soalan tatabahasa 15
TRANSCRIPT
Soalan Tatabahasa 15
Bahasa Melayu
UPSR
Abang terpaksa ________ basikal kerana tayar basikalnya bocor.
A menonton B menolak C menuntun D mengheret
Ibu bapa hendaklah mengambil berat ______ anak-anak mereka baik dari segi tingkah laku mahupun pergaulan.
A tentang B kepada C terhadap D pada
Fikiran Ahmad masih _______ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
A susup-sasap B bolak-balik C gelap-gelita D gembar-gembur
Ubi yang direbus oleh Siti masiih belum _______ kerana apinya terlalu perlahan.
A rangup B empuk C rapuh D lembik
Ibnu Sina merupakan _______ Islam yang banyak menyumbangkan idea dalam bidang perubatan.
A ilmuwan B karyawan C budayawan D hartawan
Sumbangan _______ orang ramai itu akan diagihkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Iran.
A dari B untuk C kepada D daripada
Rakyat Malaysia begitu terkejut _______ mendengar berita penemuan mayat jutawan wanita yang dilaporkan hilang itu.
A apabila B sejak C akan D bila
Rombongan ______ dari Jepun telah sampai di Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.
A karyawan B usahawan C sejarawan D budayawan
Peserta dari sekolah kami memenangi acara ________ lembing peringkat Daerah Johor Bahru.
A melontar B membaling C merejam D melempar
Perlawanan bola tamppar antara pasukan Kuning dan pasukan Biru itu terpaksa ________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
A digantung B dihabiskan C disudahkan D ditangguhkan
Ibu akan memastikan air yang dimasak ________ untuk dibuat kopi.
A menggelombang B menggelegak C menggeletar D membuak
Seorang lelaki telah dijumpai ______ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.
A terpapar B terlantar C terdampar D terhampar
Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.
A arus B kitaran C putaran D gelombang
Baju yang selalu dipakainya itu sudah ________ jahitannya.
A relai B reput C rapuh D retas
Hadirin di dalam dewan itu ketawa ___________ apabila melihat telatah lucu pelawak tersebut.
A berderai-derai B terkekeh-kekeh C berjurai-jurai D terkokol-kokol
Kanak-kanak kelihatan berdedai-dedai pulang kerana hari telah __________ senja.
A gelap-gelap B samar-samar C remang-remang D balam-balam
Bunyi radio itu amat kuat sehingga ____________ telingaku.
A membingitkan B menyesakkan C menyendatkan D memanaskan
Kami menerima _______ makan malam daripada Datin Aminah kerana meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.
A arahan B jemput C pelawaan D ajakan
Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca _______ kerakusan manusia memanipulasi sumber alam
A oleh B dari C pada D daripada
Selepas banjir surut, bangkai binatang ternakan _____________ di merata-rata tempat.
A bersepahan B bergelimpangan C bertaburan D berselerakan
Mereka duduk menonton televisyen di atas sofa yang _______ sambil berbual-bual dengan ahli keluarga.
A gembur B lembut C empuk D lembek
Nazli membawa hatinya yang ______ dengan merantau ke luar negara setelah anaknya Abu melupakannya.
A remuk-redam B simpang-siur C punah-ranah D bolak-balik
Kenderaan yang rosak di lebuh raya itu telah _______ oleh kereta peronda lebuh raya.
A dituntun B ditunda C didorong D ditolak
Pembinaan kilang di kampung itu secara tidak langsung ________ peluang pekerjaan kepada para belia
A memain B memula C menyentuh D membuka
Polis berjaya _________ demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu.
A meleraikan B membantutkan C membubarkan D membolehkan
Sejak emak disahkan menghidap penyakit kanser, Siti senantiasa _________ dengan emaknya.
A bergandingan B berdampingan C bertemankan D berdekatan
Berita kejayaan murid cemerlang itu _______ di dada akhbar setelah keputusan peperiksaan diumumkan.
A terpamer B tergambar C terbentang D terpampang
Barang-barang kemas di kedai itu diperbuat daripada emas ______ namun ditawarkan dengan harga yang _________.
A asli ….. tinggi B jati ….. mahal C tulen ….. rendah D asal ….. sederhana
Masih terdapat ________ murid yang belum menjelaskan bayaran menyertai lawatan sambil belajar.
A separuh B segelintir C setengah D semua
Amirul dipilih untuk __________ sekolahnya dalam pertandingan pidato _______ Dewan Bahasa dan Pustaka.
A diwakili ….. anjuran B mewakili ….. anjuran C diwakili ….. dianjurkan D mewakili ….. dianjurkan