soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

20
SULIT BM (K01) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN MEI 2013 08100 BEDONG KEDAH 50 Minit ______________________________________________________________________ __________ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MEI TAHUN 2013 ______________________________________________________________________ __________ BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4 50 Minit ______________________________________________________________________ __________ NAMA : _____________________________________________________________ KELAS : ________________________ TARIKH : _________________________ ______________________________________________________________________ ________ ARAHAN AM 1. KERTAS INI MENGANDUNGI 16 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA DEPAN. 2. JAWAB SEMUA SOALAN. HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN OMR YANG DISEDIAKAN. GUNAKAN PENSEL 2B SEMASA MENJAWAB. 3. PASTIKAN SEMUA CALON MENJAWAB DAN MENYEMAK SEMUA SOALAN SEBELUM MASA MENJAWAB TAMAT. ______________________________________________________________________ __________ 1

Upload: rosly1511

Post on 18-Aug-2015

118 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

SULIT

BM (K01) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMANMEI 2013 08100 BEDONG KEDAH50 Minit________________________________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNMEI

TAHUN 2013________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4

50 Minit________________________________________________________________________________

NAMA : _____________________________________________________________

KELAS : ________________________ TARIKH : _________________________

______________________________________________________________________________

ARAHAN AM1. KERTAS INI MENGANDUNGI 16 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA DEPAN.2. JAWAB SEMUA SOALAN. HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN OMR YANG DISEDIAKAN. GUNAKAN PENSEL 2B SEMASA MENJAWAB.3. PASTIKAN SEMUA CALON MENJAWAB DAN MENYEMAK SEMUA SOALAN

SEBELUM MASA MENJAWAB TAMAT.________________________________________________________________________________

SKEMA PEMARKAHANBAHAGIAN PEMARKAHAN SKEMA MARKAH DAPATANJUMLAH

DISEDIAKAN OLEH : PN. UMI KALSOM BT ABDUL WAHABDISEMAK OLEH KETUA PANITIA : PN. AINUL AKMAR BINTI HARUN DISAHKAN OLEH PK 1 : PN. ROBIAH BT BAKAR

1

Page 2: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

Arahan Am : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang tepat sahaja.

Soalan 1 – 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .

A Si Jalak

B Si Tompok

C Sang Bedal

D Sang Kancil

2. Sebagai seorang …………….., Encik Nazri perlu merawat pesakit-pesakitnya dengan baik.

A guru

B kerani

C doktor

D peguam

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

3. Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.

A mengelek

B menjinjing

C membimbit

D menggalas

4. "Ini kawasan musuh, ________ mesti berhati-hati sekarang. Ikut _________ke sebelah

2

Page 3: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

utara," kata Kapten Yazid kepada askar bawahannya.

5. "Biar __________ yang menghapuskan lanun-lanun itu," kata Hang Jebat kepada Sultan

Melaka.

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6. Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam besen.

A dan

B atau

C maka

D lalu

7. …………………….., malang sungguh nasibku ini!

A Wah

3

A kami … saya

B awak … aku

C kita … saya

D saya … kami

A beta

B patik

C hamba

D Baginda

Page 4: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

B Cis

C Amboi

D Aduhai

8. Baju yang baru dibeli oleh Diyana itu diberikan ………………..kakaknya.

A pada

B akan

C dengan

D kepada

9. Zamri berjaya mendapat tempat ……………..dalam pertandingan mencipta logo Sukan

Asia.

A kedua-dua

B pertama

C satu

D separuh

10. …………….. seminggu yang lalu, Pak Cik Nordin terlantar ………………hospital.

A Sejak … di

B Pada … hingga

C Sejak … dengan

D Dari … hingga

11. Persahabatan antara Sarah dan Riahana sangat ………………sejak mereka dipilih

mewakili sekolah dalam acara olahraga.

A renggang

B akrab

C kuat

D dekat

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

4

Page 5: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

12. Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul rotan

………………….menggunakan tangannya.

A hingga

B untuk

C dengan

D pada

13. “ Cantik ……………….lukisan pemandangan yang awak lukis ini,” kata Aida kepada

Amira.

A sungguh

B sangat

C amat

D paling

14. Dermawan itu sering membantu jirannya yang ……………………..

A kaya

B kuat

C miskin

D malas

15. Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.

A marah

5

Page 6: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

B geram

C malu

D merajuk

16. Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. …………., ketika musim tengkujuh.

A Lebih-lebih lagi

B Walau bagaimanapun

C Tambahan pula

D Di samping itu.

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17. Adik makan sekeping roti sebagai …………………… sebelum pergi ke sekolah.

A ikat perut

B alas perut

C makan suap

D pencuci mulut

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

6

Page 7: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

18. ………………daripada harta arwah Mak Munah akan diserahkan kepada rumah anak

yatim

A Separuh

B Segala

C Sekalian

D Sedikit

19. “ ………………….buang plastik pembungkus makanan itu ke dalam tong sampah, ‘

kata Puan Mala kepada anaknya.

A Tolong

B Sila

C Minta

D Harap

20. Ibu membeli dua bungkus …………….ikan dan …………..sawi di pasar pagi.

A lelabu….seikat

B kekabu….seurat

C bebola … seikat

D jejari ……segenggam

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

21. Pelabuhan itu kini sesak dengan kapal-kapal dagang.

7

Page 8: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

A padat

B penuh

C lapang

D sempit

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

22. Sekolahnya dekat dengan sawah padi.

A sempit

B jauh

C lebar

D hampir

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

23. Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

A Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?

B Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?

C Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?

D Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

8

Page 9: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.

24. Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya.

A Apakah warna bunga raya?

B Di manakah terdapat bunga raya?

C Apakah bunga kebangsaan Malaysia?

D Adakah bunga raya bunga kebangsaan Malaysia?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 “ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada Irwan.

A Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di bilik guru.

B Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.

C Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.

D Cikgu Yusri memberitahu Fadilah yang Irwan ingin berjumpanya di bilik guru.

Soalan 26 hingga soalan 28.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26. I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.

II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.

III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.

9

Page 10: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

A I dan II

B I, II dan III

C I, III dan IV

D I, II, III dan IV

27. I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.

II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.

III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.

IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A I dan II

B II dan III

C I dan III

D II, III dan IV

28. I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.

II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.

III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam peperiksaan.

IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.

A I, II dan III

B II, III dan IV

C III dan IV

D I, II dan III

10

Page 11: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

Soalan 29 hingga soalan 30.

Pilih ayat yang betul.

29. A Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya.

B Kamarul lebih tampan dari abangnya.

C Fendi memberi ibunya segelas air.

D Suria ialah adik kepada Mamat.

30. A Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising.

B Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan.

C Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang.

D Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.

11

Page 12: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

Soalan 31 hingga soalan 35.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

31. Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?

12

Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Ramai jiran yang datang ke rumahnya.

Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila, akan berlangsung seminggu

lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung bermesyuarat di rumahnya.

Ketua kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka

berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti melapah daging lembu,

memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk, dan sebagainya.

Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan

majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang,

merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas

mendirikan khemah.

Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancar.

Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga dengan

tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang

berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum simpul bersanding di atas pelamin yang direka

khas.

Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para

tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas

masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan isterinya

sungguh gembira. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan saudara-mara mereka

banyak menghulurkan bantuan. Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

yang diamalkan telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar

dan sempurna.

Page 13: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

A Sabtu

B Ahad

C Isnin

D Selasa

32 Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di rumahnya?

A untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya

B untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka

C untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan

D untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka

33. Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan itu?

A Encik Kamal

B Encik Ibrahim

C Shakila

D Orang kampong

34. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…

A barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.

B segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.

C sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.

D bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.

35. Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan kecuali…

A mengangkat hidangan.

B mendirikan khemah.

C mengupas bawang.

D merebus telur.

Soalan 36 hingga soalan 40.

13

Page 14: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

14

1080, Taman Permai 2,42700 Banting,Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2009

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya.

Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat dan

gembira.

Kakanda,

Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih

adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada

adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman

Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati kehijauan

dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-sama

kakanda pada masa itu.

Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda. Pada

minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan

Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memberi pendedahan

kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang

menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini, antaranya ialah aktiviti pertolongan

cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini

dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh

rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti

aktiviti perkhemahan ini. Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak

manfaat yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.

Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan

menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam

rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.

Adindamu,

Suraya

Page 15: Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013

A 11 Januari 2009

B 12 Januari 2009

C 13 Januari 2009

D 15 Januari 2009

37. Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.

B Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.

C Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.

D Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung.

38. Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?

A Persatuan Pengakap

B Setiausaha Sukan

C Murid-murid Tahun 6

D Pihak sekolah

39. Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.

B apabila mendapat balasan daripada kakaknya.

C apabila dia mempunyai masa terluang.

D setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40. Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.

B memupuk sikap cintakan alam sekitar.

C mencungkil kreativiti pelajar.

D menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

@@@@@@@@@@@@@@ SELAMAT MENJAWAB @@@@@@@@@@@@@

15