skema trial pp penggal 1 2015.pdf

11
SULIT* 2 STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT* Bahagian A [50 markah] Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan kepentingan pembekal kepada sebuah pasaraya hyper. [4] Kepentingan pembekal: 1. Menjamin bekalan yang berterusan [2] o Hubungan yang baik antara pasaraya hyper dengan pembekal menjamin bekalan yang berterusan daripada pembekal tersebut o Pembekal sayur akan menghantar sayur-sayur kepada pasaraya hyper ini o Pembekal barang-barang runcit akan menghantar pelbagai jenis barang runcit seperti makanan dalam tin, gula, beras,tisu , dan lain-lain. 2. Mendapat kredit dagangan [2] o Pasaraya yang menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal mampu memperoleh kredit dagangan bagi semua bekalan yang dihantar. o Memudahkan urusan pembelian barang dengan pembekal kerana pasaraya hyper perlu mempunyai tunai yang banyak untuk keperluan mendesak (b) Syarikat Ammar Sdn Bhd merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan berasaskan ikan di Terengganu. Syarikat ini juga menyediakan khidmat rundingan untuk perniagaan francais bagi peniaga yang ingin menjalankan perniagaan ini. Bandingkan dua jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut. [6] Aspek Produk makanan ringan[1] Khidmat rundingan[1] Jenis perniagaan Aktiviti pengeluaran Aktiviti perkhidmatan Produk Ketara Produk fizikal Boleh di sentuh, rasa dan boleh dilihat Produk tidak ketara Tidak boleh dilihat Menikmati kepuasan Hubung kait antara pengeluar dan produk Pengeluar dan produk boleh dipisahkan Pengeluar dan produk tidak boleh dipisahkan Jika pengeluar tiada, perkhidmatan tidak dapat diberikan Penstoran Produk yang dihasilkan boleh disimpan untuk kegunaan jualan masa hadapan Tidak boleh disimpan untuk kegunaan jualan masa depan (c) Jelaskan alat kawalan kualiti penanda aras (benchmarking) dan berikan empat tujuan penanda aras. [6] Definisi [2m] 1. Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain. 2. Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan yang terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang dipelajari. 3. Penanda aras (benchmarking) juga melibatkan aktiviti membuat perbandingan antara prestasi syarikat sendiri dengan organisasi yang lebih baik agar dapat memperbaiki prestasi

Upload: noor-azman-bin-hasan

Post on 17-Nov-2015

1.305 views

Category:

Documents


41 download

TRANSCRIPT

  • SULIT* 2

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    Bahagian A [50 markah]

    Jawab semua soalan. 1 (a) Jelaskan kepentingan pembekal kepada sebuah pasaraya hyper. [4]

    Kepentingan pembekal: 1. Menjamin bekalan yang berterusan [2]

    o Hubungan yang baik antara pasaraya hyper dengan pembekal menjamin bekalan yang berterusan daripada pembekal tersebut

    o Pembekal sayur akan menghantar sayur-sayur kepada pasaraya hyper ini o Pembekal barang-barang runcit akan menghantar pelbagai jenis barang runcit

    seperti makanan dalam tin, gula, beras,tisu , dan lain-lain. 2. Mendapat kredit dagangan [2]

    o Pasaraya yang menjalinkan hubungan yang baik dengan pembekal mampu memperoleh kredit dagangan bagi semua bekalan yang dihantar.

    o Memudahkan urusan pembelian barang dengan pembekal kerana pasaraya hyper perlu mempunyai tunai yang banyak untuk keperluan mendesak

    (b) Syarikat Ammar Sdn Bhd merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan

    berasaskan ikan di Terengganu. Syarikat ini juga menyediakan khidmat rundingan untuk perniagaan francais bagi peniaga yang ingin menjalankan perniagaan ini. Bandingkan dua jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

    [6]

    Aspek Produk makanan ringan[1] Khidmat rundingan[1]

    Jenis perniagaan Aktiviti pengeluaran Aktiviti perkhidmatan Produk Ketara

    Produk fizikal Boleh di sentuh, rasa dan

    boleh dilihat

    Produk tidak ketara Tidak boleh dilihat Menikmati kepuasan

    Hubung kait antara pengeluar dan produk

    Pengeluar dan produk boleh dipisahkan

    Pengeluar dan produk tidak boleh dipisahkan

    Jika pengeluar tiada, perkhidmatan tidak dapat diberikan

    Penstoran Produk yang dihasilkan boleh disimpan untuk kegunaan jualan masa hadapan

    Tidak boleh disimpan untuk kegunaan jualan masa depan

    (c) Jelaskan alat kawalan kualiti penanda aras (benchmarking) dan berikan empat tujuan penanda aras.

    [6]

    Definisi [2m] 1. Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara

    memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain.

    2. Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan yang terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang dipelajari.

    3. Penanda aras (benchmarking) juga melibatkan aktiviti membuat perbandingan antara prestasi syarikat sendiri dengan organisasi yang lebih baik agar dapat memperbaiki prestasi

  • SULIT* 3

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    syarikat tersebut, ini bermakna organisasi yang menjadi perbandingan itu menjadi rujukan penanda aras kepada prestasi sesebuah syarikat.

    Tujuan penanda aras ialah: [4 x 1m] 1. Memperbaiki proses dan aktiviti pengeluaran dan perniagaan untuk meningkatkan

    produktiviti dan kualiti organisasi. 2. Memperbaiki pencapaian perniagaan dengan meningkatkan kedudukan kewangan syarikat. 3. Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi perniagaan 4. Menambahkan kepuasan pengguna ke atas penggunaan keluaran atau perkhidmatan

    organisasi.

    (d) Huraikan dua kebaikan dan dua keburukan Sistem Pembuatan Luwes. [4]

    Kebaikan Sistem Pembuatan Luwes: [2m] 1. Tidak memerlukan ramai pekerja ( kos buruh kurang ) 2. Masa penyediaan pendek. 3. Kerja2 penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh komputer 4. Meningkatkan penggunaan mesin-mesin 5. Kualiti output yang konsisten

    Kelemahan Sistem Pembuatan Luwes: [2m]

    1. Peralatan amat mahal 2. Mesin-mesin mempunyai batas dari segi kapasiti, spesifikasi dan lain-lain 3. Mengalami kesukaran untuk mengendalikan mesin 4. Sistem agak rumit.

    (e) Di dalam memahami situasi sesebuah syarikat, analisis SWOT biasanya akan

    dilaksanakan, terangkan.

    [4] Memahami situasi syarikat SWOT ANALYSIS [4 x1m]

    1. Strengths (Kekuatan) ialah faktor dalaman di dalam organisasi yang membantu kepada

    pencapaian objektif. 2. Weaknesses (Kelemahan) ialah faktor dalaman di dalam organisasi yang memberikan

    kemudaratan/kekangan kepada pencapaian objektif. 3. Opportunities (Peluang) ialah faktor luaran yang membantu dan memberikan kesan positif

    kepada pencapaian objektif. 4. Threats (Ancaman) ialah faktor luaran yang membantutkan dan memberikan kesan negatif

    kepada pencapaian objek.

    (f) Dengan menggunakan bantuan gambar rajah, huraikan model gelagat pengguna. [6]

    Rangsangan Pemasaran & Rangsangan Lain

    Kotak Hitam pembeli Respon pembeli

    * Produk *Harga *Pengedaran *Promosi

    *Ekonomi *Teknologi *politik *Budaya

    Karakter pengguna / pembeli Budaya Sosial Individu Psikologi

    Proses keputusan pembelian

    Suka/tidak suka Terus membeli Ulang membeli

    Rajah lengkap: 3m

  • SULIT* 4

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    Pengguna akan melalui 3 peringkat dalam proses pembelian 1. Rangsangan pemasaran [Tiada peruntukan markah, fakta mesti sama dengan rajah]

    Pengguna akan menerima rangsangan pemasaran seperti produk, harga, pengedaran dan promosi.

    Pengguna juga akan menerima rangsangan lain seperti ekonomi, teknologi, politik dan budaya [1m]

    2. Kotak hitam pengguna Rangsangan yang diterima akan masuk ke dalam kotak hitam pengguna dan akan

    berinteraksi dengan ciri-ciri pengguna untuk membentuk konsep tertentu. [1] 3. Respon pembeli

    Tindakan susulan pembeli sama suka atau tidak pada produk yang dibeli, ingin terus membuat ulangan pembelian. [1]

    (g) Jelaskan tiga peranan pengurus kewangan. [6]

    Bil Fakta[1] Huraian [1] 1 Membuat perancangan kewangan Pengurus menyediakan perancangan kewangan

    berdasarkan keperluan perniagaan dan pelaburan yang telah dibuat

    Pengurus boleh membuat ramalan kewangan untuk jangka pendek ataupun jangka panjang

    2 Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat

    Pengurus akan menjaga dan merancang kadar kecairan syarikat agar berada pada tahap yang bersesuaian

    Membuat jangkaan keuntungan berdasarkan aktiviti syarikat dan risiko yang dihadapi oleh syarikat

    Membuat keputusan pelaburan yang perlu dimasuki oleh syarikat agar mencapai keberuntungan yang terbaik

    3 Menilai dan memilih sumber pembiayaan terbaik

    Pengurus akan membuat analisis kos dan pulangan terbaik terhadap sumber pembiayaan yang akan digunakan oleh syarikat.

    Menentukan sumber pembiayaan terbaik sama ada melalui pinjaman atau pengeluaran saham

    4 Mengurus struktur aset Pengurus kewangan akan menentukan penggunaan aset tetap dan aset semasa yang akan menghasilkan pulangan maksimum

    Penggunaan aset tetap yang tinggi akan menyebabkan pengurangan aset semasa.

    Pengurus perlu menyeimbangkan penggunaan kedua-dua aset berdasarkan keperluan

    * mana- mana 3 fakta

  • SULIT* 5

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    (h) Dengan memberikan satu contoh, huraikan konsep prinsip penuh percaya yang diguna pakai oleh syarikat insurans.

    [4]

    Contoh: Encik Aziz menginsurankan rumahnya terhadap kebakaran. Semasa mengisi borang cadangan beliau tidak menyatakan rumahnya menyimpan tong-tong gas yang banyak. kebakaran berlaku namun pampasan tidak akan dibayar dan premium akan dikembalikan samada kebakaran berpunca daripada tong gas berkenaan atau tidak kerana beliau tidak memberikan maklumat yang sebenar. Huraian: Sikap kejujuran antara kedua-dua pihak dalam mendedahkam maklumat yang

    berkaitan dengan polisi insurans. Memberi maklumat benar serta tidak merahsiakan maklumat penting berkaitan

    dengan harta atau nyawa yang diinsurankan. Pemberian maklumat palsu akan mengakibatkan polisi dibatalkan. Pampasan tidak akan dibayar dan premium akan dikembalkan.

    (i) Senaraikan lapan maklumat yang terdapat di dalam inventori kemahiran tenaga kerja bagi sesebuah organisasi perniagaan.

    [4]

    Inventori kemahiran: Maklumat yang terdapat ialah: 1. Sejarah karier pekerja, 2. Pengalaman kerja yang lain, 3. Pendidikan, 4. Kemahiran bahasa, 5. Program latihan yang diikuti, 6. Tanggungjawab luar, 7. Sejarah penilaian prestasi, 8. Hubungan antarabangsa

    (j) Jelaskan kepentingan latihan dan pembangunan terhadap pekerja sesebuah organisasi. [6]

    Bil Fakta[1] Huraian[1] 1 Meningkatkan produktiviti

    pekerja Pekerja dapat meningkatkan kecekapan Kesilapan / kelemahan pekerja berkurang Produktiviti meningkat

    2 Meningkatkan kepuasan pekerja Kejayaan melakukan tugasan / kerja dengan baik merupakan pencapaian peribadi kepada pekerja

    Kepuasan kerja dapat ditingkatkan 3 Meningkatkan motivasi pekerja Pekerja yang telah mengikuti L&P akan lebih

    bersemangat untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh

    Mereka bekerja bersungguh-sungguh 4 Menghargai sumbangan pekerja Pekerja yang terpilih mengikuti L&P merasa

    diri dihargai oleh pihak pengurusan Memberi tanggapan positif kepada pekerja

  • SULIT* 6

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    mengenai kepentingan sumbangan mereka terhadap organisasi

    5 Membentuk reputasi syarikat yang baik

    Mengundang calon yang lebih baik untuk mengisi kekosongan jawatan

    6 Pendedahan pekerja kepada kemahiran dan pengetahuan baharu

    Dalam L&P, pekerja kan diberi pendedahan terkini selaras dengan perubahan persekitaran perniagaan

    Menjadikan pekerja lebih berdaya saing

    * mana- mana 2 fakta

  • SULIT* 7

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    Bahagian B [50 markah]

    Jawab soalan 2 dan pilih mana-mana soalan 3(a) atau 3(b).

    Rahsia Kejayaan Air Asia 2 Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh Air Asia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu Air Asia menggelarkan pekerja-pekerjanya All Stars kerana bagi Air Asia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, Air Asia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah Air Asia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.

    Kecekapan pengurusan Air Asia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk. Strategi menurunkan kos permulaan perniagaan ialah dengan membeli kapal terbang terpakai. Kos operasi dan kos harian seperti gaji kakitangan, bayaran untuk kapal terbang mendarat dan sebagainya juga dikenal pasti sebagai komponen kos yang perlu diuruskan pada tahap yang rendah juga. Air Asia mengambil langkah untuk menawarkan cara pembelian tiket penerbangan melalui internet secara atas talian untuk mengurangkan kos operasi pengendalian kaunter tiket dan sebagainya. Dengan Air Asia, pelanggan tidak perlu menelefon atau pergi ke kaunter tiket. Mereka boleh membuat tempahan secara atas talian. Pelanggan juga sebenarnya tidak dibebani dengan kos-kos seperti kos pengangkutan untuk ke kaunter tiket dan sebagainya. Oleh sebab itu, lebih ramai yang menggemari sistem pembelian secara atas talian dan ini menambahkan jualan dan seterusnya prestasi perniagaan Air Asia.

    Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. Air Asia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan. Air Asia menawarkan khidmat penginapan dengan kadar yang rendah terutama kepada sesiapa yang sudah membeli tiket penerbangan Air Asia. Satu pakej yang menguntungkan kedua belah pihak. Produk makanan dan lain-lain pula disediakan kepada sesiapa yang membuat pembelian sahaja. Dengan cara ini, Air Asia akan hanya membuat tempahan mengikut pembelian oleh pelanggan. Tiada pembaziran berlaku! Pengurusan pembaziran yang cekap adalah satu strategi yang bijak untuk merekodkan kejayaan Air Asia.

    The more you give, the more you will get adalah pepatah yang diamalkan oleh pihak Air Asia. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. Dari segi pertolongan yang tidak mengeluarkan wang secara terus pula, Air Asia boleh dikatakan agak aktif untuk menghulurkan bantuan penerbangan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di negara yang ditimpa bencana seperti di Indonesia atau krisis perang saudara seperti di negara Teluk dan sebagainya. Mereka percaya pulangan yang akan diperolehi daripada keprihatinan mereka ini akan datang pada bila-bila masa dan dalam pelbagai bentuk. Selain itu Air Asia juga mempunyai strategi perniagaan yang unik iaitu membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan Air Asia atau Dato Seri Tony Fernandes semata-mata.

    (Dipetik dan disesuaikan daripada http://www.majalahniaga.com 25 Oktober, 2013: Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan Air Asia oleh Mazlan Mohamad)

  • SULIT* 8

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    Berdasarkan kajian kes di atas:

    (a) Jelaskan tiga ciri keluaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Air Asia.[9] (b) Jelaskan strategi campuran pemasaran bagi syarikat penerbangan Air Asia. [12] (c) Terangkan tanggungjawab Air Asia kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa

    mempengaruhi kejayaan perniagaan Air Asia. [9] CADANGAN JAWAPAN:[KES] (a) Jelaskan tiga ciri keluaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Air Asia.[F=1, D=1,K=1]

    1. Produk Teras

    Definisi : Meliputi semua faedah utama yang ingin diperoleh daripada pembelian sesuatu

    produk. Ianya merupakan sebab utama suatu pembelian dibuat.

    Kaitan kes : Pengguna/pelanggan menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kerana ingin

    mendapatkan kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang jauh dengan cepat.

    2. Produk Ketara

    Definisi : Dikenali sebagai produk sebenar. semua ciri atau sistem yang terdapat pada produk/perkhidmatan yang dibeli oleh

    konsumer.

    Kaitan kes : Reka bentuk dan tempat duduk dalam kapal terbang yang selesa dan selamat untuk

    memudahkan pengguna sampai ke destinasi yang ditujui tepat pada waktu dengan kos yang mampu dibayar.

    3. Produk Sampingan

    Definisi : Merupakan faedah tambahan yang diingini oleh pengguna. Seperti jaminan keselamatan dan pakej-pakej tertentu. Kaitan kes: Produk makanan dijual semasa dalam penerbangan/semasa tempahan Perkhidmatan hotel bajet seperti Tunes Hotel disediakan oleh Air Asia untuk mereka

    yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan.

  • SULIT* 9

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    (b) Jelaskan strategi campuran pemasaran bagi syarikat penerbangan Air Asia. [12]

    [F=1, H=1, K=1] [FAKTA TIADA/SALAH, H=0, K=0] @ [DEFINISI/HURAIAN TIADA, K=0] 1. Strategi produk/perkhidmatan

    i. Atribut Kategori perkhidmatan pengguna perkhidmatan penerbangan tambang murah

    ii. Penjenamaan Air Asia, Tune Hotel

    2. Strategi harga/Tambang

    i. Harga penembusan pasaran harga rendah [RM0.82] untuk menembusi pasaran

    ii. Penentuan harga berdasarkan kos yang rendah

    kos yang rendah seperti belian kapal terbang terpakai, kos kakitangan yang rendah, kos operasi yang rendah, kos penjualan tiket yang rendah.

    3. Strategi pengedaran

    i. Peruncitan tanpa kedai/atas talian Menjimatkan kos operasi Memudahkan pelanggan menempah tiket

    ii. Menggunakan ejen jualan/kaunter jualan Bagi tempat/lokasi yang tiada kemudahan internet

    4. Strategi Promosi

    i. Pengiklanan Menggunakan media/web

    ii. Promosi jualan Promosi harga terendah/harga tawaran hebat

    iii. Perhubungan awam Memberitahu kejayaan syarikat kepada semua rakyat Malaysia Bantuan kemanusiaan untuk golongan miskin/terlibat bencana

    (c) Terangkan tanggungjawab Air Asia kepada pihak-pihak berkepentingan yang sentiasa mempengaruhi

    kejayaan perniagaan Air Asia. [9] [F=1, D/H=1, K=1] [FAKTA TIADA/SALAH, H=0, K=0] @ [DEFINISI/HURAIAN TIADA, K=0] 1. Pelanggan

    Definisi/Huraian : Pihak yang menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia Kaitan kes : Air Asia sentiasa memastikan cita rasa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan

    Air Asia dipenuhi. Menawarkan harga yang rendah kepada pelanggan agar mereka sentiasa gembira

    menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia.

  • SULIT* 10

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    Pelanggan selesa dengan cara penjualan tiket penerbangan Air Asia secara atas talian kerana menjimatkan kos pelanggan.

    2. Pekerja

    Definisi/Huraian : Sumber manusia yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental di dalam syarikat Air Asia. Kaitan kes: Air Asia sentiasa memastikan pekerja sentiasa diberi latihan yang secukupnya

    melahirkan pasukan kerja yang berkesan. menubuhkan Unit Budaya Korporat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai

    dan amalan syarikat kepada semua pekerja.

    3. Masyarakat Definisi/Huraian :Pihak yang menjadi warga/pengguna di sekeliling organisasi Air Asia. Kaitan kes: Memberi bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang memerlukan seperti bantuan

    kemiskinan dan juga bantuan kepada masyarakat yang mengalami bencana dan peperangan.

    Sentiasa menwar-warkan kejayaan Air Asia untuk dikongsi bersama masyarakat tempatan.

    3 (a) Industri kereta nasional di Malaysia melibatkan aktiviti perniagaan pengeluaran dan aktiviti perniagaan perkhidmatan.

    (i) Kenal pasti perbezaan aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran dengan aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan.[4]

    (ii) Huraikan aktiviti perniagaan yang boleh dikaitkan dalam industri tersebut. [16]

    (i) Kenalpasti perbezaan aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran dengan aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan. [4]

    Perbezaan aktiviti perniagaan berteraskan pengeluaran dengan aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan

    Dimensi perniagaan berteraskan pengeluaran [1m]

    aktiviti perniagaan berteraskan perkhidmatan. [1m]

    Produk Produk nyata - kereta Produk tak nyata pengedaran kereta

    Aktiviti Pembuatan dan pemasangan kereta dipasang di kilang

    Perkhidmatan pengguna peranan pengedar di kedai kereta

    Ciri Ciri fizikal menarik perhatian pengguna warna dan rekabentuk kereta terkini dan menarik

    Kepuasan pengguna jurujual melayan pelanggan dengan sopan santun dan memberi maklumat kereta yang diingini oleh pelanggan.

  • SULIT* 11

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    (ii) Kenalpasti aktiviti perniagaan yang boleh dikaitkan dalam industri tersebut. [16] Aktiviti perniagaan yang boleh dikaitkan dalam industri tersebut Aktiviti pengeluaran 1. Ekstraktif [1m]

    Penghasilan bahan mentah untuk diproses dikilang kereta[1m] Besi / bijih timah untuk buat rangka kereta

    2. Pembuatan

    Memproses bahan mentah untuk dijadikan bahagian kereta Getah dijadi penebat dalam sistem aliran elektirk / tenaga Besi / logam diproses membuat rangka dan enjin kereta

    3. Barangan industri

    Pengilang yang terlibat dalam penghasilan barangan separuh siap untuk dibekalkan dikilang kereta contoh tayar,cermin,komponen kereta

    4. Pemasangan

    Bahagian / komponen kereta dipasang di kilang Produk akhir ialah kereta yang boleh digunakan oleh pengguna akhir.

    Aktiviti perkhidmatan 1. Runcit[1m]

    Kedai menjual kereta [1m] Jurujual akan mengedar kereta dan menyampaikan maklumat kepada Pelanggan

    2. Kewangan

    Pembiayaan pembelian kereta Institusi kewangan dan bank menyediakan pinjaman kepada pelanggan Untuk membeli kereta

    3. Insurans

    Memberi perlindungan kepada pengeluar kereta dan pembeli kereta Melindungi risiko kehilangan kereta, kerosakan kereta dan kemalangan

    4. Pengangkutan

    Membawa kereta daripada kilang bekalan ke kilang pemasangan Mengedar kereta daripada kilang pemasangan ke kedai kereta Menghantar kereta dari kedai kereta ke tempat pengguna

  • SULIT* 12

    STPM 946/1 [Lihat sebelah *Skema Pemarkahan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

    (b) Jelaskan asas-asas yang digunakan oleh pemasar untuk segmentasi pasaran mereka. [20]

    Asas Segmentasi

    1m

    Maksud/Definisi

    1m

    Huraian/ciri

    1m

    Contoh

    2m Geografi Lokasi/tempat di mana

    pemasar membahagikan pasaran kepada segmen mengikut lokasi

    Kawasan Negeri Negara Daerah

    Pakaian tebal dijual untuk kawasan beriklim sejuk manakala pakaian nipis khas untuk kawasan beriklim panas

    RTM memberi perkhidmatan Radio untuk memenuhi kehendak pendengar tempatan seperti Terengganu FM, Kelantan FM, Kedah FM dan sebagainya.

    Demografi Berdasarkan ciri-ciri penduduk

    Umur Jantina Bangsa/kaum Saiz keluaran Pendidikan

    Adidas mengeluarkan produk pakaian mereka khas untuk segmen lelaki dewasa dan perempuan dewasa

    Pada musim Hari Raya Puasa, Pasaraya SOGO akan mengadakan jualan murah untuk jualan baju Melayu dan baju Kurung.

    Psikografi Berdasarkan ciri-ciri pengguna

    Kelas sosial Personaliti Gaya hidup Minat

    Mercedes mengeluarkan kereta mewah hanya untuk golongan kaya yang inginkan kemewahan dan prestij.

    Lorenzo mengeluarkan perabot khas untuk golongan kelas sosial yang tinggi yang inginkan gaya hidup yang mewah.

    Gelagat/ Manfaat produk

    Berdasarkan ciri-ciri penggunaan/tindak balas terhadap sesuatu produk

    Kekerapan penggunaan Volum penggunaan Faedah yang dicari Guna atau tak guna Kesetiaan

    .Colgate mengeluarkan ubat gigi khas untuk pengguna yang mempunyai gigi/gusi sensitif

    Panadol mengeluarkan ubat khas untuk meredakan sakit pinggang dan sakit otot bagi mereka yang bekerja kuat/lasak.