragu 120

    Hutang ragu 120

    Penerangan:

    Debit akaun Peruntukan hutang ragu untuk mengurangkan baki kredit akaun PHR.

    Kredit akaun Hutang ragu untuk mengiktiraf hasil (pengurangan hutang ragu).

    JAWAPAN PENYATA PENDAPATAN

    Untuk menyediakan jawapan bahagian JualanPenyata Pendapatan, berikut ditunjukkan semuakeratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan J dan J KONTRA.

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    6/11

    BCL-KKPP 2015

    6

    Perniagaan Jati DSofia

    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015

    RM RM RM

    Jualan 237 000

    (-) Diskaun diberi 1 630

    (-) Pulangan jualan 1 500

    233 870

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Kos JualanPenyata Pendapatan, berikut ditunjukkan semua

    keratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan KJ dan KJ KONTRA.

    Tolak: Kos Jualan

    Stok awal 34 270

    Belian 135 820

    (-) Pulangan keluar / belian 1 428

    134 392

    (+) Angkutan masuk 1 320

    (+) Duti atas belian (6031+760) 6 791

    Kos Belian 142 503

    176 773

    (-) Stok akhir 10 470

    Kos Jualan 166 303

    +

    Selesaikan operasi Kos belianterlebih dahulu di lajur palingkiri (Belian Kontra + Kosbelian lain). Setelah selesai, bawaangka Kos Belian ke lajur tengahdan ditambah dengan stok awal.

    Stok akhir mesti ditolak selepasstok awal + Kos belian

    Pastikan stok awal belianstok akhirada dan o erasi betul

    Jawapan bahagian Jualan.Pastikan operasi dan pengiraanitem kontra jualan betul iaituTOLAK.

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    7/11

    BCL-KKPP 2015

    7

    Pengiraan untung kasar adalah seperti berikut.

    Perniagaan Jati DSofia

    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015

    RM RM RM

    Jualan 237 000

    (-) Diskaun diberi 1 630

    (-) Pulangan jualan 1 500

    233 870

    Tolak: Kos Jualan

    Stok awal 34 270

    Belian 135 820

    (-) Pulangan keluar / belian 1 428

    134 392

    (+) Angkutan masuk 1 320

    (+) Duti atas belian (6031+760) 6 791

    Kos belian 142 503

    176 773

    (-) Stok akhir 10 470

    Kos Jualan 166 303

    UNTUNG KASAR 67 567

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Hasil Laindan Belanja Lain Penyata Pendapatan, berikut

    ditunjukkan semua keratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan H dan B.

    +_

    Pengiraan Untung Kasar ialahJualan bersih TOLAK Kos Jualan

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    8/11

    BCL-KKPP 2015

    8

    Jawapan akhir penyata pendapatan setelah dimasukkan komponen hasil dan belanja lain adalah

    seperti berikut.

    Perniagaan Jati DSofia

    Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2015

    RM RM RMJualan 237 000

    (-) Diskaun diberi 1 630

    (-) Pulangan jualan 1 500

    233 870

    Tolak: Kos Jualan

    Stok awal 34 270

    Belian 135 820

    (-) Pulangan keluar / belian 1 428

    134 392

    (+) Angkutan masuk 1 320

    (+) Duti atas belian (6031+760) 6 791Kos belian 142 503

    176 773

    (-) Stok akhir 10 470

    Kos Jualan 166 303

    UNTUNG KASAR 67 567

    Tambah: Hasil Lain

    Komisen diterima (250 x 12) 3 000

    Hutang Ragu (1240 1120) 120

    3 120

    Tolak: Belanja LainSewa dibayar (20000 + 4000) 24 000

    Insurans 2 400

    Alat tulis (1075 275) 800

    Susut nilai kenderaan 5 850

    [(65000 6500) x 10%]

    Susut nilai alatan pejabat 1 400

    (28000 x 5%)

    34 450

    UNTUNG BERSIH 36 237

    PENTING

    Pelajar perlu memastikan di dalam Penyata Pendapatan, item Hasil mendahului Belanja. Ini

    bermaksud, di bahagian akaun perdagangan, mesti dimulakan Jualandan ditolak dengan dengan Kos

    Jualan untuk mengira untung kasar. Manakala di bahagian Akaun Untung Rugi, mesti dimulakan

    dengan Hasil laindan ditolak dengan Belanja lainuntuk mengira untung bersih

    +_

    Jawapan bahagian Hasil lain. Bagiitem yang terlibat denganpelarasan, salin semula operasipelarasan di dalam kurungan.

    Jawapan bahagian Belanja. Bagiitem yang terlibat denganpelarasan, salin semula operasipelarasan di dalam kurungan.

    Untung bersih= Untung kasar + Hasil - Belanja

    +

    _

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    9/11

    BCL-KKPP 2015

    9

    JAWAPAN KUNCI KIRA-KIRA

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Aset Bukan SemasaKunci Kira-kira, berikut ditunjukkan

    semua keratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan ABS dan ABS KONTRA.

    Perniagaan Jati DSofia

    Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2015

    RM RM RMAset Bukan Semasa

    Kenderaan 65 000

    (-) S.Nilai Terkumpul (6500+5850) 12 350

    52 650

    Alatan Pejabat 28 000

    (-) S.Nilai Terkumpul (1050+1400) 2 450

    25 550

    78 200

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Aset SemasaKunci Kira-kira, berikut ditunjukkan semuakeratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan AS dan AS KONTRA.

    Untuk Aset Bukan Semasayang mempunyai Susut nilaiterkumpul, sentiasa letakkannilai kos aset ditolak denganSNT (SNT MESTIangka SNTImbangan Duga + angkaBelanja S. Nilai dari PenyataPendapatan)

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    10/11

    BCL-KKPP 2015

    10

    Aset Semasa

    Penghutang (29500-1500) 28 000

    (-) Peruntukan Hutang Ragu

    (4%x28000) 1 120

    26 880Bank 85 000

    Tunai 2 480

    Stok akhir 10 470

    Stok alat tulis 275

    Komisen diterima terakru (3000-2500) 500

    125 605

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Liabiliti SemasaKunci Kira-kira, berikut ditunjukkan semua

    keratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan LS.

    Aset Semasa

    Penghutang (29500-1500) 28 000

    (-) Peruntukan Hutang Ragu

    (4%x28000) 1 120

    26 880

    Bank 85 000

    Tunai 2 480

    Stok akhir 10 470

    Stok alat tulis 275

    Komisen diterima terakru (3000-2500) 500

    125 605

    Tolak: Liabiliti Semasa

    Pemiutang 14 500

    Duti atas belian terakru (5%x15200) 760

    Sewa dibayar terakru (2000x2) 4 000

    19 260

    MODAL KERJA 106345

    Angka item Aset Semasa

    diletakkan di lajur tengahkecuali Penghutang diletakkandi lajur paling kiri jika perluditolak dengan Per. HutangRagu. Pastikan pelajar menulisangkajumlah aset semasa.

    Item Liabiliti Semasa diletakkandi lajur paling kiri keranamelebihi satu item. Pastikanangka jumlah Liabiliti Semasadituliskandi lajur tengah.

    _

    MODAL KERJA =

    ASET SEMASA LIABILITI SEMASA

    Pastikan jumlah aset semasa danjumlah liabiliti semasa ditulis.

  • 7/24/2019 SPM 2015 Milikan Tunggal SBP

    11/11

    BCL-KKPP 2015

    11

    Untuk menyediakan jawapan bahagian Ekuiti PemilikKunci Kira-kira, berikut ditunjukkan semua

    keratan soalan yang diperlukan. Rujuk semua tandaan EP dan EP -KONTRA.

    Perniagaan Jati DSofia

    Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2015

    RM RM RM

    Aset Bukan Semasa

    Kenderaan 65 000

    (-) S.Nilai Terkumpul (6500+5850) 12 350

    52 650

    Alatan Pejabat 28 000

    (-) S.Nilai Terkumpul (1050+1400) 2 450

    25 550

    78 200

    Aset Semasa

    Penghutang (29500-1500) 28 000

    (-) Peruntukan Hutang Ragu

    (4%x28000) 1 120

    26 880

    Bank 85 000

    Tunai 2 480

    Stok akhir 10 470

    Stok alat tulis 275

    Komisen diterima terakru (3000-2500) 500

    125 605

    Tolak: Liabiliti Semasa

    Pemiutang 14 500

    Duti atas belian terakru

    (5%x15200)

    760

    Sewa dibayar terakru (2000x2) 4 000

    19 260

    MODAL KERJA 106345

    184 545

    Ekuiti Pemilik

    Modal awal 150 000

    (+) Untung bersih 36 237

    186 237

    (-) Ambilan 1 692

    Modal akhir 184 545

    Tamat Jawapan

    _

    +

    Bahagian jawapan Ekuiti Pemilik,angka untung bersih diambil dariPenyata Pendapatan. Jika rugibersih, ia akan ditolak dari modalawal. Pastikan operasi betul.