sistem ejaan rumi bm1
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
1/15
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
2/15
PENGENALAN SISTEM EJAAN RUMI
Abjad Rumi mengandungi 26 huruf yang bermula daripada A-Z.
Pada tahun 1959, Sistem Ejaan Malindo (singkatan kepada Malaysia-
Indonesia) diperkenalkan tetapi tidak dihebahkan kepada masyarakat.
Dalam rundingan kedua, Malaysia dengan Indonesia telah melahirkan Ejaan
Baru dan tidak ada pelaksanaannya secara rasmi.
Dalam suasana ketidaktentuan dalam bahasa Melayu ini, munculnya Ejaan
Baru Universiti Malaya yang disusun berasaskan sistem ejaan yang dipakai
pada masa itu.
Sistem Malindo ini tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan tidak praktis
dan tidak ekonomik.
Selepas konfrontasi, berlakulah krisis ejaan Rumi kerana ia telah timbul
berbagai-bagai jenis sistem ejaan seperti Ejaan UM, UKM, UPM, dan ejaan
sekolah.
Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu merupakan sistem ejaan Rumi
yang digunakan sekarang. (dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972)
Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil
kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
Jawatankuasa yang diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan
Pustaka merupakan badan yang ditugaskan untuk menyusun pedoman ejaan
Rumi di Malaysia.
Maklumat yang terdapat dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu
ini berdasarkan dokumen-dokumen ejaan rumi yang diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka.
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
3/15
PENGGUNAAN ABJAD DAN HURUF
Dalam abjad Rumi bahasa Melayu mengandungi sebanyak 26 huruf yang tersusun
seperti yang berikut :
Bil Huruf Besar Huruf Kecil Nama/sebutan (bunyi)
1 A a e (bunyi //) seperti dalam kata elak 2 B b bi
3 C c si
4 D d di
5 E e i
6 F f ef
7 G g ji
8 H h ec
9 I i ai
10 J j je
11 K k ke
12 L l el
13 M m em
14 N n en
15 O o o
16 P p pi
17 Q q kiu
18 R r ar
19 S s es
20 T t ti
21 U u yu
22 V v vi
23 W w dabliu
24 X x eks
25 Y y wai
26 Z z zet
* Sebutan bunyi huruf adalah mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris.*
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
4/15
PENULISAN HURUF VOKAL
a e i o u
Terdapat 6 fonem vokal (bunyi vokal standard) bahasa Melayu yang dilambangkan
oleh lima huruf iaitu a, e, i, o, dan u.
Huruf Fonem Depan Tengah Belakang
a /a/ aneh, atom sapu, lampu sila, gula
e // /e/
entah, emak
epal, ekor
kedai, pelan
petak, sesi
nasionalisme
tauke, subjek
i /i/ ikan, ikut sila, gila, bila guli, barli
o /o/ otak, orang bola, longgar diftong, kupon
u /u/ ular, ungkap kuda, sudah bonus, kasut
1 huruf e digunakan untuk melambangkan 2 fonem :
Huruf e pepet yang ditulis secara fonetik //
Huruf e taling yang ditulis secara fonetik /e/
*Dalam sistem ejaan lama, Ejaan Zaba dikenali sebagai e bertanda atas () *
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
5/15
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
6/15
PENULISAN HURUF KONSONAN
Terdapat dua jenis perubahan huruf konsonan daripada ejaan Rumi lama kepada
ejaan Rumi sekarang.
Perubahan lima huruf
konsonan :
i. ch c
chachat cacat
ii. dh d
dharab darab
iii. dz z
dzat zat
iv. sh sy
sharat syarat
v. th s
Tanda koma di atas () digugurkan dan digantidengan sistem yang baharu.
i.Tanda () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( )
dihapuskan jika membuka suku kata.
maaf maaf
raI rai
ii.Tanda () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) digantikan dengan huruf konsonan k jika
menutup suku kata.
mana makna
rayat rakyat
iii.Tanda () yangsepadan dengan huruf jawihamzah ( ) dihapuskan jika membuka suku kata.
masaalah masalah
soal soal
iv. Tanda () yang sepadan dengan huruf jawihamzah ( ) digantikan dengan huruf konsonan k
jika menutup suku kata.
dato datuk
ruyah rukyah
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
7/15
PENULISAN HURUF KONSONAN
Terdapat 3 huruf yang telah diperkenalkan supaya digunakan secara tetap sejak
tahun 1972 iaitu q, v, dan x.
Huruf x digunakanpada pangkal kata
istilah khusus yag
tidak menjadi z.
xenon xenon
xylophone xilofon
xenomorph xenomorf
Bagi mengeja kata
serapan daripada
bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa
Eropah yang lain,
huruf v digunakan dipangkal ayat atau di
pangkal suku kata,
sebagaimana yang
terdapat dalam ejaan
bahasa sumber.
Versi
Vitamin
Universiti
Huruf ve di akhir kataditukarkan menjadi
huruf f .
active aktif
negative negatif
Sebagai padanan
kepada huruf jawi qaf
huruf q digunakan ,()untuk mengeja kata
istilah agama/kata yang
mengenai agama yang
berasal daripada
bahasa Arab.
Quran
wuquf
qunut
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
8/15
Bil. Digraf Awal Tengah Akhir
1 kh khusus, khuatir akhbar, akhir tarikh
2 gh ghaib, ghairan maghrib mubaligh
3 ng ngilu, nganga tengah, angin sedang, perang
4 ny nyanyi, nyata senyap, sunyi -
5 sy syarat, syarikat isytihar, isyarat quraisy
5 digraf dalam bahasa melayu
ialah sy, ny, ng, gh, dan kh.
Digraf juga disebut konsonan
rangkap yang melambangkan satu
bunyi.
DIGRAF
Digraf merupakan gabungan hurufkonsonan yang masing-masing
melambangkan satu bunyi
konsonan.
Daripada 26 huruf konsonandalam bahasa Melayu, terdapat 5
huruf gabungan yang disebut
digraph atau konsonan rangkap.
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
9/15
DIFTONG
ai au oi
Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 fonem diftong sahaja yang dilambangkan oleh 3
pasang huruf vokal iaitu ai, au, dan oi.
Fonem Huruf Awal Tengah Akhir
/ai/ ai aising, ais ghairan pandai
/au/ au aurat, auditorium saudara harimau
/oi/ oi oidium boikot amboi
TAMBAHAN
Dalam bahasa Melayu diftong
dianggap sebagai satu suku kata yang
dilambangkan oleh dua fonem vokal,
tetapi disebut sebagai satu bunyi.
Diftong dibunyikan secara geluncuran.
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
10/15
SUKU KATA
Suku kata tertutup
adalah suku kata yang
diakhiri oleh konsonan.
kam pung
sam - pul
Suku kata terbuka
adalah suku kata yang
diakhiri oleh vokal.
dra ma
ke la bu
Mengacau kepada bunyi akhir, suku kata
dibahagikan kepada 2 iaitu suka kata
terbuka dan suku kata tertutup.
Suku kata adalah satu
ujaran terkecil dari sebuah
kata yang didengarkan
pada kehadiran vokal.
1 kumpulan konsonan dan vokal yang
mempunyai status unit, iaitu sebagai satu
unit yang boleh diduduki di awal kata, di
tengah kata dan di akhir kata.
Satu deretan bunyi
yang mengandungi satu
uncak kelantan an.
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
11/15
POLA SUKU KATA
*Setiap suku kata bahasa melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului
atau diapitkan oleh konsonan.
Dari segi ejaan, dalam bahasa Melayu sekarang terdapat 11 pola suku kata.
Bil Pola Contoh
1 V a - pa, i - kan
2 VK em -pa-ti, ka- in 3 KV bu -kit, ban- tu
4 KVK rin- du, tu - lang
5 KKV dra -ma , in-dus- tri
6 KKVK trak tor, kon trak7 VKK eks - port
8 KVKK kon- teks
9 KKVKK kom pleks10 KKKV skru
11 KKKVK spring
Catatan :
Pola (1) (4) merupakan pola umum suku kata yang terdapat dalam
kebanyakan kata dasar dalam bahasa Melayu.
Pola (5) (11) merupakan 7 pola suku kata yang terdapat dalam hurufkonsonan rangkap atau gugus konsonan. (diserap daripada bentuk ejaan bahasa
Inggeris atau bahasa-bahsa Eropah lain.)
Daripada 11 pola suku kata dalam bahsa Melayu itu, terdiri daripada 4 suku
kata terbuka (V,KV,KKV,KKKV) dan 7 suku kata tertutup
(VK,KVK,KKVK,VKK,KVKK,KKVKK,KKKVK).
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
12/15
PEMISAHAN SUKU KATA PADA KATA DASAR
1. Kalau di tengah kata mempunyai 2 huruf vokal yang berurutan, pemisahan
tersebut dilakukan di antara kedua-dua vokal itu.
Main ma in
2. Kalau di tengah kata mempunyai huruf konsonan, termasuk gabungan huruf
konsonan, di antara dua huruf vokal, pemisahan tersebut dilakukan sebelum
huruf konsonan / gabungan huruf konsonan itu.
Akhir a-khir
3. Kalau di tengah kata mempunyai dua huruf konsonan yang berurutan, kecuali
digraph, pemisahan tersebut terdapat di antara kedua-dua huruf konsonan itu.
Sombong som-bong
4. Kalau di tengah mempunyai 3 konsonan atau lebih, pemisahan tersebut
dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama (termasuk digraf) denganhuruf konsonan kedua.
Ikhlas ikh las
5. Imbuhan, termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan partikel
biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya, dalam penyukuan kata
dipisahkan sebagai satu kesatuan.
Makanan ma-kan-an
Memenangi me-me-nang-i
6. Apabila suku kata terdiri lebih daripada satu unsur dan salah satu unsur itu
dapat bergabung dengan unsur lain, pemisahan dilakukan di antara unsur-
unsur itu.
Kilo-meter ki-lo-me-ter
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
13/15
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
14/15
Contoh Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Bil Pola Contoh
1 KV + V + KV tiada, biola
2 KV + V + KVK ziarah, siasat
3 V + KV + V usia, idea
4 KV + KV + V semua, belia
5 KVK + KV + V mentua
6 KV + KV + VK sekian, maruah
7 KVK + KV + VK berlian, manfaat
8 V + KV + KV utama, usaha
9 V + KV + KVK akibat, isyarat
10 VK + KV + KV asrama, antara
11 KV + KV + KV keliru, terima
12 KVK + KV + KV misteri, bendera
13 VK + KV + VK ikhtiar
14 V + KV + VK elaun, ideal
15 KV + KV + KVK belalang, binatang
16 KVK + KV + KVK matlamat
17 KV + KVK + KV keranda
18 KVK + KVK + KV sempurna
19 KV + KVK + KVK gelanggang
-
8/13/2019 Sistem Ejaan Rumi BM1
15/15
Contoh Kata Tunggal Empat Suku Kata Dan Lebih
Bil Pola Contoh
1 KV + KV + VK + KV keluarga
2 KV + KVK + KV + KV sejahtera
3 KVK + KV + KV + KV bendahari
4 KVK + KV + V + KV sentiasa
5 KV + KV + KV + KV serigala
6 KV + KV + KV + KVK masyarakat
7 KVK + KV + KV + KVK sentimeter
8 KVK + KVK + KV + KV singgahsana
9 KV + KV + V + KVK nasional
10 V + KV + KVK + KV + KV universiti
11 KVK + KV + KV + KV + KVK kosmopolitan
12 KV + KV + KV + KV + KV + KV maharajalela