simulasi aktiviti p&p yang sesuai dengan perkembangan fizikal

6
SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID-MURID

Upload: nurul-nadiah-mohd-isa

Post on 06-Aug-2015

256 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN

PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID-MURID

Page 2: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

SIMULASI ialah :• Menjalankan sesuatu aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti.

• Melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam suatu keadaan

yang teratur.

• Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi

atau masalah yang timbul.

• Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian

melakonkankan nya mengikut situasi yang yang dibayangkannya

itu.

Page 3: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

KANAK-KANAK VS MAIN-MAIN

• Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan

bermain bagi kanak-kanak kerana dengan bermain kanak-kanak

boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping

menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot.

• Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan,

kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar.

• Dengan bermain, terutamanya permainan aktif, seseorang kanak-

kanak dapat belajar mengawal pergerakan dan mengimbang

tubuhnya serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti

sistem pernafasan dan sistem saraf. Dengan cara ini juga kanak-

kanak dapat mengurangkan ketegangan mental.

Page 4: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL MURID-MURID

KERUSI MUZIK

Page 5: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

CARA PERMAINAN• Susun kerusi dalam bentuk lingkaran bulatan. Pastikan bilangan kerusi kurang satu

daripada bilangan pemain. Contohnya bilangan pemain itu 7 orang dan kerusi yang perlu disediakan ialah 6 buah sahaja.

• Apabila muzik dipasangkan, pemain diminta berjalan dan berpusing mengelilingi kerusi-kerusi yang telah disusun tersebut.

• Mereka akan berhenti dan duduk di atas kerusi-kerusi yang dapat direbutnya sebaik sahaja alunan muzik itu diberhentikan.

• Hanya 6 pemain sahaja yang dapat merebut duduk di kerusi-kerusi yang telah disediakan dan sudah tentu seorang daripada pemain-pemain tersebut terkeluar daripada permainan itu.

• Kemudian muzik terus dimainkan dengan baki 6 orang untuk merebut 5 kerusi pula. Begitulah seterusnya permainan itu berjalan sehingga akhirnya hanya tinggal satu kerusi sahaja dan pemain yang berjaya menduduki kerusi tersebut itu diisytiharkan pemenang.

Page 6: SIMULASI AKTIVITI P&P YANG SESUAI DENGAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

KESIMPULAN1. Dapat mengukur tahap kecergasan murid.

- aktif dan bersemangat ketika bermain- berusaha untuk duduk di kerusi

2. Menguji tahap kepekaan dan kepantasan murid dalam tindakan.- pantas bertindak, muzik berhenti terus duduk

3. Memupuk semangat tidak putus asa.

Wallahua’alam, sekian terima kasih