sistem limfatik
Embed Size (px)
DESCRIPTION
AINUN BARIAH JAAFARIPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYUTRANSCRIPT
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU ANATOMI & FISIOLOGI (PJM3106)
DISEDIAKAN OLEH : AINUN BARIAH BINTI JAAFAR SYAHIRAH BINTI MOHD JEFFERY NUR FARAHANI BINTI KASTHALANI SITTI SHAM BINTI AMIR
SISTEM LIMFATIK
Rangkaian saluran yang membawa suatu cecair jernih yang dipanggil limfa. Sistem limfa ada di semua bahagian badan kecuali sistem saraf pusat (di tulang vetebra)
ORGANISASI SISTEM LIMFATIK (SL)Fungsi Saluran Limfatik Limposit Tisu Limpoid
Organ Limpoid
FUNGSI SISTEM LIMFATIKMengumpulkan kelebihan cairan dan protein dari cairan tubuh dan mengembalikannya ke dalam darah.
Menyaring dan menghancurkan mikroorganisma (MO).
Mengangkut lemak dari jaringan sekitar usus halus ke darah.
Perlindungan jangka panjang terhadap MO dan bendabenda asing yang memasuki tubuh badan.
TERBAHAGI KEPADA 2 KOMPONEN :
Organ Primer
Organ Sekunder - Salur / kapilari limfatik - Nodus limpa - Spleen (limfa) Terlibat secara langsung dalam menjalankan ketiga-tiga fungsi sistem limfatik
-Timus - Tulang sum-sum
Mengawal pengeluaran lymphocyte, sel yang bertindak sebagai sistem imun
KOMPONEN STRUKTURAL SLKapilari Limfatik Pembuluh Limfatik Mengumpulkan kelebihan cairan yang terbentuk di jaringan.
Membawa cairan limfa dari kapilari limfatik ke vena di leher yang akan dikembalikan ke pembuluh darah. Terdapat sepanjang pembuluh limfatik yang berfungsi untuk menyaring bahan asing dari limfa sebelum masuk ke pembuluh darah. Menghancurkan benda-benda asing yang memasuki saluran pernafasan bahagian atas dan sistem pencernaan. Menyaring benda-benda asing dari darah, menghasilkan limfosit, menyimpan sel darah merah, melepaskan darah ke dalam tubuh pada bahagian yang kehilangan darah.
Nodus Limfatik
Tonsil
Limpa
Kelenjar Timus
Membentuk antibodi pada bayi baru lahir, menghasilkan timosin, tempat mengembangkan limfosit menjadi limfosit T.
Kapilari limfa akan bersambung dengan salur yang lebih besar disebut salur limfa Dinding kapilari limfa terdiri daripada satu lapisan sel. Dinding kapilari limfa mempunyai liang-liang seni yang menjadikan kapilari limfa telap kepada cecair interstits.
Kapilari limfa berbeza daripada kapilari darah kerana salah satu hujungnya adalah tertutup sementara hujung yang satu lagi dihubungkan kepada salur limfa.
Di sepanjang salur limfa terdapat nodus limfa pada jarak tertentu.
Nodus limfa banyak terdapat di perut, leher, dada dan ketiak.
Nodus limfa berfungsi menghasilkan limfosit yang terlibat dalam penghasilan antibodi.
Cecair interstits berwarna kuning pucat yang meresap masuk ke dalam kapilari limfa dan salur limfa disebut limfa.
Di sepanjang salur limfa terdapat injap untuk memastikan limfa mengalir dalam satu arah sahaja.
Apabila satu bahagian salur di antara dua injap dipenuhi dengan limfa, dinding salur limfa akan mengecut dan menolak limfa ke hadapan menyebabkan injap terbuka dan limfa mengalir ke dalam bahagian salur limfa yang berikutnya. Injap kemudian tertutup pengaliran limfa ke belakang. untuk menghalang
Limfa berasal dari plasma darah yang keluar dari sistem kardiovaskular ke dalam jaringan sekitarnya.
LIMFOSIT
Limfosit dihasilkan nodus limfa yang terlibat dalam penghasilan antibodi.
Ada 2 kategori besar limfosit : - limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes) - limfosit kecil
Limfosit memiliki peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh.
Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.
TISU LIMPOIDTisu limpoid merupakan sebahagian daripada Limfosit sistem keimunan mengandungi badan yang banyak tisu limpoid. membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids (tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher)
LIMFA (SPLEEN)
NODUS LIMFA
ORGAN UTAMA SISTEM LIMFATIK
SALUR LIMFATIK
SUMSUM TULANG
TIMUS
Sistem limfatik terdiri daripada organ-organ utama seperti limfa, nodus limfa, dan salur limfa.
Limpa adalah kelenjar tanpa saluran (ductless) yang berhubungan erat dengan sistem sirkulasi dan berfungsi menghancurkan sel darah merah tua.
Organ ini dianggap merupakan salah satu pusat kegiatan pada sistem retikuloendotelium.
LIMFA Organ seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang abdomen iaitu di permukaan perut. Ia berfungsi memerangkap dan menapis antigen, memusnahkan sel darah merah yang telah tua. Menghasilkan sel darah merah yang baru. Menakung darah pada waktu kritikal.
NODUS LIMFABintilan tisu yang berbentuk seperti biji kacang. Berdiameter 2 hingga 35mm, berwarna kelabu-merah jambu (greyish-pink). Terletak di sepanjang hentian sistem limfatik.
Mengandungi leukocyte (sel darah putih) yang mempunyai fungsi pagositosis.
Cecair limfa mesti melalui nodus limfa sebelum kembali ke dalam sistem peredaran darah.
Nodus limfa merupakan tempat berlakunya pemusnahan agen jangkitan dan toksin.
Nodus limfa biasanya terdapat banyak dibahagian dada, leher, pelvik, axilla (ketiak)
dan pangkal paha. Boleh dikesan apabila ia menjadi bengkak.
Ia merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaring.
Terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah.
Ia nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya backflow.
Pembuluh limfa yang terkecil atau kapilari limfa lebih besar daripada kapilari darah terdiri daripada hanya selapis endothelium.
Pembuluh limfa bermula sebagai pleksus halus kapilari yang sangat kecil atau sebagai rongga-rongga limf a dalam tisu sebagai organ.
TIMUS Sepasang kelenjar yang terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Tempat berlaku pembentukan limfosit.
SEL IMUNITI
Sumsum tulang
Thymus
menghasilkan sel limfosit B.
menghasilkan sel limfosit T.
SISTEM IMUNITI BADAN
struktur dan proses biologi dalam sesuatu organisma yang bertindak melindungi organisma tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenal pasti dan membunuh patogen dan sel tumor.
Apabila patogen masuk, sistem ini akan bertindak melalui sistem imuniti badan.*patogen- agen biologi yang menyebabkan penyakit (bakteria) *sel tumor- sel barah
Sekatan Fizikal
Pertahanan Tidak Khusus
Phagocytosis
SISTEM IMUNITI BADAN
Inflamasi Bentuk Imunisasi Rintangan Khusus Tindak Balas Imunisasi Pola Tindak Balas
PERTAHANAN TIDAK KHUSUSOrgan kulit peluh, sebum
Membran mukus (mucous membrane) mata perut
Mekanisme pembekuan darah.
SEKATAN FIZIKAL
(mucous membrane) Mempunyai satu lapisan permukaan sel-sel epitelium atas lapisan yang lebih mendalam dalam tisu penghubung. Mengandungi sel-sel yang merembeskan mucin, suatu mucopolysaccharide yang merupakan prinsip utama mucuos. Cth hidung, mulut, salur respirasi, mulut, hidung, kelopak mata, salur udara dan paru-paru, perut, dan pundi kencing.(Menghasilkan lendir)
Membran mukus
Perut Asid hidroklorik dalam perut dan jus gaster (berasid) membunuh patogen dalam makanan yang dimakan (mencerna) dan menghalang percambahan mikrob.
Mata Air mata mengandungi enzim lisozim (protein anti mikrob) yang menguraikan dan membunuh sesetengah jenis patogen yang memasuki mata.
Mekanisme pembekuan darah
Antibodi dalam serum dapat membunuh bakteria yang memasuki luka.
Apabila luka, platelet akan bertindak membekukan darah
Darah membeku dan mengeras lalu membentuk keruping (kudis).
Keruping tersebut bertindak sebagai pengganti kepada kulit (benteng pertama) serta menghalang patogen masuk ke dalam badan.
PHAGOCYTOSIS Phagocytosis (neutrophil dan macrophage) bertanggungjawab untuk mengenali, mencerna dan menghancurkan sesetengah jenis mikroorganisma. Walau bagaimanapun, pagosit tidak dapat mengenali bakteria tertentu jika bakteria tersebut disertai oleh kapsul. Pada keadaan ini, limfosit B akan membantu pagosit pada peringkat permulaan.
Limfosit B menghasilkan antibodi melawan antigen yang terkandung di dalam kapsul bakteria.
Antibodi tersebut masuk pada kapsul.
Pagosit kemudian mengenali dan mencerna seluruh keseluruhan kompleks, termasuk bakteria.
Beberapa mikroorganisma tidak dapat sepenuhnya dihilangkan. Untuk bertahan melawan mikroorganisma ini, sistem kekebalan membina dinding di sekitar mereka. Dinding tersebut dibentuk ketika pagosit, terutama macrophage menempel satu sama lain.
Mikroorganisma dinding tersebut disebut granuloma. Beberapa bakteria boleh ditahan bertahan di dalam tubuh dengan tidak terbatas. Jika sistem pertahanan badan lemah, (bahkan 50 / 60 tahun kemudian), dinding granuloma akan hancur, dan bakteria akan mula merebak dan terhasillah gejala-gejala penyakit.
Kulit : - Tebal menghalang patogen masuk. - Ph kulit (3-5) berasid menghalang percambahan mikrob. - Enzim lisozim dalam peluh dan sebum di permukaan peluh dapat membunuh mikrob. - Lapisan kulit mati juga sentiasa disingkirkan. - Sebum yang mengandungi asid laktik yang tinggi boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat.
* Mikrob - organisma mikro skopik, kulat, bakteria, protozoa dan virus jenis mikrob yang berbeza siftnya.
INFLAMASIInflamasi adalah respon dari suatu organisma terhadap patogen dan alterasi mekanis dalam jaringan, berupa rangkaian reaksi yang terjadi pada tempat jaringan yang mengalami cedera, seperti karena terbakar, atau terinfeksi. Diperkirakan inflamasi tingkat rendah dalam tubuh merespons keadaan stress seperti merokok, tingkat kolesterol yang tinggi dan obesiti yang menjadi punca bagi penimbunan lemak yang disebut plak dalam dinding bahagian dalam arteri.
Inflamasi kemungkinan besar dapat membuat plak tersebut membentuk gumpalan darah atau blood-clot yang dapat menyebabkan serangan jantung.
Polyphenol adalah bahan kimia yang dapat bertindak sebagai anti oksida dan dapat mengurangi tahap inflamasi.
Kajian menunjukkan minuman anggur segelas kecil sehari dapat memperkecil risiko kematian akibat penyakit jantung sebesar 33% dibandingkan dengan kelompok yang tidak mengkonsumsi minuman anggur.
BENTUK IMUNISASI Satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit.
Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama (yang diproses) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberi dengan cara dimakan seperti pelalian polio.
Pada masa sekarang telah terdapat pelalian (imunisasi) untuk bermacam-macam penyakit seperti campak, polio, kancing gigi (tetanus), pertusis, diftiria (sakit kerongkong), rubella, T.B., beguk, taun (cholera), dan lain-lain.
Inilah adalah sumbangan sains perubatan yang sangat dihargai kerana pelalian telah berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit.
6 jenis penyakit menjadi punca kematian yang utama di dunia lebih-lebih lagi di negara-negara membangun iaitu diftiria (sakit kerongkong), pertusis (kokol), kancing gigi, T.B. , campak dan polio.
Pertubuhan kesihatan sedunia sedang meneruskan usahanya untuk membasmi penyakit-penyakit ini dengan menggalakkan supaya pelalian untuk penyakit-penyakit ini diberi kepada kesemua bayi dan kanak-kanak menjelang tahun 1990.
TINDAK BALAS PELALI (IMUNISASI)Pelalian boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini di kalangan kumpulan bayi-bayi yang menerimanya. Pelalian untuk mencegah penyakit pertusis (whooping cough) boleh membuatkan bayi demam, menangis selalu dan tidak mahu menyusu untuk beberapa hari.
Ubat yang dibekalkan oleh doktor boleh mengurangkan keadaan ini. Kadangkala terdapat nodul di tempat suntikan tetapi ini biasanya akan hilang dalam beberapa bulan.
Pelalian ini telah menggemparkan orang ramai di negara barat pada sedikit masa dahulu kerana berlakunya kecacatan otak di kalangan kanak-kanak.
Ini menyebabkan ramai kanak-kanak tidak mendapat pengimunan ini.
Akibatnya pula kes-kes pertusis ini meningkat dengan banyaknya.
Pakar kanak-kanak sekarang tidak menyarankan pelalian ini kepada bayi-bayi yang pernah terkena sawan dan mengalami kecacatan otak.
Bayi-bayi yang mengalami demam tinggi, sawan atau menangis berjam-jam selepas diberi pengimunan ini disyorkan supaya tidak diberi lagi pengimunan pertusis.
Mereka disarankan supaya diberi lagi pelalian tetanus dan sakit kerongkong sahaja.
Ibu bapa perlu memahami bahawa penyakit Pertusis adalah berbahaya kepada bayi dan semua bayi-bayi (kecuali bayibayi yang tertentu sahaja) mesti mendapatkan pelalian ini.
RujukanMohd Zairi Husain. (2009). HBPE4303 Asas Anatomi dan Fisiologi. Open University Malaysia. Kuala Lumpur.
Donna Van Wynserbeghe. (1995). Human Anatomy and Physiology. McGraw Hill International Edition. United Kingdom.Evelyn C. Pearce. (2009). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Golden Book Centre Sdn. Bhd. Selangor. Elaine N. Marieb. (2009). Essentials Of Human Anatomy & Physiology . Pearson Education. San Fransisco.