soalan gstk

2
Dalam suatu kelas tadika, murid-murid diminta melakukan aktiviti fizikal yang pelbagai. Guru tadika tersebut membahagi murid-murid kepada 2 kumpulan, Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Dengan arahan guru, kumpulan 1 diminta menepuk tangan manakala kumpulan 2 menghentak kaki. Jika guru memberi arahan untuk menepuk tangan setiap 10 saat dan arahan menghentak kaki setiap 15 saat, pada saat ke berapa murid-murid akan melakukan aktiviti tersebut secara serentak? Munis, Jazi dan Sim ialah murid Tingkatan 1. Mereka berminat meminjam buku dari perpustakaan sekolah. Munis pergi ke perpustakaan selang empat hari. Jazi pula pergi ke perpustakaan enam hari sekali manakala Sim menggunakan khidmat perpustakaan sembilan hari sekali. Nyatakan tarikh ketiga-tiga mereka akan bertemu di perpustakan sekolah buat kali pertama. (Andaikan perpustakaan mula beroperasi pada 1 Januari 2014) Ahmad, Albert dan Muthu adalah ahli Kadet Polis di SMK Jalan Baru. Mereka telah terpilih untuk menjalani latihan menembak. Semasa sesi menembak, mereka masing-masing menembak tiga sasaran yang muncul setiap 6 saat, 9 saat dan 12 saat. Dengan menggunakan kaedah yang sesuai, kirakan masa semasa ketiga-tiga sasaran itu akan muncul serentak pada kali pertama.

Upload: eada-shudeen

Post on 17-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

soalan gstk

TRANSCRIPT

Dalam suatu kelas tadika, murid-murid diminta melakukan aktiviti fizikal yang pelbagai. Guru tadika tersebut membahagi murid-murid kepada 2 kumpulan, Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Dengan arahan guru, kumpulan 1 diminta menepuk tangan manakala kumpulan 2 menghentak kaki. Jika guru memberi arahan untuk menepuk tangan setiap 10 saat dan arahan menghentak kaki setiap 15 saat, pada saat ke berapa murid-murid akan melakukan aktiviti tersebut secara serentak?

Munis, Jazi dan Sim ialah murid Tingkatan 1. Mereka berminat meminjam buku dari perpustakaan sekolah. Munis pergi ke perpustakaan selang empat hari. Jazi pula pergi ke perpustakaan enam hari sekali manakala Sim menggunakan khidmat perpustakaan sembilan hari sekali. Nyatakan tarikh ketiga-tiga mereka akan bertemu di perpustakan sekolah buat kali pertama. (Andaikan perpustakaan mula beroperasi pada 1 Januari 2014)

Ahmad, Albert dan Muthu adalah ahli Kadet Polis di SMK Jalan Baru. Mereka telah terpilih untuk menjalani latihan menembak. Semasa sesi menembak, mereka masing-masing menembak tiga sasaran yang muncul setiap 6 saat, 9 saat dan 12 saat. Dengan menggunakan kaedah yang sesuai, kirakan masa semasa ketiga-tiga sasaran itu akan muncul serentak pada kali pertama.

Di dalam suatu pertunjukan sarkas, harimau dibawa keluar dari sangkarnya setiap 15 minit manakala seorang badut akan keluar membuat pertunjukan setiap 20 minit. Pada minit ke berapakah si badut itu akan membuat pertunjukan bersama dengan harimau untuk kali kedua.