sistem pendaftaran latihan industri dalam talian filefakulti pendidikan, universiti teknologi...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MUHAMMAD ZUWAIRI BIN MAZLAM
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
SISTEM PENDAFTARAN LATIHAN INDUSTRI
DALAM TALIAN
(HURUF BESAR)
EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
LOT 012216 KG BUKIT CHEMPAKA, BATURAKIT 21060 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Elektik Elektronik ).”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : EN. MAHYUDDIN BIN ARSAT
Tarikh : ...............................................................
SISTEM PENDAFTARAN LATIHAN INDUSTRI
DALAM TALIAN
MUHAMMAD ZUWAIRI BIN MAZLAM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
iii
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : MUHAMMAD ZUWAIRI BIN MAZLAM
Tarikh : ..................................................
iv
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Mazlam bin Muda
Noryati binti Mansor
Sekalung Terima Kasih
En. Mahyuddin bin Arsat
Pensyarah Penyelia
Pensyarah-pensyarah
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin
v
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dipermudahkan segala urusan dalam
menyiapkan tesis ini. Selawat dan salam untuk junjungan kecintaan Ar-Rasul s.a.w, para
sahabat dan para pejuang Islam keseluruhan.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia
Projek Sarjana Muda saya iaitu En. Mahyuddin b. Arsat, selaku penyelia yang telah
banyak member tunjuk ajar dan pandangan serta sokongan kepada saya selama
menyiapkan projek ini.
Setinggi penghargaan juga saya rangkapkan kepada kawan-kawan sekeliling yang
banyak memberikan saya dorongan dan inspirasi untuk terus maju dan cemerlang
menyiapkan projek ini tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah
memberkati apa jua yang dilakukan.
vi
ABSTRAK
Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian sistem
pendaftaran latihan industri dalam talian bagi pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam memudahkan proses
pendaftaran di mana skop utama ialah kepada pendaftaran pelajar yang bakal menjalani
latihan industri. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia
Dreamweaver CS3 dan XAMP sebagai perisian utama. Sistem yang dibangunkan ini
akan memberikan perubahan ketara berbanding sistem sebelumnya yang menggunakan
cara pendaftaran pen dan kertas. Ia membuka ruang baru yang akan membantu pihak
pengurusan latihan industri dalam usaha meningkatkan prestasi secara efisien dan efektif.
Sistem ini adalah satu pelaburan yang bijak yang bertindak sebagai resolusi
komprehensif, di mana implementasinya akan mengurangkan beban pengurusan data,
menjimatkan masa dan mengurangkan daripada aktiviti tidak bermanfaat kepada
pengurusan latihan industri di dalam meningkatkan prestasi. Dengan adanya sistem
pendaftaran diharap akan membantu kepada penyelidikan pada masa hadapan untuk
meningkatkan sistem ini untuk kegunaan pihak pengurusan latihan industri serta
dibangunkan bukan sekadar sebagai sistem pendaftaran malah sebagai sistem pengurusan
latihan industri yang mana merangkumi semua aspek yang diperlukan.
vii
ABSTRACT
The objective of this project is to develop a software online registration industrial
practical for student from Technical and Engineering Department, Universiti Teknologi
Malaysia in help accelerate the process registration wherein scope foremost is to make
the future student who will start the industry practical more comfortable and easy to
make the registration. The system developed with use the software Macromedia
Dreamweaver CS3 and XAMPP as the main software. This new developed system will
give a big impact compare to the previous system which is only use pen and paper to
handling the registration part. New stage will be open in way to help and give ease to the
industry practical management to increase the performance to be more effective and
efficient. This is attributable to this system that act as the comprehensive of revolution.
By implementing this new developed registration system, it can decrease the load of data
management, save the time and avoid from doing any other activity that do not give any
benefit to the industry practical management in way to increase the performance. With
this online registration hopefully that will help to research in the future to upgrade the
system not only for registration management use but also to all the aspect need in
industry practical needed.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN vi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Kepentingan Projek 4
1.6 Skop Projek 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Penutup 6-7
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
ix
2.2 Sistem Maklumat 9
2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10
2.7.1 Masalah Sistem Semasa 11
2.4 Kajian Terhadap Metadologi Pembangunan Sistem 12
2.4.1 Metadologi Berstruktur 12
2.4.2 Metodologi Berorentasikan Objek 13
2.4.3 Justifikasi Pemilihan Metadologi 14
2.5 Kaedah Pengumpulan Maklumat 15
2.5.1 Pembacaan 15
2.5.2 Pemerhatian Internet 15
2.5.3 Kaedah Temubual 15
2.6 Internet 16
2.6.1 Perkembangan Internet 16
2.6.2 Konsep Asas Senibina Internet 17
2.6.3 World Wide Web 17
2.6.4 Pelayan Web 18
2.6.5 Hyper Text Tranfer Protocol 19
2.6.6 Hypertext Markup Language 19
2.6.7 Pelayar Web 19
2.7 Pembangunan Web Dinamik 20
2.7.1 Bahasa Skrip Berasaskan Pelayan 20
2.7.1.1 PHP 20
2.7.1.2 Java Script 22
2.7.2 Alat Pembangunan Web 22
2.7.2.1 Macromedia Dreamweaver CS3 23
2.7.2.2 Apache HTTP Server 23
2.7.3 Teknologi Pembangunan Pangkalan Data 24
2.7.3.1 MySQL 24
2.8 Perkakasan 25
2.8.1 Pelayan – Pelanggan (Client-Server) 25
2.9 Penutup 26
BAB III METADOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 27
x
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 28
3.3 Metadologi Projek 28
3.3.1 Fasa-fasa Rekabentuk Berorentasikan Objek 28
3.4 Kaedah Pembangunan Projek 33
3.4.1 Kelebihan UML 34
3.5 Keperluan Pembangunan Perisian 34
3.5.1 Justifikasi Perkakasan 34
3.5.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 35
3.5.2.1 Justifikasi Perisian 35
3.6 Perancangan Kerja 37
3.7 Ringkasan 39
BAB IV REKABENTUK DAN PERLAKSANAAN SISTEM
4.1 Pengenalan 40
4.2 Rekabentuk Sistem 40
4.3 Rekabentuk Logikal 41
4.3.1 Rajah Kes Guna 41
4.3.2 Rajah Jujukan 43
4.3.3 Rajah Hubung Entiti 47
4.4 Rekabentuk Fizikal 48
4.5 Rekabentuk Pengkalan Data 48
4.6 Rekabentuk Antaramuka 52
4.6.1 Rekabentuk Antaramuka Utama 54
4.6.2 Rekabentuk Antaramuka Hubungi 54
4.6.3 Rekabentuk Antaramuka Rujukan 55
4.6.4 Rekabentuk Antaramuka Pertanyaan 55
4.6.7 Rekabentuk Antaramuka Admin 56
4.6.8 Rekabentuk Antaramuka Pelajar 59
4.7 Rekabentuk Input dan Output 61
4.8 Perlaksanaan Sistem 62
4.9 Carta Sistem Hirarki 62
4.10 Menu Sistem 65
4.10.1 Menu Paparan Utama 65
4.10.2 Menu Daftar 65
xi
4.10.2.1 Sub Menu Daftar Negeri/Daerah 65
4.10.3 Menu Login 66
4.10.4 Menu Login Pelajar 66
4.10.5 Menu Login Penyelia 66
4.10.5.1 Sub Menu Daftar Penyelia 67
4.10.5.2 Sub Menu Maklumat Pelajar 67
4.11 Penutup 67
BAB V PENGUJIAN SISTEM
5.1 Pengenalan 68
5.2 Kaedah Pengujian 68
5.3 Pengujian Oleh Pembangun 69
5.3.1 Pengujian Sistem 69
5.3.2 Pengujian Pengkalan Data 70
5.3.3 Pengujian Aturcara 71
5.3.4 Pengujian Input 73
5.3.5 Pengujian Output 73
5.3.6 Pengujian Antaramuka 74
5.4 Pengujian Pengguna 74
5.5 Hasil Pengujian Pengguna 75
5.6 Cadangan dan Komen Pengguna 77
5.7 Penutup 78
BAB VI PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 79
6.2 Hasil dan Pencapaian 79
6.3 Kelebihan Sistem 80
6.4 Kekurangan Sistem 81
6.5 Cadangan Pembaikian 81
6.6 Kesimpulan dan Penutup 82
RUJUKAN 83
LAMPIRAN 84
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKSUD
ASP Active Server Page
GIS Graphical Information System
HTML HyperText Markup Language
HTTP Hypertext Transfer Protocol
ISP Internet Server Provider
JSP Java Server Page
MySQL My Structure Query Language
ODBC Open database Connectivity
PHP Hypertext Preprocessor
TCP/IP Transfer Control Protocol / Internet Protocol
SPLIDT Sistem Pendaftaran Latihan Industri Dalam Talian
UML Unified Modelling Language
URL Uniform Resource Locator
WWW World Wide Web
WYSIWYG What You See Is What You Get
XAMPP Operating Apache MySQL PHP
XML EXtensible Markup Language
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.5 Fasa-Fasa dalam Projek 1 38
3.6 Fasa dan Aktiviti dalam Projek 2 38
4.1 Data latihani_profil 49
4.2 Data Table login 50
4.3 Data latihani_jprofil_bpahat 50
4.4 Data latihani_jprofil_d_bpahat 51
4.5 Data latihani_jprofil_li_bpahat 51
5.1 Kes Ujian bagi Pengujian Input 73
5.2 Pengujian Antaramuka SPLIDT 74
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Komponen dan asas persekitaran web 18
4.1 Kes Guna Ibubapa atau Pelajar 42
4.2 Kes Guna Pengguna 42
4.3 Kes Guna Penyelia 43
4.4 Jujukan Senario Login Admin 44
4.5 Jujukan Senario Login Pelajat 45
4.6 Jujukan Senario Pelajar kemaskini Maklumat 45
4.7 Jujukan Senario Menu Admin 46
4.8 Jujukan Senario Menu Pelajar 47
4.9 Rekabentuk Antaramuka Utama 52
4.10 Rekabentuk Antaramuka Hubungi 53
4.11 Rekabentuk Antaramuka Pertanyaan 53
4.12 Rekabentuk Antaramuka Rujukan 54
4.13 Rekabentuk Antaramuka Admin Utama 56
4.14 Rekabentuk Antaramuka Admin Senarai Penuh 57
Daftar Pelajar
4.15 Rekabentuk Antaramuka Admin Senarai Daftar 57
Negeri Johor
4.16 Rekabentuk Antaramuka Admin Senarai Daftar 58
Negeri Melaka
4.17 Rekabentuk Antaramuka Admin Senarai Daftar 58
Negeri Sembilan
4.18 Rekabentuk Antaramuka Admin Senarai Daftar 59
Negeri Selangor
xvi
4.19 Rekabentuk Antaramuka Pelajar Utama 59
4.20 Rekabentuk Antaramuka Pelajar Maklumat 60
Diri / Industri
4.21 Rekabentuk Antaramuka Pelajar Kemaskini 60
Maklumat Diri / Industri
4.22 Rekabentuk Antaramuka Pelajar Info 61
4.23 Rekabentuk Antaramuka Login Pelajar / 62
Penyelia
4.24 Cartalir Keseluruhan 63
4.25 Cartalir Pelajar 64
4.26 Cartalir Penyelia 64
5.1 Keratan Atucara Pengkalan Data 70
5.2 Keratan Atucara Mengesahkan pengguna 72
5.3 Keratan Aturcara Mengambil Data 72
5.4 Keputusan Soal Selidik SPLIDT 76
5.5 Graf Penilaian pengguna SPLIDT 77
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Grant Pembangunan Sistem 84
B Rajah Borang Penilai 86
C Rajah Hubungan Entiti 88
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, dunia internet bukan lagi satu dunia yang asing bagi masyarakat
dunia kini. Pengunaan internet yang meluas sedikit sebanyak telah mengubah dan
mencorakkan gaya hidup masyarakat pada masa kini. Boleh dikatakan hampir semua
agensi kerajaan mahupun swasta telah menggunakan teknologi web sebagai medan bagi
menyimpan dan menyebarkan maklumat kepada penggunanya.
Konsep World Wide Web atau ringkasannya WWW telah diperkenalkan kepada
masyarakat umum pada tahun 1989 yang mana dicipta oleh Tim Berness-Lee dari
persatuan European Laboratory for Particle Physics. Pada awalnya pembinaannya adalah
sebagai satu ruang koloboratif untuk membolehkan pengguna boleh berkomunikasi
melalui komunikasi maklumat.
Penggunaan WWW yang berkembang pesat telah mencetuskan pelbagai dimensi
baru dalam bidang pembangunan dan perlaksanaan sistem maklumat. Menurut
McGrovern dan Norton setiap hari terdapat tujuh juta dokumen baru diterbitkan
menerusi web dan jumlahnya kini dianggarkan mencecah lebih 550 bilion. Peningkatan
penggunaan laman web banyak dipengaruhi oleh reka bentuk laman web dari persepsi
pengguna. Reka bentuk yang mudah menyediakan persekitaran selesa untuk pengguna
menghasil, mengguna dan merujuk maklumat yang tersebar di serata dunia (Mohd
Shahizan e.t al, 2006).
2
Web juga berfungsi salam menyimpan data yang mana merupakan fakta
mengenai suatu benda, entiti, kejadian atau yang seumpamanya. Manakala pangkalan
data ialah menghimpunkan data yang saling berkatan dan dikongsi bersama oleh
pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak sesebuah organisasi. Sistem
pangkalan data pula merupakan sebahagian daripada satu sistem yang lebih besar yang
dipanggil sistem maklumat. Sistem maklumat merangkumi aktiviti pengumpulan,
penyimpanan dan capaian semula data, pemprosesan data serta pengurusan data dan
maklumat..
Menyedari perkara ini, perisian sistem pendaftaran dalam Latihan Industri untuk
kegunaan fakulti-fakulti di dalam UTM perlu dibangunkan bagi membantu pihak
pentadbiran dan pensyarah di universiti melakukan tugas mereka dengan lebih mudah
dan menjimatkan masa. Selain itu ia dapat menukarkan sistem pendaftaran manual yang
sedia ada kepada sistem pendaftaran berkomputer selaras dengan perkembangan
teknologi.
1.2 Latarbelakang Masalah
Latihan Industri merupakan subjek wajib yang perlu diambil oleh seseorang
penuntut di Institut pengajian. Ini adalah penting bagi membiasakan penuntut tersebut
dengan persekitaran kerja. Ia merupakan latihan praktikal yang lebih menjurus kepada
suasana kerja sebenar di tempat kerja pada masa hadapan.
Pendaftaran sebelum menjalani latihan industri merupakan perkara terpenting
yang perlu dibuat oleh seorang penuntut. Pendaftaran secara manual atau tradisional kini
tidak lagi sesuai digunakan oleh pensyarah yang mana lebih cenderung menggunakan
platform yang menjimatkan masa dan lebih mudah untuk digunakan di mana-mana.
Kerja perkeranian di fakulti kini yang semakin banyak menyebabkan pensyarah terpaksa
memikulnya sehinggakan ia memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan dengan
menggunakan kaedah tradisional.
3
Masalah pendaftaran yang melibatkan pengisian butiran diri dan syarikat tempat
latihan mengajar sering kali timbul. Pelajar perlu mengisi boring latihan industri sebelum
diserahkan kepada pensyarah penyelia latihan industri. Di sini kehilangan borang latihan
industri sama ada sebelum diserahkan kepada pensyarah atau selepas diserah mungkin
berlaku.
Langkah yang dilihat bijak dalam mengatasi masalah sebegini ialah dengan
menggunakan sistem komputer yang mana kemudahannya semakin meluas hari ini. Jika
dilihat dengan lebih mendalam perisian ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban
pensyarah malahan turut membantu kerani-kerani dalam membuat kerja.
1.3 Penyataan Masalah
Dalam sistem pendaftaran Latihan Industri (LI) sedia ada, cara yang digunakan
masih lagi secara tradisional iaitu menggunakan kertas dan pen. Setiap data yang
diberikan oleh pelajar dimasukkan dan disimpan ke dalam komputer secara manual oleh
pensyarah sendiri. Ini menjadikan kerja pendaftaran LI menjadi tidak sistematik dan
memberikan kerumitan kepada pensyarah. Sehubungan dengan itu pembangunan perisian
sistem yang dijalankan ini bertujuan untuk memudahkan system pendaftaran dan penyelia
ke atas pelajar-pelajar yang menjalani latihan di industri.
4
1.4 Objektif Projek
Matlamat utama dalam projek saya adalah menghasilkan sebuah laman web
pendaftaran untuk latihan industri dengan menggunakan perisian komputer yang sedia
ada.. Pembinaan laman web ini menampilkan beberapa ciri–ciri yang mempunyai daya
penarik berbanding laman laman web yang berkonsepkan pendidikan yang sedia ada
dengan menampilkan beberapa pendekatan baru. Jesteru itu dalam pembangunan projek
ini, beberapa objektif telah dikenalpasti. Objektif objektif berkenaan termasuklah :
14.1 Menyediakan sistem dalam talian bagi proses pendaftaran Latihan Industri.
14.2 Menghasilkan sistem pendaftaran berkomputer yang mudah diselia oleh pelajar
dan penyelaras Latihan Industri.
14.3 Menghasilkan sistem pendaftaran dalam talian yang mudah diakses oleh pelajar.
14.4 Menghasilkan pusat pangkalan data untuk menyimpan data pelajar yang
menjalani latihan industri.