sistem kerajaan malaysia
TRANSCRIPT
SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN DI MALAYSIA
Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Sultan mendapat khidmat daripada Bendahara,
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Penjajah British datang pada abad ke-17
dan memperkenalkan pentadbiran Inggeris.
Kemerdekaan – pentadbiran secara Barat masih dipakai tetapi banyak perubahan.
Konsep Pemerintahan Kini – Demokrasi Berparlimen, Raja berperlembagaan
TEORI PENGASINGAN KUASA Montesqeu:
dalam sesebuah negara, pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.
3 bentuk pemerintahan utama: Badan Eksekutif (Pentadbiran) – b’tanggungjwb.
menjalankan pentadbiran negara Badan Legislatif (Perundangan) – berkuasa
membuat, meminda dan memansuh undang-undang
Badan Judisiari (Kehakiman) – Mentafsir undang-undang, menegakkan kuasa keadilan.
KOMPONEN UTAMA KERAJAAN
MAJLIS RAJA-RAJA
BADAN PENTADBIRAN(EKSEKUTIF)
BADAN PERUNDANGAN
(LEGISLATIF)
BADAN KEHAKIMAN(JUDISIARI)
MAJLIS RAJA-RAJA
Badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya
Dianggotai 9 sultan dan 4 gabenor (Yang diPertua Negeri.
Tugas Utama ; Memilih YDPA dan Timb. YDPA Memberi persetujuan atau penolakan tentang
adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Memberi persetujuan atau enggan kepada mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan MRR
Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa yg difikirkan patut untuk pembangunan negara
KOMPONEN UTAMA KERAJAAN
D E W A N
D E W A N N E G A R A
P A R L IM E N
B A D A N P E R U N D A N G A N
S U R U H A N JA Y A
K E M E N TE R IA N
K A B IN E T
P E R D A N A M E N TE R I
B A D A N P E N TA D B IR A N
M A H K A M A H R E N D A H
M A H K A M A H TIN G G I
M A H K A M A H P E R S E K U TU A N
K E TU A H A K IM N E G A R A
B A D A N K E H A K IM A N
Y A N G D IP E R TU A N A G O N G
YANG DIPERTUAN AGUNG (YDPA)
Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183).
Tugas YDPA Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. Bidang kuasa YDPA :
Kuasa Eksekutif – bertindak atas nasihat Kabinet/Perdana Menteri
Kuasa Perundangan – Memanggil Parlimen supaya bersidang, menangguh atau bubar, merasmikan persidangan, meluluskan undang-undang
Kuasa Kehakiman – Melantik Hakim-hakim,kuasa pengampunan.
Tugas-tugas Lain
Bidang kuasa YDPA :
Kuasa Budibicara – Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa YDPA boleh bertindak mengikut budibicaranya sendiri 3 perkara berikut : Melantik seorang Perdan Menteri Tidak mempersetujui permintaan Perdana Menteri
untuk membubarkan Parlimen Meminta diadakan suatu mesyuarat MRR bagi
membincangkan hal-hal berkaitan dengan kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja.
BADAN EKSEKUTIF Kuasa Eksekutif dijalankan di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan Diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA, Menteri-menteri
Kabinet dilantik oleh YDPA atas nasihat PM. Tugas utama Kabinet – menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara.
KUASA EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI
RAJA/SULTAN/YANG DIPERTUA NEGERIKuasa Budibicara : Melantik Menteri Besar/tidak mempersetujui pembubaran DUN
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI
DEWAN UNDANGAN NEGERI
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/
Jemaah Menteri
Diketuai Oleh Ketua Menteri/Menteri Besar dan dianggotai oleh tidak kurang 4 atau tidak lebih dari 8 orang di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Terdapat 3 anggota perkhidmatan Awam turut menganggotai MMN iaitu : Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Penasihat Undang-undang Pegawai Kewangan Negeri
BADAN LEGISLATIF
Fungsi legislatif didokong oleh Parlimen Malaysia.
Parlimen Malaysia terdiri dari tiga komponen Yang Di-Pertuan Agong Dewan Negara Dewan Rakyat
Dewan Negara Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang
ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori
seperti berikut:- 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Dewan Negara
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
warganegara Malaysia tidak kurang dari 30 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu
penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri.
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum setiap lima tahun.
Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
warga negara Malaysia tidak kurang dari 21 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah Mungkir untuk menghantar penyata
perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan.
Fungsi dan Kuasa Parlimen
Berkuasa membuat undang-undang menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (Bills) bagi kedua-dua parlimen.
Kuasa perundangan – iaitu kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang.
Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai; dan
Meluluskan belanjawan Negara bagi satu-satu tahun tertentu.
PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG DI
PARLIMEN
1.Cadangan Kerajaan/waki
l rakyat
2.Rang Undang2 digubal Peguam
Negara
3.Bacaan Pertama di Dewan Rakyat -
pengenalan
4.Bacaan Kedua di Dewan Rakyat -
dibahaskan
Jika diluluskan
5. Peringkat J’kuasa Di Dewan Rakyat di
bincangkan secara mendalam
6. Bacaan Ke-3, Dibahaskan semula
dengan pindaan J’Kuasa
Dewan
Jika diluluskan
7. Di Dewan Negara – mengulangi proses DR
Jika diluluskan
8. Meminta pengesahan YDPA
Jika diluluskan
9. Diwartakan sebagai rang
Undang2 yang sah
KEISTIMEWAAN PARLIMEN Perjalanan di dalam Dewan tidak boleh
didakwa di mahkamah. Tidak boleh didakwa terhadap ucapan dalam
Parlimen. Hanya kalau menimbulkan isu2 sensitif boleh
didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Tidak boleh dibicarakan di mahkamah
terhadap apa yang diterbit dalam Dewan Parlimen.
KUASA PERUNDANGAN PERINGKAT NEGERI
Dilaksanakan oleh Badan Perundangan Negeri yang mengandungi :
Raja/Sultan/Yang Dipertuan Negeri Dewan Undangan Negeri
Kelayakan Menjadi Ahli DUN
Berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin di negeri berkenaan.
Hilang kelayakan ADUN jika : Hilang akal Bankrap Memegang jawatan berpendapatan Tidak menghantar penyata pilihanraya yang lalu Dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang 1 tahun
dan denda tidak kurang RM5000 Mendapat kewarganegaraan asing.
Badan Judisiari Kuasa Kehakiman
Mengikut peruntukan Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia Institusi Mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
SISTEM MAHKAMAH MALAYSIA
Yang Dipertuan Agong
Mahkamah Rayuan
Mahkamah
Majistret
Mahkamah Tinggi Borneo
Mahkamah Tinggi Malaya
MahkamahSeksyen
MahkamahSeksyen
Mahkamah
Juvana
MahkamahMajistret
Mahkamah
JuvanaMahkama
hPenghulu
Mahkamah
Anak Negeri
Mahkamah
Atasan
Mahkamah
Rendah
Sabah dan Sarawak
Semenanjung
Mahkamah Persekutuan
KEBEBASAN KEHAKIMAN
Maksudnya :
Tidak memihak dan bebas daripada kawalan 2 cabang kerajaan yang lain, serta seseorang individu. PERLANTIKAN HAKIM
Oleh YDPA setelah berunding dengan MRR dan mendapat nasihat PM. Sebelum perlatikan hakim, PM juga perlu berunding dengan Ketua Hakim.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
Selesikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan.
Sahkan undang2 oleh Parlimen dan DUN. Mendengar kes2 rayuan dari Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Meliputi kes sivil dan kes jenayah. Kes sivil yang nilai tuntutannya RM
250000 ke atas
MAHKAMAH RAYUAN
Membincangkan kes rayuan jenayah. Bicarakan kes sivil nilainya RM250,000
ke atas. Bicarakan kes jenayah dari Mahkamah
Tinggi.
MAHKAMAH TINGGI Bicarakan apa sahaja kesalahan warganegara dan
pelancong asing. Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Kes sivil melibatkan hal penjagaan kanak2 serta orang
tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan perceraian agi bukan muslim serta kemuflisan.
Dengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah bernilai RM25000 ke atas.
Beri nasihat kepada mahkamah2 rendah tentang tatacara dan proseding di mahkamah dan soal2 perlembagaan.
MAHKAMAH SESYEN
Bicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil bernilai RM25000 ke atas. Bicarakan apa juga kesalahan jenayah
kecuali menjatuhkan hukuman mati. Jalankan siasatan awal sebeum seseorang
itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kenakan hukuman maksima 5 tahun
penjara, denda RM1000,12 kali sebatan atau kedua2nya sekali.
MAHKAMAH JUVANA
Bincangkan kes2 jenayah bagi umur 10-18 tahun.
Kanak2 bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur 21 tahun.
Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1
Bincangkan kes2 jenayah dan sivil. Kes jenayah libatkan hukuman penjara
dan hukuman denda. Hukuman maksimum - 5 tahun penjara,
denda RM10000, sebatan 12 kali atau ketiga2nya.
Kes sivil libatkan RM12000 ke atas setahun.
MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II
Kes jenayah - hukuman maksimum dijatuhkan tidak melebihi 3 bulan penjara dan denda RM250 atau kedua2nya sekali.
Ks sivil - nilai kes tuntutan RM3000 ke atas.
MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
Bicarakan kes tuntutuan sivil bernilai RM3000 ke atas.
MAHKAMAH PENGHULU
Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Dikendalikan oleh Penghulu sesuatu
Mukim. Kes sivil - tuntutan nilai RM50 ke bawah. Kes jenayah - denda sebanyak RM25 ke
bawah. Rayuan terhadap mahkamah penghulu
boleh dibuat di Mahkamah Majistret.
MAHKAMAH TENTERA Kendalikan kes tingkah laku tentera. Tidak bicarakan kes sivil dan jenayah. Kesalahan yang dibicarakan:
tidak patuh pada arahan pihak berkuasa, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas.
Jatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati. Pesalah boleh membuat rayuan kepada Mahkamah
Tinggi.
MAHKAMAH KHAS RAJA2
Bicarakan kesalahan Dipertuan Agung dan Sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan.
Tindakan akan dikenakan terhadap Agung atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
MAHKAMAH SYARIAH Untuk mengadili umat Islam. Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. Kes sivil - nafkah dan tanggungan, perkahwinan,
perceraian, wasiat, wakaf, pembahaagian harta. Kes jenayah - berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran
sesat, berkhalwat, penderaan, minum minuman keras, tidak zakat dan fitrah.
Kesalahan besar dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
MAHKAMAH ADAT
Bicarakan kes2 pelanggaran adat oleh suku2 kaum di Sabah dan Sarawak.
Contoh: adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan dll.