soalan lazim kssr tmk

23
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SOALAN-SOALAN LAZIM “Kelantan Mendepani Kecemerlangan Akademik”

Upload: onenita-zuriah

Post on 10-Jun-2015

302 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan lazim kssr tmk

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

SOALAN-SOALAN LAZIM

“Kelantan Mendepani Kecemerlangan Akademik”

Page 2: Soalan lazim kssr tmk

1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?

Jawapan : KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Page 3: Soalan lazim kssr tmk

2. Apakah maksud Kurikulum Standard?

Jawapan : KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:

-Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Page 4: Soalan lazim kssr tmk

3. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Jawapan :Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan

Page 5: Soalan lazim kssr tmk

4. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?

Jawapan :Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Page 6: Soalan lazim kssr tmk

5. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi (DST)?

Jawapan :Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.

Page 7: Soalan lazim kssr tmk

6. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?

Jawapan :Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

Page 8: Soalan lazim kssr tmk

7. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?

Jawapan :Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.

Page 9: Soalan lazim kssr tmk

8. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?

Jawapan :Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.

Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK.

Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.

Page 10: Soalan lazim kssr tmk

9. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu?

Jawapan :Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza.

Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

Page 11: Soalan lazim kssr tmk

10. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?

Jawapan :Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid

Page 12: Soalan lazim kssr tmk

11. Bagaimanakah EMK-TMK hendak sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?

Jawapan :Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.

Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.

Page 13: Soalan lazim kssr tmk

12. Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?

Jawapan :Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program 1BestariNet KPM/Interim Tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi helpdesk atau pihak yang telah dipertanggungjawabkan atau JPN

Page 14: Soalan lazim kssr tmk

13. Siapakah guru yang layak mengajar TMK Tahap 2?

Jawapan :

Guru yang mempunyai kelulusan ikhtisas atau opsyen dalam bidang TMK atau

Mana-mana guru yang bukan bidang TMK tetapi berminat dan mempunyai kemahiran dalam bidang TMK. Guru yang bukan bidang TMK perlu mengikuti Program Latihan Khas untuk Guru TMK (PLuG TMK) selama 4 hari.

* Guru RBT boleh mengajar TMK sekiranya mahir ICT dan telah menghadiri PLuG TMK

Page 15: Soalan lazim kssr tmk

14. Berapakah peruntukan masa bagi TMK Tahap 2?

• Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK/RBT ialah sebanyak 60 minit seminggu (2 waktu berkembar) .

• Mata pelajaran ini diajar secara bergilir dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).  

• Jumlah waktu bagi kedua-dua mata pelajaran ini perlu sama banyak. 

Page 16: Soalan lazim kssr tmk

15. Perlukah Panitia TMK diwujudkan dan bolehkah Panitia TMK digabungkan dengan Panitia RBT ?

Jawapan :

Ya,Panitia TMK perlu diwujudkan.

Panitia TMK dan RBT perlu diwujudkan berasingan bagi memastikan kelancaran pengurusan kurikulum kedua-dua mata pelajaran ini.

TMK dan RBT bukan dua mata pelajaran yang bergabung. Mata pelajaran tersebut hanya berkongsi jumlah waktu sahaja.

* Rujuk Lampiran 5 pekeliling SPI Bil 2/2013 :

Page 17: Soalan lazim kssr tmk

16. Adakah peruntukan Geran Perkapita (PCG) disediakan untuk mata pelajaran TMK?

Jawapan : ye ada peruntukan PCG disediakan.

* Pekeliling berkaitan dengan PCG Mata pelajaran baru KSSR Tahap 2 akan dikeluarkan dan perlu dibaca bersama-sama dengan pekeliling SPK BIL 8 2012

Page 18: Soalan lazim kssr tmk

Pekeliling SPI Bil 2/2013

PELAKSANAAN KSSR TAHAP 2 SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT

MULAI TAHUN 2014

* RUJUK LAMPIRAN 5 – GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN TMK DAN RBIT

Page 19: Soalan lazim kssr tmk

Disediakan oleh :

OneNita ZuriahKetua Unit ICT & Pengkomputeran

Jabatan Pendidikan Kelantan

https://www.facebook.com/groups/tmktahun4kelantan/

Sumber : Laman web KPM dan SPI Bil 2 Tahun 2013 Pelaksanaan KSSR Tahap 2

Page 20: Soalan lazim kssr tmk
Page 21: Soalan lazim kssr tmk
Page 22: Soalan lazim kssr tmk

Soalan lazim akan ditambah dari semasa ke semasa

Page 23: Soalan lazim kssr tmk

Disediakan oleh

Unit ICT & PengkomputeranSektor Pengurusan AkademikJabatan Pendidikan Kelantan

[email protected]