skrip kejohanan

7
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 18 MRSM BESERI Bi l Perkara Upacara PIC 1 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis. 2 Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang Berbahagia, Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis, Yang Berusaha, Encik Mohamad Salim bin L. Bulat, Pengetua MRSM Beseri Perlis Yang Dihormati, Puan Rohaya bt Mohd Yusof, Timbalan Pengetua Kokurikulum, Puan Adibah Binti Sulaiman, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, En Mohd Yusof bin Mamat, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar Maktab Rendah Sains Mara Beseri yang dikasihi sekalian. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI KALI KE-18 Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga MRSM Beseri Kali ke 18. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan- tuan dan puan-puan untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini.

Upload: ateef-hatifa

Post on 29-Sep-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mrsm

TRANSCRIPT

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE 18 MRSM BESERI

Bil

Perkara Upacara

PIC

1

Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berusaha

Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis.

2

Ucapan Alu-aluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang Berbahagia,

Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis,

Yang Berusaha, Encik Mohamad Salim bin L. Bulat, Pengetua MRSM Beseri Perlis

Yang Dihormati,

Puan Rohaya bt Mohd Yusof, Timbalan Pengetua Kokurikulum,

Puan Adibah Binti Sulaiman, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar,

En Mohd Yusof bin Mamat, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik

Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru,

tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar Maktab Rendah Sains Mara Beseri yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA BESERI KALI KE-18

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga MRSM Beseri Kali ke 18.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini.

3

Upacara Perarakan Kontinjen Rumah Sukan

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya upacara Perarakan Kontinjen Rumah Sukan. Majlis dengan ini mempersilakan Encik Zahari bin Aziz menerima tabik hormat daripada kontinjen rumah-rumah sukan. Dengan ini mempersilakan.

Pada Kejohanan ini, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam Pertandingan Hiasan Rumah Sukan dan Perbarisan dan mascot terbaik yang pasti menawan hati para juri.

(perarakan)

Perarakan Kontinjen diketuai oleh pasukan pembawa bunga manggar.

Zamrud

Kontingen pertama serba hijau, ialah Rumah Zamrud diketuai saudara

______________________ . Kontinjen ini dianggotai seramai ____________ ahli.

Maskot rumah zamrud adalah ________________. Tema Rumah Zamrud pada

tahun ini ____________________.

Topaz

Seterusnya menyusul kontinjen serba kuning, ialah Rumah Topaz diketuai saudara

______________________ . Kontinjen ini dianggotai seramai ____________ ahli.

Maskot rumah topaz adalah ________________. Tema Rumah Zamrud pada tahun

ini __________________________.

Delima

Tampil Merah Garang ialah kontingen Rumah Delima. Rumah Delima diketuai

saudara ______________________. Kontinjen ini dianggotai seramai

____________ ahli. Maskot rumah delima adalah ________________. Tema

Rumah Zamrud pada tahun ini ______________________.

Nilam

Kontinjen terakhir pada hari ini yang beserba biru, ialah Rumah Nilam diketuai

saudara ______________________ . Kontinjen ini dianggotai seramai

____________ ahli. Maskot rumah zamrud adalah ________________. Tema

Rumah Nilam pada tahun ini _________________________.

4

Nyanyian Negaraku

Nyanyian Lagu Negaraku.

(nyanyian)

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia En Zahari bin Abdul Aziz kerana sudi menerima lintas hormat daripada kontinjen rumah sukan.

Hadirin hadirat sekalian dipersilakan duduk.

5

5(a) Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati.

Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput _______________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

5(b) Bacaan Ikrar

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera pasukan maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh ________________.

(bacaan ikrar)

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

6

Penyampaian Hadiah

Seterusnya majlis menjemput Yang Berbahagia Encik Zahari bin Aziz diiringi En Salim bin L. Bulat untuk acara penyampaian hadiah.

Bagi Acara ____________ Kategori __________.

Pemenang bagi pingat gangsa jatuh kepada ____________ daripada Rumah __________.

Penerima bagi pingat perak jatuh kepada _____________ daripada Rumah ___________.

Dan penerima bagi pingat EMAS jatuh kepada ___________ daripada Rumah __________.

Tahniah kepada semua pemenang.

7

Penyampaian Hadiah Keseluruhan

Seterusnya penyampaian hadiah bagi olahragawan, olahragawati, olahragawan harapan dan olahragawati harapan.

Olahragawan Kejohanan Sukan MRSM Beseri ke 18 disandang oleh saudara _________________.

Olahragawati Kejohanan Sukan MRSM Beseri ke 18 disandang oleh saudari _________________.

Olahragawan Harapan Kejohanan Sukan MRSM Beseri ke 18 disandang oleh saudara ________________.

Olahragawati Harapan Kejohanan Sukan MRSM Beseri ke 18 disandang oleh saudara ________________.

Tahniah kepada semua olahragawan & olahragawan kejohanan.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi acara perbarisan terbaik, mascot terbaik, khemah terbaik, disiplin terbaik dan Tarik tali guru dan staf.

Kategori perbarisan terbaik, dimenangi oleh Rumah ____________.

Kategori mascot terbaik, di menangi oleh Rumah ____________.

Kategori Hiasan rumah sukan terbaik, disandang oleh Rumah __________.

Kategori Disiplin ahli rumah sukan terbaik dimenangi oleh Rumah ____________.

Dan akhir sekali acara Tarik tali guru dan staf dimenangi oleh _____________.

Tahniah kepada semua pemenang atas kesungguhan dalam setiap pertandinga yang dipertandingkan.

8

Ucapan Pengetua

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Pengetua MRSM Beseri, Encik Mohamad Salim bin Lebai Bulat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(ucapan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih

9

Ucapan Tetamu Kehormat

Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada Tetamu Kehormat. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Zahari bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis untuk menyampaikan ucapan. Dan seterusnya merasmikan penutupan Kejohanan Olahraga MRSM Beseri kali ke 18, 2015.

(ucapan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

10

Turun Bendera

Kini bendera kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Olahraga MRSM Beseri kali k 18.

........................(turun bendera).

Seterusnya majlis menjemput Encik Zahari bin Aziz untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh saudara_____________. Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

Terima kasih diucapkan kepada En. Zahari bin Aziz

11

Penyampaian Cenderamata

Majlis mempersilakan En Mohamad Salim bin Lebai Bulat, Pengetua MRSM Beseri bagi menyampaikan cenderemata kenang-kenangan kepada tetamu kehormat En Zahari bin Aziz, Pengarah MARA Negeri Perlis.

Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada tuan pengetua dan sekalung budi untuk pengarah MARA Negeri.

12

Nyanyian Lagu MARA dan Lagu Maktab

Sekarang ayuh seluruh warga MRSM Beseri menyanyikan Lagu MARA dan Maktab dengan penuh semangat.

Hadirin dipersilakan berdiri.

13

Penutup

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa kejohanan merakamkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pengarah Mara Negeri Perlis, pihak pengurusan MRSM Beseri, guru-guru, staf sokongan dan para pelajar kerana membantu menjayakan dan melicinkan perjalanankejohanan olahraga MRSM Beseri kali ini.

Akhir kata dari kami berdua,

Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan

Majulah Sukan untuk MRSM Beseri

MRSM Beseri is The Best, The Best is MRSM Beseri.

Jumpa lagi di kejohanan olahraga kali yang ke 19 akan datang. Insya Allah.

Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum wbt.