soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

8
soalan lazim kerajaan

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

soalanlazimkerajaan

Page 2: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

Pembekal telah menghadiri Lawatan Tapak, tetapi men-gapa tiada tugasan untuk Penyediaan Cadangan? Pembekal perlu merujuk kepada pihak Urusetia bagi pengesahan kehadiran terlebih dahulu. Ini adalah kerana hanya selepas Urusetia melengkapkan proses Pengesah-an Kehadiran Taklimat & Lawatan Tapak dalam sistem eP, pautan dokumen Penyediaan Cadangan akan wujud di menu Aplikasi Saya melalui capaian sub-menu Sebuthar-ga/Tender.

Urusetia telah membuat penambahan Pembekal selepas proses pengesahan kehadiran, tetapi mengapa Pem-bekal masih tidak layak untuk membuat Penyediaan Cadangan walaupun Urusetia telah membuat penam-bahan pembekal untuk kehadiran Taklimat & Lawatan Tapak? Urusetia perlu membuat semakan dengan Pelulus Pengiklanan, berkenaan status penambahan kehadiran Pembekal, jika ada penambahan kehadiran Pembekal melalui Menu Penyelenggaraan Sebutharga/Tender. Serah-an perlu dibuat kepada Pelulus Pengiklanan.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Ahli Jawatankua-sa? Bagi pelantikan Jawatankuasa Sebutharga/Tender pihak Agensi perlu merujuk 1PP-PK5 (muat turun di laman portal eP) atau hubungi terus Unit Perolehan Kerajaan, Kemente-rian Kewangan.

Jika penilaian 1 Peringkat, Jawatankuasa manakah yang akan terlibat? Jawatankuasa yang terlibat adalah Jawatankuasa Penilaian

Sekiranya Sebutharga/ Tender telah diiklankan, adakah tempoh pengiklanan Sebutharga/ Tender tersebut boleh dilanjutkan? BOLEH, sekiranya masih dalam tempoh pengiklanan melalui capaian Menu Penyelenggaraan QT

Jika Jawatankuasa Penilaian telah diluluskan, bagaima-na Urusetia hendak membuat pertukaran Ahli/Pengeru-si baharu atas sebab-sebab tertentu (contoh situasi: ahli tidak aktif, token telah tamat tempoh)? Pertukaran Ahli/Pengerusi boleh dilakukan semasa Se-tiausaha Jawatankuasa membuat Koordinasi Mesyuarat. Sekiranya Koordinasi Mesyuarat telah selesai, Pentadbir PTJ juga boleh membuat Penugasan Semula.

Kenapa Jadual Harga tidak dipaparkan di Papan Ken-yataan? Jadual Harga tidak dipaparkan di Papan Kenyataan adalah kerana tiada Pembekal yang membuat serahan cadangan Sebutharga/Tender atau Jawatankuasa Pembuka belum dilantik.

Bolehkah Setiausaha membuat Kemas kini Semula jika tugasan telah berada pada Pengerusi Penilaian untuk kelulusan? Sekiranya proses Laporan Penilaian telah diserahkan, se-barang perubahan tidak boleh dilakukan. Jika Agensi perlu meneruskan Sebut Harga/Tender ini, sila teruskan proses pengesahan Jawatankuasa sehingga tugasan berada di Pemilihan Akhir Pembekal dan Jawatankuasa Pemilihan Akhir perlu memilih keputusan Penilaian Semula seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penilaian sendiri.

Sebutharga& Tender

Soalan lazim modul

Page 3: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

Apakah yang dimaksudkan dengan Harga Indikatif? Harga Indikatif adalah merujuk kepada Harga Jangkaan atau Harga Anggaran daripada Jabatan.

Kenapa perlu ada Harga Indikatif? Agensi perlu merujuk 1PP-PK5 (muat turun di laman portal eP) atau hubungi terus dengan pihak Unit Perolehan Kera-jaan, Kementerian Kewangan.

Bilakah Sebutharga/Tender akan diiklankan di Notis Sebutharga/Tender? Sebutharga/Tender akan dipaparkan di Notis Sebutharga/Tender secara automatik pada pukul 12.00 tengahari ber-dasarkan tarikh iklan yang ditetapkan.

Jika penilaian 2 Peringkat, Jawatankuasa manakah yang akan terlibat? Jawatankuasa yang terlibat adalah: 1) Jawatankuasa Pembuka (Pematuhan) 2) Jawatankuasa Penilaian Teknikal (Cadangan Teknikal) 3) Jawatankuasa Penilaian Kewangan (Cadangan Kewangan)

Bahagian manakah yang boleh dikemas kini oleh Uruse-tia dalam Draf Surat Setuju Terima? Hanya bahagian tulisan berwarna merah sahaja dibenar-kan untuk dikemas kini (dipinda). Sila rujuk kepada arahan yang dipaparkan di skrin penyediaan Surat Setuju Terima tersebut.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Urusetia setelah Pelulus menandatangani Surat Setuju Terima? Urusetia perlu memuat naik semula yang ditandatangani untuk diserah kepada Pembekal. Sila rujuk arahan yang dipaparkan pada skrin penyediaan Surat Setuju Terima.

Perlukah Urusetia mencetak dokumen Surat Setuju Ter-ima yang berkaitan untuk diserah kepada Pembekal? Urusetia hanya perlu mencetak Surat Setuju Terima yang telah disahkan dan ditandatangan oleh pihak Agensi dan Pembekal serta segala dokumen yang berkaitan melalui sistem eP.

Adakah Urusetia perlu memuat turun Surat Setuju Teri-ma (Lampiran A) yang disediakan dalam sistem? Ya, Urusetia perlu memuat turun Lampiran A tersebut kerana templat Surat Setuju Terima yang disediakan ada-lah mengikut format Unit Perolehan Kerajan, Kementerian Kewangan.

Adakah Pelulus perlu menyemak dan menandatangani Surat Setuju Terima sebelum diserahkan kepada Pem-bekal? Ya. Pelulus perlu menyemak sebelum menandatangani Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, tindakan ini tidak mandatori dan ia mengikut keperluan Agensi mas-ing-masing.

Page 4: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

Mengapa status dokumen Pesanan Kerajaan (PO/CO) masih berstatus Menunggu Pemenuhan walaupun Pembekal sudah menyerah Dokumen Penghantaran ? Status dokumen yang berada dalam Senarai Menunggu Penghantaran akan bertukar status selepas Pegawai Penerima Barang/Perkhidmatan dan Pegawai Pengesah membuat pengesahan penerimaan dalam sistem eP.

Siapakah yang boleh mencipta ATAU mengeluarkan Arahan Untuk Memberhentikan Bekalan/Perkhidmatan? Pihak Pembekal dan Pelulus Pemenuhan.

Adakah Pelulus Pemenuhan boleh membatalkan Pesanan Kerajaan (PO/CO) pada status Menunggu Pengesahan Pembekal ? Ya. Pelulus boleh membatalkan Pesanan Kerajaan (PO/CO) tersebut dengan cara berikut:

1. Log masuk sebagai Pelulus ke dalam sistem ePerolehan. 2. Pilih Aplikasi Saya 3. Klik Pemenuhan 4. Pilih Penyelenggaraan Pemenuhan. 5. Pilih Jenis Urusniaga > Pesanan Kerajaan / Pesanan Kontrak 6. Pilih Jenis Dokumen > Pesanan Kerajaan 7. Masukkan nombor Pesanan Kerajaan yang hendak

dibatalkan 8. Klik butang Cari dan hasil carian akan dipaparkan 9. Klik butang Pilihan dan pilih Batal 10. Isi ruangan pada Catatan untuk pembatalan Pesanan Kerajaan 11. Muat naik lampiran ( jika perlu) 12. Klik pada Ringkasan Pesanan untuk meneruskan pembatalan 13. Klik butang Batal 14. Masukkan nombor PIN Token 15. Tanda Tangan untuk meluluskan pembatalan Pesanan Kerajaan

Bolehkah pembekal mengubah jumlah invois ? TIDAK. Jumlah invois tidak dapat diubah semasa proses penciptaan invois.

Apakah syarat-syarat untuk Penetapan Kod Dipertanggung? Untuk Penetapan Kod Dipertanggung, VOT B, P dan T tidak boleh digabungkan bersama VOT S atau Dana dalam satu Permintaan Pembelian/Permintaan Kontrak. Sistem akan memberi amaran kepada pengguna sekiranya terdapat pengggabungan VOT yang salah.

Pemenuhan

Soalan lazim modul

Page 5: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

Mengapa status masih Menunggu Pemenuhan sedangkan Pembekal sudah mengesahkan Pesanan Kerajaan (PO/CO)? Selepas pengesahan Pesanan Kerajaan (PO/CO), pembekal perlu membuat Pesanan Penghantaran (DO) dengan mengikut langkah berikut: 1) Pembekal perlu log masuk ke sistem eP 2) Pilih Aplikasi Saya 3) Klik Pemenuhan

4)Pilih Senarai Menunggu Penghantaran 5) Klik pada tajuk dan kemudian masukkan butiran penghantaran 6) Sila klik butang Serah

PTJ masih tidak menerima dokumen Pesanan Kerajaan (PO/CO) yang telah disahkan oleh Pembekal. Apakah yang perlu disemak? Pihak PTJ boleh membuat semakan melalui carian Audit untuk mengetahui status terkini PO/CO tersebut. Jika Pesanan Penghantaran (DO) masih belum dicipta oleh pembekal, pihak PTJ boleh memaklumkan kepada pembekal untuk membuat tindakan seperti berikut:- 1) Pembekal perlu log masuk ke sistem eP 2) Pilih Aplikasi Saya 3) Klik Pemenuhan

4)Pilih Senarai Menunggu Penghantaran 5) Klik pada tajuk dan kemudian masukkan butiran penghantaran 6) Sila klik butang Serah

Adakah Peminta akan menerima notifikasi sekiranya berlaku perubahan Pelulus (proses Penugasan Semula) ? Tiada notifikasi akan diberikan.Peminta boleh merujuk pada ruangan Audit di Diari Pengesanan. Untuk Penugasan Semula, sistem akan menetapkan secara automatik ke Pelulus yang aktif mengikut turutan dalam Kumpulan Pelulus yang ditetapkan.

Adakah pihak Kerajaan (PTJ) boleh mengemas kini invois? Pihak Kerajaan (PTJ) tidak boleh mengemas kini invois.

Bilakah Pembatalan Pesanan Kerajaan boleh dilakukan? Pembatalan Pesanan Kerajaan boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga status terakhir Pemenuhan iaitu Menunggu Padanan Bayaran.

Bilakah Arahan Pemberhentian Bekalan/Perkhidmatan (SDI) boleh dikeluarkan ? Arahan Pemberhentian Bekalan/Perkhidmatan (SDI) boleh dikeluarkan sekiranya item tidak lagi diperlukan atau terdapat sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya Arahan Pemberhentian dikeluarkan dan diluluskan, Pembekal boleh meneruskan proses mencipta Invois untuk tujuan pembayaran. Arahan hanya boleh dikeluarkan untuk dokumen Pesanan Kerajaan yang berstatus Menunggu Pemenuhan Separa.

Bagaimanakah cara untuk Pembekal melakukan Arahan Pemberhentian Bekalan/Perkhidmatan (SDI) ? Pembekal perlu mengikut langkah seperti berikut : 1. Log masuk ke sistem eP 2. Pergi ke Aplikasi Saya 3. Klik pada Pemenuhan 4. Klik pada Penyelenggaraan Pemenuhan untuk mencipta Arahan Pemberhentian. 5. Pilih Jenis Urusniaga > Pesanan Kerajaan /Pesanan Kontrak 6.Pilih Jenis Dokumen > Pesanan Penghantaran 7. Klik butang Cari dan hasil carian akan dipaparkan 8. Klik butang Pilihan dengan status Menunggu Pemenuhan Separa dan pilih Pemberhentian Bekalan/Perkhidmatan (Cara terperinci boleh dirujuk di dalam Manual Pengguna Pemenuhan - muka surat 160 hingga 168). Tertakluk kepada kelulusan pihak PTJ.

Page 6: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

Bagaimana sekiranya PTJ/Pembekal tidak berjaya me-nukar Kata Laluan? Sila log kes kePegawai Khidmat Pelanggan melalui eAd-uan, telefon atau e-mel. Perlu diingatkan bahawa syarat Kata Laluan adalah seperti berikut: • Kata Laluan tidak melebihi dari 8- 20 askara tanpa jarak • Kata Laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 1 HURUF BESAR • Kata Laluan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 12 karakter • Kata Laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor • Kata Laluan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 1 simbol (contoh: @,*&%) • Kata Laluan tidak boleh sama dengan 4 Kata Laluan yang pernah dicipta sebelum ini • Kata Laluan mestilah tidak sama atau mengandungi ID Log Masuk pengguna

Apakah pelayar (browser) yang perlu digunakan oleh pengguna untuk menggunakan sistem ePerolehan? Pengguna digalakkan untuk menggunakan GOOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX. Sekiranya pengguna menghadapi masalah untuk log masuk, sila ‘clear cache’ terlebih dahulu. Tutup pelayar (browser) yang digunakan dan log masuk semula ke sistem eP.

PengurusanPembekal

Soalan lazim modul

Page 7: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my
Page 8: soalan lazim - pdisa.mampu.gov.my

commerce dot com sdn bhdtingkat 2, wisma commercedotcom, 15 jalan tandang, 46050, petaling jaya,selangor D.E

w w w . c o m m e r c e d c . c o m . m y