solat jenazah ppt
DESCRIPTION
KBSTRANSCRIPT
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ MOHAMAD FIKRI BIN BASIRON
USTAZ MOHAMMAD JAMRI BIN MOHD JOHAN
KAIFIAT (TATACARA) SOLAT JENAZAH
Maksud solat Jenazah: Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup ke atas orang yang telah mati.
PENGERTIAN SOLAT JENAZAH
Hukum solat jenazah: Fardu Kifayah ke atas orang hidup yang tinggal di kawasan itu.
(Fardu Kifayah: Jika sebahagian muslim melaksanakannya, maka terlepaslah muslim yang lain daripada tanggungjawab itu. Tetapi sekiranya tiada seorang pun yang melaksanakannya, maka seluruh muslim di kawasan tersebut menanggung dosa.)
HUKUM SOLAT JENAZAH
1. Memohon rahmat Allah ke atas si mati.
2. Mendoakan si mati agar diampunkan dosanya dan dikurangkan bebanan siksaan kuburnya.
3. Mendoakan si mati agar ditinggikan martabatnya.
TUJUAN SOLAT JENAZAH
Menutup aurat
Suci daripada hadas & najis
Menghadap kiblat
SYARAT SAH SOLAT JENAZAH
A
S
K
Waktu solat jenazah:bila-bila masa sahaja asalkan jenazah sudah dimandikan dan dikafankan.
1. KEDUDUKAN IMAM & JENAZAH LELAKI :
Jenazah diletakkan di depan imam melintang ke kiblat.
Jenazah lelaki: Kepalanya di sebelah kiri
imam dan imam berdiri di sebelah kepala atau dada jenazah.
PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH
2. KEDUDUKAN IMAM & JENAZAH PEREMPUAN :
Jenazah diletakkan di depan imam melintang ke kiblat.
Jenazah perempuan: Kepalanya di sebelah
kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Persediaan Solat Jenazah
2. SAF / BARISAN: Boleh dilakukan secara berjamaah atau seorang
diri. Sunat dijadikan 3 saf dan makmum
digalakkan melebihi 40 orang.
PERSEDIAAN SOLAT JENAZAH
CARA SOLAT JENAZAH
Berdiri betul bagi yang berkuasa
Niat
Takbir empat kali termasuk takbiratul ihram
Membaca surah Al-Fatihah
Membaca selawat
Membaca doa
Memberi salam pertama
RUKUN SOLAT JENAZAH
Jenazah Lelaki Dewasa. Jenazah Perempuan Dewasa. Jenazah Ramai (Lelaki /
Perempuan) Jenazah Kanak-kanak Lelaki. Jenazah Kanak-kanak Perempuan.
LAFAZ NIAT SOLAT JENAZAH
Lelaki Dewasa:
“Sahaja aku solat ke atas mayat (lelaki) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
NIAT SOLAT JENAZAH
Kanak-kanak Lelaki:
“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (lelaki) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
NIAT SOLAT JENAZAH
Perempuan Dewasa:
“Sahaja aku solat ke atas mayat (perempuan) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
NIAT SOLAT JENAZAH
Kanak-kanak Perempuan:
“Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak (perempuan) ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
NIAT SOLAT JENAZAH
Ramai (lelaki / perempuan)
“Sahaja aku solat ke atas mayat-mayat ini empat takbir fardu kifayah menjadi imam / mengikut imam kerana Allah Taala.”
NIAT SOLAT JENAZAH
Takbiratul ihram -
Beserta dengan niat.
Kemudian baca surah Al-Fatihah:
TAKBIR PERTAMA
Takbir - 6َا:للُهَأ:ْك>َب:ْر>
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:
TAKBIR KEDUA
Takbir –
Membaca doa:
Maksudnya:“Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia.
TAKBIR KETIGA
Takbir - Sunat membaca doa:
Maksudnya:“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”
TAKBIR KEEMPAT
Memberi salam:
SALAM
Husnul Khatimah @ Su’ul Khatimah?!Apakah pilihan kamu?.....
IKTIBAR DARIPADA SEBUAH KEMATIAN