sistem penghadaman/pencernaan
TRANSCRIPT
[email protected]_ipg kbm
PENGENALAN KEPADA SISTEM DIGESTIF
1. Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang bermula di mulut dan berakhir di dubur.
Bahagian-bahagian dalam system pencernaan manusia ialaha) mulutb) esophagusc) perutd) jejunum - duodenum ( usus kecil )e) ileum ( usus kecil )f) usus besar ( sekum,kolon,rectum )
Pencernaan melibatkan proses fizikal dan proses kimia.Proses fizikal melibatkan pengunyahan makanan oleh gigi kepada butir yang lebih kecil untuk menambahkan luas permukaan bagi tindakan enzim dan peristalsis untuk menggerakkan makanan dalam salur alimentary.
1
[email protected]_ipg kbmProses kimia melibatkan penguraian molekul kompleks dalam makanan kepada molekul ringkas hidrolisis dan melibatkan enzim.
Fungsi sistem digestif ialah memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah untuk kegunaan aktiviti sel. Selain itu mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis .
PROSES PENCERNAAN DALAM MULUT DAN GASTER
2
[email protected]_ipg kbma) MULUT
Makanan dikunyah oleh gigi kepada butir-butir yang lebih kecil untuk menambahkan luas permukaan untuk tindakan enzim.
Dalam mulut terdapat kelenjar air liur yang merembeskan air liur
Air liur mengandungi air,enzim anilase liur, dan mucus. Semasa pengunyahan, makanan bercampur dengan air liur
dan membentuk gumpalan makanan yang kecil disebut bolus. Air liur melembapkan dan melembutkan makanan serta
melancarkan pergerakan makanan di sepanjang esophagus. Dalam rongga mulut,hanya kanji yang akan dicernakan. Kanji
dihidrolisiskan oleh enzim amylase liur kepada maltosa.3
[email protected]_ipg kbm
Makanan digerakkan disepanjang esophagus melalui tindakan peristalsis. Otot pada dinding esophagus mengecut dan mengendur secara beritma untuk membolehkan bolus makanan bergerak dalam esophagus sehingga sampai ke perut.
b) Perut / Gaster
Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.
Jus gaster mengandungi asid hidroklorik cair, enzim pepsin dan enzim rennin.
Dalam perut, tindakan peristalsis berlaku untuk mengisarkan dan mencampurkan makanan dengan gaster.
Fungsi asid hidroklorik adalah untuk a) menyediakan medium berasid untuk tindakan
enzim rennin dan pepsin secara optimumb) memusnahkan bacteria dalam makananc) menghentikan tindakan enzim amilase.
4
Kanji + air enzim amylase liur = maltosa
[email protected]_ipg kbm
Pencernaan kimia bagi protein bermula di perut. Enzim pepsin menghidrolisiskan protein kepada peptone
dan polipeptida Enzim rennin mengentalkan susu iaitu kaseinogen (
protein susu larut ) ditukarkan kepada kasein ( protein susu tidak larut ). Kasein seterusnya dicernakan oleh enzim pepsin.
Makanan biasanya berada dalam perut selama tiga hingga empat jam.
5
[email protected]_ipg kbm Selepas pencernaan di perut,makanan separa cecair atau
krim dilepaskan ke dalam duodenum sedikit demi sedikit.
PENYERAPAN PRODUK PENCERNAAN1. PENYERAPAN IALAH SATU PROSES APABILA AIR,
garam dan hasil pencernaan unsur makanan dari lumen usus
diserap melalui membran ke dalam sel mukosa usus dan
seterusnya ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan
kepada tisu sasaran di dalam tubuh.
2. Sekiranya sistem yang terlibat dalam proses penyerapan ini
rosak, maka nutrien tidak akan dapat disalurkan kepada sel-
sel secara berkesan.
3. Pada tubuh manusia, kebanyakan penyerapan berlaku di
dalam usus kecil. Secara umumnya, usus tidak boleh
menyerap molekul yang lebih kompleks daripada gula
heksosa (glukosa, fruktosa dan galaktosa), asid amino, asid
lemak dan gliserol.
4. Untuk memudahkan penyerapan hasil pencernaan, dinding
usus mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan
penyerapan berlaku dengan lebih berkesan.
5. Ciri-ciri dinding usus yang diperlukan termasuk:
usus yang panjang
6
[email protected]_ipg kbm mempunyai beribu-ribu vilus pada permukaan dinding
dalam usus kecil dan duodenum
mempunyai beribu-ribu mikrovilus pada setiap sel
mukosa dinding usus.
USUS KECIL ( DUODENUM DAN ILEUM )
DUODENUM
1. Duodenum merupakan bahagian awal usus kecil.
2. Duodenum tidak mempunyai kelenjar untuk
merembeskan jus pencernaan tetapi menerima dua
rembesan daripada bahagian lain untuk pencernaan.
3. Duodenum menerima jus hempedu yang dihasilkan
oleh hati dari pundi hempedu dan jus pankreas
daripada kelenjar pankreas.
4. Jus hempedu bersifat alkali dan tidak mengandungi
enzim.
5. Fungsi hempedu adalah untuk :-
7
[email protected]_ipg kbmi) mengemulsikan ( membaurkan ) lemak kepada titisan
halus supaya menambahkan luas permukaan lemak
dan memudahkan tindakan enzim ke atasnya.
ii) Menyediakan keadaan beralkali untuk tindakan enzim
iii) Menghentikan tindakan asid hidroklorik ke atas
makanan dalam perut.
Kelenjar Fungsi Enzim Hasil
HempeduMenyerap dan menguraikan lemak
Lemak halus (droplet)
Pankreas
amylase bertindak ke atas kanji.
lipase bertindak ke atas lemak.
trypsin betindak ke atas protein.
Dextrin dan maltose
Fatty acid dan gliserol
Acid amino
ILEUM
i) Di dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim
tambahan yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar di
sepanjang usus kecil melengkapkan proses
penghadaman.
8
[email protected]_ipg kbmii) Nutrien-nutrien diserap menerusi dinding usus dan
dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan pembuluh
limfa yang terdapat di sekitar usus.
iii) Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa
ke usus besar.
USUS BESAR ( SEKUM,KOLON DAN REKTUM )
i) Usus besar akan menerima sisa makanan yang tidak
dicernakan seperti selulosa dan bahan perkumuhan serta
pigmen hempedu,bacteria serta sel mati. Sisa makanan
tersebut disalurkan ke sekum daripada usus kecil.
ii) Kemudiannya, bahan tersebut digerakkan di sepanjang
kolon secara peristalsis.
iii) Di dalam kolon,penyerapan air berlaku menyebabkan sisa
makanan tersebut bersifat pejal dan menjadi tinja.
iv) Tinja yang terbentuk dalam kolon disalurkan ke dalam
rektum dan disimpan buat sementara waktu di situ.
9
[email protected]_ipg kbmv) Apabila penuh,dinding berotot rektum mengecut untuk
mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses ini dinamakan
penyahtinjaan.
vi) Bahan makanan tidak tercerna ini adalah toksik dan tidak
berfaedah. Oleh itu, bahan ini perlu disingkirkan daripada
badan.
FUNGSI NUTRIEN
10
[email protected]_ipg kbm
Karbohidrat
1. Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon,hydrogen dan oksigen.Selain itu, karbohidrat juga meruapakan sumber utama tenaga.
2. Keperluan karbohidrat dalam diet harian ialah 50% - 60% kalori
3. Dalam tubuh badan, karbohidrat disimpan dalam bentuk glukos (dalam darah) dan glikogen (dalam otot dan hati).
4. karbohidrat berfungsi sebagai sumber tenaga dan haba. ia menolong mengekalkan tahap glukosa darah.
5. Karbohidrat juga menolong mengawal kolesterol dan kegemukkan serta membantu pencernaan dan penyerapan nutrien.
6. Individu yang aktif dalam aktiviti fizikal memerlukan lebih kurang 60 – 65% tenaga daripada karbohidrat.
7. Pengambilan karbohidrat ialah 30 kalori bagi setiap kilogram berat badan.
8. Karbohidrat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu monosakarida,disakarida dan polisakarida.
9. Monosakarida
11
[email protected]_ipg kbma) merupakan gula ringkas b) monomer ( unit asas ) karbohidrat ialah
monosakarida seperti glukosa,fruktosa dan galaktosa.
4. Disakaridaa) Merupakan gula kompleksb) Terbentuk daripada dua molekul monosakarida yang bergabung secara kimia melalui kondensasi dengan penyingkiran satu molekul air.
c) Contoh sakarida ialah sukrosa ( gula tebu ), maltosa ( gula mal daripada bijirin bercambah ) dan laktosa ( gula susu ).
5. Polisakaridaa) Contoh polisakarida ialah kanji,selulosa dan glikogen.
12
Monosakarida
Glukosa Terdapat dalam anggur,bawang dan jagung manis
FruktosaAdalah gula dalam madu dan buah-buahan manis
GalaktosaAdalah hasil pencernaan gula susu
Monosakarida + Monosakarida = Disakarida + air
[email protected]_ipg kbm
Protein
1. Protein merupakan bahan organic yang terdiri daripada unsur sulphur,nitrogen dan fosforus selain karbon,hydrogen dan oksigen.
2. Protein penting kerana ia mengandungi 9 asid amino esential dan keperluannya adalah antara 10-12% daripada jumlah kalori.
3. Keperluan protein normal ialah 0.8-1.0 gm/kg berat badan.
4. Apabila dua asid amino bergabung, ia dikenali sebagai dipeptida dan jika lebih dari dua, dipanggil polipeptida.
5. Protein boleh didapati dari daging, hasil tenusu, kekacang dan juga tumbuhan seperti brokoli dan lobak merah.
Lemak
1. Secara am, fungsi lemak adalah untuk membekalkan tenaga bagi proses metabolisme.
2. Lemak membekalkan tenaga, penting untuk penyerapan protein larut minyak , untuk membina struktur membran sel, sintesis hormon, insulasi dan melindungi organ dalaman.
3. Majoriti trigliserida disimpan dalam tisu adipos. Trigliserida akan diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol yang dapat menghasilkan tenaga.
4. Semasa rehat, lebih kurang 60% dari tenaga kita dibekalkan oleh proses metabolisme lemak.
5. Orang dewasa memerlukan 10-15% kalori yang berasaskan lemak.
6. Atlit memerlukan 15-25% kalori dari lemak dalam diet harian sebagai simpanan tenaga semasa latihan
13
[email protected]_ipg kbm
Vitamin
1. Vitamin adalah bahan organik yang esential. Ia hanya didapati melalui makanan sahaja.
2. vitamin ialah sejenis sebatian organik komplejs yang diperlukan dalam jumlah yang sangat sedikit dalam diet.
3. Ia digunakan untuk merangsang pertumbuhan dan memelihara kesihatan.
Mineral
1. Mineral pula adalah bahan inorganik yang diperlukan oleh tubuh badan seperti natrium, kalium, klorida, kalsium, magnesium, ferum dan sulfur.
2. Mengawal keseimbangan bendalir, mengawal atur keseimbangan asid bes.
3. Mineral berfungsi sebagai juzuk untuk enzim, hormon serta beberapa sebatian utama lain yang disintesis dalam badan.
Serat
1. Tersiri daripada gentian seperti selulosa pada tumbuhan.2. Sebagai contoh,bijirin,buah-buahan,kekacang dan sayura-
sayuran.3. Fungsinya adalah untuk meransang tindakan peristalsis
dan mengelakkan sembelit.
Air
2. Air merupakan 60 hingga 70 peratus daripada berat badan manusia.
3. Air bertindak sebagai pelarut untuk semua sebatian organik membantu sistem perkumuhan, melicinkan permukaan membran, mengawal tindakbalas
14
[email protected]_ipg kbmmetabolisme, mengawal suhu badan dan memberi struktur tubuh.
4. Sumber utama air termasuk makanan seperti buah-buahan,sayur-sayuran,susu,sup,jus, jus buah-buahan dan minuman.
15