sistem ta’ayyun wujud dan ontologi hadhrat mujaddid alf tsani

Upload: jalalludin-ahmad-ar-rowi

Post on 07-Aug-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    1/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 1

    öö≅ ≅  è è%%öö≅ ≅ y   y   δδ    ÏÏΒΒ /  / ää 3  3 ÍÍ←← ! !% % x   x    .  . u  u    àà ° °    ̈̈ΒΒ((##ää τ τ y   y   ‰ ‰ öö7 7 t  t  ƒƒt  t   ,  , ùù= = s  s   ƒ   ƒ  øø : : $ $##§§Ν Ν  è èOO…… ç çννß߉ ‰ ‹ ‹ ÏÏè è ãッ 4  4 ÈÈ≅ ≅  è è%% ª ª!! $ $##((##ää τ τ y   y   ‰ ‰ öö7 7 t  t  ƒƒt  t   ,  , ùù= = s  s   ƒ   ƒ  øø : : $ $##§§Ν Ν  è èOO…… ç çννß߉ ‰ ‹ ‹ ÏÏè è ãッ (  ( 44’ ’  ¯ ¯ Τ Τ r  r  ' ' s  s  ùùt  t  ββ θ  θ ää 3  3 s  s  ùù÷÷ σ  σ  è è ? ?Bertanyalah kepada   mereka wahai Muhammad   : “     Ad  akah di antara makhluk -  makhluk yang kamu sekutukan  d engan  Tuhan itu, sesiapa  y  ang mula

     menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula padaH  ariQi  y  amat ? ”     Katakanlah: “     Allah jualah  y  ang mula menciptakan sekalian makhluk   ,

     

     kemudian D ia mengembalikan adanya semula untuk menerima balasan   , oleh i tu   mengapa kamu rela dipalingkan kepada menyembah  y  ang lain ? ”     [10:34]  

    ČîÈm@ánî ČîÈm@ánî ČîÈm@ánî @ïuìÛìnãëc@æa†@†ìuë@å @ïuìÛìnãëc@æa†@†ìuë@å @ïuìÛìnãëc@æa†@†ìuë@å    @@@

    ïãbrÛa ÑÛc †‡ª p‹›yïãbrÛa ÑÛc †‡ª p‹›y  SSSiiisssttteeemmm TTT a  a  a ’’’ a  a  a  y  y  y  y  y  y uuunnn W  W  W uuujjjuuuddd DDD a  a  a nnn OOOnnntttooolllooogggiii 

    HHH a  a  a dddhhhr r r  a  a  a ttt MMMuuujjj a  a  a ddddddiiiddd A  A  A lllfff TTTsss a  a  a nnniii K K K  a  a  a jjjiii a  a  a nnn MMM a  a  a k k k tttuuubbb 111222222,,, DDD a  a  a fffttt a  a  a r r r  JJJiiillliiiddd 333,,, MMM a  a  a k k k tttuuubbb a  a  a ttt IIImmm a  a  a mmm R R R  a  a  a bbbbbb a  a  a nnniii 

    Oleh:

    HH a  a ddhhr r  a  a tt SSuuffii IIr r sshh a  a dd A  A ll a  a mm 

    Terjemahan:

    HH a  a ddhhr r  a  a tt FF a  a q  q  iir r  MMuuhh a  a mmmm a  a dd TT a  a hh a  a iir r  BBiinn ‘‘ A  A bbdduur r --R R  a  a hhmm a  a nn 

    Suntingan & Nazhar Farmudah:

    HH a  a ddhhr r  a  a tt FF a  a q  q  iir r  MM a  a uull a  a  w  w ii jj a  a ll a  a lllluuddiinn A  A hhmm a  a dd A  A r r --R R oo w  w ii 

    Terbitan & Edaran:

    NN a  a q  q  ss y  y  a  a bb a  a nnddii A  A k k  a  a ddeemmii Q  Q  uur r  a  a nn SSuunnnn a  a hh HH a  a ddiittss MM a  a r r k k  a  a zzii K K hh a  a nnq  q   a  a hh A  A bbuull--K K hh a  a lliillii y  y  y  y  a  a hh NN a  a q  q  ss y  y  a  a bb a  a nnddii y  y  y  y  a  a hh MMuujj a  a ddddiiddii y  y  y  y  a  a hh 

     A  A k k  a  a ddeemmii K K hh a  a nnq  q   a  a hh R R uuhh a  a nnii BB a  a zzii,, MM a  a ddr r  a  a ss a  a hh UUlluull A  A zzmmii BB a  a ttuu CC a  a  v  v eess,, GGoommbb a  a k k ,, SSeell a  a nnggoor r  DD a  a r r uull EEhhss a  a nn 

    11443366HH//22001155MM  

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    2/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 2

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi

    Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    Ini adalah terjemahan dan kajian ke atas Maktubat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani – Daftar Jilid 3: Surat 122 yang telah dituliskan kepada Hadhrat Maulana Hassan Dehlawi yangmembincangkan Haqiqat Muhammad , pendapat Ibnu ‘Arabi dan Shifat Wujud.

     

    Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim

     Alhamdulillahi Wa Salamun ‛ Ala ‛Ibadihil-Ladzinash-Shtafa

    Haqiqat Muhammad

    Haqiqat Muhammad adalah ciptaan yang paling mulia. Haqiqat Muhammadi ‘Alaihi

    Minash-Shalawatu Afdhaluha Wa Minat-Taslimatu Akmaluha adalah penzahiran Zhuhur

    yang pertama, ianya adalah Haqiqatul-Haqaiq yakni Haqiqat bagi segala Haqiqat. SemuaHaqiqat yang lain adalah seperti bayangan Zhilalnya, samada Haqiqat Nabi-nabi atau

    Haqiqat Malaikat yang agung. Ia adalah Asal Haqiqat-haqiqat. Nabi telah bersabda,

    ل

     

    م

     

    خ

     ا

     

    حورهللاق

     

    “Yang pertama sekali diciptakan oleh Allah ialah Ruhku!” [As-Suyuthi] 

    Baginda juga telah bersabda, “Sesungguhnya Allah menjadikanku dari Nur ZatNya dan

    menjadikan orang Mukmin dari Nurku”.  [Hadits: ‘Abdul Haqq Ad-Dehlawi, Madarij An-

    Nubuwwah) Oleh yang demikian, semestinya Haqiqat Muhammad itu adalah Wasilahatau Wasithah di antara semua Haqiqat dengan Haqq Ta’ala. Dan tidak seorang pun yang

    akan mencapai maksudnya tanpa Wasilah Nabi .  Oleh kerana Baginda adalah Nabi

    kepada Para Nabi dan kedatangannya adalah sebagai Rahmat kepada seluruh alam, atas

    sebab inilah Nabi Ulul ‘Azmi, walaupun sebagaimana dengan asal kewujudan, adalah

    Nabi-Nabi ingin menjadi pengikutnya dan berharap untuk dimasukkan di kalangan

    Umatnya, sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Nabi di dalam Hadits.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    3/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 3

    Kepunyaan Khas Ummat Nabi Muhammad

    Soalan 1:  Apakah kesempurnaan tersebut yang bergantung kepada menjadi pengikutNabi Muhammad ? Dan Nabi-Nabi yang lain tidak dapat mencapai kesempurnaan

    tersebut walaupun mereka memiliki khazanah Kenabian?

    Jawaban 1:  Kesempurnaan tersebut adalah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat bagi

    segala Haqiqat, iaitu Haqiqat Muhammad . Dan engkau boleh Wushul dan Ittihad

    dengannya hanya jika dirimu adalah pengikut dan pewaris secara Tab‛iyyat dan Wiratsat

    Nabi Muhammad . Sebenarnya, untuk Wushul dan Ittihad dengannya adalah bergantung

    dengan Fadhzal Ilahi. Dan pemilikan Fadhzal Ilahi dengan bahagian yang banyak adalah

    di kalangan Ummat Nabi Muhammad iaitu Wali di kalangan Wali yang Khawash. Dan

    sekiranya seseorang itu bukan di kalangan Ummat Nabi Muhammad , seseorang itu tidakdapat mencapai kesempurnaan khazanah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad

     , dan tirai hijab perantaraan di antara seseorang itu dengan Haqiqat Muhammad tidak

    terangkat, dan tirai hijab perantaraan akan terangkat hanya melalui Ittihad dengan Haqiqat

    Muhammad . Inilah sebabnya, Allah telah berfirman,

    öΝ  çG Ζ ä . u   ö  y    z>π ̈Β é&“ Kamulah sebaik-baik Ummat ” [3:110]

    Baginda Nabi Muhammad adalah lebih Afdhal dari setiap seorang daripada ParaNabi dan setiap satu daripada Para Malaikat yang mulia. Begitu juga, Baginda adalah

    lebih Afdhal dari kesemua mereka yang dihimpunkan bersama. Sepertimana Ashal adalah

    lebih Afdhal dari setiap satu bayangan Zhilalnya, malahan sekiranya bayangan Zhilal

    tersebut mengandungi beribu bayangan Zhilal yang bertindih dengan yang lain. Apa

    sahaja Faidhz yang terlimpah ke atas bayangan Zhilal, ianya telah diterima dari Tuhan

    melalui Wasilah Wasithah dan pengikutan Thufaili daripada Ashal, iaitu Haqiqat

    Muhammad . Faqir telah menerangkan dalam Maktubat bahawa Nuqthah Fawqah yang

    di atas adalah lebih tinggi daripada kesemua Nuqthah Tahtah yang berada di bawah, yang

    seumpama bayang-bayangan Zhilal kepada Nuqthah di atas. Nuqthah di atas adalahseumpama Ashal dan kesemua Nuqthah di bawah adalah seumpama bayangan Zhilal

    kepada Asal. Dan bagi Para ‘Arifin, sekiranya dia menyeberangi Nuqthah yang di atas,

    ianya adalah pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan sekiranya dia menyeberangi

    kesemua Nuqthah yang berada di bawah.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    4/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 4

    Haqiqat Muhammad Adalah Hubbi

    Soalan 2:  Berdasarkan kepada keterangan ini, ia membuktikan bahawa Wali yangKhawash di kalangan Umat Muhammad yang telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat

    Muhammad ini adalah lebih tinggi daripa Para Nabi?

    Jawaban 2:  Tidak ada yang sedemikian telah ditetapkan. Yang telah ditetapkan hanyalah

    mereka yang Khawash di kalangan Umat ini memiliki sebahagian daripada khazanah

    tersebut, iaitu Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad sementara itu, Para Nabi

    yang lain tidak memiliki bahagian tersebut. Masih juga, Para Nabi yang lain adalah lebih

    tinggi kerana mereka dihiasi dan ditinggikan secara Ikhtisas dengan berbagai

    kesempurnaan yang lain selain daripada Wushul dengan Haqiqat Muhammad . Malah,

    bagi mereka yang Khawash dari Khawash di kalangan Umat Muhammad ini yang telahmencapai kemajuan pada tahap yang tertinggi, kepalanya tidak sampai ke telapak kaki dari

    kalangan Nabi yang terendah. Jadi, di manakah kemungkinan kesamaan atau ketinggian

    mereka yang Khawash di kalangan Umat Muhammad terhadap Para Nabi? Allah telah

    berfirman,

    ô‰ s  ) s  9u   ρô M s  ) t  7 y   ™$  o  Ψ  çG u  Η Í > x    . $ t  ΡÏŠ$ t  7 Ïè Ï9t    Î= y   ™ö  ßϑ ø9 $# “Dan demi sesungguhnya, telah ada semenjak dahulu lagi ketetapan Kami bagi hamba-

    hamba Kami yang diutus menjadi Rasul.” [37:171]Dan sekiranya seseorang di kalangan pengikutnya, sebagai hamba Thufail yang

    tidak dijemput dan sebagai teman pengiring yang mengikuti Tabi‛iyyat Nabinya telah

    sampai ke Maqam yang lebih tinggi dari Para Nabi, maka dia telah sampai ke sana adalah

    sebagai seorang hamba atau seorang pengikut. Semua orang tahu bahawa seorang hamba

    tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan rakan-rakan tuannya melainkan hanya

    sebagai hamba. Pada setiap masa, seorang hamba akan menjadi hamba pengiring atau

    Thufaili, sebagai hamba yang tidak dijemput yang mengiringi tuannya yang merupakan

    tetamu kehormat. Haqiqat Muhammad iaitu Haqiqat kepada segala Haqiqat adalah

    Ta’ayyun dan penzahiran Cinta Zhuhur Hubbi. Cinta tersebut adalah Mabda permulaanpenzahiran dan Mansya punca penciptaan seluruh Makhluqat. Dalam sebuah Hadits

    Qudsi, 

    نكتك

     

    حأا ف  فا خم 

    ع نتب

     

    فف

     

    خلتقخ ا

     

    عق

     

    ف

     

    “ Kuntu Kanzan Makhfiyyan. Fa-Ahbabtu An U‛Rafa. Fakhalaqtul-Khalqa Li-U‛Rafa.”

    “Daku adalah khazanah tersembunyi dan Daku ingin diketahui. Kerana itu lalu Dakumenciptakan Makhluq agar Daku diketahui.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    5/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 5

    Hadits ini membuktikan bahawa yang pertama-tama sekali terbit daripada khazanah

    tersembunyi adalah Cinta Hubbi. Ianya iaitu Cinta Ilahi adalah sebab bagi penciptaan

    makhluk-makhluk Khalaiq. Sekiranya Cinta Ilahi ini tiada, makhluk-makhluk yang laintidak akan diwujudkan. Sebaliknya, alam semesta akan tetap teguh dan tertanam di dalam

    ‘Adam ketiadaan. Rahsia sebuah Hadits Qudsi,

    و

     

    ك

     

    م

     

    فاتقا خ 

    ك  “Law Laka Lama Khalaqtul-Aflaka”  

    “Kalau bukan keranamu, tidak akan Aku ciptakan angkasa raya,”  sebenarnya terletak di

    sini. Dan haqiqat sebuah Hadits Qudsi,

    م ك و

     وبالته ظا

    ة  

    “Law Laka Lama Azhartu Ar-Rububiyyata”  “Kalau bukan keranamu, tak akan Daku menzahirkan RububiyatKu” hendaklah dicari di

    sini.

    Ta’ayyun Pertama Adalah Ta’ayyun Hubbi

    Soalan 3:  Ibnu ‘Arabi, penulis kitab Futuhat Makkiyyah, telah mengatakan bahawa

    Ta’ayyun Awwal iaitu Haqiqat Muhammad adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali.

    Sebaliknya, di dalam penulisan Tuan Hadhrat sebelum ini, telah mengatakan bahawa

    Ta’ayyun Awwal adalah Ta’ayyun Wujudi. Tuan Hadhrat telah berpendapat bahawapusatnya iaitu bahagian Asyraf dan Asbaq yang paling mulia dan paling awal mendahului

    adalah Haqiqat Muhammad . Dan Tuan telah menegaskan bahawa Ta’ayyun Hadhrat

    ‘Ilmi Ijmali sebagai bayangan kepada Ta’ayyun Wujudi. Dan sekarang ini, Tuan Hadhrat

    telah menuliskan bahawa Ta’ayyun Awwal adalah Ta’ayyun Hubbi dan itulah Haqiqat

    Muhammad . Bolehkah kiranya Tuan menyusun semula kenyataan yang saling

    bercanggahan ini?

    Jawaban 3:  Selalunya akan berlaku, bahawa bayangan sesuatu benda menunjukkan

    dirinya sebagai Ashal benda tersebut dan menarik Salik ke arahnya. Oleh itu, dua

    Ta’ayyun tersebut iaitu Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan Ta’ayyun Wujudi adalah Ta’ayyun yangpertama sekali yang akan kelihatan bagi Para ‘Arifin semasa ‘Urujnya sebagai Ashal

    Ta’ayyun, yang pada Haqiqat sebenarnya adalah Ta’ayyun Hubbi.

    Ta’ayyun Kedua Adalah Wujudi

    Soalan 4: Bagaimana mungkin Tuan Hadhrat boleh mengatakan bahawa Ta’ayyun

     Wujudi adalah bayangan Zhilal bagi Ta’ayyun Hubbi? Apabila Wujud datang sebelum

    Cinta dan Cinta adalah salah satu cabang Wujud?

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    6/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 6

    Jawapan 4:  Faqir telah membuktikan di dalam Maktubat bahawa Haqq Ta’ala Wujud

    dengan ZatNya, bukannya Wujud dengan memerlukan Shifat Wujud. Begitu juga, Lapan

    Shifat Wajib, Wujud dengan Zat Wujubi bukannya dengan Shifat Wujud. Ini keranakedua-dua Wujud and Wujub sama sekali tidak ada peluang di sana untuk Wujud pada

    Martabat La Ta’ayyun itu kerana kedua-duanya adalah hanya I’tibarat. Untuk mengadakan

    alam semesta supaya Wujud secara Ijad, I’tibar pertama yang dijadikan adalah I’tibar

    Hubbi. Apa yang dijadikan seterusnya adalah I’tibar Wujud yang merupakan permulaan

    untuk mengadakan alam semesta supaya Wujud. Tanpa kedua-dua I’tibar ini, I’tibar Hubbi

    dan I’tibar Wujud, Zat Wajib tidak bergantung Istighna kepada alam semesta atau

    mengadakan alam semesta menjadi Wujud. Sepertimana ayat Al-Quran,

    β̈ Î) ©!

     $#

    ;© Í _ 

    t  ó s  9Ç  

    t  ã

    t   Ïϑ 

     n  =≈ 

    y   è ø9

     $#

     

    “Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu dari alam semesta.”(29:6)

    Ta’ayyun seterusnya adalah sama dengan Ibnu ‘Arabi. Engkau mungkin tidak dapat

    memerhatikan apa-apa Shifat di sana iaitu pada peringkat di mana Shifat-shifat belum lagi

    Muta’ayyin ditentukan. Engkau boleh mengatakan mengatakan bahawa Ta’ayyun ‘Ilmi

    Ijmali adalah bayangan Zhill bagi dua Ta’ayyun sebelumnya iaitu Ta’ayyun Hubbi dan

    Ta’ayyun Wujudi, dengan menganggap bahawa dua Ta’ayyun tersebut adalah I’tibar Zat

    yang bertakluk dengan Shifat. Dan Shifat adalah seperti bayangan Zhill Zat Tuhan dan

    Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali ini adalah bayangan Zhill bagi Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi. Hendaklah engkau ketahui bahawa apabila engkau memerhatikan dengan

    pemerhatian yang mendalam terhadap Ta’ayyun Awwal atau Ta’ayyun Hubbi, dengan

    limpah kurniaNya engkau akan mengetahui bahawa Markaz bagi Ta’ayyun Awwal

    tersebut adalah Hubbi atau Haqiqat Muhammad . Dan lingkaran Ta’ayyun tersebut

    adalah berbentuk bulatan dalam bentuk misalan. Dan lingkaran itu adalah seperti

    bayangan Zhill kepada pusat Markaz  tersebut, dan ianya dipanggil sebagai Khullat atau

    Haqiqat Ibrahim . Oleh itu, Hubbi adalah Ashal dan Khullat sebenarnya adalah bayangan

    Zhill Hubbi. Pusat Markaz ini dan lingkaran luaran bulatan tersebut, kedua-duanya

    bersama-sama terzahir sebagai Ta’ayyun Awwal. Bahagian bulatan adalah yang palingAsyraf kemuliaan dan paling Asbaq ketinggian adalah Markaz pusatnya dan ianya adalah

    Hubbi. Apabila dipandang dengan pandangan Kasyaf, bahagian pusat bulatan terzahir

    sebagai Ta’ayyun Hubbi dan bahagian tersebut adalah Ashal dan bahagian tersebut adalah

    lebih menguasai. Lingkaran luaran bulatan tersebut adalah seperti bayangan Zhill kepada

    pusatnya dan lingkaran luaran adalah terbentuk daripada pusatnya. Dari sudut pusat

    bulatan tersebut, kita mengetahui bahawa pusat tersebut adalah Ashal dan Mansya

    puncanya iaitu lingkaran luaran bolehlah dianggap sebagai Ta’ayyun Kedua. Namun,

    pandangan Kasyfi tidak menunjukkan dua Ta’ayyun. Sebaliknya, ianya adalah satu

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    7/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 7

    Ta’ayyun yang merangkumi Hubbi dan Khullat, dan satu Ta’ayyun itu adalah

    mengandungi satu pusat dan lingkaran luaran bulatan. Dalam pandangan Kasyfi, Ta’yyun

    Kedua adalah Ta’ayyun Wujudi dan ianya seperti bayangan Zhill kepada Ta’ayyun Pertamayang telah diterangkan tadi. Oleh kerana pusatnya adalah Ashal bagi lingkaran bulatan

    yang meliputi, maka untuk mencapai maksud untuk sampai ke Ashal, tidak ada pilihan

    lain bagi lingkaran bulatan mestilah menggunakan Wasilah pusatnya. Pusatnya adalah

    Ashal dan Ijmal bagi bulatan tersebut. Oleh yang demikian, seseorang akan Wushul ke

    maksud tuntutannya hanya dengan jalan yang akan melalui pusat Markaz tersebut.

    Penerangan ini menjelaskan bahawa Habibullah dan Khalilullah , kedua-duanya saling

    berkait rapat dan bergabung. Di sini, Ashal adalah Wasilah bagi bayangan Zhill untuk

     Wushul kepada maksud yang dituntut. Maka justeru itu, Hadhrat Khalilullah Nabi

    Ibrahim akan memohon Wasilah Hadhrat Habibullah Nabi Muhammad danberkeinginan untuk masuk menjadi di kalangan Umatnya sepertimana yang telah

    diriwayatkan di dalam Hadits.

    Nabi Muhammad Dan Jalan Nabi Ibrahim

    Soalan 5: Apabila hubung-kait mereka adalah sebegini yang mana Nabi Muhammad

    adalah jauh lebih tinggi martabat ketinggiannya dari Nabi Ibrahim , maka mengapa

    Habibullah telah diarahkan untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim ? Apakah

    maksudnya? Dan dalam Shalawat Nabi telah berdoa, “Sebagaimana Engkau Shalawatkan

    dan Salam ke atas Ibrahim.( Kamaa Shallayta Wa Sallamta ‘Alaa Ibrahim)?”

    Jawapan 5:  Haqiqat sesuatu perkara yang dimaksudkan di sini bahawa Haqiqat

    Muhammad lebih tinggi martabat kedudukannya dan lebih dekat ianya kepada Allah

    Ta’ala, lebih banyak mengandungi lokus penzahiran Haqiqat tersebut di dalam Alam

    Unsur iaitu dalam bentuk tubuh Nabi Muhammad . Dan Haqiqat tersebut iaitu Haqiqat

    Muhammad akan lebih banyak dibaluti dengan shifat kemanusiaan atau Basyariyyat .

    Oleh itu, adalah semakin sukar bagi lokus penzahiran Nabi Muhammad apabila dia

    hidup dalam bentuk fizikal untuk ‘Uruj  kepada Haqiqat Muhammad tersebut. Nabi

    Ibrahim yang telah dikurniakan dengan Shifat Khullat adalah jalan yang lebar untuk

    sampai kepada Haqiqat Ibrahim , dan Haqiqat Ibrahim terletak dekat dengan HaqiqatMuhammad sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini. Dan Hadhrat Nabi Ibrahim

    telah sampai ke Haqiqat Ibrahim melalui jalan tersebut. Oleh sebab itulah, Hadhrat Nabi

    Muhammad telah diperintahkan untuk sampai ke Haqiqat Muhammad dengan

    mengikuti jalan Ibrahim , kerana jalan membawa kepada Haqiqat Ibrahim adalah lebih

    dekat dengan Haqiqat Muhammad . Dalam Shalawat semasa Shalat, Hadhrat Sarwar Nabi

    Muhammad telah menyarankan kepada kita untuk berdoa bershalawat memohon

    keberkatan sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim tetapi Baginda telah

    menyarankan kepada kita hanya selepas Baginda telah sampai ke Daulat kemuliaan

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    8/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 8

    mencapai Haqiqat Muhammad . Sebaliknya, boleh juga kita katakan bahawa sekiranya

    seorang yang tinggi kedudukannya diarahkan untuk mengikuti seorang yang lebih rendah

    kedudukannya, maka dalam arahan untuk mengikuti ini, beliau tidak perlu mempunyaisuatu kelemahan. Sepertimana Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi Muhammad

    untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat,

    öΝ  èδö ‘Í ρ$ x   ©u   ρ’  Î ûÍ  ö ∆F{ $# ( “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu hal perkara. [3:159]

    Bersama dengan perintah untuk bermesyuarat dengan Para Sahabat, datang jugaperintah untuk mengikuti mereka. Atau sebaliknya apakah faedahnya mesyuarat?

    Haqiqat Abu Bakar Dan Haqiqat Israfil Haqiqat Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah Nama Ilahi Murabbinya iaitu Mabda

    Ta’ayyunnya. Dan ianya adalah terus secara langsung bayangan Zhill bagi Haqiqat

    Muhammad dengan tanpa apa-apa perantaraan di antara kedua-duanya. Haqiqat Abu

    Bakar adalah bayangan secara langsung. Dan oleh yang demikian, ianya adalah pengikut

    dan pewaris langsung Haqiqat Muhammad . Oleh itu, apa sahaja yang terdapat di dalam

    Haqiqat Muhammad , kesemuanya terdapat di dalam bayangan Zhill secara langsung

    iaitu Haqiqat Abu Bakar. Atas sebab inilah, Hadhrat Abu Bakar Ash-Shiddiq adalah

    pewaris yang paling Akmal sempurna dan paling Afdhal di kalangan Umat Muhammad .

    Nabi Muhammad telah bersabda,

    كام ر يب ب د ص  يف هت ب ب ص دقو ال يء يف صدري إ هللا ش ب  ص   Ma Shabba Allahu Shay-an Fi Shadri Illa Wa Qad Shababtuhu Fi Shadri Abi Bakrin. 

    “Apa sahaja yang Allah Ta’ala limpahkan ke dadaku, daku telah limpahkan semuanya kedalam dada Abu Bakar.”

    Telah disingkapkan juga bahawa Haqiqat Israfil adalah sama dengan Haqiqat

    Muhammad . Namun, ianya tidak mempunyai hubungan antara Ashal dan Bayangan

    Zhilal sepertimana halnya kaitan hubungan antara Haqiqat Muhammad dan Haqiqat

    Abu Bakar. Di sana, Haqiqat Muhammad adalah Ashal dan Haqiqat Abu Bakar adalahbayangan Zhilal. Sebaliknya, dalam hal ini kedua-dua Haqiqat Muhammad dan Haqiqat

    Israfil adalah Ashal dan kedua-duanya bukanlah bayangan Zhilal bagi yang lain.

    Bagaimanapun, terdapat perbezaan di antara Kulliyyat keseluruhannya dan juzuk-juzuk

     Juziyyatnya. Nabi Muhammad adalah pemimpin secara Kull keseluruhannya dan sebab

    itulah Haqiqat bagi pemimpin tersebut telah dinamakan dengan namanya iaitu Haqiqat

    Muhammad . Haqiqat-haqiqat bagi semua Malaikat yang lain telah dijadikan daripada

    Haqiqat Israfil.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    9/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 9

     Ahli SHufi Yang Mengatasi Haqiqat Dirinya

    Soalan 6:  Mungkinkah seorang Shufi yang telah ‘Uruj sehingga sampai ke Haqiqatdirinya iaitu Nama Ilahi, Murabbinya kemudian boleh ‘Uruj lagi menaik ke atasnya?

    Jawaban 6:  Sayr Ilallah dilengkapkan apabila seorang Shufi Wushul kepada Haqiqat

    selepas menempuh melalui peringkat-peringkat Suluk. Dan ianya dilengkapkan dengan

    dua cara.

    Cara Pertama

    Cara pertama adalah Wushul bukannya sehingga ke Haqiqat Nama Ilahi, tetapi sebaliknya

    sehingga ke bayang dari bayangan Nama, semasa bayang menunjukkan dirinya sebagai

    Haqiqat diriNya. Dan Haqiqat tersebut menunjukkan dirinya sebagai Haqiqatkewujudannya dan sebagai lokus penzahiran dalam Nama Ilahi pada Mazhahir yang wajib

    baginya. Kesannya, akan kelihatan bahawa bayangan Nama Ilahi tersebut adalah seolah-

    olah Haqiqat itu sendiri. Kekeliruan sebegini terjadi pada banyak tempat atas jalan ini.

    Ianya adalah lembah yang berbahaya bagi Para Salikin. Hanyalah semata-mata dengan

    Rahmat Allah Ta’ala, Salik akan diselamatkan daripada lembah ini. Tidak ragu-ragu

    bahawa seseorang mungkin boleh mendapat peningkatan menaiki sehingga ke atas bayang

    ini yang kelihatan seperti Haqiqat, bahawa sebenarnya ianya memang berlaku.

    Cara Kedua

    Cara kedua adalah dia Wushul sehingga ke Haqiqat dirinya. Dalam hal ini, dia mungkin

    tidak dapat meningkat naik melebihinya tanpa perantaraan yang mengiringi dan

    mengikuti secara Thufailiyyat dan Tabi‛iyyat orang yang lain kerana Haqiqat tersebut

    adalah penghujungan Nihayat bagi Isti’dad kesediaannya, yang akan membawanya pergi.

    Bagaimanapun, sekiranya melalui perantaraan orang lain, dia dibawa ke Haqiqat orang lain

    yang berada di atas Haqiqat dirinya, maka, dia mungkin akan mencapai peningkatan lalu

    mengatasi Haqiqat dirinya untuk sampai ke Haqiqat yang lebih tinggi. Adalah dikatakan

    bahawa perjalanan ini adalah Sayr Qasri iaitu perjalanan dengan dipaksa, dimana

    seseorang mendapat peningkatan bukannya dengan kemampuannya tetapi dengan

    menggunakan kemampuan orang lain. Dan dia mencapai peningkatan maju ke tahap yang

    melampaui apa yang sepatutnya semula jadi secara Tabi’i untuknya atau yang mana dia

    bersedia secara Isti’dadi untuknya. Sebahagian kecil dari perkara ini telah dinyatakan pada

    bahagian sebelum ini, dalam menjelaskan tentang Wushul ke Haqiqat Muhammad .

    Perjalanan Mengatasi Haqiqat Muhammad

    Soalan 7:  Haqiqat Muhammad adalah Haqiqat kepada semua Haqiqat yakni

    Haqiqatul-Haqaiq. Tiada Haqiqat daripada Haqiqat yang Mumkinat yang berada di atas

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    10/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 10

    mengatasi Haqiqat Muhammad . Maka, bagaimana mungkin seseorang boleh menaiki

    mengatasinya? Bagaimanapun, Tuan Hadhrat telah menulis dalam tulisan Tuan bahawa,

    “Telah mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad ”. Apa yang TuanHadhrat maksudkan dengan ini?

    Jawaban 7: Tidak! Tidak ada seorang pun yang mungkin dapat mencapai peningkatan

    yang di atas Haqiqat Muhammad kerana di atas Haqiqat Muhammad terletaknya

    martabat La Ta’ayyun. Tidak ada Muta’ayyun yang boleh Wushul dan bergabung kepada

    martabat La Ta’ayyun ini. Sesetengah orang mengatakan bahawa Shufi mungkin boleh

    mencapai peningkatan yang di atas Haqiqat Muhammad dan sampai ke La Ta’ayyun dan

    mereka memberikan alasan dengan mengatakan bahawa Wushul dan bergabung kepada

    martabat La Ta’ayyun adalah “Tanpa Bagaimana” yakni tanpa Kaifiyyat kebagaimanaan.

    Namun, bercakap dengan cara sedemikian bukanlah bercakap dengan fasih dan betulkerana ianya adalah percakapan yang sia-sia. Mereka mendapat ketenangan dengan

    percakapan yang sia-sia kerana mereka belum lagi mencapai kefahaman yang benar

    tentang kaitan hubungan di antara Wujubi yang La Ta’ayyun dan Mumkinat Muta’ayyun

    yang dapat ditentukan. Apabila faqir menuliskan, “Telah mencapai peningkatan yang di

    atas Haqiqat Muhammad ”, apa yang faqir maksudkan dengan Haqiqat tersebut adalah

    sebenarnya bayangan bagi Haqiqat tersebut. Apa yang faqir harus nyatakan adalah “Telah

    mencapai peningkatan yang di atas bayangan Zhill Haqiqat Muhammad .” Dan apa yang

    faqir maksudkan dengan Haqiqat Muhammad di sana adalah sebenarnya bermaksud

    Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali atau Wahdat. Pada masa itu, faqir masih keliru di antarabayangan Zhill Haqiqat Muhammad iaitu Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dengan Ashal. Adalah

    dengan limpahan Rahmat Ilahi semata-mata, apabila faqir telah dibebaskan daripada

    kesemua bayangan dan mencapai peningkatan Mukasyafah yang lebih tinggi, faqir

    mendapati bahawa seseorang itu tidak mungkin dapat untuk mencapai peningkatan yang

    di atas Haqiqat kepada semua Haqiqat iaitu Haqiqat Muhammad . Bahkan, bahawa ianya

    benar-benar mustahil sekiranya seseorang mengangkat kakinya dan melangkah keluar dan

    meninggalkan Daerah Imkan dan meletakkan kakinya ke dalam Daerah Wujubi. Dan ianya

    adalah mustahil dari segi kedua-dua pemikiran ‘Aqli dan hukum Syar’i.

    Soalan 8:  Dengan pengesahan di atas, ianya menunjukkan bahawa Hadhrat NabiMuhammad , penutup bagi Para Nabi tidak mencapai ke peringkat yang mengatasi

    Haqiqat Muhammad , adakah ianya benar?

    Jawaban 8:  Bahawa Hadhrat Nabi Muhammad memiliki kedudukan yang tinggi dan

    martabat yang dimuliakan. Namun, beliau adalah sentiasa termasuk dalam perkara Imkani

    dan beliau tidak akan meninggalkan Daerah Imkan atau mencapai penyatuan dengan Yang

     Wajib, ianya akan bermaksud bahawa beliau akan berubah menjadi Tuhan Uluhiyyat.

    Bagaimanapun, Allah Ta’ala adalah di luar dari memerlukan sebarang sekutu.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    11/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 11

    Da’ Ma Adda’atu An-Nashara Fi Nabihim.

    Apa yang orang Kristian katakan tentang Nabi mereka,

     Janganlah berkata sedemikian tentang Nabiku.

    Mencapai Haqiqat Muhammad :

    Perbezaan Di Antara Nabi Dan Wali

    Soalan 9:  Daripada pengesahan di bahagian sebelum ini, adalah jelas bahawa Muslim

    yang lain sebagai Thufaili hamba pengiring dan pewaris tuannya iaitu Baginda Nabi

    Muhammad mungkin dapat mencapai Haqiqat kepada semua Haqiqat. Dan mungkin

    terbentuklah suatu jenis penggabungan dan penyatuan dengan Haqiqat Muhammad

    tersebut dan kemudiannya mendapat sebahagian dari kesempurnaan kemuliaannya.

    Malah, Hijab penghadang di antara mereka dan Haqiqat Muhammad telah diangkat dan

    perantaraan telah dihapuskan dan mereka mencapai martabat kesempurnaan yang

    tertinggi. Sekiranya sedemikian, maka apakah perbezaan di antara pengikut yang Khawash

    dan pemimpinnya iaitu Nabi Muhammad atau di antara tetamu kehormat yang asli dan

    hamba pengiring yang Thufaili dalam kesempurnaan ini? Dan apakah ketinggian

    pemimpin dan tetamu kehormat ke atas pengikutnya dan hamba pengiring?

    Jawaban 9:  Mereka yang telah Wushul sampai dan Ilhaq bergabung dengan Haqiqat

    Muhammad , dapat berbuat demikian dengan cara sebagaimana seorang hamba yangbeserta dengan tuannya, atau hamba pengiring yang mengiringi tetamu kehormat.

     Walaupun mereka yang telah mencapainya adalah Khawashul-Khawash, yang hanya

    sedikit jumlahnya, masih lagi dia sendiri adalah hamba. Malah, dalam hal sekiranya dia

    adalah Nabi, masih lagi dia hanyalah seorang hamba pengiring Thufaili yang makan sisa-

    sisa makanan tuannya. Bagaimana mungkin dia adalah sama martabatnya dengan tuannya?

    Dan di mata tuannya, apakah kehormatan and ketinggian yang dimiliki oleh hamba

    tersebut? Dia tetap seorang Thufail hamba pengiring, walaupun dia duduk dengan tuannya

    yang merupakan tetamu kehormat, dan makan bersama dengan tuannya, dia masih lagi

    seorang hamba pengiring. Sekiranya hamba tersebut sampai ke istana yang besar dan

    indah bersama-sama dengan tuannya, memakan sisa-sisa makanan yang enak yang dibuat

    untuk tuannya atau menerima penghormatan, masih lagi dia menerimanya disebabkan

    oleh ketinggian kedudukan tuannya dan kemulian mengikuti tuannya. Adalah dikatakan

    bahawa tuannya menerima lebih penghormatan kerana hamba yang mengiringinya,

    walaupun dia sudah pun memiliki kehormatan yang sudah diberikan kepadanya.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    12/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 12

    Ganjaran Pemimpin Dan Pengikutnya Tidaklah

    Sama TarafnyaDengarlah! Nabi telah bersabda,   Sesiapa yang memulakan Sunnah yang baik, ditulis

    untuknya pahala sepertimana pahala semua orang yang mengamalkannya tanpa

    dikurangkan pahala mereka para pengamal itu sedikit pun.” [Muslim] Oleh itu, lebih banyak

    pengikut yang mengikuti pemimpin di atas jalan kebaikan yang didirikannya, lebih

    banyak ganjaran pahala yang akan diperolehinya. Justeru, bagaimana mungkin seorang

    pemimpin dan pengikut boleh menjadi sama tarafnya? Apakah persamaan yang boleh

    engkau fikirkan untuk mereka? Dengarlah! Dengarlah! Segolongan manusia mungkin

    berada pada Maqam yang sama dan mereka mungkin mendapat bahagian dari khazanah

    yang sama. Masih lagi, mereka akan dilayan secara berbeza, tetapi tidak seorang pun akanmengetahui tentang yang lain. Di dalam Syurga, isteri-isteri Rasulullah akan tinggal

    bersamanya di tempat yang sama. Mereka akan makan makanan yang sama dan minum

    minuman yang sama. Namun, mereka tidak akan diberi layanan yang sama sebagaimana

    Rasulullah . Begitu juga mereka tidak akan mendapat kenikmatan yang sama dan

    kepimpinan yang dimiliki oleh Rasulullah . Walaupun mereka berkongsi semua

    bahagian mereka dengan Nabi , keistimewaan Afdhaliyyat yang mereka perolehi tidak

    akan sama dengan keistimewaan Afdhaliyyat yang diterima oleh Rasulullah . Sekiranya

    mereka berkongsi keistimewaan dengan Nabi , maka sepertimana ketinggian Nabi ,

    mereka adalah lebih tinggi dari orang awam. Ini kerana, keistimewaan Afdhaliyyat adalahbergantung kepada banyaknya ganjaran di sisi Allah Ta’ala .

    Semua Ta’ayyun Adalah Mumkinat

    Soalan 10: Ta’ayyun Hubbi iaitu Ta’ayyun Awwal atau Haqiqat Muhammad , adakah

    ianya Imkani atau Wujubi? Adakah ianya yang Hadits baharu atau Qadim sedia ada? Ibnu

    ‘Arabi dalam menulis Fushush, telah mengatakan Ta’ayyun Awwal adalah Haqiqat

    Muhammad , yang juga adalah Wahdat. Begitu juga, beliau telah mengatakan Ta’ayyun

    Kedua adalah Wahidiyyat. Beliau telah menetapkan bahawa ‘Ain Tsabitah atau Haqiqat-

    haqiqat Mumkinat berada pada Martabat Wahidiyyat. Beliau memaggil kedua-duaTa’ayyun tersebut sebagai Ta’ayyun Wujubi dan menganggapnya sebagai Qadim. Beliau

    menganggap bahawa tiga Ta’ayyun yang lain iaitu Ta’ayyun Ruhi, Ta’ayyun Mitsali dan

    Ta’ayyun Jasadi sebagai Ta’ayyun Imkani. Apakah ulasan Tuan Hadhrat Mujaddid

    mengenai perkara ini?

    Jawapan 10:  Pada pendapat faqir, tidak ada yang berkait dengan Ta’ayyuni atau

    Muta’ayyuni. Apakah Ta’ayyun di sana yang menjadikan La Ta’ayyuni kepada

    Muta’ayyuni? Percakapan sedemikian datangnya dari perasaan Dzauq Ibnu ‘Arabi dan

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    13/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 13

    pengikutnya semasa mengalami keadaan mabuk keruhanian. Sekiranya perkataan yang

    sama berlaku dalam tulisan faqir, maka ianya hendaklah dianggap sebagai percakapan

    yang juga datangnya dari mabuk keruhanian seperti Dzauq yang seumpamanya. Padasetiap masa hendaklah kita ketahui bahawa kedua-dua Ta’ayyun tersebut sebenarnya

    adalah Ta’ayyun Imkani. Dan ianya adalah dijadikan dan perkara baharu yakni Makhluq

    dan Hadits. Nabi telah bersabda,

    ل

     

    م

     

    ا خ 

    رونهللاق  

    “Awwalu Ma Khalaqa Allahu Nuri.” [Suyuthi]“Pertama-tama apa yang telah diciptakan oleh Allah adalah cahaya Nurku.”

    Dalam Hadits yang lain dikatakan bahawa tempoh masa penciptaan Nur tersebut

    juga telah disebutkan. Sepertimana sabda Nabi , “Dua ribu tahun sebelum penciptaanalam”. Dan segala yang dijadikan dan yang sebelumnya berada di dalam ketiadaan Wujud

    adalah Imkani dan Hadits baharu. Haqiqat Muhammad adalah Haqiqat yang merupakan

    pendahulu bagi semua Haqiqat-haqiqat. Apabila ianya juga adalah Makhluk dan

    Mumkinat, maka kesemua Haqiqat-haqiqat yang lain juga adalah Makhluk, Mumkinat dan

    Hadits. Haqiqat Muhammad dan juga Haqiqat Mumkinat atau ‘Ain Tsabitah, Syaikh

    Ibnu ‘Arabi menetapkan ianya sebagai Wujubi dan Qadim? Bukankah ia menakjubkan!

    Ianya bercanggah dengan sabda Nabi . Setiap juzuk bahagian Mumkinat adalah

    Mumkinat. Kedua-dua rupa bentuk Shurat dan Haqiqat, ianya juga adalah Mumkinat.

    Bagaimana mungkin Ta’ayyun Wujubi boleh menjadi Haqiqat Mumkinat? HaqiqatMumkinat mestilah Mumkinat juga. Perkara Mumkinat tidak memiliki apa-apa saling

    kaitan atau hubungan Isytarak dan Intisabi dengan Wujubi, melainkan perkara Mumkinat

    tersebut hanyalah ciptaan yang Wujubi dan yang Wujubi adalah Penciptanya. Bahawa

    Syaikh Ibnu ‘Arabi tidak membezakan di antara yang Wajib dan Mumkin dan beliau

    sendiri mengatakan bahawa tidak ada perbezaan di antaranya. Sekiranya dia memberikan

    alasan yang sama dan sekiranya dia mengatakan bahawa yang Wajib adalah Mumkinat dan

    Mumkinat adalah yang Wajib, maka dia janganlah takut. Sekiranya Allah memaafkannya,

    maka ianya di atas KerahimanNya dan PengampunanNya.

    $  o  Ψ  −/u   ‘Ÿω !$ t  Ρõ‹ Ï{#x    σ  è ?β Î) !$ u  ΖŠ Å¡  ® Σ÷ ρr  &$ t  Ρù' s  Ü ÷ zr  & 4  “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami

    tersalah.” [2:286]

    Soalan 11:  Di dalam tulisan sebelum ini, Tuan Hadhrat Mujaddid telah menetapkankaitan hubungan Ashal-Zhilal di antara Wujubi dan Mumkinat. Dan Tuan Hadhrat telahberkata Mumkinat adalah bayangan Wujubi. Dan Tuan Hadhrat juga telah menuliskanbahawa Wujubi, disebabkan ianya dengan iktibar sebagai Ashal adalah Haqiqat bagiMumkinat dan Mumkinat adalah bayangannya. Dan Tuan Hadhrat telah menyingkapkan

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    14/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 14

    seluruh Ma’rifat yang dipanggil Zhilliyyat berdasarkan kepada kenyataan tersebut.Sekiranya Syaikh Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Wujubi adalah Haqiqat Mumkinatdalam perkara ini, mengapakan beliau tidak boleh berkata demikian? Kenapa beliau masihdipersalahkan?

    Jawaban 11:  Ma’rifat ini yang menetapkan kaitan hubungan di antara Wujubi danMumkinat tidak ada bukti dan dalilnya dalam Syari’at. Kesemua Ma’rifat tersebut adalahMa’rifat yang terbit dari kemabukan Ruhaniyyah. Ianya disebabkan ketidakmampuanuntuk sampai ke Haqiqat kaitan perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinattersebut.

     Mumkin Cheh Bud, Ke Zhill-I Wajib Ba ShodApakah kuasa yang dimiliki oleh Mumkinat?

    Bahawa mereka boleh menjadi bayangan Yang Wajib. 

    Mengapa Yang Wajib akan memiliki bayangan? Apabila bayangan adalah khayalanMitsal Mawhum kewujudan bagi perkara yang Ashal, iaitu dalam hal ini adalah Tuhan.

    Begitu juga bayangan Zhill membuktikan bahawa terdapatnya kelemahan iaitu Ashal tidak

    sempurna kehalusannya. Apabila Nabi Muhammad tidak memiliki bayang kerana

    kehalusan jasadnya, maka bagaimana mungkin Tuhan Muhammad boleh memiliki

    bayang? Zat IIahi Wujud di luar dengan ZatNya, Istiqlal tidak bergantungan dan dengan

    Lapan Shifat-shifatNya, itulah Haqiqat Allah Ta’ala. Selain daripada itu, kesemua yang lain

    adalah Wujud yang dijadikan dan Dia telah Ijad menjadikannya. Dan oleh itu, kesemua

    yang telah dijadikan, ianya adalah Mumkinat, Makhluq dan Hadits yang bershifat baharu.

    Bayangan Pencipta itu sendiri bukannya perkara yang diciptakan. Tiada satu pun yangmemiliki apa-apa hubungan dengan Penciptanya, melainkan hubungan Makhluqiyyat

    iaitu yang telah dijadikan oleh Tuhan. Namun, terdapat beberapa hubungan seperti yang

    dinyatakan dalam Syari’at seperti kehambaan dan kebergantungan dan sebagainya. 

    Faedah Pengalaman ZhilliyyatMengetahui alam semesta sebagai bayangan akan membantu Salik atas jalan ini dalambeberapa cara. Ia menariknya kepada Ashal iaitu Tuhan. Dan apabila dengankesempurnaan Rahmat dan ‘Inayat Ilahi, dia menempuh melalui peringkat-peringkatManazil bayangan Zhill dan akhirnya dia sampai kepada Ashal, kemudiannya hanya

    semata-mata dengan Kurniaan Ilahi, dia dapat menyedari bahawa malah Ashal tersebutyang nampaknya seperti Tuhan memiliki Hukum yang sama dengan bayangan Zhill danianya tidak layak sebagai objek Mathlub yang dimaksudkan kerana ianya mempunyaitanda dengan kesan-kesan Mumkinat. Dan objek yang dimaksudkan iaitu Tuhan, adalah diluar lingkungan kefahaman Idrak, kesampaian Washal dan kecantuman Ittishal.

     !$ u  Ζ  −/u   ‘$ u  Ζ Ï ?#u  ™  ÏΒy    7Ρà$ © !Zπ t  Η ô q y    ‘ø⋅ Äh  y   δu   ρ$  o  Ψ s  9ô  ÏΒ$ t  ΡÌ  øΒr   Y‰ x   © u   ‘ “Wahai Tuhan kami, berikanlah Rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi

    kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”   (18:10)

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    15/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 15

    Keterangan

    Hanyalah mereka yang daripada kalangan Umat Nabi Muhammad yang boleh mencapaikesempurnaan untuk sampai dan bersatu dengan Haqiqat Muhammadi . Para Nabi adalahlebih Afdhal daripada Khawashul-Khawash dari kalangan Umat Muhammad walaupunmereka telah Wushul dan Ittihad dengan Haqiqat Muhammad . Mukasyafat terakhir yangdialami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Haqiqat Muhammad adalah Hubbi iaituCinta. Selepas merentasi Martabat-martabat bayangan Zhilal adalah seperti yang ditulis olehbeliau, Mukasyafat mutakhir yang di alami oleh Hadhrat Mujaddid ialah bahawa Ta’ayyunPertama adalah Ta’ayyun Hubbi iaitu Haqiqat Muhammad dan idea ini adalah berbezadengan idea Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Hadhrat ‘IlmiIjmali. Malah, Hadhrat Mujaddid memiliki Mukasyafat yang berbeza sebelumnya. Padamulanya, Hadhrat Mujaddid percaya bahawa Ta’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Wujudi.Namun, setelah Hadhrat Mujaddid mencapai peningkatan yang lebih tinggi, Ma’rifatnyaberubah dan beliau menerangkan Haqiqat sebenar Ta’ayyun Pertama. Dua Ta’ayyun tersebutadalah merujuk kepada:

    1.  Pertama: Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali sebagai Ta’ayyunPertama dan Hadhrat Mujaddid pada mulanya bersetuju dengan pendapat Ibnu ‘Arabi.

    2.  Kedua: Selepas Hadhrat Mujaddid telah mencapai ‘Uruj yang lebih tinggi dan sampaike Maqam yang lebih tinggi dari Ibnu ‘Arabi, di sana beliau mendapati bahawaTa’ayyun Pertama adalah Ta’ayyun Wujudi. Pusatnya, iaitu bahagian yang palingmulia dan paling awal adalah Haqiqat Muhammad . Dan apa yang Ibnu ‘Arabi

    katakan sebagai Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali adalah bayangan bagi Ta’ayyun Wujudi ini.

    Kasyaf yang mutakhir yang dialami oleh Hadhrat Mujaddid adalah bahawa dia danIbnu ‘Arabi, kedua-duanya tersilap. Bahawa sebenarnya, Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali sebenarnyaadalah bayangan Zhilal yang menunjukkan dirinya sebagai Ashal Ta’ayyun. Dan AshalTa’ayyun atau Ta’ayyun Pertama sebenarnya adalah Ta’ayyun Hubbi. I‛tibarat adalahlintasan-lintasan dalam pemikiran Tuhan yang menyeberangi dari ketiadaan Wujud kepadamenjadi Wujud. Dan I’tibarat tersebut, kemudiannya terbit semasa Ta’ayyun Awwal. HadhratMujaddid telah mengatakan di dalam Maktubatnya dan juga di dalam risalah Ma’arifLadunniyyah bahawa lintasan pemikiran pertama yang Muta’ayyin secara tertentu adalahI’tibarat. Syan atau Syuyun Muta’ayyin pada peringkat seterusnya. Dan Shifat-shifat yang

    memiliki Wujud Khariji pada luaran, terbit pada peringkat Ta’ayyun seterusnya. HadhratMujaddid menerangkan bahawa I’tibar Hubbi adalah penciptaan pertama, dan keduanyaadalah I’tibar Wujudi. Dan kedua-dua kejadian ini menyebabkan terjadinya penciptaan alamsemesta. Hadhrat Ibnu ‘Arabi mengatakan bahawa Allah Ta’ala perlu menjadikan alamsemesta untuk menzahirkan DiriNya. Namun, Hadhrat Mujaddid menolak pendapat Ibnu‘Arabi dan mengusulkan bahawa pada mulanya Allah Ta’ala telah menjadikan I’tibar Hubbidan I’tibar Wujudi. Itu menyebabkanNya untuk mencipta penciptaan yang lain. Allah Ta’alasama sekali tidak perlu untuk menciptakan alam semesta. 

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    16/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 16

    Perbezaan Sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid

    dan Ibnu ‘ArabiHadhrat Mujaddid menjelaskan bahawa Ta’yyun Wujudi adalah Ta’ayyun Kedua.

    Hadhrat Mujaddid mengusulkan bahawa Ta’ayyun Ketiga adalah Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali. Pada

    pendapat Ibnu ‘Arabi, Ta’ayyun ini adalah yang pertama. Namun, berdasarkan kepada

    Mukasyafat yang terakhir Hadhrat Mujaddid menunjukkan bahawa ‘Ilmi Ijmali datang

    selepas Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi. Hadhrat Mujaddid menerima pendapat Ibnu

    ‘Arabi tentang sistem Ta’ayyun dari Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan seterusnya ke bawah sehingga

    ke Alam Ajsam. Perbezaan pertama di antara sistem Ta’ayyun atau Tanazzulat oleh Ibnu

    ‘Arabi dan sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid adalah bahawa Hadhrat Mujaddid menambah

    dua lagi Ta’ayyun tambahan di atasnya iaitu Ta’ayyun Hubbi dan Ta’ayyun Wujudi.

    Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid

    Sistem Ibnu ‘Arabi –

    Lima Ta’ayyunat

    Pandangan Awal Hadhrat

    Mujaddid – Enam Ta’ayyunat

    Pandangan Mutakhir Hadhrat

    Mujaddid - Tujuh Ta’ayyunat

    Ta’ayyun Pertama

    adalah Ta’ayyun

    Hadhrat ‘Ilmi Ijmali 

    Ta’ayyun Kedua

    adalah Ta’yyun

    Hadhrat ‘Ilmi Tafshili

    dan ianya adalah

    Haqiqat Muhammad 

    Ta’ayyun Pertama adalah

    Ta’ayyun Wujudi.

    Haqiqat Muhammad adalah

    pusat bagi Ta’ayyun Pertama

    dan bahagian yang paling

    mulia dan paling awal

    Ta’ayyun Kedua adalah

    Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali 

    Ta’ayyun Pertama adalah

    Ta’ayyun Hubbi ianya adalah

    Haqiqat Muhammad

    Ta’ayyun Kedua adalah

    Ta’ayyun Wujudi

    Ta’ayyun Ketiga adalah

    Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali 

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    17/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 17

    Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid

    Sistem Ta’yyun Ibnu ‘Arabi Sistem Ta’ayyun Hadhrat Mujaddid

    Bil. Ta’ayyun Bil. Ta’ayyun

    1 Hubbi

    2 ujudi

    1 ‘Ilmi Ijmali 3 ‘Ilmi Ijmali

    2 ‘Ilmi Tafshili 4 ‘Ilmi Tafshili

    3 Ruh 5 Ruh

    4 Mitsal 6 Mitsal

    5 Jasad 7  Jasad

    Perbezaan Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi dan Hadhrat Mujaddid

    Perkara Ibnu ‘Arabi Hadhrat Mujaddid

    1 Jumlah Ta’ayyun

    atau TanazzulatLima Ta’ayyun

    Tujuh Ta’ayyun dengan

    tambahan dua Ta’ayyun di

    atasnya iaitu Hubbi dan

    Wujudi

    2Tuhan dan

    WujudZat Tuhan adalah Wujudnya

    Wujud adalah ciptaan Tuhan

    dan Dia menjadikannya pada

    Ta’ayyun Kedua

    3Martabat Wujubi

    dan Imkani

    Dua Ta’ayyun iaitu Ta’ayun

    ‘Ilmi Ijmali dan ‘Ilmi Tafshiliberlaku dalam pemikiran

    Tuhan, maka ianya adalah pada

    martabat Wujubi dan Qadim

    dan tiga Ta’ayyun yang lain

    adalah Mumkin, Makhluq dan

    Baharu

    Kesemua Ta’ayyun adalah

    Mumkin, Makhluq dan Baharu

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    18/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 18

    Perbezaan kedua adalah Shifat Wujud. Pada pendapat Ibnu ‘Arabi, Zat Allah Ta’ala

    adalah Wujud. Sebaliknya, Hadhrat Mujaddid berpendapat Wujud adalah ciptaan Allah

    Ta’ala dan I’tibar Wujud adalah penciptaan kedua selepas I’tibar Hubbi. Perbezaan ketigaadalah Martabat Dua Ta’ayyun ‘Ilmi. Pada pendapat Ibnu ‘Arabi, dua Ta’ayyun tersebut iaitu

    Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali dan Ta’ayyun ‘Ilmi Tafshili berlaku di dalam lintasan pemikiran Tuhan

    dan oleh itu, lintasan pemikiran tersebut adalah suci. Sebaliknya, pada pendapat Hadhrat

    Mujaddid, dua Ta’ayyun tersebut adalah Mumkin, Makhluq atau baharu. Mujaddid

    mengajarkan bahawa terdapatnya hubungan yang erat di antara Nabi Ibrahim dan Nabi

    Muhammad .

    Nabi Muhammad Dan Jalan Nabi Ibrahim

    Kita mengetahui bahawa Nabi Muhammad adalah berada pada Maqam yang lebih tinggi

    kedudukannya daripada Nabi Ibrahim . Namun, kenapa Allah Ta’ala telah memerintahkan

    agar Nabi Muhammad untuk mengikuti Nabi Ibrahim sebagaimana di dalam Al-Quran,

    “ Maka ikutlah Millah Ibrahim yang lurus” dan di dalam Shalat, Nabi Muhammad sendiri telah

    memohon keberkatan daripada Allah Ta’ala, “Sebagaimana keberkatan yang Engkau telah berikan

    kepada Nabi Ibrahim.” Apakah sebabnya? Pada permulaan perjalanan Salik, mulanya membuat

    perjalanan ‘Uruj. Bagi Umat Nabi Muhammad untuk Wushul kepada Allah Ta’ala, pada

    mulanya ‘Uruj supaya sampai ke Haqiqat Muhammad kerana Haqiqat Muhammad

    adalah yang paling dekat kepada Allah Ta’ala dan yang paling tinggi dan mulia. Oleh kerana

    semakin tinggi Haqiqat tersebut, semakin banyak ianya mengandungi unsur-unsur alam

    Duniawi. Dan oleh kerana Haqiqat Muhammad adalah yang paling tinggi, jasad tubuh Nabi

    lebih banyak dibaluti dengan sifat kemanusiaan. Kesannya, jarak di antara Haqiqatnya dan

     jasad tubuhnya adalah yang paling besar dan lebih besar dari Para Nabi yang lain. Oleh itu,

    semakin sukar untuknya ‘Uruj sampai ke Haqiqatnya. Oleh itu, untuk menjadikan ‘Uruj

    Baginda Nabi Muhammad menjadi lebih mudah, Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi

    Muhammad untuk mengikuti jalan Nabi Ibrahim . Dengan cara sedemikian, Nabi

    Muhammad akan lebih mudah untuk sampai pada mulanya ke Haqiqat Ibrahim . Dan

    Nabi Muhammad kemudiannya boleh bergerak kepada Haqiqat Muhammad yang

    terletak dekat dengan Haqiqat Ibrahim . Mengapakah Nabi Muhammad telah

    menganjurkan kepada kita untuk mengucapkan Shalawat Ibrahimi semasa Shalat? Nabi

    Muhammad telah menyuruh Umatnya untuk bershalawat dengan cara tersebut agar kita

    boleh menempuh jalan Ibrahim dan sampai ke Haqiqat Ibrahim dan seterusnya dengan

    mudah bergerak ke Haqiqat Muhammad . Ini kerana, sekiranya kita cuba untuk sampai ke

    Haqiqat Muhammad secara langsung, ianya adalah lebih sukar. Jalan yang lebih mudah

    untuk sampai ke Haqiqat Muhammad adalah dengan menggunakan perantaraan Haqiqat

    Ibrahim .

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    19/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 19

    Begitu juga apabila Nabi Muhammad mengikuti Nabi Ibrahim , bukanlah ianya

    bermakna bahawa Nabi Muhammad adalah lebih rendah kedudukannya daripada Nabi

    Ibrahim . Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang Haqiqat Abu Bakar dan Haqiqat Israfil.Hadhrat Mujaddid membincangkan sekiranya Ahli Shufi yang mungkin meningkat naik

    mengatasi Haqiqat dirinya sendiri. Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa tidak ada

    seorang pun yang boleh mencapai peningkatan mengatasi Haqiqat Muhammad iaitu

    kemuncak kesempurnaan yang boleh dicapai oleh seseorang. Perhatikan bahawa Fahaman

    Wujud bagi Hadhrat Mujaddid pada fasa terakhir adalah Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali atau

    Wahdat adalah Ta’ayyun Ketiga dan Haqiqat Muhammad adalah Ta’ayyun Awwal. Tetapi

    pada mulanya, Hadhrat Mujaddid berpendapat bahawa Ta’ayyun Hadhrat ‘Ilmi Ijmali adaah

    Ta’ayyun Kedua yang merupakan bayangan Zhilal kepada Ta’ayyun Awwal iaitu Haqiqat

    Muhammad .

    Mencapai Haqiqat Muhammad:

    Perbezaan antara Nabi Dan Wali

    Bahagian ini merujuk kepada perkara yang berlaku kepada Shufi yang berjaya menempuh

    Maqam yang tinggi semasa perjalanan ‘Urujnya. Dalam perjalanannya, Shufi ‘Uruj dan terus

    ‘Uruj ke Maqam demi Maqam yang lebih tinggi. Beberapa orang di kalangan Shufi yang

    Khawash mencapai Maqam yang tertinggi dan Wushul, lalu Ittihad dengan Haqiqat

    Muhammad yang hanya dikhaskan kepada pengikut Nabi Muhammad . Malah, Para Nabi

    yang lain mungkin tidak dapat mencapai Haqiqat Muhammad tersebut kerana mereka

    bukannya dari kalangan Umat Nabi Muhammad . Adakah ini bermakna bahawa Shufi yang

    telah mencapai Ma’rifat Haqiqat Muhammad adalah lebih tinggi daripada Para Nabi?

    Perhatikan bahawa Para Nabi tidak mungkin dapat mencapai Haqiqat Muhammad kerana

    mereka bukannya di kalangan Umat dan pengikut Nabi Muhammad . Di sini, Hadhrat

    Mujaddid telah membawa contoh Nabi-nabi hanya untuk menggambarkan hujah beliau.

    Semua Ta’ayyun Adalah Mumkinat

    Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa kesemua Ta’ayyun, termasuk Ta’ayyun Hubbi

    adalah dalam martabat Imkani atau Mumkinat. Pendapatnya ini bercanggah dengan pendapat

    Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa Ta’ayyun Pertama dan Ta’ayyun Kedua adalah pada

    peringkat Wujubi bukan Imkani. Hadhrat Mujaddid mengulas mengenai dua Ta’ayyun yang

    pertama dalam Sistem Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi. Dalam sistemnya, Ibnu ‘Arabi memanggil

    Ta’ayyun Awwal iaitu Wahdat dan Ta’ayyun Kedua iaitu Wahidiyyat sebagai Ta’ayyun

    Wujubi. Ibnu ‘Arabi menganggapnya sebagai Ta’ayyun Wujubi dan ianya adalah Qadim.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    20/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 20

    Hadhrat Mujaddid sebaliknya menganggapnya kedua-dua Ta’ayyun tersebut sebagai

    Imkani dan perkara yang baharu. Hadhrat Mujaddid membandingkan pendapatnya dengan

    pendapat Ibnu ’Arabi. Ibnu ‘Arabi percaya bahawa Haqiqat Muhammad adalah di dalampemikiran Tuhan, iaitu pada Martabat Wujubi dan Qadim.

    Sistem Ta’ayyun dan Tanazzulat Ibnu ‘Arabi

    Martabat Ta’ayyun Shifat Ta’ayyun

    Wahdat dan Wahidiyyat Ta’ayyun Wujubi dan Qadim

    Ta’ayyun Ruhi, Mitsalidan Jasadi

    Ta’ayyun Imkani dan makhluk baharu

    Martabat Sistem Ta’ayyun: Perbezaan di antara Ibnu ‘Arabi dan Mujaddid

    Martabat

    Ta’ayyunNama Ta’ayyun Ibnu ‘Arabi Mujaddid

    1 Ta’ayyun ‘Ilmi Ijmali atau Wahdat

    Wujubi

    Imkani

    2 Ta’ayyun ‘Ilmi Tafshili atau Wahidiyyat

    3 Ta’ayyun Ruhi

    Imkani4 Ta’ayyun Mitsali

    5 Ta’ayyun Jasadi

    Kesilapan Ibnu ‘Arabi Atas Kekeliruan Di Antara

     Wujubi Dan Imkani

    Hadhrat Mujaddid walaupun berbeza pendapatnya dengan Ibnu ‘Arabi, dengan sopannya

    menyatakan bahawa kesilapan Ibnu ‘Arabi adalah disebabkan oleh kekeliruannya di antara

    Wujubi dan Imkani.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    21/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 21

    Sistem Ontologi Mujaddid Yang Terakhir

     Adalah ‘Abdiyyat Bukannya ZhilliyyatSeterusnya, Hadhrat Mujaddid menerangkan tentang sistem Ontologi terakhirnya iaitu

    ‘Abdiyyat. Maktubat ini dituliskannya pada akhir-akhir kehidupannya dan ianya adalah

    petunjuk bagi pendapatnya yang mutakhir. Teori-teori Ontologi ini bukannya didapati

    daripada Al-Quran dan Hadits tetapi ianya pengetahuan yang didapati melalui pengalaman

    Shufi. Pengalaman Ontologi Hadhrat Mujaddid boleh diringkaskan kepada beberapa fasa

    seperti berikut:

    1.  Fasa Permulaan: Beliau mengalami pengalaman yang sama sebagaimana Ibnu

    ‘Arabi dan pengikutnya mengenai Wahdat Wujud.2.  Fasa Pertengahan: Bagaimanapun, pengalamannya berubah dan beliau

    mengusulkan doktrin yang dipanggil Zhilliyyat iaitu bayangan atau refleksi yang

    mengatakan bahawa alam semesta adalah bayangan Tuhan. Hendaklah diperhatikan

    bahawa Zhilliyyat bukan Ontologinya yang terakhir kerana beliau tidak berada pada

    Maqam ini.

    3.  Fasa Terakhir: Sebaliknya, beliau telah mencapai lebih peningkatan dalam

    perjalanannya dan akhirnya sampai ke Maqam ‘Abdiyyat.

    Pada Maqam ini, beliau sedar bahawa Zhilliyyat bukannya Maqam terakhir kerana disana ada lagi Maqam yang lebih tinggi. Beliau mendapati bahawa tidak ada sesiapa yang

    layak sebagai bayangan Tuhan. Sebaliknya, semuanya adalah hamba. Pada fasa ini, beliau

    menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah di luar jangkauan apa yang boleh dikhayalkannya.

    Dan manusia hanyalah hamba Allah semata-mata. Di sini seorang muridnya telah bertanya

    kepada Hadhrat Mujaddid untuk mengetahui penjelasan pendapatnya mengenai Zhilliyyat.

    Perhatikan bahawa pada Fasa Pertengahan Ma’rifat Hadhrat Mujaddid, beliau mengusulkan

    doktrin Ontologi Zhilliyyat. Pada fasa tersebut, beliau telah mengatakan bahawa Mumkinat

    adalah bayangan Zhill Yang Wajib. Dari segi Wujud, Mumkinat memiliki bayangan Wujud.

    Dan dari sudut Haqiqat, Haqiqatnya adalah tidak Wujud. Oleh itu, kedua-dua Wujud danHaqiqatnya serta Mumkinat adalah bayangan Tuhan. Apabila seseorang berbincang mengenai

    “Wahdat Syuhud”, ianya selalunya merujuk kepada Zhilliyyat. Dalam menjawab soalan di

    atas, Hadhrat Mujaddid menjelaskan kesemua Ma’rifat Shufi yang mengatakan bahawa:

    1.  Yang Wajib adalah Haqiqat Mumkinat sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Arabi dan

    pengikutnya, dan

    2.  Mumkinat adalah bayangan Tuhan atau  dalam beberapa cara lain yang

    berhubungan dengan Allah, iaitu Ontologi Zhilliyyat yang dikatakan oleh Hadhrat

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    22/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 22

    Mujaddid adalah Ma’rifat yang salah, yang terbit daripada kemabukan Sukr

    Ruhaniah. Ini adalah disebabkan ketidakmampuan mereka untuk sampai ke Haqiqat

    perhubungan di antara yang Wajib dan Mumkinat.

    Hadhrat Mujaddid menerangkan bahawa mengapa Allah Ta’ala tidak memiliki

    bayangan Zhill. Ini kerana Allah Ta’ala adalah benar-benar tiada bandingan, yang jauh

    mengatasi Shifat yang memiliki bayangan. Beliau mengatakan bahawa, malah Nabi

    Muhammad sendiri tidak memiliki bayangan sepertimana yang disebutkan dalam Hadits,

    bagaimana mungkin Tuhan Nabi Muhammad memiliki bayangan? Hadhrat Mujaddid

    menerangkan Haqiqat sebenar bahawa Allah Ta’ala adalah tidak dapat dibandingkan, di luar

     jangkauan dan melampui segala-galanya. Tuhan dan Lapan Shifat-shifatnya sahaja yang

    Qadim. Semuanya datang selepas itu. Dalam Ontologi Zhilliyyat,  Hadhrat Mujaddid

    mengusulkan bahawa semua Shifat-shifat Wujud di luar dengan bayangan Wujud. Pada

    zahirnya, pendapat Hadhrat Mujaddid adalah bercanggah dengan ‘Ulama Sunnah yang

    mengatakan bahawa semua Shifat-shifat Ilahi adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan

    dari Zat kerana ianya bukan Dia dan bukan selain dariNya, “La Huwa Wa La Ghayruh”.

    Namun, pada hakikatnya tiada sebarang percanggahan kerana Hadhrat Mujaddid telah

    berkata, “Bagaimana mungkin engkau memisahkah Ashal dari BayanganNya? Dan oleh

    kerana tidak dapat dipisahkan, Bayangan Tuhan adalah sebenarnya bukannya Dia dan bukan

    selain dariNya.” Bagaimanapun, nampaknya dari keterangan di atas, Hadhrat Mujaddid telah

    mengubahsuai pandangannya dan mengusulkan bahawa hanya lapan Shifat yang memilikiWujud luaran dan Qadim dan Shifat-shifat selainnya mempunyai kewujudan yang tiada

    hubungan dengan Wujud Ilahi dan adalah bershifat baharu. Ini boleh dianggap sebagai

    perubahan yang besar terhadap Ontologi Ibnu ‘Arabi yang mengatakan bahawa tiada Shifat

    yang Wujud di luar dan sebaliknya semua Shifat-shifat adalah hanya semata-mata hubungan

    Tuhan dengan alam semesta. Dan kini, Hadhrat Mujaddid menolak pandangan Zhilliyyat,

    iaitu Ontologi bayangan yang dialaminya sebelum ini. Maka, mengapakah Allah Ta’ala telah

    mengurniakan Hadhrat Mujaddid dengan pengalaman Zhilliyyat, jika ianya bukanlah

    pengalaman yang muktamad yang sebenar? Apakah faedah di dalam pengalaman Zhilliyyat

    ini? Hadhrat Mujaddid menyatakan kemungkinan bahawa terdapat faedahnya di manapengalaman tersebut telah membawanya peringkat demi peringkat sehingga sampai ke

    pengalaman yang sebenar. Akhirnya, Hadhrat Mujaddid mengalami Ma’rifat yang lebih tinggi

    iaitu ‘Abdiyyat di mana beliau menyedari bahawa Allah Ta’ala adalah benar-benar

    melampaui dan mengatasi segalan-galanya. Ya! Tiada penghujung bagi Ma’rifat mengenai

    Allah Ta’ala kerana Dia adalah di luar panca indera Manusia dan Dia memang tidak dapat

    dikenali.

  • 8/20/2019 Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani

    23/23

    Sistem Ta’ayyun Wujud Dan Ontologi Hadhrat Mujaddid Alf Tsani 

    © 1436H/2015M Naqsyabandi Akademi Quran Sunnah Hadits 23

    Rujukan

    [1]Hadrat Mujaddid menerangkannya di dalam Risalah  Mabda’ va Ma`ad, Minha 30

    [2]Khwaja Ubaydullah Ahrar mentakrifkan semula Tariqa ini sehinggakan ia dikenali sebagai Tariqa Naqshbandi-Ahrari sehingga ke zaman

    Hadrat Mujaddid. Hadrat Mujaddid seolah-olah mengatakan bahawa malah Ahrari juga harus bersyukur kepada Khwajah Attar,

    sepertimana Attaris yang tidak mempunyai Khwaja Ahrar dalam silsilah mereka dan hanya dikenali sebagai Attaris.

    [3]Khwaja Baqibillah masih lagi hidup semasa risalah ini dituliskan

    [4]12 Qutb mungkin juga merujuk kepada 12 pengasas Tariqat yang muktabar

    [5]Ini adalah terjemahan kerana Khalifah Ali tidak bercakap dalam bahasa Parsi

    [6] Maktubat-i Imam-i Rabbani, volume III, maktub #122

    [7]Dalam konteks ini, Shu'un adalah lafaz jamak bagi Shan yang bererti perkara, urusan, pekerjaan yang besar, hal keadaan, kedudukan,

    kepentingan, hubungan, perkaitan tentang sesuatu

    [8] 

    Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan

    [9] Sila rujuk kepada penghujung Mukashafat 8 untuk perbicaraan yang lebih lanjut.

    [10] Maktubat-i Imam-i Rabbani, Jilid III, Surat 122

    [11]The Koran has a similar verse, Whatever problem that comes to you is your self (Ma asabaka min sayyi’atin fa-min nafsika) (Koran 4:79) 

    [12] Ma`arif-i Ladinniya, Marifat 20

    [13] Maktubat-i Imam-i Rabbani

    [14] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan

    [15]Pembolak-balik hati (muqallib-i qalb)

    [16]This and many other references to this hadith are posted in http://groups/yahoo.com/groups/dogsofalahazrat/message/160

    [17] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan

    [18]Futuh al-Ghayb adalah kitab kerohanian karangan Hadrat Abdul-qadir Jilani (qs)

    [19] 

    http://www.teachislam.com/dmdocuments/54/Abu%20Isma.pdf di akses pada October 30,2012

    [20]Beaurecueil, S, de. “al-Ansar al-Harawi, Abu Isma'il `Abd Allah b. Muh. b. `Ali b. Muh. Ahmad b. `Ali b. Ja`far b. Mansur b. Matt al-Ansari

    al-Harawi al-Hanbali” Encyclopedia of islam, Second Edition, edited by: P. Bearman, Th.

    Bianquis, E. Bosworth, E. van Donzel and W.P. Heinrichs. Brill 2009, Brill Online, University of California Berkeley, 19 October 2009.

    [21] Perenggan ini adalah interpretasi terjemahan

    [23]Interpretive translation, lit. And the [Muhammadan] reality has been ascribed (itlaq-i haqiqat namudan) onto the shadow of that

    [prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. the circle of shadow]. And to ascribe the [Muhammadan] reality (itlaq-i haqiqat namudan) onto

    the shadow of that [prototypal] center (bar zill-i an markaz) [i.e. onto the circle of shadow] depends on mistaking the shadow for the

    prototype (ishtebah-i zill ast ba-asl).

    [24]Tradisi falsafah dalam falsafah islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan lain-lain