sop kbi kbs 2015

7
S.O.P PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR Tarikh : 15 September 2015 Tempat : Pulau Pinang

Upload: cikgu-nor-ummu-iman

Post on 21-Feb-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

S.O.P Perkhemahan

TRANSCRIPT

Page 1: Sop Kbi Kbs 2015

S.O.PPROGRAMLAWATAN

SAMBIL BELAJAR

Tarikh : 15 September 2015Tempat : Pulau Pinang

Anjuran : Unit Pendidikan Khas & PrasekolahSK Rantau Panjang

Page 2: Sop Kbi Kbs 2015

PROSEDUR TETAP SEBELUM PROGRAM

1. Peraturan Pelaksanaan Program

1.1 Kebenaran mengadakan program lawatan mestilah diperolehi dengan mengemukakan

permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:

1.1.1. Dalam kawasan sekolah kelulusan Pengetua / Guru Besar ;

1.1.2. Dalam daerah di luar kawasan sekolah kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah;

1.1.3. Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri kelulusan Pengarah Pendidikan

Darah / Negeri ;

1.1.4. Luar negara kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.

1.2 Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang

berikut :

a. Undang-Undang Rombongan Sekolah 1957

b. Senarai nama pelajar dan guru pengiring

c. Dokumen Kenderaan yang digunakan

d. Jadual aktiviti program.

1.3 Jika program lawatan melibatkan pengangkutan, pihak penganjur dikehendaki memohon

kebenaran mengadakan lawatan kepada Pegawai Pendidikan Daerah (u.p. Penyelia

Pendidikan Swasta) dengan mematuhi ‘The Schools (Tours) Regulations, 1957’ dengan

menyertakan dokumen yang diperlukan.

1.4 Pemberitahuan mengenai program lawatan ke lokasi yang akan dijalankan mestilah

dikemukakan kepada badan berikut mengikut keperluan

1.4.1 Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi program.

1.4.2 Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi program.

1.4.3 Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi program

1.4.4 Pejabat Pentadbiran/Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi

program

Page 3: Sop Kbi Kbs 2015

1.5 Penyertaan murid dalam setiap program lawatan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan

sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga masing-

masing. ( Rujuk para 3F, SPI Bil 24/998 )

1.6 Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu program lawatan mestilah sihat, bersedia dan

tidak mempunyai masalah kesihatan yang mengganggu aktiviti lawatan

1.7 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah keselamatan perlu

diambil semasa program, mestilah diberikan kepada semua peserta.

1.8 Sekiranya mengadakan program lawatan di lokasi persendirian atau sesuatu agensi,

kebenaran bertulis untuk melawat lokasi berkenaan mestilah diperoleh terlebih dahulu

daripada pihak yang berkenaan.

2. Organisasi Program

2.1 Organisasi adalah jentera yang menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru, organisasi

tersebut dirancang berdasarkan perkara-perkara di bawah:

2.1.1 Penganjur.

Nama pihak yang menganjurkan program tersebut perlu dicatatkan sama ada

penganjuran utama atau penganjuran bersama.

2.1.2 Peserta.

Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta program.

2.1.3 Jawatankuasa.

Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan program.

Page 4: Sop Kbi Kbs 2015

PROSEDUR TETAP SEMASA PROGRAM

Semasa program perkara atau tindakan yang perlu diambil ialah:

1. Memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang program terkawal dan terjamin,

khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:

1.1 Jangkitan seperti demam, campak, selsema dan lain-lain.

1.2 Keracunan makanan.

1.3 Kemudahan-kemudahan asas.

1.4 Sistem komunikasi.

3. Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan dan dipatuhi.(Rujuk SPI. Bil. 12/2000)

4. Memastikan Jadual Program dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan

boleh diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-

faktor alam, manusia dan lain-lain.

5. Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada akhir aktiviti setiap hari bagi menilai dan

membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk diperbaiki pada hari berikut/masa

hadapan.

6. Memastikan pemantauan terhadap aktiviti dilakukan sepanjang masa.

Page 5: Sop Kbi Kbs 2015

PROSEDUR TETAP SELEPAS PROGRAM

Perkara perkara yang perlu dilakukan selepas program:

1. Mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti

kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.

2. Membentang dan membuat laporan:

5.1 Kewangan.

5.2 Aktiviti.

3. Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan sijil pencapaian serta penyertaan

kepada peserta program.

4. Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.

Disediakan oleh:

URUSETIA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PANITIA PENDIDIKAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG.