skema jawapan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4, bahasa melayu 2, smk sultan ismail johor bahru

24
SULIT 1103/2, OKTOBER 2012 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR _______________________________________________ PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2012 SKEMA JAWAPAN 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OKTOBER 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. _____________________________________________________________ __________. Soalan 1 : Rumusan [30 markah ] Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 1

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 27-Jun-2015

14.640 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

_______________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2012

SKEMA JAWAPAN1103/2 BAHASA MELAYUKertas 2OKTOBER2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

_______________________________________________________________________.

Soalan 1 : Rumusan [30 markah ]

Baca petikan rencana di bawah dan buat suatu rumusan tentang faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan usaha-usaha meningkatkan disiplin. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. Secara lebih terperinci disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan. Seseorang yang berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi ia tetap akan berasa bersalah dan merasakan mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan harga diri. Seseorang pelajar yang berdisiplin mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya kelak.

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 1

Page 2: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

Mengapakah disiplin perlu dititikberatkan? Hal ini demikian kerana, disipin merupakan kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan. Seseorang pelajar yang berdisiplin sebenarnya sudah menunjukkan ciri-ciri kejayaan dalam hidup. . Hal ini disebabkan peraturan yang dikenakan itu dapat menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri.

Pelajar yang berdisiplin akan dapat mengawal perilaku di dalam kelas dan memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Malahan, tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin dan gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. Pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang baik akan mengadakan jadual belajar sendiri. Mereka sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. Malahan, pelajar-pelajar ini sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa perlu diberi dorongan oleh orang lain.

Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang ke sekolah tepat pada masa bertujuan melatih pelajar dari segi pengurusan masa. Pelajar yang berjaya menepati masa akan menjadi pelajar yang tahu menghargai masa. Begitu juga peraturan sekolah yang menetapkan supaya berpakaian kemas. Hal ini penting supaya pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan. Lazimnya, mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti.

Aspek utama dalam mengamalan disiplin yang baik ialah menghormati guru. Hal ini mustahak kerana pelajar tidak dapat lari dari bimbingan dan tunjuk ajar guru. Walaupun pelajar mempunyai buku atau bahan rujukan yang mencukupi sekalipun , pelajar masih memerlukan guru untuk memberi penerangan kerana buku bukan manusia yang boleh berinteraksi dengan pelajar. Seandainya pelajar tidak menghormati guru maka bagaimanakah pelajar akan mendapat ilmu daripada guru? Maka,hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran.

Pandangan yang diutarakan di atas menunjukkan faktor disiplin memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan cemerlang seseorang pelajar dalam pelajarannya. Keputusan peperiksaan awam pada saban tahun menunjukkan kalangan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dari aspek lahiriah, kerohanian dan keagamaan dapat menempa kejayaan yang cemerlang. Jelaslah, disiplin ialah peraturan untuk membentuk tingkah laku baik dan pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang pelajar.

Dipetik dan diubah suai daripadaRencana Umum: Disiplin Perisai Kawalan Diri,

Oleh Izani Hj. Daud,Muka surat 30-31, Bil 1/2012 Majalah WADAH SISWA

JAWAPAN:

Pengenalan 1. Petikan membincangkan peranan disiplin dalam membentuk peribadi baik pelajar.(2 m) 2. Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik dalam

kalangan pelajar. ( 2 m) 3. Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan mempunyai disiplin yang baik ( 1 m)4. Petikan membincangkan kebaikan-kebaiakna mempunyai disiplin yang baik di

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 2

Page 3: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

Malaysia/ di negara ini ( 1 m) 5, Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik ( 1 m) 6.Petikan membincangkan faedah-faedah mempunyai disiplin yang baik dan

usaha-usaha meningkatkan disiplin ( 0 m)

ISI TERSURAT: ( 2 -12 MARKAH )

S1 Seseorang pelajar mampu meraih kejayaan di sekolah malah dalam keseluruhan hidupnya. ( 2M)

S2 kawalan dalaman ke atas diri seseorang supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan ( 2M) S3 menjadi alat kawalan kepada pelajar agar tidak melakukan perkara yang memberi implikasi buruk kepada diri sendiri/ mengawal perilaku dalam kelas (2M)

S4 memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. (2M)

S5 tidak mudah terjebak dalam segala masalah disiplin / gejala negatif yang menjejaskan fokus tumpuan terhadap pembelajaran. ( 2M)

S6 mengadakan jadual belajar sendiri. ( 2 M)

S7 sanggup bekerja keras demi kehidupan yang cemerlang pada masa depan. ( 2 M)

S8 sanggup memotivasi diri sendiri untuk mencapai keputusan terbaik tanpa dorongan oleh orang lain. ( 2M)

S9 melatih pelajar dari segi pengurusan masa. /tahu menghargai masa ( 2M)

S10 pelajar kelihatan berpersonaliti dan berketerampilan ( 2M)

S11 mudah menerima seberapa banyak pelajaran yang diajar guru berbanding yang tidak berpesonaliti. ( 2M)

S12 hubungan harmonis antara guru dan pelajar akan dapat menjamin keberkesanan pembelajaran. ( 2 M)

ISI TERSIRAT : (2-12 MARKAH )

T1 ibu bapa sentiasa dimaklumkan oleh pihak sekolah tentang perilaku anak-anak mereka di sekolah ( 2M)

T2 pihak sekolah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa /masyarakat untuk mengawal tindak laku pelajar di dalam dan di luar sekolah ( 2 M)

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 3

Page 4: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

T3 guru-guru/guru kaunseling /pebimbing rakan sebaya sentiasa memantau / mendekati pelajar-pelajar bermasalah ( 2M)

T4 pihak sekolah bertindak lebih tegas terhadap perlaksanaan hukuman disiplin di sekolah ( 2M)

T6 ibu bapa memberikan didikan agama yang serius kepada anak-anak ( 2 M)

T7 pihak sekolah membanyakkan aktiviti-aaktiviti kerohanian /keagamaan /moral ( 2M )

KESIMPULAN: 2 MARKAH

1. Para pelajar, ibu bapa , sekolah dan masyarakat perlu sama-sama membantu pelajar menghayati kepentingan disiplin agar generasi muda berkualiti dapat dihasilkan untuk kemajuan negara ( 2M)

2, Para pelajar perlu berusaha memantapkan kualiti diri dengan menjaga disiplin agar menjadi generasi muda yang memberi manfaat kepada ibu bapa ,masyarakat dan negara

( 2 M)

SOALAN 2( 35 Markah )

JAWAPAN 2a: PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN UMUM

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud berpersonaliti dan berketerampilan berdasarkan penggunaannya dalam petikan.

P1 berkeperibadian dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap: P2 ada watak dan berupaya menjalankan tugas dengan cekap: ( rujukan : pusat rujukan persuratan melayu DBP – prpm.dbp.gov.my )

( 1 ISI=2 markah )

ii. Apakah yang dimaksudkan dengan disiplin?P1 Disipin merupakan satu latihan untuk mengawal diri sendiri. P2 kemahuan untuk mentaati peraturan

P3 kemahuan untuk menghormati peraturan. P4 peraturan untuk membentuk tingkah laku baik

P5 pengamalan nilai-nilai murni bertujuan menjamin kejayaan seseorang

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 4

Page 5: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

pelajar.

(3 ISI= 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar yang berdisiplin disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya?

P1 sentiasa menjaga nama baik sekolah/berusaha mencipta kejayaan untuk sekolahP2 tidak bersikap kurang sopan/kurang ajar dengan guru dan rakan- rakan/menghormati guru-guru dan rakanP3 sentiasa memberi kerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancangP4 sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan guru tanpa bertangguh- tangguhP5 sentiasa beradab apabila berbicara dengan guru-guru dan rakan-rakanP6 sentiasa mampu memikul tanggungjawab dengan baik dan jujurP7 serius belajar

( 2 isi=4 markah )

Soalan 2(b) – Petikan Drama

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda )

TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN: Petua yang mana, wak ?

TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti , jangan cemas. Kalau belum mengenal, kenal dulu.

RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 5

Page 6: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!

i. Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?

P1 Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. P2 Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. P3 Kalau hati belum pasti , jangan cantas P4 Kalau belum mengenal, kenal dulu.

( 2 isi =2markah )

ii. Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?P1 Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang kerana boleh memupuskan pokok-pokok ubat di hutan dalam jangka panjangP2 bekalan ubat-ubat herba tradisional tidak putus sampai bila-bilaP3 ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum dapat digunakanP4 pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liarP5 pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan pokok-pokok baru bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang teklah tua dan tidak produktifP6 generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali khazanah alam dan ilmu perubatan tradisional

( 3 isi= 3 markah )

iii. Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakannya dalam drama tersebut. 

Dalam petikanP1 Sayang akan alam semula jadi Tuk Wali mengamalkan petua apabila mencari ubat-ubat tradisional di hutan agar pokok-pokok tidak pupus.

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 6

Page 7: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

P2 Kuat berpegang pada pantang larang Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok- pokok hutan dapat kekal sehingga ke anak cucu

( 1 isi = 2 markah1 m- isi

1m –huraian(Huraian tanpa isi= 0 markah )

Dalam Keseluruhan CerpenP1 Dia seorang yang berani. Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

P2 Dia seorang yang pantas bertindak Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.

P3 Dia seorang yang taat akan perintah agama. Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

P4 Dia seorang yang suka membantu orang lain

Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah , menggali kubur tanpa meminta upah.

( 1 isi = 2 markah)1 m- isi

1m –huraian(Huraian tanpa isi= 0 markah )

Soalan 2(c)- Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan. Sebermula isteri Khoja Maimun pun teringat akan pesan suaminya itu. Maka lalu ia pergi mendapatkan burung Tiung seraya katanya, ” Hai Tiung, apakah bicaramu bahawa aku sangatlah berahi akan anak raja itu, kerana aku hendak mendapatkan dianya pada malam ini? ” Maka diceterakannya perihalnya ia berahi itu. Setelah Tiung itu mendengar kata Bibi Zainab

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 7

Page 8: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

maka ia pun menampar-nampar dadanya seraya katanya, ” Ayuhai Tuan Siti yang baik rupa, pekerjaan apakah tuan hamba kerjakan ini? Tiadakah takut akan Allah dan malu akan Nabi SAW. Maka tuan hendak mengerjakan yang maksiat lagi larangan Allah Taala, ditegah Rasulullah istimewa pula sangat kejahatannya itu, tiada wajib atas segala perempuan yang mulia mengerjakan pekerjaan yang demikian itu. Tiadakah tuan mendengar hadis? Barang siapa perempuan menduakan suaminya bahawa sesungguhnya dimasukkan malaikat ke dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya, dan lagi tiadakah tuan malu samanya makhluk di dalam dunia ini? Sabarlah tuan hamba dahulu, insya-Allah Taala tuan yang laki-laki pun bangat cepat juga akan datang. Jikalau diketahuinya kelak tiadakah tuan malu dan mati dibunuhnya? Alangkah aib nama tuan tersebut pada sekalian alam ini.”

(Dipetik daripada ’Hikayat Khoja Maimun’

dalam antologi Harga RemajaDewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud bangat cepat juga akan datang.P1 lambat laun akan pulang jugaP2 lambat laun akan kembali jugaP3 lambat laun akan balik juga

[1 isi =2 markah]

(ii) Apakah yang dilakukan oleh isteri Khoja Maimun setelah tiba waktu malam?Setelah tiba waktu malam, P1 memakai pakaian yang amat indah-indah P2 memakai bau-bauan yang amat harum baunya, P3 mahu bertemu anak raja itu.

P4 berjumpa burung Tiung bagi mendapatkan pandangan burung Tiung.[2 isi= 3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah menjadi pasangan suami isteri yang bahagia ?P1 saling mempercayaiP2 saling membantu tugas-tugas rumah tanggaP3 menjalinkan hubungan baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak

P4 saling menjaga hati pasangan masing-masing P5 saling menghormati P6 bertolak annsur P7saling mendoakan pasangan /berpegang pada ajaran agama

[3isi=3 markah]

Soalan 2 ( d) Puisi Tradisional

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR SITI SIANAH

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 8

Page 9: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

Setengahnya perempuan terlalu janggalnya,Roma di muka pula dicukurnya,Seperti taji berandam di keningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.

Mengagak mengilai terlalu suka,Melihat laki-laki ditampakkan muka,Supaya laki-laki boleh menyangka,Ianya elok tiada terhingga.

Setengah perempuan sangat persolek,Berhias berdandan berpakai molek,Di dalam cermin muka ditelek,Kanan dan kiri dibelek-belek.

Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang hidungnya,Serta pula kepik batangnya,Seperti buaya besar mulutnya.

Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut kepala,Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai cemara berjela-jela.

Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan, lengan dan jari,Jadilah rupanya putih berseriPekerjaan tipu sangat digemari.

Setengah perempuan yang makan angkat,Memakai gelang bertingkat-tingkat,Memandang laki-laki matanya lekat,Dengan jantan suka berdekat.

Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat segala,Hakikatnya diketahui Allah Taala,Supaya laki-laki berhati gila.

Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,Mudah-mudahan dilepaskanlah,

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 9

Page 10: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

Jangan menjadi betina sempolah.

Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak terjadi,Habislah tergadai intan serudi,Kerana perangai sudah membadi,

Laki-laki perempuan bertindih lutut,Banyaklah kelakuan yang tidak patut,Sembahyang ibadat sudahlah bantut,Kerana syaitan duduk di buntut.

Abu Hassan Sham(Penyelenggara)(Antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009

(i) Berikan maksud rangkap,Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,Mudah-mudahan dilepaskanlah,Jangan menjadi betina sempolah

maksud

P1 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah ( 1 m)P2 agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, ( 1m)P3 malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. ( 1m)

1 isi=2 markah2 isi=2 markah3 isi=2 markah

[3 isi = 3markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang wanita yang berperibadi mulia ?P1 taat perintah agamaP2 berkawan dengan rakan-rakan yang baik akhlak/tidak berkawan dengan rakan- rakan yang buruk tingkah lakuP3 sentiasa mendapat nasihat /ilmu agama daripada orang yang berkelayakan/guru agamaP4 patuh akan pantang larang dalam adab budaya bangsa P5 membaca buku-buku agama P6 taat akan ibu bapa /suami dalam perkara-perkara kebaikan

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 10

Page 11: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

[3 isi =3 markah]

(iii) Jelaskan TIGA pengajaran yang terdapat dalam syair ini?P1 Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..P2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.P3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.P4 Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.P5 sentiasa berdoa kepada tuhan agar terpelihara daripada terlibat dengan Maksiat/ menjadi wanita yang jahat peribadinya

[3 isi=3 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]

Jawab semua soalan

a. Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya dalam ayat. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. negara bangsaa. negara yang berdaulat dan didiami oleh satu bangsab. Rukun Negara digubal bertujuan untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara bangsa yang harmoni.

ii. runding cara

a. khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya

b. Pelbagai teknik runding cara digunakan oleh kaunselor itu bagi mengatasi masalah pelanggan yang datang meminta khidmat nasihatnya.

iii. alam semula jadi

a. alam / bumi yang masih kekal sifat-sifat asalnyab. Hari Habitat Sedunia diraikan pada 1 Oktober 2012 untuk

memberi kesedaran kepada warga dunia tentang kepentingan memulihara alam semula jadi

iv. paparan kristal cecair

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 11

Page 12: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

a. LCD ( bidang teknologi maklumat )b. Semua nota tentang sajak Arkitek Kota di dalam komputer

dipancarkan ke skrin paparan kristal cecair bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran antara guru dengan para pelajar

v. segi empat tepat

a. bentuk segi empat yang memanjang ( rectangle)b. Kotak tisu yang cantik itu berbentuk segi empat tepat.

vi. warisan budaya bangsa

a. peninggalan peradaban/tamadun bangsa

b. Semua rakyat Malaysia perlu mengekalkan warisan budaya bangsa yang ada jika mahu dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

( 6 markah )

b. Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah dan kenal pasti kata nama terbitan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Anda hanya boleh menyenaraikan satu kata nama terbitan bagi setiap ayat.

i. Gadis-gadis dilarang tertawa kuat-kuat kerana tingkah laku itu dianggap tidak sopan.tertawa ( kata akar- tawa)

ii. Kapal tangki minyak itu mesti melalui lautan yang luas sebelum sampai ke Malaysia.lautan ( kata dasar- laut)

iii. Pantai di kampung saya mengalami hakisan yang teruk sejak sepuluh tahun lalu. hakisan ( kata dasar- hakis )

iv. Pembinaan sekolah terpaksa ditangguhkan kerana kos yang dikenakan oleh syarikat itu terlalu mahal.pembinaan ( kata dasar – bina )

v. Peragut yang licik itu telah berjaya ditangkap oleh polis di Taman Melati, semalam. peragut ( kata dasar – ragut )

vi. Rakyat Kampung Limau kehujanan ketika menanti keberangkatan tiba sultan yang amat dikasihi ke majlis kenduri itu.keberangkatan ( kata terbitan – berangkat )

( 6 markah )

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 12

Page 13: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

c. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Berdasarkan pemerhatian, remaja hari ini sentiasa mencari mekanisma atau cara untuk diekspresikan kehendak serta perasaan mereka.mekanisma –mekanismediekspresikan - mengekspresikan

ii. Sifat remaja yang terkenal dengan aggresif, kreatif, dan inovatif merancakan lagi aktiviti hiburan mereka.

agresif - agresifmerancakan - merancakkan

iii. Janganlah disebabkan alasan bebas berkarya, kebebasan memilih, dan kebebasan mencipta menyebabkan remaja hari ini mengkiblatkan nafsu dan terpesong daripada aqidah.mengkiblatkan – berkiblataqidah -akidah

[6 markah]

d. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa

menyeberang jalan raya untuk mengelakkan diri daripada terlibat di

dalam kemalangan.

menyeberang – melintas

di dalam - dalam

(ii) Wang tabungan dapat digunakan oleh kita semasa kesuntukan wang

untuk melanjutkan pelajaran.

digunakan oleh kita – kita gunakan

kesuntukan -kesempitan/kekurangan

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 13

Page 14: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

(iii) Sudah bertahun lamanya dia tidak pergi ke kampungnya kerana kedua-

dua ibu dan bapanya telah meninggal dunia.

bertahun- bertahun-tahun

pergi –pulang/balik

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Alam remaja penuh dengan cabaran dan dugaan. Kadang-kadang remaja akan membuat kesilapan kerana ........................................................... Namun, remaja perlu berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. Hal ini

besesuaian dengan peribahasa .................................................................................. Remaja juga perlu bijak memilih kawan dan tidak mengikut sahaja kata-kata dan pujukan mereka seperti ............................................................................................................

i. lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujanii. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

iii. lembu/kerbau dicucuk hidung

[6 markah]

Soalan 4- Novel( 15 markah )

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, jawab semua soalan-soalan berikutnya

a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.

Cabaran watak utama:

i. Cabaran sebagai saudara baruSebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 14

Page 15: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.

ii. Cabaran mencari ibu kandungnyaFuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayangFuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

v. Cabaran dalam kerjayaFuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

( 2 isi= 4 markah )Huraian tanpa isi = 0 markah )

Isi tanpa huraian = 1 m)

( 7 markah )

b. Huraikan tiga latar masa dan peristiwa penting yang berlaku pada setiap latar masa tersebut.

( 8 markah )

Pada tahun 1969. Ketika itu berlaku pergaduhan antara kaum menyebabkan sukar untuk Mariana mencari

anaknya yang dilarikan

Pada waktu pagi. Sebelum subuh apabila Fuad dan Farhana bertolak ke Terengganu dari Kuantan untuk

ke Sekolah Menengah Seri Setia.

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 15

Page 16: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

SULIT 1103/2, OKTOBER 2012

Fuad keluar pada awal pagi untuk melaporkan diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia.

Pada waktu pagi, semasa Fuad memandu ke sekolah. Hari cuti persekolahan Fuad mengambil kesempatan pulang ke Sungai Ruan untuk menemui Peter Lim dan Swee Lan.

Fuad dan Farhana menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Cikgu Abas di pejabat Cikgu Abas iaitu mereka ialah adik-beradik dan meminta Cikgu Abas menyebarkan berita itu kepada semua warga SMK Seri Setia

Pada waktu petang. Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam

selepas tamat sesi persekolahan. Fuad pulang dari hutan mencari kayu api. Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan

perjalanan ke Sungai Ruan Fuad mengingat semula peristiwa kematian adiknya Sofia dan berangan-angan jika

Sofea masih hidup , dia yang mengurus kemasukan Sofea ke universiti

Pada waktu malam. Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik. Semasa jemaah surau sedang menunaikan solat Isyak. Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri. Rupa-rupanya Cikgu Zamani

mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik. Robert Lim dan Pak Ismail serta Chin sampai ke Hospital Tengku Afzan dan

mengesahkan Mariana iaialh ibu Fuad Fuad terbaca maklumat diri Mariana di katil Mariana dan memerhati raut wajah

Mariana lalu menyedari hidungnya sama dengan hidung Mariana Farhana terkejut dengan penjelasan Fuad tentang Mariana lalu menangis dengan kuat

Hak Milik Panitia Bahasa Melayu SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 16

Page 17: SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4, BAHASA MELAYU 2, SMK SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU

Sulit 1103/2Oktober 2012

Hak milik Panitia Bahasa Melayu, SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor 2012 17