soalan lazim mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan

Upload: zulfact

Post on 02-Mar-2016

1.423 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

  • Apa yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

    Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk

    mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja

    yang dijalankan.

    Bagaimana cara mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

    Mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan

    lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen pemunya

    perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah :

    i. Pernyataan Dasar KKP

    ii. Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit

    iii. Tindakan pembaikan

    Apa jenis penyataan dasar yang diperlukan bagi aspek keselamatan dan kesihatan?

    Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan

    dengan ringkas komitmen berikut :

    Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

    Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri.

    Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja.

    Bagaimanakah majikan boleh mengurus aspek keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan mudah?

    Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses

    kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti

    danmengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan

    HIRARC.

    Adakah saya mempunyai kaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan?

    Ya. Semua "orang yang sedang bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian;

    Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan

    Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah

    dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

    Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

    Majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pengimport, pembekal loji /

    bahan bertanggungjawab mempunyai kewajipan masing-masing untuk memastikan keselamatan dan

    kesihatan di tempat kerja terjamin.

    Apakah kewajipan majikan ke atas pekerjanya?

    Majikan dikehendaki melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja

    melalui langkah-langkah berikut:

  • Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat;

    Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;

    Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;

    Menyediakan dan menyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan; dan,

    Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.

    Apa pula kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri ke atas orang-orang lain yang berada di tempat kerja selain para pekerja mereka?

    Memastikan orang-orang lain yang berada di kawasan kera tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan akibat pengusahaan seperti bahaya jentera / loji.

    Memberi maklumat berkaitan cara menjalankan pengusahaannya untuk pengetahuan orang-orang lain selain pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko ketika pekerja sedang bekerja.

    Bagaimana tanggungjawab pekerja di tempat kerja?

    Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:

    Memberi perhatian yang munasabah bagi mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau orang lain semasa menjalankan aktiviti kerja mereka,

    Bekerjasama dengan majikan dan orang lain untuk memenuhi peruntukan undang-undang.

    Apakah hak pekerja terhadap majikan dalam aspek keselamatan di tempat kerja?

    Pekerja dilindungi daripada didiskriminasi, dicederakan atau diubah kedudukan oleh majikan

    sekiranya:

    Membuat sesuatu aduan mengenai keadaan atau perlakuan tidak selamat di tempat kerja,

    Menjadi ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,

    Menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

    Bilakah masa yang sesuai untuk majikan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja?

    Majikan perlu menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja apabila

    mempunyai 40 orang atau lebih pekerja atau diarahkan oleh Ketua Pengarah JKKP.

    Apakah fungsi Jawatankuasa tersebut?

    Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan berfungsi untuk:

    Mengkaji semula langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,

    Menyiasat aduan atau apa-apa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan,

    Sentiasa berunding dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

    Perlukah majikan melantik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

    Ya. Majikan yang termasuk di bawah kelas atau jenis industri yang diwartakan di bawah Akta

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mestilah menggaji seorang yang kompeten untuk bertindak

    sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

    Apa peranan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

    Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang

    selamat dan sihat di tempat kerja.

    Apa hukuman yang boleh dikenakan ke atas majikan sekiranya gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja?

  • Majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya adalah melakukan

    suatu kesalahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak

    melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    KEMALANGAN DAN ADUAN

    Bagaimana cara memberitahu tentang kemalangan atau penyakit di tempat kerja?

    Majikan mestilah memberitahu pejabat JKKP terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian

    berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di

    tempat kerja melalui telefon, faks, borang JKKP 6 atau JKKP 7.

    20

    Di manakah saya boleh mendapat Borang JKKP 6, JKKP 7 dan JKKP 8 termasuk jadual yang berkaitan?

    Kesemua borang dan boleh didapati daripada laman web JKKP. Sila klik di sini.

    Satu syarikat mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Bagaimanakah syarikat ini perlu menghantar Borang JKKP 8?

    Setiap cawangan perlu menghantar satu Borang JKKP 8 ke Ibu Pejabat JKKP.

    PROSES PEMBAGASAN PASIR / KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (KPD)

    Apakah peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas kelulusan proses pembagasan pasir?

    Kelulusan proses pembagasan pasir tertakluk di bawah Akta Kilang dan Jentera, 1967 dan peraturan-

    peraturan berkaitan yang dibuat di bawah akta dan salah satu daripada peraturan tersebut adalah

    Peraturan-Peraturan (Habuk Galian) Kilang dan Jentera, 1989.

    Apakah prosedur untuk memohon kelulusan proses pembagasan pasir?

    Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang boleh diperolehi dari laman

    sesawang JKKP. Permohonan hendaklah dihantar ke ibu pejabat JKKP. Sila klik SINI.

    Adakah bayaran dikenakan untuk permohonan proses kelulusan pembagasan pasir ini?

    Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

    Adakah prosedur untuk memohon kelulusan alat kelengkapan perlindungan diri (kpd)?

    Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang disenaraikan dalam

    kelulusan alat kelengkapan perlindungan diri yang boleh diperolehi dari laman web JKKP. Sila

    klik SINI.

    PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI

    Apa itu Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB)?

  • Pengandung Tekanan Tak Berapi (PTTB) bermaksud sesebuah bekas tertutup yang mempunyai

    tekanan lebih besar daripada tekanan atmosfera sama ada dalam bentuk gas atau campuran gas-gas dan

    termasuklah juga pengandung yang berada di bawah tekanan stim yang dihasilkan dari dandang stim

    dan sesuatu pengandung di bawah tekanan cecair dan gas atau kedua-duanya, dan sebarang

    pengandung tekanan yang bahagian dalamnya mempunyai tekanan di bawah tekanan atmosfera

    (hampagas).

    Contoh-contoh pengandung tekanan ini adalah seperti bekas udara, penukar haba, penyucihama,

    pengandung-pengandung di loji petrokimia, tangki simpanan LPG, pengandung-pengandung untuk

    proses rawatan air dan sebagainya.

    Mengapakah sesuatu PTTB itu perlu diperuntukkan tekanan kerja selamat sebelum ia boleh digunakan ?

    PTTB adalah merupakan suatu peralatan yang berisiko tinggi dan berpotensi untuk mendatangkan

    bahaya kerana kandungannya mempunyai tekanan. Sebarang kesilapan pada rekabentuk atau

    pembinaan boleh menyebabkan letupan atau kerosakan pada PTTB. Beberapa kes kemalangan seperti

    letupan keatas PTTB pernah berlaku dan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada harta

    benda, persekitaran atau kehilangan nyawa. Oleh yang demikian, pembinaan PTTB ini perlulah

    dikawal dengan sebaik mungkin dan sistematik bagi menjamin keselamatan manusia, harta benda dan

    persekitaran. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah diberi tanggungjawab untuk

    membuat kawalan ke atas rekabentuk, pendaftaran dan pemeriksaan berkanun ke atas PTTB.

    Bagi PTTB yang diimpot, adakah perlu Badan Berkuasa Memeriksa yang diiktiraf dilantik bagi

    mengawal selia proses rekabentuk, pembinaan dan pengujian keatas PTTB ini?

    Bagi PTTB impot, sekiranya hasil darab tekanan reka bentuk (psi) dengan garispusat dalam (inci)

    melebihi 3000 psi.in, ia perlulah disemak, diselia dan disahkan oleh Badan Berkuasa Memeriksa yang

    diiktiraf seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Peraturan-Peraturan (Dandang Setim dan

    Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera, 1970.

    Berapakan bayaran proses yang dikenakan untuk kelulusan rekabentuk dan peruntukan

    tekanan kerja selamat yang dibenarkan ke atas sesebuah PTTB?

    Caj bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 bagi suatu kelulusan rekabentuk dan

    peruntukan tekanan kerja selamat ke atas PTTB.

    FIRMA YANG KOMPETEN

    Apakah prosedur untuk memohon pendaftaran sebagai Syarikat Kompeten (Cth: Pembuat Dandang Stim, Pengandung Tekanan Tak Berapi, Kontraktor Gas Dll)?

    Pemohon hendaklah mengemukakan semua dokumen dan maklumat yang disenaraikan dalam panduan

    permohonan pendaftaran sebagai syarikat kompenten yang dimohon. Panduan permohonan pendaftaran

    tersebut boleh diperolehi dari laman web JKKP. Permohonan hendaklah dihantar ke ibu pejabat JKKP.

    PELANTAR KERJA ANGKATAN KREN

    Apakah Pelantar Kerja Angkatan Kren?

    Pelantar kerja angkatan kren ialah kelengkapan yang digunakan oleh pekerja untuk membuat kerja,

    sama ada disangkutkan pada cangkuk kren atau pada kepala bum kren.

  • Adakah pelantar Kerja Angkatan Kren boleh digunakan untuk membuat kerja pada ketinggian yang biasanya tidak boleh dicapai melalui Perancah atau 'Aerial Platform'?

    Penggunaan pelantar kerja angkatan kren biasanya dilarang. Disyorkan semua kerja dijalankan

    menggunakan perancah pegun apabila sesuai. Walau bagaimanapun, jika menggunakan kaedah lain

    untuk sampai ke lokasi kerja yang tinggi didapati lebih membahayakan atau tidak sesuai, maka

    platform kerja angkatan kren boleh digunakan untuk membuat kerja.

    Adakah apa-apa kelulusan diperlukan daripada Pihak Berkuasa untuk menggunakan pelantar Kerja Angkatan Kren?

    Kontraktor/pengguna hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

    Pekerjaan, Malaysia tentang penggunaan pelantar kerja angkatan kren. Mereka hendaklah mematuhi

    keperluan yang ditetapkan dalam garis panduan (GARIS PANDUAN SISTEM PLATFORM

    PELANTAR KERJA ANGKATAN KREN) sebelum menyerahkan permohonannya.

    ORANG YANG KOMPETEN

    Adakah terdapat panduan penulisan untuk laporan OYK/OYB Higien Industri?

    Ada. Sila klik di sini.

    Apakah syarat-syarat kelayakan & prosedur untuk Pendaftaran OYK/OYB Higien Industri?

    Sila Klik disini.

    Apakah tanggungjawab OYK/OYB Higien Industri setelah menjalankan kerja-kerja pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan & pengujian di tempat kerja?

    a. Menyediakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai pemonitoran / penaksiran / pemeriksaan

    & pengujian dijalankan.

    b. Membentangkan keputusan & cadangan kepada majikan selepas laporan disiapkan. Tarikh

    pembentangan laporan kepada majikan hendaklah dimaklumkan ke Pejabat JKKP negeri yang

    berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum laporan dibentangkan.

    c. Menyerahkan laporan dalam tempoh 30 hari selepas selesai kerja pemonitoran / penaksiran /

    pemeriksaan & pengujian dijalankan, kepada Pengarah JKKP negeri berkenaan dan Ketua Pengarah

    JKKP.

    Adakah bayaran dikenakan untuk proses permohonan OYK/OYB Higien Industri?

    Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

    Di manakah boleh memperolehi senarai OYK/OYB Higien Industri yang berdaftar dengan JKKP?

    Sila klik di sini.

    Dimanakah pemohon boleh mendapatkan borang / senarai semak bagi permohonan pendaftaran / pembaharuan OYK/OYB Higien Industri?

    Sila klik di sini.

    Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memperbaharui kompetensi sebagai (OYK Pendedahan Bising / Pengapit / Juruteknik Higien 1 / Juruteknik Higien 2 / Pengapit IAQ)?

  • a. Sila klik di sini.

    b. Menghadiri kursus secara berterusan (CEP) dalam bidang Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan dan mengumpul sekurang-kurangnya 30 mata kredit

    setahun. Jumlah yang terkumpul dalam masa 3 tahun mestilah tidak kurang

    daripada 90 mata kredit. Sila klik disini.

    Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memperbaharui kompetensi sebagai Penguji Gas Bertauliah (AGT) dan Penyelia Kemasukan (ES)?

    Menghadiri kursus Latihan semula (refresher course) bagi Bekerja Selamat di Ruang Terkurung

    untuk Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan.

    Apa peranan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan?

    Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang

    selamat dan sihat di tempat kerja.

    KEJURUTERAAN FORENSIK

    Bilakah Bahagian Kejuruteraan Forensik (BKF) telah ditubuhkan?

    Bahagian Kejuruteraan Forensik ditubuhkan pada 16 April 2007.

    Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh BKF?

    Bahagian Kejuruteraan Forensik menawarkan khidmat kepakaran di dalam aspek kejuruteraan forensik

    kepada pegawai penyiasat di peringkat negeri untuk membantu menyelesaikan siasatan kes

    kemalangan, kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan.

    Berapakah seksyen teknikal di bawah Bahagian Kejuruteraan Forensik?

    Terdapat lima (5) seksyen di bawah BKF iaitu Seksyen Kejuruteraan Mekanikal, Seksyen Kejuruteraan

    Pembinaan, Seksyen Petrokimia, Seksyen Higen Pekerjaan dan Seksyen Makmal Ujian.

    Adakah BKF mempunyai makmal ujian?

    Tidak, buat masa ini tiada kemudahan makmal ujian untuk bahagian ini.

    Bagaimanakah BKF menguji dan menganalisa sampel atau barang kes?

    Buat sementara waktu, semua sampel dan barang kes dihantar ke agensi kerajaan seperti Agensi

    Nuklear Malaysia, Jabatan Kimia dan universiti tempatan berkenaan untuk diuji dan dianalisa.

    Berapa lama tempoh bagi ujian/analisa barang kes diambil?

    Buat masa ini, tiada tempoh ditetapkan dan bergantung kepada kesediaan agensi yang telah dilantik

    kerana terdapat bilangan agensi berkebolehan yang terhad dalam menjalankan ujian tersebut.

    KILANG DAN JENTERA

    Bagaimanakah cara menduduki kilang dan menggunakan jentera buat pertama kali?

    2 langkah mudah adalah:

  • i. Mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera dengan mengemukakan borang JKJ 105 beserta

    dokumen berkaitan kepada pejabat JKKP terdekat.

    ii. Memberitahu JKKP bahawa akan menduduki kilang buat pertama kalinya melalui borang JKJ

    101selepas mendapat Kebenaran Memasang Jentera.

    Adakah perlu mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera setiap kali memasang jentera berperakuan kelayakan dan pepasangan baru?

    Ya. Mana-mana jentera berperakuan kelayakan dan pepasangan baru yang hendak dipasang di dalam

    premis kilang hendaklah mengemukakan borang JKJ 105 dan JKJ 106 kepada pejabat JKKP terdekat.

    Apakah jentera yang memerlukan sijil perakuan kelayakan?

    Jentera berperakuan kelayakan termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin

    angkat seperti lif penumpang, lif barang, tangga bergerak dan kren.

    Berapa lama proses pendaftaran kilang dan jentera?

    Proses pendaftaran kilang dan jentera akan mengambil masa 20 hari daripada tarikh penyerahan borang

    dan dokumen berkaitan yang lengkap kepada pejabat JKKP.

    Apa akan berlaku selepas dokumen diserahkan kepada pejabat JKKP?

    Selepas semua dokumen disemak oleh pegawai JKKP, satu pemeriksaan awalan ke atas premis dan

    jentera akan dilakukan. Seterusnya ujian yang berkaitan akan dilakukan ke atas jentera berperakuan

    kelayakan terlibat.

    GHS DAN CLASS

    Bilakah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peraturan Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berhazard 201X (CLASS) akan

    diwartakan di Malaysia untuk menggantikan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan

    Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya (CPL 1997)?

    Peraturan CLASS dijangkakan akan diwartakan dalam masa terdekat setelah mendapat

    kelulusan Menteri Sumber Manusia. Buat masa ini, draf Peraturan CLASS ini sudah berada di pihak

    Jabatan Peguam Negara dan akan diwartakan pada bila-bila masa bagi menggantikan perundangan

    CPL 1997.

    Apakah persediaan yang telah dilakukan oleh pihak JKKP sebelum Peraturan CLASS diwartakan?

    Pihak JKKP telah menjalankan beberapa Kursus Penguatkuasaan Peraturan CLASS terhadap

    pegawai-pegawai di pejabat negeri dan menjalankan kajian Kesedaran dan Pematuhan Pembekal

    Bahan Kimia terhadap Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia

    Berbahaya (CPL) 1997 dan Peraturan Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan

    Bahan Kimia Berhazard (CLASS) 201X terhadap semua pembekal bahan kimia di Malaysia bagi

    mengukur tahap kesediaan pihak industri akan pewartaan Peraturan CLASS nanti. Selain itu, bantuan

    input teknikal, ceramah dan kepakaran juga diberikan dengan kerjasama UNITAR dan CICM untuk

    membantu pelaksanaan Peraturan CLASS di tempat kerja dapat dijalankan dengan berkesan.

    Apakah menjadi tanggungjawab JKKP dalam melaksanakan GHS menerusi Peraturan CLASS 201X di Malaysia bagi sektor pengguna (consumer sector)?

  • Tidak, JKKP hanya bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan CLASS yang melibatkan bahan

    kimia di tempat kerja dan industri sahaja.

    Siapakah yang perlu mematuhi Peraturan CLASS apabila diwartakan kelak dan bagaimana dengan skop pemakaiannya?

    Pembekal bahan kimia untuk penggunaan di tempat kerja merupakan pihak yang perlu mematuhi

    Peraturan CLASS apabila diwartakan kelak. Dari aspek skop pemakaian, Peraturan CLASS ini tidak

    terpakai ke atas semua bahan yang telah tertakluk di bawah perundangan yang dinyatakan di bawah:

    1. Bahan radioaktif - Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 2. Buangan terjadual - Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

    Terjadual) 2005

    3. Kosmetik - Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 4. Bahan kimia yang digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan saintifik atau untuk

    tujuan percubaan, yang tidak dijual di pasaran dan tidak melebihi 5 kg.

    Siapakah pembekal yang tertakluk di bawah Peraturan CLASS?

    Pembekal ditakrifkan sebagai:

    0. Pembekal utama orang yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula, atau merumus semula bahan kimia

    1. Pembekal subsidiari orang yang membungkus semula, mengedar, atau meruncitkan bahan kimia berhazard

    Bahan kimia: unsur kimia, sebatian atau campuran daripadanya, samada asli atau tiruan.

    Apakah tanggungjawab pembekal utama dan pembekal subsidiari menurut Peraturan CLASS 201X?

    Tanggungjawab pembekal utama dan pembekal subsidiari menurut Peraturan CLASS 201X

    adalah:

    Pembekal Utama Pembekal Subsidiari

    I. Melakukan Pengelasan Hazard I. Pelabelan

    II. Pelabelan II. Helaian Data Keselamatan (SDS)

    III. Helaian Data Keselamatan (SDS) III. Pembungkusan

    IV. Pembungkusan

    V. Inventori Bahan Kimia

    Adakah pengelasan bahan kimia di bawah Peraturan CLASS wajib dibuat oleh pengelas bahan kimia yang berdaftar dengan JKKP?

    Tidak. Peraturan CLASS 201X menetapkan pengelasan bahan kimia boleh dibuat oleh sesiapa

    sahaja tetapi hendaklah pengelasan dibuat berdasarkan format dan pengelasan yang betul seperti yang

    terdapat dalam ICOP CLASS. Walaubagaimanapun, bagi memastikan pengelasan yang dibuat benar-

    benar memenuhi kehendak peraturan, JKKP amat mencadangkan agar seorang pengelas bahan kimia

    telah mendapat latihan yang secukupnya dalam bidang pengelasan.

    Apakah perbezaan utama mengenai kewajipan pembekal bahan kimia antara Peraturan CPL 1997 dan Peraturan CLASS 201X?

  • Perbezaan utama mengenai kewajipan pembekal bahan kimia antara Peraturan CPL 1997 dan Peraturan

    CLASS 201X ialah kewajipan menyediakan inventori bahan kimia.

    Saya adalah pembekal bahan kimia, sekiranya syarikat saya ingin melindungi maklumat sulit bahan kimia yang dibekalkan, apakah maklumat yang boleh digugurkan daripada label dan

    SDS?

    Pembekal boleh menggugurkan nama bahan kimia dan kepekatan ramuan campuran dari Helaian

    Data Keselamatan (SDS) dan juga label bahan kimia, TETAPI maklumat tersebut

    hendaklahdigantikan dengan:

    nama bahan kimia --> guna nama generik bahan kimia kepekatan ramuan --> guna julat kepekatan

    Bagi tujuan perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerja, maklumat boleh diberikan kepada:

    Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)

    Orang yang menggunakan/mengendalikan bahan kimia

    sekiranya permintaan untuk mendapatkan maklumat tersebut dibuat secara bertulis dan

    maklumat yang diperolehi digunakan bagi tujuan perlindungan keselamatan dan kesihatan

    pekerja.

    Berapa lamakah tempoh peralihan daripada Peraturan CPL 1997 kepada Peraturan CLASS 201X bagi semua bahan kimia?

    Tempoh peralihan kepada Peraturan CLASS 201X ialah 1 tahun bagi bahan kimia tunggal dan 3

    tahununtuk campuran.

    Di manakah saya boleh membuat rujukan untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kaedah pengelasan bahan kimia?

    Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang kaedah pengelasan bahan kimia, anda boleh membuat

    rujukan melalui:

    0. Buku Kod Tataamalan Industri Peraturan CLASS (ICOP CLASS) 1. Terjemahan Buku Ungu Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan

    Kimia (GHS)

    Adakah mereka yang membuat terjemahan label dan SDS perlu berdaftar dengan JKKP atau mana-mana agensi?

    Tidak. Walaubagaimanapun, bagi memastikan kualiti terjemahan memenuhi kehendak yang

    ditetapkan, maka JKKP amat mencadangkan agar individu yang membuat terjemahan telah mendapat

    latihan yang secukupnya dalam bidang penterjemahan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat sulit perniagaan (CBI) di dalam Peraturan CPL 1997 dan Peraturan CLASS 201X?

    Maklumat sulit perniagaan (CBI) di dalam Peraturan CPL 1997 dan Peraturan CLASS 201X

    bermaksudsuatu sistem yang mengandungi maklumat-maklumat yang:-

  • Tidak boleh diketahui oleh para pesaing di dalam industri,

    Melindungi hak harta intelek dan perniagaan.

    Apakah maklumat yang wajib diletakkan pada label?

    Maklumat yang perlu ada pada label:

    0. Pengecam bahan kimia 1. Nama, alamat dan no. tel pembekal 2. Kata isyarat 3. Pernyataan hazard 4. Piktogram hazard 5. Pernyataan berjaga-jaga

    Selain itu, maklumat tersebut mestilah disediakan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Kebangsaan dan

    Bahasa Inggeris. Maklumat juga mesti boleh dibaca secara mendatar.

    Jika saya sudah mematuhi Akta Racun Perosak 1974 bagi produk racun perosak, adakah saya masih perlu mematuhi Peraturan CLASS? Bagaimana pula dengan bahan kimia industri dan

    bahan kimia yang digunakan di makmal?

    Ya. Bagi produk racun perosak yang sudah mematuhi Akta Racun Perosak 1974, ia masih perlu

    mematuhi Peraturan CLASS iaitu keperluan menyediakan Helaian Data Keselamatan (SDS) dan

    keperluan maklumat sulit perniagaan (CBI) SAHAJA.

    Bagi bahan kimia industri, ia juga perlu mematuhi kesemua keperluan yang terkandung dalam

    Peraturan CLASS iaitu keperluan pengelasan, pembungkusan, pelabelan, inventori, SDS dan CBI.

    Bagibahan kimia yang digunakan di makmal untuk tujuan R & D yang tidak dipasarkan, tidak

    melebihi 5 kg dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keselamatan penggunaan

    adalah DIKECUALIKAN daripada Peraturan CLASS ini. Bagi bahan kimia yang digunakan di

    makmal yang tidak memenuhi ciri-ciri seperti di atas adalah perlu mematuhi Peraturan CLASS ini.

    Adakah perlu perumus semula menghantar inventori kepada pihak JKKP?

    Ya. Pihak perumus semula juga perlu menghantar inventori kepada pihak JKKP kerana ini adalah

    tanggungjawab bagi pembekal utama.

    Apakah senarai laman web yang boleh kami rujuk untuk dijadikan panduan untuk memahami Sistem GHS dan Peraturan CLASS 201X ini?

    Berikut adalah senarai pautan laman web yang boleh anda rujuki sebagai panduan untuk memahami

    Sistem GHS dan Peraturan CLASS 201X ini:

    0. http://www.dosh.gov.my 1. http://www.unitar.org/cwm/ghs/ 2. http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_b252804d-

    c0a81573-11901190-d5e4e71c

    3. http://www.unece.org/trans/danger/publi/ghs/ghs_welcome_e.html 4. http://www.osha.gov/dsg/hazcom/ghs.html 5. http://ec.europa.eu/enterprise/sectors/chemicals/classification/index_en.htm 6. http://www.ccohs.ca/oshanswers/chemicals/ghs.html

    Berapakah saiz piktogram pada label mengikut Peraturan CLASS?

    Saiz piktogram pada label mestilah sekurang-kurangnya 1/15 daripada saiz ukuran label atau

    mempunyai keluasan tidak kurang daripada 100 mm2 (1cm x 1cm)

    Adakah piktogram pada label harus mempunyai garisan tepi berwarna merah mengikut Peraturan CLASS? Bolehkah garisan tepi itu diwarnakan dengan warna hitam sahaja?

  • Mengikut Peraturan CLASS, piktogram pada label harus mempunyai garisan tepi berwarna MERAH

    sahaja bagi menyeragamkan pelabelan.

    Adakah label mengikut Peraturan CLASS 201X tidak wajib pada bungkusan luaran sekiranya terdapat piktogram Cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pengangkutan Barang

    Berbahaya (UNRTDG) pada bungkusan luaran tersebut?

    Ya, label mengikut Peraturan CLASS 201X adalah tidak wajib pada bungkusan luaran sekiranya

    terdapat piktogram UNRTDG pada bungkusan luaran tersebut.

    Adakah Helaian Data Keselamatan (SDS) yang disediakan mengikut Peraturan CLASS 201X dan GHS mesti terdiri daripada 15 elemen?

    Tidak, Helaian Data Keselamatan (SDS) yang disediakan mengikut Peraturan CLASS 201X dan GHS

    mesti terdiri daripada 16 elemen.

    Bilakah pengilang dan pengimport perlu mengemukakan Inventori bahan kimia kepada Ketua Pengarah JKKP?

    Pengilang dan pengimport perlu menyediakan Inventori bahan kimia dan dihantar kepada Ketua

    Pengarah JKKP dalam tempoh masa tiga (3) tahun selepas Peraturan CLASS 201X diwartakan.

    Saya mengimport sekurang-kurangnya 90 kg Isobutanol sebulan dari Indonesia. Adakah saya perlu menghantar inventori kepada Ketua Pengarah JKKP?

    Ya, anda perlu menghantar inventori kepada Ketua Pengarah JKKP kerana jumlah Isobutanol yang

    diimport melebihi 1 tan (1000 kg) setahun

    Adakah Kod -H wajib diletakkan pada label?

    Saya masih keliru tentang label, saya pernah mendapat beberapa contoh sampel label CLASS daripada JKKP semasa seminar / bengkel yang dihadiri. Walau bagaimanapun, bolehkah kami

    menghasilkan rekabentuk label sendiri?

    Sampel yang didapati hanyalah satu contoh label yang mematuhi GHS dan Peraturan CLASS. Anda

    boleh menghasilkan rekabentuk label anda sendiri selagi ia memenuhi keperluan minimum di bawah

    Peraturan CLASS.

    Bolehkah satu label mempunyai dua nama syarikat yang berbeza?

    Ya, anda boleh meletakkan dua nama syarikat yang berbeza pada label,tetapi maklumat mengenai

    syarikat tempatan adalah wajib diletakkan.

    Kami ingin mengesahkan adakah pengecualian notifikasi EHS untuk bahan-bahan seperti produk yang diberikan sebagai sampel percuma, ubat-ubatan, agrokimia, dan produk

    semulajadi. Adakah bahan-bahan ini boleh dikenakan pengecualian daripada notifikasi EHS

    atau tidak?

    Untuk pengetahuan, kami tidak terlibat dalam notifikasi EHS. Adalah lebih baik sekiranya anda boleh

    mengajukan pertanyaan terus mengenai notifikasi EHS kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Berikut

    adalah pautan laman web berkenaan notifikasi EHS JAS https://www.e-ehs.doe.gov.my/.

    Adakah semua label mesti menunjukkan nama produk?

    Ya, semua label mesti menunjukkan nama produk.

    Untuk campuran, adakah perlu untuk meletakkan formula campuran pada label?

  • Untuk campuran, tidak perlu untuk meletakkan formula campuran pada label, tetapi adalah wajib untuk

    menyenaraikan bahan-bahan yang terdapat dalam campuran pada label.

    Pelanggan kami ingin mengimport bahan kimia dari EU ke Malaysia, sebagai bahan dan campuran/ formulasi / Biosaid. Apakah status perundangan Malaysia kini (contohnya sistem

    Peraturan REACH yang telah diperkenalkan, sistem kebangsaan atau tiada sebarang sistem

    langsung)?

    Mengenai aspek perundangan bagi bahan kimia berbahaya yang masuk ke Malaysia, seperti yang kami

    maklum, JKKP hanya menguatkuasakan Peraturan Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan

    Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000) dan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan

    dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan

    Pekerjaan 1994. Maklumat mengenai peraturan-peraturan ini boleh didapati di laman web

    kami http://www.dosh.gov.my/doshv2/ di bawah tab perundangan.

    Apakah prosedur untuk mengimport bahan kimia ke Malaysia? (Cth. Hanya penyenaraian inventori atau pemberitahuan/ pendaftaran, memerlukan lesen import dan lain-lain)? Apa yang

    perlu dilakukan untuk memastikan pematuhan?

    Jika anda ingin mengimport bahan kimia ke Malaysia, mungkin beberapa lesen diperlukan. Anda boleh

    merujuk pautan http://www.miti.gov.my/cms/index.jsp untuk mengetahui lebih lanjut tentang

    peraturan perdagangan di Malaysia. Walau bagaimanapun, dari sudut peraturan JKKP sebagai

    pengimport anda perlu mematuhi Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia

    Berbahaya 1997 (CPL 1997) di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Berikut

    adalah tugas pembekal/ pengimport mengikut Peraturan:

    0. Untuk mengelaskan bahan kimia berbahaya mengikut sifat khusus risiko yang terlibat berdasarkan pada kategori bahaya dalam Jadual I.

    1. Untuk memastikan bahawa bahan kimia berbahaya dibekalkan dalam bungkusan yang memenuhi kehendak seperti yang ditetapkan.

    2. Untuk memastikan bahawa bungkusan itu mula-mula dikedap sedemikian rupa supaya bila sahaja bungkusan dibuka, pengedapnya pecah dan tidak boleh dibaiki.

    3. Untuk memastikan bahawa tiap-tiap bungkusan dilabel dengan maklumat yang ditetapkan dengan jelas serta tidak boleh dipadam.

    4. Untuk menyediakan suatu Risalah Data Keselamatan Kimia terbaru bagi setiap bahan kimia berbahaya yang dibekalkan.

    Apakah maklumat yang diperlukan pada SDS? Adakah data Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran & sekatan Bahan Kimia (REACH) boleh digunakan?

    Risalah Data Keselamatan Kimia hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

    0. Keluaran bahan kimia itu sendiri termasuk nama tred atau nama biasa bahan kimia itu dan pengenalan syarikat dengan butiran tentang pembekal;

    1. Kandungan bahan yang secara jelasnya mengenal pasti bahan kimia berbahaya bagi maksud menjalankan penilaian bahaya;

    2. Pengenalpastian bahaya 3. Langkah-langkah pertolongan cemas 4. Langkah-langkah pemadaman kebakaran 5. Langkah-langkah bagi menangani pelepasan tidak sengaja 6. Pengendalian dan penyimpanan 7. Kawalan pendedahan dan perlindungan diri (termasuk kaedah yang boleh digunakan bagi

    mengawasi pendedahan di tempat kerja)

    8. Sifat fizik dan kimia 9. Kestabilan dan kereaktifan 10. Maklumat toksikologi (termasuk laluan mungkin untuk masuk ke dalam badan dan

    kemungkinan adanya sinergisme dengan bahan kimia atau bahaya lain yang dihadapi semasa

    bekerja)

    11. Maklumat ekologi

  • 12. Maklumat pelupusan 13. Maklumat pengangkutan 14. Tarikh penyediaan Risalah Data Keselamatan Kimia

    Pembekal hendaklah mengkaji semula dan menyemak Risalah Data Keselamatan Kimia dari semasa ke

    semasa apabila maklumat baru tentang sesuatu bahan kimia berbahaya tertentu didapati. Semua

    maklumat yang dikehendaki pada Risalah Data Keselamatan Kimia hendaklah ditulis dalam bahasa

    kebangsaan dan bahasa Inggeris. Adalah boleh untuk menggunakan data REACH selagi ia tidak

    berbeza dari kehendak peraturan ini.

    Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan bahan kimia tertentu di Malaysia?

    Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999

    {P.U.(A)303], ia hanya melarang bahan-bahan berikut dari penggunaan tertentu:

    0. 4-Aminodiphenyl; Benzidine; 2-Naphtylamine; 4- Nitrodiphenyl 1. Benzene (untuk tujuan pembersihan dan penyahgrisan) 2. Karbon disulfida; karbon tetraklorida dan n-Hexane 3. Fosforus putih 4. Crocidolite

    Perintah ini mula berkuatkuasa sejak 2 Ogos 1999.

    Selepas Peraturan CLASS diwartakan, bolehkah kami terus menggunakan label yang sedia ada hingga habis sebelum mencetak dan menggunakan label CLASS?

    Bagi permasalahan menghabiskan dahulu label yang anda ada sekarang sebelum bertukar ke label

    CLASS, akan ada satu tempoh tenggang (satu tahun) bagi industri untuk mematuhi Peraturan CLASS

    selepas diwartakan (kemungkinan besar akan diwartakan pada tahun 2013). Oleh itu, kami percaya

    tempoh satu tahun (atau mungkin lebih bargantung pada tarikh Peraturan diwartakan) merupakan

    tempoh masa yang cukup lama bagi anda untuk menghabiskan kesemua label yang ada sebelum

    bertukar ke label CLASS. Tetapi tempoh tenggang ini mungkin berbeza tertakluk kepada sebarang

    perubahan akhir Peraturan.

    Bilakah masa bagi pelaksanaan Peraturan CLASS di Malaysia?

    Malaysia akan melaksanakan sistem GHS melalui pengisytiharan Peraturan Pengelasan, Pelabelan dan

    Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berhazard 201X (CLASS). Buat masa sekarang, jabatan ini

    sedang menunggu keputusan dari Jabatan Peguam Negara tentang tarikh pewartaan Peraturan CLASS

    yang sebenar.

    Buku Ungu versi manakah yang digunapakai di Malaysia dalam menguatkuasakan Peraturan CLASS?

    Peraturan CLASS akan menggabungkan elemen-elemen daripada Buku Ungu Semakan Edisi Ketiga, dan mengekalkan bahagian- bahagian tertentu daripada Peraturan Pengelasan, Pembungkusan

    dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997).

    Adakah terdapat mana-mana rujukan tempatan mengenai GHS? Bagaimanakah untuk mendapatkannya?

    Ya, anda boleh merujuk kepada laman web JKKP (di bawah tab Isu-Isu Kimia) untuk berita terkini

    dan garis panduan mengenai peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan di Malaysia dan Kod Amalan Industri mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard sebagai dokumen sokongan . Anda juga boleh mendapatkan bahan-bahan dan maklumat terkini dengan menghadiri seminar dan

    kursus yang disediakan oleh JKKP, NIOSH atau CICM.

  • Apakah building block GHS bagi Malaysia?

    Building block GHS adalah berdasarkan kepada Buku Ungu : Tidak semua kategori hazard akan digunapakai, walaupun kesemua kelas hazard digunapakai. Kami akan mengumumkan semua

    kandungan dalam Peraturan CLASS termasuk building block apabila Peraturan telah diwartakan kelak.

    Apakah had pemisah untuk GHS di Malaysia?

    Penggunaan had pemisah adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.5.1 di dalam Buku Ungu.

    Apakah format SDS di Malaysia sekiranya Peraturan CLASS diwartakan?

    Terdapat keperluan di mana pembekal perlu memastikan bahawa maklumat dalam SDS disusun

    mengikut aturan yang telah ditetapkan, sama seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan 1.5.3.2

    Buku Ungu atau dalam Peraturan CLASS. Maklumat tersebut hendaklah ditulis dalam Bahasa Kebangsaan (Malaysia) atau Bahasa Inggeris.

    Apakah kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan di Malaysia?

    Sehingga kini, kami masih menggunakan Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan

    Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) sebagai kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan di

    Malaysia. Walaupun sekarang kami sedang berusaha ke arah pelaksanaan Sistem Terharmoni Global

    bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS), tetapi masih sehingga saat ini, semua industri di

    Malaysia perlu mematuhi Peraturan CPL 1997 sehingga tarikh tertentu yang akan diumumkan dari

    masa ke semasa.

    Di dalam Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997), kriteria pengelasan untuk campuran/ persediaan tidak digariskan. Adakah ia

    menggunakan kaedah pengiraan yang sama seperti EU?

    Ya, oleh kerana Peraturan CPL 1997 tidak menggariskan kriteria pengelasan untuk campuran/

    persediaan, kami menggunakan kaedah pengelasan/ pengiraan yang sama seperti EU. Untuk maklumat

    lanjut, anda boleh merujuk kepada pautan ini.

    Kami ingin mendapatkan penjelasan mengenai pelabelan GHS kerana syarikat kami telah melaksanakan pelabelan GHS untuk produk kami sejak Tahun 2008. Adakah terdapat apa-apa

    isu berkenaan perkara ini kerana Peraturan CLASS masih belum diwartakan?

    Walaupun Peraturan CLASS masih belum diwartakan, seharusnya tidak menjadi isu atau masalah jika

    syarikat anda telah melaksanakan pelabelan GHS, walau bagaimanapun kerana Peraturan CLASS

    masih belum diwartakan, semua industri MASIH PERLU untuk mematuhi Peraturan CPL buat

    masa ini. Oleh itu, sila pastikan syarikat anda masih mematuhi Peraturan CPL buat masa ini, walaupun

    anda telah melaksanakan pelabelan GHS untuk produk anda.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada pautan ini.

    Bolehkah JKKP menyediakan senarai perunding/ konsultan yang diiktiraf oleh JKKP yang boleh melaksanakan penaksiran karsinogenik di Malaysia?

    Oleh kerana penaksir yang menjalankan Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada Kesihatan (CHRA)

    juga melakukan penaksiran karsinogenik, anda boleh merujuk kepada senarai terkini Orang Kompeten

    untuk Penaksir CHRA yang berdaftar dengan JKKP. Anda boleh merujuk kepada pautan ini.

    Saya telah merekabentuk 2 jenis label yang akan dicetak pada pembungkusan produk kami. Satu adalah dalam Bahasa Inggeris, dan satu lagi adalah dalam Bahasa Melayu. Oleh kerana ini

  • adalah kali pertama saya membuat rekabentuk label, saya berharap anda boleh membantu saya

    untuk melihat sama ada draf in

    Perbandingan telah dibuat dengan Perenggan 1.4.10. 5,2 [Purple Book GHS 3rd Edition], dan didapati

    konsisten dengan kehendak perenggan tersebut.

    Adalah diingatkan bahawa anda masih perlu mematuhi dengan sepenuhnya Peraturan-Peraturan

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan iaitu Peraturan Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan

    Kimia Berbahaya 1997 (CPL 1997) untuk bahan kimia yang dibekalkan di negara ini. Perlaksanaan

    Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) di Malaysia hanya akan

    dibuat apabila perundangan berkaitan dipersetujui oleh Menteri dan diwartakan.

    Untuk maklumat lanjut berkenaan garis panduan perlabelan bahan kimia berpandukan peraturan CPL,

    sila rujuk pada pautan berkenaan.

    Menurut Peraturan CLASS, adakah wajib untuk mempunyai latar belakang putih untuk label?

    Kecuali pada piktogram, warna-warna boleh digunakan pada kawasan lain di label untuk melaksanakan

    keperluan pelabelan yang lain, seperti contoh penggunaan band racun perosak, untuk kata isyarat dan

    pernyataan hazard atau sebagai latar belakang kepada kata tersebut.

    I am a chemical supplier. If my company want to protect the confidential information of the supplied chemicals, what information can be excluding in the label and SDS?

    Suppliers may exclude the chemicals name and concentration of the chemical ingredients of a

    mixture in the Safety Data Sheet (SDS) and the chemicals label, BUT the information must be

    replaced with:

    Chemicals name --> use generic name of the chemicals Concentration of the ingredients --> Use concentration range

    For the purpose of workers safety and health protection, information can be given to:

    Occupational Health Doctor (OHD)

    People who use/ handling the chemicals

    if the request to get the information done in written form and the information obtained is used

    for the purpose of workers safety and health protection.

    Adakah sebarang kemungkinan untuk mempunyai hanya satu sahaja Sistem Pengurusan Bahan Kimia (bukannya dilakukan secara berasingan seperti EHSNR oleh JAS dan CIMS oleh JKKP)

    kerana industri perlu mengemukakan maklumat bahan kimia berbahaya yang sama kepada

    kedua-dua pihak berkuasa tempatan?

    Buat masa ini, kami sedang berusaha sedaya upaya ke arah mempunyai satu sistem bersepadu bagi

    pengurusan bahan kimia. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh menjamin apa-apa pada masa ini

    berikutan isu ini masih di peringkat perbincangan.

    Sila bantu saya untuk memahami bahawa nama bahan kimia boleh tidak dipaparkan , TETAPI nama generik masih perlu dipaparkan. Adakah ini betul?

    Anda adalah betul mengenai pilihan menggunakan nama generik untuk ramuan pada label hanya jika

    kandungan kepekatan ramuan adalah di bawah kepekatan kadar pemisah: pilihan ini adalah untuk

    pembekal sekiranya, antara lain, nama ramuan tersebut di bawah maklumat komersial yang sulit.

    Adalah pelabelan masih mengikut CPL 1997 buat masa kini?

    Apakah berita terkini mengenai Peraturan CLASS 201X? Bilakah tarikh sasaran bagi penguatkuasaannya?

  • Kami menjangkakan untuk Peraturan diwartakan menjelang Tahun 2013. Walau bagaimanapun, kami

    tidak boleh memberikan anda tarikh yang tepat kerana kami sendiri tidak mengetahuinya.

    Adakah laman web Sistem Pengurusan Maklumat Bahan Kimia (CIMS) masih berfungsi? Saya telah cuba untuk masuk beberapa kali di laman web ini: http://www.cims.gov.my/, tetapi gagal.

    Sila bantu saya.

    Untuk permasalahan di laman web CIMS, buat masa ini kami mempunyai masalah dengan sistem

    pelayan kami dan ia masih sedang diselenggara. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang

    dihadapi.

    CHRA

    Saya membuat kerja-kerja pengecat untuk klien saya di industri minyak dan gas. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menjalankan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan?

    Kamu adalah dikira sebagai seorang sub-kontraktor. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan

    Pekerjaan 1994, sub-kontraktor adalah sebagai majikan. Sebagai majikan langsung, kamu perlu

    mengikut kehendak Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan

    Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, termasuk melaksanakan

    penaksiran risiko kimia kepada kesihatan.

    Syarikat kami telah menggunakan asid sulfurik dalam kuantiti yang sedikit. Adakah kami perlu membuat penaksiran risiko kepada kesihatan?

    Ya, asid sulfurik adalah bahan kimia mengakis dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997.

    Adalah menjadi tanggungjawab majikan atau pemunya untuk melakukan penaksiran risiko kepada

    kesihatan (CHRA), walaupun kandungan penggunaan bahan kimia adalah sedikit.

    Semenjak menjalankan perniagaan didapati perniagaan syarikat kami kurang menguntungkan. Bolehkah pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberikan syarikat kami

    perlanjutan masa untuk melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan?

    Pihak majikan perlu menulis surat kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk

    memohon pelanjutan tempoh masa melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Adalah

    dinasihatkan supaya kes menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan (KKP) (termasuk penaksiran

    risiko) dimasukkan dalam bajet menjalankan perniagaan.

    Bilakah masa berikutnya yang perlu dilakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Selepas penaksiran yang pertama dilakukan?

    Penaksiran risiko kimia kepada kesihatan perlu dilakukan semula jika:-

    i. Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran itu dibuat, atau

    ii. 5 tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir, atau

    iii. Telah diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau Pengarah Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaaan.

    USECHH

    Adakah bahan kimia tambahan (additives) gred makanan, diklasifikasikan sebagai bahan berbahaya dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan

    dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000?

  • Ya. Bahan kimia tambahan adalah diklasikasikankan bahan kimia berbahaya kepada Kesihatan kerana

    tidak dikira sebagai makanan dan tidak dikecualikan daripada Peraturan-peraturan Keselamatan dan

    Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997.

    MAJOR HAZARD

    Siapakah yang perlu mematuhi Peraturan CIMAH?

    Aktiviti-aktiviti Industri yang mana memproses, menggunakan, mengeluarkan atau menyimpan bahan-

    bahan berbahaya yang tersenarai di dalam jadual 1 dan 2, mesti mematuhi Peraturan CIMAH kecuali

    pepasangan nuklear, pepasangan di bawah angkatan tentera, suatu kenderaan atau vesel yang

    mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri dan suatu aktiviti industri yang

    melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya yang mana sama atau kurang

    sepuluh peratus kuantiti ambang bahan berbahaya.

    Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat bahan berbahaya di pepasangan saya?

    Anda mesti membuat pemberitahuan berkenaan kuantiti bahan berbahaya dengan menggunakan

    Borang Pemberitahuan Aktiviti Industri (JKKP 5), dan menyerahkan borang tersebut ke Bahagian

    Major Hazard, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Putrajaya.

    Apakah yang mesti saya lakukan jika pepasangan saya dikelaskan sebagai sebuah Pepasangan Bukan Bahaya Besar?

    Anda perlu menyerahkan Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (DOS) ke JKKP.

    Adakah terdapat garis panduan untuk membantu pemilik pepasangan untuk menyediakan Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat?

    Ya, JKKP telah menerbitkan dua garis panduan yang di namakan Garis Panduan Penyediaan

    Dokumen Demonstrasi Operasi Selamat (Am) dan Garis Panduan Penyediaan Dokumen

    Demonstrasi Operasi Selamat(Penstoran Gas Petroleum Cecair Di Dalam Selinder).

    Apakah yang mesti saya lakukan jika pepasangan saya dikelaskan sebagai sebuah Pepasangan Bahaya Besar?

    Pemilik Pepasangan Bahaya Besar mesti menyerahkan tiga dokumen yang dinamakan sebagai Laporan

    Aktiviti Industri, Pelan Kecemasan Tapak dan Risalah Maklumat Kepada Umum.

    LUAR PANTAI

    Apakah skop penguatkuasaan JKKP ke atas aktiviti luar pantai?

    Buat masa ini, JKKP menjalankan penguatkuasaan hanya merangkumi aktiviti-aktiviti kelulusan

    pemasangan dan kelulusan pengendalian talian paip untuk tujuan penghantaran petroleum.

    Adakah semua talian paip petroleum luar pantai di bawah kawalan JKKP?

    JKKP menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas pemasangan talian paip baru, pengantian dan

    membaikpulih yang merangkumi skop talian paip-talian paip berikut:

    a. talian paip petroleum cecair diantara kemudahan-kemudahan pengeluaran, loji memproses gas asli,

    stesen-stesen servis, terminal-terminal (laut) dan tempat-tempat penghantaran dan penerimaan yang

    lain.

  • b. talian paip yang mengangkut gas asli daripada saluran alat pemisah atau perangkap di telaga-telaga

    minyak hingga ke saluran keluar pasangan set meter terminal.

    Adakah kontraktor-kontraktor pemasangan talian paip perlu mendapat berdaftar daripada JKKP?

    Kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pemasangan talian paip petroleum perlu berdaftar dengan

    JKKP sebagai kontraktor gas.

    Adakah jentera berperakuan yang hendak dipasang di pelantar minyak atau gas perlu mendapat kelulusan rekabentuk?

    Mana-mana jentera berperakuan yang di bina oleh pembuat tempatan perlu mendapat kelulusan

    rekabentuk dan dikenakan ujian hidrostatik, manakala jentera berperakuan yang diimport buat masa ini

    tidak perlu mendapat kelulusan rekabentuk tetapi perlu menyimpan segala dokumen pembinaan dan

    sijil ujian dari pembuat untuk tujuan pemeriksaan.

    Adakah peruntukan undang-undang iaitu OSHA, FMA dan PSMA terpakai ke atas kapal-kapal yang digunakan untuk memproses minyak (FPSO/ FSO)?

    FPSO dan FSO adalah tertakluk terhadap peruntukan dibawah undang-undang OSHA, FMA atau

    PSMA apabila kedudukannya tetap dan hanya digunakan untuk memproses atau menyimpan minyak

    atau gas.

    KESIHATAN PEKERJAAN

    Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Doktor Kesihatan Pekerjaan dengan pihak JKKP?

    a. Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my

    b. Isikan borang berkenaan.

    c. Lengkapkan pihak JKKP dengan dokumen dan keterangan berikut:

    i. Dua keping gambar berwarna terbaru ukuran paspot.

    ii. Resume terperinci mengenai pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan

    Pekerjaan termasuk senarai nama penyelia dan orang rujukan.

    iii. Salinan sijil-sijil kehadiran seminar, kursus, kolokium dan lain lain aktiviti berkaitan kesihatan

    pekerjaan yang telah dihadiri (perlu disahkan).

    iv. Salinan kelayakan akademik dan profesional (perlu disahkan).

    v. Salinan Perakuan Amalan Tahunan (perlu disahkan).

    vi. Salinan kad pengenalan (paspot bagi warga asing dan perlu disahkan).

    vii. Alamat tempat kerja, no tel bimbit, no telefon pejabat dan alamat emel terkini.

    d. Hantar permohonan ke alamat:

    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia,

    (Kementerian Sumber Manusia)

    Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62530 Putrajaya

    Adakah Doktor Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor) sama dengan Pakar Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Physician)?

    Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah BUKAN PAKAR KESIHATAN PEKERJAAN KECUALI telah

    diwartakan sebagai Pakar dalam bidang Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Kesihatan Awam, Pejabat

    Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, menurut

    Perintah 27, Bab F, Perintah Am pelantikan Pegawai Perubatan sebagai Pakar.

  • Di mana kita boleh menghubungi jabatan yang berkenaan untuk pewartaan sebagai Pakar Kesihatan Pekerjaan?

    Alamat jabatan yang berkenaan untuk pewartaan Pakar Kesihatan Pekerjaan adalah:

    Unit Kualiti dan Piawaian,

    Kementerian Kesihatan Malaysia,

    Aras 8, Blok E10, Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62590 W.P. Putrajaya

    Tel: 03-88834022 Fax: 03-88834017

    Bagaimanakah cara untuk memperbaharui sijil DKP?

    a. Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my

    b. Isikan borang berkenaan.

    c. Sertakan sekali:

    i. Dua keping gambar berwarna terbaru ukuran paspot.

    ii. Salinan sijil-sijil kehadiran seminar @ kursus berkaitan dengan kesihatan pekerjaan yang telah

    dihadiri (perlu disahkan).

    iii. Salinan Perakuan Amalan Tahunan (perlu disahkan).

    iv. Laporan Pengawasan Perubatan yang telah dibuat 3 tahun sebelum pembaharuan ini.

    v. Sijil CME yang dihadiri berkaitan Kesihatan Pekerjaan 3 tahun sebelum pembaharuan ini (perlu

    disahkan).

    vi. Sijil asal DKP yang telah luput.

    d. Hantar permohonan ke alamat:

    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia,

    (Kementerian Sumber Manusia),

    Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    62530 Putrajaya

    Apakah jenis-jenis kelayakan untuk membolehkan tuan didaftarkan sebagai DKP?

    i. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UKM 4 tahun.

    ii. Sarjana Sains Kemasyarakatan (Occupational Health) UKM 18 bulan.

    iii. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan/DSKP, UKM.

    iv. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) USM 4 tahun.

    v. Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UM 4 tahun.

    vi. *Masters of Science (Occupational Health), London.

    vii. *Masters of Science in Occupational Medicine, Singapore.

    viii. *Masters of Medicine (Occupational Medicine/Public Health), Singapore.

    ix. *Masters of Public Health (Occupational Medicine), Wisconsin USA.

    x. *Masters in Occupational Health, Philippine.

    xi. *Diploma in Industrial Health from any University in United Kingdom.

    xii. *Post Graduate Diploma or Masters of Health Science (Occupational Medicine, Health & Safety),

    Edith Cowan, Perth Australia.

    xiii. *Diploma in Industrial Health, Singapore.

    xiv. *Diploma in Industrial Health, Otago New Zealand.

    xv. *Diploma in Industrial Health, Toronto, Canada

    xvi. *Diploma in Occupational Health, Sydney, Australia.

    xvii. *Associate, Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of

    Physicians of London.

    xviii. *Licentiate Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of

    Physicians of Ireland.

    xix. Telah berjaya menamatkan kursus Kesihatan Pekerjaan yang di luluskan Ketua Pengarah dan

  • telah lulus peperiksaan DKP yang dikendalikan oleh pihak NIOSH Malaysia, Bangi.

    * Calon DIWAJIBKAN hadir kursus peraturan USECCH 2000 yang dikendalikan oleh pihak NIOSH

    Malaysia, Bangi.

    Berapakah bayaran untuk proses pendaftaran dan pembaharuan?

    Tiada bayaran dikenakan setakat ini.

    Bagaimanakah sijil yang telah siap dihantar?

    DKP boleh mengambilnya dari JKKP Ibupejabat atau JKKP Cawangan Negeri.

    Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Ketua Pengarah MENOLAK PERMOHONAN atau MENARIK BALIK pendaftaran Doktor Kesihatan Pekerjaan?

    i. Didapati terdapat salah laku, salah amalan dan kecuaian atau melanggar etika-etika perubatan atau

    telah disenaraihitam oleh Majlis Perubatan Malaysia.

    ii. Telah terbukti dikenakan denda di bawah Akta atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

    iii. Mengemukakan maklumat atau keterangan palsu/salah kepada pihak JKKP, majikan dan kilang

    (DKP boleh dikenakan tindakan mahkamah jika didapati memberikan maklumat/keterangan

    palsu).

    iv. Mengemukakan maklumat/keterangan tidak lengkap.

    v. Memaksa atau menghasut pihak kilang / majikan membuat ujian-ujian tidak perlu bagi tujuan

    mendapat keuntungan di pihak DKP (terdapat konflik kepentingan diri sendiri).

    vi. Tidak dapat memberi justifikasi secara jelas kenapa ujian-ujian tidak berkenaan dijalankan

    (Justifikasi mesti diperolehi daripada buku-buku rujukan dan Jurnal Kesihatan

    Pekerjaan/Persekitaran yang boleh dipercayai).

    vii. Didapati gagal menjalankan kerja - kerja sebagai DKP seperti dalam peraturan USECHH 2000 dan

    Garispanduan Pengawasan Perubatan.

    viii. Ingkar memberi kerjasama dengan para pegawai JKKP (Kementerian Sumber Manusia) apabila

    diminta.

    ix. Didapati tidak aktif menjalankan kerja-kerja keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

    x. Telah berhenti sebagai Pengamal Perubatan.

    xi. Gagal dalam sesi temuduga oleh pegawai-pegawai JKKP.

    xii. Didapati tidak layak untuk didaftarkan sebagai DKP.

    xiii. Atas sebab-sebab tertentu, tertakluk atas arahan Ketua Pengarah JKKP.

    xiv. Telah meninggal dunia.

    MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

    Apakah Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

    Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber

    Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara

    berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri

    Sumber Manusia pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan

    Pekerjaan 1994, (Akta 514).

    MNKKP ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjadikan semua

    tempat kerja di Malaysia selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja

    seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat

    Malaysia, yang mana pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada proses tripatisme.

    Apakah fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

  • MNKKP menjalankan fungsi-fungsinya dengan membincangkan, mengkaji dan menyiasat melalui

    proses tripatisme dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri Sumber Manusia,

    berhubung dengan perkara-perkara yang selaras dengan Akta 514, bagi tujuan meningkatkan tahap

    keselamatan dan kesihatan di semua sektor industri dan, tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan

    Akta 514, dalam hal-hal berkenaan: Iaitu

    i. Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

    ii. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

    iii. Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang

    keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan

    lain dalam masyarakat;

    iv. Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja;

    v. Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan;

    vi. Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;

    vii. Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan industri yang

    berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan;

    viii. Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di

    tempat kerja.

    Siapakah ahli-ahli yang menganggotai Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

    MNKKP ditubuhkan di bawah kehendak peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,

    1994. Mengikut Akta ini, keanggotaan Ahli MNKKP adalah terdiri daripada tidak kurang daripada dua

    belas (12) orang dan tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dilantik oleh Menteri Sumber

    Manusia. Keanggotaan adalah terdiri daripada:-

    i. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan

    ii. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja

    iii. tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya adalah

    berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

    iv. tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang wanita daripada organisasi

    atau badan professional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan

    kesihatan pekerjaan dan yang pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh menyumbang kepada

    MNKKP

    Apakah syarat-syarat untuk menganggotai MNKKP?

    Seseorang atau organisasi boleh mencalonkan anggotanya untuk menganggotai Majlis Negara bagi

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat berikut:-

    i. seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal

    ii. seseorang yang bankrap

    iii. seseorang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau

    keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan

    pekerjaan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat dengannya.

    iv. Seseorang yang tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai anggota Majlis Negara bagi

    Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    Di manakah rayuan boleh dibuat bagi menyelesaikan isu-isu orang terkilan yang membuat rayuan terhadap sesuatu perintah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JKKP?

    Rayuan boleh dikemukan kepada MNKKP dan akan dibawa ke dalam mesyuarat MNKKP. Keputusan

    rayuan yang dibuat akan dimaklumkan kepada perayu sebaik saja ahli mesyuarat telah

    memutuskannya.