skp2501 pengantar psikologi - upm edutrain interactive...
TRANSCRIPT
14/12/2016
1
SKP2501 PENGANTAR PSIKOLOGI
Dr. Azlina Mohd Khir [email protected]
03-89467156
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep personaliti.
2. Membincangkan teori personaliti.
3. Menghuraikan penilaian personaliti.
UNIT 7 PERSONALITI
14/12/2016
2
• Setiap manusia adalah berbeza antara satu dengan lain
• Tidak ada manusia yang identikal, walaupun kembar seiras.
• Ini kerana setiap manusia mempunyai personaliti yang tersendiri.
• Konsep personaliti: – Keseluruhan cara bertindak, berfikir dan merasa yang tipikal
kepada seseorang yang menjadikan seseorang itu berbeza dengan kesemua individu lain.
– Ciri-ciri tersebut adalah tipikal kepada dirinya, dan menjadikannya berbeza dengan orang lain.
– Ciri-ciri tersebut secara relatifnya kekal, di mana membolehkan dirinya diramalkan.
• Inilah menjadikan seseorang individu itu unik, tidak sama dengan manusia lain.
Pengenalan
FAKTOR PENGARUH PEMBENTUKAN
PERSONALITI
• Perwarisan (genetik – sejadi - nature)
• Persekitaran (pembelajaran, nurture)
– Perhubungan emosi awal
– Penyusuan botol atau penyusuan ibu
– Rutin amalan pemeliharaan anak
– Ibu-bapa kucar kacir dan anak-anak mereka
– Keluarga autokratik vs demokratik
– Budaya
– Agen-agen sosialisasi
14/12/2016
3
TEORI-TEORI PERSONALITI
• Teori Tipologi
• Teori Trait
• Teori Psikoanalisis
• Teori Pembelajaran
• Teori Humanistik
• Teori Kognitif
TEORI JENIS (TIPOLOGI)
• Tipologi kimia
• Tipologi fizikal: Jenis tubuh badan
• Tipologi tingkah laku: Ciri psikologi
14/12/2016
4
Tipologi Kimia
PANDANGAN AWAL
• Hippocrates percaya tingkah lakuk manusia dikawal oleh ciri tubuh badan.
• Terdapat empat cecair dalam tubuh badan yang keadaannya seimbang.
• Kelebihan atau kekurangan cecair tesebut boleh mempenagruhi tingkah laku manusia
PANDANGAN MODEN
• Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh bahan kimia yang dikenali sebagai hormon.
• Hormon dirembeskan oleh kelenjar, dan pengaruhnya kuat ke atas tingkah laku manusia.
• Peranan yang dimainkan oleh sistem simpatetik dan parasimpatetik, juga berkait rapat dengan neuropemancar.
Tipologi Fizikal (Tubuh Badan)
• Kajian oleh W.H. Sheldon
tenyang jenis-jenis tubuh
badan.
• Membezakan tiga jenis
badan:
– Endomorfi
– Mesomorfi
– Ektomorfi
14/12/2016
5
Tipologi Tingkah Laku
• Klisifikasi yang dikemukakan oleh Carl Yung
• Klasifikasi Introvert
• Klasifikasi Ekstrovert
14/12/2016
6
TEORI TRAIT
KONSEP TRAIT
• Sifat individu yang tahan lama, konsisten, agak
berkekalan.
• Teori trait lebih menekankan tentang profil trait.
• Trait seseorang boleh dicerminkan melalui
tingkah lakunya.
14/12/2016
7
Teori Trait Gordon Allport
• Trait adalah struktur mental dalam personalti mempunyai keupayaan untuk mengarah tingkah laku.
• Namun tidak semua trait mempunyai pengaruh yang sama pada tingkah laku. Darjah pengaruhnya adalah berbeza.
• Beliau membezakan tiga jenis trait – Trait kardinal
– Trait utama
– Trait sekunder
Teori Trait Raymond Cattell
• Menggunakan kaedah statistik (analisis faktor) untuk
mengkategorikan trait.
• Trait-trait adalah berkorelasi antara satu dengan lain.
• 16 kategori trait telah dikenal pasti menjadi trait sumber.
• Daripada trait sumber tercermin trait permukaan.
• Trait sumber: merupakan trait dasar yang stabil,
sepanjang hayat dan dipenagrui oleh genetik.
• Trait permukaan: trait yang nampak dalam tingkha laku
seseorang.
14/12/2016
8
Teori Trait JP Guilford
• Traits dikategorikan kepada trait motivasi dan trait
pembawaan.
• Trait motivasi: trait yang menggerakkan tingkah laku,
seperti kelangsangan, ketahanan etc.
• Trait pembawaan: trait yang diwarisi.
– Tingkah laku umum
– Trait emosi
– Trait sosial
Teori Trait Hans Eysenck
• Mendakwa bahawa trait ditentukan oleh baka (gen) dan tidak sangat oleh persekitaran.
• Trait diukur berdasarkan dimensi:
–Neurotisisme
–Psikotisisme
–Ekstraversi
14/12/2016
9
Apa personaliti anda?
14/12/2016
10
Trait Lima Faktor Besar
1. Terbuka kepada pengalaman
2. Berhemat dan teliti
3. Ekstroversi
4. Kesetujuan
5. Neurotisisme
14/12/2016
11
Interaksi faktor Situasi dan Trait
• Faktor mana yang kuat pengaruh kepada tingkah laku: trait atau situasi di mana individu itu berada?
• Adakah seseorang itu bertingkah laku berdasarkan kepada traitnya atau situasi di mana ia bertingkah laku?
• Adakah trait konsisten dengan tingkah lakunya?
• Namun banyak kajian menunjukkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh interaksi antara traitnya dengan situasi di mana ia berada.
• Dengan demikian personaliti seseorang boleh diterangkan dengan melihat traitnya dan juga cara ia bertingkah laku dalam situasi yang berbeza.
14/12/2016
12
TEORI PSIKODINAMIK
• Menekankan gerakuasa dalaman dalam mempengaruhi tingkah laku manusia.
• Personaliti terbentuk akibat konflik psikologikal yang tidak dapat diselesaikan.
• Tenaga psikik adalah berperanan membentuk tingkah laku.
• Tingkah laku pada asasnya ditentukan oleh proses pemikiran bawah-sedar.
TEORI PSIKOANALISIS FREUD
• Teori ini agak kontroversi
–Peranan naluri seks
–Seksualiti di kalangan bayi
–Peranan utama pemikiran bawah-sedar.
• Peranan gerakuasa dalaman diri individu –
pemikiran bawah sedar, libido, naluri mati
dan hidup.
14/12/2016
13
14/12/2016
14
Tahap Kesedaran
• Sedar – Apa yang sedang difikirkan sekarang (emosi,etc.)
• Prasedar – Ingatan yang tidak disedari sekarang tetapi boleh dibawa kepada
kesedaran apabila diingat atau difikirkan kembali.
• Bawah-sedar – Terdiri daripada ingatan etc. yang dahulunya disedari, tetap
sekarang ditekan/repres ke bahagian ini sehingga ianya tidak disedari.
– Terdiri daripada ingatan, naluri seksual, langsangan etc.
– Bahagian penting yang terpenting pengaruhi tingkah laku.
14/12/2016
15
Naluri dan Libido
NALURI HIDUP • Naluri hidup (eros), naluri untuk hidup seperti seksula, lapar dan
dahaga. • Naluri hidup menghasilkan tenaga iaitu, libido. • Libido merupakan tenaga untuk berfikir dan tingkah laku • Libido merupakan tenaga psikik yang menggerakkan tingkah laku. • Libido mesti tidak boleh dipendam, kerana ia bersifat bertimbun
tambah, dan jika tidak dilepaskand engan selamat boleh “meletup” (tingkah laku bilazim).
NALURI MATI • Naluri penghancur (thanatos) – manusia mempunyai kehendak
untuk mati. • Tetapi manusia tidak mahu untuk mati, ia dihalang oleh naluri
untuk hidup; dan dengan demikian mengalihkan kehancuran kepada orang lain.
• Sebab itulah manusia bertingkah laku langsang – menghancurkan orang lain.
14/12/2016
16
Terapi Psikoanalisis
Komponen Minda Personaliti
ID
• Terletaknya naluri, keinginan dan gesaan.
• Terdiri daripada naluri mati dan naluri hidup
• Ianya diwarisi, primitif, dan tidak disedari.
• Merupakan sumber libido beroperasi berlandaskan prinsip kenikmatan.
• Id kadang kala dilepaskan melalui tindakan pantulan dan fantasi
• Id adalah bersifat tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri – sifat kehaiwanan.
• Id terkandung naluri yang ingin dipuaskan, tetapi direpres daripada disedari kerana id tidak diterima oleh nilai moral masyarakat.
• Dengan demikian kehendak id perlu dipenuhi melalui cara yang diterima oleh masyarakat.
14/12/2016
17
EGO
• Bahagian personaliti yang rasional, logikal dan realistik.
• Mengawal kesemua aktiviti pemikiran dan penaakulan.
• Mengaitkan dengan realiti dalam menyelesaikan masalah.
• Beroperasi berdasarkan prinsip realiti.
• Mencari jalan secara rasional dan diterima oleh masyarakat dalam menyelesai/memenuhi kehendak id.
14/12/2016
18
SUPEREGO • Tingkah laku yang bermoral bukan adalah diatur oleh
superego. • Ego Cuma mencari jalan menyelesaikan masalah,
tetapi sama ada jalan itu betul atau salah adalah ditentukan oleh superego.
• Superego menggesa ego supaya mengikuti peraturan yang diterima masyarakat/agama dalam memenuhi keperluan.
• Apabila ego adalah berlandaskan moral maka superego akan merasa selesa.
• Superego beroperasi berlandaskan prinsip ideal.
14/12/2016
19
Mekanisma bela helah diri
1. Represi – sengaja melupakan (menekan ke bawah sedar)
2. Projeksi – menyalah orang / objek lain 3. Penafian – menafikan keburukan diri 4. Rasionalisasi – menjustifikasi tindakan 5. Regresi/rosot kembali – menjadi / tunjuk
kelemahan diri 6. Pembentukan reaksi – menebus rasa bersalah 7. Pindahgantian (lempar sdalah) – bertindak ke atas
objek lain yang lemah 8. Sublimasi – menukar kelemahan kepada sesuatu
lain yang positif
14/12/2016
20
Peringkat-Peringkat Perkembangan
Personaliti Psikoseksual
Konsep perkembangan
• Menekankan bagaimana individu cuba memuaskan libido (seksual).
• Perbezaan peringkat-peringkat perkembangan personaliti individu adalah ditandai dengan cara bagaiamana individu memperolehi kenekmatan seksual melalui bahagian-bahagian tubuh badan.
• Kegagalan untuk berkembang secara “normal”di sesuatu peringkat akan menimbulkan masalah lekatan di peringkat dewasa.
1. Peringkat mulut (lahir-1 tahun)
2. Peringkat dubur (1-3 tahun)
3. Peringkat falik (3-6 tahun)
4. Peringkat pendaman (6-baligh)
5. Peringkat kejantinaan (baligh dan seterusnya)
14/12/2016
21
14/12/2016
22
Teori Personaliti Carl Gustav Jung
• Ekstroversi dan introversi
• Tahap kesedaran
–Bawah-sedar peribadi – khusus untuk
individu
–Bawah-sedar kolektif – yang dipunyai oleh
semua manusia (naluri percaya super-
power)
Teori Personaliti Alfred Adler
• Perasaan rendah diri – bermula dari rendah diri
inferiority kepada superiority
• Motif kepentingan sosial dan matlamat –
percanggahan antara kepentingan sosial dengan
matlamat peribadi
14/12/2016
23
Teori Personaliti Karen Horney
• Psikologi feminin – wanita dizaman lampau
kurang berkembang personaliti kerana didominasi
oleh lelaki.
• Personaliti neurotik – perkembangan zaman
kanak-kanak penting dalam menentukan personaliti
zaman dewasa. Kanak-kanak didera menjadi orang
dewasa yang neurotik.
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Mendakwa bahawa personaliti adalah diperolehi melalui proses pembelajaran
• Tidak menerima faktor bawah-sedar, biologikal dan trait.
• Tokoh-tokoh seperti Ivan pavlov, J. B. watson dan B.F. Skinner.
• Proses pelaziman klasik dan operan, dan pemerhatian adalah ditekankan
14/12/2016
24
Personaliti Mengikut Pelaziman
Operan • Tokoh utamanya B.F. Skinner.
• Personaliti adalah tingkah laku yang unik, yang dikaitkan dengan situasi yang khusus.
• Manusia bertingkah laku adalah dipengaruhi leh situasi (rangsangan).
• Apa yang dilakukan berdasarkan situasi itu adalah diperolehi melalui pembelajaran (yang seterusnya menjadi pengalaman).
• Pengalaman bertingkah laku untuk memperolehi ganjaran dan mengelakkan hukuman.
• Misalnya, manusia yang ekstrovert adalah kerana beliau memperolehi “ganjaran” akibat bertingkah laku sedemikian, dan tingkah laku itu adalah dipengaruhi juga oleh situasi atau persekitaran.
Teori Kognitif Sosial Albert Bandura
• Walaupun Bandura merupakan tokoh Behaviorisme, namun
perbezaanya ialah beliau menekankan bahawa manusia
menggunakan kognisi dalam menentukan tingkah lakunya.
• Idea asas bandura ialah:
– Penentuan timbal balik: kesemua faktor pengaruh personaliti atau
mempengaruhi antara satu dengan lain.
– Kecekapan kendiri: tingkah laku dilakukan bergantung kepada persepsi
seseorang tentang dirinya, sama ada ia cekap melakukannya atau tidak.;
sekiranya kita fikir kita boleh lakukan maka kita akan lakukan.
– Pengaturan kendiri: Kita mampu mengatur tingkah laku kita sendiri sama ada
untuk mengikuti piawaian tingkah laku orang lain atau tidak.
14/12/2016
25
Teori Lokus Kawalan
Julian Rotter
• Apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada tentang
persepsi kita tentang diri kita, sama ada diri kita kita persepsi
sebagai dikuasai oleh kuasa luaran, ATAU kita rasa kita mampu
menentukan nasib kita sendiri.
• Lokus kawalan dalaman: persepsi / kepercayaan bahawa kita
sendiri yang menguasai diri kita; contoh kalau gagal atau
berjaya kita persepsi ianya adalah kerana diri kita sendiri.
APAKAH KESANNYA?
• Lokus kawalan luaran: persesi / kepercayaa bahawa tingkah
laku dan hasilnya adalah diluar kawalan kita, sebalihnya oleh
nasib, takdir atau kebetulan. APAKAH KESANNYA?
14/12/2016
26
Teori Personaliti Walter Mischel
• Apa yang kita lakukan tidak semestinya selari dengan personaliti kita; berpersonaliti pemurah tidak semestinya pemurah kepada semua orang, dan dalam semua keadaan.
• Dengan demikian personaliti seseorang adalah maklum balasnya terhadap rangsangan yang berada dalam persekitaran. Ini dipengaruhi oleh: – Kecekapan
– Strategi pengkodan
– Jangkaan
– Nilai perabadi
– Sistem pengaturan kendiri
• Tegasnya tingkah laku adalah dipengaruhi oleh personaliti, konteks (situasi, persekitaran) dan kemampuan untuk bertindak balas terhadap persekitaran.
14/12/2016
27
TEORI KOGNITIF
• Menekankan peranan pemikiran dalam
proses tingkah laku.
• Menekankan pengalaman subjektif dan
pentafsiran
• Kecenderungan manusia memperoses
pengalaman dan memberi makna kepada
dunia.
Teori Gagasan Peribadi Kelly
• Gagasan peribadi ialah hipotesis mengenai realiti sosial yang dipegang oleh
individu.
• Ia bagaimana manusia mentafsirkan dunia sosialnya.
• Pentafsiran inilah yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku
(personalitinya).
• Personaliti kita adalah ditentukan/dipengaruhi oleh bagaimana kita
mentafsirkan realiti sosial.
• Contohnya: tingkah laku kita terhadap seseorang itu bergantung kepada
tafsiran kita menggenai orang tersebut; sekiranya orang tersebut jahat maka
tingkah laku kita mungkin cuba mengelakkannya.
• Sistem gagasan peribadi ini semakin berkembang bergantung pengalaman
yang kita terima daripada persekitaran.
14/12/2016
28
TEORI HUMANISTIK
• Personaliti bergantung kepada apa yang individu
percaya dan bagaimana manusia mempersepsi dunia ini.
• Manusia secara tabienya adalah positif dan mempunyai
potensi untuk berkembang.
• Manusia mempunyai pengarahan-dalam: gerakkuasa
dalaman yang menolak atau menggerakkan manusia
untuk berkembang, menjadi lebih baik, menjadi individu
sebaik mungkin.
Teori Penyempurnaan Kendiri
Maslow • Keinginan mencapai tahap tertinggi dalam memenuhi keperluan
kendiri; menjadikan hakikat pada apa yang diinginkan.
• Manusia yang telah mencapai kesempurnaan kendiri adalah manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan dapat merealisasi potensinya.
• Apakah ciri-cirinya: – Perkembangan moral tertinggi
– Komitmen tugas yang tinggi
– Pengangan hidup yang kukuh
– Tidak minat menjadi pengikut
– Seronok pada kawan tetapi tidak bergantung pada orang lain
– Seronok dengan cabaran
– Bersikap objektif
14/12/2016
29
Teori Konsep Kendiri Carl Rogers
• Konsep kendiri: bagaimana kita melihat dan
menerangkan tentang diri kita. WHO AM I?
• Bagaimana kita mempercayai siapa kita adalah
mempengaruhi tingkah laku kita.
• Kalau kita percaya kita pandai, maka kita bertingkah
laku seperti orang pandai, begitu sebaliknya.
• Ini adalah kaitan dengan nujum penyempurnaan
kendiri.
14/12/2016
30
Putaran negatif konsep kendiri
14/12/2016
31
TEORI PERSONALITI LAIN
• Pendekatan budaya
• Pendakatan ras dan etnik
• Pendekatan jantina
14/12/2016
32
PENILAIAN PERSONALITI
• Kaedah temubual dan pemerhatian
• Ujian personaliti projektif
• Ujian personaliti objektif
RUMUSAN
• Apakah definisi personaliti?
• Faktor-faktor personaliti
• Teori-teori personaliti – Tipologi
– Trait
– Psikoanalisis/psikodinamik
– Pembelajaran
– Humanistik
– Kognitif
• Ukuran personaliti